Sebuah majalah terbitanIKATAN PENULIS SABAHEdisi 1/2026eISSN 2976-2979KKoommppoossiissiiككووممڤڤووسسييسسييSELAMATTAHUNBAHARU2026KKeerraannaa ppeemmuuddaa......PPeennuulliiss SSaabbaahh bbeerruunnttuunngg sseessuunngggguuhhnnyyaaHHaarrii BBaannddaarr RRaayyaajjaaddii mmeeddaann mmuuhhaassaabbaahhMMeemmaassaanngg ““TTeelliinnggaa yyaanngg TTiiddaakk TTeerrjjuuaall ddii BBuurrssaa SSaahhaamm””ddaarrii ssuudduutt ppaannddaanngg sseebbeerraanngg
KOMPOSISI2RRuukkuunn NNeeggaarraaBAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendakmencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruhmasyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik;mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akandapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannyayang kaya dan pelbagai corak;membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sainsdan teknologi moden;MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebutberdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan
KOMPOSISI3PENAUNGYBHG. DATUK PROF. TS. DR. HAJI RAMZAH DAMBUL_____________________________________MAJLIS PENASIHATPengerusiHAJI SUKOR HAJI USIN_____________________________________MAJLIS TERTINGGIKetua SatuAWANG ABDUL MUIZZ HAJI AWANG MARUSINKetua DuaFAUZIAH HAJI MOKSINSetiausaha SatuMUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD SARIZAMBendahariMUHAMMAD MUIZZUDDIN RAMLANKetua PeneranganROSLAN HAJI SOHASTOSetiausaha DuaCHARMILLE PEARL CYLE CHANPenolong BendahariAFIQ FIKRI MOHD NIZAMAhliPROF. MADYA DR. JAKARIA DASANJUNAIDAH PARUDINMUHAMMAD FARHAN FIRDAUS NORDINHAJAH SAHARA JAISSITI RAHFIZAH MIHALDINWARMAN WAGIMANJAIDIN ZAINEHDR. MARLENNY DEENERWANMUHAMMAD FIRDAUS IBRAHIMNAZMIE DANIEL MOHAMMAD FAUZIEVENSAN MANJIMAHMAD MOUIEZ SHARUDINMOHD AZREN MOHD ZAKRIJuruaudit DalamanMOHAMMAD SYAFIQ AMIRSYAHFIERAH HAJI SUKOR______________________________________LEMBAGA DISIPLINPengerusiHASSAN JAIDIN______________________________________URUS SETIAPengurus BesarHAJAH SAHARA JAIS_____________________________________SIDANG REDAKSI MAJALAHKetuaAWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSINAnggotaMUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD SARIZAMCHARMILLE PEARL CYLE CHAN______________________________________© Ikatan Penulis Sabah, 2023-2026Hak Cipta Terpelihara. Pengeluaran ulang mana-manabahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah inidalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama adasecara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lainhendaklah mendapat izin daripada Penerbit. Maklumbahawa semua penulisan yang disiarkan di majalah ini tidaksemestinya menggambarkan pendapat dan pendirianPenerbit.IKATAN PENULIS SABAH, MALAYSIA(PPM-005-12-24031992)Rumah Puisi Hasyuda AbadiKampung Gudon, Manggatal88450 Kota Kinabalu, SabahE-mel: admin@ikatanpenulissabah.org--------------------------------------------------------KOMPOSISI ialah sebuah majalah yang diterbitkan olehIkatan Penulis Sabah secara berkala, lima kali setahun.Dari Meja Pimpinan 5 > Kerana pemuda... penulis Sabah bertuah sesungguhnyaKandunganKhabar Ikatan> Hari Bandar Raya jadi medan muhasabah> Anugerah Akhbar Mayor kembali diadakan sempena UlangTahun DBKK> Penulis Sabah mesti bersedia mendepani cabaran> Menuju 2030, IPS perkuat profil dan peran penulis Sabah> Sabah sasar lonjakan daya saing, produktiviti dan nilaiekonomi melalui SMJ 2.0> Laporan pelaksanaan RPN 2026-2035 hendaklah dikemukamulai Mac ini9Kutubkhanah 16 > 31 Oktober 2014 - Orang lama jangan dilupaSorotan Khas> Memasang Telinga yang Tidak Terjual di Bursa Saham dariSudut Pandang Seberang - Muhammad Faizhaziq MohdSarizam & Charmille Pearl Cyle Chan17Papan Karya> Soneta dari Suatu Percintaan - Yatim Ahmad> Di Ruang Sandiwara - Mohd Hafiz Abdullah Saini> Makna Hidup di Hujung Gelungsur - Chua Vui Kong> Katarsis - Joe Julaihi> Kota di Tubuhku - Penagih Sepi> Sajak yang Tidak Disyorkan oleh KKM - Hipnie Sharbini20Ruang Musyawarah 22 > Kebenaran di Ruang yang Berprinsip - Hasyuda AbadiMAKLUMANIkatan Penulis Sabah (IPS) mengucapkan terima kasih kepada semuapenulis dari dalam dan luar Sabah atas kesudian menyumbangmanuskrip untuk diterbitkan sebagai buku terbitan IPS. Semuamanuskrip yang diterima pada tahun lalu (2025) tetapi tidak sempatditerbitkan pada tahun ini, akan diterbitkan pada tahun ini, tertaklukkepada pematuhan manuskrip terhadap Arahan Penerbitan IPS dankedudukan kewangan semasa IPS. Dalam hal ini, manuskrip yang IPSterima mulai 1 Januari 2026 hanya akan ditangani setelah semuamanuskrip yang diterima pada tahun 2025 selesai ditangani danditerbitkan. Terima kasih.
4KOMPOSISI(1) SYARAT PESERTA (2) SYARAT PENYERTAAN(3) PENILAIAN(4) PENERBITANHADIAH MENANTI PEMENANG!HANTAR KARYA ANDA! MAKLUMAT LANJUTIkatan Penulis Sabah (IPS), Malaysia kembali melaksanakanperaduan Hadiah Puisi K. Bali (HPKB) sebagai upaya memperkasakankhazanah persuratan melalui penulisan puisi yang bermutu tinggi. Hadiahpenulisan yang mengambil nama sasterawan tersohor di Sabah,Allahyarham K. Bali, bermatlamat mengukuhkan inisiatif-inisiatif IPS yangsedia ada seperti “Puisi Adalah...”, Sepanggar Membaca dan SepanggarBerpantun melalui pengiktirafan bertaraf antarabangsa dan penambahanpenerbitan buku-buku sastera di Malaysia amnya dan Sabah khasnya.PPEERRAADDUUAANN HHAADDIIAAHH PPUUIISSII KK.. BBAALLII 22002255//22002266Peraduan HPKB terbuka kepada semua penulis yang:Berumur 18 tahun ke atas.Warga negara rantau Asia Tenggara dan termasukmereka yang bekerja atau menuntut di negara lain;atau pensyarah atau pelajar program pengajianMelayu di institusi pendidikan tinggi luar rantau AsiaTenggara; atau penutur jati atau fasih bahasa Melayuyang menetap di negara luar rantau Asia Tenggara.Bukan pemenang Hadiah Utama atau HadiahPenghargaan HPKB 2023/2024.(1) Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada manuskrip minimum 50 buahpuisi dengan syarat seperti di bawah:Panjang, tema dan bentuk puisi bebas.Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan kosakata bahasa etnik dan antarabangsa dibenarkan dan hendaklah disertai denganglosari.Setiap manuskrip wajib diberikan judul dan prakata atau kata pengantaroleh penulis.Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan fail perisian Microsoft Word(.doc atau .docx). Kesemua puisi perlu dikumpulkan dalam satu fail; denganmaksud, dalam satu fail, perlu ada minimum 50 buah puisi.Manuskrip yang diikut sertakan dalam HPKB belum pernah diterbitkan secararasmi oleh mana-mana penerbit yang diiktiraf oleh Pendaftar Global ISBN diseluruh dunia.Penulis Malaysia yang merangkumkan puisi yang telah disiarkan oleh PanitiaPenyelenggara “Puisi Adalah...”, IPS dalam manuskrip hendaklah menyatakandalam manuskrip, edisi siaran puisi tersebut di Facebook.(2) Seorang peserta dapat menghantar satu atau lebih daripada satu penyertaan,tetapi setiap puisi hanya layak dimuatkan dalam sebuah manuskrip sahaja.(3) Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan perakuan secara bertulis bahawakarya-karya penulis merupakan karya asli penulis. Secara tegas dinyatakanbahawa tiada tolak ansur terhadap karya plagiat.(4) Keputusan peraduan merupakan hak mutlak Panitia Penyelenggara. PanitiaPenyelenggara berhak mengubah, membatalkan atau menarik balik sebarangpenyertaan atau kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan.(5) Panitia Penyelenggara berhak mengubah sebarang syarat HPKB mengikutkesesuaian dan keperluan dari semasa ke semasa.(6) Penulis diminta menyertakan dalam hantaran penyertaan, maklumat peribadiyang berikut:Nama penuh (dalam huruf BESAR).Nama pena (jika ada; jika tiada, abaikan).Nombor MyKad (untuk peserta Malaysia) atau nombor pasport (untuk pesertaluar Malaysia).Nombor telefon (yang boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp).Alamat surat-menyurat.Semua karya yang diterima oleh Panitia Penyelenggaraakan dinilai oleh Panel Juri yang terdiri daripada merekayang profesional dalam bidang masing-masing. Karyayang berjaya melepasi saringan berpeluang meraihhadiah.Karya pemenang HPKB berpeluang untuk diterbitkan dibawah label IPS dengan diberikan ISBN dan kod QR CIP.Panitia Penyelenggara berhak menyunting, menyarankanpenyuntingan atau membuat sebarang pengubahsuaianyang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menjagakualiti karya.Hantar [email protected] atau pada pukul 11.59 malamwaktu Malaysia (GMT+8),31 Mac 2026RM 1,500Hubungi Urus Setia IPS ataumana-mana Penyelenggara HPKBsecara langsung.+60-16-9664961Hadiah Utama x 1RM 500Hadiah Penghargaan x 3
5Dari Meja PimpinanSAYA mulakan ucapan dasar kali inidengan memohon maaf kerana setelahmenghampiri empat tahun sayamenjabat, masih banyak lagikekurangan. Kekurangan itu sayasentiasa sedari sampai pernah saya tanyapada diri saya sendiri, “Apa lagi yang sayabelum lakukan? Apa lagi yang IkatanPenulis Sabah (IPS) belum lakukan?”Ketika ada dalam kalangan kitamengharapkan anjakan paradigmadaripada sastera, rupanya masih ada yangmelakukannya, cuma beritahu atau tidaksahaja; tunjukkan atau tidak sahaja. Kalautanya saya atau kawan-kawan, ataumungkin adik-adik yang bersama saya,saya rasa mereka akan bersetuju dengansaya bahawa anjakan paradigma itusedang berlangsung, cuma belum selesai.Itu semua orang perlu akui.Kota Rom tidak dibina sehari, begitujuga dengan Kota Melaka.Meruntuhkannya lebih mudah daripadamembina yang semula mahupunmenjaganya. Kerana itu, sejak sayamenjabat, saya dan rakan-rakanmelakukan apa sahaja yang termampudan terdaya. Sehingga kita mencapaiseperti apa-apa yang kita capai hari ini,ternyata belum juga. Saya rasa, dalam halini, mereka pun bersetuju dengan saya.Kita belum capai ke tahap yangsepatutnya walaupun kita telah mencapaisegalanya. Dengan ini, saya pesan kepadadiri saya, muhasabah sahaja. Tanya, “Apalagi yang saya belum lakukan kepadabangsa dan negara ini?” Mungkin selamaini, apa-apa yang saya dan rakan-rakanlakukan tertinggal sia-sia. Saya haraptidak begitu kerana ini salah satu carasaya dan rakan-rakan mengabdi kepadaTuhan, bangsa dan negara.AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSINKetua SatuIkatan Penulis Sabah, MalaysiaKerana pemuda... penulis Sabahberuntung sesungguhnyaSementara masih ada yang belumcukup, saya memohon maaf. Sayatahu, saya dan rakan-rakan serta IPSsendiri masih banyak kekurangan,termasuk apa-apa yang berlaku padahari ini yang saya tidak ceritasemuanya. Tetapi, saya tidak kata IPSgagal. Kalau IPS gagal, IPS berakhirpada hari ini, tetapi belum. IPS tidakakan berakhir. IPS akan berterusanselagi dunia ini masih ada insyaAllah.Semua yang berada dalam IPSmahupun di luarnya, yang kita panggilsebagai “penulis Sabah”, insya-Allahmasih boleh bernafas kerana masihada teraju yang mengamalkan sifatinklusif… sehingga yang kitapromosikan ialah penulis Sabah, samaada mereka itu ahli IPS ataupunpersatuan lain. Kita telah lakukannyasejak dulu atau sekurang-kurangnyasejak saya menjabat.Alhamdulillah. Kita telah saksikansegalanya sepanjang tahun yang lalusehingga akhirnya kita menikmatihubungan baik dengan berbagaipihak yang mana kita telah dapatmanfaatnya langsung dan nanti akanada yang kita dapat manfaatkan lagipada masa hadapan.Saya pun akui ada beberapa yangtidak berada di sini, tetapi sudahmenghubungi saya di belakang tadi.Saya tidak beritahu persatuan mana.Tapi beberapa sudah tahu. Sayaberitahu sahaja. Pihak-pihak itu telahbersedia pun untuk bersama penulisSabah untuk menjayakan hasratpenulis Sabah ini sendiri. Salahsatunya dalam bidang undangundang. Saya tidak perincikan lebihlanjut. Biarlah saya bertemu orangnyapada waktu terdekat ini.Kita akan seberangkan sasteradengan bidang-bidang lain sepertiharapan sebahagian kita.Sebenarnya penyeberangan ini telahpun berlaku. Saya setuju bahawasastera tidak boleh selama-lamanyajadi alat. Tetapi, adakah sastera itualat sahaja? Bagi saya, tidak. Sasteraitu wahana, kalau tanya saya.Minta maaf sebab saya tidakpernah belajar subjek KesusasteraanMelayu Komunikatif. Saya tidakpernah belajar sastera itu......per se di universiti. Saya hanyamempelajari bahasa. Sasteranyasaya belajar kemudian. Tapi sayamemahami begini.Kenapa? Komuniti sastera di tanahair kita masih suka bersoal-soalsedangkan peranan kita penulisSabah bukan untuk bersoal-soal itulagi, tetapi untuk menjawab soalanitu dan untuk melaksanakannya. Itutidak dilaksanakan oleh penulisSabah yang memimpin sahaja, tetapidilaksanakan juga oleh rakan-rakan,termasuk sebahagian yang dudukpada hari ini bukan penulis Sabahpun, tetapi akhirnya bersama penulisSabah merealisasikan sebanyakmungkin harapan penulis Sabah.Dalam keadaan yang saya sedari,saya tahu saya selalu terlupa untukbersyukur. Jadi, saya pesan kepadadiri saya dan rakan-rakan, baik kitaberterima kasih kepada mereka yangkita namakan Urus Setia. Mereka iniramai, tapi disedari atau tidaksahaja.Saya minta rakan-rakan tidakkecewa seperti saya kerana ternyatamasih banyak lagi yang belum sayadan rakan-rakan lakukan. Sayaberbangga dengan adik-adik sayayang tidak pernah menulis pun, tapiikut turun ke kota dan desa,menyeberang laut dan udara,mempromosi penulis Sabah, baikkaryanya, komunitinya, mahupunkegiatannya. Terima kasih kepadaorang-orang seperti ini. Bukan IPS,tapi penulis Sabah yang beruntungkerana orang-orang seperti ini.Penulis Sabah inilah yang datangberjumpa dengan komuniti yang kitakata penulis muda baharu. Ada yangbelum dilahirkan pun. Komuniti inilahyang berjumpa berulis mapan, bukandi tanah air sendiri, tapi di negaralain. Komuniti ini jugalah yangberbincang dengan saya kalau bukansetiap hari, setiap minggu dan kalaubukan setiap minggu, setiap bulan,“Apa lagi yang boleh dilakukansebagai penulis Sabah dan untukpenulis Sabah?” Tidak percaya?Tanya Nazmie Daniel dan tanyalahAhmad Mouiez sebelum itu.> Bersambung di halaman 6
Dari Meja Pimpinan6Kita akan teruskan libat urusnya untukbeberapa waktu lagi ke depan,tergantung siapa Ketua Satu pada masaitu. Kalau Ketua Satunya orang baru,orang barulah yang meneruskan. KalauKetua Satunya orang lama, sayasambung. Mudah, bukan? Dokumensudah ada, tinggal laksanakan sahaja.Ingatlah, WPS 2030 bukan dipunyaioleh IPS sahaja, tetapi dipunyai olehpenulis Sabah seluruhnya. Setiap penulisSabah berhak menjayakannya dengancaranya yang tersendiri, baik itupenulisan sastera, penulisankewartawanan, penulisan umum,penulisan akademik, mahupun penulisanperundangan.Nama pun penulis. Orang yang menulisialah orang yang mencipta karya untukmasa depannya. Kita kena tanam inipada orang yang seterusnya supayalebih ramai lagi orang muda menuliswalaupun mungkin dia menulis itu sekalisahaja.Pernah ada orang yang berjumpa sayadan bercerita, “Saya dulu pernah ikutbengkel penulis di DBP Kampung Air.”Bukunya sudah pernah terbit dalamantologi cerpen pada tahun 1993. Sayabilang, “Buku itu rasanya masih ada diPerpustakaan Negeri. Boleh cari.” Orangitu sekarang kerja di Kolej TeknologiTermaju Jabatan Tenaga ManusiaKampus Sandakan. Ada juga yangpernah bercerita bahawa dia pernahmenulis tapi dia menulis di majalah.Macam mana penulis muda baharudikira? Kita kira daripada antologi danbuku solo. Insya-Allah akan datang lagibeberapa (orang penulis muda baharu)baik dari antologi mahupun buku solo.Jadi, saya pesan kepada......penulis-penulis (yang berkenaan), nantibersiap sedia menerima kelahirannya duaatau tiga bulan lagi.Saya mohon maaf; saya tahu ada yangterlambat sebab sedang berbaris 15manuskrip (baki tahun 2025 yang lepas).Masih banyak. Kita akan terbitkansemuanya tahun ini. Saya tidak akantolak satu pun. Paling-paling pun, sayaakan perbaiki sahaja. Terima kasih ataskesabaran mereka yang berkenaan.Memang saya minta tunggu sebabkebetulan editornya sibuk. Kebetulanjuga editor belum sempat melengkapkansesuatu sehingga kita dapat terbitkandengan cepat (seperti hari itu).Kita, kalau boleh, mahu terbitkansebanyak mungkin buku. Jadi, tolongpesan kepada kawan-kawan kita, kalauada yang mahu terbit, saya alu-alukanbuku itu diterbitkan di bawah IPS.Tetapi, kena ingat, Hadiah Puisi K. Balimasih berlangsung sehingga 30 Macnanti. Sampai 30 Mac, kita kumpul dankita nilai. Jangan jemu untukmenyertainya kepada yang belum pernahmenyertainya. Siapa yang mahu ikut,silakan, kita alu-alukan. Bayangkanpenulis yang tidak menang Hadiah PuisiK. Bali pun kita terbitkan bukunya. Sayaucap tahniah kepada Cikgu Raymond.Cikgu Raymond merupakan salahseorang penulis yang terbit buku bawahIPS. Tadi ada Cikgu Ramlee Jalimin,bukunya juga kita terbitkan.Saya tidak kira. Penulis Sabah kita akanterbitkan bukunya. Sama ada dia itu ahliIPS atau tidak, kita terbitkan saja keranaitulah fungsi IPS.> Bersambung di halaman 7< Bersambung dari halaman 5Tanyalah juga satu siri The Circlesebelum itu yang dipimpin olehMuhammad Amin Dzulfikar. KewujudanThe Circle (sebagai Urus Setia IPS) tidaksia-sia. Kalau The Circle tidak ada,mungkin kita masih berada di takuklama. Kita tidak berada di takuk itu lagi.Kita telah mengambil langkah beranisehingga akhirnya, kita tampil bersamabelia-belia yang bersemangat waja,yang kita ajar dan kita didik untuk ikutsama berbakti kepada nusa danbangsa. Sebab itu, dalam ucapan dasarini, saya memang berterima kasihsecara khusus kepada urus setia saya,adik-adik saya yang telah bersama sayabukan sekarang, tetapi sejak sayapertama kali menjabat sebagai KetuaSatu, IPS.Terima kasih juga saya ucapkankepada para ahli. Sama ada ahli itu AhliKehormat, ahli seumur hidup, ahli biasaatau (mulai sekarang ada juga) ahlibersekutu, rata-rata mereka adasumbangannya yang tersendiri. Ingatlah,setiap sumbangan itu bererti kepadapenulis Sabah walau di mana punbidangnya.Akhirnya, penulis Sabah tidakberurusan dengan bahasa, sastera danbudaya sahaja. Kita berurusan denganpelbagai bidang. Kerana itu, kitamengambil langkah berani tahun laludengan melancarkan Wawasan PenulisSabah (WPS) 2030. Lihatlah, wawasantersebut telah dilancarkan di premisDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) olehwakil Kerajaan Negeri Sabah; MenteriSains, Teknologi dan Inovasi Sabahpada masa itu.
7Dari Meja PimpinanSaya tidak berminat untukmenghuraikannya. Tetapi, (cukup sayakatakan bahawa) Profil Penulis Sabahdibina sebagai rangkuman kepada dasarbaharu seperti Rancangan PendidikanNegara 2026-2035. Kita rangkumkanjuga dengan SMJ 2 yang barudilancarkan semalam. Kita rangkumkanjuga dengan dasar sedia ada. Ini bukandasar baru. Ini hanya rangkuman kepadadasar yang telah sedia ada sebelum ini.Jadi, ini tugas kita penulis Sabah. Samaada kita cikgu, pensyarah, maupun yangtelah bersara daripada perkhidmatanatau mungkin juga sebagai pegawaitadbir atau usahawan yang menulis, yangmemang diri dia itu penulis Sabah untukpastikan penulis Sabah (dengan profilseperti) ini dapat dilahirkan menjelangatau pada tahun 2030 insya-Allah.Ini tugas besar. Oleh sebab itu, sesiapasahaja yang menyandang jawatan KetuaSatu tidak boleh bersendirian. Sekarangsaya sudah faham, patutlah tiada yangmahu jadi Ketua Satu. Kalau ada, silakan.Saya dengan senang hatimenyerahkannya. Cuma, pastikanlahpenulis Sabah tetap hidup, termasukikatannya.Bayangkan, empat tahun lalu, mungkinada yang bayangkan penulis Sabahsebagai hobi. Hari ini, penulis Sabahadalah institusi: institusi yang menjagametrik; institusi yang menjaga strategi;institusi yang menjaga prestasi; daninstitusi yang sepatutnya menyumbangsecara terus ke akar umbi.Kita walau bagaimanapun tetaplahmengakar umbi. Tetaplah......berada di akar umbi, maksud saya.Tetapi, tidak bermakna kita tidakberprestasi. Kita telah buktikannya padahari ini. Kalau (ada pihak yang) tidakmenganggap, tidak apa. Yang sayamahu beritahu, penulis Sabah telahmenunjukkan dirinya berprestasi.Alhamdulillah.Tugas seterusnya ialah untukmengekalkan dan mematangkannya lagi.Mari kita sama-sama matangkannyasupaya penulis Sabah tetap relevanwalau apapun zaman yang akan datang,yang semakin hari, semakin mencabar.Saya tidak tahu. Mungkin suatu harinanti, penulis Sabah ini tinggal sayaseorang. Tiada siapa yang tahu. Tapikalau itu takdirnya, maka usaha-usahaseperti itu akan tetap diteruskan jua.Kerana, walau bagaimanapun, penulisSabah tetap hidup menyeberangipelbagai zaman dan cabaran. PenulisSabah akan tetap menulis sejarah danmasa hadapan. Penulis Sabah akantetap berkarya untuk masyarakat yangberwawasan.Penulis Sabah akan tetap berbaktikepada ibu pertiwi supaya lebih cerahmasa hadapan. Untuk itu, sayapulangkan kembali kepada rakan-rakanahli, bukan (sahaja) untuk menentukanmasa depan, tapi untuk bersama sebagaipenulis Sabah menyongsong ke arahmasa hadapannya yang lebih baik.Ucapan ini disampaikan sebagai ucapandasar dalam Mesyuarat Agung TahunanIPS pada 31 Januari 2026 di DangauSastera, Sepanggar, Kota Kinabalu.< Bersambung dari halaman 6Dalam hal ini, IPS melihat ke hadapanuntuk bekerjasama dengan semua yangtelah ada hari itu dan kita akanlanjutkan pula dengan beberapa lagiorganisasi yang baru. Nanti kita akanlihat sendiri. Dalam bentuk apa, sayatidak dapat cerita sekarang keranamasih belum diperincikan dari segidasar dan operasi.Apa-apa kerjasama ke depantetaplah berpegang kepada WPS 2030dan visi Kota Kinabalu sebagai kotasastera masa hadapan yang belumbertemu noktahnya walaupun padatahun lalu, Kota Dumaguete yangterpilih menjadi kota sastera dunia dirantau Asia Tenggara.Saya cuba simpulkan ucapan dasar iniyang tidak terlalu panjang, dan sayatidak berniat untuk memanjangkannya,dengan memperkenalkan Profil PenulisSabah.Profil Penulis Sabah adalahrangkuman kepada dasar-dasar yangbaru diperkenalkan dua tiga mingguterakhir ini, termasuk semalam barudiperkenalkan Hala Tuju Sabah MajuJaya 2.0 (SMJ 2). Ini tugas semuapenulis Sabah. Ini bentukkebertanggungjawaban kita kepadabangsa dan negara untuk memastikanpenulis Sabah menjelang tahun 2030memiliki sekurang-kurangnya lima ciri.Pertama, insan sejahtera. Kedua, cekapteknologi. Ketiga, profesional bermindausahawan. Keempat, ejen perubahandan kelima, beridentiti sejagat.Bersama penulis Sabah, bahagia itu mudah.Penulis Sabah tidak semestinya menulis sahaja. Penulis Sabah menukarkan penulisankepada pelbagai bentuk dan rupa agar bangsa dan negara selalu bersyukur apa adanya,tekal menjalani segalanya, kekal kesabarannya dan sederhana caranya. Berkhidmatsebagai dan bersama penulis Sabah bererti memilih untuk memperjuangkan kebahagiaanbuat diri sendiri dan semua.
8KOMPOSISISepuluh prinsipPenulis Sabah BerwibawaSATU: Penulis Sabah meraikan keterangkuman.DUA: Penulis Sabah mengutamakan keharmonian.TIGA: Penulis Sabah mengapresiasi kepelbagaian.EMPAT: Penulis Sabah mempertahankan adab dan etika.LIMA: Penulis Sabah memegang teguh profesionalisme.ENAM: Penulis Sabah mengangkat martabat belia.TUJUH: Penulis Sabah menekankan siap siaga.LAPAN: Penulis Sabah mengamalkan ketelusan dan kestabilan.SEMBILAN: Penulis Sabah menjaga keselamatan data dan ketepatanfakta.SEPULUH: Penulis Sabah berjiwa Malaysia dan bersemangatantarabangsa.Ditetapkan di Ranau pada 23 November 2025menurut Fasal 17(1)(a), Perlembagaan Ikatan Penulis Sabah.Disahkan di Kota Kinabalu pada 31 Januari 2026menurut Fasal 15(2), Perlembagaan Ikatan Penulis Sabah.
9Khabar Ikatan...melalui penyepaduan data danpenggunaan konsep ‘Single Source of Truth’dalam membuat keputusan berasaskanbukti.Pendekatan itu, katanya, bukan sahajamempercepat inovasi perkhidmatankepada rakyat, malah menjimatkan kosjangka panjang serta selari dengan halatuju Bandaraya Pintar sebagai terastransformasi pengurusan bandar.DBKK sebelum ini turut menerimapengiktirafan Kementerian KerajaanTempatan sebagai bandar berstatus ‘EarlyAdaptor’ dalam Penarafan Bandar PintarMalaysia, selain terus memperkukuhkerjasama strategik dengan SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) bagi menyokong infrastrukturdigital, keselamatan siber dan penggunaanteknologi pintar.“Semua usaha ini adalah demimemastikan Kota Kinabalu terus menjadibandar raya yang bersih, selamat, cekapdan berdaya tahan untuk generasi hari inidan masa hadapan,” katanya.Bersempena sambutan itu, pelbagaiprogram dirangka secara inklusif danmerakyat, termasuk upacara menaikkanbendera Bandaraya Kota Kinabalu, programkebudayaan dan kreatif, aktiviti sukan danrekreasi komuniti, gotong-royongkebersihan bandar serta inisiatif kesedarankelestarian alam sekitar.WartawanSabah NewsKOTA KINABALU, 27 Januari (SabahMedia): Pelbagai acara menarik akandiadakan sepanjang tahun ini bagimeraikan dan memperingati pencapaianpembangunan bandar raya sempenasambutan ulang tahun ke-26 BandarayaKota Kinabalu.Sambutan yang akan berlangsungbermula 31 Januari itu melibatkanpengisian merangkumi aspek keagamaan,kebudayaan, sukan, alam sekitar, inovasi,pelancongan serta programkemasyarakatan.Bagi menghargai peranan media dalammenyalurkan berita dan maklumatmengenai DBKK dan bandaraya KotaKinabalu, Mayor’s Press Award 2026kembali diadakan pada Septemberselepas lebih 10 tahun tidak diadakansebelum ini.DBKK membuka ruang kepadapenglibatan orang awam dalam acaraacara tertentu yang telah dikenal pasti,bagi memeriahkan sambutan ulang tahunke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.WartawanSabah MediaKOTA KINABALU, 2 Februari (SabahNews): Sambutan Ulang Tahun Ke-26Bandar Raya Kota Kinabalu bukan sekadarmemperingati tempoh pengisytiharanbandar raya, sebaliknya menjadi wadahmuhasabah bersama untuk menilaipencapaian, cabaran serta hala tujupembangunan bandar demi kesejahteraanrakyat.Datuk Bandar Kota Kinabalu, Dato’ Sri DrSabin Samitah berkata, kemajuan bandartidak seharusnya diukur hanya melaluipembangunan fizikal atau projek berskalabesar, tetapi melalui kualiti kehidupan harianrakyat, kebersihan persekitaran, rasaselamat, kemudahan awam yang berfungsibaik serta penyampaian perkhidmatan yangadil dan cekap.“Sebagai Mayor, Hari Bandaraya adalahhari muhasabah amanah kepada saya danseluruh warga kerja DBKK. Bandar ini bukanmilik DBKK semata-mata, tetapi rumah kitabersama yang perlu dijaga dengan disiplin,tanggungjawab dan semangatkebersamaan,” katanya ketikamenyampaikan ucapan pada SambutanUlang Tahun ke-26 Bandar Raya KotaKinabalu, di sini, hari ini.Menurutnya, sebagai ibu negeri Sabah,Kota Kinabalu memainkan peranan strategiksebagai pusat pentadbiran, ekonomi,pelancongan dan pintu masuk utama kenegeri ini, sekali gus menjadikan keupayaantadbir urus bandar sebagai cerminan imejSabah di peringkat nasional danantarabangsa.Namun begitu, Sabin mengakui DBKKberdepan cabaran besar termasuk kekangansumber kewangan, pertambahan penduduk,peningkatan jumlah pelancong sertatekanan terhadap kebersihan, infrastruktur,penguatkuasaan dan kemudahan awam.“Cabaran ini bukan alasan untuk kitaberdiam diri. DBKK sedang dan akan terusmemodenkan sistem kerja sertapenyampaian perkhidmatan,” katanya.Antara langkah penambahbaikan yangdilaksanakan ialah peluasan sistem SabahSmart Parking, perkhidmatan bayaran dantempahan secara dalam talian sertapelbagai inisiatif pendigitalan bagimeningkatkan kecekapan, ketelusan dankemudahan kepada rakyat.Beliau turut memaklumkan DBKK sedangmembangunkan Pelan Induk EnterpriseArchitecture (EA) dengan kerjasamaUniversiti Malaysia Sabah (UMS) bagimewujudkan organisasi berprestasi tinggi...Hari Bandaraya jadimedan muhasabahDATUK BANDAR Kota Kinabalu, Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah (tengah) memeriksakawalan kehormatan daripada Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya KotaKinabalu (DBKK) dalam Sambutan Hari Ulang Tahun Bandar Raya Kota Kinabalu ke-26pada hari Isnin, 2 Februari 2026. (Foto: DBKK)Anugerah AkhbarMayor kembalidianjurkan sempenaUlang Tahun DBKK
Khabar Ikatan10...sebuah organisasi penulis yang aktif dankonsisten dalam menyemarakkan duniasastera di Sabah.Awang Abdul Muizz turut menegaskanbahawa penulis Sabah telah memilikiwawasan sehingga tahun 2030, termasukaspirasi besar untuk menjadikan KotaKinabalu sebagai kota sastera pada masahadapan.Beliau melahirkan rasa gembira keranaramai penulis Sabah, sama ada yangmenganggotai IPS atau pertubuhansahabat, terus mengutamakan kualiti karyaserta prestasi intelektual.“Penulis Sabah yang terkenal dengansifat wasatiyyah dan istiqamah wajardikenali sebagai komuniti berimpak tinggi,”katanya.Bagaimanapun, beliau menegaskanbahawa dirinya tidak berjanji untukmenjadi segalanya kepada penulis Sabah,sebaliknya menyeru semua pihak agarberganding bahu menjadikan komunitipenulis di negeri ini lebih baik pada masahadapan.“Mari kita lakukannya seiring dengangagasan Malaysia Madani dan Hala TujuSabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.Sementara itu, ketika menyampaikanucaptama dalam mesyuarat agungtersebut, Pengarah Perpustakaan NegeriSabah (PNS), George...... Yih Ching Yaw, menegaskan komitmenberterusan PNS dalam menyokongperkembangan dunia penulisan, sasteradan intelektual tempatan.Beliau menekankan perananperpustakaan sebagai pusat ilmu sertarakan strategik kepada komuniti penulis,selain menyeru agar usaha memeliharadan memartabatkan warisan ilmu Sabahterus diperkukuh demi generasi akandatang.Penyertaan PNS dalam program itumencerminkan semangat kolaborasiantara institusi ilmu dan komuniti penulis,selaras dengan gagasan Malaysia Madanidan Hala Tuju SMJ yang menekankanpembangunan masyarakat berasaskanilmu, budaya dan kreativiti.Turut hadir memeriahkan majlis ialahSasterawan Negeri Sabah Ketiga HajiSukor Haji Usin, beberapa orang ketuajabatan Persekutuan dan Negeri Sabahserta pemimpin persatuan penulis diSabahPada majlis berkenaan, sebanyak 31 judulbuku penulis Sabah dilancarkan, termasuk24 judul terbitan IPS.Dalam pemilihan yang dijalankan secaradigital, Fauziah Haji Moksin turutmempertahankan jawatan Ketua Dua IPS.ABD NADDIN SHAIDDINKOTA KINABALU, 1 Februari (AsiaTimes/Sabah360 Online): Penulis Sabahtidak boleh takut, tidak boleh kalah danmesti bersedia mendepani sebarangcabaran serta risiko pada bila-bila masa,kata Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS),Awang Abdul Muizz Awang Marusin.Beliau berkata, penulis Sabah perlubersedia menghadapi cabaran dalampelbagai bentuk, sama ada dari sudutpemikiran, keberanian bersuara mahupundaya tahan sebagai sebuah komunitiintelektual.“Walaupun belum meraih pengiktirafansewajarnya sebagai sebuah pergerakan,penulis Sabah telah membuktikan kepadanegara dan dunia bahawa kita tidak takutdan tidak pernah kalah,” katanya dalamucapan sempena permulaan penggalbaharu kepimpinan IPS bagi tempoh 2026–2028.Awang Abdul Muizz berkata, perjuanganpenulis Sabah bukanlah bermula dari titikkosong, sebaliknya merupakankesinambungan kepada usaha panjangyang telah digerakkan sejak sekian lama.Beliau terpilih semula sebagai Ketua SatuIPS dalam pemilihan yang diadakansempena Mesyuarat Agung IPS ke-36 yangberlangsung di Dangau Sastera, di sini.IPS yang ditubuhkan kira-kira 36 tahunlalu merupakan...Penulis Sabah mesti bersedia mendepani cabaranPARA HADIRIN yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Penulis Sabah 2026 bergambar selepas ucaptama disampaikanoleh Pengarah, Perpustakaan Negeri Sabah, George Yih Ching Yaw (depan, tiga dari kanan) di Dangau Sastera, Sepanggar, KotaKinabalu pada Sabtu, 31 Januari 2026.
Khabar Ikatan11Ketua Satu IPS menekankan bahwapembangunan institusi penulis tidak dapatdilakukan secara instan. IPS, katanya,dibangun secara bertahap melaluipenguatan organisasi, penerbitan,pembinaan, dan jaringan kerja sama lintasbidang, yang semuanya menjadi fondasipenting dalam merealisasikan WPS 2030.Dalam kerangka WPS 2030, IPSmenegaskan prinsip inklusivitas denganmempromosikan penulis Sabah tanpamembedakan keanggotaan organisasi.Pendekatan ini bertujuan membuka ruangkolaborasi yang lebih luas, sekaligusmemastikan bahwa seluruh penulis Sabahmemiliki peluang yang setara untukberkembang dan berkontribusi.Ia juga menyoroti pentingnyamemperluas peran sastra melaluiketerhubungan dengan berbagai bidanglain, seperti pendidikan, teknologi,kewirausahaan, dan kebijakan publik.Menurutnya, sastra tidak sekadar menjadialat, tetapi wahana strategis untukmenjawab persoalan masyarakat danmendorong perubahan sosial secaraberkelanjutan.Dalam kesempatan tersebut, Ketua SatuIPS memperkenalkan Profil Penulis Sabahsebagai bagian dari......implementasi WPS 2030. Profil tersebutdirumuskan untuk melahirkan penulis yangberkarakter insan sejahtera, melekteknologi, profesional, berjiwakewirausahaan, berperan sebagai agenperubahan, serta memiliki identitas globalyang tetap berakar pada lokalitas Sabah.Ia menegaskan bahwa WPS 2030 bukanhanya milik IPS, melainkan milik seluruhpenulis Sabah, baik yang bergerak dibidang sastra, jurnalistik, akademik,maupun penulisan lainnya. Oleh karena itu,keberhasilan pelaksanaannya bergantungpada partisipasi aktif seluruh komunitaspenulis dan keberlanjutan kepemimpinanorganisasi.Sebagai penutup, Ketua Satu IPSmengajak seluruh penulis Sabah untukbersama-sama mematangkan peran daninstitusi penulis agar tetap relevan ditengah perubahan zaman. Ia menegaskanbahwa melalui WPS 2030, IPS bertekadmenjadikan penulis Sabah sebagaikekuatan intelektual dan kultural yangberkontribusi nyata bagi masa depanmasyarakat dan daerah.PANJI PRATAMAPewartaNongkrong.coKOTA KINABALU, 3 Februari(Nongkrong.co): Ikatan Penulis Sabah (IPS)menegaskan komitmen organisasi dalammemperkuat profil dan peran penulis Sabahmenuju pelaksanaan Wawasan PenulisSabah (WPS) 2030. Penegasan tersebutdisampaikan oleh Ketua Satunya, AwangAbdul Muizz Awang Marusin dalam pidatokebijakan pada Rapat Umum Tahunan IPSSeri ke-34 yang berlangsung di KotaKinabalu, Sabtu, 31 Januari 2026.Dalam pidatonya, Ketua Satu IPSmenyatakan bahwa penulis Sabah akanterus hidup menyeberangi berbagai zamandan tantangan, serta tetap menulis sejarahdan masa depan melalui karya yangberpihak kepada masyarakat. Menurutnya,WPS 2030 menjadi kerangka strategis untukmemastikan penulis Sabah tidak hanyabertahan, tetapi berkembang sebagaiinstitusi kultural yang berdaya saing.Ia mengakui bahwa selama hampir empattahun masa kepemimpinannya, masihterdapat berbagai keterbatasan danagenda yang belum sepenuhnya tercapai.Namun demikian, ia menegaskan bahwaproses anjakan paradigma dalamkesusastraan Sabah sedang berlangsungdan memerlukan kesinambungan sertadukungan kolektif seluruh penulis danpemangku kepentingan.Menuju 2030, IPS perkuat profil dan peran penulis SabahPROFIL PENULISSABAH 2030 (kiri)diperkenalkan buatpertama kali olehKetua Satu, IkatanPenulis Sabah (IPS),Awang Abdul MuizzAwang Marusinketikamenyampaikanucapan dasardalam MesyuaratAgung Tahunan IPS2026 di DangauSastera, Sepanggar,Kota Kinabalu padaSabtu, 31 Januari2026. Profil tersebutmerangkumkandasar-dasar sediaada dan baharuuntuk menghasilkanpenulis yangmemiliki kriteriakriteria yangtersendiri.
Khabar Ikatan12...bagi memastikan pembangunanmampan dan kesejahteraan sosial.\"SMJ 2.0 juga mengangkat komitmendan manifesto Gabungan Rakyat Sabah(GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17(PRN17), berpaksikan empat tonggakutama iaitu Sabah First, Sabah Forward,Sabah Prosper dan Sabah United.\"Lima objektif pelan ini ialah membinamasyarakat bersatu dan aman,mengoptimumkan hasil negeri,mempelbagaikan ekonomi, meningkatkanekonomi rakyat dan membangunkan modalinsan,\" katanya.Beliau berkata, pelan itu digerakkanmelalui tiga teras utama iaitu sektorpertumbuhan ekonomi yang memberi fokuskepada perindustrian, pelancongan danpertanian; pembangunan modal insan dankesejahteraan rakyat, termasukpendidikan, TVET, STEM, latihan pertaniandan digital serta jaringan infrastruktur dankelestarian hijau yang merangkumiinfrastruktur asas, tenaga lestari dan alamsekitar.Ketiga-tiga teras itu, katanya disokongtumpuan kepada Ekonomi Biru,Pendigitalan AI dan Pembangunan Inklusifserta dipacu lima pemboleh daya utamaiaitu kemampanan fiskal, kemudahankewangan, keberkesanan perkhidmatan,tadbir urus berintegriti dan kerajaandigital.IZWAN ABDULLAHWartawanBerita HarianFoto: Gabungan Rakyat SabahPUTRAJAYA, 20 Januari (Bernama/SinarHarian): Semua kementerian, jabatan daninstitusi pendidikan yang berkaitan diarahkanuntuk mengemukakan laporan prosespelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara(RPN) 2026-2035 mulai Mac ini. PerdanaMenteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatacabaran utama bukan terletak padamerangka pelan yang kelihatan gah,sebaliknya memastikan setiap programditerjemah dengan berkesan di lapangan.\"Itu bukan sahaja peringatan tetapiamaran keras daripada saya kerana sayabimbang banyak pelan yang kita bolehluncurkan tetapi pelaksanaannya mungkintidak sampai,” katanya ketika berucap padamajlis pelancaran RPN 2026-2035 di sinipada Selasa.RPN 2026-2035 merupakan langkahreformasi pendidikan bagi membina masadepan generasi muda yang lebih adil,berdaya saing dan berteraskan nilai.Pelan pendidikan baharu itu membabitkandua kementerian iaitu KementerianPendidikan dan Kementerian PendidikanTinggi.RPN 2026-2035 adalah rancanganstrategik pendidikan nasional yangmerangkumi keseluruhan ekosistempendidikan negara daripada peringkatsekolah hingga pendidikan tinggi.WartawanBernamaFoto: BernamaKOTA KINABALU, 30 Januari (BeritaHarian): Kerajaan Sabah hari inimelancarkan pelan pembangunan Hala TujuSabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh2026-2030, dengan sasaran untukmelonjakkan daya saing, produktiviti dannilai ekonomi negeri.Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,berkata SMJ 2.0 adalah lanjutan dankesinambungan SMJ 1.0 yang dilaksanakanpada penggal lalu dengan tumpuanterhadap pemulihan, penstabilan danpenyusunan semula selepas pandemikCovid-19.\"SMJ 2.0 bukan sekadar pelanpembangunan. Ia bukti komitmen kerajaanmemimpin perubahan dalam dunia yangbergerak pantas, dipacu oleh kecerdasanbuatan (AI), ekonomi digital, perdaganganrentas sempadan dan persaingan global.\"SMJ 2.0 dirangka melalui libat urusmenyeluruh membabitkan Kabinet Negeri,kementerian, pemain industri, golonganbelia dan seluruh lapisan rakyat,\" katanyapada Majlis Amanat Ketua Menteri kepadaPenjawat Awam Negeri dan PelancaranSMJ 2.0 di Pusat Konvensyen AntarabangsaSabah Sabah, di sini, hari ini.Hajiji berkata, Belanjawan Negeri 2026memperuntukkan RM 12.02 bilion untukmembiayai 1,173 program dan projekpembangunan, menjadikannya yangtertinggi dalam sejarah Sabah, sejajarpelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13(RMKe13) dan aspirasi Malaysia Madani.Katanya, pelan SMJ 2.0 juga disusun danmematuhi Matlamat PembangunanMampan dan prinsip Alam Sekitar, Sosialdan Tadbir Urus...Sabah sasar lonjakan daya saing, produktivitidan nilai ekonomi melalui SMJ 2.0Laporan pelaksanaanRPN 2026-2035hendaklah dikemukamulai Mac ini
KOMPOSISI13SEKALUNG TAHNIAHسكالوڠ تهنئةdiucapkan kepada semua ahli Ikatan Penulis Sabah atas pencapaian dan pengiktirafanyang telah masing-masing raih sepanjang tahun 2025, terutamanya:AWIL KAMSARI, Penerima, Anugerah Harapan Kepimpinan dan Kemasyarakatan GemilangMadani 2025, Pertubuhan Rumpun Etnik SabahFAUZIAH HAJI MOKSIN, Penerima, Anugerah Penggerak Puisi Etnik Nusantara 2025, PerkumpulanRumah Seni Asnur, IndonesiaKATHIRINA SUSANNA TATI, Naib Johan, Peraduan Menulis Semula Cerita Rakyat Sabah2024/2025 (Jenis Cerita Mitos), Dewan Bahasa dan PustakaMUHAMMAD FATHI SAFWAN ESHAK, Johan (Hafiz Tahap 3), Majlis Hafazan dan Tilawah alQuran Peringkat Negeri Sabah 1446 HijriDR. MARLENNY DEENERWAN (Lenny Erwan), Pemenang, Kategori Pendidikan dan Akademik: BukuSeni dan Kreativiti Terbaik (Kanak-kanak), Anugerah Buku Negara 2024/2025DR. NORAWI HAJI KATA, Pemenang, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Puisi Eceran)YANG BERBAHAGIA DATUK PROFESOR TS. DR. HAJI RAMZAH DAMBUL (Rem Dambul),Pemenang, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Puisi Eceran)ONY LATIFAH OSMAN, Ikon Gemilang Wanita Sabah 2025, Pertubuhan Bakatnita Sabah
Khabar Ikatan14KETUA PENGARAH, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (tiga darikiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Hafazan 10 Juzuk(Lelaki) dari Darul Quran Jakim yang juga ahli IPS, MuhammadFathi Safwan Eshak (tiga dari kanan) dalam Majlis Tilawah danHafazan al-Quran Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Asean2026 di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Nerus,Terengganu pada hari Ahad, 15 Februari 2026. (Foto: Unisza)PELAJAR Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia(ADTEC JTM) Kampus Kota Kinabalu yang juga Anggota Urus SetiaIPS, Alfaizan Gorongkong menyertai Pertandingan Kreativiti danInovasi JTM 2026 di ADTEC JTM Kampus Taiping, Perak pada 11dan 12 Februari 2026. Produk inovasi yang dipersembahkanolehnya mendapat pingat perak. (Foto: Jupili Waimin)IPS meningkatkan pengalaman keahlian para ahlinya denganmemperkenalkan e-Kad Ahli IPS, aplikasi dalam talian yangmembolehkan setiap ahli memeriksa status keahlian danmendapatkan kad ahli secara digital. Aplikasi tersebut bolehdicapai di https://keahlian.ikatanpenulissabah.org mulai 16Februari 2026.IPS beraspirasi untuk menggabung jalin sastera dengan teknologiberasaskan kecerdasan buatan (AI). Dalam hal ini, IPSmemperkenalkan aplikasi dalam talian bernama Penulis PentigrafAI. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menyediakanrangka yang AI boleh gunakan untuk menghasilkan danmenganalisis cerita pendek tiga perenggan. Aplikasi tersebutboleh dicapai di https://pentigraf.ikatanpenulissabah.org mulai16 Februari 2026.YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH, Tun Musa Aman (dua dari kiri) berkenan mengurniakan hadiah kepada Johan Hafazan Tahap 3 (Lelaki)yang juga ahli, Ikatan Penulis Sabah, Muhammad Fathi Safwan Eshak (dua dari kanan) dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-QuranPeringkat Negeri Sabah 1447 Hijri di Wisma Muis, Kota Kinabalu pada Jumaat, 13 Februari 2026.
15KOMPOSISIتهنئةدانتريماكاسيهTahniah dan Terima Kasih, Bayahan om Ponsikoudiucapkan kepada semua yang telah menjayakanIkatan Penulis Sabah sepanjang tahun 2025AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSINKetua SatuFAUZIAH HJ. MOKSINKetua Dua97.9% 100% 90.9% 100%Kadar keahlianIkatan137 berbanding 140pada tahun 2024,termasuk 29 orang ahlibaharuPencapaian tujuandan maksudpenubuhan Ikatan11 daripada 11PencapaianRancangan AktivitiIkatan 2024-202610 daripada 11Tahap kegiatantahunan Ikatan138 buah aktivitidijalankan berbanding52 yang disasarkansecara tahunanAhli meraihpencapaian diperingkattempatan dan 8antarabangsaKertas kerjapersidangandibentangkan didalam dan luar 3negeri SabahAhli menjadipembimbingprogram latihan 8sasteraKeseluruhanprogram yangmelibatkan 138IkatanOrganisasi yangbekerjasamamenjayakan 56kegiatan IkatanPeserta semuakegiatan anjuranIkatan dan yang 3,967 melibatkan Ikatan100%Prestasi keseluruhan IkatanPenulis mudayang berjayadilahirkan oleh 97 IkatanBuku yangberjayaditerbitkan oleh 24IkatanSiri MajalahKomposisiberjayaditerbitkan oleh 5Ikatan
Kutubkhanah16Orang lama jangan dilupaSaya sempat menemubual PuanHajah Hasnah Sambas di DataranLawas ketika sama-sama meyertaiProgram Kembara Bahasa 2014 anjuranDewan Bahasa dan Pustaka (DBP)baru-baru ini. Ikuti petikantemubual bersama pejuang wanitayang banyak berjasa ini.ABD NADDIN SHAIDDIN (UB):Bagaimana puan hajah terlibat dalamsastera? Boleh ceritakan sedikit?HAJAH HASNAH SAMBAS (HHS): Sayamelihat perjuangan dalam sasteralebih murni, tiada politikingseperti dalam politik. Selepasmelalui banyak pengalaman, jatuhbangun dalam politik, yang dipenuhioleh orang-orang yang bercita-citauntuk mendapatkan kuasa untukkepentingan, tidak seperti dulu,orang berjuang demi sebuahperjuangan. Akhirnya saya memilihsastera, untuk mengisi hari-hari,untuk mencari ketenteraman jiwaselepas tidak lagi bergiat dalampolitik.Dalam sastera, jarang adayang saling jatuh menjatuhkan.Sastera tidak pilih kasih.UB: Pernah ikut persatuansastera?HHS: Saya salah seorang perintispersatuan Penulis WilayahPersekutuan Labuan (PERWILA) ketikamasih dipimpin Allahyarham DatukHaji Omar Bledram. saya antara ahliyang lama bergiat Haji OsmanMahali.UB: Bidang apa yang diminati?HHS: Saya bergiat menulis danmembaca puisi. Selain itu, sayajuga aktif menghadiri seminar danpertemuan sastera di luar negaraseperti Kemboja, Indonesia. DiIndonesia, saya pernah mengikutipertemuan di Padang, diBanjarMasin, di Palembang. Selainitu, saya juga pernah mengikutipertemuan di Negara BruneiDarussalam, selain tentunya diSabah dan Sarawak.UB: Ada menghasilkan karyajuga?HHS: Karya-karya saya tersiardalam majalah Gapena, majalahBahana, Buku antologi Kepadasahabat, majalah Jendela Sabah danWadah.UB: Apakah harapan puan hajahkepada generasi kini?HHS: Saya berharap generasikini tetap komited dalamperjuangan.Jangan mudah kecewa.Saya sendiri pernah dijatuhkandalam politik, tetapi saya tetapkonsisten dalam menyokongperjuangan parti. Bagi saya,perjuangan yang penting.Walau bagaimanapun, saya harapjasa dan perjuangan orang lamaharus dikenang. Sedikit sebanyakmereka pernah menyumbang dalampahit manisnya perjuangan.MESKIPUN sudah jaya dalam hidupnya,namun di usia senjanya, tokohwanita ini tetap aktif menyertaipelbagai pertemuan dan programkebahasaan, kesusasteraan dankesenian. Mantan Ketua Wanita UMNOWP Labuan yang juga salah seoranganggota penaja parti itu ketikamula mengembangkan sayapnya diPulau Labuan, bukan orang barudalam politik. Beliau pernahmenjadi Ketua Kaum Ibu USNO diSindumin dan ahli ke-18 USNO diSipitang. Ketika berpindah keLabuan mengikut suaminya, beliaupernah dilantik sebagai Ketua KaumIbu USNO cawanga Elopura dankemudian menjadi Ketua Kaum IbuUSNO Sandakan. Selain itu, beliaujuga pernah menjadi Exco WanitaUSNO Pusat.Namun selepas terlepas darisegala hiruk-pikuk dalam duniapolitik, kini beliau menghabiskanbanyak masanya untuk mengakrabisemula bidang bahasa, sastera danbudaya. Beliau adalah antarapengasas Persatuan Penulis WilayahPersekutuan Labuan (PERWILA) ketikapersatuan itu mula bergerak aktifpada tahun 1987.HAJAH HASNAH SAMBAS dilahirkandi Kampung Padang Sindumin,Sipitang pada 24 Mei 1942. Anakkeempat dari tujuh adik beradikmendapat pendidikan awal di GPSSindumin dari tahun 1954 hingga1958. Selepas itu, beliau memasukialam pekerjaan dengan menjadi GuruPenolong di Sindumin sehingga tahun1960.Beliau mendirikan rumah tanggadengan Haji Rahmatullah Salim Syahpada tahun 1962 dan dikurniakantujuh cahaya mata, empat perempuandan tiga lelaki. Selepas itu,beliau aktif bergiat di Sandakankerana mengikut suami berpindah kedaerah itu pada tahun 1965 sehinggatahun 1981, apabila mereka kembalisemula ke WP Labuan.31 OKTOBER 2014ABD NADDIN SHAIDDIN
SEJAK September tahun lalu (2025)bilamana kami bertandang ke Jakarta,Indonesia untuk memenuhi undangan kePertemuan Penyair Nusantara XIII, kamimasih bertukar perhubungan dan bicaradengan beberapa orang rakan penulis disana. Lebih-lebih lagi kami masihberhubung dengan beberapa penulis sebayakami. Kalau ada yang tahu atau pernahdengar, bolehlah rujuk kembali artikel kamisebelumnya pada edisi September yang lalu.Sorotan Khas17...yang sarat dengan makna mendalam.Bagaimana kami menilai erti ‘mendalam’ itu?Kerana walaupun Kak Annisa menuliskebanyakan puisinya mengikut nuansaIndonesia, namun hampir semuanya juga dapatdikaitkan dengan elemen kehidupan dansuasana masyarakat di Malaysia yangsebenarnya… lebih kurang sama sahaja.Mungkin ada perbezaan ketara, namun iabukanlah menyebabkan dunia antara duanegara ini berbeza total.Tajuk antologi itu sendiri sebenarnyamemberi gambaran luas tentang apa yang akandisertakan dalam himpunan karya ini. Kalaudiamati dengan teliti, bidang pasaran saham inijarang diterokai atau dilibatkan kepadagolongan wanita. Rata-rata yang mendominasiialah kaum lelaki dan ini terjadi hampir diseluruh dunia termasuk Malaysia danIndonesia. Ia seolah-olah menunjukkan bahawawanita seringkali disisihkan atau dipandang lainjika mahu mempelopori bidang yang tidakramai daripada mereka yang menguasai.Kami tertarik pada beberapa puisi yangdibawakan dalam antologi ini. Salah satunyapuisi yang bertajuk Rapat Hari Kamis(Mesyuarat Hari Khamis). Meskipun padahakikatnya puisi ini ialah puisi esei, namunkami kupas sahaja memandangkan ia punyanilai yang signifikan. Dalam puisi ini, Kak Annisamemberikan bayangan yang jelas mengenaiisu-isu yang ada pada golongan wanita hari ini.Bila bercerita tentang wanita, ia bukan soaluntuk mencari kestabilan kewangan ataupunmenjaga keluarga di rumah semata-mata.Realiti telah berubah hari ini.Itulah yang gagal difahami atau dipandangserius oleh sesetengah pihak lebih lagi yang diatas sana. Bila kegagalan ini berlaku, makastereotaip akan terjadi sehingga marginalisasi......berlaku dalam kalangan wanita. Dalamprosa ini, Nyi Roro Kidul mengatakan,“Perempuan tidak harus memilih satuhal paling penting. Dia boleh duduk dikerusi CEO, menyusui, menyulam,menyamar jadi batu. Dia boleh jadi laut,kubikel atau tarikh akhir yang takselesai-selesai. Yang paling penting: diatidak harus minta izin untuk menjadisiapa.”Sekali lagi, biarpun ditulis mengikut sudutpandang Indonesia, namun perkara yangterjadi dalam prosa ini sebenarnya turutberkait rapat dalam suasana kerja diMalaysia itu sendiri. Patriarki menjadipegangan sehingga komentar yang bersifatseksis dilontarkan kepada wanita begitusahaja. Lebih memburukkan keadaan, tiada‘dinding’ dari kalangan yang diujar-ujarkanitu sanggup atau mampu menepis sangkaandan kata-kata stigma itu.Ruang untuk wanita masih sedikit jikadibandingkan dengan tetangga yangterhormat. Tidaklah kami meminta PerdanaMenteri atau Ketua Menteri itu datang darikalangan wanita, namun setidaknya wanitaitu perlu diberi ruang untuk bersuara, untukmemberi pendapat, untuk melontar kritiksaran.Kak Annisa bijak mengatakan kritiksarannya dengan memberikan jiwa kepadatokoh-tokoh wanita epik sepanjang sejarah.Di Indonesia, siapa saja tidak kenal Nyi RoroKidul? Bahkan di Malaysia juga namanyaturut sering terdengar biarpun tidak sehebatIndonesia.> Bersambung di halaman 18Saya (Faiz) mengimbau saat kami berduamengembara ke kota Bandung, Jawa Barat atasundangan salah seorang rakan kami di sana.Walaupun tiada yang menduga yang kami akanpergi sejauh itu, namun atas nama semangatsetia kawan, kami berdua tetap gagah ke KotaReka Bentuk Unesco itu untuk meluangkan masabersama sahabat kami, Annisa Resmana (KakAnnisa) bersama suaminya, Eggy Akhmad (BangEggy). Dalam sela-sela waktu itu, Kak Annisasempat menyerahkan dan menghadiahkanbeberapa buah cetakan buku antologi puisinyayang bertajuk Telinga yang Tidak Dijual di PasarSaham. Dua untuk kami seorang satu, satu untukIPS dan dua lagi untuk diniagakan di tempatkami.Sekarang sudah lima bulan berlalu semenjakpertemuan itu. Mohon izin agar kami mengulasbuku ini bagi pihak beliau atas semangatdiplomasi sastera antara Malaysia denganIndonesia, amalan yang sudah menjadi kekuatanIPS itu sendiri.Telinga yang Tidak Dijual di Pasar Saham(TYTDDPS) merupakan antologi puisi...Memasang Telinga yang Tidak Terjual di Bursa Sahamdari Sudut Pandang SeberangMemasang Telinga yang Tidak Terjual di Bursa Sahamdari Sudut Pandang Seberang MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD SARIZAM& CHARMILLE PEARL CYLE CHANTENGAH: Awal kepadaperkenalan MuhammadFaizhaziq (kanan) danCharmille Pearl (belakang)bersama Annisa Resmana(depan). Turut bersamaialah Iffatul Izzah (kiri) dariAceh.KANAN: Kumpulan puisi“Telinga yang Tidak Dijualdi Pasar Saham” karyaAnnisa Resmana.
TENTANG PENULISMUHAMMAD FAIZHAZIQ BINMOHD SARIZAM, pemilik nama penaFahaiz, lahir di Kota Kinabalu pada26 Julai 2005. Penulis buku “Usrah:Sebuah Perjalanan” terbitan IkatanPenulis Sabah (IPS), 2023 inimerupakan Setiausaha Satu IPSsejak 13 Januari 2024 dan penerimaPingat Penulis Sabah (Satria)daripada IPS pada tahun yang sama.CHARMILLE PEARL CYLE CHAN lahirpada 3 Ogos 2005. Penerima PingatPenulis Sabah (Bintara) daripada IPSpada tahun 2025 ini dilantik sebagaiSetiausaha Dua pada 31 Januari2026.Sorotan Khas18...berlatarbelakangkan Pelabuhan Sepanggardan Kota Kinabalu.Mungkin inilah pertama kali buku inidikupas mengikut sudut pandang luarIndonesia berbanding yang biasa dilihat.Persamaan kita itu tetap ada walaupunterpisah sejak abad ke-19. Maka tidakhairanlah mengapa kebanyakan puisi danprosa yang ada dalam antologi ini melekatdalam kehidupan kita sebagai rakyatMalaysia yang mempersaudarakan rakyatIndonesia sebagai satu bani Adam.Teks-teks dalam antologi ini telahditerjemahkan ke dalam bahasa Melayuuntuk kefahaman para pembaca. Bagi yangberminat untuk mendapatkan buku ini, bolehterus hubungi penulisnya (Annisa Resmana,+62-813-20490449) atau para penulisartikel ini (Setiausaha Satu, 019-8812050dan Setiausaha Dua, 011-21139594).Pada hemat kami, pemilihan watak itu sendirimembawa mesej halus yang jelas: bahawawanita ini juga punya kisah gemilangnya yangsendiri di balik lindungan seorang lelaki. Wanitajuga ada pengaruh untuk membentuk tatanandunia. Tanpa wanita, sah-sah sahaja runtuh duniaini.Kami juga mahu kupas soal puisi PelabuhanSorong, puisi yang memperkenalkan kamibertiga di Jakarta. Dalam puisi ini, Kak Annisamenceritakan kembali pengalaman beliaubekerja di Papua dalam naratif yang lebih puitis.Beliau bercerita soal anak-anak di Papua yangrata-rata masih belum mendapat pendidikan danakses yang berkualiti seperti kesihatan.Di Malaysia sendiri, Sabah seringkali dikatakanumum sebagai negeri yang mundur. Dariinfrastruktur yang masih kurang layak dengannaratif ‘jalan bulan’nya sehinggalah dakwaanyang orang Sabah ini ‘tinggal di atas pokok’.Semuanya menampakkan bahawa taraf hidup dinegeri kita ini masih kurang berbanding negeriyang lainnya.Namun kita tetap hidup apa adanya. Bait katapada baris ini:Di layar televisyen, kanak-kanak melukispeta Indonesiadengan pensel warna yang patah, keranagurunya sedang bercutimenjadi sukarelawan program toleransidalam format PowerPointdan di akhir perarakan bendera, seorang ibumenjahit semula peta bangsadengan benang sisa kempen dan jarum dariundangan sisa mesyuarat yang tak jadidikirimkerana tukang posnya hilang di tengahdialog nasional.Kanak-kanak terus melukis impian untuk tanahairnya dengan secebis harapan di tengah-tengahpendahulunya cuba meniupkan api-apikebangsaan dalam bentuk yang tidak berapabiasa. Begitu juga dengan orang tua merekayang terus hidup berbekalkan omongan danaspirasi dari harapan pemerintah, tanpasebarang kemajuan terlihat.Bukanlah bererti kita nekad melawan kerajaanmemerintah. Kita nekad mahu menegur agarperubahan segera diadakan. Kita mencintai dantaat kepada kerajaan atas sebab mereka jugamanusia yang kita pilih pada kertas undi. Kitamencintai dan taat kepada kerajaan keranatanpa mereka, tidak akan ada namanya sebuahnegara berdaulat. Kita mencintai dan taatkepada kerajaan kerana kita mahu merekabertindak nyata dan bukan sekadar membawaretorik sama setiap hari.Kak Annisa sekali lagi memukau pembacadengan pengamatannya. Beliau berceritadengan menulis kembali segalanya dalambentuk puisi. Lazim kita mendengar kisah-kisahpengalaman ini dalam bentuk travelog atauartikel. Namun bagi Kak Annisa, olahan semulaini cukup untuk memberikan gambaran yangjelas mengenai suasana kehidupan di kotaSorong. Seakan-akan terdorong pula mahumenulis suatu puisi yang...ANNISA RESMANA dan suami, Eggy Akhmad, menyantuni Muhammad Faizhaziqdan Charmille Pearl di restoran Bakso Semar Asli, Bandung.ANNISA RESMANA menghadiahi Charmille Pearl dan Muhammad Faizhaziqbuku kumpulan puisi “Telinga yang Tidak Dijual di Pasar Saham”.
KOMPOSISI19Selamat menjalani bulanRamadan al-Mubarak 1447 Hijridiucapkan kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.Selamat Tahun Baharu Cinadiucapkan kepada semua yang merayakannya.
Papan Karya20PUISI YANGMEMENANGISAYEMBARA “PUISIADALAH...” EDISIDISEMBER 2025
Papan Karya21PUISI YANGMEMENANGISAYEMBARA“PUISI ADALAH...”EDISI JANUARI2026
Ruang Musyawarah22...wahana pengaruh - bukan keranaprinsip yang teguh tetapi keranamanfaat yang boleh ditawarkan. Latarbelakang yang bobrok mula dimaafkan,prinsip yang longgar mula dirasionalkandan persoalan etika dianggap remeh.Segala kekurangan dijernihkan denganalasan sumbangan, pengalaman ataujaringan.Di sinilah kelebihan dijadikan alattawar-menawar. Selagi seseorang itu‘berguna’ latar belakangnya tidak lagipenting. Selagi hasilnyamenguntungkan, cara mencapainyatidak lagi dipersoalkan. Kebenaranmenjadi fleksibel, boleh dilenturmengikut keperluan. Prinsip pulaberubah menjadi hiasan retorik: disebutketika sesuai, dilupakan apabilamenyulitkan.Ironinya, dalam keadaan lain adaperkara yang sebenarnya wajar berlakutanpa perlu mengangkat siapa individuberkenaan. Yang sepatutnya dinilai ialahidea, sistem atau kerja kolektif dibelakangnya. Bukan wajah yangditonjolkan ke hadapan. Namun budayakita gemar mempersonakan segalanya.Kita mencari tokoh bukan pada batasnilai; nama (rakan baik atau saudaramara) bukan pada jalur prinsip. Akhirnyayang dipertahankan bukan kebenarantetapi individu yang mewakilinyawalaupun individu itu sendiri rapuhsecara moral.Apabila personaliti mengatasi prinsip,maka ruang menjadi rosak. Ia tidak lagiberfungsi sebagai medan keadilan...SETIAP insan lahir dengan kelebihandan kekurangan. Itu hakikat yang jarangdipertikaikan. Namun persoalan yanglebih penting bukanlah soal kelebihanatau kekurangan itu, tetapi dari sudutmana kita memilih untuk melihatnya.Kerana sudut pandang menentukanbukan sahaja penilaian tetapi jugakejujuran kita terhadap kebenaran.Kita semua lemah. Kita semua adakekurangan masing-masing. Tapi disebalik kekurangan kita, ada kelebihanyang Allah titipkan. Dalam Islam,kelebihan dan kekurangan manusiadilihat sebagai ketetapan Allah SWT, dimana kelemahan bukanlah penghalang,sebaliknya simbol kekuatan untuk terusberusaha, bertawakal dan mencarihikmah. Manusia dianugerahkankelebihan unik, namun kekurangan diriperlu dijadikan motivasi untuk menjadilebih baik dan berjaya di dunia sertaakhirat.Namun demikian, sering kali kitaghairah menyanjung kelebihan sehinggakekurangan disapu ke bawah karpet.Dalam masa yang sama, ada pula yangterlalu fokus pada kekurangan sehinggamenafikan kelebihan. Kedua-duapendekatan ini cacat. Kebenaran tidaklahir daripada pandangan yang beratsebelah; ia menuntut keseimbangan -keberanian untuk mengakui yang baikdan kejujuran untuk menamakan yangpincang.Masalah timbul apabila seseorangdiangkat ke dalam sesebuah wahana:wahana kuasa, wahana wacana atau......tetapi sebagai pentas legitimasi. Siapayang berada di dalam ditentukan bukanoleh kelayakan nilai tetapi oleh siapayang menyokongnya, siapa yangmelindunginya dan siapa yangberkepentingan di belakangnya.Kebenaran tersisih kerana ia tidak setiakepada sesiapa.Hakikatnya, kelebihan tidak pernahmenghapuskan kekurangan. Kekuranganpula tidak semestinya membatalkankelebihan. Tetapi kedua-duanya perludihadirkan secara jujur. Mengangkatseseorang tanpa menilai prinsipnyaadalah penipuan kolektif. Menolaksesuatu idea hanya kerana latarperibadi juga adalah kemalasan berfikir.Yang diperlukan ialah keberanianmemisahkan individu daripada nilai dannilai daripada kepentingan.Ingin ditekankan bahawa kebenarantidak memerlukan individu untukdisucikan. Ia hanya memerlukan ruangyang berprinsip. Ruang yang sanggupberkata: ini yang betul, ini yang salahtanpa takut kehilangan nama besar atausokongan kuat. Kerana selagi prinsiplonggar dibenarkan menguasai ruang,selagi itulah kebenaran akan terusmenjadi tetamu yang tidak dialu-alukan.Kebenaran di Ruang yang BerprinsipHASYUDA ABADITENTANGPENULISHASYUDA ABADI kini mengusahakan DangauSastera di Sepanggar, Kota Kinabalu. Sebelumdimasyhurkan sebagai Sasterawan Negeri Sabahketiga, beliau telah dinobatkan sebagai TokohSeniSasteraIslamSabahpadaOktober2022.
Dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab,kami mengaku:Bertakwa kepada Tuhan yang Maha Kuasa.Taat dan setia kepada Negara, Raja dan Pembesar Memerintah, Kerajaandan rakyat jelata.Berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.Mendukung bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa etnik tempatan Sabahdan bahasa antarabangsa.Menjunjung tinggi budaya dan tradisi semua bangsa dan masyarakatyang membentuk Malaysia.Menyokong usaha semua individu dan golongan yang mendukungpenulisan demi keluhuran dan kepentingan bangsa, negara dan dunia.Berpegang kepada prinsip Wasatiyyah dan istiqamah dalam menghasilkanimpak yang tinggi kepada diri dan masyarakat yang mengelilingi.Bersahabat dengan negara dan rakyat yang bersahabat dengan Malaysiasama ada di lapangan penulisan atau di lapangan selainnya.Kota Kinabalu, 11 Januari 2025KOMPOSISI23Deklarasi Penulis Sabah
Salinan digital majalah ini direka dan dicetak di Malaysia olehIKATAN PENULIS SABAH ENTERPRISE (TRN/2022/7104)Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabahرجب، شعبان دان رمضانمهيجي ساميرجب حاضير مپاڤ وقتومڠاجر ارتي مڠهرڬاءيڤلواڠ دان رواڠ کهيدوڤن هارينايڠتن رجب ملاتيه ديريمناهن نفسو سراقةمناهن سوقما دان الڤاڤواسا سنة جادي بينتيڠ لاتيهنڤرباڽقکن ذيکير دان دعاءعملن مورني مننتي رمضانشعبان باکل مڽوسولايڠتن قلبو تروس برلاتيهمڠاسه هاتي دڠن تواضعمليهت، منتفسير چرمين ديريمنانم بنيه مدني دالم قلبوملاون راس ايݢو دان نيڬاتيفاڬر برتمو رمضان چوکوڤ برسيدياڬه ملاتيه کٕانصافنرمضان بولن منجادي کريندوانمنديديق اتما ارتي ڤسرهمڠاجر ارتي تابهمڠٕانصاف هاوا مناهن نفسوملاتيه هاتي رضا دان محمودةمشاورة داماي کهيدوڤنکمبالي باݢاي کوسوڠ كوسوڠممبنتوق جاتي ديري