The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah terbitan Ikatan Penulis Sabah, khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2023 dan pelancaran 22 buah buku pelbagai genre karya 28 orang penulis tempatan Sabah, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ikatan Penulis Sabah, 2023-10-18 21:36:44

Komposisi Khas Bulan Bahasa 2023

Majalah terbitan Ikatan Penulis Sabah, khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2023 dan pelancaran 22 buah buku pelbagai genre karya 28 orang penulis tempatan Sabah, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Keywords: ikatan penulis sabah,dewan bahasa dan pustaka,hasyuda abadi,sabah,kota kinabalu,bulan bahasa,dekad membaca kebangsaan

Sebuah majalah terbitan IKATAN PENULIS SABAH Edisi Khas Bulan Bahasa 2023 eISSN 2976-2979


Dari Meja Pimpinan 2 Sorotan Khas > Memperkenalkan 15 buah buku kumpulan sajak karya para penulis Sabah, 10terbitan DBP - Awang Abdul Muizz Awang Marusin Papan Karya > Warkah yang Tak Sampai - Hasyuda Abadi > Rumahku Malaysia - Kims Diwa 19 > Bagaikan Botol Kaca Ditutup oleh Pasir - Ade Patriot Ruang Musyawarah 22> Retrospektif Karya-karya Amil Jaya - Hasyuda Abadi Khabar Ikatan 4> DBP lancarkan 22 buah buku baharu penulis tempatan Sabah Kandungan MAJLIS PENASIHAT Pengerusi HJ. SUKOR HJ. USIN Timbalan Pengerusi DATUK PROF. MADYA TS. DR. HJ. RAMZAH DAMBUL Ahli MOHAMED HJ. SALLEH LALIMAN HJ. AHMAD ONY LATIFAH OSMAN _____________________________________ MAJLIS TERTINGGI Ketua Satu AWANG ABDUL MUIZZ HJ. AWANG MARUSIN Ketua Dua FAUZIAH HJ. MOKSIN Setiausaha Satu JULIAH HJ. MATNOOR Bendahari ROSLAN SOHASTO Ketua Penerangan HUSSIN MOHAMAD Setiausaha Dua MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD. SARIZAM Penolong Bendahari SYAHFIERAH HJ. SUKOR Ahli ABD. NADDIN HJ. SHAIDDIN HJ. GAZALI HJ. SUHAILI JUNAIDAH PARUDIN MABULMADDIN HJ. SHAIDDIN DR. MARLENNY DEENERWAN MOHAMMAD HILMI ISMAIIL MOHD. ASHRAFI HARUMIN MOHD. AZRONE SARABATIN MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS NORDIN NUR FATIHAH ABDULLAH HJH. SAHARA JAIS SITI HAJAR ABDULLAH WARMAN WAGIMAN Juruaudit Dalaman DANIEL SHAFIE TANJIWAN DAYANG SITI MARIAM ABBAS ______________________________________ SIDANG REDAKSI MAJALAH Ketua AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Anggota MOHAMMAD HILMI ISMAIL MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD. SARIZAM MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS NORDIN HJH. SAHARA JAIS ______________________________________ © Ikatan Penulis Sabah, 2023 Hak Cipta Terpelihara. Pengeluaran ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain hendaklah mendapat izin bertulis daripada Penerbit. Maklum bahawa semua penulisan yang disiarkan di majalah ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian Penerbit. IKATAN PENULIS SABAH (PPM-005-12-24031992) Rumah Puisi Hasyuda Abadi Kampung Gudon, Manggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah E-mel: [email protected] -------------------------------------------------------- KOMPOSISI ialah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah secara berkala, lima kali setahun. Kutubkhanah 8> 1 Ogos 1999 - K. Bali dalam kenangan AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah Ikatan Penulis Sabah (IPS) menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menamakan semula Dekad Bahasa Kebangsaan kepada Bulan Bahasa Kebangsaan. IPS melihat anjakan ini bukan sekadar perayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia untuk tempoh sedekad sahaja, tetapi berterusan sepanjang zaman, terutamanya pada setiap bulan Oktober. IPS merasa istimewa kerana 10 orang ahlinya telah berhasil menyumbang kepada penerbitan 11 buah buku kumpulan puisi dan sebuah buku antologi cerpen. Mereka merupakan sebahagian daripada 28 orang penulis tempatan Sabah yang berjaya menerbitkan 22 buah buku pelbagai genre di bawah lembayung Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di samping ucapan terima kasih IPS kepada DBP kerana jasanya menerbitkan karya-karya tersebut, IPS turut mengucapkan tahniah kepada semua penulis atas pelancaran kesemua buku tersebut dalam Majlis Perasmian Karnival Semarak Bahasa 2023 DBP Cawangan Sabah pada 17 Oktober 2023. Komuniti bahasa, sastera dan budaya di Sabah mesti... Merayakan Sabah dan Malaysia dalam Bulan Bahasa Kebangsaan Edisi khas Majalah Komposisi ini terlalu istimewa buat para penulis dan pembacanya. Sebabnya ialah edisi khas ini dikeluarkan sebagai merayakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Ternyata bulan ini bukan hanya sekadar waktu untuk merayakan keindahan dan keunikan kata-kata, tetapi juga kepelbagaian dan keindahan budaya dan warisan kita, masyarakat Malaysia. ...berbangga dan bergembira dengan prestasi luar biasa ini. Prestasi ini sedikit sebanyak memberikan harapan kepada bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah yang masih cerah masa hadapannya. Semoga buku-buku tersebut dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat pada masa depan untuk apa-apa jua tujuan. Perkara itu mustahak mengingat peranan bahasa dan sastera Melayu sebagai pemersatu bangsa Malaysia yang rencam dan kaya. Pada masa yang sama, saya mengajak rakan-rakan penulis dan pembaca untuk memanfaatkan bahasa dan sastera Melayu untuk mempromosikan imej Malaysia kepada masyarakat majmuk di negaranegara sahabat dan menegakkan pendiriannya mendukung hak berkehidupan sebagai manusia biasa untuk bangsa dan negara Palestin. Selari dengan pendirian Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengajak semua untuk menyedarkan masyarakat dunia akan pentingnya Palestin memperoleh kedamaian dan kemakmurannya sesuai dengan status kedaulatannya.


3 KOMPOSISI YANG BERHORMAT DATUK DR. HJ. MOHD. ARIFIN BIN DATUK HJ. MOHD. ARIF Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah kerana telah sudi melancarkan 22 buah buku karya 28 orang penulis tempatan Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2022-2023 di Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2023 Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Sastera dan Budaya Sabah serta semua individu dan organisasi yang telah menjadikan kemunculan 14 buah buku kumpulan puisi karya 14 orang penulis tempatan Sabah suatu kenyataan, Ikatan Penulis Sabah mengucapkan: Ikatan Penulis Sabah ucapkan kepada Kepada DR. MOHAMAD BIN SHAHIDAN dan ENCIK ZAINAL BIN PALIT (Zaen Kasturi) TUAN HJ. RAZALI BIN CHE MAT dan semua pegawai dan kakitangan yang terlibat di Ibu Pejabat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dan semua pegawai dan kakitangan yang terlibat di DBP Cawangan Sabah


4 Khabar Ikatan DBP lancarkan 22 buah buku baharu penulis tempatan Sabah ...ekonomi Sabah." Beliau mengatakan demikian ketika merasmikan Karnival Semarak Bahasa 2023 di Kompleks DBP Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu pada pagi Selasa. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Dr. Hj. Mohd. Arifin Datuk Hj. Mohd. Arif. Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji turut mengesyorkan kepada pihak berkuasa tempatan agar mempertimbangkan untuk memberikan nama-nama jalan atau bangunan sempena nama tokoh bahasa, penulis dan sasterawan di negeri ini sebagai menghargai jasa mereka. Karnival Semarak Bahasa 2023 yang diadakan pada 17 dan 18 Oktober ini diisi dengan pelbagai pengisian, antaranya Pertandingan Bercerita Adikku, Jualan Buku Istimewa di gudang DBP, bengkel, pameran dan jualan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Dalam majlis perasmian tersebut, DBP Cawangan Sabah turut melancarkan 22 buah buku baharu hasil karya 28 penulis tempatan. Antaranya adalah “Melawan Kebiasaan” tulisan Hasyuda Abadi, “Tekad Sumayyah” oleh Laila Elok, “Sebelum Menemukan Mimpi” oleh Mohilis, “Sihir Pendongeng” tulisan Witer Gunik, “Nyanyian Rakyat Rungus Sabah” oleh Dr. Raymond Majumah dan “Bagai Kelekatu” oleh Kims Diwa. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Sabah, Datuk Dr. Ahemad Sade, Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datuk Jasni Matlani, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Aminah Awang Basar, Sasterawan Negeri Sabah, Sukor Usin. NORLIZA YUSOF Wartawan Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah KOTA KINABALU, 17 Oktober 2023 (Japen Sabah): Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mencari potensi dan mengetengahkan buku penulis Sabah dalam industri buku negara wajar terus diberikan sokongan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor, berkata usaha tersebut penting selaras dengan matlamat Sabah Maju Jaya untuk membawa Sabah ke arah tingkat ketamadunan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya melalui tradisi ilmu berteraskan budaya membaca, penciptaan karya agung dan penguasaan bahasa beraras tinggi. "Selain itu, usaha ini juga penting dalam pembangunan negara bangsa dan pemartabatan dunia persuratan kita khususnya kepada penulis di negeri ini. "Diharap dengan pelancaran hari ini akan menjadi kekuatan kepada semua penulis untuk terus melahirkan karya dan penulisan yang bermutu serta mampu menjana... HADIRIN mengabadikan kenangan di penghujung Majlis Perasmian Karnival Semarak Bahasa 2023 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP Sabah) di Dewan Amil Jaya, Kompleks DBP Sabah, Kota Kinabalu. (Gambar ihsan Johny George Kimlon daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah.)


Peraduan ini terbuka kepada semua penulis yang berumur 18 tahun ke atas dan berasal dari negara rantau Asia Tenggara, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada manuskrip minimum 50 buah puisi dengan syarat seperti di bawah: Panjang, tema dan bentuk puisi bebas. Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan kosa kata bahasa etnik dibenarkan, tetapi mesti disertai dengan glosari. Setiap penyertaan wajib diberikan judul. Seorang peserta bebas menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap puisi hanya layak dimuatkan dalam sebuah manuskrip sahaja. Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan fail perisian Microsoft Word (.doc atau .docx). Kesemua puisi perlu dikumpulkan dalam satu fail; dengan maksud, dalam satu fail, perlu ada minimum 50 buah puisi. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan perakuan secara bertulis bahawa karya-karya penulis merupakan karya asli penulis. Secara tegas dinyatakan bahawa tiada tolak ansur terhadap karya plagiat. Keputusan peraduan ini merupakan hak mutlak Panitia Penyelenggara. Panitia Penyelenggara berhak mengubah, membatalkan atau menarik balik sebarang penyertaan atau kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan. Panitia Penyelenggara berhak mengubah sebarang syarat Hadiah Puisi K. Bali mengikut kesesuaian dan keperluan dari semasa ke semasa. Penulis diminta menyertakan dalam hantaran penyertaan, maklumat peribadi yang berikut: Nama penuh (dalam huruf BESAR). Nama pena (jika ada; jika tiada, abaikan). Nombor kad pengenalan atau pasport. Penulis Malaysia wajib menyatakan nombor MyKad. Nombor telefon (yang boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp). Alamat surat-menyurat. Manuskrip puisi berserta maklumat peribadi hendaklah dihantar kepada [email protected] sebelum atau pada jam 11.59 malam waktu Malaysia (GMT+8), 31 Mac 2024. Pertanyaan lanjut mengenai peraduan ini boleh disalurkan ke aplikasi WhatsApp melalui nombor telefon +60169664961. KOMPOSISI 5 Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengambil inisiatif memperkasakan khazanah sastera melalui penulisan puisi yang bermutu tinggi menerusi penganjuran peraduan yang dijenamakan sebagai HADIAH PUISI K. BALI. Hadiah penulisan ini mengambil nama sasterawan tersohor yang memberikan banyak sumbangan kepada perkembangan sastera di Sabah, iaitu Allahyarham K. Bali. Inisiatif ini merupakan sebahagian sasaran besar projek Puisi Adalah... di samping memperbanyak penerbitan buku-buku sastera di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. terma dan syarat peraduan penilaian Semua karya yang diterima oleh Panitia Penyelenggara akan dinilai oleh sebuah Panel Penilai yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang masingmasing. Karya yang berjaya melepasi saringan berpeluang meraih hadiah. PENERBITAN Karya pemenang berpeluang untuk diterbitkan di bawah label IPS. Panitia Penyelenggara berhak menyunting, menyarankan penyuntingan, atau membuat sebarang pengubahsuaian yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menjaga kualiti karya. HADIAH UTAMA RM 1,000 H A D I A H P E N G H A R G A A N R M 5 0 0 U N T U K T I G A O R A N G P E N E R I M A


Khabar Ikatan 6 Imbasan: Majlis Pelancaran Buku-buku Baharu Terbitan Penulis Tempatan Sabah Gambar ihsan DBP Cawangan Sabah. MURID-MURID Sekolah Kebangsaan Babagon, Penampang mempersembahkan koir. HADIRIN turut memeriahkan majlis. Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Majlis Tertinggi, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Hj. Gazali Hj. Suhaili. RUKUN NEGARA dilafazkan oleh kumpulan yang memimpin pembacaannya. MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah (tengah) dan tetamu utama memperkenalkan buku-buku baharu penulis Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah menyerahkan sijil penghargaan kepada ahli-ahli IPS yang terlibat dalam penerbitan buku-buku baharu penulis Sabah terbitan DBP, termasuklah (dari kiri ke kanan, atas ke bawah) Fauziah Hj. Moksin, Dr. Mohammad Puad Bebit, Mohammad Hilmi Ismail, Jamail Masador, Hjh. Sahara Jais, Mabulmaddin Hj. Shaiddin dan Mohd. Azrone Sarabatin.


7 KOMPOSISI RM 25 RM 25 RM 20 RM 15 RM 15 DAPATKAN SEGERA SEMENTARA MASIH ADA Kumpulan Puisi 'Bintang Mimpi' Awang Abdul Muizz Awang Marusin Antologi Puisi dan Cerpen 'Tirai Senja' Penyelenggara: Fauziah Moksin Usrah: Sebuah Perjalanan Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Muhammad Faizhaziq Mohd Sarizam & Muhammad Muizzuddin Ramlan Kumpulan puisi 'Hutan Ayah' Hasyuda Abadi Meneroka Hasyuda Abadi: Sudut Pandang Pengamat Sastera Penyelenggara: Awang Abdul Muizz Awang Marusin KUNJUNGI KEDAI KAMI DI https://shopee.com.my/ shop/995184711 atau pesan melalui e-mel di [email protected] RM 20 Antologi Puisi 'Pena yang Melukis Impian’' Penyelenggara: Fauziah Moksin


8 Kutubkhanah K. Bali dalam kenangan jalannya yang tersendiri. Sasterawan, dan budayawan yang banyak jasa itu ialah Abdul Rahim Abdullah, yang lebih dikenali sebagai K. Bali. Pada 18 Jun hari Jumaat, Pak K. Bali kembali ke rahmatullah di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan dalam usia 66 tahun. Allahyarham K. Bali merupakan sasterawan yang suka merendah diri; memiliki sifat kebapaan dan rajin membimbing penulis baru. Berkat bimbingannya, lahirlah puluhan, kalau tidak pun ratusan, penulis yang setiap minggu mengisi ruangan sastera di akhbar tempatan Sabah. Meskipun sudah bergelar tokoh, Pak K. Bali sering menghadiri bengkel dan kursus penulisan. Sikap sentiasa ingin belajar inilah yang menjadikan K. Bali menyimpan segudang pengetahuan dan pengalaman yang berharga. Beliau tidak kedekut ilmu yang dimilikinya dan sering berkongsi dengan orang lain. Sebagai Sasterawan, K. Bali sukar dipisahkan daripada dunia kesusasteraan Sabah. K. Bali dilahirkan pada 15 Jun 1933, di Kampung Tendong, Kubang Sepat dalam Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Melayu Tendong sebelum ayahnya membawanya berpindah ke Selatan Thailand. Di sana, beliau belajar di Sekolah Rendah Beluru di Sungai Padi, Selatan Thailand. Beliau banyak membaca buku dalam bahasa Melayu, Indonesia, dan Thai bagi memperkayakan pengalamannya. Tambahan pula, ketika itu beliau diamanahkan mengurus Perpustakaan Persatuan Buruh di Sungai Padi. Semasa Perang Dunia Kedua, K. Bali sempat bersekolah di sekolah Jepun. Beliau mengambil kesempatan itu menekuni bahasa Jepun, Thai, dan Mandarin. Apabila British kembali ke Tanah Melayu, ayahnya membawanya balik ke Kelantan. Di sana beliau meneruskan persekolahannya di... ...Nong York Chinese School yang berbahasa penghantar bahasa Mandarin. Beliau lulus darjah tiga pada tahun 1946. Minatnya untuk mempelajari bahasa Mandarin diteruskannya melalui sekolah pos dan mendengar piring hitam. Pada tahun 1948, K. Bali berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata British dalam pasukan "Auxiliary Frontier Force" dan ditugaskan di sempadan Thailand dan di Kelantan (Rantau Panjang - Golok) tetapi beliau berhenti beberapa bulan kemudian kerana tidak betah dengan tugas tersebut. Ayahnya membawanya kembali ke Sungai Padi dan beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Pracha Nukheroh sehingga lulus peperiksaan Matayom III (Tingkatan Tiga). Semangatnya yang membara untuk menimba ilmu tidak pernah padam. Walaupun tidak dapat meneruskan pelajaran secara formal, beliau mengambil peperiksaan SRP dan SPM secara persendirian. Beliau seterusnya mengikuti pengajian luar kampus di Universitas Nasional Indonesia, Jakarta dan lulus Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Bahasa dan Sastera Indonesia. Selain itu, beliau mengikuti kursus bertulis hingga ke tahap diploma dalam bidang Perubatan Tradisional Thai dan diploma dalam "Office Administration" dan diploma dalam pentadbiran awam Malaysia. Beliau pernah bekerja sebagai guru bahasa Melayu, bahasa Thai, agen pengiklanan, pemungut wang jualan akhbar, pelukis poster wayang gambar malah penjual tiket wayang. Ketika berada di Sabah, K. Bali bertugas sebagai Pengarang Melayu di akhbar Sabah Times selain menjadi peniaga buku dan majalah. > Bersambung di halaman 9 ANDAI waktu itu, empat puluh empat tahun yang lampau, dia tidak pandai melukis atau tidak pandai menari, mungkin dia tidak merantau. Ketika itu dia baru berusia 22 tahun tetapi keinginannya yang begitu kuat untuk melihat-lihat negeri orang, memaksanya menyertai rombongan "Booty Suria Negara" sebuah kumpulan bangsawan yang sering menjelajah negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Brunei hinggalah Sabah. Sesampainya di Sabah, yang lebih dikenali North Borneo ketika itu, dia terus mengambil bahagian secara aktif dalam bidang kebudayaan dan kesusasteraan. Dialah yang mula-mula mencetuskan penubuhan "Angkatan Gaya Baru" atau AGABA pada tahun 1957 dan sejak itu, kesusasteraan Sabah membina... DEWAN SASTERA, 1 OGOS 1999 ABD. NADDIN SHAIDDIN


Selain sandiwara, penulisan, dan penerbitan majalah, AGABA bergiat dalam kegiatan kebudayaan, kelas pendidikan, dan kelas masak-memasak. Apabila Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) ditubuhkan pada awal 1960-an, K. Bali turut menyertai persatuan itu bagi meneruskan perjuangannya dalam bidang bahasa, sastera, dan budaya. Beliau turut menjadi ahli jawatankuasa Badan Bahasa Sabah (BAHASA) apabila ditubuhkan pada tahun 1970 hasil gabungan APMS dan Persatuan Penulis-Penulis Sabah (PERPESA). Melalui BAHASA, K. Bali menyumbangkan tenaga dan idea demi keutuhan dunia kepenulisan di negeri Sabah. K. Bali juga Ahli Jawatankuasa penuh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) sejak 1975. Sebelum ke Sabah, K. Bali juga mempelopori penubuhan Angkatan Sasterawan Muda Pantai Timur (ASMUPATI) di Kelantan pada tahun 1954. Asmupati kemudian diubah namanya menjadi Persatuan Penulis Kelantan (PPK). Selama 48 tahun bergiat dalam bidang sastera, K. Bali menghasilkan lebih 30 buah buku yang merangkumi kesusasteraan, sejarah, komik, cerpen, novel, puisi, dan sebagainya. Setelah berkecimpung dalam dunia kesusasteraan dan kebudayaan, K. Bali dianugerahkan bintang kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1984, Keris Pejuang Kebudayaan Sabah (1984), dan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada tahun 1986. Salah satu peristiwa yang sukar dilupakan ialah tindakannya menghantar rambut panjangnya sepanjang 30 sentimeter kepada Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas digunting sebagai membayar nazar kerana Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Beliau menyimpan rambutnya sehingga panjang sebaik-baik YTM Tunku mengumumkan hasratnya... 9 Kutubkhanah ...menubuhkan Gagasan Malaysia pada 1960. Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah juga pernah memberikan penghargaan kepada beliau pada Malam Penghargaan Penulis pada tahun 1989. K. Bali pernah menjadi Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Sebenarnya DBP Sabah sedang mengatur persiapan untuk Majlis bersama Karyawan Tamu dan Pameran Puri Minda pada bulan Julai. Tetapi hajat itu tidak kesampaian. Ikatan Penulis Sabah (IPS) juga tidak ketinggalan memberikan penghargaan pada Malam Nostalgia Sasterawan Sabah, di Kota Kinabalu pada 1997. Selepas bermastautin di Sabah selama lebih 43 tahun, akhirnya K. Bali pulang ke kampungnya di Kampung Tendung, Pasir Mas Kelantan, pada tahun 1998. Beliau sempat ke Sabah pada awal Mac lepas dan bercadang untuk kembali semula ke Sabah pada bulan Julai untuk memenuhi undangan DBP. Beliau tidak lagi kembali selepas itu. Rupa-rupanya beliau telah pulang ke negeri yang lebih abadi. Nota daripada Sidang Redaksi: Tarikh 1 Ogos 1999 hanya anggaran Sidang Redaksi majalah ini. Artikel ini telah diterbitkan di majalah Dewan Sastera, edisi Ogos 1999 tanpa menyatakan tarikh majalah tersebut diterbitkan. < Bersambung dari halaman 8 Dalam bidang penulisan, K. Bali menulis dalam semua genre sastera seperti puisi, cerpen, drama, novel, dan esei serta karya nonkreatif seperti sejarah, kebudayaan dan juga biografi tokoh terkenal di dunia. Beliau juga melukis kartun dan komik untuk berbagai-bagai majalah dan buku. K. Bali mula menceburkan diri dalam sastera apabila puisinya bertajuk "Keindahan Sungai Padi" tersiar dalam majalah Hiburan pada 10 Mac 1951. Cerpen pertamanya bertajuk "Saling Cinta Sama Menguji" tersiar dalam majalah Juita Filem pada tahun 1952. Sejak itu karyanya tersiar dalam pelbagai majalah dengan menggunakan pelbagai nama samaran seperti K. Bali Thailand, Gelora Jiwa, Arjuna Setia, Gema Sukma, Liba K. Pahlawan Pustaka, Bibaliwati, Kawat, dan Kawat Berduri. Puisi-puisinya pernah diantologikan dalam Restu Dari Langit, Yang Terkasih, dan Debar Berombak selain pernah termuat dalam antologi bersama Ujana Laut Ujana Hati, Dari Pulau ke Pulau, Suara 74, dan banyak lagi. Beliau juga menghasilkan novel seperti Perjanjian Sejoli, Sosial di Kota Bangkok, Hanya Tinggal Kenangan, Bulan Muda Hati Muda, dan Sarini atau Bogel. Sebagai pelukis, K. Bali pernah mempamerkan karyanya di Jesselton (kini Kota Kinabalu) pada tahun 1957 dan 1959, Balai Seni Lukis Sabah pada 1986, selain Pameran Solo 65 buah lukisan "Puisi Dalam Kenangan" pada Julai 1988. Pada tahun 1957, bersama rakanrakannya yang lain seperti Zakaria Gunn, Tun Faud Stephens, Shafie Anterak, Raskan Asing, dan beberapa orang lagi beliau membentuk persatuan Angkatan Gaya Baru (AGABA). Donald A. Stephens (allahyarham Tun Fuad) menjadi presiden manakala K. Bali setiausaha. K. Bali menjadikan rumah peribadinya Teratai Desa di Kampung Tanjung Aru sebagai markas AGABA.


Sorotan Khas 10 Memperkenalkan 15 buah buku kumpulan puisi karya penulis Sabah, terbitan DBP ...kata-kata. Daripada kisah-kisah peribadi hingga refleksi duniawi, bukubuku tersebut menjadi jendela yang membuka dunia penulis kepada pembaca. Saat-saat kehidupan yang...dirangkai dalam buku-buku kumpulan puisi tersebut memperlihatkan kekuatan kata-kata untuk menyentuh dan menginspirasi pembaca yang berada di dalam dan luar negeri ini. Sempena Karnival Semarak Bahasa DBP Cawangan Sabah 2023 Pelancaran yang diadakan sempena Karnival Semarak Bahasa DBP Cawangan Sabah ini bukan hanya sekadar persembahan buku, tetapi juga sebuah pesta bahasa, sastera dan budaya yang meriah dan bermutu. Para pengunjung akan disajikan dengan wawancara oleh pembicara yang berwibawa, pertandingan yang menjanjikan hadiah yang tidak kurang maknanya, dan tentu saja kesempatan untuk bertemu langsung dengan para maestro sastera yang telah menciptakan karya-karya yang luar biasa. Menerusi edisi khas Majalah Komposisi ini, Ikatan Penulis Sabah mengajak pembaca untuk bergabung bersama DBP Cawangan Sabah dalam perjalanan menakjubkan ini. Dengan menggali ke dalam halamanhalaman puisi yang menggugah, kita dapat menemukan keindahan bahasa yang menjadi cermin dunia dan kehidupan. Jangan lewatkan kesempatan untuk menjelajahi dunia puisi yang kaya dan bervariasi yang dialami oleh para penulis terbaik DBP. 17 Oktober 2023 bagi para penulis dan pembaca sastera di Sabah Tanggal 17 Oktober 2023 ternyata bukan tanggal yang biasa. Tanggal tersebut menyaksikan kata-kata bersatu untuk merayakan keindahan dalam setiap bentuk. Meskipun tanggal tersebut berlalu setelah waktunya, dengan rasa syukur dan bangga, kita tetap rayakan kemegahan bahasa, sastera dan budaya di setiap kota dan desa di negeri kita! Majalah Komposisi menyampaikan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohamad Shahidan, Zaen Kasturi, Norawi Haji Kata dan banyak lagi nama yang tidak dapat disebutkan di sini kerana telah mendorong kepada keberhasilan 15 buah buku kumpulan puisi karya penulis tempatan Sabah di bawah label DBP. KETIKA kata-kata bersatu dalam harmoni, keindahan puisi turut bersemi. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan bangganya mempersembahkan koleksi puisi pilihan terbaru mereka dalam peluncuran yang sangat dinanti-nantikan di Kompleks DBP Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2023. 15 buah buku kumpulan puisi yang memikat hati dan merayakan kekayaan bahasa menyapa para pencinta sastera dalam majlis pelancarannya yang disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk Dr. Hj. Mohd. Arifin Hj. Mohd. Arif. Buku-buku yang membentuk melodi kata-kata Setiap buku kumpulan puisi yang diperkenalkan merupakan sebuah perjalanan melalui melodi kata-kata yang menembusi batas-batas kreativiti. Daripada aroma Borneo hingga sinar matahari yang menyinari langit Kota Kinabalu, setiap puisi yang terdapat dalam buku-buku kumpulan puisi tersebut membawa pembaca pada petualangan emosional dan intelektual yang mendalam. Setiap penulis, dengan penuh dedikasi, menuangkan jiwa mereka ke dalam... AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN


NORAWI HAJI KATA Sorotan Khas 11 Guru Besar, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kukut, Kota Belud ini merupakan teraju kepada berhasilnya 15 buah buku kumpulan puisi karya 14 orang penulis tempatan Sabah oleh DBP. Presiden, Persatuan Sastera dan Budaya Sabah dan ahli IPS ini sendiri telah berhasil menerbitkan dua buah buku kumpulan puisi di bawah label DBP, iaitu “Melukis Cermin” dan “Tetamu Musim Hujan”. Jasa dan sumbangan beliau kepada rakyat dan negeri dihargai apabila Yang di-Pertua Negeri Sabah berkenan mengangugerahkan beliau Bintang Setia Kinabalu pada 17 Oktober 2023. “Saya menghargai usaha pembimbing (Dr. Mohamad Shahidan dan Zaen Kasturi) dan rakanrakan. Saya dan Dr. Mohamad sudah lama kenal. Saya telah menganggap beliau seperti abang saya sendiri. Saya amat berterima kasih kepada DBP Cawangan Sabah atas usahanya mengurus program ini sehingga berjaya.“


HASYUDA ABADI SAHARA JAIS Sorotan Khas 12 “Melawan Kebiasaan” merupakan buku pertama pemilik nama sebenar Hj. Sukor bin Hj. Usin, Pengerusi, Kelab Komuniti Penggiat Buku Negeri Sabah dan Pengerusi, Majlis Penasihat IPS yang diterbitkan oleh DBP setelah DBP dan Kerajaan Negeri Sabah memberi pengakuan rasmi kepada beliau sebagai Sasterawan Negeri Sabah ketiga pada 15 Disember 2022 yang lalu. “Mudah-mudahan kita semua dapat berkumpul seperti mula berbengkel dulu... untuk sama-sama menganjurkan wacana, apresiasi puisi dan baca puisi. Kami berusaha untuk mengatur nanti, InsyaAllah, asalkan Dr. Mohamad dan Saudara Zaen berkelapangan.” “Basirah dari Nur” asalnya hanyalah sebuah puisi berunsurkan Islam karya Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Timbalan Pengurus Besar IPS. Walau bagaimanapun, usaha gigih kakitangan pelaksana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria, Tuaran dan pendidik di Rumah Ngaji Baitul Muqaddam ini membuahkan hasil apabila tajuk tersebut rasmi menjadi tajuk buku kumpulan puisi karya beliau sendiri. “Banyak yang perlu kami pelajari lagi, semoga usaha ini tidak berakhir, malah merupakan satu permulaan. Terima kasih diucapkan kepada semua.”


MABULMADDIN SHAIDDIN RAMLIE A.R. Sorotan Khas 13 Timbalan Presiden PSBS dan Pengurus Kanan Bahagian Kota Belud, IPS ini dikenali sebagai penulis novel yang prolifik. Namun, kali ini, budayawan etnik Iranun ini berjaya menampilkan kumpulan puisi terbitan DBP yang berjudul “Api Cinta yang Lain”. “Terima kasih saya ucapkan kepada Bang Mat dan Saudara Zaen yang sedaya upaya membimbing kita dalam aspek-aspek semiotik. Juga kepada Saudara Rayner, DBP Cawangan Sabah dan semua yang berusaha untuk merealisasikan penerbitan buku-buku ini.” Anak jati Kuala Terengganu yang juga graduan Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu ini bukan asing lagi dalam dunia bahasa, sastera dan budaya. Pengasas, SMK Langkon, Kota Marudu pada tahun 1999 dan Timbalan Yang Dipertua, Badan Bahasa dan Sastera Sabah suatu masa dahulu ini sudah sedia dikenali sebagai bitarawan teater. Penerbitan kumpulan puisi “Lembut Jari di Tangkai Padi” mengorak sejarah yang tersendiri buat penulis Sabah seperti pemilik nama penuh Ramli bin Jusoh.


Sorotan Khas 14 “Gedung Kesaksian” merupakan buku keempat yang Ketua Satu IPS dan Juruaudit Dalaman, Liga Kesusasteraan Islam Antarabangsa Malaysia ini tulis sejak tahun 2022 dan yang pertama seumpamanya diterbitkan oleh DBP. Tiga buah buku karya pensyarah dan pegawai pengurusan, Institut Latihan Perindustan Kota Kinabalu, ini sebelumnya merupakan terbitan IPS. “Dapat menerbitkan buku di bawah label DBP itu suatu penghormatan bagi saya dan kawan-kawan. Semoga menjadi amal jariah buat Dr. Mohamad, Pak Zaen, Cikgu Norawi dan PSBS, DBP sendiri di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu... serta semua kita di sini.” AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN JAMAIL MASADOR Guru Besar, SK Taritipan, Kota Marudu, ahli IPS dan ahli PSBS ini mula berkarya pada tahun 1985 apabila sajak beliau berjaya disiarkan dalam majalah Dewan Sastera. Anak jati Kota Marudu ini sudah sering menyumbang cerpen dan puisi. Kumpulan puisi “Aku Ingin Menjadi Angin” mer


15 Sorotan Khas Meskipun Guru Akademik (Bahasa Melayu), SMK Badin, Tuaran ini berpengalaman menyelenggara beberapa buah antologi puisi, “Selimutkan Alam dengan Cinta” merupakan buku sulung Ketua Dua IPS dan Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penulis Alam Maya Malaysia (Jom Sastera) di bawah label DBP. Pun begitu, beliau juga telah menyumbang sebuah cerpen dalam buku antologi cerpen remaja “Talia Ellysa” yang diselenggarakan oleh editornya, Ruhaini Matdarin. “Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Dr. Mohamad, Tuan Zaen, DBP dan Abang GB (Guru Besar) Norawi. Kalau bukan kerana usaha pembimbing dan PSBS, tentu tidaklah saya merasa ada buku sendiri di bawah terbitan DBP. Walau bagaimanapun, saya berharap agar masih ada ruang untuk pembimbing memberi lebih banyak ilmu. Saya kagum dengan kerja keras pembimbing. Saya harap dapat belajar lagi banyak ilmu. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk penerbitan yang akan datang.” FAUZIAH HAJI MOKSIN


Sorotan Khas 16 MOHILIS Guru Akademik (Bahasa Melayu), SK Lasau Tintapon, Kota Belud dan Pengerusi, Persatuan Pemuisi D’Bayu tidak asing lagi dalam dunia puisi. Di samping kehebatan beliau mendeklamasi puisi, pemilik nama penuh Mohammad Hilmi bin Ismail mengorak langkah berikutnya dengan menunjukkan kehebatan menulis puisi. Kumpulan puisi “Sebelum Menemukan Mimpi” terbitan DBP merupakan sebuah lagi bukti kepada mimpi yang menjadi realiti. MOHD. AZRONE SARABATIN “Hudhud dan Warkah dari Masjid Noori” merupakan satu-satunya buku kumpulan puisi karya bekas wartawan akhbar Berita Harian dan bekas pengarang eksekutif akhbar dalam talian Sabah Taim yang diterbitkan oleh DBP. Buku tersebut banyak mengisahkan pengembaraan beliau ke banyak penjuru di dunia, terutamanya selama beliau membuat liputan akhbar untuk Malaysia.


Sorotan Khas 17 SIFU ART Pensyarah Kanan, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif dan Pengarah, Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah ini merupakan bitarawan pengacaraan majlis dan lukisan. Tidak sekadar itu, Dr. Mohammad Puad bin Bebit, mantan Ketua Dua IPS ini merupakan bitarawan yang menguasai puisi jenaka. “Siapa Booh… Ong” ternyata bukan sahaja sebuah buku kumpulan puisi terbitan DBP yang mengajak pembaca mencari siapakah pembohong, tetapi juga suara katak yang tidak dapat dinilai kejujuran atau kebohongannya. KIMS DIWA Pemilik nama penuh Rukimah Pandawa, Guru Akademik (Bahasa Melayu), SMK Penangah, Tongod ini sudah sering menyelenggarakan antologi puisi bersama rakan-rakan beliau di Jom Sastera. Namun, kumpulan puisi remaja “Bagai Kelekatu” merupakan buku kandung beliau. “Terima kasih diucapkan kepada tuan GB Norawi. Akhirnya saya ada buku sendiri di bawah payung DBP. Tahniah buat semua.”


Sorotan Khas 18 WITER GUNIK Kumpulan sajak “Sihir Pendongeng” merupakan buku kedua Guru Tingkatan Enam, SMK Mat Salleh, Ranau ini terbitkan di bawah label DBP. Beliau telah menulis sekurang-kurangnya tiga buah buku sebelum buku ini diterbitkan. Malah, beliau pernah menjadi penyelenggara kepada dua buah antologi puisi hasil usaha Kelab Penulis Kadazandusun Murut Sabah. “Terima kasih, Dr. Mohamad Shahidan dan Tuan Zaen Kasturi atas ilmu yang telah kami peroleh sepanjang bengkel yang diprakarsai oleh PSBS. Budi tuan berdua akan kami kenang selamanya.” Guru Akademik di SK Landung Ayang, Kudat ini tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Beliau dikenali sebagai penulis yang sering disorot penulisannya di dada-dada akhbar termpatan. Walau bagaimanapun, kumpulan puisi “Kata-kata Sebelum Makna” merupakan buku sulung pemilik nama penuh Sharifah binti A.M. Noordin di bawah label DBP. ANISUL-JALIS


Papan Karya 19 WARKAH YANG TAK SAMPAI i Semenanjung ini yang dihidu hanyalah bau pasir dan udara peluru jika kau mendengar bayu laut china atau selat melaka saujana indah pucuk-pucuk awan dan megahnya kinabalu tak ada yang kudengar selain sendu ratap air mata dan kematian menunggu apakah masih ada warna kebebasan kepada anak-anak, para perempuan dan paman gelisah berabad, duka berkurun. ii Api di mana-mana. Di Gaza sana, di bumiku sini, di dalam rumah, di perdu diri. Api bersuara di mana-mana tidak bererti sirna cahaya bahkan apilah cahaya itu selagi tak padam dendam, cahaya membayang api, membakar bumi, membakar manusiawi. Hasyuda Abadi, 2014 MANA SOLIDARITIMU? “AKU MALAYSIA, AKU PALESTIN!”


Papan Karya 20 PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’ EDISI SEPTEMBER 2023


Papan Karya 21 PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’ EDISI SEPTEMBER 2023


Ruang Musyawarah 22 ... untuk menelusuri kehebatan sasterawan Amil Jaya kuantiti bukanlah aspek yang amat penting. Namun begitu apakah kualiti yang terdapat dalam pemikiran Amil Jaya memberikan impak yang besar seganding dengan karya-karya novelnya seperti Cerah (1976), Ngayau (1977), Bagaton (1987), Mariga (2012) dan Ngayau 2 (2015)? Catatan ini juga akan mendekati persoalan puisi yang harus dilihat secara positif kerana persoalan dalam sesebuah karya sastera menjadi nadi yang amat penting. Menurut Kemala, persoalan sangatlah luas untuk dibincangkan, seluas cakerawala, seluas kehidupan lahir dan batin. Persoalan boleh sahaja terungkap daripada soal-soal lahirian dalam kehidupan daripada persoalan peribadi, keluarga, politik, patriotisme dan sebagainya. Jika mahu disorot satu persatu persoalan dalam puisi-puisi Melayu kita akan berjumpa dengan tema-tema yang disebutkan, bezanya barangkali hanyalah pendekatan masing-masing penyair ketika mengungkapkannya menjadi sebuah karya sastera yang besar. Meneliti puisi-puisi Amil Jaya, kita sebenarnya dapat merasakan ketebalan unsur-unsur moral yang bersembunyi di sebalik umbut diksi yang dipilih. Meskipun puisi-puisinya memperincikan gambaran tentang masyarakatnya dengan jelas, matang dan terperinci tetapi kita boleh rasakan unsur-unsur moral seakan menjadi premis penting bagi setiap karyanya. Dan yang paling nyata lagi ialah keakraban... ... Amil Jaya dengan tema-tema nasionalisme dan cintakan tanah air. Amil Jaya amat juga peka dengan persoalan alam sekeliling yang lebih luas. Penyair ini didedahkan peristiwaperistiwa masa lalu dan semasa kemudian dihubungkannya dengan dalaman dirinya sendiri. Dari situ terpancarlah beberapa pandangan hidupnya mengenai alam yang dibincangkan. Tanpa disedari secara langsung atau tidak, karyakaryanya menyelitkan unsur-unsur moral yang menarik. Ternyata Amil Jaya tidak sahaja melihat sesuatu itu dengan pandangan yang kosong tetapi dicerna dan kemudian dihiaskannya dengan falsafah serta nasihat yang wajar. Dalam menyemarakkan unsur-unsur nasionalisme dan cintakan tanah air, Amil Jaya seperti rakan-rakan penyair sezaman dengannya mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam sebuah kebebasan daripada sebarang penindasan dan penjajahan. Era penjajahan sentiasa menggugat kewibawaan seorang warga. Penyair menyampaikan hasrat rakyat untuk memerdekakan tanah air, bangsa dan agamanya sebagaimana dalam puisi Kita Harus Iri Hati. Beliau menyeru para pemuda dan pemudi supaya bangun dan memandang jauh ke hadapan. Mereka harus mencontohi negara-negara yang telah bebas daripada cengkaman penjajah. > Bersambung di halaman 23 Disebabkan minat dan bakat besarnya, apatah lagi secara kebetulan beliau pernah berkhidmat sebagai guru sebelum bergulat sepenuh waktunya dengan kegiatan bahasa dan sastera, nama Amil Jaya sentiasa menerangi ujana sastera Negeri di Bawah Bayu. Keterlibatan sepenuh masanya dengan dunia persuratan apabila menyertai Biro Kesusastearan Borneo cawangan Sabah pada tahun 1974 dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1977 menjadikan Amil Jaya konsisten di cakerawala sastera dalam kehidupannya. Amil Jaya amat sinonim dengan pergerakan sastera di Sabah, walaupun hanya dengan lima buah novel, lebih kurang 30 buah cerpen dan 24 kuntum puisi hasil kalamnya dalam suatu jangka masa yang panjang, namun begitu kuantiti bagi seorang sasterawan yang hebat bukan merupakan syarat untuk memberikan pandangan ataupun buah fikiran yang terpendam di dalam mindanya. Isu dan tema yang sering diungkapkan Amil Jaya amat pelbagai dan lebih penting lagi karyakarya beliau tidak mudah berkarat oleh peredaran masa. atatan ini berusaha membawa perbincangan terhadap pemikiran Amil Jaya menerusi karya-karya puisi beliau. Jika dibanding karya-karya berbentuk prosa, puisi-puisi Amil Jaya tidak dapat menandingi karya penyair-penyair yang lain di Sabah khususnya yang mutakhir. Namun begitu sekali lagi ditegaskan bahawa... Retrospektif karyakarya Amil Jaya HASYUDA ABADI SALAH satu dewan tertutup yang sentiasa digunakan orang ramai di Kota Kinabalu ialah Dewan Amil Jaya yang terletak dalam Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu. Amil Jaya atau nama sebenarnya Datuk Haji Ismail Abbas sudah tidak perlu diperkenalkan kerana nama besar ini telah termaktub dalam sejarah kesusasteraan tanah air. Beliau merupakan seorang sasterawan di antara ratusan penulis watan yang terkemuka yang banyak menyebarkan ilmu serta buah fikiran menerusi karya-karya kreatif dan bukan kreatif sejak sebelum merdeka lagi. TENTANG PENULIS HASYUDA ABADI, Sasterawan Negeri Sabah ketiga, lahir pada 1 Oktober 1960 di Beaufort, Sabah. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Beaufort sebelum merantau ke bandar raya Kota Kinabalu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah pada tahun 1979 dan, enam tahun kemudian, sebagai kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sehingga bersara pada tahun 2015. Beliau kini mengusahakan Rumah Ngaji Baitul Muqaddam dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi di Sepanggar, Kota Kinabalu.


Ruang Musyawarah 23 ...utama yang hidup, bersih dan asli. Hakikat ini tidak akan dinafikan oleh sesiapa, sama ada penyair terkemuka atau penyair mutakhir, kerana jika anda memulakan penulisan dengan pembinaan ayat yang indah tetapi tidak lebih daripada intipati yang kosong apalah ertinya. Menghubungkan pengalaman dengan insan Amil Jaya, kita tidak perlu terpegun lebih lama. Amil Jaya adalah satu-satunya idola yang sering mengutarakan bahanbahan karya berteraskan asas-asas ilmu yang asli. Ini terbukti apabila kita menganalisis karya-karya Amil Jaya yang ternyata bukan bersumberkan bahan yang remeh-temeh. Beliau tidak sekadar melihat bahkan merasa dan menghayati setiap fenomena alam sedalam-dalamnya. Ia mengkaji sehabis utuh agar setiap amanah yang mahu dipancarkan itu merupakan perolehan yang luas dengan maksud pandangan yang menyeluruh. Walaupun kita harus meletakkan tanggapan di manakah aras Amil Jaya sebagai penyair di tengah-tengah ribuan puisi hasil tulisan generasi baru mutakhir, saya beranggapan bahawa Amil Jaya memang mempunyai pemikiran yang besar sesuai dalam zamannya. Saya juga berpendapat setiap zaman perlu lahir seorang yang tidak akan ada lagi selepasnya dengan ciri-ciri kepenyairan yang asli baik dari segi sikap, fikiran, dan keindahan karya-karyanya. Selepasnya nanti ialah generasi yang akan menjadikannya idola berdasarkan pengalaman besar beliau dalam dunia sastera dan budaya tanah air sehingga akhirnya Amil Jaya menerima anugerah berprestij di Asia Tenggara menerusi ‘SEA Write Award’ yang diterimanya di Bangkok Thailand pada tahun 1992. Amil Jaya menjadi kebanggaan kita kerana beliau telah membuktikan kewibawaan dan keupayaannya menjadikan sastera sebagai wahana pemikiran bangsa. Masa lalu adalah kelmarin yang hidup pada hari ini. Perjalanan hidup yang panjang sebagaimana sering diceritakannya tentulah amat wajar sesuatu itu dinikmatinya. Malah yang lebih bermakna bagi kehidupannya ialah segala khazanah karyanya baik puisi, cerpen mahupun novel menjadi bacaan umum terutama sekali generasi muda yang perlu berkongsi peristiwa masa lalu. Amil Jaya telah berupaya mempesonakan kehidupan bangsanya dengan kata-kata biasa yang hidup. Apa yang penting dalam analisis kehidupan ini ialah amanat dan pemikiran yang jujur. K.Bali pernah berkata, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam kepala Amil Jaya. Setidak-tidaknya sebagai generasi baru, khazanah sastera Amil Jaya khususnya puisi tetap berhasil memancarkan sikap beliau terhadap kehidupan yang mencabar. Kita harus menghargai kehadirannya di persada kesusasteraan tanah air walaupun setelah ketiadaannya sejak 6 tahun lalu. Ikuti sedutan sebuah puisinya yang berjudul Terima Kasih Pamanku yang amat berbekas dalam ingatan kebanyakan penggemas puisi karya Allahyarham Amil Jaya: Terima kasih pamanku kau rintiskan kami jalan revolusi dengannya kami tembusi kemerdekaan peribumi Dengan kematianmu membuat kami tidak mati pamanku namamu terpahat dalam ruang hati anak warisanmu. (Terima Kasih Pamanku, Berhati Nabi Berwajah Ibu, hlm. 43) < Bersambung dari halaman 22 Amil Jaya memikirkan masa depan bangsanya kerana itu penyair ini memperagakan bahawa hanya peredaran zaman sahaja yang akan menentukan kemenangan di pihaknya. Ini dicetuskannya dalam Sabah Nan Indah yang dihasilkannya pada masa yang sama dengan puisi Kita Harus Iri Hati iaitu tiga tahun sebelum kemerdekaan Sabah menerusi penubuhan Malaysia. Melalui kepekaan yang tajam dan berlanjutan, seorang penyair boleh menterjemah kehalusan moral secara positif. Dalam Orang Kota, Orang Desa, Amil Jaya menggambarkan nada melankolis terhadap manusia yang menyalahgunakan kuasa di tengah arus pembangunan yang berlangsung. Hakikat seumpama ini memang lumrah tanpa mengira tempat. Lazimnya gambaran sedemikian sering tercampak daripada sikap lupa diri dan kurangnya sifatsifat integriti dan amanah di kalangan mereka yang mempunyai sedikit kuasa. Mereka malah gemar memanupilasi kata-kata manis sewaktu memerlukan demi mencapai citacita atau kepentingan peribadi semata-mata. Dan ini kerap kita lihat waima pada hari ini sekali pun. Protes sosial begini menampilkan pesanan atau amanat kepada insan yang hipokrit atau mementingkan diri bahawa sikap tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan, kepercayaan yang dibahukan kepadanya untuk mewakili rakyat di peringkat tertinggi dalam negara atau negeri hendaklah dijalankan dengan betul, adil, jujur, saksama dan sesama sejajar dengan nilainilai murni sesuatu bangsa yang bertamadun dan merdeka. Pengalaman merupakan sumber utama bahan karya. Ia merupakan ilmu alami dan abadi. Ilham bukannya seperti air hujan yang gugur dari langit. Ia mesti dikejar dan dibina sendiri. Melalui pengalaman segala peristiwa yang ditemui akan menjadi bahan...


Salinan lembut majalah ini direka dan dicetak di Malaysia oleh IKATAN PENULIS SABAH ENTERPRISE (TRN/2022/7104) Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah


Click to View FlipBook Version