The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah terbitan Ikatan Penulis Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ikatan Penulis Sabah, 2023-07-13 10:29:44

Komposisi 3/2023

Majalah terbitan Ikatan Penulis Sabah

Keywords: Ikatan Penulis Sabah,Sabah,Malaysia,Sastera Sabah,Sastera,Hasyuda Abadi,Awang Abdul Muizz Awang Marusin,Fahaiz,Muhammad Farhan Firdaus Nordin,Kembara Sastera Kalimantan 2023,Tarakan,Nunukan,Balikpapan,Samarinda,Kutai Kartanegara,Penajam Paser Utara

S e b u a h m a j ala h t e r bit a n IKATAN PENULIS SABAH E d i s i 3 /2 0 2 3 eIS S N 2 9 7 6 - 2 9 7 9


MAJLISPENASIHAT Pengerusi HJ. SUKOR HJ.USIN Timbalan Pengerusi DATUK PROF.MADYATS.DR. RAMZAHDAMBUL Ahli MOHAMEDHJ. SALLEH LALIMAN HJ.AHMAD ONY LATIFAHOSMAN _____________________________________ MAJLISTERTINGGI Ketua Satu AWANGABDULMUIZZAWANGMARUSIN KetuaDua FAUZIAH HJ.MOKSIN Setiausaha Satu JULIAH HJ.MATNOOR Bendahari ROSLAN SOHASTO Ketua Penerangan MOHD.AZRONE SARABATIN SetiausahaDua MUHAMMADFAIZHAZIQMOHD. SARIZAM Penolong Bendahari SITI HAJARABDULLAH Ahli ABD. NADDIN HJ. SHAIDDIN HJ.GAZALI HJ. SUHAILI HUSSEINMOHAMAD JUNAIDAH PARUDIN MABULMADDIN HJ. SHAIDDIN MOHAMMADHILMI ISMAIIL MOHD.ASHRAFI HARUMIN NUR FATIHAHABDULLAH HJH. SAHARAJAIS WARMANWAGIMAN Juruaudit DAYANGSITIMARIAMABBAS ______________________________________ SIDANGREDAKSIMAJALAH Ketua AWANGABDULMUIZZAWANGMARUSIN Anggota MOHD.AZRONE SARABATIN ABD. NADDIN HJ. SHAIDDIN ______________________________________ © Ikatan Penulis Sabah,2023 HakCiptaTerpelihara. Pengeluaran ulangmana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandunganmajalah ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,fotokopi,mekanik,rakaman atau cara lain hendaklah mendapatizin bertulis daripada Penerbit.Maklumbahawa semua penulisan yang disiarkan dimajalah initidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian Penerbit. IKATANPENULISSABAH (PPM-005-12-24031992) Rumah Puisi HasyudaAbadi KampungGudon,Manggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah E-mel:admin@ikatanpenulissabah.org -------------------------------------------------------- KOMPOSISIialah sebuahmajalah yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah secara berkala, lima kali setahun. Kandungan 2 Dari Meja Pimpinan > Kejayaan Kembara Sastera Kalimantan 2023 Mengekalkan 3Semangat "Menjalin Silaturrahmi Saudara Serumpun Sepulau" Sorotan Khas > Pemekaran Pantun Warisan dengan Bantuan Kecerdasan Buatan 16- Sidang Redaksi Majalah Papan Karya > Hujan - Muhammad Farhan Firdaus Nordin > Apa Khabar SPM? - Muhammad Farhan Firdaus Nordin > Harga Remaja - Muhammad Farhan Firdaus Nordin > Mendewasa Bersamamu - II - Fahaiz > Dalam Mencari Adil - Fahaiz 17 Ruang Musyawarah > Pembikinan Buku Puisi 'Balada Paduka Mat Salleh' - Hasyuda Abadi > Mengenali 'Putih yang Memadam Pudar' - Awang Abdul Muizz Awang Marusin > Mengubah Sastera Menjadi Literasi dalam Konteks Sabah - Awang Abdul Muizz Awang Marusin 20 penghargaan dan terima kasih kepada semua yang mendahului dan mengiringi kami dalam menerbitkan dan mengedarkan Majalah Komposisi. Kami, Sidang Redaksi Majalah Komposisi, mengucapkan Khabar Ikatan > 'Tirai Senja' bukti dedikasi anak muda terhadap sastera Sabah > Puisi Adalah akan dihidupkan semula > IPS bertandang ke Nunukan, Bupati Asmin Laura: punya kemiripan tradisi > Literasi Nunukan tercatat menurun > Malam Muhibah Sastra IPS di Samarinda > Wakil Wali Kota Tarakan terima kunjungan IPS > IPS ikut menjayakan Minggu Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri 2023 5 Puisi Adalah... Buka halaman 15


Dari Meja Pimpinan 3 Kembara Sastera Kalimantan 2023 yang dianjurkan oleh IPS dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu (KJRI KK), telah menyaksikan penyertaan seramai 18 orang penggiat bahasa dan sastera, seniman, serta wartawan dari dalam dan luar negeri Sabah. Sesuai dengan tema yang ditetapkan oleh Panitia Penyelenggara, Kembara ini bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturrahmi dan memperluas jaringan kerjasama dalam bidang sastera dan seni antara kedua-dua buah negara. Kembara Sastera Kalimantan 2023 merupakan sebuah platform unik yang membolehkan penggiat bahasa dan sastera, seniman, dan wartawan dari Malaysia dan Indonesia berinteraksi, berkongsi pengetahuan, dan meraikan kepelbagaian budaya yang kaya di rantau Nusantara. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menyelami tradisi sastera dan kesenian setempat, memahami perbezaan dan persamaan, dan meneroka peluang bekerjasama pada masa hadapan. Dalam tempoh enam hari, peserta kembara telah dibawa mengunjungi beberapa buah destinasi penting, terutamanya Titik Nol Ibu Kota Nusantara yang terletak di Sepaku, Penajam Paser Utara. Mereka turut melibatkan diri dalam perbincangan, pembacaan puisi, persembahan nyanyian, dan kunjungan ke tempat-tempat bersejarah dan kebudayaan di semua tempat yang dilawati oleh rombongan kembara. Kembara Sastera Kalimantan 2023 mencerminkan semangat dan komitmen Malaysia, khususnya IPS, dalam menjalin silaturrahim sesama saudara serumpun dan sepulau. Kembara tersebut telah memberi kesempatan kepada penulis, seniman, dan wartawan untuk merapatkan hubungan, saling bertukar pengalaman, dan meluaskan wawasan mereka dalam bidang masing-masing. Besar harapan IPS agar usaha ini akan terus mengukuhkan hubungan diplomatik serta membawa manfaat yang berkekalan kepada bahasa, sastera dan budaya tempatan Malaysia dan Indonesia. IPS berharap agar semangat kerjasama dan persahabatan yang ditanamkan semasa kembara ini akan terus berkembang dan memberi impak positif dalam perkembangan sastera dan seni di rantau ini. IPS melihat ke depan untuk meneruskan hasrat yang telah ditanamkan pasca Kembara Sastera Kalimantan 2023 agar dapat direalisasikan oleh pihak-pihak berkepentingan pada masa hadapan. IPS juga melihat ke depan untuk menganjurkan kembara seperti ini di pada masa hadapan. Kejayaan Kembara Sastera Kalimantan 2023 Mengekalkan Semangat "Menjalin Silaturrahmi Saudara SerumpunSepulau" Ikatan Penulis Sabah (IPS) dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan Kembara Sastera Kalimantan 2023 yang bertemakan "Menjalin Silaturrahmi Saudara Serumpun Sepulau". Kembara yang berlangsung dari 29 Mei hingga 2 Jun 2023 ini menyaksikan IPS menjejak beberapa buah kabupaten dan kota di Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur, Indonesia, iaitu Nunukan, Tarakan, Balikpapan, Samarinda, Kutai Kartanegaradan PenajamPaserUtara. AWANG ABDUL MUIZZ BINAWANG MARUSIN Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah ROMBONGAN Kembara Sastera Kalimantan bergambar kenangan di Titik Nol Ibu Kota Nusantara yang terletak di Sepaku, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Indonesia. Rombongan Kembara ini diiringi oleh pegawai yang mewakili Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Muhamad Widodo (kanan). Yang Berhormat Datuk Ir. Hj. Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Negeri Sabah; Yang Berhormat Datuk Hj. Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah; Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu; Pemerintah Kabupaten Nunukan; Pemerintah Kota Tarakan; Pemerintah Kota Balikpapan; Pemerintah Kota Samarinda; dan Komunitas TerAksara Samarinda. Ikatan Penulis Sabah mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua individu dan organisasi yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada kejayaan Kembara Sastera Kalimantan 2023, terutamanya kepada:


Ikatan Penulis Sabah mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KE-67 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA pada 22 Jun 2023 "Nama dari Suatu Sejarah" 4 KOMPOSISI


5 Khabar Ikatan KETUA DUA Ikatan Penulis Sabah, Fauziah Hj. Moksin (tengah) dan sebelas orang pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SANZAC, Kota Kinabalu bergambar kenangan selepas majlis pelancaran Antologi Puisi dan Cerpen Putera dan Puteri SMK SANZAC 'Tirai Senja' di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. 'Tirai Senja' bukti dedikasi anak muda terhadap sastera Sabah ...tersebut. Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Negeri Sabah, Mohd. Suffian Eddie Matin. Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Datuk Ir. Hj. Shahelmey Yahya dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK SANZAC yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Pengetua SMK SANZAC, Ajmal Hj. Jumah, dalam ucapan alu-aluan beliau dalam majlis tersebut, mengucapkan tahniah kepada Ketua Dua IPS yang juga bekas guru SMK SANZAC, Fauziah Hj. Moksin kerana telah berjaya merealisasikan penerbitan antologi tersebut bersama 11 orang pelajar dan bekas pelajar sekolah tersebut. Beliau gembira kerana projek yang dimulakan pada bulan April 2022 telah menampakkan hasilnya pada hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada IPS kerana telah sudi menjadi penerbit kepada antologi tersebut. Ketua Dua IPS dalam reaksi yang berasingan turut mengucapkan terima kasih kepada SMK SANZAC atas sokongan yang telah diberikan kepada beliau sehingga membawa kepada pelancaran antologi tersebut. Antologi yang mengandungi 134 muka surat itu mengandungi 18 buah sajak dan tujuh buah cerpen dijayakan oleh Amyr Salehen Abdullah, Mohamad Adrihizam Abdul Manan, Muhammad Danish Agunawan, Muhammad Idlan Mukhlas Muhammad Idham, Muhammad Fakhrusy Fadhlan Abdul Rahim, Nor Ashraf Azizi Abdul Manap, Nur Afiqah Mohd. Arsad, Nurul Ellyssa Douglas Nyeging Taong, Puteri Nur Nafeeqa Mohd. Yaakob, Saidatul Nasuha Saifullah dan Siti Hernah Abdul Khaire. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS Buku Antologi Puisi dan Cerpen Putera dan Puteri SMK SANZAC 'Tirai Senja' boleh didapati di Koperasi SMK SANZAC Bhd. dan IPS Enterprise. KOTA KINABALU, 27 Jun 2023: Antologi puisi dan cerpen 'Tirai Senja' merupakan bukti yang nyata kepada bakat dan dedikasi para pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SANZAC, Kota Kinabalu dalam dunia sastera. Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin berkata antologi tersebut juga mencerminkan kekuatan literasi dan daya imaginasi yang luar biasa yang dimiliki oleh mereka. Beliau mengapresiasi para penulis yang menghiasi antologi tersebut kerana telah menunjukkan keberanian dan kreativiti mereka dalam mengungkapkan perasaan dan pemikiran mereka melalui kata-kata yang gramatis dan puitis. Beliau melihat antologi tersebut bukan semata-mata sebuah buku yang mengandungi karyakarya sastera anak muda, tetapi juga merupakan sebuah perwakilan kepada semangat, pemikiran dan perasaan generasi masa kini. Beliau menyatakan demikian dalam kata sambutan yang terkandung dalam buku antologi...


KOMPOSISI 6 RM 25 RM 25 RM 20 RM 15 RM 15 DAPATKAN SEGERA SEMENTARA MASIH ADA Kumpulan Puisi 'Bintang Mimpi' Awang Abdul Muizz Awang Marusin Antologi Puisi dan Cerpen 'Tirai Senja' Penyelenggara: Fauziah Moksin Usrah: Sebuah Perjalanan Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Muhammad Faizhaziq Mohd Sarizam & Muhammad Muizzuddin Ramlan Kumpulan puisi 'Hutan Ayah' Hasyuda Abadi Meneroka Hasyuda Abadi: Sudut Pandang Pengamat Sastera Penyelenggara: Awang Abdul Muizz Awang Marusin KUNJUNGI KEDAI KAMI DI https://shopee.com.my/ shop/995184711 atau pesan melalui e-mel di admin@ikatanpenulissabah.org


7 Khabar Ikatan Puisi Adalah akan dihidupkan semula KOTA KINABALU, 18 Jun 2023: Sudah sampai masanya inisiatif 'Puisi Adalah' dihidupkan semula. Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi, berkata oleh kerana majlis 'Puisi Adalah' pernah dikelolakan oleh Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada tahun 2017 dan 2018, maka amat bersesuaianlah untuk IPS untuk memulakan semula dan meneruskannya. Di samping sayembara 'Puisi Adalah', Hasyuda juga berhasrat untuk mengadakan acara Baca 'Puisi Adalah' setiap bulan, baik di Rumah Puisi beliau (RuPHA) mahupun di tempat lain di sekitar negeri Sabah. Menurut beliau, inisiatif ini penting bagi menarik kembali minat para penulis di Sabah untuk mengimarahkan sastera dalam bentuk penulisan puisi. Beliau berkata demikian dalam program Santai bersama Sasterawan di RuPHA, di Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu. Program yang dianjurkan bersama oleh IPS, RuPHA dan Rumah Ngaji Baitul Muqaddam ini menyaksikan kehadiran lebih daripada 20 orang penulis, penggiat sastera dan sahabat IPS. Turut hadir ialah Pengarah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Ts. Sudirman Hammade, Presiden, Persatuan Sastera dan Budaya Sabah, Norawi Hj. Kata, Ketua Satu, Persatuan Penulis Alam Maya Malaysia, Yatim Ahmad serta rakan-rakan penulis Sabah seperti Sitti Azizah Sahaji, Aida AR dan Sante Sanelawa Villamon. Turut diperkenalkan dalam program tersebut ialah buku Kumpulan Puisi 'Bintang Mimpi' karya Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awag Marusin dan inisiatif Pemekaran Pantun Warisan Sabah yang disyorkan oleh budayawan Melayu Singapura, Karmin Abbas. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS SASTERAWAN Negeri Sabah, Hasyuda Abadi menyampaikan perkosongsiannya dalam program Santai bersama Sasterawan di Rumah Puisi beliau di Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu.


Khabar Ikatan 8 Imbasan: Santai bersama Sasterawan SASTERAWAN Negeri Sabah, Hasyuda Abadi (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama para penulis, penggiat sastera dan sahabat IPS yang menghadiri program Santai bersama Sasterawan. KETUA SATU IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin (depan) berswafoto bersama para bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Putatan yang terlibat dalam persiapan program Santai bersama Sasterawan, sehari sebelumnya. Termasuk dalam gambar tersebut ialah Setiausaha beliau, Muhammad Muizzuddin Ramlan (belakang, kanan). PENGARAH Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Ts. Sudirman Hammade menyampaikan sepatah dua kata kepada semua yang menghadiri program Santai bersama Sasterawan. Beliau diundang ke mari sebagai sahabat IPS. TIGA ORANG penulis Sabah yang berasal dari Kota Belud, iaitu Norawi Haji Kata, Mohd. Azrone Sarabatin dan Abd. Naddin Shaiddin sedang melihat sesuatu.


Khabar Ikatan 9 IPS Bertandang ke Nunukan, Bupati Asmin Laura:Punya Kemiripan Tradisi IPS Bertandang ke Nunukan, Bupati Asmin Laura:Punya Kemiripan Tradisi NUNUKAN, 3 Juni 2023 (Tribun News): Ikatan Penulis Sabah (IPS), Malaysia bertandang ke Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara (Kaltara), pada Jumat (2 Juni 2023). Kehadiran komunitas penulis dari negeri jiran Malaysia itu dirangkaikan dalam acara silaturahmi dan ramah tamah IPS dengan Komunitas Literasi dan Pemerintah Kabupaten Nunukan. Acara yang berlangsung di Ballroom Hotel Laura Nunukan, tadi malam dihadiri langsung oleh Bupati Nunukan Asmin Laura. Beliau mengaku senang dengan kedatangan IPS ke daerahnya. "Kami merasa senang kedatangan IPS di Nunukan dalam rangka Kembara Sastra Kalimantan 2023," kata Asmin Laura. Menurutnya, kebudayaan dan tradisi antara Nunukan dan Sabah memiliki kemiripan yang sulit dibedakan. Saling miripnya, kata Laura setiap ada kegiatan budaya antara kedua wilayah yang berbatasan langsung, saling menyokong bahkan terlibat di dalamnya. "Antara Nunukan dan Sabah punya kemiripan tradisi. Kedua daerah yang berbatasan langsung ini, memiliki suku asli yang sama yakni Suku Tidung dan Suku Dayak," ucapnya. Laura menuturkan, sebagai wilayah yang serumpun antara Nunukan dan Sabah, sehingga perlu hubungan silaturahmi yang lebih dipadukan lagi. "Budaya dan karakter kehidupan sehari-hari kedua daerah hampir tidak ada perbedaan. Jadi ini kesempatan yang baik untuk meningkatkan silaturahmi antara Kabupaten Nunukan dan Negeri Sabah yang dikemas dalam seni dan budaya," ujarnya. Dia berharap melalui silahturahmi ini, akan memberikan kesan yang baik bagi seluruh rombongan. Selain itu, juga Laura berharap kunjungan tersebut akan semakin mempererat tali silaturahmi antara Kabupaten Nunukan dengan Negeri Sabah. "Semoga kunjungan ini semakin mempererat tali silaturahmi antara Kabupaten Nunukan dengan Negeri Sabah," ungkap Laura. Selain Bupati Nunukan, acara tersebut juga dihadiri oleh Wakil Bupati Nunukan Hanafiah, beberapa kepala Organisasi Perangkat Daerah, Staf Ahli Bupati, perwakilan Inovasi, Balai Guru Penggerak, Yayasan Litara, Badan Penjaminan Mutu Pendidikan Kaltara, Forum Penulis, Komunitas Literasi Nunukan, serta Ketua dan anggota IPS. FEBRIANUS FELIS Pewarta Tribun Kaltara BUPATI Nunukan, Yth. Ibu Hj. Asmin Laura Hafid bergambar dengan rantai manik etnik Rungus yang dihadiahkan oleh Presiden, Kelab Penulis Kadazan Dusun Murut Sabah, Dr. Azlan Shafie Abdullah di sela-sela acara ramah-tamah Pemerintah Kabupaten Nunukan bersama rombongan Kembara Sastera Kalimantan 2023 di Laura Hotel, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia.


Khabar Ikatan 10 Literasi Nunukan tercatat menurun Laura mengaku meski literasi Kabupaten Nunukan tercatat menurun, namun ia meyakini jika saat ini literasi di masyarakat justru meningkat. Menurutnya, konsep literasi tidak hanya berkaitan dengan tulisan dalam bentuk buku, namun dengan perkembangan teknologi saat ini, masyarakat lebih banyak membuat konten di media sosial yang dinilai merupakan salah satu bentuk pengembangan literasi digital. “Kita tidak tahu ya indikatornya apa, tapi kalau kita lihat justru meningkat karena sekarang generasi mud aitu lebih senang buat konten-konten di media sosial, saya kira itu juga bentuk literasi, hanya caranya yang berbeda”, ujarnya. Namun demikian, Laura juga meminta instansi terkait agar terus melakukan evaluasi terkait hasil riset yang dilakukan Kemendikbud dan Ristek yang menilai literasi Kabupaten Nunukan menurun. Ia menegaskan, literasi penting untuk perkembangan informasi dan penguatan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan berita hoaks. Untuk itu, dengan adanya kunjungan dari IPS, Malaysia dapat membangkitkan semangat masyarakat Nunukan untuk terus berkarya dalam dunia literasi. SALMA AMIN Pewarta Radio Republik Indonesia, Nunukan NUNUKAN, 3 Juni 2023 (RRI): Perkembangan teknologi digital saat ini dinilai berdampak besar terhadap perkembangan literasi masyarakat Kabupaten Nunukan. Berdasarkan hasil riset yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Riset dan Teknologi (Kemendikbud Ristek) Republik Indonesia, literasi di Kabupaten Nunukan dinilai menurun. Hal itu disampaikan Bupati Nunukan, Asmin Laura saat menghadiri silaturrahmi Ikatan Penulis Sabah (IPS), Malaysia dengan Pemerintah Kabupaten Nunukan. “Tentu ini menjadi warning bagi kita di Nunukan untuk mengevaluasi masalahnya di mana, kenapa sampai hal itu terjadi,” ungkapnya, Jumat (2 Juni 2023). BUPATI Nunukan, Yth. Ibu Hj. Asmin Laura Hafid (dua dari kiri) menerima piagam pemerintah daerah transformatif kategori Transformasi Pembelajaran Tingkat Kabupaten/Kota Non 3T, Anugerah Merdeka Belajar 2023 yang ditandatangani oeh Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Tenknologi Republik Indonesia, Yth. Bapak Nadiem Anwar Makarim daripada Kepala Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Kabupaten Nunukan, Bapak Akhmad (dua dari kanan). WAKIL BUPATI Nunukan, Yth. Bapak H. Hanafiah (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin (tiga dari kiri). WAKIL BUPATI Nunukan, Yth. Bapak H. Hanafiah (tengah) turut hadir memuliakan kunjungan rombongan Kembara Sastera Kalimantan 2023, IPS ke Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia.


Khabar Ikatan 11 Malam Muhibah Sastra IPS di Samarinda Pertemuan malam hari yang diinisiasi oleh TerAksara diberi tajuk "Muhibah Sastra Serumpun". Pada pertemuan itu rombongan disuguhi aneka jamuan seni, di antaranya pemutaran film pendek berjudul "Niqab" karya seneas muda Kalimantan Timur, Muhammad Al Fayed, pembacaan puisi dari beberapa pembaca puisi muda Samarinda, serta pentas musik-tari kolaborasi antara Komunitas Nawasena dengan Susilo. Acara pada malam tersebut turut dihadiri pula oleh sastrawan Kalimantan Timur antara lain, Sukardi Wahyudi, Khalish Abniswarin, dan Agus Dwi Utomo. Beberapa penyair Sabah juga menyumbangkan puisi. Sesi dialog dipandu oleh Endry Sulistyo dengan mengusung pemantik H. Jalidar Abd. Rahim (wakil penulis Sabah) dan Amien Wangsitalaja (wakil penulis Kaltim). Kedua pemantik menceritakan sepintas kehidupan... ...bersastra di tempat masing-masing dan Endry sebagai pemandu mengerucutkan pada pencarian kemungkinan kongsi atau kerjasama penulis lintas negara satu pulau. Satu pesan yang kemudian ditonjolkan oleh H. Jalidar agar para penulis menghasilkan karya yang bisa menghantarkan penulisnya mengapatkan pahala. Amien Wangsitalaja sepakat dengan pesan tersebut dengan menegaskan janganlah penulis menghasilkan karya yang mendatangkan dosa atau karya yang bisa memicu kemaksiatan. Karya seni yang baik adalah karya yang mengandungi hikmah dan kebajikan. Karyawan sastra dan penulis dari Sabah yang ikut rombongan, di antaranya adalah Abd. Naddin Shaiddin, Hasyuda Abadi, Norawi Kata, Gazali Suhaili, Dr. Mohammad Puad Bebit, dan yang lainnya; tampak antusias dengan penyambutan yang diadakan oleh para penulis muda di Samarinda malam itu. Selepas sesi dialog pun mereka masih bersemangat untuk menyemarakkan pertemuan dengan membaca puisi. Sidang Redaksi Jejaring Madah Etam SAMARINDA, 4 Juni 2023 (Jejaring Madah Etam): Komunitas TerAksara Samarinda, dikomando oleh Endry Sulistyo, menjamu rombongan karyawan sastra dan penulis dari Sabah yang tergabung dalam Ikatan Penulis Sabah (IPS), Malaysia. Rombongan IPS melakukan lawatan "Kembara Sastra" ke Tarakan, Balikpapan, Samarinda, dan Nunukan. Mereka singgah di Samarinda pada Rabu, 31 Mei 2023 dengan bertandang ke Museum Samarinda dan Masjid Islamic Center, dilanjutkan menyusuri Sungai Mahakam menggunakan kapal wisata sebelum malam harinya bertemu dengan para penulis dan pegiat seni Samarinda di Kafe Tcoo. Saat berkunjung ke Musem Samarinda, rombongan IPS disambut langsung oleh Kepala Museum Samarinda, Ibu Ainun Jariah, M.Pd., Rombongan diajak berkeliling melihat koleksi museum dan beramah-tamah sambil disuguhi berbagai makanan khas Samarinda. Menjalin Silaturrahim, Merajut BenihKongsi KETUA DUA, Persatuan Penulis Johor, Iskandar Dzulkarnain HM dan tokoh bahasa Melayu dari Pahang, Abd. Rahman Halib turut hadir dalam program Malam Muhibah Sastra IPS anjuran Komunitas TerAksara Samarinda di Kafe Tcoo, Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia. DIALOG sempena Malam Muhibah Sastra IPS kelolaan Komunitas TerAksara Samarinda menampilkan Endry Sulistyo (tengah) sebagai perantara dan Datuk Hj. Jalidar Abd. Rahim (kiri) serta Amien Wangsitalaja (kanan) sebagai pembicara.


Khabar Ikatan 12 Imbasan: Kembara Sastera Kalimantan 2023 ROMBONGAN Kembara Sastera Kalimantan 2023 bergambar di Terminal Feri Tawau sebelum menaiki feri menuju ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia. ROMBONGAN Kembara Sastera Kalimantan 2023 bergambar bersama Wakil Wali Kota Tarakan di Kantor Wali Kota Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia. ROMBONGAN Kembara Sastera Kalimantan 2023 mengadakan kunjungan ke Balai Kota Balikpapan. Kunjungan dihoskan bersama oleh Sekretariat Daerah, Dinas Pendidikan dan Kebudayaan dan Dinas Perpustakaan dan Arsip Kota Balikpapan. ROMBONGAN Kembara Sastera Kalimantan 2023 bergambar dengan wakil-wakil Pemerintah Kota Balikpapan di lobi Balai Kota Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia. ROMBONGAN Kembara Sastera Kalimantan 2023 bergambar dengan wakil-wakil Pemerintah Kota Samarinda di lobi Museum Kota Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia. ROMBONGAN Kembara Sastera Kalimantan 2023 berpeluang melihat Islamic Center Samarinda sambil berlayar melintasi Sungai Mahakam di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia.


13 Khabar Ikatan WakilWali KotaTarakanTerima KunjunganIPS WakilWali KotaTarakanTerima KunjunganIPS TARAKAN, 30 Mei 2023 (Beranda Timur): Sejumlah penulis dan budayawan asal Negeri Jiran yang tergabung dalam Ikatan Penulis Sabah (IPS), Malaysia menunaikan janjinya dalam rangka tur Kalimantan. Diawali dengan mampir di Kota Tarakan, Kaltara yang diterima oleh Wakil Wali Kota Tarakan, Effendhi Djuprianto, di Gedung Lubung Pemkot Tarakan pada Senin, 29 Mei 2023. Rombongan penulis dari Negeri Jiran ini turut dihadiri Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Ketua Panitia Penyelenggara Kembara Sastra Kalimantan, Abd Naddin Shaiddin, serta Sastrawan Negeri Sabah, H. Sukor Usin. Tur penulis dan satrawan Negeri Sabah ini dalam rangka Kembara Sastra Kalimantan 2023. Wakil Wali Kota Tarakan mengucapkan selamat datang atas kunjungan penulis dan budayawan dari Negeri Sabah dalam rangkaian Kembara Sastra Kalimantan tahun 2023. “Semoga keramahtamahan dan suasana Kota Tarakan akan memberikan kesan yang baik bagi seluruh rombongan, dan kunjungan ini akan semakin mempererat persahabatan antara Tarakan, Kalimantan Utara dengan Negeri Sabah,” ujar Wawali. Wawali menjelaskan kondisi geografis Kota Tarakan yang memiliki banyak sejarah meliputi zaman kerajaan, era penambangan minyak, Perang Dunia II, masa kemerdekaan, hingga zaman moden. “Kota ini tumbuh dengan sejarah yang kaya tersebut, dan berbagai peninggalan sejarah masih dapat ditemui di sekitar pulau ini,” terang Effendhi. Ia juga menambahkan bahwa Kota Tarakan merupakan miniatur Indonesia. Dimana warga masyarakat dari berbagai latar belakang hidup berdampingan dalam harmoni. Hal ini menjadi faktor yang mendorong kekayaan khazanah budaya di Tarakan. Untuk itu, Wawali pun mengundang para tamu dari Negeri Sabah untuk mengunjungi berbagai peninggalan sejarah, objek wisata, dan mencicipi kuliner Tarakan yang berasal dari seluruh penjuru Nusantara. Sidang Redaksi Beranda Timur WAKIL WALI KOTA Tarakan, Yth. Bapak Effendhi Djuprianto menyampaikan sambutan dalam Ramah-tamah Pemerintah Kota Tarakan bersama Rombongan Kembara Sastera Kalimantan 2023 di Gedung Dubung, Kantor Wali Kota Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia.


14 Khabar Ikatan IPSikutmenjayakanMingguPengucapanPuisiBandar RayaMiri2023 ...Sasterawan bersama Sasterawan Negeri Sarawak, Zainal Abidin Suhaili (Abizai) dan penyampai puisi. Wacana Sasterawan yang diadakan pada sebelah pagi telah diserikan dengan kehadiran Pengarah DBP Sarawak, Abang Haliman Abang Julai. Acara baca puisi dis yang diadakan pada sebelah malam pula diserikan dengan kehadiran Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad dan Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Jaafar Hamdan, di samping bacaan puisi oleh penyair-penyair tempatan Sarawak, persembahan tarian tradisi masyarakat Sarawak, dan persembahan puisidra oleh kumpulan yang mewakili DBP Brunei. Ketua Satu IPS juga telah berkesempatan menghadiri Peringatan Ulang Tahun ke-18 Bandar Raya Miri di Dewan Bandaraya Miri dan menyerahkan tiga naskhah buku Kumpulan Puisi 'Catatan buat Teman Setia' karya dan terbitan beliau sendiri kepada Datuk Bandar Miri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Pujut, Yang Berhormat Tuan Adam Yii Siew Sang untuk disimpan di perpustakaan milik MCC. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS MIRI, 22 Mei 2023: Ikatan Penulis Sabah (IPS) menerusi Pengerusi, Majlis Penasihatnya, Hj. Sukor Hj. Usin (Hasyuda Abadi) dan Ketua Satunya, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, telah ikut menjayakan Minggu Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri sempena Ulang Tahun ke-18 Bandar Raya Miri pada 20 Mei 2023 di Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Program yang dianjurkan bersama oleh Pustaka Negeri Sarawak, Miri, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan Majlis Bandar Raya Miri (MCC) telah diisi dengan acaraacara seperti Wacana Sasterawan dan Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri. Awang Abdul Muizz telah diundang untuk menyampaikan puisi, manakala Hasyuda bertindak sebagai pemakalah Wacana... TIMBALAN DATUK BANDAR Miri, Ariffin Mohamad (depan, empat dari kanan) menghadiri dan merasmikan Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri 2023 di Pustaka Negeri Sarawak, Miri. SASTERAWAN Negeri Sarawak, Abizai (kiri) dan Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi berbicara dalam Wacana Sasterawan di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.


Puisi Adalah. . . Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Penulis dibenarkan menghantar lebih daripada sebuah puisi, tetapi setiap puisi hendaklah tidak melebihi 20 baris. Tema puisi bebas asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa. Puisi mesti ditulis dalam bahasa Melayu. Puisi mestilah asli. Bentuk puisi hendaklah mematuhi skema yang betul misalnya bukan puisi esei dan sebagainya. Panitia Pelaksana berhak menolak puisi yang bertentangan dengan sikap penganjur. Puisi yang terpilih akan disiarkan di pentas Facebook 'Puisi Adalah…' (PAL) untuk dinilai. Puisi terbaik akan menerima hadiah bulanan. Semua puisi yang terbaik akan diterbitkan dalam bentuk bercetak pada masa yang difikirkan sesuai. Keputusan pemilihan puisi dalam sayembara ini muktamad. Puisi hendaklah dihantar melalui e-mel di puisi.adalah@gmail.com Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Panitia Pelaksana melalui Facebook Messenger PAL atau alamat e-mel yang dinyatakan dalam iklan ini. TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN PERHUBUNGAN 15 KOMPOSISI SAYEMBARA hasyuda Kota Kinabalu, 15 Julai 2023 Ketua Panitia Pelaksana Puisi Adalah...


Sorotan Khas 16 Pemekaran Pantun Warisan dengan Bantuan Kecerdasan Buatan Pemekaran Pantun Warisan dengan Bantuan Kecerdasan Buatan ...pembelajaran mesin, AI dapat menganalisis dan memahami pola-pola ini, dan dengan demikian, membolehkan pantun baru dicipta dengan sentuhan manusia dan dengan mempertahankan keindahan dan kaedahkaedah tradisional. Selain itu, pemekaran pantun warisan dengan bantuan AI juga dapat memperkaya isi dari pantun itu sendiri. AI dapat mempelajari kosa kata klasik yang sering digunakan dalam pantun-pantun tradisional dan menerapkannya dalam penciptaan pantun baru. Dengan demikian, pantunpantun baru yang dihasilkan oleh AI dan sentuhan manusia tetap memiliki nuansa tradisional yang kuat dan dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengembangkan sastera kita. Namun, perlu diingat bahawa AI hanyalah alat bantu. Meskipun AI dapat menilai sesuatu pantun, sentuhan kreativiti manusia tetap diperlukan untuk memberikan jiwa dan emosi pada karya sastera. AI tidak dapat sepenuhnya menggantikan keunikan dan kepekaan manusia dalam menciptakan pantun yang benar-benar memikat. Pemekaran pantun warisan dengan bantuan AI juga dapat menjadi sarana pembelajaran dan penerokaan kepada generasi muda. Mereka dapat mempelajari pantun-pantun klasik yang ada dan menggunakan AI sebagai alat untuk menciptakan karya-karya baru yang diinspirasi daripada warisan budaya kita. Dengan cara ini, nilai-nilai tradisional... ...dapat tetap dijaga sambil menghidupkan kembali kearifan tempatan yang kadangkala dilupakan. Dalam era digital yang menyaksikan informasi tersedia secara luas dan teknologi semakin maju, pemekaran pantun warisan dengan bantuan AI merupakan langkah yang relevan dan penting dalam menjaga kekayaan budaya kita. Dengan AI sebagai mitra kreatif, kita dapat menciptakan karya-karya seni baru yang menghargai dan memperkaya tradisi kita. Seiring dengan perkembangan teknologi AI, pemekaran pantun warisan dapat menjadi lebih interaktif. AI dapat digunakan untuk menghasilkan pantun secara masa sebenar berdasarkan masukan pengguna. Hal ini memberikan kesempatan kepada masyarakat untuk bergiat secara aktif dalam melestarikan dan mengembangkan pantun warisan. Tuntasnya, pemekaran pantun warisan dengan bantuan AI membawa manfaat besar dalam melestarikan, menghidupkan kembali dan mengembangkan warisan budaya kita. Dengan bantuan AI, pantun-pantun baru dapat diciptakan dengan irama dan struktur yang tepat sambil mempertahankan nuansa tradisional. Namun, manusia tetap memiliki peranan yang tidak boleh digantikan oleh mana-mana makhluk atau ciptaan yang tidak manusiawi dalam memberikan jiwa dan emosi pada karya sastera. Ternyata pemekaran pantun warisan merupakan langkah yang penting dalam menjaga kekayaan budaya kita di era digital ini. Kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan yang signifikan dalam pelbagai bidang,termasuk sastera. Salah satu bentuk sastera yang telah mendapat manfaat daripada perkembangan AI ialah pantun warisan, iaitu bahagian yang penting kepada budaya dan tradisi masyarakat kita. Dengan bantuan AI, pemekaran pantun warisan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Pemekaran pantun warisan dengan bantuan AI memberikan peluang baru dalam melestarikan dan menghidupkan kembali kekayaan budaya kita. Budayawan Singapura, Karmin Abbas, telah membuktikan perkara ini menerusi kewujudan perisian dalam talian AI Pantun’ sejak tahun 2020. Kepimpinan utama Ikatan Penulis Sabah telah berkesempatan menemui beliau ketika beliau dan keluarga mengembara ke Kota Kinabalu, baru-baru ini. Walaupun pantun sentiasa memerlukan sentuhan manusia, AI Pantun sedikit sebanyak memudahkan masyarakat mempelajari dan memahirkan diri dalam pembikinan pantun. Apa tidaknya, AI dapat mempelajari pola dan struktur pantun daripada pelbagai sumber dan menggunakan maklumat tersebut untuk menilai kesesuaian sesuatu pantun dengan ciri warisan kita, masyarakat Nusantara. Salah satu manfaat utama daripada pemekaran pantun warisan dengan AI ialah kemampuannya untuk memastikan sesuatu pantun ditulis dengan irama dan struktur yang tepat. Pantun memiliki pola tertentu dalam jumlah suku kata dan rima akhir yang harus diikuti. Dengan menggunakan algoritma... KEPIMPINAN TERTINGGI Ikatan Penulis Sabah (IPS) menemui budayawan Singapura, Karmin Abbas (dua dari kanan) di Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu. KETUA SATU IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin (tengah) menyerahkan cenderahati kepada Karmin Abbas di akhir pertemuan.


Papan Karya 17 ...untuk menjadi bekalan di negeri kami. Ilmu yang kau pelajari dalam kelas, ilmu aku bergaul dengan pelbagai ragam manusia, ilmu kau mengurus pelbagai macam kelab atau persatuan. Ilmu yang akan diamalkan nanti sekembalinya kami di Sabah, bertugas dalam bidang masing-masing, semoga bertugasnya dengan penuh integriti. Sudah lama aku menyimpan hasrat dan cita-cita untuk meluahkan perasaan kepada wanita manis impian. Namun selalu sahaja perasaan yang ingin diluahkan tersekat di kerongkong, menolak untuk keluar, walaupun dipaksa. Seolah-olah tiada kesempatanku untuk aku jujur dan berterusterang. Wataknya yang serius dalam mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera berjaya membuatkan aku rasa ingin hormat kepada cita-citanya. Aku tidak mahu mengganggu. Kalau ditolak, aku juga yang akan sengsara, kalau pun aku betulbetul terasa. "Kau pernah terfikir ka mo ada boyfren? Paling inda pun kawan tapi rapat ka?"tanyaku secara tiba-tiba. Entah mengapa tiba-tiba sahaja soalan tadi keluar dari mulutku, Tapi kami selalu juga berbincang, bertukar pandangan dan pendapat setiap kali ada masalah, semoga soalan tadi tidak membuatkan Hana gelisah. "Eh, indalah. Kadang-kadang tengok orang lain ada, mo juga aku, tapi tiapalah, aku bilang" jawabnya. Jawapannya sudah ku jangka, penuh bersahaja tapi jujur. Sedang kami sibuk berbicara, hujan yang masih turun kini semakin berkurang lebatnya. Namun masih belum terlihat lagi sang suria, yang menanti agar sinarnya dapat juga menembusi awan yang menanggung hujan. Terlihat beberapa kerat siswa berlari-lari anak meredah hujan, ada juga yang bersahaja berjalan dengan payung mereka, walau terkadang saiz payung itu sendiri tidak cukup untuk melindungi sepenuhnya dari hujan yang sedang mencurah. "Tapi durang selalu bilang rugi bah kau, lawa lagi, pandai dan rajin, tapi aku bilang nantilah bila aku ada rasa mo cari aku carilah." Usai sahaja perkataanya, tiba-tiba aku rasa ada harapan untuk aku mengorek lebih lanjut. "Jadi ramai sudahlah yang confess sama kau, tapi kau tolak?" tanyaku lagi. Lagi soalan maut. "Biasanya aku main tolak ja, bagitau terus aku inda berminat.“ Sungguh bersahaja, getusku dalam hati. Sesuai dengan karakternya yang jujur dan tegas dengan pendirian. "Pastu durang larilah. Inda lagi kacau," tambahnya. "Kau tahukah...?" bisikku, seketika harapan yang tadinya menggunung menghilang, keyakinanku seolah-olah terbang mengikut angin yang kerap meniup sewaktu hujan lebat tadi. Debaran hatiku semakin memuncak laju. Terlihat tanganku bergetar, menggigil sebentar, namun ku cuba untuk tenangkan. "Tahu apa?" tanyanya sambil menoleh ke arah ku. Wajah manisnya dihadap ke arahku. Penampilannya yang sungguh sederhana tapi kemas sudah menarik perhatian pelbagai jenis dan rupa kaum lelaki di universiti ini. Aku seketika tergamam, lalu mulutku bergerak, mencuba untuk berkata sesuatu. Aku kumpulkan tekad dalam hati, dalam genggaman tanganku. Tekad yang semakin kuat, semakin nekad. Aku mahu. Aku mahu meluahkan perasaanku. Inilah masanya, menurut perhitungan singkatku. "Aku lama sudah suka kau bah. Memang dari dulu lagi aku sudah jatuh." Diam. Tergamam. Hening dan sepi sebentar, saling menunggu. "Tapi aku inda mau bagitau kau, nanti takut kau terganggu ka, atau aku yang terganggu. Pastu aku sendiri pun rasa kau inda berminat, jadi aku pendamlah." Hana menundukkan wajahnya, kelihatan sedikit perubahan di raut wajahnya. Seolaholah menampilkan kecelaruan atau kecamuk isi hati, aku sendiri keliru. "...dan aku pun ada banyak masalah, akademikku, masalah peribadi, kalau masalah sendiri inda selesai, macam mana aku mo dengar, layan masalah orang lain." Hujan yang tadinya galak semakin reda, kini hanya gerimis yang terus mewarisi amanat sang hujan untuk membasahi muka bumi. Bunyi hujan gerimis yang mendentum tanah dan atap kembali menguasai suasana usai sahaja pengakuanku. Lama kami berdua terdiam tunduk. Aku menggenggam tanganku, dalam aku tunduk, menatap lantai perhentian bas. Raut wajah Hana seketika berubah sedikit sedih. Sungguh satu situasi yang sekian... > Bersambung di halaman 18 Kelam langit menanggung hujan yang turun dengan lebatnya. Aku sedang menatap ke depan, merenung langit yang gelap dan semakin gelap, berkhayal tentang masa depan sendiri yang juga tidak seberapa terang. Perhentian bas tempat aku duduk usang, penuh dengan contengan, iklan yang lapuk, bau yang akan membuatkan kau loya, tapi aku tiada pilihan. Perhentian bas yang terdekat dengan asramaku, kudrat diri tidak punya kegagahan untuk memilih perhentian bas lain yang jauh. Apatah lagi musim hujan segini. Hidupku sebagai pelajar universiti terumbang ambing, penuh pancaroba, selalu hilang arah. Menyiapkan tugasan di akhir waktu, melarikan diri dari pensyarah-pensyarah yang prihatin, semua itu sudah menjadi rutin kehidupan sehari-hari. Aku sangka hidupku senang. Sungguh senang. Ibu dan ayah yang prihatin dan berada. Pengajian ditaja sepenuhnya oleh sebuah yayasan kerajaan negeri. Kawan-kawan yang baik, selalu menolong. Aku ingatkan hidupku mudah, lapang. Tapi malah aku yang mencipta pelbagai masalah, membuatkan aku kesal tidak berkesudahan. "Jangan pernah jatuh cinta saat hujan...." bisikku perlahan, mengingat satu kata dari sebuah novel yang sudah berulang-ulang kali ku baca. Hujan yang lebat menenggelamkan bisikanku, seketika aku menoleh ke kiri, seorang wanita, yang sungguh kukenal, sedang menelaah telefonnya. "Hai..." tegurku. "Eh, Zakwan. Baru mo pigi kelaskan kau ni?" tanya wanita itu. Aku senyum, kemudian menoleh ke depan semula. Hujan yang lebat memaksa kami untuk menguatkan suara, mencuba untuk mengalahkan deruman hujan yang menghentam atap. "Iya, kelasku petang. Tunggu transporter ka?" tanyaku. Wanita itu membalas "iya", kemudian kembali mengalihkan perhatian kepada telefonnya. Aku panggil wanita itu Hana. Seperti aku, berasal dari Sabah. Rakan sekuliah, juga rakan sekelas, dan rakan seperjuangan yang membawa amanat dan harapan ibu bapa kami. Juga membawa amanat penaja atau istilah Inggerisnya Sponsor dalam mengaut seluas-luas lautan ilmu berkat dari menara gading ini... Hujan MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS NORDIN “Jangan pernah jatuh cinta saat hujan karena ketika besok lusa kamu patah hati, setiap kali hujan turun, kamu akan terkenang dengan kejadian menyakitkan itu. Saat orang lain bahagia menatap hujan, kamu justru nelangsa sedih melihat keluar jendela.” (Tere Liye, Hujan, 2016)


Papan Karya 18 ...menoleh, lalu melihat bas yang ingin kunaiki semakin menghampiri dari arah kanan perhentian bas. Aku berdiri lemah, cuba menggagahkan langkahku, apabila Hana memanggil namaku lagi. "Jangan pernah jatuh cinta saat hujan. Karena ketika besok lusa kamu patah-hati, setiap kali hujan turun, kamu akan terkenang dengan kejadian menyakitkan itu..." Terlihat senyuman Hana, namun seolaholah senyumannya itu hanyalah untuk menutup kemelut hati yang terpancar pada wajahnya. Aku terus tunduk saat mendengar mutiara kata yang berulang kali aku ucap sendiri, berulang kali aku baca dan hadam. Aku tidak tahu hendak menjawab apa, hanya terus tunduk dan bungkam. Lesu. Longlai. Menyesal. "Kau seorang pejuang, Zakwan. Nanti ramai yang akan cuba bermimpi akan suntinganmu, dan ramai yang akan jatuh dalam kegilaan terhadapmu. Namun jika cita-citamu hanya ingin membina keluarga yang bahagia, keluarga sakinah yang membawa berkat, sungguh semoga dikabulkan akan hasratmu. "Jika cita-citamu ingin cinta yang tulus dan saling menghormati, saling bekerjasama, sungguh kau akan menemuinya, aku yakin. Aku sudah lama kenal kau," ucap Hana, sambil mendabik dadanya dengan penuh kelembutan. Seakan-akan ucapannya yang ku dengar itu datangnya dari sebuah buku, mungkin juga nukilan seorang novelis seperti Hamka. Senyumannya pula semakin yakin, seolaholah memberi harapan. Aku tidak tahu apakah selepas ini, dapatkah aku bercakap dengan Hana seperti biasa, atau adakah akan penuh dengan penyesalan dan gelisah. Atau penuh dengan debaran, atau mungkin selepas ini kami hanya akan berbicara dengan lebih ringkas, atau adakah Hana akan mencuba untuk melupakan apa yang terjadi hari ini dan meneruskan kehidupan seperti biasa pada hari esok dan seterusnya. Aku pula akan terus terhairan-hairan, hairan dengan diri yang terikut melayang mengikut ombak perasaan, meluahkan walaupun berulang-ulang kali aku katakan tidak kepada diriku sendiri. Mungkin juga akan menjadi penyesalan seumur hidup, dan pengajaran untuk diri sendiri. Bas yang kutunggu akhirnya tiba dan berhenti di depanku. Pintunya terbuka, menjemputku. Sambil aku melangkah masuk, aku menoleh ke belakang buat kali terakhir sebelum berada dalam bas sepenuhnya. Hana cuba mengukir senyum... ...manisnya kepadaku, namun linangan air matanya semakin deras, berderai jatuh atas ribanya. Mungkin hujan gerimis sudah reda, namun kini curahan hujan lebat dan awan kelam mula menguasai hatiku yang semakin kosong. < Bersambung dari halaman 17 ...lama aku mencuba untuk elak, tapi kini akhirnya berlaku juga. Kemudian Hana mengangkat kepalanya, mencuba untuk mengukir senyuman yang hambar. "Aku pernah ada seseorang dalam hati," katanya perlahan. Aku terkejut kecil, namun tetap tunduk dan bungkam. Hana menghela nafas, seketika gerimis yang tadinya galak semakin reda, sinar matahari mula keluar sedikit demi sedikit menyinari, namun suasana perhentian bas masih lagi kelam dan suram. "Tapi sekarang akhirnya seseorang itu pergi selama-lamanya, dan seseorang itu sungguh istimewa sama aku," katanya lagi, lebih perlahan. "Aku inda mahu lagi kalau aku ada seseorang lagi sebelum tiba masanya, aku jadi kecewa lagi. Jadi mengharap lagi. Aku mau mencapai cita-cita dulu, aku mahu penuhi hasrat mama bapaku dulu, baru aku mo pikir soal mo ada cinta, ada pasangan, keluarga. Kau pun selalu cakap mo jadi matang kan, inda mahu cinta monyetlah, cinta di universitilah." Usai sahaja Hana membalas pengakuanku, confession-ku, suasana kembali menjadi hening. Aku tidak membalas apa-apa, kami saling tunduk dan menatap ke arah lantai perhentian bas, diiringi lagi lagi dengan bunyi atap yang berdentum dek curahan gerimis. "...dan kau pun selalu tanpa sedar, selalu juga terlepas, kau ucap kata-kata macam aku mahu keluarga, aku tidak mau bercinta di universiti, aku mau guna jalan yang perlahan tapi bermakna. Macam yang kau bilang tadi, sama juga, kalau aku setuju dan terima, seolah-olah aku inda hormat apa yang kau mahu." Longlai dan lemah. Semakin ku tunduk, semakin dalam pula aku bernafas, berperang dengan gejolak hati yang menyeksa. Seolah-olah, terasa makan racun sendiri, yang tujuan asal racun tersebut untuk kau bunuh manusia lain, begitulah rasanya apabila Hana memetik kata-kata aku sendiri untuk menolak secara halus. "Kau pernah bagitau ini sama orang lain?" tanyaku lemah. "Inda." "Jadi anggaplah ini sebagai rejection," katanya lagi, tangisan mula terbina di kelopak matanya. Seketika, gerimis reda sepenuhnya, sinaran matahari semakin kuat menyinari, mula terasa bahang panasnya. Semakin ramai pelajar dilihat mula berjalan kaki ke kelas, yang tadinya berlari-lari anak kini hanya berjalan seperti biasa, walaupun terlihat basah kuyup pakaiannya. Aku... APA KHABAR SPM? Muhammad Farhan Firdaus Nordin SPM, apa khabar? Kau persembahkan retorik pengharapan berhijabkan senyuman palsu dan mimpi-mimpi Terangkan kepadaku teman apakah erti perjuangan yang bermodalkan minda dan keringat ini? SPM, ya aku baik sahaja Aku menelan bait-bait kepalsuan Adakah retorik terhadap jiwa ini membunuhku membunuh jiwa dan kesungguhan Benarkah perjuanganku? Sedang wajahku pula melakar senyum hambar menggangguk, mengiyakan ucapanucapan manis Bisikan hatiku bertanya apa khabar aku yang sebenarbenarnya? Jangan, jangan, SPM, jangan kau terjah terowong pemikiranku Aku ingin meminta pengampunan sahabat, retorikmu sungguh sukar ku olah balasannya Aku ingin kembali menghadap hamparanhamparan kertas dan terus menulis atas nama Tuhan! "Kalau memang terlihat rumit, lupakanlah. Itu jelas bukan cinta sejati kita. Cinta sejati selalu sederhana. Pengorbanan yang sederhana kesetiaan yang tak menuntut apa pun dan keindahan yang apa adanya." (Tere Liye)


Papan Karya 19 HARGA REMAJA Muhammad Farhan Firdaus Nordin Sahabat, berapakah sebenarnya harga remaja? Apakah layak dinilai dengan pitis dan kupang? Lalu diukir mural nilainya dengan berlatarkan emas dan perak, bertudungkan hujah dan madah? Mata hatiku memasarkan kenyataan Betapa harga remaja ini, sungguh segala emas permata berlian yang dikandung bumi Tiadalah mampu membeli akan jiwa remaja yang mulus lembut sifatnya ikhlas niatnya Tegap jasadnya teguh menempuh arus kepenatan halus jiwanya jika kau selami mulia akhlaknya persis tampannya wajah cantiknya paras lembut bicara tegas menegah garang mempertahankan sedang dia dalam impian mengejar redha Ilahi sedang dia menjadi duta ketamadunan bangsanya Wahai sahabat, berapa sebenarnya harga remaja, jika, dibiar berkarat dan kotor apakah akan ada yang mendambakan jika nilainya hilang dikikis? Saksikan! Lihat! Telah hilang akan malu bertempatnya Masanya diisi perkara sia-sia Kelalaian memenuhi setiap ceruk jiwa Hiburan dan maksiat menjadi impian hati sedang remaja semakin jauh, jauh, jauh, menjauh dari rahmat-Nya Bengis wajahnya apabila dicabar akan idolanya susut adabnya dek terhakisnya akhlak lalai hatinya daripada mengingati Tuhan tujuan cintanya hanya kerana nafsu Ah, kenapa sedang telah diberilah dia akan hidup dan nyawa yang semakin berkurang, berkurang tempohnya Alangkah rugi, alangkah rugi! Wahai sahabat, berapa sebenarnya harga, remaja? dan layakkah kita untuk menilainya? MENDEWASA BERSAMAMU - II Fahaiz Dengarkan. Ini bukanlah madah indah penuh puitis. Ini hanyalah anekdot yang terlintas dari fikiran yang menghidupkannya. Macam dia, aku juga ingin mencari satu definisi yang izhar bagi kalimah ini. PERSAHABATAN. Bertahun hidup mencari siapa yang sudi untuk berdamping dan merelakan kegilaan aku ini. 15 tahun, kawan. Dalam kala ini, hanya ada sekerat dua saja. Itupun hanya bertahan untuk enam tahun. Tuhan, kalau kau pertemukan mereka sekali lagi dengan aku, maka bersujudlah aku melafalkan tahmid agung pada-Mu. Ada satu momen ketika pandemi membarah seantero dunia. Aku dan dia terkurung bagai sang Tori yang menunggu detik untuk mengibarkan sayap tinggi kembali di angkasa raya. Saat itu, tidak aku sangka bahawa ia akan menjadi satu permulaan baru. Dia yang Esa sudah tahu akannya. Aku pula bertekad cuba untuk mengekalkan apa yang aku bina. Siapa sangka, kini aku dan dia umpama isi dan kuku. Daripada pernyataan yang aku sendiri nyatakan secara bersahaja, kini ia menjadi kunci kepada soalan yang aku sendiri cari bertahun lamanya. Sahabat, dengarkan pernyataan aku ini sekali lagi. Jangan peduli hujan api membakar diri. Jangan peduli becak penuh duri menusuk jiwa. Jangan peduli kalau esok ada kawan yang menjadi lawan. Kerana aku ada di sini. Kau menekalkanku untuk mendewasa bersamamu. DALAM MENCARI ADIL Fahaiz Ya, kalau silap, cukup lawannya seorang saja yang tanggung. Tapi entah kenapa dia mahu cari fasal dengan heret seluruh lasykar lawannya ke dalam gelanggang? Sedangkan ini hanya antara dia dan dia, bukan dia dan kami. Kadang aku hairan, si lawan sudah ikhlas memohon ampun, menghulur tangan mencari titik tunggal. Tapi si dia masih berkeras. konon mahu beri makna keadilan pada lawan. Surat kepada sang polisi berderetan. nekad bersengketa di kamar perbicaraan. langsung ke dunia maya mengemis sokongan. Walhal ada sajapun jalan damai menuju solusi, malah dipilihnya denai berpenghujung ilusi. Aku harap, dia bawalah perdamaian, bukan persengketaan. Bila lawan ikhlas meminta kemaafan, apalah salahnya dendam itu dimalapkan. Bukan apa, takut kalau sang hak bersama sang lawan, pandai-pandailah sorok muka tutup kemaluan. TENTANG PENULIS MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS BIN NORDIN dilahirkan di Beaufort pada 23 Jun 2001. Pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH), Kota Kinabalu dan Tuaran, 2014-2018 ini sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ahli, Ikatan Penulis Sabah (IPS) sejak 9 Jun 2023 ini menulis sejak berada di sekolah menengah. FAHAIZ merupakan nama pena kepada Muhammad Faizhaziq bin Mohd. Sarizam yang dilahirkan di Kota Kinabalu pada 26 Julai 2005. Pelajar SMESH, Tuaran, 2018-2023 ini menganggotai IPS sejak 29 Jun 2022 dan menjadi orang yang kedua diterima masuk dalam IPS pada usia sekolah menengah. Presiden, Badan Dakwah dan Rohani SMESH 2022-2023 ini dilantik sebagai Setiausaha Dua IPS pada 21 Januari 2023. Selain menyumbang karyakarya sastera di Majalah Komposisi terbitan IPS, beliau juga menulis buku 'Usrah: Sebuah Perjalanan' (IPS, 2023) bersama dua orang lagi penulis bersama.


TENTANGPENULIS HASYUDA ABADI lahir pada 1 Oktober 1960 di Beaufort, Sabah. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Beaufort sebelum merantau ke bandar raya Kota Kinabalu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah pada tahun 1979 dan, enam tahun kemudian, sebagai kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sehingga bersara pada tahun 2015. Beliau kini mengusahakan Rumah Ngaji Baitul Muqaddam dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi di Sepanggar, Kota Kinabalu. Sebelum dimasyhurkan sebagai Sasterawan Negeri Sabah ke-3, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Seni Sastera Islam Sabah pada Oktober 2022. Ruang Musyawarah 20 ...berlangsung selama dua hari dengan tiga buah persembahan, dan paling sejarah penontonnya merupakan penduduk kampung yang datang dari pulau sekitar Terusan Sugut termasuk Pulau Kaniogan, Beluran. > Bersambungdi halaman 21 Foto kulit buku merupakan ihsan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia dan lakaran gambar Paduka Mat Salleh merupakan ihsan Jabatan Arkib Negeri Sabah. Kelainannya berlaku di sini, deskriptif kepada puisi. Ia merupakan sebuah tanggungjawab yang berat. Saya harus menguasai laras puisi. Tugas saya menggunakan fakta sejarah dalam laras dan diksi-diksi yang sesuai sebagai sebuah karya kreatif. Keistimewaan karya ini sungguh jelas pada ciri-ciri balada itu sendiri yang berkembang dari satu episod ke episod mengikut kronologi sejarah hidup DP Mat Salleh. Di Sabah inilah saya ingat sebuah karya sastera sejarah yang pernah dilakukan dalam mauduk puisi. Pada tahun 1988, manuskrip bersih telah diserahkan kepada DBP Cawangan Sabah dan diterbitkan oleh DBP pada tahun berikutnya. Kulit bukunya cantik hasil tangan pelukis DBP Cawangan Sabah ketika itu, Saudara Anwar Chucu. Buku pertama saya, meski harganya cuma RM3 tetapi itulah buku sulung saya. Saya yakin satu hari nanti ada yang mencari buku ini. Orang yang pertama membicarakan Balada Paduka Mat Salleh seingat saya ialah perancang bahasa DBP Cawangan Sabah, Hajah Sitti Hadiah Abd Mutalib. Selepas itu tiada. Mungkin buku ini kurang menarik minat. Sekali lagi saya yakin satu hari kelak buku ini menjadi klasik dengan sejarahnya yang tersendiri. Ketika program sastera di Sabah diselubungi gerakan bentuk puisi baharu - puisi esei, ramai yang mengaitkan Balada Paduka Mat Salleh selain buku-buku lain seperti Balada Tun Fatimah, Meditasi dan yang lain. Soalnya buku ini bukan puisi esei kerana puisi esei menggabungkan puisi dan esei. Konsep bercerita santai, polos dan wajib mempunyai nota kaki. Kenapa bukan bibliografi? Bagaimana pun ada pementasan adaptasi daripada buku tersebut telah dilakukan misalnya oleh grup teater sepupu saya Alloy Azzaly yang dipentaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas, Kota Kinabalu. Naskhah kumpulan puisi juga dibaca di sekolah. Sewajarlah ada inisiatif guru-guru mengetengahkan tokoh sejarah dalam kokurikulum pelajar. Kemudian, pada 2019, BPMS dipentaslan oleh pelajar-pelajar SMK Terusan Sugut, Beluran atas inisiatif Pengetuanya, Cikgu Pandir. Datuk Seri Panglima Haji Hassan Alban Haji Sandukong dan isteri serta sasterawan Sandakan, Siti Azizah Sahaji (Sasjira), adalah antara VIP yang hadir menyaksikan persembahan tersebut. Persembahan ini... SEMASA mengikuti Program Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah pada tahun 1987, saya bersama penyair Soibil Madun dibimbing oleh Dato' Haji Ahmad Khamal Abdullah (Kemala). Kami diberikan bimbangan eksklusif mengenai andatila perpuisian. Sebagai sasterawan tersohor Malaysia dan Nusantara, Kemala menunjuk ajar dan bertindak sebagai pencetus dorongan sehingga saya siap untuk menjatikan diri sebagai penyair. Pertemuan semuka dengan Kemala sebenarnya hanya untuk beberapa ketika. Beliau banyak memberikan ruang kepada kami berkarya, mengembara dan berinterkasi dengan tokohtokoh penyair di Kuala Lumpur. Ketika berkarya dalam siri pertemuan tersebut, saya berazam untuk menghasilkan sebuah karya yang menguji kebolehan serta bakat yang saya miliki ketika itu. Saya sering mengingati negeri saya, Sabah dari sudut sejarahnya. Saya harus menulis sesuatu biarpun kecil tetapi yang kecil itu harus berbeza daripada biasa. Saya ingin menghasilkan sebuah karya balada kerana sebuah citra mengenai seorang tokoh lebih sempurna sekiranya diolah berdasarkan urutan peristiwa, apatah lagi citra dalam balada yang saya pilih berasaskan fakta sejarah yang ditulis. Tokoh yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Sabah tiada lain daripada Datu Paduka Mat Salleh. Saya segera mengajukan saran saya untuk menulis sebuah puisi balada mengenai Datu Paduka Mat Salleh kepada pembimbing atau mentor saya, Kemala. Apakah keistimewaan atau kekuatan 'Balada Paduka Mat Salleh' (BPMS) yang cuba saya tonjolkan? Saya percaya setiap zaman mempunyai hero yang patut diangkat atau ditonjolkan. Citra perjuangan Datu Paduka Mat Salleh sering diceritakan masyarakat tempatan di Sabah. Sejarahnya juga telah dibukukan misalnya buku Pemberontakan Pahlawan Mat Salleh karya Tan Sri R.M. Jasni. K.G. Tregonning juga merakam sejarah pahlawan Sabah ini dalam bukunya 'Under The Chartered Company Rule' selain Ismail Abbas dan K. Bali yang mencatat citra yang sama dalam buku 'Peristiwa-peristiwa Berdarah di Sabah'. Semua itu terhasil dalam medium yang sama iaitu deskriptif sejarah. Saya pula menulis semula kisah perjuangan Datu Paduka Mat Salleh dalam genre puisi. Pembikinan Buku Puisi 'Balada Paduka Mat Salleh' HASYUDA ABADI


Ruang Musyawarah 21 < Bersambung dari halaman 20 Sudah pasti dari segi pementasan dan penggunaan panggung, dari sudut teknikal, persembahan teater ini begitu amatur, bagi saya buat masa itu ialah sejauh mana pengalaman serta kesedaran sejarah dialami para pelajar sebagai generasi masa depan dalam mendepani falsafah sebuah bangsa dan negara. Soal hubungan sesama manusia, kasih sayang, harga diri, semangat juang dan tanggungjawab menjadi teras yang harus menjati dalam diri mereka. Penulis skrip dan pengarah teater ini merupakan seorang guru dan pentadbir sekolah yang membimbing anak-anak muridnya dengan sepenuh iltizam. Mereka berani berada di atas pentas menjadi petanda yang baik sebagai generasi muda yang dinamik. Sesungguhnya perjuangan Paduka Mat Salleh harus terus dihayati. Banyak media yang memaparkan perjuangannya yang telah diadaptasi selain dalam bentuk puisi, cerpen dan pensejarahan. Banyak cebisan kisah dan cetusan pemikirannya di medan kehidupan di zaman lalu itu menjadi iktibar. Malah masih banyak ruang untuk digarap lagi idea-idea sebagai sebuah citra untuk ditatap masyarakat. Tentu lebih bagus lagi diperbanyakkan penyuguhan tokoh pejuang tanah air dalam konteks Sabah misalnya Antanom, Pak Musa, M’bo Ali, Syarif Osman dan yang lain. Sejujurnya, saya mahu menjadi seperti diri beliau yang memiliki segala-galanya yang boleh dipelajari dan dikongsi daripada beliau, yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat sekitar. Tetapi, di sebalik pelbagai kekurangan dan kelemahan diri, alangkah baiknya saya menjadi diri saya sendiri sambil berusaha mengamalkan amalan yang telah beliau lakukan, kerana akhirnya… Aku bukan dia, mungkin tangan ini akan terbiar tetapi aku minta waktu, ke arah akhir ikhtiar – Putih yang Memadam Pudar (hlm. 67) Saya mengajak para pembaca untuk membaca penulisan ini bersama-sama buku kumpulan puisi ‘Bintang Mimpi’ terbitan Ikatan Penulis Sabah (2023) yang mengandungi puisi-puisi seperti ‘Piala Gangsa’ dan ‘Putih yang Memadam Pudar’. Penulisan ini disediakan, selain sebagai tanda terima kasih saya kepada sahabat kecil tersebut, untuk mengingat semula pengalaman dan peristiwa yang telah saya lalui sehingga puisi-puisi tersebut ditulis dan diterbitkan dalam sebuah buku kumpulan puisi karya saya sendiri. Puisi 'Putih yang Memadam Pudar' terkandung di kulit belakang majalah ini. <Bersambungdarihalaman22 Puisi ini saya tulis ketika menanti kehadiran beliau di hadapan saya pada suatu petang di halaman asrama lelaki sekolah tahfiz tersebut. Ketika puisi ini berjaya disiapkan dalam masa yang singkat, puisi ini benar-benar menjadi refleksi yang menerangkan keperibadian sahabat kecil saya yangtersebut. Enamratus ribu hurufitu telahdiasimpan dibacadandiulangdenganpenuh kesetiaan Dariawal hinggaakhirtujuannyahanyasatu untukmembawahuruf-hurufitu jauh ke situ – Putih yangMemadamPudar(hlm. 67) ‘Putih yang Memadam Pudar’ sebetulnya menyimpan tiga makna. Setiap makna datang daripada sesuatu sudut pandang yang tersendiri. Pertama ialah al-Quran yang menjadi petunjuk dan cahaya kepada sekalian manusia. Kedua, guru merupakan pemudahcara kepada masyarakat yang ingin mendekati dan menceburi ilmu. Ketiga dan yang tidak kurang pentingnya, sahabat kecil saya yang kebetulan putih orangnya, semakin putih dan ceria kerana ‘enam ratus ribu teman’ yang sentiasa berada di hatinya. Dari itu sejutalangkahnyatak lagitersesali keranaadaenamratus ribu teman sehari-hari – Putih yangMemadamPudar(hlm. 67) KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir. Ts. Mohd. Yaakob Jaafar bergambar dengan Muhammad Fathi Safwan Eshak dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran SESB di SMKAKK.


Ruang Musyawarah 22 Saya mengenali seorang sahabat kecil dari Tawau pada awal tahun 2020 menerusi aplikasi Instagram. Masa itu, saya belum bersahabat dengan beliau dan hanya berkenalan sekadarnyadenganbeliau. Beliau pernah menyaksikan saya menyampaikan tazkirah di surau sekolahnya pada suatu hari di bulan Februari tahun tersebut. Oleh sebab itu, pada pandangan saya ketika itu, beliau mengikuti saya di Instagram, lalu saya juga mengikuti beliau. Ketika saya mengintai halaman Instagram beliau, saya mendapati beliau mempunyai kemahiran menyampaikan tazkirah dengan sangat baik. Malah, penerangan beliau terhadap sesuatu perkara yang dikupasnya juga agak terang dan nyata. Menariknya, beliau ketika itu baru sahaja berada di TingkatanDua! Saya membayangkan betapa hebatnya kurniaan Allah kepada beliau sehingga seawal usia 14 tahun, beliau menyampaikan sesuatu ilmu seolah-olah usianya ditambah lagi sebelas tahun. Kehebatan beliau terbukti tidak boleh disangkal lagi. Sepanjang beliau bersekolah di satu-satunya sekolah tahfiz milik Kementerian Pendidikan di Kota Kinabalu, beliau telah memenangi tempat ketiga, pertandingan hafazan al-Quran peringkat negeri Sabah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bagi juzuk satu hingga 10, kategori lelaki sebanyak tiga kali. Saya sendiri telah menyaksikan beliau bertanding dalam dua siri pertandingan tersebut, baik secara bersemuka mahupun secara dalam talian. Malah, saya sendiri telah sempat hadir ke tempat berlangsungnya pertandingan tersebut pada awaltahun 2023... Mengenali 'PutihyangMemadamPudar ' AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN ...ketika beliau memenangi tempat ketiga dalam pertandingan, acara dan kategori yang disebutkan untuk kali yang ketiga, sebagai tanda dukungan saya terhadap usaha murni yang dilakukan oleh sahabat kecil tersebut berserta guru tasmik beliau. Saya sempat menulis sesuatu setelah beliau meraih kejayaan tersebut. Tulisan tersebut terkandung dalam salah satu puisi yang terkandung dalam buku kumpulan puisi ‘Bintang Mimpi’ (Ikatan Penulis Sabah, 2023). Aku tidak melihat butir pingat dan piala gangsa tetapihatinyayangmembias senyumdanbahagia – Piala Gangsa (hlm. 52) Saya sempat ‘hilang hubungan’ dengan beliau pada suatu ketika, terutamaya ketika COVID-19 melanda dunia. Namun, sejak saya dapat ‘kembali’ kepada sahabat kecil tersebut dan mengenali beliau dengan lebih baik pada pertengahan tahun 2022, saya selalu mengikuti rapat perkembangan beliau selama beliau menuntut di sekolah tahfiz tersebut. Saya bersyukur kerana telah mendapat beberapa kesempatan bergiat dengan persatuan alumni sekolah lama saya. Oleh sebab itu, saya juga telah mendapat beberapa kesempatan untuk mengunjungi sekolah dan melihat sendiri perkembangan sekolah dan warganya. Setiap kali saya berkunjung ke sekolah, setiap kali itu jugalah beliau meraikan kedatangan saya di tengah-tengah jemaah surau sekolahnya. Menariknya, ‘penyambut’ saya itu... ...bukan calang-calang orang. Guru-guru dan rakan-rakan sepengajian beliau menerangkan beliau sebagai seseorang yang serba boleh. Sebagai sebahagian daripada sejarah sekolah tahfiz tersebut, beliau merupakan satu-satunya pelajar di situ yang berjaya menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran sebanyak tiga kali pusingan sepanjang tempoh lebih kurang empat tahun persekolahan. Rakan-rakan alumni sekolah lama saya memandang sahabat kecil saya itu sebagai masa depan yang amat cerah untuk bangsa dan negara. Malah, ada dalam kalangan mereka yang berharap sahabat kecil saya itu dapat menjadi seseorang yang terpenting di Sabah padamasa hadapan. Ketika beliau belum dirasakan menjadi siapasiapa, beliau telah memiliki kedudukannya yang tersendiri, terutamanya pengajian tahfiz, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.Di samping menjadi kawan kepada semua, beliau juga telah menjadi pemudahcara kepada beberapa orang rakan sepengajian dan guru kepada anak-anak kecil yang menuntut ilmu al-Quran dengan beliau di surau sekolah tahfiz tersebut. Sepanjang persahabatan saya dengan beliau, saya telah menjadi makmum beliau dalam beberapa kali solat fardu berjemaah di surau sekolahnya. Saya juga pernah menjadi murid beliau dalam beberapa perkongsian ilmu yang beliau sendiri kelolakan, yang melibatkan beberapa orang murid dalam kalangan rakan sepengajian beliau. Persahabatan saya dengan beliau sedikit sebanyak memotivasikan saya untuk menulis sebuah lagi puisi dalambuku ‘BintangMimpi’. >Bersambungdihalaman21 PENULIS duduk bersama sahabat kecil beliau, Muhammad Fathi Safwan Eshak, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu selepas selesai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2023/1444 di Kota Kinabalu.


Ruang Musyawarah 23 Pelbagai pertandingan penulisan dan pengucapan karya sastera serta festival sastera juga boleh dianjurkan untuk memperkuatkan hubungan antara sastera dan literasi di Sabah. Ketika Sabah menyaksikan festival-festival sastera seperti Festival Penulis Sabah dan Festival Puisi Esei Antarabangsa, Sabah juga menyaksikan pelaksanaan program-program seperti Sayembara Menulis Esei Wira Tidak Didendang dan Sayembara Menulis Puisi Kisah Nabi dan Rasul, keduaduanya anjuran IPS. Terkini, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sedang menyelenggarakan Pertandingan Deklamasi Puisi Hasyuda Abadi. Tuntasnya, mentransformasikan sastera menjadi literasi merupakan langkah yang penting dalam memperkukuhkan kesedaran masyarakat Sabah terhadap nilai-nilai budaya dan sejarah mereka sendiri. Dengan menggalakkan penggunaan sastera tempatan dan menghubungkannya dengan aktiviti literasi, masyarakat Sabah akan dapat memanfaatkan warisan budaya mereka secara lebih aktif dan meningkatkan kemahiran literasi mereka. Sudah sampai masanya sastera Sabah direformasikan agar menjadi lebih terbuka kepada semua dan dapat diterima dengan mudah dan baik juga oleh semua. Kita telah menyaksikan reformasi atau transformasi sastera menjadi literasi di pelbagai negara termasuk negara tetangga kita, Indonesia. Melalui usaha pelbagai pihak berkepentingan baik di dalam mahupun di luar negeri, Sabah berpotensi menjadi hab sastera dan literasi yang berkembang serta yang menghargai keunikan dan kepelbagai budaya. Selain itu, pelbagai aktiviti seperti bengkel dan seminar penulisan kreatif boleh diadakan untuk mendorong masyarakat Sabah membaca dan menulis dengan lebih rajin. Tahun lepas (2022), IPS telah berhasil mengadakan program-program sedemikian di Kota Kinabalu dan Sandakan dan berhasrat untuk meneruskannya pada kesempatan yang ada pada tahun ini. Sebelumsebelum ini pun, IPS banyak berfokus kepada mendekatkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah dengan golongan kanak-kanak, remaja dan belia di seluruh negeri Sabah. Pendidikan turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan sastera sebagai literasi. Sekolah-sekolah di Sabah perlu mempromosikan kurikulum dan pengajaran yang menampilkan elemen sastera tempatan. Perkara ini dapat dilakukan melalui penambahan bahan bacaan tempatan dalam program sastera, mempelajari cerita rakyat dan legenda tempatan, dan mendorong pelajar untuk menulis cerita atau puisi berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Melibatkan penulis tempatan dalam acara-acara pendidikan juga dapat memperkaya pengalaman literasi pelajar dan meningkatkan kesedaran mereka tentang sastera tempatan. IPS bersedia untuk menampilkan bakat-bakat yang dimilikinya sekiranya dipercayakan oleh pihak yang memerlukan. Mengubah sastera menjadi literasi juga melibatkan kerjasama budaya. Program pertukaran penulis dan pelajar serta program libat urus bahasa, sastera dan budaya bersama masyarakat dapat memperluas wawasan dan memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang ada di negeri ini. Kembara Sastera Kalimantan 2023 dan sebelumnya Kembara Sastera Belitung 2019 merupakan antara usaha IPS yang mempromosikan kerjasama bahasa, sastera dan budaya antara Malaysia dan Indonesia. Sastera berperanan memupuk identiti dan warisan budaya sesuatu kawasan, sementara literasi merujuk kepada kemahiran membaca, menulis, dan memahami maklumat. Sabah, sebagai sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya dan warisan, mengubah sastera menjadi literasi dapat memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan kefahaman masyarakat tentang nilai-nilai budaya dan meningkatkan kemahiran literasi penduduk setempat. Sastera yang merangkumi pelbagai bentuk tulisan kreatif seperti puisi, cerpen dan novel, sentiasa menjadi wadah untuk menyampaikan nilai-nilai budaya dan pengalaman manusia. Hakikatnya, sastera sentiasa memberikan perspektif yang mendalam tentang sejarah, tradisi dan nilai murni yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Di sisi lain, literasi melibatkan kemahiran membaca dan menulis yang diperlukan untuk memahami dan menghasilkan bahan bacaan. Dengan mentransformasikan sastera menjadi literasi, masyarakat dapat memperoleh pengetahuan tentang budaya dan sejarah melalui pengalaman membaca dan menulis yang lebih aktif. Salah satu cara untuk mengubah sastera menjadi literasi adalah melalui penerbitan dan penyebaran karya sastera tempatan. Penerbitan buku-buku sastera Sabah yang berkaitan dengan budaya dan tradisi setempat akan membolehkan masyarakat Sabah mengakses bahan bacaan yang relevan dengan konteks mereka. Dalam hal ini, Ikatan Penulis Sabah (IPS) kembali berfokus kepada penerbitan buku dan majalah baik secara fizikal mahupun secara dalam talian. Ketika penulisan ini disempurnakan, IPS telah menerbitkan dengan jayanya buku kumpulan puisi ‘Bintang Mimpi’ karya Ketua Satunya sendiri pada bulan Mei yang lalu dan sedang menanti beberapa buah manuskrip untuk diterbitkan pada sakibaki tahun ini. Mengubah Sastera Menjadi Literasi Dalam Konteks Sabah AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN SASTERA dan literasi tidak dapat dipisahkan. Realitinya, sastera dan literasi merupakan dua buah elemen yang penting dalam perkembangan sesebuah masyarakat. TENTANG PENULIS AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN lahir pada 13 Jun 1994 di Kota Kinabalu. Pensyarah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu ini mula menulis seawal tahun 2009 dan menganggotai IPS seawal tahun 2011. Beliau terpilih sebagai Ketua Satu IPS yang keempat pada 6 Februari 2022.


Salinan lembut majalah ini direka dan dicetak di Malaysia oleh IKATAN PENULIS SABAH ENTERPRISE (TRN/2022/7104) Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah Suatu hari mata ini masih berasap kelam tetapi pudar itu akan hilang terpadam Masih ada kelip-kelip berwarna putih yang mengelip setiap huruf-huruf rintih Enam ratus ribu huruf itu telah dia simpan dibaca dan diulang dengan penuh kesetiaan Dari awal hingga akhir tujuannya hanya satu untuk membawa huruf-huruf itu jauh ke situ Dari itu sejuta langkahnya tak lagi tersesali kerana ada enam ratus ribu teman sehari-hari Aku bukan dia, mungkin tangan ini akan terbiar tetapi aku minta waktu, ke arah akhir ikhtiar Kota Kinabalu 18 April 2023 PutihyangMemadamPudar Awang AbdulMuizz AwangMarusin PutihyangMemadamPudar Awang AbdulMuizz AwangMarusin


Click to View FlipBook Version