TOPIK 2: DOKUMEN SUMBER
OBJEKTIF
Objektif Am: Membolehkan pelajar memahami tentang fungsi dan jenis
dokumen dalam perniagaan dan merekod urus niaga mengikut
proses Kitaran Perakaunan
Objektif Khusus: Di akhir topik ini anda sepatutnya dapat:
Menerangkan fungsi dan jenis dokumen dalam perniagaan.
Menerangkan pengertian dan pengiraan diskaun niaga serta
diskaun tunai
Menyediakan dokumen sumber mengikut fungsi
.
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
INPUT
1.0 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
1.1 FUNGSI
1. Dokumen perniagaan merupakan bukti bertulis bagi setiap urus niaga
bahawa urus niaga telah berlaku.
2. Secara umumnya, perkara-perkara yang perlu diteliti dalam sesuatu dokumen
adalah jenis atau nama dokumen, tarikh berlaku urus niaga, dokumen asal
atau salinan, butiran urus niaga, jumlah, urus niaga tunai atau kredit, syarat
serahan dan syarat diskaun.
3. Berikut adalah fungsi dokumen perniagaan :
Fungsi Dokumen Perniagaan
Sebagai sumber rekod di dalam buku perakaunan
Sebagai bukti berlakunya sesuatu urus niaga
Sebagai rujukan pada masa hadapan
Menyediakan maklumat tentang sesuatu urus niaga
Mengingatkan peniaga berkenaan hutang dalam urusniaga
FAHIMAH BINTI JAFFAR 1
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
1.2 PERINGKAT DOKUMEN PERNIAGAAN
1. Dokumen perniagaan yang berkaitan dengan urus niaga jual beli barang niaga
terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
a) Dokumen sebelum proses urus niaga
b) Dokumen semasa proses urus niaga
c) Dokumen selepas proses urus niaga
•Surat tanya SEMASA •Penyata Akaun
•Surat jawapan •Resit
•sebut harga URUS NIAGA
•katalog SELEPAS
•Pesanan belian URUS NIAGA
SEBELUM URUS •Nota Serahan
NIAGA •Invois
•Nota Debit
•Nota Kredit
•Keratan cek
•Slip daftar tunai
•Cek
•Slip bank
•Slip pindahan wang
Rajah 1
1.3 JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN 2
FAHIMAH BINTI JAFFAR
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
JENIS DOKUMEN
DOKUMEN SEBAGAI DIKUMEN SEBAGAI
SUMBER RUJUKAN – SUMBER MAKLUMAT –
Bukan untuk catatan Untuk catatan dalam
dalam buku perakaunan buku perakaunan
DOKUMEN
SEBAGAI SUMBER
RUJUKAN
1. Surat Tanya
2. Surat Jawapan
3. Sebutharga
4. Katalog
5. Nota pesanan
6. Nota serahan
7. Penyata Akaun
1. Surat Tanya 3
FAHIMAH BINTI JAFFAR
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai
barangan yang ingin dibeli
Pembeli boleh meminta penjual menghantar sebut harga atau katalog
dalam surat tanya itu.
Perkara-perkara dalam surat tanya
i. Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli
ii. Harga barangan dan syarat pembayaran
iii. Syarat serahan dan pembayaran
iv. Tarikh serahan
2. Surat Jawapan 4
FAHIMAH BINTI JAFFAR
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
Dihantar oleh pemborong kepada peruncit
Dilampirkan bersama sama ada sebut harga / senarai harga atau
katalog
Fungsi – memberi keterangan lanjut mengenai barang yang boleh
dibekalkan.
3. Sebut Harga 5
FAHIMAH BINTI JAFFAR
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
Sebut harga merupakan satu dokumen yang menyenaraikan harga
bagi barang-barang yang dikehendaki pembeli.
Sebut harga membolehkan pembeli membuat perbandingan harga
antara pembekal- pembekal lain.
Maklumat penting di dalam sebut harga adalah:
i. Nombor rujukan barang
ii. Keterangan barang
iii. Harga
FAHIMAH BINTI JAFFAR 6
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
4. Katalog
Maklumat barang yang dicetak dan disertakan bersama gambar yang
berwarna dan menarik
Tiada harga dicetak tetapi ada nombor rujukan.
Harga dicetak ditempat lain untuk menjimatkan kos jika ada perubahan
harga.
5. Nota Pesanan/ Pesanan Belian
Nota pesanan / pesanan belian merupakan borang yang digunakan
untuk membuat pesanan untuk membeli barang.
Aktiviti belian akan bermula selepas pembeli meneliti sebut harga,
senarai harga dan katalog.
Pesanan ini dihantar oleh pembeli kepada penjual.
Pembeli akan membuat pesanan barang niaga dengan menghantar
borang pesanan belian kepada penjual.
Butiran berdasarkan maklumat dalam katalog.
Harga yang dinyatakan adalah berdasarkan sebut harga.
Maklumat dalam pesanan belian tidak perlu dimasukkan ke mana-
mana buku perakaunan kerana proses jual beli belum bermula lagi.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 7
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
FAHIMAH BINTI JAFFAR 8
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
6. Nota Serahan
Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang.
Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan
sebagai perakuan bahawa barang-barang telah dihantar dengan
selamat.
Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak
dinyatakan.
Fungsi :
i. Menyatakan jenis dan kuantiti barang yang dihantar
ii. Membolehkan pembeli memeriksa dan mengakui barang
dalam keadaan baik
iii. Sebagai bukti penerimaan barang
FAHIMAH BINTI JAFFAR 9
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
7. Penyata Akaun
Penyata akaun merupakan dokumen yang digunakan untuk
mengingatkan penghutang tentang jumlah hutangnya.
Senarai semak yang dihantar oleh pemiutang kepada penghutang
dengan menyenaraikan setiap urus niaga yang telah berlaku antara
pembeli dan penjual.
Penyata akaun hanyalah rujukan penghutang, tidak melibatkan apa-
apa catatan urus niaga di dalam buku penghutang.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 10
DOKUMENSPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
SEBAGAI SUMBER
1. Invois
MAKLUMAT
2. Nota debit
3. Nota kredit
4. Resit rasmi
5. Cek dan
keratan cek
6. Baucar
7. Penyata gaji
8. Bil tunaI
9. Slip daftar
tunai
10. Slip wang
tunai masuk
11. Maklumat
debit
12.Maklumat
kredit
13. Memo
14.Lain-lain
bayaran
15.Slip pindahan
wang
FAHIMAH BINTI JAFFAR 11
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
Dokumen Sumber Untuk catatan
1. Invois
Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual
akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota
serahan.
Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota
serahan dan menandatanganinya.
Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang
disahkan oleh pembeli.
Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga
jual beli secara kredit.
Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada
pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod
perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal
Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal
Jualan.
Maklumat penting yang terdapat dalam invois ialah:
i. Nama dan alamat penjual
ii. Nama dan alamat pembeli
iii. Tarikh invois disediakan.
iv. Nombor invois, butir, kuantiti, harga seunit dan jumlah
v. Syarat-syarat urus niaga seperti:
a. Ang. dib - Singkatan bagi angkutan dibayar bermakna
kos pengangkutan dibiayai oleh penjual
b. Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran
dibuat dengan cepat, contoh 5% 10 hari bermaksud 5%
diskaun tunai akan diberi jika pelanggan membayar
dalam tempoh 10 hari.
c. K & K di K - Singkatan bagi kesilapan dan ketinggalan
dikecualikan bermakna sebarang kesilapan dan
ketinggalan boleh dibetulkan dengan menggunakan nota
debit dan nota kredit.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 12
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
K.&K. di K 13
FAHIMAH BINTI JAFFAR
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
2. Nota Debit
Nota debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan
hutang pembeli kerana mungkin invois yang dihantar terkurang catat.
Nota debit disediakan oleh penjual dan di hantar kepada pembeli.
Antara sebab-sebab invois asal tekurang termasuklah :
i. Catatan tertinggal dalam invois seperti caj angkutan, belanja
pos, caj peti barang atau tin.
ii. Sesuatu butir dikenakan bayaran yang kurang kerana kesilapan
pengiraan
iii. Faedah dikenakan kerana pembeli lewat menjelaskan bayaran.
iv. Caj tambahan akibat daripada pertukaran barang.
Nota debit asal dihantar kepada pembeli dan nota debit salinan
disimpan oleh penjual.
Nota debit asal merupakan sumber maklumat untuk perekodan dalam
Jurnal Belian bagi pembeli.
Nota debit salinan pula merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Jualan bagi penjual.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 14
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
FAHIMAH BINTI JAFFAR 15
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
3. Nota Kredit
Nota kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan
hutang pembeli.
Nota kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
Jumlah amaun dalam invois asal telah terlebih daripada yang sebenar.
Dihantar oleh penjual disebabkan oleh:
i. Pembeli memulangkan barang kerana rosak, salah jenama,
salah saiz atau tidak berkualiti.
ii. Bayaran yang dikenakan terlebih daripada harga sepatutnya.
iii. Pembeli memulangkan rak atau bekas kosong yang telah di caj
dalam invois.
iv. Jumlah di dalam invois terlebih kerana salah pengiraan.
v. Komisen atau elaun diberikan kepada pembeli.
vi. Pengurangan akibat daripada pertukaran barang.
Nota kredit asal dihantar kepada pembeli dan nota kredit salinan
disimpan oleh penjual.
Nota kredit asal merupakan sumber malumat untuk perekodan dalam
Jurnal Pulangan Belian bagi pembeli.
Nota kredit salinan pula merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Pulangan Jualan bagi penjual.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 16
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
FAHIMAH BINTI JAFFAR 17
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
4. Resit
Resit merupakan dokumen perniagaan yang dikeluarkan sebagai bukti
akuan penerimaan tunai atau cek.
Penjual akan menyediakan resit sekiranya pembeli menjelaskan
bayaran.
Resit boleh dijadikan bukti di mahkamah.
Resit asal akan diberikan kepada pembeli, manakala resit salinan
pendua akan disimpan oleh penjual.
Resit asal merupakan sumber maklumat kepada Jurnal pembayaran
Tunai atau Buku Tunai(kredit) bagi pembeli.
Resit salinan merupakan maklumat kepada Jurnal Penerimaan Tunai
(debit) bagi penjual.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 18
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
5. Cek dan keratan cek
Cek tidak mempunyai salinan pendua seperti dokumen perniagaan
lain, tetapi mempunyai keratan cek sebagai rujukan.
Cek yang telah lengkap bertulis dan ditandatangani akan diserahkan
kepada penjual atas urus niaga yang telah dilakukan.
Maklumat pada keratan cek adalah penting untuk perekodan dalam
buku perakaunan.
Cek merupakan sumber maklumat yang digunakan penjual untuk
perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai (Debit)
Keratan cek merupakan sumber maklumat kepada Jurnal
Pembayaran Tunai atau Buku Tunai (Kredit) bagi pembeli.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 19
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
6. Baucar
Baucar bayaran merupakan dokumen yang digunakan untuk
mencatatkan semua jenis pembayaran yang dilakukan oleh pihak
peniaga sama ada secara tunai atau dengan cek.
Baucar bayaran yang disediakan perlulah dikepilkan bersama dengan
bil-bil dokumen sokongan.
Antara contoh pembayaran termasuklah sewa premis, tambang dan
petrol, belanja membaiki premis, pembayaran gaji.
Peniaga akan memberi dokumen asal kepada penerima bayaran dan
menyimpan dokumen salinan.
Baucar bayaran merupakan sumber maklumat kepada Jurnal
Pembayaran Tunai atau Buku Tunai (kredit) bagi sesebuah
perniagaan.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 20
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
7. Penyata Gaji
Penyata gaji merupakan dokumen yang disediakan oleh majikan
kepada pekerja untuk mencatatkan pembayaran gaji pekerja.
Penyata gaji berfungsi sebagai bukti bahawa bayaran gaji telah di
buat.
Penyata gaji akan menggantikan fungsi baucar bayaran apabila
pembayaran gaji pekerja oleh majikan di bankkan terus ke akaun bank
pekerja melalui pindahan kredit.
Jika majikan membayar gaji pekerja secara tunai, baucar bayaran
akan disediakan.
Penyata gaji asal akan diberikan kepada pekerja, manakala salinan
dismpan oleh majikan.
Penyata gaji salinan merupakan sumber maklumat kepada jurnal
Pembayaran Tunai atau Buku Tunai(kredit) bagi sesebuah
perniagaan.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 21
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
8. Bil tunai
Bil tunai merupakan dokumen perniagaan yang dikeluarkan oleh
penjual sekiranya pembeli menjelaskan bayaran dengan serta merta
sama ada secara tunai atau cek.
Bil tunai asal merupakan bukti belian secara tunai oleh pembeli. Oleh
itu, bil tunai asal merupakan sumber maklumat yang digunakan oleh
pembeli untuk perekodan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku
Tunai (kredit).
Bil tunai salinan pula merupakan bukti jualan secara tunai bagi penjual.
Maka, bil tunai salinan merupakan sumber maklumat yang digunakan
oleh penjual untuk perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai dan
Bukti Tunai (debit).
FAHIMAH BINTI JAFFAR 22
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
9. Slip Daftar Tunai
Slip daftar tunai merupakan penyata bercetak yang dikeluarkan
daripada mesin daftar tunai apabila pembeli membayar secara tunai.
Slip daftar tunai tidak mencetak nama pembeli yang membuat
pembayaran.
Slip daftar tunai asal diberi kepada pembeli bersama baran yang dibeli,
manakala slip daftar tunai salinan disimpan oleh penjual sebagai bukti
jualan.
Slip daftar tunai asal merupakan sumber maklumat bagi perekodan
dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai(kredit) bagi pembeli.
Slip daftar tunai salinan pula merupakan sumber maklumat bagi
perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai (debit)
bagi penjual.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 23
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
10. Slip Tunai/Slip Wang Tunai masuk
Slip bank ialah borang yang dikeluarkan oleh bank untuk merekodkan
penyimpanan wang para pelanggannya.
Slip bank turut dikenali sebagai borang simpanan atau borang wang
masuk
Peniaga boleh memasukkan wang tunai atau cek ke dalam akaunnya
di bank dengan mengisi borang ini
Slip bank asal akan diserahkan kepada bank, manakala slip bank
salinan akan disimpan oleh pelanggan sebagai bukti kemasukan wang
ke dalam akaun bank.
Maklumat dalam bank slip salinan akan digunakan sebagai sumber
maklumat untuk perekodan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau
Buku Tunai (debit).
Rajah 17
FAHIMAH BINTI JAFFAR 24
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
11. Makluman debit
Maklumat debit merupakan penyata atau notis yang di hantar oleh
pihak bank kepada pelanggannya untuk memaklumkan pemilik akaun
bahawa akaunnya telah didebitkan atau dikurangkan dengan jumlah
tertentu beserta sebabnya.
Antara sebab-sebab akaun didebitkan ialah :
i. Bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj bank atau
komisen bank, buku cek, cek tak laku, dan faedah atas overdraf.
ii. Perintah sedia ada atau arahan tetap seperti bayaran premium
insurans, yuran kelab serta arahan debit dari pihak berkuasa
Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Maklumat debit asal akan diserahkan kepada pemilik akaun, dan
salinan disimpan oleh pihak bank.
Maklumat debit kebiasaannya di hantar melalui pos kepada pemilik
akaun.
Maklumat debit asal merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai (kredit).
Peniaga perlu bertindak mengkreditkan Buku Tunainya kerana
terdapat wang keluar.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 25
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
12. Makluman kredit
Maklumat kredit ialah penyata yang dikeluarkan oleh bank untuk
memberitahu pemilik akaun bahawa bank telah mengkreditkan atau
menambahkan akaunnya dengan jumlah tertentu besrta sebabnya.
Peniaga perlu bertindak mendebitkan Buku Tunainya kerana terdapat
wang masuk.
Antara sebab-sebab akaun dikreditkan adalah :
i. Dividen yang diterima oleh bank bagi pihak pelanggan.
ii. Pindahan kredit iaitu penerimaan dari penghutang yang dibayar
terus ke akaun bank pelanggan.
iii. Faedah atas simpanan tetap pelanggan dimasukkan terus oleh
pihak bank.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 26
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
13. Memo
Memo merupakan dokumen yang biasanya digunakan bagi
merekodkan urus niaga yang berlaku antara pemilik perniagaan
dengan perniagaannya.
Memo berfungsi sebagai dokumen dalaman yang dikeluarkan oleh
pemilik perniagaan kepada kerani untuk perekodan dalam buku
perakaunan perniagaan.
Memo merupakan sumber maklumat untuk perekodan dalam Jurnal
Am kecuali ambilan tunai yang direkodkan dalam Jurnal Pembayaran
Tunai atau Buku Tunai (kredit).
Memo biasanya dikeluarkan untuk memaklumkan perkara-perkara
berikut :
i. Ambilan wang, barang niaga, atau aset perniagaan untuk
kegunaan peribadi atau promosi.
ii. Membawa modal masuk tambahan sama ada dalam bentuk
wang tunai atau aset ke dalam perniagaan.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 27
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
14. Lain-lain bil bayaran
Bil bayaran merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal
perkhidmatan kepada pelanggannya setelah menggunakan
perkhidmatan.
Antara contoh bil bayaran bagi perniagaan ialah bil telefon dan
internet, bil elektrik dan air, dan bil langganan saluran televisyen
berbayar,
Setelah bil dijelaskan secara tunai atau cek, keratan bil akan
dipulangkan.
Sesetengah agensi hanya mencetak bukti pembayaran di atas bil
tersebut dan memulangkan semula bil bayaran tersebut kepada
peniaga.
Bil bayaran ini akan dikepilkan bersama-sama dengan baucar bayaran
sebagai dokumen sokongan.
Bil bayaran beserta baucar bayaran merupakan sumber maklumat
untuk perekodan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku
Tunai(kredit).
FAHIMAH BINTI JAFFAR 28
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
15. Slip Pindahan Wang
Slip pindahan wang merupakan dokumen yang disediakan oleh pihak
bank kepada pelanggan untuk memindahkan wang dari akaun
peniaga ke dalam akaun pihak ketiga secara elektronik.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh bank perdagangan
adalah seperti pindahan elektronik dan pindahan telegraf.
Peniaga hanya perlu mengisi boring slip pindahan wang dan
mengepilkan wang bersamanya.
Pihak bank akan mengenakan komisen bagi setiap pemindahan
wang yang dilakukan.
Slip pindahan wang asal disimpan oleh pihak bank dan slip pindahan
wang salinan disimpan oleh pelanggan sebagai bukti pemindahan
wang.
Slip pindahan wang merupakan sumber maklumat untuk perekodan
dalam Jurnal Pelanggan Pembayaran Tunai atau Buku
Tunai(kredit).
FAHIMAH BINTI JAFFAR 29
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
MAKLUMAT ASAS DALAM DOKUMEN PERNIAGAAN
1. Dalam dokumen-dokumen perniagaan, terdapat maklumat-maklumat asas
yang perlu dirujuk untuk tujuan perekodan dalam buku perakaunan.
2. Antara maklumat-maklumat asas yang terdapat dalam dokumen perniagaan
termasuklah:
Maklumat Asas Keterangan
a) Jenis Merujuk kepada tajuk dokumen
Dokumen Contoh: invois, nota debit, nota kredit
b) Nombor Merujuk kepada nombor dokumen perniagaan.
Rujukan Untuk memudahkan penjual dan pembeli membuat
rujukan.
c) Tarikh Merujuk kepada tarikh dokumen dikeluarkan
Supaya tarikh urus niaga diketahui secara tepat
d) Pihak Merujuk kepada nama dan alamat, nombor telefon,
penghantar nombor faks dan alamat e-mel perniagaan yang
menghantar dokumen (penjual)
e) Pihak Merujuk kepada nama dan alamat lengkap penerima
penerima atau pembeli
f) Butiran urus Merujuk kepada keterangan tentang sesuatu urus
niaga niaga (butir-butir), harga seunit, kuantiti dan jumlah
harga.
g) Jumlah Merujuk kepada jumlah harga yang ditulis dalam
angka dan perkataan.
h) Syarat Syarat serahan yang lazim tercatat dalam invois
Serahan ialah “angkutan dibayar” yang bermaksud segala
kos tentang penghantaran dibiayai oleh penjual.
i) Syarat Merujuk kepada kadar diskaun niaga dan diskaun
Pembayaran tunai yang ditawarkan oleh penjual.
j) K & K di K Merupakan singkatan daripada kesilapan dan
ketinggalan dikecualikan.
Bermaksud pihak penjual berhak membetulkan
sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam invois
melalui nota debit atau nota kredit.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 30
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
Pihak Jenis
penghanta Dokumen
r Nombo
r
Pihak
penerima rujukan
Tarikh
Butiran
urus
niaga
K. & K di K Jumlah
bersih
Syarat
serahan dan
syarat
pembayaran
FAHIMAH BINTI JAFFAR 31
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
1.4 PENGIRAAN DISKAUN NIAGA DAN TUNAI
1.4.1 Diskaun Niaga
2. Diskaun niaga merupakan potongan harga daripada senarai harga atau
harga katalog.
3. Tujuan pemberian diskaun niaga adalah untuk menggalakkan pembeli
membeli secara pukal atau dalam kuantiti yang banyak.
4. Semakin banyak barang yang dibeli, semakin tinggi kadar diskaun.
5. Kadar diskaun niaga dinyatakan dalam bentuk peratus seperti berikut:
Syarat : Diskaun niaga 10%
6. Sekiranya berlaku pemulangan barang, diskaun niaga perlu diambil kira
dengan menolak diskaun niaga yang diberi.
CONTOH :
Pada 1 Jun 2012, Kedai Ahmad telah membeli barang niaga secara kredit
daripada Pemborong Tan. Jumlah yang dinyatakan dalam invois ialah RM
7,000.00. Diskaun niaga ialah 15%.
Hitung jumlah yang perlu dijelaskan oleh Kedai Ahmad kepada Pemborong
Tan selepas diskaun niaga.
PENYELESAIAN:
Jumlah yang perlu dijelaskan = Jumlah dalam invois – Diskaun niaga
Diskaun niaga = Jumlah dalam invois X Kadar diskaun niaga
= RM 7,000.00 x 15% = RM 1,050.00
Jumlah yang perlu dijelaskan = RM 7,000.00 – RM 1,050.00 = RM 5,950.00
FAHIMAH BINTI JAFFAR 32
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
1.4.2 Diskaun Tunai
2. Diskaun tunai adalah potongan harga yang diberikan jika penghutang dapat
menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
3. Tujuan peniaga member diskaun tunai kepada penghitang adalah untuk
menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.
4. Pembayaran hutang dengan segera dapat mengurangkan risiko hutang
lapuk dan mengatasi masalah modal yang terikat.
5. Kadar diskaun tunai dinyatakan dalam bentuk peratus seperti berikut :
Syarat : Diskaun Niaga 10% 10 hari
5% 30 hari
i. Sebagai contoh, potongan 10% akan diberi kepada penghutang jika
dapat menjelaskan bayaran dalam tempoh 10 hari.
ii. Sekiranya penghutang menjelaskan bayaran melebihi tempoh 10 hari
tetapi masih dalam tempoh 30 hari, potongan 5% akan diberikan.
iii. Sekiranya hutang dijelaskan melebihi tempoh 30 hari, bermakna tiada
potongan dan diskaun tunai diberikan kepada penghutang.
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih
tanpa pengerahan tenaga sedikit pun
FAHIMAH BINTI JAFFAR 33