TOPIK 5:
IMBANGAN DUGA
OBJEKTIF
Objektif Am: Membolehkan pelajar memahami Imbangan Duga dan
fungsinya dalam sistem perakaunan.
Objektif Khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
1. Menerangkan tujuan Imbangan Duga disediakan dan
fungsinya dalam sistem perakaunan
2. Menerangkan kepentingan Penyediaan Imbangan Duga.
3. Menerangkan bentuk Imbangan Duga
4. Menyediakan Imbangan Duga dari akaun-akaun dalam buku
perakaunan
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
5.0 PENYEDIAAN IMBANGAN DUGA
5.1 DEFINISI IMBANGAN DUGA
1. Imbangan duga merupakan senarai baki akaun yang diambil daripada buku
lejar dan buku tunai pada satu tarikh tertentu.
2. Semua akaun-akaun dalam lejar hendaklah diimbang dan ditutup bagi
mendapatkan baki h/b dan baki b/b termasuklah baki tunai dan baki bank
daripada buku tunai.
3. Semua baki b/b tersebut perlulah disenaraikan dalam imbangan duga
mengikut kedudukan baki b/b dalam akaun masing-masing.
4. Jika baki b/b disebelah debit maka kedudukan baki tersebut di dalam
imbangan duga juga disebelah debit dan begitu juga sebaliknya.
5.2 FUNGSI IMBANGAN DUGA
1. Menyemak ketepatan kemasukan catatan bergu.
2. Menguji ketepatan pengiraan.
3. Memudahkan penyediaan Akaun Perdagangan Akaun Untung Rugi dan Kunci
Kira-kira.
5.3 KEPERLUAN PENYEDIAAN IMBANGAN DUGA
1. Menyemak ketepatan pengiraan dalam Buku Catatan Pertama dan Lejar.
2. Menyemak pengeposan dari Buku Catatan Pertama ke Lejar.
3. Menyemak pencatatan urusniaga yang berasaskan Sistem Catatan Bergu.
4. Menandakan kesilapan yang telah berlaku bagi membuat pelarasan
FAHIMAH BINTI JAFFAR 1
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
5.4 KLASIFIKASI KEDUDUKAN KATEGORI-KATEGORI AKAUN
Kategori Akaun Kedudukan Dalam Imbangan
Duga
Aset Debit
Liabiliti Kredit
Hasil Kredit
Belanja Debit
Ekuiti Pemilik Kredit
5.5 CARA PENYEDIAAN IMBANGAN DUGA
i. Mengenalpasti kedudukan baki-baki akhir di dalam lejar.
ii. Menyenaraikan kesemua baki-baki lejar yang berada di sebelah debit
iii. Menyenaraikan kesemua baki-baki lejar yang berada di sebelah kredit
iv. Memasukkan semua baki debit ke dalam kolum debit di Imbangan Duga
v. Masukkan semua baki kredit ke dalam kolum kredit di Imbangan Duga
vi. Membuat pengiraan dengan tepat kolum disebelah debit dan kredit Imbangan
Duga. (Imbangkan Imbangan Duga)
vii. Memastikan jumlah di sebelah debit Imbangan Duga mestilah sama dengan
jumlah di sebelah kredit Imbangan Duga
FAHIMAH BINTI JAFFAR 2
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
5.6 BENTUK IMBANGAN DUGA
Imbangan Duga boleh di tunjukkan dalam dua bentuk iaitu:
i) Bentuk lajur
ii) Bentuk ‘T’
i) Bentuk Lajur
Imbangan Duga yang dipersembahkan dalam bentuk Lajur adalah seperti berikut:
Nama Syarikat
Imbangan Duga pada 31 Disember XXXX
Butiran Debit Kredit
XXX
Modal XXX XXX
Ambilan XXX
Stok awal XXX XXX
Belian
Jualan XXX XXX
Gaji XXX **XXX
Air dan letrik XXX
Insurans XXX
Belanja am XXX
Penghutang
Pemiutang XXX
Premis perniagaan XXX
Peralatan XXX
Tunai di tangan XXX
Tunai di bank
Gadaian bank **XXX
Nota: **
Jumlah di sebelah debit mestilah sama dengan jumlah di sebelah kredit.
FAHIMAH BINTI JAFFAR 3
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
ii) Bentuk ‘T’
Imbangan Duga yang dipersembahkan dalam bentuk ‘T’ adalah seperti berikut:
Nama Syarikat
Imbangan Duga pada 31 Disember XXXX
Ambilan XXX Modal XXX
Stok awal XXX Jualan XXX
Belian XXX Pemiutang XXX
Gaji XXX Gadaian bank XXX
Air dan letrik XXX
Insurans XXX ** XXX
Belanja am XXX
Penghutang XXX
Premis perniagaan XXX
Peralatan XXX
Tunai di tangan XXX
Tunai di bank XXX
**XXX
Nota: **
Jumlah di sebelah debit mestilah sama dengan jumlah di sebelah kredit
FAHIMAH BINTI JAFFAR 4
SPP 2074 : PRINSIP PERAKAUNAN
IMBANGAN DUGA Imbangan Duga
Pada…………………..
Butir Debit Kredit
ASET RM RM LIABILITI
Aset
Premis Belanja Liabiliti Pinjamam
Mesin Hasil Gadai janji
Kelengkapan Ekuiti Pemilik Overdraf
Alatan
bank
pejabat Pemiutang
Perabot
Stok awal EKUITI HASIL
Tunai
Penghutang PEMILIK Sewa diterima
Modal Komisem
BELANJA Ambilan
diterima
Duti atas belian Diskaun
Cukai import
Angkutan masuk diterima
Upah Faedah
Gaji
Kadar bayaran simpanan tetap
Hutang lapuk Hutang lapuk
Belian
Pulangan jualan pulih
Jualan
Pulangan
belian
FAHIMAH BINTI JAFFAR 5