The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jangiow, 2022-04-21 08:45:20

M&M-ModulAnyflip

M&M-ModulAnyflip

SMJK NOTRE DAME CONVENT,

265, JALAN GAJAH BERANG, 75200 MELAKA.

BERSAMA MENGHARUNGI LIKU-LIKU KEHIDUPAN

SMJK NOTRE DAME CONVENT

MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE & SUMUR TAHUN 2022

Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 1

Tarikh 25 April 2022 (Isnin)

Tajuk Hormat-Menghormati dan Komunikasi

Objektif Di akhir program diharapkan mentee dapat:

i) Mengenalpasti cara sapaan yang sesuai kepada orang dewasa

dari aspek panggilan

ii) Mengamalkan komunikasi berkesan dalam hubungan harian

iii) Menyatakan tips komunikasi berkesan

Masa 30 minit

Bahan Tiada

Langkah 1. Mentor membincangkan tentang jenis komunikasi, iaitu:

a) Berinteraksi dengan orang lain (komunikasi interpersonal)

b) Bercakap dengan diri sendiri (komunikasi intrapersonal)

2. Mentor memilih mentee secara rawak untuk memberikan contoh

dan pandangan peribadi tentang kepentingan komunikasi

interpersonal dan intrapersonal.

3. Mentee diberi masa dalam kumpulan kecil untuk bincangkan tips

komunikasi berkesan.

4. Mentee bentangkan dan mentor membuat rumusan.

5. Ketua mentee memberikan penilaian kepada mentee lain dalam

kumpulan.

Falsafah Komunikasi yang berkesan mewujudkan suasana yang harmoni dalam
Nota hubungan harian.
Tips komunikasi berkesan:

i) Senyum
ii) Adakan kontak mata
iii) Gunakan nada suara yang sederhana
iv) Tidak menyampuk
v) Bersikap ikhlas dan jujur

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 2
Tajuk 17 Mei 2022 (Selasa)
Objektif Mengenang Budi
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) Menyebut ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas
Langkah pemberian yang diterima

Falsafah ii) Menyenaraikan tiga sebab perlu berterima kasih
iii) Menjelaskan perasaan masing-masing setelah menerima

penghargaan dan menghargai orang lain

30 minit
Tiada

1. Dalam kumpulan kecil 4-5 orang, mentee berkongsi pelbagai
situasi di mana mereka mengucapkan terima kasih kepada orang
lain, sama ada ibu bapa, guru mahupun orang lain.

2. Mentor membincangkan kepentingan seseorang mempunyai sikap
mengenang budi dan berterima kasih.

3. Mentee berkongsi perasaan masing-masing apabila dihargai dan
apabila menghargai orang lain.

4. Mentee menunjukkan rasa mengenang budi kepada guru sempena
sambutan Hari Guru sekolah.

5. Ketua mentee memberikan penilaian kepada mentee lain dalam
kumpulan.

Kebahagiaan tidak pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai
apa yang telah dimiliki.

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 3
Tajuk 20 Jun 2022 (Isnin)
Objektif Tolong-menolong dan Kekeluargaan
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) Memahami peranan dan tanggungjawab dalam kekeluargaan
Langkah ii) Memberi penghargaan kepada ahli keluarga (hari ibu, hari lahir)
iii) Mengamalkan nilai tolong-menolong dalam hidup sekeluarga
Falsafah
dan komuniti

30 minit
Tiada

1. Mentor membimbing mentee dalam membincangkan situasi yang
memerlukan pertolongan daripada orang lain.

2. Mentee berkongsi pengalaman tentang situasi di mana mereka
dapat menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga dan orang lain.

3. Persoalan lain yang boleh dibincangkan:
a) Kesan positif dan negatif amalan tolong-menolong dalam
kekeluargaan
b) Cara memupuk amalan tolong-menolong dalam hidup
berkeluarga

4. Mentee membuat rumusan tentang amalan tolong-menolong dalam
kehidupan harian.

5. Ketua mentee memberikan penilaian kepada mentee lain dalam
kumpulan.

Apabila membantu orang lain, kita turut membantu diri sendiri. Manusia
dikurniakan dua belah tangan, satu untuk membantu diri sendiri, satu untuk
membantu orang lain.

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 4
Tajuk 4 Julai 2022 (Isnin)
Objektif Pemakaian dan Harga Diri
Masa Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Bahan
Langkah i) Menyatakan cara pemakaian yang sopan dan dihormati
ii) Menyenaraikan kesan positif apabila berpakaian sopan
Falsafah iii)
30 minit
Tiada
1. Mentor menunjukkan beberapa contoh pemakaian lelaki dan

perempuan yang sopan dan kurang sopan.
2. Mentee memberikan pandangan masing-masing.
3. Mentor memberikan beberapa situasi di mana mentee boleh

membincangkan pemakaian yang sesuai. Contoh situasi:
i) Menghadiri majlis sambutan hari jadi
ii) Menghadiri temuduga biasiswa
iii) Menyertai aktiviti sukan
iv) Menghadiri majlis kematian
v) Menghadiri temuduga peluang kerjaya
4. Mentor membincangkan tentang bagaimana cara pemakaian
mempengaruhi imej seseorang.
5. Mentee membuat rumusan.
6. Ketua mentee memberi penilaian terhadap mentee lain dalam
kumpulan.

Imej melambangkan diri individu.

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 5
Tajuk 25 Julai 2022 (Isnin)
Objektif Tingkah Laku dan Penyelesaian Masalah
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) memberi hujah yang baik mengikut situasi
Langkah ii) meningkatkan kefahaman terhadap scenario dan punca gejala

Falsafah sosial masa kini
iii) mencadangkan angkah-langkah bagi mengatasi masalah gejala

sosial dalam kalangan remaja

30 minit
Tiada

1. Mentor meminta mentee menyenaraikan isu-isu remaja masa kini.
2. Mentor mengaitkan isu-isu tersebut dengan pengalaman mentee

dan mentee berkongsi dengan rakan-rakan.
3. Mentee membincangkan Langkah-langkah bagi mengatasi gejala

sosial yang dihadapi remaja masa kini.
4. Mentee membuat rumusan.
5. Ketua mentee memberikan penilaian kepada mentee lain dalam

kumpulan.

Pilihan saya hari ini adalah penentu saya pada hari esok.

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 6
Tajuk 15 Ogos 2022 (Isnin)
Objektif Kepimpinan dan Potensi Diri
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dimiliki oleh setiap
Langkah orang

Falsafah ii) Menyenaraikan ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa
iii) Mengamalkan kepimpinan melalui teladan

30 minit
Tiada

1. Mentor membahagikan mentee kepada tiga kumpulan kecil.
2. Mentee diberi masa 5 minit untuk membincangkan ciri-ciri positif

yang ada dalam seorang pemimpin yang disegani.
3. Mentee membuat rumusan tentang ciri-ciri pemimpin yang boleh

mereka teladani dalam meningkatkan potensi diri.
4. Ketua mentee memberikan penilaian kepada mentee lain dalam

kumpulan.

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan umpama lima jari
yang saling melengkapi;
Jempol (ibu jari) – selalu berkata baik
Telunjuk – suka memerintah
Jari hantu – sombong, paling Panjang dan menghasut jari telunjuk
Jari manis – menjadi teladan yang baik dan sabar
Kelingking – lemah tetapi menurut perintah

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 7
Tajuk 19 September 2022 (Isnin)
Objektif Kepercayaan Kepada Tuhan dan Pengurusan Emosi
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) menyenaraikan perkara yang dikurniakan oleh Tuhan
Langkah ii) menyatakan kepentingan bersyukur kepada Tuhan
iii) mengetahui teknik-teknik mengurus emosi
Falsafah
30 minit
Tiada

1. Mentor membimbing mentee dalam membincangkan persoalan
berikut:
a) Bagaimanakah kita tahu kewujudan Tuhan?
b) Nyatakan contoh dengan tekanan emosi yang dialami remaja?
c) Apakah kaedah yang digunakan untuk mengurus emosi?
d) Bagaimanakah kepercayaan kepada Tuhan membantu manusia
mengurus emosi dengan lebih baik?

2. Mentee memberi pandangan masing-masing.
3. Ketua mentee memberikan penilaian kepada mentee lain dalam

kumpulan.

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan setiap tanggungjawab akan
dipersoalkan kelak.

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 8
Tajuk 31 Oktober 2022 (Isnin)
Objektif Sabar, Semangat Juang dan Halatuju Masa Hadapan
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) Menyatakan impian yang ingin dikecapi
Langkah ii) Menyenaraikan tiga tindakan yang perlu diambil untuk

Falsafah mencapai impian tersebut
iii) Mengamalkan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi

cabaran

30 minit
Tiada

1. Mentor mengadakan perbincangan tentang hala tuju pelajar
selepas SPM.

2. Mentee diberi peluang berkongsi tentang kerjaya yang diminati
dan gaya hidup yang ingin dicapai pada masa akan datang.

3. Mentor menekankan kepentingan mentee mempunyai impian
yang jelas dan menjadi pemangkin motivasi diri.

4. Mentor dan mentee membuat rumusan hasil perbincangan.
5. Ketua mentee memberi penilaian kepada mentee lain dalam

kumpulan.

Merancang untuk masa depan yang lebih baik.

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 9
Tajuk 7 November 2022 (Isnin)
Objektif Tetap Pendirian dan Gaya Hidup Sihat
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) Menyatakan dua kepentingan mempertahankan keputusan
Langkah ii) Membuat keputusan dengan bertanggungjawab
iii) Membezakan antara yang baik dan buruk

30 minit
Tiada

1. Mentor mendapatkan maklumbalas mentee berkenaan tentang
gaya hidup yang diidami dan sebaliknya gaya hidup yang diracuni.

2. Bincangkan persoalan:
a) Perbezaan gaya hidup seorang Youtuber berbanding manusia
biasa seperti kebanyakan orang
b) Memilih antara vape, dadah, alkohol berbanding kolej, kerjaya
dan hidup berkeluarga.

3. Mentor berkongsi maklumat tentang remaja yang hidupnya
terkesan akibat aktiviti yang tidak sihat.

4. Mentee berkongsi pandangan masing-masing dan membuat
rumusan.

5. Ketua mentee memberi penilaian terhadap mentee lain.

Falsafah Ambil yang jernih, buang yang keruh.

Tarikh Perjumpaan Mentor Mentee & SUMUR 10
Tajuk 21 November 2022 (Isnin)
Objektif Semangat Juang dan Hidup Berwawasan
Di akhir program diharapkan mentee dapat:
Masa
Bahan i) mengetahui kepentingan fokus dalam mencapai kejayaan
Langkah ii) mencapai sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh dalam

Falsafah apa jua keadaan
iii) menyatakan kebaikan persaingan sihat dalam mencapai

kecemerlangan

30 minit
Kertas A4

1. Mentor mengedarkan kertas A4 kepada setiap mentee dan
menerangkan tugasan mentee supaya membuat akronim daripada
perkataan ‘B-E-R-A-N-I”.

2. Mentee diberi masa lima minit untuk membuat akronim masing-
masing.

3. Contoh akronim:
B – Bertanggungjawab/ Best
E – Empati/ Excellent
R – Ramah /Respect
A – Anggun/ Action
N – Neutral/ Network
I – Ikhlas/ Inspire

4. Mentee membentangkan hasil akronim masing-masing.
5. Mentor membuar rumusan tentang kepentingan sikap berani dalam

mengharungi cabaran kehidupan.

Tanpa keberanian, kebijaksanaan tidak berbuah.

Jutaan terima kasih kepada
barisan kepimpinan pentadbir,

dan semua mentor
SMJK Notre Dame Convent
atas usaha membudayakan
sikap kasih sayang dan meningkatkan

semangat kekeluargaan
yang kukuh di sekolah serta
sentiasa mengambil berat terhadap
kebajikan anak-anak murid ke arah
mendidik mereka menjadi insan yang
sopan dan beradab di samping
mewujudkan suasana yang selesa,
selamat dan sejahtera dalam

kalangan murid.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Tolga Akcay- Bekannter Experte für künstliche Intelligenz
Next Book
สรุป E-book พัฒนาบุคลากร