The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-buletin kktm masjid tanah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ssadmin81, 2019-10-03 02:36:14

elektronvalen

e-buletin kktm masjid tanah

Keywords: tvetmara,kktm masjid tanah

ELEKTRONVALENS

KKTM MASJID TANAH

EDISI 1

APA YANG MENARIK EDISI INI

Minggu Aspirasi KELAB KKTM MASJID TANAH
Sesi pendaftaran pelajar baru
Program CSR KKTM Masjid Tanah menyediakan sembilan kelab untuk
Teknologi disertai oleh kakitangan dan pelajar. Kelab merupakan
salah satu cabang “life campus style”

HIMPUNAN AKTIVITI

Memaparkan himpunan aktiviti sepanjang bulan
Januari hingga Jun 2019

KM1, Persiaran Paya Lebar, 06 - 385 1104
Ramuan China Besar,
78300 Masjid Tanah, Melaka www.masjidtanah.kktm.edu.my

kktmasjidtanah

MENARIK DI DALAM 03
04
PENDAFTARAN PELAJAR BARU 09
PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG 11
JAN - JUN 2019 13
14
CSR JAN - JUN 2019 15
MINGGU ASPIRASI SESI 17
JAN — JUN 2019 18

KELAB KKTM MASJID TANAH 01
KURSUS PENGENDALIAN
MESIN SUSPENSI

SUDUT CERAMIC@AMPTeC

TVET DALAM PERSPEKTIF ISLAM

PERSONALITI TVET

Bingkisan Ketua Editor

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya e-bulletin KKTM Masjid Tanah ini
berjaya diterbitkan buat julung kali nya pada tahun ini. Antara tujuan utama penerbitan buletin e-buletin yang diberi
nama ELEKTROVALEN ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di KKTM Masjid Tanah
sepanjang semester Sesi Januari – Jun 2019.

Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama pelajar dan
pensyarah tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan. Tahniah sekali lagi kepada sidang editor
ELEKTROVALEN pada kali ini. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mempunyai skop yang begitu luas selain amat
berpotensi, disebabkan itu pembabitan pelajar negara ini terutama golongan muda amat penting. Sejajar dengan itu,
KKTM Masjid Tanah merupakan salah satu platform terbaik bagi pelajar – pelajar untuk memahirkan diri dalam
bidang teknikal.

Sebagai ketua editor ELEKTROVALEN, saya mewakili Unit Seranta & Redaksi 2019 memohon maaf jika
terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan makalah bulletin ini dan ampun maaf dipinta,
sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya
sendiri.

Tinta Pengarah

Segala pujian bagi Allah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya warkah
e-buletin KKTM Masjid Tanah ini dapat diterbitkan buat julung kalinya. Penerbitan warkah
e-buletin KKTM Masjid Tanah yang dinamakan ELEKTROVALEN ini merupakan yang
pertama dalam sejarah sejak hampir sepuluh tahun kolej ini beroperasi. Ia merupakan
manifestasi kepada kesungguhan dan ketekunan warga kerja KKTMMT ini khususnya ahli
sidang redaksinya, dalam merealisasikan hasrat untuk meninggikan imej kolej sekaligus
menjana perubahan positif ke arah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada
masyarakat.

Melalui ELEKTROVALEN ini beberapa artikel penceritaan tentang kejayaan dan
pencapaian kolej telah dapat diutarakan yang mana ia haruslah dilihat dari sudut
peningkatan motivasi dan pemupukan nilai cintakan kolej di kalangan warga kerjanya.
Kejayaan yang telah berputik dan diperolehi selama ini adalah merupakan interpretasi daripada semangat kerja
berpasukan dan inovasi warganya. Pemaktuban warkah berupa e-buletin rasmi ini diharapkan dapat merakamkan
dalam lipatan sejarah aktiviti-aktiviti dan pencapaian penting KKTMMT sepanjang suku tahunan bermula pada tahun
2019 ini. Selain daripada itu ianya juga haruslah menjadi wadah penyampaian maklumat untuk sebaran dalaman
dan luaran.

Artikel berbentuk ilmiah dan teknikal turut dimuatkan dalam e-buletin ini dengan harapan ia dapat
mencambah serta menjana potensi dan kompetensi di kalangan warga KKTMMT dalam melaksanakan amanah
yang telah diberi khususnya sebagai pemain utama dalam institusi yang menawarkan program TVET ini kepada
seluruh masyarakat.

Pemilihan ELEKTROVALEN sebagai nama rasmi bagi warkah e-buletin ini adalah sangat signifikan dengan
fungsi KKTMMT ini yang mana program-program latihan yang ditawarkan di KKTMMT ini yang memfokuskan
kepada pemprosesan bahan termaju. Semoga dengan penerbitan ELEKTROVALEN ini ianya dapat dijadikan medan
bagi mencapai objektif dan inspirasi ianya diterbitkan.

02

PENDAFTARAN PELAJAR BARU
SESI JAN - JUN 2019

gram yang ditawarkan semester ini iaitu : Bilangan
39
Program 17
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
Diploma Industri Pembuatan Aeroangkasa

dan Seramik manakala untuk program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Komposit Polimer, tia
da tawaran dibuka untuk semester ini.

MINGGU SILATURRAHIM SESI
JAN - JUN 2019

03

PROPRGORGARAMM/&AAKKTTIIVVIITTII

Januari 2019

Program : Industrial Engagement 1.0 Jabatan Automo- Program : Majlis Perpisahan Staf, iaitu Pn. Aznira Bt. Abdullah(TP
tive bersama Federal Auto (Volkswagen & Volvo) HEA), Cik Ira Wahida Bt. Wood (Pembantu Setiausaha) dan Cik Nor
Program : Bengkel “Dirimu Permata Berharga” Najihah bt. Ayob (Pelajar praktikal).

Program : Town Hall Session 3.0

Program : Plilihanraya MPP KKTM Masjid Tanah 2019

Februari 2019

Program : Career Talk & Walk In Interview by Torrecid
(M) Sdn Bhd

Program

Program : CSR Jom derma darah 04

PROGRAM & AKTIVITI

Mar 2019

Program : Hari Terbuka Jabatan Plastik
Program : Komposites Fun Ride

April 2019

Program : World Skill Belia peringkat Pra-kelayakan Program : Bengkel penambahbaikan Program Diploma KKTM
Masjid Tanah

05

PROGRAM & AKTIVITI

Mei 2019

Program : Quran Hour 2019 Program : English Circle Rendezvous Prorgram

Program : Sumbangan Aidil tri Program : Gotong - Royong & Agihan BUBUR CHA CHA

Jun 2019

06

PROGRAM & AKTIVITI

CSR - Infaq Ramadhan
30 Mei 2019 - Satu program CSR dengan kerjasama KKTM Masjid Tanah
bersama Global Peace Malaysia bagi memberi sumbangan kepada asnaf sekitar
kolej. Program ini merupakan satu aktiviti pengisian Ramadhan yang dikelolai
oleh Unit CSR KKTM Masjid Tanah. Dengan adanya program begini ia dapat
membantu dan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk
menjalani bulan Ramadhan dan persiapan untuk menyambut Syawal

Gotong Royong Masak Bubur Chacha
31 Mei 2019 - Program gotong royong memasak bubur chacha yang dianjurkan oleh
Jabatan Teknologi Pemprosesan Plastik merupakan satu program pengisian aktiviti di
bulan Ramadhan dimana bubur ini akan diagihkan kepada semua staf KKTM Masjid
Tanah, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Pada tahun ini dilakukan
kelainan dengan memperkenalkan bubur chacha menggantikan bubur lambuk yang
lazim disediakan pada bulan Ramadhan

Sambutan Aidilfitri 2019 KKTM Masjid Tanah
17 Jun 2019 - Apabila Syawal tiba, sambutan Aidilfitri merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan di KKTM Masjid
Tanah. Kekurangan sambutan kali ini adalah dengan ketiadaan para pelajar kerana pelajar senior dan junior belum
lagi mendaftar semester. Sambutan hanya dikalangan kakitangan staf KKTM Masjid Tanah tetapi ia tetap meriah
dengan pelbagai juadah

07

PROGRAM & AKTIVITI

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2019
24 Jun 2019 - KKTM Masjid Tanah menerima pendaftaran seramai 190 orang pelajar baru yang berdaftar pada sesi
Julai 2019. Pendaftaran kali ini dikategorikan sebagai pendaftaran paling ramai semenjak KKTM Masjid Tanah
ditubuhkan di mana pendaftaran pelajar ini melebihi kuota penggambilan dengan Program Diploma Teknologi
Kejuruteraan Automotif (DAF) 64 orang pelajar, Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Polimer
Komposit (DTP) 40 orang pelajar, Program Diploma Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa (IAC) 65 orang
pelajar, Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Plastik (DTL) 13 orang pelajar dan Diploma
Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Seramik (DTS) 8 orang pelajar.

Minggu Silaturahim (MSR 2019)
25 Jun 2019 - Program pendedahan pelajar baru kepada sistem dan suasana budaya kehidupan kampus di KKTM
Masjid Tanah. Aktiviti sepanjang minggu merangkumi pendedahan kepada sistem pembelajaran dan pengajaran, hal
ehwal pelajar, program sukan dan aktiviti di dalam kumpulan disamping lawatan ke bengkel dan bangunan
akademik. Pelajar juga diberi peluang untuk mengkaryakan kreativiti dalam persembahan budaya pada majlis
penutup MSR ini.

08

CSR 2019

NAIKTARAF KEMUDAHAN TAHFIZ

Tarikh : 30 Januari 2019
Tempat : Pusat Tahfizul Quran Al-
Qamar, Tanjung Bidar, Masjid Tanah
Mela ka

Program CSR Bil 1/2019 ini adalah salah satu program yang dirancang oleh unit CSR
KKTM Masjid Tanah untuk menaiktaraf kemudahan riadah kepada pelajar Pusat
Tah zul Quran Al - Qamar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyediakan
kemudahan gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola sepak jalanan. Kerja -
kerja yang terlibat adalah mengecat garisan gelanggang, menyediakan tiang gol
serta tiang sepak takraw dan juga net sepak takraw. Seramai 17 orang kakitangan
KKTM Masjid Tanah terlibat dengan program ini manakala dana untuk program ini
pula adalah dari sumbangan warga KKTM Masjid Tanah.

KEMPEN JOM DERMA DARAH

Tarikh : 28 Februari 2019
Tempat : KKTM Masjid Tanah
Masa : 9.00 pg – 3.00 ptg

Kempen Jom Derma Darah merupakan program anjuran bersama Jawatankua-
sa CSR dan Badan Kebajikan Staf (BKS). Seramai 70 penderma di kalangan staf
dan pelajar KKTM Masjid Tanah telah menjayakan program ini. Di samping itu,
staf dan pelajar juga berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan masingg
- masing. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan BMI,
tekanan darah tinggi, tahap gula dan pelbagai lagi.

09

GOODIES FOR
SYRIAN KIDDIES

‘Goodies For Syrian Kiddies’ merupakan projek amal antarabangsa anjuran Jawatankuasa CS-R dan

Jawatankuasa Kerohanian KKTM Masjid Tanah untuk menyediakan kelengkapan persekolahan
anak—anak Syria di Sekolah Kita I, Mafraq Jordan. Segala kelengkapan dan goodies ini telah disampaikan
oleh wakil kolej, iaitu Pn Noraisah Ismail pada Isnin, 25 Mac 2019. Setinggi—tinggi penghargaan diberikan
kepada semua warga kolej yang telah membantu mencari dana sehingga kutipan wang tunai berjumlah
RM10,515.80 berjaya dikumpul bagi merealisasikan projek amal ini. Antara kelengkapan persekolahan
yang diberikan ialah bagpack, pensil warna, bekas pensil, pensil serta pelbagai jenis biskut. Semoga
dengan pemberian kecil ini, ianya mampu menceriakan hari anak—anak Syria yang serba kekurangan ini.

10

PENGISIAN MINGGU ASPIRASI
JAN—JUN 2019

11

Warna-Warni Minggu Aspirasi
JAN—JUN 2019

12

KELAB KKTM MASJID TANAH

Kelab Silat Kelab Teater Kelab Muay Thai

Sebanyak 9 kelab telah ditubuhkan di KKTM Masjid Tanah bagi menyemarakkan lagi aktiviti pelajar
disamping memenuhi tuntutan keperluan rohani dan jasmani. Kelab yang ditubuhkan ialah Kelab
Memasak, Kelab Basikal, Kelab Fun2green, Kelab Teater, Kelab Muay Thai, Kelab Kecergasan, Kelab Dron,
Kelab Bahasa Mandarin dan Kelab Silat. Semua aktiviti kelab dijalankan pada setiap hari Rabu bermula
jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Semua pelajar semester 3, 4 dan 5 diwajibkan menyertai salah satu
kelab yang ditubuhkan.

Kelab Mandarin Kelab Dron Kelab Fun2Green

Kelab Basikal Kelab Memasak Kelab Kecergasan

13

KURSUS PENGENDALIAN
MESIN SUSPENSI

Satu kursus pengendalian mesin penguji suspensi telah dijalankan pada 28 Februari 2019
bertempat di Bengkel Automotif KKTM Masjid Tanah. Kursus pengendalian ini disertai oleh
pengajar automotif dan pelajar-pelajar TTEP. Kaedah sebenar penggunaan mesin ini
disampaikan oleh En Tan dari China. Pada awalnya peserta kursus mengalami kesukaran
kerana Encik Tan tidak fasih berbahasa inggeris. Walaubagaimanapun masalah itu dapat diatasi
dengan bantuan penterjemah iaitu En Tau k. Mesin CL-3T401 menggabungkan ujian fungsi
Brek, Axle dan fungsi penguji sampingan di dalam satu laluan. Dengan menu operasi yang
mesra pengguna, ia hanya mengambil masa 3 minit untuk memeriksa prestasi brek roda
kenderaan, daya rintangan roda, kadar penjerapan penggantungan, beban roda dan nilai slip
sampingan. Sistem integrasi dapat dikomersialkan dengan peralatan luaran lain seperti
speedometer, lampu, pelepasan ekzos, dan lain-lain. Ini adalah kawalan proses berkomputer
yang mempunyai operasi mudah dan menu kawalan mesra pengguna. Struktur mekaniknya
adalah padat dan boleh dipercayai, dengan sensor berketepatan tinggi untuk memastikan
ketepatan hasil pemeriksaan. Diharapkan dengan penambahan insfratruktur canggih di
bengkel Automotif ini dapat meningkatkan mutu kerja dan kemahiran pelajar KKTM Masjid
Tanah.

14

15

Ts. Abu Bakar Bin Aramjat

Pengurus Projek

Syukran Bin Zainol

Pembentang Projek

16

TVET DALAM PERSPEKTIF
ISLAM

Pendidikan Islam hari ini sering terlambat untuk merumuskan diri mereka seolah-olah menganggapi
perubahan dan trend dalam pembangunan masyarakat kita hari ini dan masa depan. Sistem pendidikan Islam
kebanyakannya lebih cenderung untuk berorientasikan diri dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial dan
bukannya sejenis sains yang tepat zik, kimia, biologi dan matematik moden. Walaupun keempat sains ini dan
perkembangan teknologi canggih sangat diperlukan. Sains yang tepat tidak menerima apresiasi dan tempat yang
tepat dalam sistem pendidikan Islam.
Berkaitan dengan pendidikan Islam dan penembusan gelombang teknologi ini, terdapat
sekurang-kurangnya tiga perkara utama dalam perbincangan ini. Pertama, Islam sebagai pandangan dunia adalah
asas pemikiran yang mempunyai bidang pembelajaran sendiri. Kedua, Kemahiran Hidup Keperluan manusia
(keperluan manusia) yang lebih terkenal dengan istilah TVET. Ketiga, teknologi ini sebagai sebahagian daripada era
pengembangan yang sudah ada di pusingan umum.
Di dalam bidang pertama, "Sumber Islam" yang telah disebutkan
dalam lembaran sebelumnya, kedudukan Al-Qur'an dan Sunnah
adalah sumber utama pengajaran Islam, semua aktiviti dan
keputusan dalam Islam tidak akan dianggap penting jika ia
tidak datang dari sumber itu. kesucian (taqdis) dari
Al-Qur'an dan Sunnah oleh ulama-ulama Islam
dianggap sebagai teks hidup, sehingga percaya
bahwa kehadirannya selalu kontekstual setiap zaman .

Melihat domain kedua adalah "keperluan
manusia" adalah kesinam- bungan dan tidak
berkesudahan. Mengubah masa telah menyebabkan
segala macam kesibukan keperluan manusia. Dari
hari ke hari ia terus melekat. Tidak dina kan bahawa
manusia mencari pelbagai penyelesaian dalam
keperluan penyelesaian yang dipenuhi sekarang,
kemudian dan di masa depan. Keperluan sumber manusia,
kepakaran, pendidikan, kemahi- ran dan pemberdayaan telah
menjadi instrumen yang mewakili fraksi dalam bidang ini. Bidang
teknikal kemahiran atau TVET kini sebe- narnya telah diterapkan di dalam al
quran surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah
merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
menjelaskan tentang penting manusia untuk mengekalkan dunia ini dalam keadaan baik di samping kita mengejar
kemodenan tetapi perlu juga untuk kita mengetahui cara untuk membaikpulih alam sekiranya perbuatan kita
dalam mencipta teknologi ini boleh mendatangkan kerosakan. Maka, kita memerlukan golongan teknikal ini untuk
memikul tanggungjawb ini. Islam amat mementingkan kelestarian alam untuk sekelian makhluk Allah Ta’ala agar
kita tidak menjadi golongan yang hanya pandai mencipta, mereka dan menghasilkan sahaja tetapi pandai juga
untuk mengekalkan, memperbaiki dengan ilmu dan kemahiran yang boleh dipelajari melalui bidang TVET ini.
Tambahan pula, berkaitan dengan "teknologi", menjadi bidang ketiga secara empirikal cuba memberikan
tawaran penyelesaian separa kebimbangan manusia. Kehadirannya memberikan usaha untuk menjadikan
kehidupan manusia yang kompleks menjadi lebih sederhana, menguraikan kerumitan, memudahkan akses
kepada pengetahuan, mempersingkat cara kerja, kecekapan. oleh itu penyelidikan dan pembangunan adalah
elemen penting dalam sistem teknologi
Tetapi ketiga-tiga harus dapat menghubungi satu sama lain dan memberi warna baru. Konsekuensi yang
dihadapi tiga instrumen memberikan beberapa perspektif yang lebih "akomodatif, rasional, dan relevan" untuk
kemajuan pendidikan Islam. Seperti menanam pelbagai perisian dalam pembelajaran Islam, mendigitalkan
bantahan buku, dan kemudahan lain sebagai sokongan untuk meneroka sumber-sumber Islam. Wallahu A’lam

17

PERSONALITI TVET

Personaliti TVET

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan Industri) UTeM 2014

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) UTHM 2005

Diploma Kejuruteraan Mekanikal dengan Pendidikan UTHM 2002

NAMA REKOD PERKHIDMATAN
HASMADI BIN MAT SAFAR
TARIKH JAWATAN BAHAGIAN
TARIKH LAHIR MULA Jabatan Teknologi
16 MAC 1981 Pemprosesan Polimer
15.5.2007 Pegawai Latihan Komposit, Kolej Kemahiran
ASAL Tinggi MARA Masjid Tanah,
PERLIS - Sekarang Vokasional (Pensyarah)
Melaka
JAWATAN
PEGAWAI LATIHAN SUMBANGAN DAN KEJAYAAN TERPENTING
VOKASIONAL
 Menjalankan tugas Ketua Program Polimer Komposit dari Januari
GRED JAWATAN 2016 sehingaa Mac 2018.
DV 44
 Menyertai National Innovation And Invention Competition Exhibition
KELUARGA 2018 (iCompEx’18) dan memenangi 2 Perak dan 1 Gangsa.
ISTERI :
FADILAH BINTI MAT ASSAIN  Merancang dan menjalankan dua projek Penyelidikan dan
ANAK : Pembangunan (R&D) bersama (CTRM Sdn. Bhd. dan AMIC).
1. HUMAIRA AZZUHRA o RTM 6 : Aircraft Spoiler – Mac 2018 hingga sekarang.
2. HANIS AZZUHRA o Pultrusion : Spoiler Wedges for Aircraft – Januari hingga Jun
3. HAZIQAH AZZUHRA 2017.
4. HAMANI AZZUHRA
 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA/KKLW untuk tahun
FALSAFAH KEHIDUPAN 2010 dan 2017.
Permudahkan Urusan Orang
Lain Supaya Allah  Anugerah Pendidik MARA 2018.
Mempermudahkan Urusan  Merancang dan membangunkan COVE – Asian Composites
Kita
Technology Center (ACTC) di KKTM Masjid Tanah dengan
kerjasama CTRM Sdn. Bhd., AMIC dan NAICO pada tahun 2017
hingga sekarang.
 Merancang dan membangunkan program Diploma Industri
Pembuatan Komposit Aeroangkasa bersama CTRM Sdn. Bhd.
dan JPK di KKTM Masjid Tanah dari tahun 2015 hingga sekarang.
 Merancang dan melaksanakan 11 program Khidmat Perundingan
dan Pengajian Sepanjang Hayat dari tahun 2013 hingga 2018
untuk MEX, MARA Sarawak, MARA Melaka, MARA Aerotech,
UniKL MIAT, UniKL MICET, IKBN, CTRM Sdn. Bhd dan AMIC.
 Merancang dan melaksanakan perolehan alatan Jabatan Polimer
Komposit untuk fasa 2 dan fasa 3.

17
18

SIDANG REDAKSI 2019

Faiz Due

Nora

Fatin Nup Fiza Jaha Ina
Pali Ra

JAWATANKUASA ELEKTRONVALENS KKTM MASJID TANAH 2019

PENAUNG
HJ. AZMAN BIN ALI

PENGARAH

PENGERUSI
AZUAN BIN MD GHAZALI

PENYELARAS AHLI
NORAZNIZA BT ZAINAL ABIDIN MOHD MUSTAFA KAMAL B. ABDUL WAHID
MUHYIADDIN ABDUL QADIR BIN ABU BAKAR
SETIAUSAHA AZHAR BIN IBRAHIM
FATIN LIYANA BINTI JAMALUDIN MOHD FADLI BIN HASAN

EDITOR NUPIAH BINTI ABU
Ts. MOHD RIZUAN BIN NGAH NOOR SHAHFIZAH BT JAMIL
AZRINA BT ZAKARIA SHAHIRA BT HUSSIN
DAHRI BIN SAID

MOHD NORAFI BIN MOKSIN
AHMAD FAIZ BIN ABD AZIZ

19


Click to View FlipBook Version