haziqah
Isi kandungan Pengenalan Fungsi sastera melayu Hiburan Pendidikan Dakwah Kritikan sosial 1. 2. 3. Manifestasi akal budi 4. Pantun 5. Syair 6. Seloka 7. Gurindam
Kesusasteraan melayu ialah hasil karya seni atau ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat melayu. Sastera juga merupakan seni bahasa atau dapat dikatakan sebagai ungkapan spontan daripada perasaan, keterbukaan dan keluaan yang mendalam. Menurut Hashim Awang (1987) kesusasteraan itu adalah "Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Jika sastera itu dituturkan ia disebut sastera lisan dan sastera yang ditulis pula disebut sebagai sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. Maksud sastera dalam kamus dewan edisi keempat ialah, kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai cir-ciri keistimewaan yang tertentu. Selain itu, sastera juga disebut sebagai hasil ciptaan seseorang (sasterawan negara) yang diiktiraf oleh masyarakat. Contohnya, Datuk Dr. Usman Awang dan Datuk Dr. A. Samad Said. Sastera pada masa kini dianggap sebagai satu kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pengenalan
Sesebuah karya sastera itu tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab menurut Mokhtar Hassan (2005). Beliau juga mengatakan bahawa teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian. Sastera juga sebagai hasil karya kreatif dan imaginatif yang berfungsi serta mempunyai tujuan tertentu penghasilannya. Terdapat empat fungsi sastera melayu, iaitu hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. Fungsi sastera melayu
Hiburan merupakan salah satu fungsi sastera melayu. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sastera yang berfungsi sebagai hiburan ini membawa keseronokan yang indah serta ianya terhasil daripada keindahan kata-kata atau irama yang diungkapkan. Melalui hiburan dalam sesebuah karya sastera, pembaca akan mendapat ketenangan dan dapat juga menghilangkan penat lelah pembaca. Hiburan terhasil daripada keindahan bahasa, kata-kata yang diungkapkan berserta irama yang tersusun, mempunyai unsur kelucuan. contohnya cerita tentang kebodohan pak pandir yang banyak membuat orang ketawa. dalam cerita Pak Pandir, Mak Andeh ada meminta pak pandir menangkap ikan dengan menggunakan belalang rusa sebagai umpan, tetapi pak pandir menjadikan rusa sebagai umpan hiburan
Melalui pendidikan yang menjadi fungsi sastera melayu, pendidikan dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran kepada pembaca. Selain itu, pendidikan juga mampu menghidupkan daya imaginasi pembaca serta menghidupkan semangat pembaca. Menurut Shamsudin Othman 2015, alat pendidikan yang bakal menetapkan penyebaran kecerdikan masyarakat. Antara contoh karya sastera yang berfungsi sebagai pendidikan ialah cerita kura-kura dan monyet yang banyak memberi nilai-nilai murni dan pengajaran. Seperti di dalam cerita, monyet mencuri pisang di kebun Kura-kura dan akhirnya Monyet telah memakan cili yang ditanam Kurakura akibatnya, Monyet kepedasan. Disini pengajaran yang dapat dipelajari ialah janganlah mencuri dan mintalah keizinan daripada tuannya. pendidikan
dakwah Dakwah dapat disampaikan melalui sesebuah karya sastera dan bertujuan untuk proses penyampaian pesanan suci tuhan kepada manusia. Ia juga merupakan satu medium penyampaian dakwah melalui bahasa serta dapat mendorong manusia untuk berbuat kebaikan atau kebajikan melalui bahasa yang indah. A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan kaedah dan syariat islam. Contohnya, kita boleh menyampaikan dakwah dia dalam pantun seperti pantun di bawah Adat mati dikandung tanah, Dunia tinggal harta pun tinggal; Selamat mati mengandung ibadah, Banyak amal banyak bekal. Pantun itu membawa maksud bahawa kita perlu memperbanyakkan ibadah agar dapat dijadikan bekalan di akhirat kelak.
Usman awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya menegaskan bahawa sastera adalah gambaran kehidupan manusia. Karya sastera yang berfungsi sebagai kritikan sosial berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Melalui karya sastera seperti ini, ia kan mempengaruhi tindakan dan adab, serta bertujuan untuk mengkritik menegur ataupun menyampaikan mesej. Karya Anganangan Mat Jenin dapat menggambarkan seorang pemuda yang kuat berangan tanpa melakukan apa-apa. Akhirnya Mat Jenin mati akibat tidak menumpukan perhatian kepada pekerjaannya. kritikan sosial
manifestasi akal budi Menurut kamus dewan edisi keempat, manifestasi bermaksud perbuatan (ucapan) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu. Manifestasi juga bermaksud melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan, menjadi nyata. Manakala maksud akal budi mengikut kamus dewan edisi keempat pula ialah, fikiran yang sihat. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia. Menurut Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin akal budi dapat didefinisikan sebagai cara kita memberi makna dan mentafsir alam sekeliling dengan menggunakan akal fikiran. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa dan lazimnya dalam bentuk penghasilan karya seni, khususnya dalam bentuk seni tampak dan seni sastera.
pantun Pantun ialah puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman-berzaman lagi. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud
pantun nasihat Burung merpati di dalam sangkar, Baru sepurnama dapat dijerat; Kalau kita rajin belajar, Ilmu berguna banyak didapat. Dalam bahagian pembayang pantun, penulis menulis tentang burung merpati. Penulis memilih burung merpati kerana biasanya ditangkap kerana boleh menjadi peneman seseorang individu itu serta burung merpati ini ialah haiwan yang menurut perintah dan pandai pulang ke sangkarnya sendiri. Perkataan sepurnama bermaksud satu bulan iaitu 30 hari. Penulis menulis “baru sepurnama dapat dijerat" kerana, burung merpati sukar untuk dijerat bagi mereka yang tidak cekap dan tidak bersedia. Dalam bahagian maksud pantun pula, penulis ingin menyatakan bahawa semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang berguna kita peroleh. Dengan ilmu yang kita peroleh, kita boleh berkongsi dengan yang lainnya. Kalau kita rajin belajar juga, kita akan dapat keputusan yang cermelang serta dapat mencapai impian kita. Terdapat perkaitan antara pembayang dan maksud pantun iaitu, sekiranya kita ingin berjaya dalam sesuatu kita perlukan jangka masa yang lama samalah jika kita ingin menagkap merpati.
pantun jenaka Dalam bahagian pembayang pantun, frasa "malam hari pasang pelita" memberitahu bahawa apabila malam telah tiba, seharusnya memasang pelita untuk menerangi malam yang gelap gelita. bagi frasa "datang ribut tutuplah tingkap" , penulis ingin mengingatkan bahawa kita perlu menutup tingkap ketika ribut kerana ianya bahaya. pada bahagian maksud pantun pula, frasa " macam murai leka bercerita" menggambarkan burung murai yang bising mulutnya pada setiap masa. Maksud perkataan bayan dalam frasa " tak sedar bayan pandai bercakap" ialah burung nuri. Burung Nuri merupakan salah satu haiwan yang dilindungi di Malaysia. Malam hari pasang pelita, Datang ribut tutuplah tingkap; Macam murai leka bercerita, Tak sedar bayan pandai bercakap.
pantun sindiran Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. Dalam bahagian pembayang pantun, penulis bergerak dari Kelang yang terletak di Selangor ke Jawa, Indonesia. bagi frasa "naik sigai ke atas atap" maksud sigai ialah pasak yang dipasang pada tiang buluh tempat berpijak apabila memanjat tempat tinggi seperti atap. Pada bahagian maksud pantun pula, penulis ingin menyindir seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaiannya, sudah tentu akan ditertawakan oleh orang lain.
pantun adat Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang: Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. Pada bahagian pembayang pantun, penulis ingin mengatakan bahawa adat berhubungan dengan syarak serta Quran dan hadis menjadi tiang yang dimaksudkan sebagai quran dan hadis ini ialah panduan hidup seseorang muslim atau muslimah itu. Bagi maksud pantun pula, penulis menyatakan bahawa tanda seseorang itu berbudi akhlak adalah dengan kelakuannya yang baik hati dan penyayang. JIka kita mengikut adat, samalah kita mengikut quran dan hadis yang dijadikan pegangan. Sekiranya kita berkelakuan baik, samalah kita dengan umat yang berbudi akhlaknya.
pantun agama Kemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya, Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya. Dalam bahagian pembayang pantun, penulis menulis kemumu di dalam semak kerana kebiasaanya kemumu dijumpai disitu. Kemumu ialah keladi cina yang boleh digulai daun dan batangnya. Frasa " jatuh melayang selanya" bermaksud jatuhnya bulu halus atau miang pada tumbuhan itu, apabila ditiup angin. bagi maksud pantun pula penulis ingin mengatakan bahawa walaupun seseorang itu tinggi ilmunya, namun itu semua tidak ada gunanya jika dia tidak bersembahyang. Hal ini kerana, sembahyang merupakan tiang agama dan menjadi kewajiban untuk semua umat islam.
syair Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Tiap-tiap rangkap syair terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya. syair juga membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik
Syair Pohon Buluh Menara tinggi banyak bertingkat Di sana tiada bilik bersekat Tiada bertangga naik melekat Mata-mata menjaga segenap pangkat Yang ada sedia panji-panji bendera Hingga sampai ke kemuncak menara Banyak ada ia bersaudara Yang ada pula bersama gara Selalu dipandang dilihat adanya Tinggi rendah dijerat pangkatnya Besar kecil ikat binanya Terlalu kuat pula asasnya Ikatnya licin di luar di dalam Gelapnya di dalam seperti malam Air tak tiris seperti kolam Ikat tingkatnya tak nampak alam (Mohd. Yusof Md. Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh)
Sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga menggambarkan pohon buluh. Setiap pangkat iaitu ruas buluh dikawal oleh mata-mata yang merujuk kepada miang buluh. Secara keseluruhannya, dapat diakatakan bahawa, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan agar hidup secara bermuafakat dan saling menghormati antara satu sama lain. Menara tinggi banyak bertingkat Di sana tiada bilik bersekat Tiada bertangga naik melekat Mata-mata menjaga segenap pangkat rangkap 1
Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Ia menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu negara yang aman, sentosa dan sejahtera. Yang ada sedia panji-panji bendera Hingga sampai ke kemuncak menara Banyak ada ia bersaudara Yang ada pula bersama gara rangkap 2
Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz menggambarkan kesatuan yang kuat dan utuh. Masyarakat perlulah hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, kedudukan serta pangkat, barulah hidup sentiasa harmoni. Selalu dipandang dilihat adanya Tinggi rendah dijerat pangkatnya Besar kecil ikat binanya Terlalu kuat pula asasnya rangkap 3
Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam batangnya gelap umpama malam, serta boleh menakung air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu kumpulan yang kuat. Ikatnya licin di luar di dalam Gelapnya di dalam seperti malam Air tak tiris seperti kolam Ikat tingkatnya tak nampak alam rangkap 4
seloka Seloka merupakan puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. Seloka mengandungi pepatah mahupun perumpamaan serta berunsur senda gurau, sindiran atau ejekan. Seloka kebiasaanya ditulis dalam empat baris yang menyerupai pantun atau syair
Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk
Melalui seloka Pak Kaduk ini,,terserlah kebodohan dan ketidakmampuan seseorang untuk berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatuperbuatan atau bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Sikap seperti ini perlu dielakkan kerana disebabkan kebodohan diri sendiri, akan mengakibatkan diri seseorang itu, ditimpa malang. Sebagai contoh, dalam seloka Pak Kaduk ini, Pak Kaduk menjadi malang akibat daripada kebodohannya sendiri yang bertindak tanpa berfikir secara waras.
Terdapat juga unsur sindiran terhadap manusia yang suka membazir. Sikap suka membazir Pak Kaduk disindir oleh penulis pada baris " ada nasi dicurahkan". Sebagai contoh, Pak Kaduk membuang nasi menyebabkan dia berada dalam kelaparan. Selain itu, pada baris " ada isteri dibunuh" merupakan sindiran kepada Pak Kaduk yang bersikap kejam terhadap isterinya kerana dipengaruhi perasaan marah dan bertindak secara melulu tanpa berfikir. Sebagai contoh, perbuatan Pak Kaduk yang sanggup membunuh isteri sendiri kerana marahkan isterinya yang selalu menegur perbuatan bodohnya itu
Terdapat juga sindiran kepada manusia yang yang suka berjudi sehingga mengorbankan harta, tanah dan kampung. Pada baris "ayamnya menang kampung tergadai" menunjukkan kebodohan Pak Kaduk yang bertukar ayam dengan Raja tanpa berfikir panjang.
Gurindam Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak. Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas, dan isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang bermain-main dan menggeli-gelikan hati. Di dalam gurindam, perkataannya banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu seolah-olaj untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik.
Gurindam 12 pasal 12 (Raja Ali Haji) Raja mufakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri. Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja. Hukum ‘adil atas rakyat, Tanda raja beroleh ‘inayat. Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Hormat akan orang yang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. Ingatkan dirinya mati, Itulah asal berbuat bakti. Akhirat itu terlalu nyata, Kepada hati yang tidak buta.
Akal budi pada pasal 12 ini, dapat ditafsirkan bahawa hubungan raja dengan menteri perlulah baik dengan saling menjaga antara satu sama lain, dan seharusnya bekerjasama. Di dalam gurindam 12 pasal ke-12 ini juga ada menyebut bahawa raja yang baik atau raja yang mendapat petunjuk dari Allah adalah raja yang adil terhadap rakyatnya. Apa-apa hukum yang dicipta mestilah hukum yang didasari oleh hak asasi manusia.
Orang yang berilmu akan diberkati oleh Allah dan dihormati orang lain. Selain itu gurindam pasal 12 juga ditafsirkan bahawa kita perlulah menghormati setiap manusia. Di dalam gurindam pasal 12 ini juga ada menyatakan bahawa apabila manusia mengingati kematiannya kelak, ia akan lebih berbakti dan banyak beribadah kepada Allah. Akhirnya, orang yang hatinya tidak buta, mengetahui jikalau akhirat itu benar-benar akan tiba dan nyata.
Kesimpulan Tuntasnya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia iaitu seperti pemikiran dan perbuatan manusia itu. Ia juga adalah luahan diri manusia dan manifestasi estetika manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. setiap karya sastera itu semestinya mepunyai unsur tersurat dan tersirat untuk mengungkapkan maknamakna di sebalik kata-katanya. Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan. Manifestasi akal budi pula ialah cara kita memberi makna dan mentafsir alam sekeliling dengan menggunakan akal fikiran. Dengan menggunakan akal fikiran kita sendiri, kita dapat berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan akal budi yang baik.
Rujukan AntashaK. (2016, march 16). KONSEP AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI PEMIKIRAN, PERTUTURAN, PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU. Retrieved from blogspot.com: http://heyantasha.blogspot.com/2016/03/akal-budi-masyarakat-melayudari-segi.html Dr. Azman bin Rahmat, D. M. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Selangor: Pustaka Al- Ehsan. HADI, N. A. (n.d.). KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU. Retrieved from anyflip.com: https://anyflip.com/vfcxg/rlte/basic Harun, M. P. (2000). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Izzah Atirah, S. M. (n.d.). FUNGSI SASTERA MELAYU. Retrieved from anyflip.com: https://anyflip.com/diute/buse/basic KATA, M. (2012, September 29). Pengertian Kesusasteraan Melayu. Retrieved from blogspot.com: https://mimbarkata.blogspot.com/2012/09/pengertiankesusasteraan-melayu.html nanidefran. (2013, January 30). Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu. Retrieved from www.scribd.com: https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsi-kesusasteraanMelayu# RazzOzz. (2020, February 16). Fungsi Sastera Melayu. Retrieved from scribd.com: https://www.scribd.com/presentation/447276356/Tajuk-8- Fungsi-Sastera-Melayu-pptx Shamsudin Othman* , A. M. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan. International Journal of Education and Training, 1- 10. Yusoff, I. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. Zill, D. (2021, july 3). 30 Pantun Empat Kerat – Pantun Lucu, Lawak. Retrieved from 1001contoh.com: https://1001contoh.com/20-pantun-empat-keratpantun-lucu-lawak/
Terima Kasih