Sejarah tulisan khat dan jenis-jenis tulisan khat. BMMB1114
Khat ialah perkataan arab yang bermaksud garisan. seni khat juga merujuk kepada garisan indah yang membentuk tulisan. Seni khat merupakan sejenis seni visual berkaitan dengan penulisan melibatkan gaya lenggok pergerakan menanda kertas (sama ada menggunakan berus, pena atau benda tirus seperti kalam) dengan dakwat. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. PENGENALAN
Sejarah Tulisan Khat
Kelahiran khat ini ada kaitan dengan sumber ketuhanan. Berpendapat bahawa Nabi Adam as adalah pengasas segala bentuk tulisan. Nabi Adam mempelajari daripada Allah dan menulisnya ke dalam pelbagai buku. Seni khat terdiri daripada khat al-Musnad juga dikenali sebagai khat Arab Utara atau Khat Humairi. Khat ini telah tersebar di persekitaran al-Mundhir dan Syam (Syria). Ini berlaku semasa rombongan perniagaan di antara orang Arab Yaman dan orang Arab yang bermukim di Syria, dan Iraq di utara Semenanjung Tanah Arab Melalui mereka, khat ini dibawa secara langsung ke bumi Hijaz. Berdasarkan kepada pendapat G.J Klehr pada pertengahan pertama abad ke- 18 terdapat hubungan antara khat Arab dengan khat Nubti (172M). Menurut Th. Noldeke khat Arab berkembang daripada khat Nubti (1865M). Berdasarkan kepada kajian tentang hasil- hasil ukiran sebelum Islam dan pada abad pertama Hijrah. menunjukkan khat Arab terbit daripada khat Nibti. Ukiran tertua yang dapat dijadikan bukti peringkat-peringkat penyebaran dalam perkembangan khat Nibti yang berlaku pada penghujung abad yang ke-3 dan abad ke-4 masihi telah dijumpai di Umm al-Jamal (250M) dan Nammarah (328M). Pertumbuhan Khat dan tulisan arab pada Zaman Jahiliyyah
Islam telah datang membawa perubahan yang besar terutama dalam bidang penulisan. Penulisan telah menjadi perantaraan terpenting dalam penetapan pencatatan, pengajaran dan penghebahan sehingga ia berkembang luas. Penurunan surah al-Alaq ayat 1-5 kepada junjungan mulia Nabi Muhammad telah menjadi titik tolak kepada penulisan. Penulisan telah menjadi penting apabila ia digunakan untuk menulis ayat- ayat suci al-Quran dan terpelihara sehingga kini. Kemudian turun puta ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas Zaman Rasulullah dan Sahabat
Pada zaman Bani Umaiyah, khat mula berkembang maju Bentuk tulisan pada ketika itu lebih lembut mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tanda titik dan baris mula diperkenalkan untuk memudahkan orang-orang ajam (selain bangsa Arab) mengenali tulisan Arab. Ziad (Dato' Bandar Basrah) merupakan penulis wahyu Rasullullah meminta Abu Aswad alDu'ali meletakkan tanda titik pada tahun 45 Hijrah kemudian perletakan baris disempurnakan oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Disamping itu penggunaan kertas yang terkenal dengan nama kertas Syami' adalah salah satu langkah positif dalam usaha meningkatkan penulisan seni khat Zaman Pemerintahan Bani Umaiyah
Pada tahun 259-566 Hijrah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kehebatan seni khat melalui pendekatan pengindahan pada istana-istana, singgahsana, peralatan rumah, hadiah atau barang-barang antik mereka Pusat seni khat di Mesir atau dikenali sebagai Dewan Insya' di ketuai oleh seorang penulis yang handal dan diberikan gelaran sebagai 'Dastus- Syarif Kerajaan Fatimiyah sentiasa memberikan perhatian kepada seni khat terutamanya pada zaman Kerajaan al-Ayubi dan kerajaan Mamluki Zaman Kerajaan Fatimiyah
Jenis-jenis Tulisan Khat Khat Kufi Khat Thuluth Khat Nasakh Khat Ijazah Khat Farisi Khat Diwani Khat Diwani Jali Khat Riq'ah
Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Khat Kufi
Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Khat Thuluth
Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat yang lain, kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga senang ditulis dan mudah dibaca. Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Khat Nasakh
Khat ini dicipta/diambil dari dua jenis khat iaitu Nasakh dan Thuluth. Ini bermakna khat Ijazah merupakan adunan dua jenis khat menjadi satu. Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang berkelayakkan dalam bidang seni khat, ia juga digunakan untuk tandatangan sultan dan kalifah. Khat Ijazah
Khat Farisi Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya.
Khat Diwani yang bermaksud catatan atau antologi karangan merupakan inspirasi daripada model-model khat yang lain. Khat ini diciptakan oleh MUhamad Munif dan disempurnakan oleh Syahla Pasya dan AlHafidz Othman. Khat Diwani ini terkenal pada tahun 857H selepas KOnstatinopel ditawan oleh Sultan Muhamad al-Fateh. ia diciptakan untu menulis surat rasmi. Khat diwani berbentuk condong ke kiri serta melengkung dan bertindih-tindih Khat Diwani
Khat Diwani Jali Khat Diwani Jali ini berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Khat Riq'ah
Menulis Tema“Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru” dengan menggunakan Khat Thuluth
TERIMA KASIH