The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daniaawatif, 2021-06-27 07:15:32

DIRI SAYA

DIRI SAYA

Nama saya Nur Dania Awatif binti Rosman.Saya berusia 13 tahun dan tinggal di Kuarters IPD
Dungun.Saya mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Muhammad Daiyan Ukail bin
Rosman.Adik saya berumur 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 Dungun
Terengganu.Saya merupakan pelajar Tingkatan Satu di Maktab Rendah Sains Mara Kuala
Berang.Saya dilahirkan pada 10 September 2008 di sebuah hospital yang bernama Hospital Abdul
Halim di Sungai Petani,Kedah.Ayah saya bernama Rosman bin Ibrahim.Beliau berumur 39 tahun dan
merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia.Ibu saya pula bernama Sharina binti Saari dan
berumur 39 tahun.Beliau merupakan seorang suri rumah.

Saya mempunyai sebuah keluarga yang Bahagia.Saya amat besyukur dengan kedatangan mereka di
dalam hidup saya.Oleh itu,mereka merupakan individu yang paling saya sayangi dan
hormati.Walaupun saya gagal menjadi seorang anak atau kakak yang baik,mereka tetap menyayangi
saya dan menasihati saya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya.

Saya seorang yang suka mencuba walaupun saya tahu yang saya tidak mampu melakukannya kerana
walau kita gagal sekali tidak mungkin kita akan gagal buat selamanya.Selain itu,saya seorang yang
beryakinan tinggi.Saya yakin bahawa saya mampu melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas
yang dilakukan dengan betul dan disertai dengan usaha gigih.

Pada masa lapang,saya gemar mendengar lagu korea.Saya suka mendengar lagu kerana ia dapat
menenangkan minda dan membuatkan saya rasa tenang.

Cita-cita saya adalah menjadi jurtawan yang terkenal dan berjaya.Hal ini kerana saya amat suka
menceburi dalam bidang urus niaga dan dapat membantu semua ahli keluarga saya dan ingin
membuat kerja amal seperti membina masjid dan surau yang mewah dan moden,membina rumah
untuk diberikan kepada orang-orang yang miskin,menyediakan skim bantuan khas,membina klinik
kesihatan yang menyediakan rawatan percuma,membina rumah anak yatim dan lain-lain.Jika suatu
hari nanti saya dapat mengkejar cita-cita saya,saya tidak akan lupa diri dan sentiasa mendekatkan
diri dengan Allah.Pendek cerita,saya ingin memenuhkan segala kekurangan mereka jika saya
mampu.


Click to View FlipBook Version