DRAMA
ASIAH SAMIAH
INTAN NUR SYAHIRAH BINTI MOHD NASIR
6UPMB (2021/2022)
DRAMA
ASIAH SAMIAH
SINOPSIS :
Asiah Samiah merupakan sebuah drama yang mengisahkan tentang penderitaan seorang wanita
jelita akibat haknya dinafikan oleh suaminya Misa Sagaraga. Haknya untuk bersuara, haknya
untuk berbuat sesuatu, bahkan segala-galanya telah ‘ dimatikan ’ oleh Misa Sagaraga
menyebabkan Asiah Samiah iaitu anak kepada Tuan Setiawan Tanjung ini berasa tertekan, dan
kemudian menjadi tidak siuman sehingga menyebabkan dia mati.
Drama Asiah Samiah ini digerakkan oleh babak-babak imbas kembali yang disorot menerusi
watak Marga Tua. Marga Tua merupakan saksi kepada penderitaaan Asiah Samiah sebagai
seorang wanita yang dinafikan hak dan cintanya. Marga Tua juga menjadi saksi kepada
kebobrokan (kejahatan) sikap manusia yang menyumbang kepada penderitaan Asiah Samiah.
Semasa muda, Marga adalah guru bahasa kepada Asiah Samiah. Dalam diam dia menaruh hati
kepada Asiah Samiah. Namun dia tidak meluahkan hasrat hatinya itu kerana mendapati Asiah
Samiah mencintai sahabat baiknya sendiri iaitu Anas Samanda.
Penderitaan Asiah Samiah bermula apabila ayahnya dan ibunya (Puan Suari Alimin) telah
menerima lamaran seorang lelaki Misa Sagaraga yang kaya-raya tetapi dia telah pun berkahwin
sebanyak 20 kali sebelumnya. Asiah Samiah sebenarnya mencintai Anas Samanda iaitu seorang
pemuda miskin. Tetapi ayahnya berkeras hendak menjodohkan anaknya dengan Misa Sagaraga,
dan Asiah Samiah tidak mampu menolak kehendak ayahnya itu.
Ukuran kebahagiaan bagi Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin ialah apabila anaknya
memiliki harta kekayaan, kemewahan dan menikmati kesenangan tanpa had. Ibu bapa Asiah
Samiah sangat mengagumi Misa Sagaraga sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan
terkaya. Namun kekayaan Misa Sagaraga sebenarnya adalah hasil perniagaan haram dan
perbuatan rasuah.
Penderitaan dan konflik jiwa Asiah Samiah semakin melebar apabila Misa Sagaraga merancang
untuk mengubah keperibadian Melayu dalam diri Asiah kepada jiwa kebaratan. Bagi Misa
Sagaraga, gaya kebaratan itu lebih mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Misa Sagaraga ingin perkahwinannya dilangsungkan di hotel besar secara mewah. Misa
Sagaraga mahu menjemput chef (tukang masak) dari Perancis serta pelaminnya dibuat oleh
pereka dalaman yang terbaik walaupun bayarannya sangat mahal.
Sesudah berkahwin, Misa Sagaraga memaksa Asiah Samiah melayan kehendak nafsunya secara
keras dan hina. Bagi Misa Sagaraga, nilai perempuan atau isteri itu adalah begitu rendah dan
hanya sebagai hamba kepada lelaki yang kaya-raya seperti dirinya. Asiah Samiah menerima
cacian dan hinaan oleh Misa Sagaraga saban hari. Penderitaannya bertambah apabila dia
mendapati dirinya hamil daripada benih lelaki/suami yang tidak dicintainya. Dia melahirkan anak
perempuan diberi nama Laila Anurisah.
Akibat terlalu menderita dan mengalami kesedihan, Asiah Samiah hilang kewarasan dan tidak
dapat menjaga Laila Anurisah. Asiah Samiah meninggalkan anak dan suaminya dalam keadaan
tidak siuman. Penderitaan Asiah Samiah beralih kepada Laila Anurisah apabila Misa Sagaraga
menganggapnya anak sial. Laila Anurisah diusir keluar dari rumah itu dan diselamatkan oleh
Marga. Dia memelihara Laila Anurisah sehinggalah kanak-kanak itu meningkat remaja.
Setelah remaja, Laila Anurisah dirampas kembali oleh Misa Sagaraga daripada jagaan Marga.
Misa Sagaraga yang kasar dan keras itu turut membunuh Anas Samanda kerana pemuda itu
terlibat dalam perjuangan menentang ketidakadilan sosial serta kezaliman yang berlaku dalam
masyarakat. Menjelang dewasa, Laila Anurisah datang menemui Marga (kini sudah tua) dan
bertanyakan khabar mengenai ibunya. Marga Tua telah menyatakan ibunya, iaitu Asiah Samiah
telah pun meninggal dunia dalam kerana jiwa yang terseksa. Jawapan yang cukup memilukan
diterima oleh Laila Anurisah.
TEMA DAN PERSOALAN/PEMIKIRAN
TEMA
Drama ini bertemakan kemasyarakatan iaitu bertitik tolak daripada ketidakadilan sosial yang
berlaku dalam masyarakat
PERSOALAN/PEMIKIRAN
1. Darjat dan pangkat
Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah. Orang
kaya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka.
2. Kahwin Paksa
Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa. Lalu anak yang telah beliau
lahirkan tidak diasuh dengan sempurna lantaran dirinya menghadapi masalah mental.
3. Penindasan golongan yang dianggap berkuasa
Misa Sagaraga merampas harta milik Anas Samanda. Anas Samanda
memperjuangkan haknya sehingga beliau ditangkap dan akhirya mati dibunuh.
4. Manusia berkuasa kerana harta dan kedudukan
Misa Sagaraga berjaya memiliki harta secara paksa. Dirinya dipandang orang kerana
harta.
5. Cinta sejati.
Asiah sangat mencintai Anas Samanda walaupun telah dipenjarakan.
6. Manusia yang lupa tanggungjawab.
Misa Sagaraga lupa tanggungjawab terhadap anaknya Laila Anurisa. Marga bertindak menyiksa
Laila tanpa belas kasihan. Membiarkan anaknya dipelihara orang lain.
7. Konflik jiwa manusia.
Asiah Samiah mengalami konflik jiwa kerana dirinya dijodohkan dengan orang yang tidak
dicintainya. Malah Asiah juga digambarkan setengah gila kerana sering mengingati anaknya yang
sudah lama tidak ditemuinya. Marga pula terpaksa menghadapi gelagat manusia yang pelbagai
ragam. Semasa kecil Marga menghadapi penindasan bersama ayahnya. Setelah dewasa beliau
melihat nasib Anas Samanda pula yang terpaksa menghadapi lintah darat dan golongan yang
berkuasa kerana harta. Malah Marga sendiri terpaksa meringkuk di penjara lantaran hadir dalam
perhimpunan anjuran Anas Samanda. Akhir sekali Marga menghadapi golongan yang tersiksa
jiwa raga seumpama Asiah Samiah. Marga menghadapi semua dugaan ini dengan tabah.
PLOT DRAMA
PERMULAAN
Marga Tua terus menunggu Asiah Samiah Tua untuk mengikuti perkembangannya kerana Asiah
Samiah Tua kurang siuman dan sering menyanyi dan bercakap-cakap disebabkan peristiwa
yang dilaluinya dulu.
PERKEMBANGAN
Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin memberikan kasih sayang dan kesenangan yang
sepenuhnya kepada Asiah Samiah Muda tetapi tidak memberikan kebebasan kepada Asiah
Samiah. Anak gadis kecil itu telah melahirkan cintanya kepada Anas Samanda,seorang lelaki
muda yang mempunyai kesempurnaan tetapi miskin.
KONFLIK
Cinta Asiah Samiah dihalang oleh Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin yang ingin
menjodohkannya dengan hartawan yang memiliki kuasa,pangkat dan harta yang melimpah ruah
dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepuasan hatinya. Hal ini tidak dipersetujui oleh
Asiah Samsiah kerana cinta dan dan impiannya hanya satu iaitu untuk hidup dengan Anas
Samanda.
PUNCAK
Akhirnya,Asiah Samiah akur dengan kehendak orang tuanya lalu berkahwin dengan Misa
Sigaraga. Asiah Samiah berasakan seperti dia telah mengkhianati cinta sucinya terhadap Anas
Samanda. Hasil perkahwinan tersebut lahirnya seorang anak kecil bernama Laili Anurisah.
Nama yang cantik itu telah lama diinginkan oleh Asiah Samiah. Asiah akhirnya melarikan diri
rumah Misa Sigaraga.
WATAK & PERWATAKAN
1. Asiah Samiah
Seorang yang cantik. Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin . Perempuan
yang kecewa kerana cintanya terhalang. Cintanya hanya kepada Anas Samanda, namun
cintanya tidak kesampaian. Berkahwin dengan Misa Sagaraga kerana menunaikan permintaan
ibubapanya. Asiah Samiah tidak mencintai Misa Sagaraga. Mempunyai anak bernama Laila
Anurisah namun tidak mampu membesarkan anaknya lantaran menghadapi masalah mental.
2. Anas Samanda
Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun beliau lebih cenderung memperjuangkan hak
diri dan keluarga. Pernah ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya beliau mati dibunuh.
3. Marga
Ada dua perwatakan Marga iaitu Marga Muda dan Marga Tua. Sejarah kehidupan Marga sangat
tragis untuk dikenang oleh diri Marga sendiri. Beliau berasal dari keluarga miskin yang tinggal
di sebuah rumah haram. Tanah yang diduduki bukan tanah yang dimiliki secara sah.
Keluarganya dihalau daripada tanah tersebut dan ayahnya ditangkap kerana menentang pihak
yang berkuasa.
Marga tua pula adalah seorang yang sudah berusia yang mengingat kisah lampau
kehidupannya. Beliau telah menjaga Asiah Samiah ketika kecil. Beliau sering menjadi
penasihat kepada Anas Samanda yang sentiasa berjuang demi survirval diri dan
masyarakatnya.
4. Misa Sagaraga
Seorang yang kaya raya. Berkahwin dengan Asiah Samiah dan mendapat seorang anak bernama
Laila Anurisa. Anaknya diabaikan dan dijaga oleh Marga. Manakala Asiah Samiah lari daripada
cengkaman Misa Sagaraga. Digambarkan sebagai seorang yang zalim dan menindas. Cuba
memiliki harta sebanyak mungkin yang boleh. Aktif membeli saham-saham mewah dan
menguasai syarikat besar. Malah dia cuba merampas hak orang lain dengan kuasa yang ada atas
nama pembangunan. Mempunyai kuasa besar keatas penduduk negara. Kekayaan telah
menyebabkan Misa Sagaraga lupa diri. Beliau menganggap bakal isterinya (Asiah Samiah)
seorang yang kolot dan perlu diubah penampilannya. Beliau sangat mementingkan barang-
barang berjenama dari luar negeri kerana beliau mampu memilikinya.
NILAI & PENGAJARAN PENGAJARAN CONTOH
NILAI
Seperti Asiah Samiah yang menyayangi
KASIH SAYANG Kita haruslah saling menyayangi agar ibu bapanya dengan membatalkan
dapat melahirkan keluarga yang bahagia. niatnya untuk membunuh Misa Sigaraga
kerana risau nasib yang akan menimpa
TANGGUNGJAWAB Kita mestilah bertanggungjawab dalam keluarganya.
melakukan sesuatu perkara. Marga menjaga adiknya apabila ibunya
meninggalkan mereka dan
menyebabkan Marga terpaksa bekerja
untuk menyara kehidupannya.
PENTINGKAN Kita mestilah sentiasa menjaga maruah Anas Samanda memenentingkan
MARUAH tidak kira sama ada maruah sendiri maruah keluarganya dengan
ataupun keluarga. memperjuangkan tanah yang telah
didiami oleh ayahnya selama 50 tahun.
SUDUT PANDANGAN
SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA
- Pengarang menggunakan watak lain dan mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala
peristiwa yang berlaku. Di sini,watak pengarang tidak disentuh dalam cerita. Pengarang cuba
menyelami segala peristiwa,tempat,pemikiran perasaan dan lain-lain berdasarkan apa-apa
yang disaksikan,pengalaman dan khayalan dengan menggunakan watak sebagai orang yang
ketiga. Pengarang akan menjadi orang yang erba tahu dalam cerita tersebut.
CONTOH - pengarang menghasilkan watak utama iaitu Asiah Samiah. Selain itu,watak
sampingan seperti Marga Tua,Masi Sigaraga,Anas Samanda dan lain-lain lagi.
LATAR
LATAR TEMPAT HURAIAN
TEMPAT Misa Sigaraga dikelilingi orang kampung semasa menjanjikan kat-kata
manisnya kepada penduduk kampung.
Di dalam sebuah kampung.
Marga Tua bercakap di tepi jalan tentang kebenciannya tentang peristiwa
Di tepi jalan. silam yang telah membabitkannya dan peristiwa itu menyakitkan.
Di rumah Tuan Setiawan
Tanjung. Tuan Setiawan Tanjung berbual dengan isterinya,Puan Suari Alimin di
beranda rumah mereka.
LATAR MASA
MASA HURAIAN
Zaman moden. Kisah ini berlaku dalam zaman moden iaitu pergolakan dalam dunia perniagaan moden
yang berjuang untuk berjaya.
LATAR MASYARAKAT
MASYARAKAT HURAIAN
Masyarakat yang mengamalkan Masyarakat dalam drama ini masih mengamalkan amalan-amalan
amalan kurafat. tahayul berasrakan cerita yang telah diceritakan oleh Sari Saribiru
kepada Asiah Samiah tentang kejayaannya memulihkan budak yang
Masyarakat yang mementingkan telah dirasuk.
harta kekayaan. Misa Sigaraga tamak mengejar kekayaan sehingga sanggup
melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan wang walaupun secara
haram.
Masyarakat yang mementingkan Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin menolak cinta Asiah
darjat. Samiah,anaknya terhadap Anas Samanda kerana Anas Samanda
merupakan seorang yang miskin dan hidup susah.
Masyarakat yang mudah Penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata manis Misa
terpengaruh Sigaraga yang menjanjikan kemakmuran,pembangunan dan kekayaan
kepada orang-orang kampung.
SEKIAN
TERIMA KASIH