SK BALOK BARU
TAMAN BALOK MAKMUR
26100 KUANTAN PAHANG
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-24 & 25
2020 & 2021
Dirasmikan Oleh :
ENCIK MOHAMAD HARIF BIN HAMID
GURU BESAR SK BALOK BARU
Tarikh : 25 September 2021
Masa : 10.00 Pagi & 11.15 Pagi
Tempat : Kediaman Masing-masing
Medium : YouTube Live
1
KANDUNGAN 3
4
Sekapur Sireh 5
Seulas Pinang 6
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2021 7
AJK Pelaksana 8
Aturcara Majlis 9
Agenda Mesyuarat Kali ke-24 10 - 14
Agenda Mesyuarat Kali ke-25 15 - 21
Membentangkan Minit Mesyuarat Kali ke-23 22 - 25
Kehadiran Ahli ke Mesyuarat Agong PIBG ke-23 26 & 27
Penyata Kewangan Tahun 2019 & 2020 28
Usul Mesyuarat kali ke 24 & 25 29
Laporan Aktiviti PIBG 2019/2021
Penghargaan
2
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan
kepada saya menguntaikan sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung
PIBG SK Balok Baru kali ke 24 & 25 ini.
Tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang DiPertua dan semua ahli
jawatankuasa PIBG kerana dengan komitmennya berjaya melaksanakan
tanggung jawab bersama iaitu melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali
ini. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru yang
menjadi ahli kepada persatuan yang telah bertapak teguh dan menabur
budi sejak sekian lamanya di sekolah ini serta bekerja keras memberi
sumbangan dalam membantu pihak sekolah sehingga mencapai tahap
kini, seterusnya menapak kearah kecemerlangan demi masa depan anak-
anak kita semua.
Saya yakin, dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG
kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan. Bukan sahaja cemerlang
akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni
dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
Sekolah mempunyai misi dan visi yang ingin dicapai. Justeru, kerjasama
daripada ibu bapa dan penjaga amat diharapkan dalam memastikan misi
dan visi serta program-program yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Akhir kata, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana sudi
menghadiri dan menjayakan mesyuarat kita pada kali ini.
Terima kasih.
Mohamad Harif bin Hamid
Guru Besar
SK Balok Baru
26100 Kuantan
3
SEULAS PINANG
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya dapat kita sama-sama
berkumpul pada hari yang indah ini untuk Mesyuarat Agung SK Balok Baru kali ke 24 &
25. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih diatas kesudian ibu bapa hadir ke
mesyuarat pada hari ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi
sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan guru-guru untuk sama-sama
menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa
depan, baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu
daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah dapat melaksanakan program-program
yang dirancang dengan jayanya.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong oleh ahli-ahli PIBG. AJK yang diamanahkan
melalui pemilihan dalam mesyuarat agung adalah sebagai pelaksana dan perantara
antara pihak sekolah dengan ahli-ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran,
kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi
menjayakan program-program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa dapat
menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga
bagi persatuan ini. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang
harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan saranan ibu bapa yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
barisan pentadbir dan guru-guru diatas komitmen yang diberikan dalam memastikan
anak-anak kami mendapat pendidikan terbaik demi kecemerlangan pendidikan dan
sahsiah. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha
melahirkan generasi yang lebih terbilang.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Balok Baru kali ke
24 & 25 ini. Semoga kita semua beroleh kesihatan dan kesejahteraan dan terhindar
daripada penyakit-penyakit yang boleh memudaratkan.
Sekian, terima kasih.
Zulkifili bin Mat Zain
YDP PIBG SK Balok Baru
26100 Kuantan
4
AJK PIBG SESI 2019/2021
PENASIHAT : Encik Mohamad Harif bin Hamid
( Guru Besar )
YANG DIPERTUA : Encik Zulkifili bin Mat Zain
NAIB YANG DIPERTUA : Encik Tengku Muhammad Fazrol
bin Tuan Ibrahim
SETIAUSAHA KEHORMAT: Puan Zarini binti Che Mahmud
BENDAHARI KEHORMAT: Encik Hisham bin Mohamed
AJK : Encik Saiful Bakri bin Ambak
: Encik Lokman bin Yahya
: Encik Wan Rusli bin Wan Musa
: En Rosman bin Bidin
: Puan Zaleha binti Abd Aziz
: Puan Habibah binti Kaidar
: En Ahmad Fauzan bin Azmi
: En Mohd Rozi bin Abd Razak
: Puan Ramlah binti Ismail
: Puan Pn Zaharah binti Yazid
: Puan Arbaiyah binti Badiuzzaman
JURUAUDIT :Puan Mahani binti Abd Majid
DALAMAN :Puan Nur Adilah binti Dato’ Mat Yusof
5
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG
PIBG SK BALOK BARU KALI KE 24 & 25
PENASIHAT : En. Mohamad Harif bin Hamid
YANG DIPERTUA : En. Zulkifili bin Mat Zain
SETIAUSAHA : Pn. Zarini binti Che Mahmud
BENDAHARI : En. Hisham bin Mohammed
SAMBUTAN BUKU PROGRAM
Semua pentadbir sekolah Pn. Zarini binti Che Mahmud
Semua ahli Jawatankuasa PIBG Pn. Julaiha Shazmira binti Malizan
En. Hisham bin Mohamed
PENDAFTARAN Pn. Zaharah binti A Yazid
Pn. Noraini binti Othman
Pn. Sabrini binti Abdul Nasir SIJIL AJK PIBG
Pn. Noor Hayati binti Mohamad Pn. Rozita binti Mohamad
Pn. Azian binti Alias
JURUACARA
Pn. Rohana binti Khamis TEKNIKAL
YM Tuan Mohd Johari bin Tuan
FOTOGRAFI Mustafha
Pn. Norasdelah binti Abdullah Pn. Munirah binti Hj Idris
PENCATAT MINIT SESI 2020 MEDIA DAN HEBAHAN
Pn. Noor Fazila binti Che Hassan En. Ahmad Fauzan bin Azmi
Pn. Mahani binti Abdul Majid
DOKUMENTASI
PENCATAT MINIT SESI 2021 Pn. Norhamizan binti Hamzah
Pn. Norul Sa’adah binti Abdul Razak
Pn. Zuliani binti Dzuaini BACAAN DOA
En. Mohd Rozi bin Ab Razak
6
ATURCARA MAJLIS
9.30 PAGI -PENDAFTARAN IBU BAPA
10.00 PAGI -UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
-BACAAN DOA
-UCAPAN YDP PIBG
-UCAPAN GURU BESAR
-UCAPAN PERASMIAN OLEH :
ENCIK MOHAMAD HARIF BIN HAMID
GURU BESAR SK BALOK BARU
-MESYUARAT PIBG
7
AGENDA MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 24
SESI 2019/2021
1. Ucapan alu-aluan YDP PIBG.
2. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-23.
3. Pembentangan dan pengesahan Penyata
Kewangan PIBG Tahun 2019
4. Pembentangan dan perbahasan usul serta
cadangan.
5. Ucapan penangguhan.
8
AGENDA MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 25
SESI 2021/2023
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
2. Pembentangan dan pengesahan Penyata
Kewangan PIBG Tahun 2020
3. Pembentangan dan perbahasan usul serta
cadangan.
4. Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021.
5. Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2023
6. Ucapan penangguhan.
7. Bersurai.
9
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 23
TARIKH : 16 MAC 2019
HARI : SABTU
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN BUNGA RAYA
KEHADIRAN : ( RUJUK LAMPIRAN )
1.0 Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG
1.1 Encik Zulkifili bin Mat Zain mengucapkan terima kasih kepada semua
ibu bapa dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung kali ke 23.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan ibu bapa kerana
dapat merancang, mengelola dan melaksanakan mesyuarat hari ini.
Mengharapkan pada masa akan datang kehadiran di pihak ibu bapa ada
peningkatan, kerana ia penting untuk menyokong setiap aktiviti yang dirancang
dan dilaksanakan.
1.3 Beliau mengharapkan agar barisan AJK yang akan dilantik dapat
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.
1.4 Mohon kerjasama ibubapa ambil perhatian terhadap apa jua aktiviti
anak-anak, dan libatkan diri secara langsung dalam program yang dirancang oleh
pihak sekolah demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.
2.0 Ucapan GPK HEM
2.1 Puan Ruslina @ Roslina binti Zakaria Guru Penolong Kanan HEM
mewakili Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa.
2.2 Mengharapkan ibubapa/komuniti setempat dapat memberikan
sumbangan yang bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi dari pelbagai
kaedah. Ia adalah untuk merapatkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan
ibu bapa.
10
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 23
2.3 Beliau juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai program yang
dijalankan di sekolah , jadi ia memerlukan perbelanjaan yang banyak. Oleh yang
demikian kadar sumbangan PIBG sangat penting untuk sesuatu program.
3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 23.
3.1 Encik Tuan Mohd Johari Bin Tuan Mustafha membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 merujuk kepada edaran minit yang lalu untuk
diterima dan disahkan.
Pencadang : Encik Saiful Bakri bin Ambak (760127-06-5429)
Penyokong : Encik Mohamad bin Yatim (850222-11-5403)
4.0 Pembentangan Laporan Kewangan 2018
4.1 Encik Ahmad Fauzan bin Azmi membentangkan Laporan Kewangan
2018.
4.2 Beliau terlebih dahulu memohon maaf kerana di dalam buku
laporan tiada nombor muka surat untuk setiap helaian.
4.3 Beliau juga memaklumkan terdapat pembetulan pada baki
kewangan dari 31/12/17 kepada tarikh 31/12/2018.
Pencadang : Encik Rosman bin Bidin (790812-06-5387)
Penyokong : Encik Mohamad bin Jaafar (77010-06-6151 )
5.0 Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
6.0 Pembubaran AJK PIBG 2017 /2018
6.1 Encik Zulkifili bin Mat Zain selaku YDP PIBG membubarkan barisan
AJK sesi 2017/2019 dan pemilihan AJK yang akan dilantik untuk tempoh dua
tahun bagi sesi 2019/2021
11
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 23
7.0 Perlantikan dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2021
7.1 En Mohamad Harif bin Hamid selaku pengerusi sementara
,mempengerusikan perlantikan dan pemilihan AJK PIBG SESI 2019/2021. Beliau
juga menyatakan bahawa pemilihan Ahli jawatankuasa, Setiausaha dan
Bendahari dari kalangan guru, ia akan dipilih kemudian hasil dari perbincangan
pihak pengurusan sekolah.
7.2 Puan Habibah binti Kaidar mencadangkan agar YDP lama dikekalkan.
Ini memandangkan Encik Zulkifili bin Mat Zain telah banyak berjasa serta
mendapatkan sumbangan untuk pembinaan Surau SK Balok Baru. Cadangan ini
disokong oleh Encik Wan Rosli bin Wan Musa.
7.3 Beliau beharap agar YDP dapat meneruskan dan mengecapi apa
yang telah beliau usahakan.
7.4 Lantikan AJK PIBG sesi 2019/2021
Penasihat : Encik Mohamad Harif bin Hamid
Yang DiPertua : Encik Zulkifili bin Mat Zain
Naib Yang DiPertua :Encik Tengku Muhammad Fazrol bin Tn Ibrahim
Setiausaha Kehormat : ( Dilantik dalam kalangan guru)
Bendahari Kehormat : (Dilantik dalam kalangan guru)
Ahli Jawatankuasa : Rosman bin Bidin ( 790812-06-5387)
: Mohd Azmi bin Mat Ail ( 771103-06-5575 )
: Wan Rusli bin Wan Muda ( 650325-06-5617 )
: Saiful Bahri bin Ambak ( 760127-06-5429 )
: Mohamad bin Yatim ( 850222-11-5403 )
: Lokman bin Yahya ( 800330-11-5077 )
: Roshila binti Mohamed ( 720117-06-5330 )
: Habibah binti Kaidar ( 780220-12-5340 )
: Zaleha binti Abd Aziz ( 720307-06-5470 )
12
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 23
8.0 Pembentangan Usul dan Cadangan
8.1 Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa terdapat 14 usul yang
diterima secara bertulis dan maklumbalas telah diberikan beliau dan pihak
sekolah. Namun terdapat usul yang diterima adalah usul biasa yang tidak perlu
diuruskan oleh PIBG.
8.2 Beliau juga mengingatkan kepada pembuat usul supaya hadir agar
usul yang diberikan dapat dibincangkan dan diputuskan didalam mesyuarat.
8.3 Encik Muhammad Nur Hizam telah mencadangkan satu usul yang
berkaitan dengan penggunaan loker berkunci untuk murid.
8.4 Maklum balas : Encik Zulkifili bin Mat Zain menyatakan bahawa usul
tersebut tidak dapat dibahaskan kerana beliau tidak hadir pada mesyuarat
tersebut.
8.5 Encik Tengku Muhammad Fazrol bin Tuan Ibrahim mencadangkan
untuk memohon sumbangan kerusi dibawah program “1 Murid 1 Kerusi”.
Pencadang : Encik Lokman bin Yahya
Penyokong : Encik Razif bin Rahman
8.6 Maklum balas : YDP memaklumkan bahawa ia merupakan satu
cadangan yang baik untuk membantu pihak sekolah. Ianya juga merupakan satu
keperluan kepada sekolah terutama untuk keselesaan anak-anak belajar. Sekolah
juga mempunyai masalah kerusi yang kebanyakannya telah rosak dan patah.
Kerusi yang rosak tidak boleh dibaiki dan ia harus dihapus.
8.7 YDP meminta ahli mesyuarat membincangkan dan memutuskan cara
ia dilaksanakan. Dengan sebulat suara ahli mesyuarat bersetuju “ 1 Keluarga 1
Kerusi “.
13
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 23
9.0 Sumbangan PIBG 2019
9.1 YDP PIBG mencadangkan sumbangan PIBG 2019 dikekal sebanyak
RM70.00 bagi satu keluarga.
Disokong : Pn Habibah Binti Kaidar
9.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju menetapkan sumbangan PIBG
2019 sebanyak RM70.00 bagi satu keluarga.
10.0 Ucapan Penangguhan
10.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
tahniah kepada Jawatankuasa yang baru dilantik. Beliau berharap agar barisan
kepimpinan yang baru dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan penuh komitmen dan dapat menghadiri mesyuarat yang diadakan
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………. ……………………………………..
( ZARINI BINTI CHE MAHMUD ) ( ZULKIFILI BIN MAT ZAIN )
SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG YANG DIPERTUA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK BARU
SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK BARU
14
KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG SESI
2019/2021
15
KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG SESI
2019/2021
16
KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG SESI
2019/2021
17
KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG SESI
2019/2021
18
KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG SESI
2019/2021
19
KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG SESI
2019/2021
20
KEHADIRAN AHLI MESYUARAT PIBG SESI
2019/2021
21
PENYATA KEWANGAN 2019
22
PENYATA KEWANGAN 2019
23
PENYATA KEWANGAN 2020
24
PENYATA KEWANGAN 2020
25
USUL YANG DIBAWA KE MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE 24
1. Nor Azira binti Mustapha
Usul : Sediakan rak di belakang kelas untuk murid-murid bagi
meringankan beban beg untuk meletak buku teks dan buku
latihan. Cuma kerja sekolah dibawa pulang.
2. Mohd Haizol bin Ahmad
Usul : Sediakan laluan kuning untuk laluan murid sekolah
dihadapan pintu depan sekolah.
3. Mohd Yusri bin Hashim / Mohd Asrol bin Ibrahim
Usul : Mengurangkan kutipan duit PIBG.
4. Amie Suhana binti Samain
Usul : PIBG mengadakan kutipan baju sekolah terpakai (yang
masih elok dan bersih) sepanjang tahun dan menjalankan ‘ free
market ‘ semasa mesyuarat agung bagi membantu mana-mana
pelajar dan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
5. Mohd Anuar bin Sikh Mustafa
Usul : Membina atap bagi tujuan berteduh dari hujan di laluan
ke kelas 3 Ikhlas.
6. Shaiful Bari Muhammad
Usul :
• Kemaskini harga makanan di kantin ( pantau harga dan
kuantiti )
• Tandas pelajar perlu diperbaiki.
26
USUL YANG DIBAWA KE MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-25
1. Nurul Salwadela Bt Taid
Usul :
• Baiki tandas dengan sebaik mungkin.
• Kaji semula harga makanan di kantin, berpatutan dengan
kuantiti makanan.
• Pembelian alat-alat untuk aktiviti kelas atau seni harap dapat
diberitahu awal seminggu kepada ibu bapa bagi penyediaan
yang sempurna..
2. Ahmad Rashdi Bin Mohamad
Usul :
• Mencadangkan longkang di luar berhampiran padang sekolah
ditutup dengan penutup untuk mengelakkan bahaya kepada
murid-murid.
• Mencadangkan waktu balik, anak murid yang masih
menunggu ibu bapa ada yang bermain berhampiran longkang
atau memastikan anak murid keluar setelah ibu bapa atau
van/ bas sekolah datang baru di benarkan keluar.
3. Jawatankuasa PIBG
Usul :
• Mengurangkan sumbangan PIBG daripada RM70.00 kepada
RM40.00 satu keluarga.
27
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019 - 2020
28
SEKALUNG PENGHARGAAN
Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 & 25
SK Balok Baru Kuantan, Pahang
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada:
AJK PIBG,
GURU-GURU SK BALOK BARU,
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID-MURID
SKBB,
BADAN-BADAN SERTA INDIVIDU-INDIVIDU YANG
TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK
LANGSUNG,
DAN
SEMUA PIHAK YANG MEMBERI SUMBANGAN BAGI
MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG
KALI KE-24 & 25 PADA
TAHUN INI.
29