The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cara kira perkataan dalam BM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84025116, 2021-09-16 10:21:38

BAHASA MELAYU

Cara kira perkataan dalam BM

Keywords: cara kira perkataan

Bahasa Melayu

Cara Mengira
Patah Perkataan

Oleh: Cikgu Asiah

Bahagian B dan C ialah soalan yang wajib dijawab
dalam kertas penulisan dan melibatkan pengiraan
patah perkataaan.
Bahagian B: Pelajar perlu membuat ulasan antara 50
hingga 80 patah perkataan berdasarkan soalan yang
diberikan.
Bahagian C: Karangan perlu ditulis antara 80 hingga
120 patah perkataan.
Terdapat pelajar yang didapati menghadapi masalah
dalam pengiraan bilangan perkataan kerana tidak
dapat memastikan sama ada sesuatu perkataan
tersebut patut dikira sebagai satu atau dua patah
perkataan.

Terdapat
beberapa
aspek yang
akan dikira
sebagai satu

(1)
perkataan.

● Gelaran
● Kata Sendi
● Kata Ganda
● Kata Majmuk
● Kata Nama Khas
● Tarikh dan angka
● Peribahasa, ungkapan, dan cogan

kata

1. Kata Nama Khas. Contoh:
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Mamat.

2. Kata Sendi. Contoh: di (1
patah perkataan), di sana (2
patah perkataan)

3. Kata Ganda. Contoh: gunung-
ganang, murid-murid.

4. Peribahasa, ungkapan, dan
cogan kata. Contoh: ada hati,
seperti aur dengan tebing, pandu
cermat jiwa selamat.

5. Tarikh dan angka. Contoh:
1000 (1 patah perkataan), 8
September 2011 (1 patah
perkataan).

6. Kata Majmuk. Contoh: tunjuk
ajar, bercampur aduk,
mengambil kira

7. Gelaran.

Contoh:

Yang Berhormat (1 patah
perkataan),

Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong (1 patah
perkataan).

Penanda wacana tidak dikira sebagai
satu (1) patah perkataan.

1. ‘selain itu’ (2 patah
perkataan).

2. ‘di samping itu’ (3 patah
perkataan)

3. ‘Walau bagaimanapun’
(2 patah perkataan)

● Akhir sekali, para pelajar
jangan lupa menulis bilangan
perkataan di bahagian bawah
sebelah kanan kertas jawapan
masing-masing.

Terima kasih.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat
kepada murid-murid cikgu.

CREDITS: This presentation template
was created by Slidesgo, including
icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik.


Click to View FlipBook Version