The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iffahjsri, 2022-05-28 21:31:32

talfliq pelbagai mazhab

kumupulan 3

ISI KANDUNGAN M/S
3-7
BIL PERKARA/TAJUK
8-10
1. Pendahuluan 11-14
- Definisi talfiq 15-17

2. Pandangan Ulama’ Mengenai Kebolehan 18-20
Bertalfiq 21
22
3. Sejarah perkembangan islam di Malaysia
dan hubungkaitnya dengan talfiq

4. Kedatangan talfiq di Malaysia
- Penerimaan dan penolakkan

5. Talfiq sebagai jalan penyelesaian bagi
masalah

6. Penutup

7. Sumber rujukan

PENGENALAN TALFIQ PELBAGAI MAZHAB

Persoalan mengenai hukum Talfiq (mengamalkan pendapat pelbagai mazhab dan
tidak terikat dengan satu mazhab sahaja) tidak pernah dikenali pada zaman
Rasulullah s.a.w. Malah, tidak juga pada zaman sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan
juga pada zaman imam-imam mujtahid. Ia hanya timbul pada kurun ke-10 Hijrah
sewaktu gejala taksub mazhab amat ketara di kalangan kaum muslimin sehingga
kebanyakan ulama’ pada waktu itu mensyaratkan pada waktu itu agar tidak
melakukan Talfiq.
PENGERTIAN TALFIQ DARI SEGI BAHASA

Talfiq dalam bahasa Arab merupakan kata masdar (kata nama terbitan)
daripada fi’il (kata kerja) laffaqa yang bermaksud mencantumkan. Contohnya,
mencantumkan dua bahagian kain untuk dijadikan pakain. Talfiq mempunyai
makna yang lebih umum dan tidak terhad kepada pakaian sahaja. Malah ia
membawa maksud mencantumkan apa sahaja.

Talfiq juga bererti sepakat dalam sesuatu urusan. Contohnya talafaqa al-
Qawm bermaksud, telah sepakat kaum itu dalam urusan-urusan mereka. Ahadith
mulaffaqah (cerita-cerita yang ditalfiq) pula membawa maksud, cerita yang telah
ditokok tambah sehingga menjadi indah. Dengan kata lain, Talfiq juga membawa erti
mengumpulkan dua atau banyak menjadi satu.

PENGERTIAN TALFIQ DARI SEGI ISTILAH

Dalam konteks perbincangan Ilmu Fiqh dan Usul al-Fiqh, istilah Talfiq dilihat tidak
lari daripada konsep asalnya, iaitu penggabungan dua unsur atau lebih.

PENGERTIAN TALFIQ DALAM ILMU FIQH

Di dalam bab haid, Talfiq bererti menggabungkan antara
hari haid dan hari suci untuk dikira sebagai tempoh haid.
Jika berlaku selang-seli antara hari yang didatangi haid dan
hari suci dalam tempoh minimum untuk haid seorang
Wanita. Contohnya, seorang wanita didatangi haid pada
hari pertama. Pada hari kedua pula haidnya terhenti dan
datang semula pada hari ketiga. Dalam kes ini, wanita itu
dikira telah didatangi haid selama tiga hari. Ini bermakna
hari kedua dicampurkan dengan hari pertama dan ketiga
dan dikira sebagai hari haid walaupun pada hari itu dia
telah terputus haid. Konsep menggabungkan hari kedua
yang suci ini dengan hari pertama dan ketiga yang disebut
sebagai Talfiq dalam bab haid.

Manakala di dalam bab solat Jumaat pula, Talfiq bererti
menggabungkan rakaat pertama yang tertinggal oleh
makmum yang masbuk dengan rakaat yang lain secara
sendirian untuk dikira solatnya sebagai solat jumaat. Rakaat
pertama dinamakan sebagai rakaat mulaffaqah ataupun
rakaat yang ditalfiqkan.

Di dalam bab Solat Qasar pula, Talfiq bermaksud
menggabungkan antara dua jarak safar (perjalanan)
bagi sesiapa yang bermusafir di lautan dan di daratan.
Contohnya, seseorang itu telah bermusafir di daratan
dalam jarak yang belum mencukupi untuknya
melakukan qasar, kemudian beliau menyambung
perjalanannya di laut. Jika digabungkan antara dua
jarak perjalanan itu, barulah cukup baginya untuk
melakukan qasar. Perbuatan menggabungkan antara dua
jarak perjalanan itu dikira sebagai Talfiq dalam bab solat.
Konsep Talfiq dalam Ilmu Fiqh juga sering diistilahkan
oleh para fuqaha dengan istilah taqdir.

PENGERTIAN TALFIQ DALAM ILMU USUL AL-FIQH

Talfiq dalam ilmu Usul al-Fiqh diistilahkan mengikut bahagian-bahagiannya seperti
berikut:

a) Ia didefinasikan sebagai melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh
para mujtahid jika ia merupakan perlakuan menggabungkan antara pendapat dari
pelbagai mazhab dalam sesuatu perkara.

b) Talfiq juga membawa erti menggabungkan dua
mazhab atau lebih dalam sesuatu masalah. Contohnya
orang yang berwuduk membasuh sedikit kepalanya
berdasarkan Mazhab Syafi’e. Kemudian, menyapu
sahaja kakinya, tanpa membasuhnya mengikut
sesetengah ulama’. Kemudian menyentuh perempuan
ajnabi tetapi wuduknya tidak batal dengan mengambil
Mazhab Abu Hanifah. Penggabungan ini juga
dinamakan sebagai hukum murakkabah.

c) Talfiq juga difahami oleh sesetengah golongan sebagai ketidakterikatan
seseorang muslim itu dengan sesuatu mazhab. Bahkan mengamalkan pendapat
pelbagai mazhab dalam pelbagai perkara. Contohnya bersolat dengan Mazhab
Hanafi, berpuasa menurut Mazhab Maliki, bermuamalat dengan Mazhab Syafi’e
dan sebagainya. Perbuatan seperti ini juga digelar sebagai takhayyur yang
bermaksud memilih mazhab.

Pengertian Mazhab Dari Segi Bahasa

Mazhab dari segi bahasa bermaksud :

‫الطريق الذي يذهب فيه‬

“Jalan yang diselusuri untuk pergi ataupun yang dilalui”

Ia juga digunakan untuk segala perkara yang manusia pergi ke arahnya, samada
perkara itu berbentuk hissi (material) mahupun maknawi. Dalam Lisan al-
Arab, mazhab juga dikenali sebagai tempat yang dituju untuk berwuduk dan juga

iktikad yang dipegang oleh
seseorang. Walau
bagaimanapun,
penggunaan mazhab seringkali
digunakan untuk
menunjukkan jalan dan cara
yang diselusuri oleh seseorang
atau sesuatu kumpulan,
samada dalam bidang akidah
ataupun hukum-hakam dan
lain-lain lagi. Jalan atau cara
tersebut juga tidak dinamakan sebagai mazhab yang dinisbahkan kepada seseorang
kecuali jika ia khusus untuk orang itu dan tidak dilakukan untuk orang lain. Namun
begitu, cara makan, minum dan tidur yang dimiliki khusus oleh seseorang itu tidak
pula dinamakan sebagai mazhab kerana istilah mazhab yang digunakan oleh para ilmuan
ialah sesuatu kaedah yang terhasil daripada usaha penelitian dan pengkajian yang
akhirnya digunakan oleh pengkaji atau pemiliknya untuk menyusuri disiplin ilmu
tertentu.

Di dalam al-Mu’jam al-Wasiit, mazhab juga digunakan dalam bahasa Arab sebagai
“sekumpulan pandangan dan pendapat ilmiah dan falsafah yang berkaitan antara satu
sama lain sehingga menjadikannya sebagai perkara yang bersangkutan antara satu sama
lain ataupun yang berpaksikan pada satu kaedah”. Berdasarkan definisi ini, perkataan
mazhab boleh disimpulkan sebagai gugusan pandangan dan pendapat yang berpaksikan
kaedah yang sama dalam memahami sesuatu perkara dan ilmu yang khusus kepada
individu ataupun kumpulan tertentu. Sebagai contohnya, mazhab ilmu kalam adalah
kaedah yang khusus digunakan oleh ahli kalam dalam memahami ilmu akidah yang

akhirnya menghasilkan pendapat mereka dalam persoalan akidah. Mazhab-mazhab feqah
pula ialah kaedah khusus yang digunakan oleh para fuqaha’ (ulama’ feqah) dalam
memahami al-Quran dan al-Sunnah untuk mengeluarkan hukum-hukum syari’at. Ini
bermaksud, mazhab mereka hanya khusus kepada ilmu yang berkaitan dengan hukum-
hakam yang telah terhasil. Ia juga dikenali sebagai ilmu fiqh dan bukannya ilmu lain
seperti usul al-Fiqh dan akidah .

PENGERTIAN MAZHAB DARI SEGI ISTILAH

Menurut istilah pula, mazhab terbahagi
kepada tiga maksud seperti berikut:

a) Kaedah tertentu dalam mengeluarkan
hukum-hakam ‘amaliyyah (praktikal) melalui
sumber-sumbernya yang asli iaitu daripada al-
Quran dan al-Sunnah. Contohnya, kaedah yang
diambil oleh Imam Syafi’e dan kemudiannya
diikuti oleh pengikutnya dalam memahami
hukum-hakam. Ia dikenali sebagai Mazhab
Syafi’e. Begitu juga dengan mazhab-mazhab lain,
seperti Mazhab Maliki, Hanafi, Hanbali dan
sebagainya.

b) Pendapat atau ijtihad para imam dan pengikutnya melalui pemahaman mereka
terhadap sumber-sumber hukum dalam pelbagai persoalan furu’ serta masalah ijtihadiyyah.
Walau bagaimanapun, kedua-dua definisi di atas ada kaitan antara satu sama lain. Ia boleh
disimpulkan sebagai “mazhab adalah kumpulan hukum-hakam syara’ yang terhasil
daripada satu kaedah yang unik oleh seseorang individu atau kumpulan dalam memahami
dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.”

c) Al-Mazhab ialah pendapat yang paling rajih (tepat) diantara pendapat lain dalam
sesuatu mazhab dan ini merupakan istilah yang sering digunakan oleh para fuqaha’.
Contohnya, dalam mazhab Syafi’e, para ulama’ Syafi’iyyah mempunyai dua pendapat
mengenai cara menyucikan kencing anak perempuan yang berumur kurang dari dua
tahun. Adakah cukup dengan merenjis-renjis dengan air sahaja seperti air kencing anak
lelaki ataupun wajib dibasuh. Dalam kes ini, al-Nawawi telah mengatakan pendapat
mazhab, iaitu ia hendaklah dibasuh walaupun ada dikalangan ulama’ yang berpendapat
sebaliknya. Pendapat ini dipanggil al-Mazhab, iaitu pendapat yang paling tepat dalam
Mazhab Syafi’e.

Seperti kebiasaannya, setiap perkara yang diperselisihkan oleh ulamak
akan menatijahkan perpecahan pandangan mereka kepada dua kelompok,
yang mana salah satunya bersetuju dan yang keduanya tidak bersetuju.
Kemudian, diselangi antara dua pendapat ini pendapat ketiga yang cuba
mengharmonikan perselisihan dengan melakukan talfiq antara dua
pendapat ini, iaitu mengambil sebahagian dari pendapat pertama dan
sebahagian dari pendapat kedua.

Seperti kebiasaannya juga, setiap kelompok akan memperjuangkan
pendapat masing – masing dengan menyusun dalil dan hujah serta kritikan
terhadap dalil dan hujah dari kelompok yang bertentangan. Tanpa
membincangkan perdebatan mereka ini secara terperinci,

Golongan Yang Tidak Menerima Talfiq Dan Berpendapat Dengan
Ketidakbolehan Mengamalkan Talfiq Bersandarkan Kepada

Beberapa Dalil, antaranya (Mustafa, 1998, 47; al-Zuhayli, 2001,
2:1172; Malik, 2005, 55; al-Bani, 1981, 92):

1- Talfiq mewujudkan hukum ketiga bagi dua hukum yang telah
disepakati oleh ulama dalam membataskan perbezaan pendapat
terhadap masalah. Ini bertentangan dengan apa yang telah diterima
oleh ulamak tentang keharaman mewujudkan hukum baru ini.

2- Talfiq menyebabkan penciptaan satu pendapat baru yang tidak
pernah dikatakan oleh mana – mana ulamak terdahulu. Ia seolah –
olah mewujudkan satu mazhab baru hasil cantuman pendapat –
pendapat yang dilakukan oleh seorang yang bukan mujtahid.

3- Talfiq melanggar tuntutan bermazhab dan bertaqlid, kerana ia
menyebabkan seseorang itu mencampur adukkan mazhabnya dengan
mazhab yang lain. Jika talfiq dibolehkan, maka tidak ada faedahnya
seseorang itu bermazhab.

4- Talfiq membawa kepada perbuatan meremeh – remehkan urusan
agama, dan meletakkan hawa nafsu sebagai ukuran dalam melakukan
ibadah. Jika talfiq dibolehkan seseorang itu akan memilih – milih dari
setiap mazhab apa yang bersesuaian dengan keinginannya.

Golongan kedua yang menerima talfiq dan berpendapat
dengan keharusan atau kebolehan mengamalkan talfiq
bersandarkan kepada beberapa dalil, antaranya (Mustafa, 1998,
40; al-Zuhayli, 2001, 2:1173; Malik, 2005, 64; al-Bani, 1981, 105):

1- Telah menjadi satu ketetapan dalam Islam bahawa kita wajib
mengikut al-Qura’n dan al-Sunnah. Sekiranya kebenaran yang
ditunjukkan oleh dua sumber ini berada di luar dari mazhab yang kita
pegang maka kita wajid mengambilnya, sekalipun terpaksa mencampur
adukkan pendapat – pendapat

2- Telah menjadi satu ketetapan juga dalam Islam bahawa ia bersifat
memudahkan. Pengharaman talfiq yang memaksa seseorang itu
berpegang dengan mazhabnya sekalipun dia sudah mengetahui
kebenaran yang lain adalah satu bebanan ke atasnya. Iaitu menafikan
haknya untuk melakukan apa yang diketahuinya sebagai yang lebih
benar dan tepat dengan Shariah

3- Tiada dalil dari Syarak yang menunjukkan pengharaman melakukan
talfiq ini, maka sebagaimana bertaqlid dan bermazhab itu dibolehkan,
sewajarnya bertalfiq juga dibolehkan.

4- Membolehkan bertalfiq boleh menyebabkan seseorang itu berusaha
mendalami agama dan mencari ilmu kerana orang yang berusaha untuk
menilai sejauh mana kebenaran pegangannya akan berusaha menuntut ilmu.
Berbeza dengan pengharamannya, yang hanya menyebabkan pemikirannya
beku dan jumud dengan apa yang diwarisinya dari orang yang sebelumnya

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI

MALAYSIA DAN HUBUNGKAITNYA

DENGAN TALFIQ

Kedatangan Islam ke Malaysia telah mencorakkan tatacara hidup masyarakat melayu
sejak awal penubuhan kerajaan Melayu lagi. Meskipun berlaku perbezaan pendapat di
kalangan ahli sejarah tentang siapa sebenarnya yang membawa masuk Islam ke Tanah
Melayu, namun apa yang penting ialah penyebarluasan Islam telah tidak didepani
dengan tentangan serta halangan. Peranan yang dimainkan oleh pendakwah Islam
ketika itu ternyata berkesan kerana dengan tidak mengambil masa yang Panjang,
Islam telah menjadi agama masyarakat melayu mengantikan anutan fahaman Hindu.

Kemunculan fenomena bermazhab yang
bermula pada kurun keenam hijriah telah
juga mencorakkan cara pengamalan
agama Islam di kalangan masyarakat
melayu pada mula penerimaannya.
Pendakwah yang telah membawa masuk
Islam ke Tanah Melayu telah juga
membawa cara ini bersama, sehingga
Islam yang diterima sebagai agama baru
oleh masyarakat melayu adalah dengan cara ini. Mazhab Syafie telah diterima sebagai
mazhab rasmi kerajaan Islam di negara ini sejak beratus – ratus tahun yang lalu
(Othman, 1998, 217). Ia telah mendominasikan cara pengamalan dan pemahaman
masyarakat melayu terhadap agama Islam, dengan menjadikan segala perundangan
dan permasalahan bersumberkan apa yang terkandung di dalam mazhab ini.

Sistem - sistem kenegaraan di Tanah Melayu pada ketika itu seperti kehakiman,
pentadiran, penghukuman, perundangan, pendidikan dan kemasyarakatan dibentuk
berdasarkan apa yang termaktub di dalam mazhab Syafie. Pengamalan dengan mazhab
ini sangat berakar umbi dalam kehidupan masyarakat melayu, terutamanya dalam
bidang pendidikan dan perundangan, demi menjamin keberlangsungan cara kefahaman
Islam ini yang telah diwarisi zaman berzaman. Pergolakan kuasa politik melayu akibat
kehadiran beberapa kuasa penjajah tidak mengubah suasana bermazhab ini, sekalipun
ia telah membataskan pelaksanaan agama Islam kepada aspek – aspek yang lebih
kecil. Pihak penjajah yang datang dengan sistem perundangan mereka sendiri telah
mengantikan undang – undang Islam yang sedia ada dengan undang – undang mereka.
Pertentangan dari masyarakat Islam melayu yang berdasarkan kesedaran tentang
pencabulan ini menunjukkan kepada kesungguhan mereka membela agama Islam yang
dianuti dari diperlekehkan oleh penjajah (Abdullah, 1994, 82).

Penulis berpendapat bahawa sejarah perkembangan Islam di Malaysia telah
berhadapan dengan beberapa faktor yang mendedahkan kepada masyarakat melayu
dengan talfiq ini. Bagi menyokong pendapat ini, penulis senaraikan beberapa
faktor atau pun petunjuk kepada kebolehan berlakunya talfiq di sepanjang sejarah
Islam di Malaysia:
1- Kedudukan Tanah Melayu (Melaka terutamanya) sebagai laluan dagangan
antarabangsa menjadikannya destinasi persinggahan penting bagi pedagang-pedagang
yang datang dari segenap negara. Ini menyebabkan masyarakat Islam di sini terdedah
dengan mazhab-mazhab selain mazhab Syafie. Perkara ini sekali pun tidak
menjadikan mereka meninggalkan mazhab pegangan mereka, tetapi ia membuatkan
mereka mengetahui dengan kewujudan cara-cara lain dalam pengamalan agama Islam.

2- Rentetatan daripada perkara pertama, pendedahan ini lebih meluas apabila
masyarakat luar mula menetap dan bermustautin di Tanah Melayu. Masyarakat
muslim yang datang dari Cina, Arab dan India ke negara ini lalu tinggal di sini untuk
beberapa tahun mengamalkan mazhab-mazhab mereka yang berbeza dengan mazhab
Syafie yang dipegang oleh masyarakat melayu.

3- Ketoleransian antara mazhab dititikberatkan dalam menjamin keutuhan
perhubungan diplomasi antara kerajaan melayu dengan kerajaan – kerajaan Islam
yang lain. Telah dicatatkan bahawa kerajaan melayu Melaka mempunyai hubungan
politik yang baik dengan kerajaan Islam Uthmaniyyah, sekalipun mazhab yang
menjadi pegangan utama kerajaan ini ialah mazhab Hanafi.

4- Selepas kemerdekaan Malaysia, perlembagaan persekutuan telah digubal sebagai
dasar penubuhan sebuah negara baru yang merdeka lagi berdaulat. Di dalam
perlembagaan ini, apa yang tercatat ialah agama Islam secara umumnya telah
diiktiraf sebagai agama rasmi persekutuan, tanpa merujuk kepada mana – mana
mazhab. Berdasarkan perkara ini, masyarakat Islam di Malaysia tidak terbatas
kepada golongan yang berpegang dengan mazhab Syafie sahaja.

Corak perkembangan Islam di Malaysia memungkinkan berlakunya talfiq di dalam
masyarakat dengan adanya pertembungan bangsa yang berbilang mazhab.
Pendedahan awal yang mereka terima ini memberikan satu impak dalam mengambil
pendirian samaada berterusan dalam berpegang dengan mazhab Syafie atau
berteloransi dengan mazhab – mazhab lain. Pada ketika – ketika yang memerlukan
masyarakat Islam melayu bercampur dengan masyarakat Islam lain di negara ini,
pendedahan ini menjadi lebih ketara bahawa mereka perlu menghormati pegangan
mazhab orang lain dan menerimanya sebagai sebahagian dari agama Islam.

KEDATANGAN TALFIQ DI MALAYSIA: PENERIMAAN
DAN PENOLAKAN

Sebelum kedatangan talfiq di dalam masyarakat melayu, pengamalan
mazhab mereka telah diserap oleh unsur-unsur mazhab yang lain. Terdapat dua
cara yang berlaku dalam kemasukan talfiq ke dalam pengamalan fiqh di
kalangan masyarakat melayu iaitu dibawa dan sedia ada.

Cara yang pertama adalah dengan menyebarkan kesedaran tentang
perlunya bertalfiq dan mengambil pendapat-pendapat yang bukan daripada
pandangan mazhab Syafie’ melalui kewujudan individu atau sebuah kumpulan
yang tertentu. Cara yang kedua ialah masyarakat melayu dan masyarakat bukan
melayu dalam hal – hal pengamalan fiqh harian, sehingga berlakunya
pencampuran dalam pengamalan mazhab itu sendiri melalui pencampuran yang
sebati.

Contoh penulisan yang jelas untuk cara yang pertama ini ialah Kaum
Muda. Kemunculan Kaum Muda yang merupakan ancaman kepada Kaum Tua
menjadi perintis kepada gerakan penjernihan fiqh Islam yang sebenar. Golongan
yang amat mementingkan cara tradisi dalam menyebarkan Islam dan berpegang
kuat dengan mazhab Syafie’ iaitu golongan Kaum Tua. Mereka
melihatpembawaan Kaum Muda ini sebagai satu yang membahayakan
masyarakat melayu pada ketika itu.

Akan tetapi pembawakan Kaum Muda pada ketika itu ialah tentang
bagaimana untuk mengatasi permasalahan-permasalahan tentang Bidaah,
Khurafat, Taqlid dan Jumud. Gerakan Kaum Muda menyuarakan keperluan
bertafliq dalam masyarakat melayu dengan mewujudkan beberapa prinsip.

1- Kembali kepada
sumber – sumber Islam

yang utama iaitu al-
Quran dan al-Sunnah,
serta amalan golongan

alSalaf.

4- Pengecaman ke atas 2- Penekanan ke atas
sistem pendidikan isu – isu bidaah dan
pondok yang hanya
melahirkan jumud, khurafat yang
diamalkan oleh
taqlid dan kemunduran masyarakat melayu.
dalam masyarakat
melayu

3- Menghidupkan
semula keperluan

berijtihad dan
mengkritik amalan
bertalqlid buta dengan
apa yang diwarisi.

Salah satu sudutnya bertafliq ialah dua sumber utama islam, mengamalkan ijtihad dan
meninggalkan taqlid. Hubungkait antara tiga istilah ini telah di sentuh oleh penulis pada
halaman hadapan yang mana Taqlid adalah penyebab kepada Talfiq, dan Ijtihad adalah
pelepas dari Talfiq. Usaha membawa talfiq yang dilakukan oleh Kaum Muda dan golongan –
golongan yang seangkatan dengannya telah berdepan dengan tentangan dan halangan.

Mereka telah berusaha memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat Islam
di Malaysia bahawa ada impak disebalik keleraian pegangan mazhab Syafie kepada mazhab –
mazhab lain. Impak ini dilihat sebagai satu yang negatif oleh golongan yang menolak talfiq
kerana ia mewujudkan ketidaksamaan amalan fiqh, dan ia dilihat sebagai satu yang positif
oleh golongan yang menerima talfiq kerana ia memberikan penyelesaian dan mendekatkan
kepada ketepatan Syarak.

Dari satu sudut ke sudut yang lain, masuknya talfiq ke dalam kehidupan masyarakat
muslim melayu dalam dua cara situasi iaitu sedar dan tidak sedar. Artinya, pemerintah
menerapkan penyebaran tertentu yang mengarahkan hukuman fiqh kepada masyarakat.
Keadaan kesadaran ini membawa maksud bahawa pemerintah telah mengumumkan undang-
undang dan memberitahukan bahawa undang-undang itu adalah hasil dari undang-undang.
Antaranya ialah menggabungkan pandangan mazhab Syafii dengan pemandangan mazhab
lain atau mazhab yang lain. Situasi tidak sedar juga berarti menyatakan hukum yang
dihasilkan melalui talfiq tanpa pemberitahuan publik. Cara ini biasanya dilakukan oleh
pemerintah dalam rangka untuk menghindari kesalahpahaman dan ketidakjelasan

PERKARA YANG TELAH
DIPERSETUJUI OLEH MAJLIS

FATWA KEBANGSAAN
BERKAITAN TALFIQ

1 - Secara prinsipnya, Majlis 2- Majlis ini melarang mana – 3- Majlis Fatwa Kebangsaan 4- Majlis telah bersetuju
ini mengakui keempat – mana pertubuhan agama dari bersetuju mengambil mazhab bahawa pelaksanaan undang
mewartakan kebebasannya
empat mazhab dalam fiqh, Syafie sebagai asas dalam – undang Islam mestilah
kerana golongan Ahl al- dari mana – mana memilih fatwa – fatwa dan mengikut mazhab Syafie,
Sunnah
tetapi

wa al-Jamaah itu adalah mazhab, dan ideologi ini perlu hukum – hakam negara, dan sekiranya hukum di dalam
mereka yang berpegang diperbetulkan untuk mazhab ini haruslah mazhab ini tidak menepati
dengan hukum – hukum maslahah umum semasa
Syarak dengan cara mazhab mengelakkan pertelingkahan didahulukan dari mazhab – maka dibolehkan mengambil
antara manusia. mazhab lain.
yang empat ini

mana – mana mazhab dari
mazhab yang tiga itu

Mengikut pilihan kedua menjelaskan bahawa mengamalan tafliq telah diterima secara
rasmi, iaitu selepas berusaha berpegang dengan mazhab Syafie’. Manakala, pada erti kata
lainnya, talfiq hanya dibolehkan dengan bersyarat serta bersebab, dan pada masa yang sama
mengutamakan mazhab Syafie seboleh mungkin.

Apa yang lebih menarik daripada itu, konsep Talfiq ini pernah disebut di dalam
sidang parlimen Malaysia, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Dato’ Dr. Haji
Shafie bin Mohd. Salleh membentangkan laporan berkenaan industri modal dan kewangan
berasaskan Islam. Beliau memasukkan al-Talfiq ini di dalam senarai instrumen modal
berlandaskan Syariah yang telah banyak ditubuhkan. Ternyata, pelaksanaan talfiq telah begitu
meluas di dalam sektor perbankan, permodalan dan kewangan Islam di Malaysia sehingga ia
dilihat sebagai satu alat yang wajar dikedepankan dalam sektor ini

PENGHUKUMAN FEQH YANG TELAH DILAKSANAKAN DIDALAM
MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA

membina masjid membayar zakat fitrah
dengan menggunakan dengan menggunakan
harta yang dikumpul di
wang tunai
Pusat zakat

menjual harta waqaf kontak hutang (bai' al-
dayn)

menggunakan wang jual beli najis haiwan

faedah untuk kebaikan sebagai baja tanaman

KESIMPULANNYA

Dengan apa yang kita lihat ini, tidak sewajarnya kita menganggap
perkembangan fiqh ini membantutkan usaha mendalami dan memelihara
mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi negara. Kepositifan pendirian yang
diambil oleh pihak pembuat dan pengeluar fatwa ini terserlah pada pemastian
bahawa setiap permasalahan fiqh yang timbul mempunyai jawapan yang
menepati Syarak dan meraikan kemaslahatan. Membatasi diri dengan apa yang
terkandung di dalam mazhab Syafie dalam permasalahan – permasalahan ini
hanya akan menimbulkan kecaman dan tohmahan terhadap ketaksuban dan
kejumudan berfatwa. Bahkan, apa yang lebih teruk dari itu kecaman dan
tohmana ini juga ditujukan kepada para ulamak mazhab Syafie terdahulu yang
mengasaskan dan meluaskan mazhab ini







PENUTUP

1- Talfiq boleh didefinasikan dengan satu cara penghukuman dengan keluar dari
keterbatasan cara yang satu kerana tuntutan faktor – faktor tertentu pada satu
sudut dari satu permasalahan fiqh.

2- Ulamak telah berpecah kepada dua kumpulan berkenaan hukum bertalfiq,
yang mana satu kumpulan mengharamkannya kerana pertentangan dengan
Syarak yang diwujudkannya serta kesan buruk yang mengikutinya, dan satu
kumpulan yang lain mengharuskannya kerana keserasian Syarak yang
dibawanya serta kesan baik yang mengikutinya.

3- Sejarah perkembangan Islam yang telah dilalui oleh masyarakat Malaysia
turut menyumbang dalam penerimaan terhadap talfiq, di mana penekanan
dalam meraikan kemaslahatan umum menjadi factor utamanya.

4- Kemasukan talfiq ke dalam pengamalan fiqh di kalangan masyarakat Islam
Malaysia berlaku dengan dua cara iaitu dibawa dan sedia ada.

5- Dari satu sudut yang lain, kedatangan talfiq ke dalam kehidupan masyarakat
Islam Malaysia berlaku dalam dua keadaan iaitu disedari dan tidak disedari.

6- Kepositifan pendirian yang diambil oleh pembuat talfiq di Malaysia terserlah
pada pemastian bahwa setiap permasalahan fiqh yang timbul mempunyai
jawapan yang menepati Syarak dam meraikan kemaslahatan.

7- Keterbukaam berfikir dan keluasan menilai yang terkandung di dalam talfiq
terhadap khazanah fiqh Islam dengan memastikan kesahihan dan ketepatan
Nas yang menyokong menjadi metodologi utama dalam mengeluarkan
hukum.

Sumber rujukan

SUMBER RUJUKAN INTERNET:

https://www.researchgate.net/publication/326988546_PENGAMALAN_TALFIQ_PERCAMPURAN_M
AZHAB_DI_KALANGAN_MASYARAKAT_ISLAM_DI_MALAYSIA
https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2018/08/KC10-2_18.pdf
file:///C:/Users/iffahdino/Downloads/65015_PengamalanTalfiqproceeding1%20(3).pdf

SUMBER RUJUKAN DARI BUKU:

Tajuk :Pengantar usul fiqh
Penulis : Dr Abdul Latif Muda


Click to View FlipBook Version