The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kaum Jatti Miriek Dulu, Kini dan Selamanya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ajies Ujut Rahaman, 2023-06-30 19:04:05

Kaum Jatti Miriek Dulu, Kini dan Selamanya

Kaum Jatti Miriek Dulu, Kini dan Selamanya

Kaum Miriek Dulu, Kini dan Selamanya


Sinopsis KAUM JATTI MIRIEK ADALAH SALAH SATU KAUM MINORITI DI UTARA SARAWAK MEMPUNYAI KISAH SEJARAH TERSENDIRI MENGENAI KAUM MEREKA YANG RAMAI ORANG INGIN TAHU KEWUJUDANNYA. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA KAUM JATTI MIRIEK DULU, KINI DAN SELAMANYA MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK INFO HAL TERSEBUT. KAUM INI MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI KERAJAAN SARAWAK BARU-BARU INI TELAH MEMBERI IMPAK BESAR DARI JATI DIRI KAUM TERSEBUT UNTUK TERUS MENYUMBANG DARI SEGI PERADABAN BANGSA DI SARAWAK. JIKA SEBELUM DIIKTIRAF KAUM INI SANGAT AKTIF BERGERAK DALAM KOMUNITI SETEMPAT. SELEPAS DIIKTIRAF IA AKAN MEMBERI LEBIH IMPAK KETERAMPILAN, JATI DIRI DAN USAHA MEMAJUKAN DIRI DARI PELBAGAI ASPEK SEPERTI PENDIDIKAN, EKONOMI DAN SOSIO BUDAYA AGAR BERDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA RENDAH DALAM PERPADUAN MALAYSIA YANG BERDAULAT DI TANAH AIR SENDIRI.


Sejarah - Salah satu kaum minoriti yang terdapat di Bahagian Miri di Utara Sarawak. - Majoriti kependudukan terdapat di Bakam, Siwak Jaya, Luak, Raan, Pusil, Lambir, Lopeng (Luifeng), Kpg. Wireless, Pujut Tanjung Batu (Unan), Pujut Adong (Unan Adung), Kuala Baram, Pengkalan Lutong, Piasau, Luak, Lembah Hijau, Niah manakala di luar bandaraya Miri terdapat juga di Belait, Tutong, Bekenu, Bakong, Marudi, Bintulu dan serata Malaysia. - Sebelum Islam, kaum Jatti Miriek memegang kepercayaan animisme. Mata pencarian kehidupan dengan memburu binatang (ha’ang/nyammeng, ngawu, mepet), nelayan (mekat), berhuma padi dan bercucuk tanam (babun). - Sikap lemah lembut dan saling menghormati orang lain yang begitu sangat mendalam adalah salah satu faktor mengapa orang Jatti Miriek sukar untuk dikenali secara terus dan spontan melalui pergaulan biasa. Ianya hanya dapat dikenali jika berlaku pertemuan secara formal dan tidak formal melalui majlis perkahwinan, keramaian, pertemuan kekeluargaan dan sebagainya barulah dapat dikenalpastikan kedudukan orang Jatti Miriek dalam masyarakat. Mereka lebih dikenali melalui percakapan mereka apabila pertemuan berlaku dalam sesuatu majlis. - Asimilasi kaum, hidup bercampur baur dengan kaum lain, hidup bersatu padu serta mengamalkan perkahwinan campur demi kehidupan muhibbah dalam masyarakat umum. Terdapat juga ada yang hidup berhijrah ke tempat lain bekerja dan menetap di tempat yang baru selain hidup berkeluarga dan mengamalkan hidup kahwin campur. Kebanyakan orang-orang Jatti Miriek telah dikenali sebagai sebahagian besar sebagai orang Melayu. Menurut Tunku Zainah (1978) kaum Miriek merupakan penduduk asal kawasan pesisir Miri pada awal abad ke 17 dan awal abad ke 18 iaitu sebelum pemerintahan Brooke.


…sambungan - Kaum Jatti Miriek sangat cintakan kedamaian dan tidak suka berperang (potong kepala), menurut sejarah dulu-dulu berlaku perang bersama orang ulu dan mereka lari sehingga membuka penempatan di sekitar Miri sehingga kini. - Proses penyerapan budaya menyelusuri kehidupan orang Jatti Miriek. Oleh kerana itu untuk memudahkan pengenalan diri adalah lebih mudah dikenali sebagai orang Melayu sahaja. - Mereka juga boleh dikenali melalui paras rupa dan resam hidup mereka seharian. Melalui dapatan dari sesi pertemuan dengan Encik Mohamad bin Jait sepanjang sungai terdapat kediaman orang Miriek di mana terdapat sebanyak 27 nama anak sungai contohnya Likaoh Merabuh, Likaoh Baung, Likaoh Habuwi, Likaoh Kebanggit, Likaoh Miriek Diek, Likaoh Merafak, Likaoh Ussap, Likaoh Tab Sinak, Likaoh Suung, Long Likaoh Adung, Lubok Sandor, Likaoh Bakul, Likaoh Fariek, Likaoh Dalem, Likaoh Uddei, Likaoh Luhieng, Likaoh Urub-urub, Likaoh Sarui, Likaoh Barieh, Likaoh Sepak, Likaoh Hupauh, Likaoh Jeleik, Likaoh Long Eifak, Likaoh Lat Ubur, Likaoh Kebalieh Rayak, Likaoh Harujuh dan Likaoh Tukat.


Latar belakang Persatuan Jatti Miriek Miri Gerakan penubuhan Persatuan Jatti Miriek Miri telah bermula sejak tahun 1972 yang antara lainnya untuk menjadi wadah kepada kaum Jati Meirek di Sarawak amnya dan di Miri khususnya. Beberapa orang pengasas yang di antaranya terdiri dari Allahyarham Temenggong Hj. Mustapha Hj. Hamzah, Allahyarham Hj Rambli Mok, Allahyarham Penghulu Hj. Lontar, Allahyarham Encik Abdul Hakim Mokti, Allahyarham Encik Ismail Lamit, Allahyarham Encik Husain Hj. Abdul Rahim, Allahyarham Hj. Abdullah Yussuff, Encik Sirat Ismail, Allahyarham Ishak Gohgoni, Encik Pungut Hj. Luntar dan ramai lagi nama yang kita tidak dapat lupakan sehingga kini. Rentetan dari itu beberapa orang Pengerusi PJMM silih berganti yang dimulai oleh Allahyarham Temenggong Hj. Mustapha Hj. Hamzah, Allahyarham Tuan Hj. Morshidi Hj. Mokhtar dan kini PJMM diterajui oleh YBhg. Datuk Abdillah Hj. Abdul Rahim. Pada tahun 1982 barulah rasmi tertubuhnya Persatuan Jatti Miriek Miri di mana ianya menandakan kewujudan kaum Jatti Miriek. Ianya berperanan untuk membangun, menyelaras dan menonjolkan budaya Jatti Miriek sealiran dengan hasrat kerajaan untuk memperkayakan budaya negeri Sarawak di mata dunia. Selain dari itu ianya juga bertanggungjawab ingin membantu meningkatkan tahap ekonomi dan pelajaran di kalangan Jatti Miriek di samping mempastikan kaum pribumi ini sentiasa bersatu menjaga khazanah bangsa sehingga menjadi identiti dan jati diri yang memberi sumbangan dalam memajukan agenda sosial, kebudayaan, pendidikan dan ekonomi.


PERSATUAN JATTI MEIREK MIRI No. Pendaftaran 15/82 (Sarawak) Tujuan dan matlamat : 1. Memperbaiki serta mempertinggikan taraf kehidupan kaum Jatti Meirek dalam bidang ekonomi dan pelajaran. 2. Menggalakkan ahli-ahli untuk menceburkan diri dalam perniagaan. 3. Menghidupkan dan memperbaiki kebudayaan serta kesenian Jatti Meirek 4. Merapatkan pergaulan di antara ahli-ahli dan orang ramai. 5. Memiliki harta seperti tanah, rumah, bangunan-bangunan dan sebagainya yang mana persatuan boleh membeli atau memohon daripada pihak kerajaan. 6. Membeli saham-saham dan melaburkan modal dalam mana-mana syarikat perusahaan swasta atau kerajaan seperti firma-firma dan badan-badan berkanun.


Nama Bandar Miri Menurut sumber dari cerita-cerita ‘orang-orang lama’ nama bandar "Miri" diambil bersempena nama "Miriek" yang asalnya terletak di tebing muara sungai (Likaoh Miriek). Terdapat sebahagian nama tempat sehingga kini di beberapa nama tempat di Miri adalah berasal dari bahasa Miriek contohnya: Bukit Kanada (Lad Kana), Sungai Merbau (Likaoh Merabuh) yang bermaksud sungai yang keruh. Sungai Rait (Likaoh Ra’ait/ banyak buah serait), Brighton Road yang asalnya tempat "Behittan" (kawasan rehat atau tempat berhenti sebelum sampai ke bandar Miriek). Ia merupakan tempat perhentian rehat untuk perjalanan ke Miri/Bakam/Sibuti melalui jalan persisiran pantai. Banyak lagi jika dicedok dari cerita lama orang Jatti Miriek kita akan mengetahui sejarah tidak tercatit dalam tulisan sejarah. Usaha pembukuan cerita seperti ini amat signifikan selaras dengan pembangunan negara.


Budaya Jatti Miriek Walaupun budaya Jatti Miriek tidak tercatit dalam sejarah secara bertulis, namun demikian ianya tetap wujud secara turun temurun dan kekal hingga ke hari ini dikalangan orang Miriek. Sebenarnya terdapat persamaan bahasa dan erti dengan suku kaum lain di Sarawak. Terbitan buku: 1. Tahun 2018 ; Budaya Tradisi Kaum Jatti Miriek 2. Tahun 2019 ; Seni Ukiran Perkuburan Lama Jatti Miriek


Bahasa Kaum etnik Jatti Miriek menggunakan Tuttot Miriek (bahasa Miriek) sebagai bahasa ibunda. Bahasa inilah yang dapat menjadi identiti penting selain dari pakaian, kebudayaan, dan seni mempertahankan diri. Terbitan buku: 1. Tahun 2008 ; Panduan Bercakap Bahasa Jatti Meirek 2. Tahun 2020 ; Bup Iddeh Itai Daftar Kata Bahasa Miriek


Muzik Pelbagai alatan muzik yang digunakan oleh kaum etnik Jatti Miriek masa dahulu namun Letangan Ajuh adalah salah satu alat muzik yang sering digunakan untuk acara keramaian dan kesyukuran. Selain Letangan Ajuh terdapat Dummek, Gung, Tawak dan Letangan Tembageh. Alat muzik Letangan Ajuh diperbuat dari ajuh tabir. Ianya terdiri daripada tujuk (7) letangan dan debeh (2) pemukul. Kebiasaannya muzik letangan ajuh dipersembahkan semasa upacara keramaian rakyat seperti mahan long, musim gutam haddih, majlis perkahwinan, mahan long dan peraduan kekuatan. Di musim gutam hadih, petani petani akan memainkan muzik letangan ajuh bagi menghalau burung pipit memakan padi yang masak ranum selain talih sang, sedadep(orang-orang) dan jijjer (kipas).


Letangan ajuh


Tandak (Tarian) Selain berganneng (bergendang) kaum etnik ini juga mempunyai tandak atau tarian mereka sendiri seperti tarian yang dikenali sebagai Alai Tatong, Alai Mullah Hadih, Alai Saig, Zappin Miriek. Selain dari itu terdapat juga tarian yang dinamakan Tandak Lebuwen. Ia mempunyai persamaan dengan joget lambak. Persembahan tarian ini diadakan semasa pesta rakyat atau pesta keramaian seperti majlis kahwin, mahan long dan sebagainya. Rummak Unnah (Permainan Rakyat) Rumak ideh unnah merupakan permainan rakyat yang bertujuan beradu kekuatan selain dari menghubungkan siratulrahim di kalangan rakyat. Di kalangan kanak-kanak, permainan rumak unek (gasing) sangat popular selain terajudik (layang-layang). Bagi orang dewasa rumak seperti Berkasip, Setafai (Berbentes), Rahasek, Huleng Bukoh, Seratat Tirai Tubeh, Seresom, Rumak Bur merupakan permainan yang sering dimainkan.


Nahalok (Pakaian) Jatti Meirek Sebelum Islam, nahalok lakeh (lelaki) menggunakan rabet (cawat) dan nahalok turai (wanita) menggunakan turok. Ianya diperbuat daripada sejenis kulit kayu yang dinamakan ulait ajuh gitak dan bahan jahitan adalah berasal dari benang daun nanas. (cerita rakyat). Pakaian wanita bercirikan kebaya. Di hujung lengan berbelah sehingga ke pangkal lengan. Berkain sarong warna hitam yang diikat dengan tali pinggang hirak(perak), beburung(loceng kecil) di hujung lengan dan baju. Keronsang bulat yang dikenali sebagai keronsang Abei, geleng haah (gelang kaki) yang dikenali sebagai Geleng Aluk Aluk. Tudung kepala disarong dengan Ayok atau Selayah. Untuk tujuan ke sik hadih (huma), mereka menggunakan tudung kepala yang dikenali sebagai sikong atau ra’ong sebagai tutup kepala dari panas matahari. Bagi kaum lelaki pula, pakaian mereka bercirikan baju melayu leher tebuk belelang, berseluar pelarut atau seluar sumbu. Mereka juga menggunakan hekah uhok (penutup kepala), tekulok atau ra’ong. Kasut suku kaum Jatti Meirek masa dahulu diperbuat daripada ulait takai (kulit rusa) selain berkaki ayam. Dibentuk seperti kasut dan diikat dengan menggunakan tirai (akar) atau ulait jengar. Kasut ini digunakan ke huma atau memburu.


Inovasi pakaian : Norshila Japeri, Unimas.


Dahulu • Kehidupan kaum Miriek sangat bergantung kepada tangkapan ikan di sungai atau di lautan, tidak terkecuali memburu binatang seperti pelanduk, rusa, burung punai dan sebagainya. • Selain daripada itu mereka bercucuk tanam, menanam padi, memelihara ternakan dan sebagainya. Rumah panjang sangat tinggi (ilustrasi Dr. Yakup Mohd Rafee, PhD UNIMAS). • Kepercayaan semasa dulu (animisme) menguatkan diri mereka bekerja berdasarkan alamat-alamat yang diperolehi melalui tunjuk ajar orang tua yang lebih berpengalaman dan isyarat-isyarat dalam menjalani kehidupan sangat memberi impak terhadap sesuatu kerja mendapat kebaikan atau keburukan. Contohnya jika hendak pergi ke hutan hendak berburu dan di pertengahan jalan mendengar bunyi burung yang memberi alamat baleh (berita tidak baik) lalu mereka tidak meneruskan berburu untuk mengelakkan kecelakaan atau kecederaan.


Kini • Ketika ini kaum Miriek telah hidup bermasyarakat dengan kaum-kaum yang lain dengan kehidupan yang harmoni berkongsi nikmat pembangunan. • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan meneruskan agenda pembangunan jati diri kaum Miriek supaya sentiasa diberi peluang sama rata dengan kaum-kaum yang lain. • Menitikberatkan soal pendidikan, kebajikan, ekonomi serta sosio-budaya kaum Miriek dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh dikongsikan bersama membangun generasi baru Miriek • Mendapat pengiktirafan kaum Miriek dan mendapat hak sama sebagai warga Malaysia yang merdeka. • PJMM sebagai wadah menyalurkan maklumat dan membangunkan jati diri kaum Miriek.


Kunjungan hormat kepada TYT Negeri Sarawak, YAB Premier Sarawak, YB Timbalan Premier Sarawak, YB Tuan Lukanisman dan YB Dr. Ripin Lamat


Seni Ukiran Misan Kubur Jatti Miriek


Pertemuan Bersama Unimas, projek dokumentasi pakaian Jatti Miriek Pertemuan Bersama TVS, perbincangan kerjasama siaran besama Jatti Miriek


Kerjasama dengan UPSI, Dr. Yakup Anugerah Datuk Bandaraya Miri Anugerah Bintang Kebesaran Negeri Sarawak Kerjasama dengan Pustaka Miri


Pelbagai Aktiviti Jatti Miriek Sebahagian gambar-gambar PJMM aktif menjalankan aktiviti bersama pemimpin dan masyarakat lain. Bangunan PJMM Cenderamata untuk YAB PM PJMM bersama TYT Sarawak TYT bersama Dato’ Presiden Sambutan Lawatan YAB TPM PJMM bersama KDN Sambutan YAB PM ke Hari Bandaraya Miri Miri Sumbangan PJMM (kubur) Sumbangan Raya PJMM Derma Darah PJMM bersama LAKMM Hari Raya di D. Suarah Ramai hadir di gerai PJMM Gerai PJMM di Bt. Niah Prgm serahan lot tanah PJMM bersama YB Ripin PJMM di Rumah Presiden Sambutan YAB Ketua Rakaman Tarian PJMM PJMM dan Penduduk Kampong Hari Raya PJMM (Pujut) Hari Raya PJMM (Lutong) Menteri ke Miri Sambutan YAB KM di Bt. Niah


Ideh Jatti Miriek ……Selamanya • Kini kaum Jatti Miriek telah diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sarawak di bawah Rang Undang-undang (RUU) Tafsiran (Pindaan) 2022. • Generasi pelapis Jatti Miriek perlu tampil ke hadapan untuk sama-sama membangun diri dan masyarakat.


Cabaran • Meningkatkan taraf ekonomi • Menghidupkan semula adat mahan long ( sebagai simbolik adat sahaja ) • Memotivasikan taraf pencapaian akademik • Membina mercu tanda Ideh Jatti Miriek • Menamakan jalan utama di Miri, Jalan Jatti Miriek • Memperkasakan budaya Ideh Jatti Miriek melalui penggunaan bahasa, adat, pakaian, muzik, tarian, ekonomi, dll • Menerbitkan buku masakan Ideh Jatti Miriek • Mendokumentasikan perubatan tradisional Jatti Miriek • Sentiasa berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan pelbagai bidang contohnya bidang sukan, budaya, dll • Projek Kamus Bahasa Jatti Miriek (memartabatkan Tuttot Miriek) • Kependudukan Ideh Jatti Miriek dan Tanah Perkuburan Miriek dipelihara dan dipulihara serta diwartakan sebagai khazanah negara.


Nama : Azri Asmat Safri Pingat Perak, Sukan Bina Badan 55kg, Sukan SEA, Hanoi Vietnam. Nama : Mohd. Sahdan Abdul Rani Johan Arm Wrestling, Sarawak. Pencapaian tertinggi Ideh Jatti Miriek


Sekian Terima Kasih “Jikalau bukan kita siapa lagi, jika bukan sekarang bila lagi”


Click to View FlipBook Version