b. Kadar Diskaun/Kadar Bank
- Bank pusat mengenakan kadar diskaun/kadar
bank kepada bank-bank perdagangan apabila
bank-bank perdagangan menjual bil-bil
perbendaharaan untuk dapatkan pinjaman
daripada bank pusat.
- Semasa inflasi,bank pusat akan naik kadar
diskaun. Kadar bunga akan naik, penggunaan dan
pelaburan berkurang, perbelanjaan agregat
berkurang dan tekanan inflasi akan berkurang.
c. Nisbah Rizab
- Bank pusat ubah nisbah rizab berkanun
dan nisbah rizab tunai minimum untuk
menghadkan proses penciptaan kredit
bank perdagangan.
- Semasa inflasi, bank pusat naikkan nisbah
rizab untuk mengurangkan bekalan wang
dalam ekonomi.
d. Pendanaan Semula
- Bank pusat mengurangkan pengeluaran
bil-bil perbendaharaan jangka pendek dan
menambahkan pengeluaran surat jaminan
yang mempunyai tempoh matang panjang.
- Ia dapat mengurangkan bekalan wang
dan tekanan inflasi.
- Hanya digunakan semasa inflasi.
a. Kawalan Kredit Terpilih
i. Kawalan Keperluan Margin
- Kawalan keperluan margin akan
menghadkan jumlah pinjaman untuk
spekulasi.
- Penetapan kadar keperluan margin
yang lebih tinggi mengurangkan
permintaan wang untuk spekulasi dan
mengurangkan tekanan inflasi.
ii. Kawalan Kredit Ansuran
- Ia mempengaruhi kegiatan pembelian
barangan melalui pinjaman.
- Semasa kemelesetan, syarat kredit
ansuran yang longgar akan menggalakkan
pembelian secara kredit demi menaikkan
perbelanjaan agregat.
iii. Kawalan Gadai Janji
- Ia digunakan untuk mengawal
pinjaman pembelian hartanah secara
gadai janji.
- Semasa kemelesetan, syarat gadai janji
yang longgar menggalakkan pembelian
hartanah dan proses penciptaan kredit
untuk menaikkan perbelanjaan agregat.
iv. Arahan Khas
- Bank pusat boleh memberikan arahan
khas kepada bank-bank perdagangan
untuk meminjamkan sebahagian rizabnya
kepada sektor-sektor tertentu seperti
sektor pertanian.
b. Pujukan Moral
- Bank pusat menasihatkan bank-bank
perdagangan supaya aktiviti
perbankannya dapat menjayakan
dasar-dasar kerajaan.
- Semasa inflasi, bank-bank perdagangan
dinasihatkan supaya memberikan
pinjaman kepada sektor-sektor produktif
dan mengurangkan pinjaman untuk
spekulasi.
- Semasa inflasi tarikan permintaan,
bank pusat akan melaksanakan dasar
kewangan menguncup
dasar kewangan menguncup :
● Naik nisbah rizab
● Naik kadar bank
● Jual bon di pasaran terbuka
● Pendanaan semula
● Mengetatkan kawalan kredit
● Pujukan moral
Keseimbangan pendapatan negara asal
P AS dicapai pada ____, ___ dan ____ .
Inflasi tarikan permintaan berlaku.
Dasar ________ ___________
dilaksanakan. Bank pusat _____ nisbah
rizab, keupayaan penciptaan kredit
______,penggunaan _______, pelaburan
_______ dan AE _________.
-AD ________, keluk AD beralih dari
______ ke _______ ke _________.
E0 -Pada P0,________ ______berlaku. Stok
P0 _________, P cenderung ______
E1 AD0 sehingga mencapai __________ ______
P1 AD1 pada ____, ___ , ________.
P ______dari ___ ke ___, inflasi tarikan
permintaan berjaya dikawal.
0
Y1 Y0 Y benar
-Keseimbangan pendapatan negara asal dicapai pada
E0,P0 dan Y0. Inflasi tarikan permintaan berlaku.
-Dasar Kewangan Menguncup dilaksanakan. Bank
pusat naik nisbah rizab, keupayaan penciptaan kredit
berkurang,penggunaan, pelaburan dan AE berkurang.
-AD berkurang, keluk AD beralih dari AD0 ke AD1.
-Pada P0,lebihan AS berlaku. Stok bertambah, P
cenderung turun sehingga mencapai keseimbangan
baru pada E1,P1,Y1.
-P turun dari P0 ke P1, inflasi tarikan permintaan
berjaya dikawal.
- Dasar kewangan mengembang akan
dilaksanakan untuk mengatasi
pengangguran kitaran
Dasar kewangan mengembang
● Turun nisbah rizab
● Turun kadar bank
● Beli bon di pasaran terbuka
● Melonggarkan kawalan kredit
● Pujukan moral
Keseimbangan pendapatan negara asal
P dicapai pada ____, ___ dan ____ .
Inflasi tarikan permintaan berlaku.
Dasar ________ ___________
AS dilaksanakan. Bank pusat _____ nisbah
rizab, keupayaan penciptaan kredit
______,penggunaan _______, pelaburan
_______ dan AE _________.
AD ________, keluk AD beralih dari
______ ke _______ ke _________.
Pada P0,________ ______berlaku. Stok
P1 E1 _________, P cenderung ______
E0 AD1 sehingga mencapai __________ ______
P0 AD0 pada ____, ___ , ________.
P ______dari ___ ke ___, pengangguran
kitaran dikurangkan.
0
Y0 Y1 Y benar
-Keseimbangan pendapatan negara asal E0,P0 dan Y0.
Pengangguran kitaran berlaku.
-Dasar Kewangan Mengembang (eg. Bank pusat turun
nisbah rizab), keupayaan penciptaan kredit bertambah,
penggunaan, pelaburan dan AE bertambah.
-AD bertambah, keluk AD beralih dari AD0 ke AD1.
-Pada P0,lebihan AD berlaku. Stok berkurang, P cenderung
naik sehingga mencapai keseimbangan baru pada E1,P1,Y1.
-Y meningkat dari Y0 ke Y1, guna tenaga bertambah,
pengangguran kitaran dikurangkan.