7.2 Imbangan Pembayaran
i. Takrif imbangan pembayaran
ii. Jenis akaun imbangan pembayaran
iii. Langkah mengatasi defisit imbangan
barangan dan perkhidmatan
1
i. Imbangan pembayaran
Definisi
Penyata kewangan yang mencatatkan
aliran keluar masuk wang sesebuah
negara dengan negara lain dalam
tempoh setahun
2
ii. Jenis akaun imbangan pembayaran
• Akaun Semasa
• Akaun Modal dan Kewangan
• Akaun Imbangan Keseluruhan
3
Akaun Semasa
Definisi
• Akaun yang merekodkan penerimaan
eksport dan pembayaran import bagi
barang nampak dan perkhidmatan,
pendapatan serta bayaran pindahan.
• Ia merangkumi :
i. Akaun barangan dan perkhidmatan
ii. Akaun pendapatan primer
iii. Akaun pendapatan sekunder
4
Akaun Semasa
i. Akaun barangan
Definisi
• Merekodkan semua urus niaga eksport
dan import barang nampak.
• Imbangan akaun barangan menunjukkan
nilai bersih antara penerimaan eksport
barang nampak dengan pembayaran
import barang nampak.
5
Akaun Semasa
ii. Akaun Perkhidmatan
Definisi
• Merekodkan eskport dan import
perkhidmatan sesebuah negara dalam
tempoh setahun
• Ia merangkumi:
i. Pengangkutan
ii. Perjalanan
iii. Urus niaga kerajaan
iv. Perkhidmatan lain
6
Akaun Semasa
iii. Akaun Pendapatan Primer
Definisi
• Merekodkan penerimaan dan pembayaran
kepada pekerja dan pendapatan
pelaburan
7
Akaun Semasa
iv. Akaun Pendapatan Sekunder
Definisi
• Merekodkan bayaran pindahan yang dibuat
oleh kerajaan dan swasta dalam tempoh satu
tahun
– Pindahan kerajaan: bayaran pindahan antara
sesebuah negara dengan kerajaan negara lain.
– Pindahan swasta: bayaran pindahan antara
penduduk sesebuah negara dengan penduduk
negara lain.
8
Butiran RM Juta
A. Barangan dan Perkidmatan 136,424
i. Barangan 134,726
Eksport 640,043
import 505,317
ii. Perkhidmatan 1,698
Pengangkutan -23,153
Perjalanan 33,327
Urus niaga kerajaan -7,953
Perkhidmatan lain -523
B. Pendapatan Primer -26,514
C. Pendapatan Sekunder -21,831
88,079
Data jabatan Perangkaan ekonomi, akaun semasa tahun 2010
9
D. Imbangan akaun semasa ( D= A+B+C)
Akaun Modal
Definisi
• Merekodkan aliran masuk dan keluar
modal dalam bentuk pindahan modal dan
aset bukan kewangan bukan pengeluaran
– Pindahan Modal: Pergerakan modal dalam
bentuk wang, pindahan modal antara
pemastautin dan bukan pemastautin
– Aset bukan kewangan bukan pengeluaran
seperti perolehan atau penjualan aset tetap
dan jualan pajakan dan lesen.
10
Akaun Kewangan
Definisi
• Akaun kewangan- merekodkan
pergerakan modal pelaburan iaitu
pelaburan langsung, pelaburan portfolio,
derivatif kewangan dan pelaburan lain.
• Ia merangkumi:
– Pelaburan langsung
– Pelaburan portfolio
– Derivatif kewangan
– Pelaburan lain
11
Akaun Kewangan
• Pelaburan langsung : pelaburan jangka panjang
seperti pembinaan kilang baru oleh pelabur
Malaysia di negara asing atau pembinaan loji
kimia oleh pelabur asing di Malaysia.
• Pelaburan portfolio : pelaburan dalam pasaran
bon dan surat jaminan. Contohnya, pembelian
syer syarikat luar negara oleh rakyat Malaysia,
pembelian syer syarikat Malaysia oleh rakyat
asing.
12
Akaun Kewangan
• Derivatif Kewangan : instrumen kewangan yang
diwujudkan oleh komoditi yang mempunyai risiko
kewangan yang boleh diniagakan secara
berasingan di pasaran kewangan. Contoh,
futures, kontrak.
• Pelaburan lain: aliran keluar dan masuk wang
yang terdiri daripada pinjaman, kredit
perdagangan dan deposit
13
Akaun Modal dan Kewangan
Butiran RM Juta
Akaun Modal -165
Pindahan modal -85
Aset bukan kewangan bukan pengeluaran -80
Akaun Kewangan
Pelaburan langsung -19,828
Pelaburan portfolio -13,611
Derivatif kewangan 48,457
Pelaburan lain
Akaun Modal dan Kewangan -701
-53,973
-19,993
14
Akaun Imbangan Keseluruhan
Definisi
• Merupakan jumlah hasil imbangan akaun
semasa, akaun modal dan kewangan
bersama-sama dengan kesilapan dan
ketinggalan
15
Kesilapan dan Ketinggalan
Definisi
• Merekodkan semua pergerakan modal
jangka pendek ke dalam dan luar negeri
yang tidak dapat dikesan kerana
perbezaan dalam masa pembayaran dan
penerimaan oleh pengeksport dan
pengimport
16
Butiran RM Juta
88,079
A. Imbangan akaun semasa -19,993
-70,713
B. Akaun modal dan kewangan -2,627
2,627
C. Kesilapan dan ketinggalan
17
Imbangan keseluruhan (A+B+C)
Aset rizab
perubahan bersih dalam rizab luar
negara BNM
(bertambah (-) / berkurang (+) )
18
iii. Langkah Mengatasi Defisit Imbangan
barangan dan perkhidmatan
• Meningkatkan eksport barangan dan
mengurangkan import barangan melalui
i. Subsidi eksport
- Ini akan membantu pengeksport menjual
keluarannya pada harga lebih rendah.
- Eksport menjadi relatif lebih murah dan kompetitif,
jumlah eksport akan meningkat.
ii. Cukai import
- Ini akan menaikkan harga import dan mengurangkan
kuantiti barang import.
19
iii. Langkah Mengatasi Defisit Imbangan
barangan dan perkhidmatan
- Penggunaan keluaran tempatan akan bertambah
sebab telah menjadi lebih murah.
iii. Devaluasi
- Tindakan kerajaan menurunkan nilai mata
wangnya berbanding mata wang negara lain.
- Import menjadi relatif lebih mahal berbanding keluaran
domestik.
- Pengguna akan banyak membeli keluaran
domestik.
- Eksport negara menjadi lebih murah dan kompetitif.
Jumlah eksport meningkat.
20
iii. Langkah Mengatasi Defisit Imbangan
barangan dan perkhidmatan
iv. Kawalan pertukaran asing
- Ini akan menghadkan jumlah dan jenis import
- Melalui bank pusat, kerajaan mencatukan pertukaran
mata wang, memberi keutamaan kepada import
barang-barang keperluan, tidak menggalakkan import
barang mewah.
21
iii. Langkah Mengatasi Defisit Imbangan
barangan dan perkhidmatan
• Membaiki imbangan perkhidmatan
melalui:
i. Galakan pelancongan dalam negeri
- Ini dapat mengurangkan defisit akaun perkhidmatan
- Ia mampu menggalakkan dan mempromosikan
industri pelancongan secara agresif di pasaran baru
- pelbagai produk pelancongan harus disediakan dan
dipelbagaikan.
22
iii. Langkah Mengatasi Defisit Imbangan
barangan dan perkhidmatan
ii. Meluaskan perkhidmatan tambang dan
insurans tempatan
- meningkatkan penggunaan perkhidmatan
pengangkutan tempatan melalui usaha mempromosikan
penggunaan KLIA, pelabuhan dan perkhidmatan
perkapalan tempatan.
- Menggalakkan pengeksport menggunakan
perkhidmatan insurans dalam negeri dengan cara
meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mempelbagaikan
produk insurans tempatan.
23
iii. Langkah Mengatasi Defisit Imbangan
barangan dan perkhidmatan
iii. Membaiki perkhidmatan-perkhidmatan
lain (perubatan,pendidikan dan persidangan)
- menggalakkan sektor swasta mengambil peluang
daripada AFTA untuk mengeksport perkhidmatan mereka
dengan melabur dalam aktiviti yang meningkatkan kualiti
dan inovasi produk seperti perkhidmatan profesional,
bayaran royalti dan yuran francais.
24
7.3 Kadar Pertukaran Asing
i. Takrif kadar pertukaran asing
ii. Faktor penentu permintaan dan
penawaran mata wang asing
iii. Penentuan kadar pertukaran asing
iv. Kesan perubahan kadar pertukaran
asing terhadap eksport, import dan
imbangan perdagangan
25
i. Takrif Kadar pertukaran asing
• Harga mata wang sesebuah negara yang
disebut dalam harga mata wang negara
lain.
– Sebagai contoh: S$1.00=RM2.40
atau RM1.00 = S$0.4167
– Ini bermakna sebanyak RM2.40 diperlukan
untuk menukar S$1.00
– S$ 0.4167 diperlukan untuk menukar RM1.00
26
• Jika Kadar pertukaran asing berubah
dari S$1.00 = RM 2.40 kepada S$1.00 =
RM2.30
Nilai RM naik, nilai S$ jatuh
• Jika Kadar pertukaran asing berubah
dari S$1.00 = RM 2.40 kepada S$1.00 =
RM2.50
Nilai RM jatuh, nilai S$ naik
27
ii. Faktor penentu permintaan dan penawaran
mata wang asing
• Permintaan mata wang asing berlaku
apabila rakyat Malaysia:
– Import barang dan perkhidmatan dari negara
asing.
– Melancong ke negara asing
– Membuat pelaburan langsung ke negara asing
– Membeli aset kewangan seperti saham,bon,dan
sekuriti kerajaan negara asing
– Jangkaan kejatuhan nilai mata wang tempatan
28
Permintaan Mata Wang Asing
Contoh :
• Apabila Hassan (rakyat Malaysia) ingin melancong ke
Singapura, dia akan menawarkan RM untuk meminta
S$. Maka, permintaan mata wang asing (S$) berlaku.
29
Keluk permintaan mata wang asing
RM/S$ •Keluk permintaan mata
D wang asing bercerun
negatif dari kiri ke
kanan
RM2.50 •Semakin rendah harga
RM2.40 mata wang asing,
RM2.30 semakin banyak mata
wang asing yang
D diminta dan sebaliknya
0 Q0 Q1 Q2 Kuantiti S$
30
Jika S$1.00 = RM2.40 jatuh kepada
S$1.00 = RM2.30
• Nilai RM naik, nilai S$ jatuh; lebih sedikit
RM diperlukan untuk tukar S$1.00.
• Barang import dari Singapura relatif lebih
murah, permintaan terhadap import
Singapura naik.
• Permintaan S$ naik dari Q1 ke Q2
31
Jika S$1.00 = RM2.40 naik kepada S$1.00
= RM2.50
• Nilai RM jatuh, nilai S$ naik; lebih banyak
RM diperlukan untuk tukar S$1.00.
• Barang import dari Singapura relatif lebih
mahal, permintaan terhadap import
Singapura jatuh.
• Permintaan S$ turun dari Q1 ke Q0
32
Penawaran mata wang asing
Penawaran mata wang asing berlaku
apabila:
– Penduduk asing membeli barang tempatan
– Kemasukan pelancong asing ke dalam negara
– Kemasukan pelaburan asing ke dalam negara
– Pembelian aset kewangan seperti saham,bon dan
sekuriti kerajaan oleh warga asing
– Jangkaan kenaikan nilai mata wang tempatan
33
Penawaran Mata Wang Asing
Contoh :
• Apabila rakyat Singapura (Alice) ingin melancong ke
Malaysia, dia akan menawarkan S$ untuk meminta RM.
Jadi, penawaran mata wang asing (S$) berlaku.
34
Keluk penawaran mata wang asing
RM/S$ •Keluk penawaran mata
wang asing bercerun
S positif dari kiri ke kanan
RM2.50 •Semakin tinggi harga
RM2.40 mata wang asing,
semakin banyak mata
RM2.30 S wang asing yang
0 Q0 Q1 Q2 ditawar dan sebaliknya
Kuantiti S$
35
Jika S$1.00 = RM2.40 jatuh kepada
S$1.00 = RM2.30
• Nilai RM naik, nilai S$ jatuh; lebih sedikit
RM diperlukan untuk tukar S$1.00.
• Harga eksport ke Singapura menjadi relatif
lebih mahal.
• Eksport Malaysia ke Singapura turun
• Penawaran S$ turun dari Q1 ke Q0
36
Jika S$1.00 = RM2.40 naik kepada
S$1.00 = RM2.50
• Nilai RM jatuh, nilai S$ naik; lebih banyak
RM diperlukan untuk tukar S$1.00.
• Barang eksport ke Singapura menjadi
lebih murah
• Eksport Malaysia ke Singapura naik
• Pernawaran S$ naik dari Q1 ke Q2
37
iii. Penentuan Kadar Pertukaran Asing
• Sistem boleh ubah (fleksibel/pasaran
bebas)
• Sistem kadar pertukaran tetap/campur
tangan kerajaan
38
Sistem Boleh Ubah
RM/S$ Definisi
Kadar pertukaran asing
D ditentukan oleh permintaan
S dan penawaran di pasaran
RM2.50 E mata wang asing.
RM2.40 •Keseimbangan pasaran
RM2.30 mata wang asing tercapai
apabila permintaan mata
S wang asing sama dengan
0 Q1 Q0 Q2 D penawaran mata wang
Kuantiti S$ asing
•S$1.00 = RM2.40
39
Sistem Boleh Ubah
RM/S$ •Pada kadar pertukaran asing
yang lebih tinggi, S$1.00 =
D RM2.50, penawaran S$
melebihi permintaan S$.
RM2.50 E
S
RM2.40
RM2.30 •Lebihan penawaran S$
sebanyak Q1Q2
S
0 Q1 Q0 Q2 •Kadar pertukaran S$
cenderung menurun sehingga
mencapai keseimbangan di
D mana DD S$ = SS S$ pada
Kuantiti Sk$adar S$1.00 = RM2.40
40
Sistem Boleh Ubah
RM/S$ •Pada kadar pertukaran asing yang
lebih rendah, S$1.00 = RM2.30,
D permintaan S$ melebihi penawaran
S$.
RM2.50 E
S
RM2.40
RM2.30 •Lebihan permintaan S$ sebanyak
Q1Q2
S
0 Q1 Q0 Q2 •Kadar pertukaran S$ cenderung
meningkat sehingga mencapai
keseimbangan di mana DD S$ = SS
D S$ pada kadar S$1.00 = RM2.40
Kuantiti S$
41
Sistem Kadar Pertukaran Tetap
RM/S$ Definisi
•Kadar pertukaran asing
D ditentukan oleh kerajaan
S pada kadar yang lebih
RM2.50 E tinggi atau lebih rendah
daripada kadar
RM2.40 keseimbangan pasaran
RM2.30 mata wang asing.
S Q0 D
0
Kuantiti S$
42
Sistem Kadar Pertukaran Tetap
RM/S$ -Keseimbangan pasaran mata wang
asing dicapai pada E, S$1=RM2.40
RM3.00 D -Kerajaan menetapkan kadar
RM2.40 E S pertukaran asing pada kadar yang
lebih tinggi, S$1=RM3.00.
-RM terkurang nilai
-Lebihan penawaran S$ berlaku
S Q0 D -Kerajaan menggunakan rizab mata
0 Kuantiti S$ wang asing untuk membeli lebihan
penawaran S$ demi
mempertahankan kadar pertukaran
S$1=RM3.00
43
Devaluasi
Definisi
• Tindakan kerajaan menurunkan nilai mata wang berbanding
dengan mata wang asing
• Kesan:
– Harga import menjadi lebih mahal, import berkurang
– Harga eksport menjadi lebih murah, eksport bertambah
– Import turun, eksport naik. Ini akan mengurangkan defisit
imbangan pembayaran dan mengukuhkan imbangan
pembayaran
• Membaiki imbangan pembayaran kerana import turun, eksport
naik jika
i. Negara lain tidak mengamalkan dasar yang sama
ii. Eksport dan import anjal permintaan
44
Sistem Kadar Pertukaran Tetap
RM/S$ -Keseimbangan pasaran mata wang
D
asing dicapai pada E, S$1=RM2.40
RM2.40 E
Q0 -Kerajaan menetapkan kadar
RM2.00 S pertukaran asing pada kadar yang
0
S lebih rendah, S$1=RM2.00.
-RM terlebih nilai
-Lebihan permintaan S$ berlaku
-Kerajaan menjualkan rizab mata
wang asing untuk mempertahankan
D kadar pertukaran S$1=RM2.00
Kuantiti S$
45
Revaluasi
Definisi
• Tindakan kerajaan menaikkan nilai mata wang
berbanding dengan mata wang asing
• Kesan :
– Harga import menjadi lebih murah, import
bertambah
– Harga eksport menjadi lebih mahal, eksport
berkurang
– Import naik, eksport turun. Ini akan
memburukkan keadaan defisit imbangan
pembayaran
46
iv. Kesan perubahan kadar pertukaran asing
terhadap eksport, import dan imbangan
perdagangan
• Jika kadar pertukaran tetap lebih tinggi
daripada kadar keseimbangan pasaran
mata wang asing, maka:
– Import berkurang
– Eksport bertambah
– Imbangan perdagangan bertambah kukuh
47
iv. Kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap
eksport, import dan imbangan perdagangan
• Jika kadar pertukaran tetap lebih rendah
daripada kadar keseimbangan pasaran mata
wang asing, maka:
– Import bertambah
– Eksport berkurang
– Defisit imbangan perdagangan bertambah
buruk
48