iii. Juru bank kepada institusi kewangan
a) mengawal rizab b) menjelaskan hutang c) sumber pinjaman
berkanun dan rizab terakhir.
mudah tunai antara bank
■ disediakan kepada bank
■ bank diwajibkan menyimpan ■ semua bank mempunyai perdagangan yang
sebahagian daripada deposit baki dalam akaun mengalami masalah
yang diterima sebagai penjelasan di bank kekurangan wang tunai
keperluan rizab berkanun dan pusat. untuk memenuhi
keperluan mudah tunai. tuntutan pelanggan.
■ memudahkan bank
■ Pengawalan nisbah itu menjelaskan hutang ■ bentuk pinjaman yang
memudahkan bank pusat antara bank dengan diberikan:
mengawal kuasa bank adanya kemudahan
perdagangan mencipta kredit penggunaan cek antara - mendiskaunkan
dan mengelakkan bank ini bank. semula bil-bil
tidak dapat memenuhi perbendaharaan, surat
tuntutan pengeluaran deposit jaminan kerajaan
orang ramai.
- pinjaman terus dengan
cagaran.
d) Mengawal kegiatan bank-bank
■ menjalankan pemeriksaan ke atas institusi kewangan supaya beroperasi
mengikut peraturan yang ditetapkan.
■ antara aktiviti yang dikawal ialah pinjaman supaya bank tidak mengalami
masalah kekurangan rizab tunai.
■ Tujuan kawalan untuk kestabilan kewangan negara dan keyakinan orang
ramai terhadap institusi kewangan.
51
Rizab Berkanun
Definisi: Rizab berkanun adalah simpanan
wajib bank perdagangan di Bank Negara
Malaysia.
Rizab berkanun dihitung berdasarkan %
tertentu daripada jumlah tanggungan/liabiliti
bank perdagangan.
Nisbah Rizab Berkanun: X 100 %
Jumlah Rizab Berkanun
=
Deposit Semasa
52
Rizab mudah tunai:
Definisi: Rizab mudah tunai terdiri daripada simpanan
tunai, baki akaun penjelasan bank perdagangan di
Bank Negara dan pinjaman jangka pendek kepada
gedung diskaun yang disimpan di bank perdagangan.
Nisbah Mudah Tunai:
Jumlah harta mudah tunai
= X 100 %
Deposit Semasa
53
iv. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan.
■ Bank pusat berperanan mengawal bekalan wang dan
kadar bunga untuk mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi yang berterusan.
■ Dasar kewangan menguncup dilaksanakan untuk
mengurangkan inflasi.
■ Dasar kewangan mengembang dilaksanakan untuk
mengatasi masalah deflasi.
54
i. Andaian dalam proses penciptaan kredit.
ii. Proses penciptaan kredit
- Sistem banyak bank
iii. Menggunakan rumus Penggandaan wang
untuk menghitung Jumlah pinjaman
Jumlah rizab
iv. faktor yang Jumlah deposit semasa
menghadkan penciptaan Jumlah penawaran wang
kredit
55
a. Menerangkan Proses Penciptaan Kredit
• Bank perdagangan diberi kuasa untuk
mengendalikan akaun deposit semasa. Deposit
akaun semasa terbahagi kepada :
i. Deposit semasa utama:
Deposit semasa yang dicipta apabila bank
perdagangan menerima simpanan daripada
pelanggan dalam bentuk wang tunai dan
didepositkan ke dalam akaun semasa. Deposit ini
merupakan liabiliti kepada bank.
ii. Deposit semasa derivatif:
Deposit semasa yang dicipta apabila bank
perdagangan memberi pinjaman kepada pelanggan
dengan mengkreditkan sejumlah pinjaman ke
dalam akaun semasa peminjam. Deposit ini
merupakan aset kepada bank.
56
Deposit Semasa Utama Deposit Semasa Derivatif
57
i. Andaian-andaian dalam proses penciptaan kredit.
Penerangan proses penciptaan kredit
bank perdagangan adalah berdasarkan
andaian-andaian berikut :
1. semua deposit yang diterima oleh bank
perdagangan merupakan deposit
semasa.
2. nisbah rizab ditentukan oleh bank.
Contohnya 20% dari deposit semasa.
58
3. Semua lebihan rizab dipinjamkan.
4. Tiada bocoran wang tunai daripada sistem
bank.
5. Semua urusniaga dibayar dengan cek.
6. Pada mulanya bank perdagangan tidak
mempunyai lebihan rizab.
Lebihan rizab : Aset bank perdagangan yang boleh
dipinjamkan kepada orang ramai setelah bank menyimpan
sejumlah rizab wajib
59
ii. Menerangkan proses penciptaan kredit
Sistem banyak bank.
Peringkat 1:
Andaikan individu K memasukkan wang tunai
RM10000 ke dalam akaun semasa di Bank A.
Bank A menyimpan 20% daripada deposit
semasa K untuk memenuhi nisbah rizab iaitu
sebanyak RM2000 (20% daripada RM10000).
Lebihan rizab sebanyak RM8000 (RM10000 –
RM2000) akan dipinjamkan kepada individu X.
60
Kunci Kira-kira Bank A
Aset (RM) Liabiliti (RM)
Rizab tunai 2000 Deposit semasa K 10000
Pinjaman X 8000
Jumlah 10000 Jumlah 10000
61
Peringkat 2:
Individu X yang menerima pinjaman dari Bank A
memasukkan wang tersebut ke Bank B.
Bank B menyimpan 20% daripada deposit
semasa untuk memenuhi nisbah rizab iaitu
sebanyak RM1600 (20% × RM8000) sebagai rizab
tunai.
Lebihan rizab sebanyak RM6400 (RM8000 –
RM1600) akan dipinjamkan kepada individu Y.
62
Kunci Kira-kira Bank B:
Aset (RM) Liabiliti (RM)
Rizab tunai 1600 Deposit semasa X 8000
Pinjaman Y 6400
Jumlah 8000 Jumlah 8000
63
Peringkat 3:
Individu Y yang menerima pinjaman dari Bank B
memasukkan wang tersebut ke Bank C.
Bank C menyimpan 20% daripada deposit semasa
untuk memenuhi nisbah rizab iaitu sebanyak RM1280
(20% × RM6400) sebagai rizab tunai.
Lebihan rizab sebanyak RM 5120 (RM6400 – RM1280)
akan dipinjamkan kepada individu Z.
64
Kunci Kira-kira Bank C:
Aset (RM) Liabiliti (RM)
Rizab tunai 1280 Deposit semasa Y 6400
Pinjaman Z 5120
Jumlah 6400 Jumlah 6400
65
Pinjaman Dimasuk
RM8000 Ke Bank B
Bank A Bank B
Individu X Pinjaman
RM6400
Dimasuk
Ke Bank C
Bank C Individu Y
66
Proses seterusnya:
❑ Individu Z yang mendapat pinjaman
daripada bank C akan menyimpan wangnya
di bank D. Dengan deposit semasa Z , Bank D
akan terus memberi pinjaman .
❑ Proses ini berterusan sehingga lebihan rizab
untuk diberi pinjaman menjadi sifar.
❑ Proses penciptaan kredit dalam sistem
banyak bank dapat diringkaskan dalam
jadual .
67
Jadual : Penciptaan kredit oleh sistem banyak
bank
Liabiliti Aset
Deposit Semasa (RM)
Bank Pinjaman Rizab (RM)
10000 (RM)
A 8000
B 6400 8000 2000
C 25600
Lain-lain Bank 50000 6400 1600
Jumlah
5120 1280
20480 5120
40000 10000
Jadual menunjukkan dengan deposit semasa asal RM10000,
jumlah deposit semasa telah meningkat berkali ganda menjadi
RM50000 di mana RM40000 merupakan deposit semasa derivatif.
68
iii. Menggunakan rumus untuk menghitung
Andaian-andaian
1. Deposit semasa asal RM10000
2. Nisbah Rizab 20%
Berapa banyak deposit semasa ( wang ) yang dicipta oleh bank
bergantung kepada nilai pengganda wang.
Pengganda wang (M) Pengganda
wang: Pekali
=1 yang
menunjukkan
Nisbah rizab berapa kali
Diberi nisbah rizab ialah 20%, maka bekalan wang
akan berubah
Nilai pengganda wang apabila nisbah
rizab berubah
1 = 5
=
20%
69
Selepas tamat proses penciptaan wang,
Jumlah Rizab
= Rizab asal x nilai pengganda wang
= RM2000 x 5
= RM10000
Jumlah pinjaman
= Pinjaman asal × Nilai pengganda wang
= RM8000 × 5
= RM40000
70
Jumlah deposit semasa
= Deposit semasa asal x Nilai pengganda wang
= RM10000 x5
= RM50000
71
Jumlah penawaran wang
Kes 1 – deposit dengan cek (deposit semasa asal x pengganda
wang)
Contoh: Ali menyimpan wang dalam deposit semasa dengan
menggunakan cek berjumlah RM10000. Hitung jumlah
penawaran wang:
= Deposit semasa asal x Pengganda wang
= RM10000 x 5
= RM50000
72
Jumlah penawaran wang
Kes 2 – deposit dengan wang tunai (deposit semasa asal x
pengganda wang) – deposit tunai asal)
Contoh: Ali menyimpan wang tunai sebanyak RM10000 ke
dalam akaun deposit semasa. Kira jumlah penawaran
wang.
= (Deposit semasa asal x Pengganda wang) - deposit tunai asal
= (RM10000 x 5) – RM10000
= RM40000
Atau: Pinjaman asal x Penganda wang
= RM8000 x 5
= RM40000
73
Nota Penting:
Lebihan Rizab: Aset bank perdagangan yang boleh dipinjamkan kepada
orang ramai setelah bank menyimpan sejumlah rizab wajib.
Contoh 1: Deposit semasa = RM1000
Nisbah Rizab = 10%
Jumlah rizab tunai = 10% x RM1000 = RM100
Lebihan rizab = pinjaman = RM1000 – RM100 = RM900
Contoh 2 : Deposit semasa = RM1000
Nisbah Rizab = 10%
Rizab tunai asal = 10% x RM1000 = RM100
Sekiranya nisbah rizab diturunkan kepada 5%:
Rizab tunai baru = 5% x RM1000 = RM50
Lebihan rizab = tambahan pinjaman yang boleh diberi selepas
berlaku perubahan nisbah rizab = RM100 – RM50 = RM50
74
Latihan Pengukuhan:
Jadual berikut menunjukkan Kunci Kira-kira Bank A setelah
menerima deposit RM5000 daripada pelanggan. Bank A
tidak menyimpan lebihan rizab.
Aset Kunci Kira-kira Bank A (RM)
Rizab tunai (RM) Liabiliti 5000
Pinjaman
1000 Deposit semasa
4000
a) Berapakah nisbah rizab yang ditetapkan oleh bank pusat?
b) Tunjukkan Kunci Kira-kira dua bank seterusnya dalam proses
penciptaan kredit.
c) Hitung jumlah deposit, jumlah pinjaman dan jumlah rizab di
akhir proses penciptaan kredit.
d) Sekiranya nisbah rizab turun sebanyak 10%, hitung:
i. lebihan rizab baru yang boleh dipinjamkan.
ii. jumlah perubahan pinjaman di akhir prose penciptaan kredit.
75
iv. Menerangkan faktor yang menghadkan penciptaan kredit
Kesan penggandaan wang terhadap pertambahan bekalan
wang akan terganggu jika,
- kebocoran wang tunai berlaku
- kesukaran mendapatkan peminjam
- kadar syarat pinjaman yang ketat
- keinginan untuk menjaga keutuhan bank
- suasana pelaburan yang tidak baik.
76
kebocoran wang tunai berlaku
❑ Bocoran berlaku apabila peminjam
tidak memasukkan semula wang yang
dipinjam ke dalam akaun semasanya.
❑ Sebaliknya cek tersebut ditunaikan
dan digunakan sebahagian atau
sepenuhnya untuk berbelanja.
Keadaan ini akan mengurangkan
keupayaan bank mencipta wang.
77
kesukaran mendapatkan peminjam 78
Pelabur potensi tidak berminat kerana:
a) Ketakstabilan ekonomi dan politik.
b) kadar bunga atas pinjaman yang tinggi.
c) kadar pulangan pelaburan yang rendah.
❑ Semasa kemelesetan ekonomi, pelabur kurang
berminat melabur. Oleh itu pelabur kurang minat
untuk meminjam wang daripada bank perdagangan.
❑ Jika kadar bunga bank dinaikkan, maka pelabur
juga kurang berminat untuk meminjam wang
daripada bank perdagangan kerana kos pinjaman
meningkat.
❑ Lebihan rizab bank perdagangan yang tidak dapat
dipinjamkan akan mengurangkan jumlah deposit
semasa yang dapat dicipta.
kadar syarat pinjaman yang ketat
Pelabur tidak layak untuk meminjam kerana:
a) tidak ada cagaran
b) tidak ada penjamin
❑ Pelabur yang ingin meminjam mungkin tidak
dapat menyediakan cagaran yang dikehendaki
oleh bank @ penjamin.
❑ Oleh itu bank perdagangan tidak dapat
meluluskan permohonan pinjaman pelabur
yang menghadapai masalah mengadakan
cagaran.
❑ Akibatnya proses penggandaan wang akan
terhalang.
79
keinginan untuk menjaga keutuhan bank
❑ Bank menyimpan sebahagian lebihan rizab yang banyak
melebihi daripada yang ditetapkan oleh bank pusat.
❑ Contoh: Bank perdagangan diarahkan oleh bank pusat
menyimpan 20% daripada deposit sebagai rizab wajib.
Walau bagaimanapun bank itu mungkin menyimpan rizab
lebih daripada 20% untuk menjaga kecairan tunai bank
supaya berkemampuan memenuhi tuntutan pelanggan.
❑ Lebihan rizab yang tidak dipinjamkan mengurangkan
keupayaan bank untuk mencipta kredit.
80
suasana pelaburan yang tidak baik
❑ Semasa kemelesetan ekonomi, pelabur kurang berminat
melabur. Oleh itu pelabur kurang minat untuk meminjam
wang daripada bank perdagangan.
❑ Lebihan rizab bank perdagangan yang tidak dapat
dipinjamkan akan mengurangkan jumlah deposit semasa
yang dapat dicipta.
81