RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (SLOT PENGAJARAN KELAS) Kelas: Pra Al-Farabi SK Seri Gading Tarikh: 13 Mac 2024 Masa: 9.00 pagi - 9.40 pagi Bilangan murid: 25 orang Tunjang Utama: Fizikal dan Estetika (Kreativiti dan Estetika) Tajuk / Tema: Bandar Impian Standard Kandungan: (KE 3.3) Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni Standard Pembelajaran: (KE 3.3.4) Menghasilkan binaan kreatif Kesepaduan Tunjang: 1. (KE 3.3.2) Menghasilkan karya kreatif melalui aktiviti menggambar. 2. (KE 3.3.3) Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri. 3. (KE 3.4.1) Menceritakan hasil kerja sendiri. 4. (MA 6.2.4) Menghasilkan bentuk baru dari gabungan bentuk tiga dimensi. Objektif Pembelajaran: Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Mengetahui perbezaan bentuk-bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi. 2. Menghasilkan satu lukisan bandar impian melalui pengaplikasian lukisan bentuk 2 dimensi. 3. Mencipta sebuah bandar impian melalui pengaplikasian bentuk 3 dimensi menjadi satu binaan yang kreatif. Pengetahuan sedia ada: Murid biasa melihat objek berbentuk 2 dimensi dan 3 dimensi di persekitaran mereka. Kemahiran Berfikir (KBKK): Menjana idea, menghubung kait Penerapan Nilai: Hormat kepada rakan, kerajinan, kerjasama, menghargai Bahan Bantu Mengajar: Kertas warna, kadbod, alat tulis, pen penanda, pensel warna dan bahan hiasan Langkah / Masa Isi Kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sumber / Catatan Set induksi (3 minit) Aktiviti kelas Bentuk di persekitaran saya3 - Guru meminta pelajar untuk menyenaraika n jenis-jenis bentuk 2 - Murid melukis di hadapan KBKK: Menghubungkait
dimensi - Guru meminta pelajar untuk menyenaraika n objek-objek yang mereka tahu berdasarkan kepada bentuk-bentuk 2 dimensi Langkah 1 (10 minit) Aktiviti dalam kumpulan Melukis Bandar Idaman - Guru memberi arahan kepada murid untuk melukis bersama-sam a rakan mengenai bandar impan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk 2 dimensi yang mereka telah pelajari. Penerapan nilai: Bekerjasama KBKK: Menjana idea BBM: Kertas dan pensel warna Langkah 2 (25 minit) Aktiviti dalam kumpulan Membina Bandar - Guru memberi bahan bentangan bentuk 3 dimensi kepada murid - Murid memilih bentangan yang diingini untuk ditekap di kertas warna lalu dijadikan bentuk 3 dimensi - Murid membina bangunan dan bandar menggunakan bentuk 3 dimensi BBM: kadbod, kertas warna, bahan hiasan Penerapan nilai: kerjasama, kerajinan
Langkah 3 (2 minit) Aktiviti dalam kumpulan Penerangan - Murid menerangkan hasil yang telah mereka lakukan Penerapan nilai: menghargai