The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Ahli kumpulan:
1. Addina Nuha binti Khairul Anuar
2. Nur Aleesa Fatihah binti Md. Jusoh
3. Nurul Athirah binti Mohasnizam

Kelas: BM1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ADDINA NUHA, 2024-03-23 01:59:46

ISU KESALAHAN KATA DALAM PELBAGAI JENIS MEDIA

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Ahli kumpulan:
1. Addina Nuha binti Khairul Anuar
2. Nur Aleesa Fatihah binti Md. Jusoh
3. Nurul Athirah binti Mohasnizam

Kelas: BM1

TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK BMMB3203


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) KUMPULAN KAMI ALEESA NUHA ATHIRAH


) ) ) ) ) ) ) ) ) Penggunaan kata yang baku dan gramatis bermula daripada medium komunikasi seperti media massa. Isu kesalahan kata berkait rapat dengan penggunaan bahasa kerana sistem bahasa Melayu terdiri daripada bidang morfologi dan sintaksis yang saling berkaitan. Penggunaan kata yang sesuai dan tepat amat penting dalam aspek tulisan dan pertuturan. Hal ini dikatakan begitu kerana isu yang berkaitan dengan morfologi sering terpapar dalam pelbagai sumber seperti media cetak, media elektronik atau media sosial. Fenomena ini menimbulkan satu perkara yang tidak begitu baik kerana penguasaan kata masih lemah dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. PENGENALAN ) ) ) ) ) ) ) ) )


) ) ) ) ) ) ) ) ) Isu kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu merujuk kepada sebarang kesalahan yang dibuat semasa menggunakan atau menulis Bahasa Melayu. Ini boleh merangkumi pelbagai aspek termasuk ejaan, tatabahasa, pemilihan perkataan, gaya penulisan, dan sebagainya. Kesalahan ejaan ialah perkataan yang ejaannya salah atau tidak konsisten dengan ejaan yang betul. Seterusnya, kesalahan tatabahasa pula ialah kesalahan dalam penggunaan kata ganti, imbuhan, susunan ayat, dan sebagainya. Selain itu, pemilihan perkataan yang tidak tepat, sama rata atau tidak sesuai dengan konteks penggunaan juga merupakan isu kesalahan kata yang berleluasa. Oleh itu, apabila menulis atau berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, penting untuk memastikan bahawa ejaan, tatabahasa, dan pemilihan perkataan adalah tepat agar mesej yang disampaikan dapat difahami dengan jelas. ISU KESALAHAN KATA ) ) ) ) ) ) ) ) )


) ) ) ) ) ) ) ) ) Intro Dalam media massa, banyak kesalahan penggunaan kata yang berlaku misalnya pada papan tanda, gegantung, internet, surat khabar, sari kata bahkan Whatsapp, Twitter serta Facebook. Hal ini bermakna pengguna bahasa melacurkan bahasa Melayu. Oleh itu, kenal pasti isu kesalahan kata dalam pelbagai sumber sama ada media cetak, media massa atau media elektronik. ) ) ) ) ) ) ) ) ) SOALAN TUGASAN


MEDIA CETAK


) ) ) ) ) ) ) ) ) Contents KESALAHAN IMBUHAN ) ) ) ) ) ) ) ) ) imbuhan apitan menguna ❎ menggunakan ✅ Terdapat beberapa kesalahan bahasa pada tanda ini seperti kesalahan ejaan dan tatabahasa. Di sini, saya ingin menekankan kesalahan tatabahasa iaitu kesalahan pada perkataan menguna, sepatutnya imbuhan yang patut digunakan ialah meng-...-kan, kerana kata dasarnya ialah guna.


) ) ) ) ) ) ) ) ) Ejaan pada kata majmuk rumah api ini adalah salah. Sepatutnya dieja terpisah iaitu rumah api. Kata majmuk mantap sahaja dieja rapat. KESALAHAN KATA MAJMUK ) ) ) ) ) ) ) ) ) ruma api ❎ rumah api ✅


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN KATA SENDI NAMA "Di larang masuk" adalah tergolong dalam kesalahan penggunaan 'di' yang sepatutnya dirapatkan dengan kata kerja 'larang' yang sepatutnya ditulis dengan "Dilarang masuk". di larang ❎ dilarang ✅


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN KATA MAJMUK ) ) ) ) ) ) ) ) ) Kata majmuk kurangupaya perlu dieja berjarak. Kata majmuk dieja terpisah kecuali kata majmuk mantap. kurangupaya❎ kurang upaya ✅


) ) ) ) ) ) ) ) ) Contents KESALAHAN KATA MAJMUK ) ) ) ) ) ) ) ) ) kata majmuk hakmilik ❎ hak milik ✅ Kata majmuk hak milik juga bukan merupakankata majmuk mantap, jadi ejaan perkataan hak milik perlulah dijarakkan.


) ) ) ) ) ) ) ) ) Contents KESALAHAN KATA MAJMUK ) ) ) ) ) ) ) ) ) kata majmuk alatulis ❎ alat tulis ✅ Pada papan tanda ini, terdapat kesalahan tatabahasa pada kata majmuk alat tulis, di sini, ejaan alatbtulis perlu jarak kerana alat tulis bukan merupakan kata majmuk mantap, jadi ejaannya perlulah dijarakkan.


) ) ) ) ) ) ) ) ) Contents ) KESALAHAN IMBUHAN ) ) ) ) ) ) ) ) imbuhan akhiran pasti kan ❎ pastikan ✅ imbuhan awalan di tutup ❎ ditutup ✅ Perkataan pastikan merupakankata terbitan berimbuhan akhiran, jadi akhiran -kan perlu dieja rapat Perkataan ditutup merupakan kata terbitan berimbuhan awalan, jadi awalan di- perlu dieja rapat. Sekiranya dieja secara jauh, penyampaian maknanya tidak akan sampai.


) ) ) ) ) ) ) ) ) Contents KESALAHAN IMBUHAN ) ) ) ) ) ) ) ) ) imbuhan awalan merbahaya ❎ berbahaya ✅ Dalam bahasa Melayu, tiada sebarang imbuhan mer-, jadi penggunaan kata terbitan merbahaya adalah salah kerana imbuhan awalannya adalah salah, penggunaan imbuhan mer- perlu ditukar kepada imbuhan ber-


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN KATA MAJMUKpasaraya ❎ pasar raya ✅ Berdasarkan buku ini, terdapat kesalahan kata majmuk dari segi ejaan perkataan “pasaraya” kerana perkataan ini dieja secara bercantum. Hal ini kerana hanya 15 kata majmuk mantap yang boleh dieja bercantum. Oleh itu, ejaan yang tepat ialah secara berjarak “pasar raya”.


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN KATA SENDI NAMA ) ) ) ) ) ) ) ) ) dihadapan ❎ di hadapan ✅ Kata sendi nama “di” ialah kata yang digunakan untuk tempat serta menerangkan frasa nama. Namun, ejaan “dihadapan” adalah salah kerana perkataan ”di” bukannya imbuhan awalan yang perlu dieja rapat. Ejaan yang sepatutnya ialah “di hadapan” terpisah daripada frasa nama yang mengikutinya. ·


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN IMBUHAN ) ) ) ) ) ) ) ) ) mengbukanya ❎ membukanya ✅ Imbuhan awalan meN- akan berubah bentuk menjadi mem- apabila huruf pangkal sesuatu kaa dasar adalah bermula dengan huruf b,f,p, atau v. Perkataan “mengbuka” seharusnya dibetulkan kepada “membuka”


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN PENJODOH BILANGAN ) ) ) ) ) ) ) ) ) buah pokok ❎ batang pokok ✅ Penjodoh bilangan “buah” digunakan untuk benda-benda besar yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu manakala penjodoh bilangan “batang” pula digunakan untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi. Oleh itu, penjodoh bilangan yang betul dan sesuai untuk perkataan “pokok” ialah batang bukannya buah.


MEDIA MASSA


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN IMBUHAN ) ) ) ) ) ) ) ) ) Kata dasar “libat” yang berpangkalkan huruf “l” apabila menerima apitan, awalan peN- menjadi me- dan huruf pangkal kekal. pelibatan❎ penglibatan ✅


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN KATA SENDI NAMA ) ) ) ) ) ) ) ) ) daripada ❎ dari ✅ Kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat, masa dan arah manakala kata sendi nama “daripada” pula digunakan untuk menyatakan orang, perbandingan dan asal kejadian. Oleh itu, penggunaan dalam perbualan Whatsapp tersebut salah kerana Selangor merupakan tempat. Perkataan yang betul ialah dari.


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN KATA GANDA ) ) ) ) ) ) ) ) ) Kata ganda yang betul ialah besar-besaran bukannya besaran-besaran apabila menerima gandaan. besaran-besaran ❎ besar-besaran✅


MEDIA ELEKTRONIK


) ) ) ) ) ) ) ) ) KESALAHAN IMBUHAN ) ) ) ) ) ) ) ) ) Berdasarkan berita tersebut, pulau pinang merupakan subjek. Oleh itu, perkataan “batal” perlu diberi imbuhan apitan mem-...-kan supaya menjadi kata kerja untuk menerangkan subjek. batal ❎ membatalkan✅


) ) ) ) ) ) ) ) ) Dalam konteks penggunaan Bahasa Melayu, kesalahan bahasa merupakan isu yang penting untuk dielakkan agar komunikasi dapat berlangsung dengan lancar dan efektif. Oleh itu, penting bagi penutur dan penulis Bahasa Melayu untuk sentiasa memperhatikan ejaan, tatabahasa, pemilihan perkataan, gaya penulisan, dan penggunaan frasa atau ungkapan yang tepat agar mesej yang disampaikan dapat difahami dengan jelas dan betul. Dengan menghindari kesalahan bahasa, kita dapat memastikan komunikasi yang berkualiti dan meningkatkan kecekapan komunikasi dalam Bahasa Melayu. PENUTUP ) ) ) ) ) ) ) ) )


) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) SSeekkiiaann TTeerriimmaa KKaassiihh Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version