BUILDING INFORMATION BIMMODELLING Untuk Pelajar Senibina, Kejuruteraan & Pembinaan Pengenalan Ringkas & Mudah NOR RUSLI ABU BAKAR MUHAMAD HANIF IBRAHIM
Pengenalan Ringkas & Mudah Building Information Modelling (BIM) Nor Rusli Abu Bakar Muhamad Hanif Ibrahim
Pengenalan Ringkas & Mudah Building Information Modelling (BIM) Hak Cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dalam penerbitan ini dibenarkan ditiru, diterbitkan semula, atau disimpan dalam bentuk yang boleh dipergunakan lagi atau dipindah dałam mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin bertulis daripada Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. e ISBN 978-629-97035-8-7 Diterbitkan oleh Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Aras 4, Galeria PJH Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya Tel : 03 8891 9000 Faks : 03 8891 9056
Prakata Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berjaya menyempurnakan buku Pengenalan Ringkas & Mudah Building Information Modelling (BIM). Buku ini mengandungi tujuh (7) bab dan sesuai dijadikan sebagai panduan dalam pengenalan berkaitan Building Information Modelling (BIM). Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang sama-sama terlibat dalam penerbitan buku ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan kemahiran dalam pembelajaran di samping menjadi pendorong untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan holistik, selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan menjadikan kurikulum JPPKK mesra industri. Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 .
Apakah BIM? Definisi BIM Awalan Lukisan 3D Permulaan Perisian 3D Bangunan Perisian BIM Pertama Perisian BIM Kedua Pengenalan Terma BIM Di Malaysia Perkembangan BIM Di Jabatan Kerja Raya (JKR) Inisiatif BIM Di Malaysia Projek BIM Pertama di Malaysia Projek Rintis BIM (In-House) JKR Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) BIM Day MyBIM Centre MyBIM Library BIM Dalam Projek Awam Evolusi CAD Dalam Bidang Senibina, Kejuruteraan dan Pembinaan (AEC) Isu Berkaitan Kaedah Pembinaan Konvensional Evolusi Proses Konvensional Kepada BIM BIM Execution Plan (BEP) BIM Tools BIM Dimension Level Of Development (LOD) LOD Bagi Setiap Fasa Pembangunan BIM Maturity BIM Coordination Virtual Construction Skop Kerjaya Dalam BIM Isu Pembinaan Negara Kelebihan Penggunaan BIM Kepada Negara Kelebihan BIM Dalam Projek Pengenalan Sejarah Perkembangan BIM Perkembangan BIM Di Malaysia Perbezaan Proses Pembinaan Konvensional dan BIM Terma Yang Digunakan Dalam BIM Kerjaya Dalam BIM Kelebihan Penggunaan BIM Kepada Negara Rujukan Isi Kandungan BIL. TOPIK M/S 1 2 3 4 5 6 7 8 1 - 3 4 - 8 9 - 21 22 - 27 28 - 36 37 - 38 39 - 42 43 - 46
PENGENALAN BIM 1.0
Apakah BIM? 02 BIM adalah singkatan kepada Building Information Modelling atau Permodelan Maklumat Bangunan. Ianya adalah proses kolaborasi yang membolehkan arkitek, jurutera, kontraktor dan lain-lain konsultan serta pengurusan fasiliti untuk berkerjasama dengan berpandukan kepada satu model 3D bangunan yang lengkap dan berinformasi. BIM diaplikasikan di seluruh dunia kerana ianya mampu dalam memastikan proses pembinaan menjadi lebih cekap dan berdaya saing serta boleh mengurangkan pembaziran tenaga, masa dan kos. 1.0 PENGENALAN BIM Sumber rajah : https://www.draglobal.com/
Modelling Technology and associated set off processes to produce, communicate, analyze and use of digital information model throughout construction project life-cycle National BIM Steering Committee - 2013 Teknologi permodelan informasi secara digital yang melibatkan proses menghasil, menghubung, menganalisa dan menggunakan informasi tersebut pada keseluruhan kitaran projek pembinaan. Jawatakuasa Pemandu BIM Kebangsaan - 2013 1.0 PENGENALAN BIM Definisi BIM 03 Terdapat banyak pihak yang telah mengeluarkan definisi BIM berdasarkan pandangan masing-masing. Di Malaysia, kesepakatan telah dibuat oleh Jawatankuasa Pemandu BIM Kebangsaan dengan mendefinisikan BIM sebagai: Sumber rajah : https://www.constructionplusasia.com/
SEJARAH PERKEMBANGAN BIM 2.0
Idea untuk menghasilkan model 3D bermula sejak awal pengenalan komputer, sekitar tahun 1962. 1960an Ivan Sutherland memperkenalkan Sketchpad dalam tahun 1963 Penghasilan model berdasarkan Constructive Solid Geometry (CSG). Model dihasil berdasarkan bentuk-bentuk primitif. 1970an & 1980an Sumber rajah : Wikipedia Sumber rajah : Youtube 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BIM Awalan Lukisan 3D 05
Chuck Eastman adalah perintis kepada program 3D untuk Bidang Senibina, Kejuruteraan dan Pembinaan (AEC). Beliau berkelulusan dalam bidang senibina. Dalam tahun 1970, Eastman mengkritik kaedah penghasilan lukisan-lukisan pembinaan sebagai tidak cekap dan berlaku pengulangan proses melukis sesuatu objek yang sama. Beliau juga mengkritik lukisan-lukisan yang dihasilkan tersebut kerana boleh lapuk mengikut masa dan tidak mewakili bangunan sebenar apabila berlaku pengubahsuaian. 1970an Charles M. Eastman (Chuck Eastman) Eastman telah berjaya menghasilkan beberapa perisian: 1973 : Building Description System (BDS) 1977 : GLIDE (Graphical Language for Interactive Design) 1980 : Formtek Perisian ciptaan Permulaan Perisian 3D Bangunan 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BIM 06 Sumber rajah : Wikipedia
Gabor Bojar memperkenalkan perisian Radar CH pada tahun 1984 untuk digunakan pada Apple Lisa Operating System. Keupayaan perisian Radar CH ditingkatkan lagi dan dikenali sebagai ArchiCAD. ArchiCAD boleh digunakan pada komputer peribadi. Perisian ini telah berjaya menarik minat ramai dengan ciri-cirinya yang mesra pengguna dan memudahkan kerja penghasilan model BIM. ArchiCAD dipasarkan oleh syarikat Graphisoft. 1980an Gabor Bojar Pengasas Graphisoft Perisian BIM Pertama 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BIM 07
Irwin Jungreis dan Leonid Raiz memperkenalkan perisian Revit dalam tahun 2000. Revit berkeupayaan untuk membina model 3D yang lebih besar bagi bidang senibina, kejuruteraan dan pembinaan (AEC). Pada tahun 2002, Revit telah dimiliki oleh syarikat Autodesk yang berpengkalan di Amerika Syarikat. 2000an Irwin Jungreis Leonad Raiz Perisian BIM Kedua 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BIM 08 BIM terus berkembang dan melibatkan pelbagai disiplin dalam AEC. Autodesk mula memperkenalkan perisian khusus untuk jurutera (structure & MEP). Autodesk Naviswork Manage digunakan untuk coordination dan virtual construction.
PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 3.0
Perisian komputer untuk BIM telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak awal 2000an. BIM mula mendapat perhatian di Malaysia sekitar tahun 2007. Ianya melibatkan inisiatif pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa syarikat swasta. Permulaannya, aplikasi BIM hanya melibatkan sebahagian daripada projek pembangunan sahaja. Terma Building Information Modeling (BIM) mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 2009 oleh Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof Judin Abdul Karim semasa merasmikan persidangan Infrastruktur & Pembinaan Asia di Kuala Lumpur. 2009 Sumber rajah : The Star Online Pengenalan Terma BIM Di Malaysia 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 10
BIM telah diperkenalkan kepada 2007 Jabatan Kerja Raya (JKR) Penetapan platform BIM (JKR telah 2008 memilih Autodesk sebagai platform) Pembentukan Jawatankuasa Teknikal BIM (Pelaksanaan projek BIM pertama iaitu Institut Kanser Negara, Putrajaya) 2010 Penubuhan Unit BIM PROKOM di JKR (Melaksanakan projek rintis Fasa II menggunakan BIM) 2012 Perkembangan BIM di Jabatan Kerja Raya (JKR) 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 11 Projek rintis BIM (In-house) iaitu Blok Akademik SMK Meru Raya, Ipoh, Perak 2011 Penyiapan projek BIM pertama iaitu Institut Kanser Negara, Putrajaya Studio Latihan BIM 2013 2014 Garis Panduan dan Piawaan BIM JKR JKR BIM Day 2015 Manual proses kerja BIM Garis Panduan Penggunaan 20 Template BIM JKR 18
Memupuk kesedaran penggunaan BIM dan mengadakan latihan dalaman jurutera dan arkitek IEM & PAM Menjadikan penggunaan BIM sebagai wajib kepada konsultan / kontraktor dilantik PEMAJU Pembangunan standard BIM dan kepakaran dalaman. Melaksanakan projek rintis BIM melibatkan perekabentuk JKR dan konsultan/kontraktor dilantik JKR Inisiatif BIM di Malaysia Mewujudkan Jawatakuasa BIM peringkat kebangsaan untuk merancang halatuju BIM CIDB Memupuk kesedaran penggunaan BIM ACEM dalam kalangan jurutera Mewujudkan jawatankuasa meliputi kerja bangunan, kejuruteraan, ICT, SMM dan aspek akademik RISM Mewujudkan jawatankuasa untuk mengumpulkan kehendak industri terhadap pelaksanaan BIM di Malaysia BIPC 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 12 Di peringkat awal pengenalan BIM di Malaysia, beberapa organisasi telah menyumbang beberapa inisiatif untuk memajukan penggunaan BIM di kalangan pemain industri pembinaan negara.
Projek BIM Pertama di Malaysia Institut Kanser Negara, Putrajaya 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 13 Projek BIM pertama di JKR Kos - RM690 juta Tarikh mula pembinaan - 2010 Tarikh siap pembinaan - 2013 Kaedah pelaksanaan - Reka dan Bina (Design & Build) Sumber rajah : JKR Sumber rajah : JKR Model BIM yang disatukan Model BIM struktur bangunan Model BIM MEP Virtual Construction Model BIM MEP
Projek rintis Fasa II JKR Rekabentuk konvensional Bangunan Pentadbiran SPRM Selangor Projek Rintis BIM (In-House) JKR 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 14 Fasa I Fasa II SK Meru Raya, Ipoh, Perak Projek rintis Fasa I JKR Rekabentuk konvensional Sumber rajah : https://www.sprm.gov.my/ Sumber rajah : http://skmeruraya.blogspot.com/
Projek rintis Fasa II JKR Mula dibina tahun 2012 Rekabentuk konvensional Klinik Kesihatan, Sri Jaya, Maran, Pahang Projek Rintis BIM (In-House) JKR 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 15 Fasa II Sumber rajah : JKR Model BIM senibina Model BIM struktur bangunan Model BIM MEP Model BIM MEP
40% daripada projek awam yang berskala besar diwajibkan menggunakan BIM. Negara mensasarkan untuk melatih dan melahirkan 1,000 orang pakar dalam BIM Pada tahun 2015, kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Industri Pembinaan 2016 – 2020 (CITP 2016-2020) di mana antara objektifnya adalah: Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 16
Acara tahunan anjuran CIDB untuk meningkatkan kesedaran penggunaan BIM di dalam industri pembinaan negara. BIM Day 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 17 Bagi merancakkan lagi penerimaan industri terhadap BIM, pihak CIDB telah menganjurkan BIM Day bermula tahun 2014.
CIDB MyBIM Centre ditubuhkan dalam tahun 2017 untuk membangunkan BIM dan meransang percambahan teknologi berkaitan di kalangan pemain industri pembinaan negara. MyBIM Centre 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 18 CIDB MyBIM Centre berfungsi sebagai pusat sehenti bagi mereka yang ingin mengenali dan meningkatkan kemahiran dalam BIM. Ianya terletak di Tingkat 11, Menara Sunway Putra, Kuala Lumpur.
MyBIM Library diwujudkan sebagai platfom perkongsian model objek BIM secara percuma. Objek BIM yang disediakan adalah berbagai dan meliputi kesemua bidang dalam industri pembinaan. Bilangan objek yang tersedia untuk dikongsi adalah melebihi 10,000 komponen dan bilangannya semakin meningkat dari masa ke semasa. Dengan adanya library ini, ianya dapat membantu semua pemain industri untuk menjimatkan masa dan kos dengan hanya memuat-turun objek yang dikehendaki tanpa perlu membinanya sendiri. MyBIM Library boleh diakses melalui pautan ini https://www.mybimlibrary.my/ MyBIM Library 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 19 Contoh objek BIM yang boleh dimuat turun daripada MYBIM Library secara percuma.
Setelah berjaya menyiapkan beberapa projek menggunakan BIM, kerajaan Malaysia mendapati BIM adalah sangat perlu diimplementasi untuk meningkatkan kecekapan proses pembinaan bangunan. Justeru, mulai tahun 2019, kerajaan menetapkan semua projek awam yang bernilai RM100 juta ke atas wajib menggunakan proses Building Information Modelling (BIM). Projek-projek ini bukanlah tertumpu kepada bangunan sahaja malah ianya turut melibatkan projek infrastruktur seperti pembinaan lebuhraya dan jaringan rel keretapi. BIM Dalam Projek Awam 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA 20 Sumber rajah : Akhbar Berita Harian
Keratan-keratan akhbar berkenaan kemajuan penggunaan BIM di Malaysia 3.0 PERKEMBANGAN BIM DI MALAYSIA BIM Dalam Projek Awam 21
PERBEZAAN PROSES PEMBINAAN KONVENSIONAL DAN BIM 4.0
Aplikasi awal CAD hanya berkebolehan menghasilkan lukisan 3D Pengenalan CAD 3D hanya untuk menghasilkan model 3D sebagai tambahan kepada 2D sahaja. Penggunaan BIM menawarkan penyelesaian secara menyeluruh 4.0 PERBEZAAN KONVENSIONAL & BIM Evolusi CAD Dalam Bidang Senibina, Kejuruteraan dan Pembinaan (AEC) 23 LUKISAN 2D Lukisan teknikal yang dilukis secara manual atau berbantu komputer di atas kertas 3D CAD Model 3D yang dihasilkan bagi tujuan visualisasi sahaja 3D BIM Model 3D yang disekalikan dengan informasiinformasi pembinaan 4D Model 3D BIM yang disekalikan dengan informasi tempoh masa pembinaan 5D Model 3D BIM yang dilengkapi dengan informasi kos pembinaan nD Model 3D BIM yang dilengkapi dengan informasi tambahan lain
Isu Berkaitan Kaedah Pembinaan Konvensional 4.0 PERBEZAAN KONVENSIONAL & BIM Kerja-kerja rekabentuk dan pembinaan bangunan banyak bergantung kepada lukisanlukisan. Antara kekangan lukisan adalah: Ia melibatkan banyak lukisan untuk sesuatu projek pembinaan. Hanya boleh difahami oleh mereka yang mahir dalam bidang. Komputer tidak dapat ‘memahami’ lukisan tersebut. Kesukaran untuk mengenal pasti kesilapan atau perselisihan rekabentuk. 24
4.0 PERBEZAAN KONVENSIONAL & BIM Evolusi Proses Konvensional Kepada BIM Senibina 25 Rekabentuk 3D lebih mudah difahami oleh berbagai pihak. Informasi komponen bangunan amat membantu komunikasi arkitek dengan perunding-perunding lain. Struktur Berdasarkan model BIM senibina, pihak jurutera dapat menghasilkan komponen struktur bangunan dengan lebih jelas dan tepat. Analisis struktur boleh dilakukan dengan lebih terperinci. Konvensional BIM Konvensional BIM
4.0 PERBEZAAN KONVENSIONAL & BIM Mekanikal, Elektrikal & Perpaipan (MEP) Komponen MEP adalah sangat kompleks dan sukar difahami sekiranya dilukis secara 2D (2 dimensi). Dengan adanya 3D BIM, maka rekabentuk MEP dapat disediakan dengan lebih cepat dan tepat. Clash Analysis (Analisa Pertembungan Model) Melalui proses konvensional, perselisihan rekabentuk hanya dapat dikesan semasa proses pembinaan bangunan. Hal ini menyebabkan kerja-kerja pembinaan boleh tertangguh. Dengan adanya BIM, segala perselisihan rekabentuk dapat dikenal pasti lebih awal dan diperbetulkan terlebih dahulu. Evolusi Proses Konvensional Kepada BIM 26 Konvensional BIM Konvensional BIM
Proses BIM melibatkan penggunaan teknologi secara bersama (kolaborasi). Kesemua perunding perlu terlibat dari peringkat awal dan berkongsi platform dan model yang sama. 4.0 PERBEZAAN KONVENSIONAL & BIM Evolusi Proses Konvensional Kepada BIM Proses konvensional menggunakan teknologi secara berasingan. Ianya umpama bekerja di dalam silo. Setiap perunding bekerja dalam skop bidang masing-masing tanpa ada komunikasi jelas dengan pihak lain. 27
TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM 5.0
BEP Senarai pihak yang terlibat dan tanggungjawab Objektif projek Keperluan peralatan dan penetapan perisian Penetapan Dimension dan LOD Rujukan garis panduan BIM Proses kolaborasi Tarikh-tarikh penting seperti penyiapan model dan mesyuarat koordinasi Kaedah penghantaran model Kaedah perkongsian data model Dan lain-lain Antara perkara yang perlu dimuktamadkan dalam BEP adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. BIM Execution Plan (BEP) 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM Pada peringkat awal sebelum model BIM dibina, satu ketetapan perlu dipersetujui secara bersama oleh pihak-pihak yang terlibat dengan sesuatu projek tersebut. Maka BIM Execution Plan (BEP) perlu diwujudkan dan dipatuhi. 29
Perisian khusus untuk membina model 3D BIM. Contoh perisian adalah Autodesk Revit, ArchiCAD, TEKLA dan ALLPLAN Perisian khusus untuk proses koordinasi model-model BIM. Contoh perisian adalah Autodesk Navisworks dan Solibri Perisian khusus untuk proses analisa model-model BIM. Contoh perisian adalah Dialux dan Autodesk Revit Perisian khusus untuk merancang dan menetapkan tempoh pembinaan bangunan. Contoh perisian adalah Autodesk Navisworks. Perisian khusus untuk proses pengiraan kos bahan dan pembinaan bangunan. Contoh perisian adalah VICO Office. BIM Authoring Tool BIM Coordination Tool BIM Analysis Tool BIM Scheduling Tool BIM Cost Estimating Tool BIM Tools 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM 30
3D BIM – Model 3D yang disertakan dengan informasi bangunan 4D BIM – Model 3D BIM yang disertakan dengan tempoh masa pembinaan bangunan 5D BIM – Model 3D BIM yang disertakan dengan kos pembinaan bangunan 6D BIM – Model 3D BIM yang disertakan analisa kelestarian alam bagi bangunan mesra alam nD BIM – Model 3D BIM boleh dikembangkan lagi dengan menambah informasi-informasi yang baharu Sesuatu projek BIM mempunyai tahap informasi yang berbeza mengikut keperluan pemilik bangunan. Ini dikenali sebagai BIM Dimension dan dikategorikan seperti berikut: BIM DIMENSION BIM Dimension 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM 31
LOD 100 LOD 200 LOD 300 LOD 400 LOD 500 LOD Level Of Development (LOD) 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM LOD 100 - Model bagi idea rekabentuk awalan. Hanya menunjukkan rupabentuk asas sesuatu bangunan. LOD 200 - Model yang menunjukkan rekabentuk bangunan dengan jelas di bahagian luar dan dalam. Ada dinyatakan ruang-ruang dan informasi bahan pembinaan yang digunakan. LOD 300 – Model terperinci berserta informasi lengkap sesuatu rekabentuk bangunan. Model yang sesuai untuk tujuan tender pembinaan. LOD 400 – Model terperinci yang disertakan dengan program kerja pembinaan. Model ini digunakan untuk merancang kerja pembinaan dan memantau perkembangan proses pembinaan. LOD 500 – Model terbina yang perlu disediakan selepas proses pembinaan selesai. Model ini adalah model terakhir yang menggambarkan keadaan bangunan sebenar selepas ianya siap dibina. Level Of Development (LOD) adalah rujukan kepada semua pihak dalam industri pembinaan untuk menetapkan pengisian informasi pada model BIM berdasarkan peringkat rekabentuk / pembinaan. Kefahaman LOD telah diterima dan di masukkan dalam Garis Panduan BIM di kebanyakan negara. 32
LOD Bagi Setiap Fasa Pembangunan 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM Idea awalan LOD Fasa Perancangan 100 Preliminari / Rekabentuk konsep Rekabentuk terperinci Fasa Rekabentuk LOD 200 Perolehan Kontrak LOD Fasa Dokumentasi Kontrak 300 Program Kerja Pembinaan Simulasi proses pembinaan Fasa Pembinaan LOD 400 Model terbina LOD Fasa Penyerahan Projek 500 33
BIM Maturity 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM Teknik penghasilan lukisan teknikal 2D berasaskan kertas. Tiada kolaborasi antara disiplin. Tahap 0 34 Kematangan BIM (BIM Maturity) merujuk kepada tahap prestasi pelaksanaan BIM. Kumpulan BIM Task (UK) telah membina model bagi mengukur kematangan BIM. Terdapat empat tahap kematangan BIM iaitu Tahap 0, Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Terdapat perkongsian data 3D secara maya dan kerjasama antara pasukan projek. Setiap ahli pasukan menyediakan data sendiri. Model 3D dan maklumat bangunan dikongsi bersama dengan semua pasukan projek melalui pengkalan data yang sama. Berlaku pertukaran maklumat secara kolaborasi. Semua ahli projek menggunakan model yang sama secara automatik. Piawaian terbuka menggunakan model bersepadu. Juga dikenali sebagai iBIM atau BIM yang berintegrasi.
BIM Coordination 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM Dapat mengurangkan kesilapan rekabentuk. Memudahkan komunikasi antara semua pihak. Membantu pasukan BIM membuat keputusan yang lebih tepat. Antara kelebihan proses BIM Coordination adalah: BIM Coordination adalah proses di mana semua model BIM daripada berbagai pihak disatukan dan disemak bagi memastikan ketepatan rekabentuknya. BIM Coordination adalah sangat penting kerana ianya boleh menentukan kejayaan sesuatu projek BIM tersebut. 35
Virtual construction (VC) adalah animasi simulasi proses pembinaan sesuatu bangunan. Persembahan proses pembinaan adalah berdasarkan perancangan Program Kerja (Critical Path Method (CPM)). Dengan adanya VC, pihak kontraktor akan dapat merancang penempatan dan perolehan peralatan serta bahan dengan lebih sistematik. VC juga boleh digunakan untuk memantau kemajuan pembinaan sama ada mengikut jadual atau sebaliknya. Virtual Construction 5.0 TERMA YANG DIGUNAKAN DALAM BIM 36
KERJAYA DALAM BIM 6.0
BIM Modeller – Individu yang membina model BIM bagi mana-mana bidang seperti architecture, engineering, construction dan lain-lain. BIM Coordinator – Individu yang memantau tugastugas BIM Modeller. Beliau juga akan melaksanakan proses coordination antara model-model berbeza bagi memastikan kesesuaian rekabentuk. BIM Manager – Individu yang mengetuai keseluruhan proses BIM. Beliau menetapkan Building Execution Plan (BEP), memantau BIM Coordinator semua bidang serta memastikan keseluruhan projek berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Berikut ialah antara jawatan baharu yang diwujudkan: Skop Kerjaya Dalam BIM 6.0 KERJAYA DALAM BIM Penggunaan proses BIM dalam industrI pembinaan telah mewujudkan skop tugas yang baharu. 38
KELEBIHAN PENGGUNAAN BIM 7.0
1 Kelemahan perancangan Isu Pembinaan Negara 7.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN BIM 2 Kelemahan koordinasi 3 Kekangan tenaga pakar 4 Kelemahan membuat keputusan Ketidakcekapan penyelesaian 5 perselisihan 40 6 Kurang pemantauan projek 7 Penolakan penggunaan teknologi baru
Mempromosikan ketelusan dan kebolehpercayaan dalam proses pembinaan 1 Kelebihan Penggunaan BIM Kepada Negara 7.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN BIM Memacu industri pembinaan 2 negara ke tahap antarabangsa Boleh meningkatkan pemilikan harta intelek dan seterusnya keupayaan modal insan 3 Boleh mentransformasikan industri pembinaan negara dari berpandukan kemahiran kepada berpandukan pengetahuan 4 Boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan industri pembinaan negara 5 41
Membolehkan proses penilaian rekabentuk dan menguruskan keperluan pemilik secara 3D 1 Kelebihan BIM Dalam Projek 7.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN BIM Dapat memvisualisasikan keadaan tapak dengan lebih jelas dan menambahbaik kerja tanah 2 Membantu mengesahkan 3 program kerja kontraktor Meminimumkan konflik rekabentuk, perselisihan dan 4 kemalangan pembinaan Informasi aset boleh direkod 5 pada model 42
RUJUKAN
ARCC Administrator (2017). 2017 James Haeker Distinguished Leadership Award. Dimuat turun daripada: https://www.arccarch.org/2017-haecker-award/ Asyriq Fahmy Ahmad (2015 Nov 23). BIM Atasi Masalah Pembinaan. Utusan Malaysia, Kuala Lumpur. BIM Industry Working Group. (2011). A Report for the Government Construction Client Group Building Information Modelling (BIM) Working Party Strategy Paper: Cabinet Office. Dimuat turun daripada: http://www.bimtaskgroup.org/wpcontent/uploads/2012/03/BISBIM-strategy-Report.pdf BIM Task Group. (2012). The Investors Report: British Standard Institution Group UK, Dimuat turun daripada: http://www.bimtaskgroup.org/wpcontent/uploads/2012/03/Invest orsReport-BIM.pdf BIMForum (2013), Level of Development Specification for Building Information Models, Dimuat turun daripada: http://www.bimforum.org/lod CIDB Malaysia (2022). BIM Concept and Theory Module. MyBIM Center, Kuala Lumpur. Jabatan Kerja Raya Malaysia (2014). Garis Panduan BIM JKR (2014). Unit BIM JKR, Kuala Lumpur. Jabatan Kerja Raya Malaysia (2014). Piawaian BIM JKR. Unit BIM JKR, Kuala Lumpur. Jabatan Kerja Raya Malaysia (2016). JKR Building Information Modelling (BIM) Requirements for Design & Build Projects. Unit BIM JKR, Kuala Lumpur. RUJUKAN 44
Julianna Gulden (2022). Graphisoft Celebrates 40 Years Of Serving The AEC Industry And Unveils Its Vision And Strategic Roadmap To Support Customer Success In The Future. Dimuat turun daripada: https://graphisoft.com/contact-us/pressrelations#/pressreleases/press-release-graphisoft-celebrates40-years-of-serving-the-aec-industry-and-unveils-its-vision-andstrategic-roadmap-to-support-customer-success-in-the-future3194291 MMC Gamuda (2020). Building Information Modelling (BIM) Academy. Dimuat turun daripada: https://mmcgamudamrt.com.my/putrajaya-underground/buildinginformation-modeling-bim-academy/ Nor Aini Binti Abdul (2014). Malaysian Building Information Modelling (BIM) Implementation Roadmap: Identifying Stakeholders Interest. Universiti Malaysia Pahang, Kuantan. Nur Hidayah Ahmad (2020). BIM. Ke Arah Transformasi Industri Pembinaan. Apa yang Anda Perlu Tahu? Dimuat turun daripada: https://rootofscience.com/blog/2020/umum/bim-ke-arahtransformasi-industri-pembinaan-apa-yang-anda-perlu-tahu/ Rafael Sacks, Chuck Eastman, Gang Lee and Paul Teicholz (2018). BIM Handbook: A Guide to Building Information Modeling for Owners, Designers, Engineers, Contractors, and Facility Managers, 3rd Edition. Wiley. Smith, D. K., & Tardif, M. (2012). Building Information Modeling: A Strategic Implementation Guide for Architects, Engineers, Constructors, and Real Estate Asset Managers. John Wiley & Sons. Sunway Construction Group Berhad (2022). Virtual Design & Construction. Dimuat turun daripada: https://www.sunwayconstruction.com.my/virtual-designconstruction/ RUJUKAN 45