The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PROGRAM TEKNOLOGI SENIBINA, KOLEJ KOMUNITI ARAU, 2023-08-02 04:16:40

Langkah Selamat di Bengkel Kerja

DI BENGKEL KERJA SELAMAT LANGKAH Ts. Muhammad Shamir bin Hassan Basri Ts. Rabeah binti Md Zin Norhamizah binti Rusli


Langkah Selamat di Bengkel Kerja Ts. Muhammad Shamir bin Hassan Basri Ts. Rabeah binti Md Zin Norhamizah binti Rusli


Langkah Selamat di Bengkel Kerja Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dalam penerbitan ini dibenarkan ditiru, diterbitkan semula, atau disimpan dalam bentuk yang boleh dipergunakan lagi atau dipindah dałam mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin bertulis daripada Unit Kejuruteraan Awam & Alam Bina, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. eISBN 978-629-97861-7-7 Diterbitkan oleh Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Aras 4, Galeria PJH Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya Tel: 03 8891 9000 Faks: 03 8891 9056 i


PRAKATA Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berjaya menyempurnakan buku nota ringkas Langkah Selamat di Bengkel Kerja. Langkah Selamat di Bengkel Kerja adalah sebagai panduan dan rujukan bagi pelajar dan pensyarah dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Buku ini mengandungi topik-topik dalam mematuhi langkah selamat di bengkel kerja. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang sama-sama terlibat dalam penerbitan buku ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan kemahiran dalam pembelajaran di samping menjadi pendorong untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan holistik, selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan menjadikan kurikulum mesra industri. Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 . ii


S E N A R A I KA N D U N G A N 1 H a k cip t a P r a k a t a P e n g e n ala n a m ala n k e s ela m a t a n & k e sih a t a n p e k e rj a a n 23 A k t a K e s ela m ata n & K e sih a t a n P e k e rj a a n 4 P u n c a k e m ala n g a n di b e n g k el k e rj a 5 Sim b olsim b ol k e s ela m a t a n di b e n g k el kerja 6 J e nis -j e nis k e m ala n g a n di b e n g k el k e rj a 7 L a n g k a h s ela m at di b e n g k el k e rj a 8 K a t e g o ri k e s ela m ata n & p e n c e g a h a n k e m ala n g a n di b e n g k el K e rj a 9 K e p e n tin g a n a m ala n k e s ela m a t a n di bengkel Kerja 10 P ela n la n t ai & s u s u n atu r di b e n g k el K e rj a 11 12 P e r a n a n & ta n g g u n gj a w a b a m ala n k e s ela m a t a n 13 S e n a r ai glo s a ri 14 Senarai rujuka n 15 Bio d a t a p e n ulis 16 P e n g e n ala n h a z a r d, b a h a y a & risik o J e nis -j e nis h a z a r d 17 135101416182022262830323436 iii iii Jawatankuasa penulis 18 3 9


AMALAN KESELAMATAN PENGENALAN & KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) 1


APA ITU AMALAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) Penglibatan dalam Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amat penting samada seseorang itu berada secara berseorangan ataupun secara berkumpulan Hubungan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) Keselamatan lebih memfokuskan kepada penghapusan keadaan atau sesuatu situasi yang berpotensi mendatangkan kecederaan. Manakala, kesihatan pekerjaan pula merupakan cabang perubatan bersifat pencegahan yang berkait dengan kesihatan pekerja bagi setiap aktiviti pekerjaan yang dilakukan serta kesannya terhadap kesihatan dan kebajikan pekerja itu sendiri. Kemalangan terjadi dan boleh mendatangkan bahaya seperti kecederaan pada anggota badan ataupun maut. Oleh itu, seseorang pelajar mahupun pekerja haruslah sentiasa berwaspada dalam melaksanakan aktviti ketika berada di bengkel atau di tempat kerja. Kepentingan dalam Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2


KESELAMATAN AKTA & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP) 3


MELINDUNGI MENGGALAKKAN TUJUAN MEMASTIKAN Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berpunca daripada aktiviti kerja yang dilakukan Bagi melindungi orang lain di tempat kerja selain daripada pekerja yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berpunca daripada aktiviti kerja yang dilakukan Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi pekerja yang sedang bekerja dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka Peranan pelbagai pihak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AKKP (Akta 514) 1994 menyatakan majikan dipertanggungjawabkan dalam menyedia maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan termasuk kemudahan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja INFO AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP) AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP) 4


HAZARD, BAHAYA & RISIKO PENGENALAN 5


APA ITU HAZARD HAZARD merupakan perkara, aktiviti atau apa sahaja yang bertindak secara sendiri atau saling bertindak antara satu sama lain dan mampu memberi kesan kemudaratan. HAZARD dapat ditakrifkan juga sebagai penyebab atau punca atau situasi yang berpotensi untuk memudaratkan samada kecederaaan atau penyakit, kerosakan harta benda, alam sekitar atau kombinasi salah satu atau kesemuanya. 6


APA ITU BAHAYA BAHAYA merupakan perkara yang lebih menunjukkan pendedahan relatif individu atau pekerja kepada hazard. Perkataan ini mengambarkan sesuatu keadaan risiko yang berkait dengan bahaya. Contohnya seorang pekerja yang sentiasa terdedah kepada hazard berada dalam keadaan lebih bahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah secara relatif kepada hazard. 7


APA ITU RISIKO RISIKO merupakan kombinasi atau gabungan kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dengan jangka masa atau keadaan yang tertentu dan berkait dengan keterukan terhadap kecederaan atau kesihatan kepada manusia, harta benda, alam sekitar atau kombinasi kesemua tersebut. 7


APA ITU RISIKO Risiko boleh dinilai dan dikira menggunakan pengiraan (formula) berikut: Risiko Relatif = L x S (L = Kemungkinan ; S = Keterukan) 9


HAZARD JENIS - JENIS 10


Sesuatu mesin dan peralatan dianggap berbahaya di bengkel atau di tempat kerja, jika: Direka tidak selamat untuk digunakan Tidak ada penyelenggaraan yang baik dibuat Digunakan oleh pekerja atau individu tidak terlatih Digunakan bukan pada aktiviti kerja yang sepatutnya Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza Dialih dan dipindah secara haram Pekerja tidak fokus dan tidak menumpukan perhatian semasa menggunakan peralatan HAZARD FIZIKAL Hazard fizikal adalah hazard yang timbul daripada bahaya yang berpunca dengan penggunaan mesin dan peralatan. 11


Langkah-langkah keselamatan perlu dipatuhi dan diambil tindakan semasa mengendalikan bahan kimia ini di bengkel. HAZARD KIMIA Hazard kimia adalah kecederaan yang berpunca akibat menyentuh dan menghidu bahan kimia yang berada di bengkel atau di sekitar tempat kerja. Contohnya bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat. 12


Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah melalui: penyerapan, iaitu berlaku akibat luka dan calar pada kulit dan menyerap masuk melalui kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar inokulasi ini terjadi akibat alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana specimen boleh masuk terus ke dalam darah. Penelanan ini adalah melalui mulut dan boleh berlaku dengan makan, mengigit kuku dan makan tanpa mencuci tangan. Pekerjaan atau aktiviti yang terdedah kepada jangkitan penyakit adalah sangat tinggi dedahannya pada hazard biologi ini. Antara aktvitinya adalah seperti penganalisis spesimen biologi yang berada di makmal. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbezabeza mengikut: sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit laluan masuk agen penyakit ke dalam tubuh badan ketahanan atau antibodi pekerja HAZARD BIOLOGIKAL 13


HAZARD ERGONOMIK Hazard Ergonomik adalah merupakan ketidaksesuaian manusia atau tidak selesa dengan aktiviti dan persekitaran kerjanya. Ergonomik ini juga dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan reka bentuk kejuruteraan dan proses kerja bagi memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Contohnya aktiviti di bengkel dengan mengangkat barang secara salah dan berat serta dalam keadaan yang tidak ergonomik mampu mengakibatkan sakit belakang. 13


KEMALANGAN PUNCA DI BENGKEL KERJA 14


MENGAPA BERLAKU KEMALANGAN DI BENGKEL KERJA PENYALAHGUNAAN ALATAN ATAU MESIN Menggunakan alatan tangan yang telah rosak Penggunaan alatan yang tidak berkait dengan aktiviti kerja KEADAAN BENGKEL Bengkel yang kurang dan tidak cukup pencahayaan akan menyukarkan perlaksanaan aktiviti di dalam bengkel berkenaan. Lantai yang tidak bersih seperti berminyak dan licin serta terdapat bahan dan alatan yang berselerak di kawasan kerja SIKAP Cara berpakaian yang tidak sesuai ketika di bengkel Melaksanakan sesuatu secara tergesa-gesa dan tidak mengikut arahan yang ditetapkan Bengkel yang mempunyai bahan mudah terbakar tidak disimpan di tempat sepatutnya Tidak mengambil kira kemampuan diri sebelum melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan peralatan di bengkel 15


KESELAMATAN SIMBOL-SIMBOL DI BENGKEL KERJA 16


KENALI SIMBOL KESELAMATAN DI BENGKEL KERJA Simbol merupakan gambar rajah ringkas dan digunakan bagi pemakluman dan peringatan kepada seseorang individu demi kejaminan keselamatan Simbol mengandungi pelbagai bentuk atau ukiran dan warna tertentu yang mewakili maksud tersendiri Papan tanda Utamakan Keselamatan di Bengkel WARNA KESELAMATAN: MERAH WARNA KONTRAS (SIMBOL/ TULISAN): PUTIH Larangan & pemadam api WARNA KESELAMATAN:KUNING WARNA KONTRAS (SIMBOL/ TULISAN): HITAM Perhatian/ Waspada & Potensi Berisiko Bahaya WARNA KESELAMATAN:HIJAU WARNA KONTRAS (SIMBOL/ TULISAN): PUTIH Zona Aman/ Pertolongan Pertama WARNA KESELAMATAN: MERAH WARNA KONTRAS (SIMBOL/ TULISAN): PUTIH Wajib ditaati WARNA KESELAMATAN: MERAH WARNA KONTRAS (SIMBOL/ TULISAN): HITAM Informasi Umum 17


KEMALANGAN JENIS - JENIS DI BENGKEL KERJA 18


KEMALANGAN DI BENGKEL KERJA Terjatuh yang boleh mengakibatkan terseliuh, lebam, luka, patah tulang dan lebih kritikal adalah kematian. Terkena hentaman dari benda berat seperti paip besi menimpa kaki atau sepana terkena tangan Terkena renjatan elektrik yang kesanya boleh mengakibatkan lecur, lumpuh dan lebih kritikal adalah kematian. 19


SELAMAT LANGKAH DI BENGKEL KERJA 20


BAGAIMANAKAH CARA MEMASTIKAN KITA SELAMAT DI BENGKEL ? PATUHI PERATURAN Mematuhi segala peraturan yang telah diberikan bagi mengurangkan kebarangkalian terjadinya kemalangan PAKAIAN YANG SESUAI Menggunakan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE-Personal Protective Equipment) yang sesuai untuk kerja atau aktiviti yang hendak dilakukan Penggunaan alatan tangan dengan kaedah yang betul, tepat dan cermat ALAT TANGAN YANG SESUAI Periksa dan memastikan kemudahan kecemasan bagi mesin dan peralatan berada dalam keadaan baik serta berfungsi MESIN & PERALATAN BAIK Pengguna perlu membersihkan kesemua mesin, alat dan tempat kerja dengan teliti selepas digunakan. KEBERSIHAN 21


KESELAMATAN KATEGORI & PENCEGAHAN KEMALANGAN DI BENGKEL KERJA 22


KESELAMATAN KAWASAN KERJA Pengudaraan dan pencahayaan dalam bengkel mestilah berkeadaan baik kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan di bengkel. Manakala, lantai kawasan kerja bersih dari minyak atau air untuk mengelakkan daripada jatuh tergelincir ataupun terkena renjatan elektrik. KESELAMATAN AM & KESELAMATAN TEMPAT KERJA PAPAN TANDA DAN ISYARAT KESELAMATAN SUSUN ATUR PERALATAN Papan tanda dan isyarat keselamatan perlu dipamerkan di tempat yang strategik. Papan tanda dan isyarat tersebut berupa tulisan, lukisan atau grafik yang berwarna terang seperti kuning dan merah hendaklah dibuat secara ringkas dan mudah difahami (Azizi Ahmad. 2007). Memastikan susun atur peralatan sentiasa kemas, selamat dan peralatan yang digunakan ketika kerja amali disimpan dan disusun semula ke tempat asal serta tidak menghalang laluan kecemasan. Keselamatan am di dalam bengkel atau di tempat kerja adalah seperti mewujudkan persekitaran kerja yang teratur dan kemas. ALAT BANTUAN PEMADAM API Mengenalpasti kedudukan alat pemadam api dan mempelajari cara penggunaannya jika berlakunya kecemasan kebakaran 23


Keselamatan Diri Sendiri Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja Menggunakan pakaian yang sesuai dan kemas untuk bekerja Penggunaan apron adalah digalakkan. Manakala, kasut adalah wajib dipakai ketika bekerja dan berada di dalam bengkel Semua peraturan keselamatan hendaklah dipatuhi setiap masa terutamanya sewaktu kerja amali dijalankan di bengkel 1. 2 . 3. 4. Pastikan tangan dibasuh dengan sabun/ bahan pencuci dan air bersih selepas kerja bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku 24


KESELAMATAN PERALATAN & PENYIMPANANNYA Memastikan tangan hendaklah bersih daripada minyak atau gris semasa menggunakan sebarang alat atau perkakas. KEBERSIHAN PENGGUNAAN ALATAN Gunakan alat yang betul untuk sesuatu tugasan di bengkel Bahan kerja yang kecil hendaklah diapit dengan kukuh sebelum menggunakan alatan tangan seperti gergaji, gerudi atau kikir. MENGENDALI PERALATAN TAJAM Hulur alat tajam kepada orang lain dengan menghalakan pemegangnya dan bukan bahagian hujung yang tajam kerana boleh mengakibatkan kecederaan. MENGENDALI BAHAN KERJA KECIL Penyimpanan peralatan tersebut boleh disimpan di tempat khas seperti almari. Peralatan yang sudah digunakan perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan dengan rapi agar tidak mudah berkarat atau rosak. Bagi peralatan yang kecil seperti paku, skru, pemutar skru dan sebagainya boleh disimpan di dalam laci atau ruang khas yang bersesuaian. PENYIMPANAN PERALATAN 25


KEPENTINGAN PELAKSANAAN AMALAN KESELAMATAN 26


MEMBENDUNG & MEMINIMUMKAN RISIKO KEMALANGAN Nurul Arina & Atiqah Nadhirah (2017) menegaskan kepentingan amalan keselamatan diantaranya ialah membendung atau meminimumkan risiko kemalangan dimana boleh mengancam keselamatan KEBAIKAN AMALAN KESELAMATAN MENGELAKKAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN PERALATAN Sekiranya semua pihak memainkan peranan dalam melaksanakan amalan keselamatan yang baik dan menggunakan peralatan dengan betul, ianya dapat mengurangkan risiko peralatan rosak MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN MUTU KERJA Amalan keselamatan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu kerja serta mengelakkan daripada kecederaan fizikal atau kematian. Misalnya dalam mengatasi risiko kecederaan fizikal atau kematian, pekerja perlulah mengikuti segala peraturan dan arahan yang diberikan oleh majikan dan juga patuh pada setiap peraturan tempat kerja yang telah ditetapkan. 27


& SUSUN ATUR PELAN LANTAI DI BENGKEL KERJA 28


PELAN LANTAI & SUSUN ATUR BENGKEL KERJA PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN Pencahayaan dan pengudaraan perlu cukup dalam bengkel supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dengan lebih lancar dan teratur SUSUN ATUR Susun atur yang betul di kawasan kerja atau bengkel dengan penyediaan ruang pergerakan yang mudah apabila berlaku kecemasan BAHAN MUDAH TERBAKAR Bahan mudah terbakar perlu ditempatkan pada ruang yang berjauhan dengan tempat yang mudah terhasilnya percikan api seperti proses kimpalan arka dan gas KEADAAN LANTAI Pastikan lantai dalam keadaan kering dan tidak mempunyai sebarang sisa seperti sisa tumpahan minyak atau bahan mudah terbakar 29


& TANGGUNGJAWAB PERANAN AMALAN KESELAMATAN 30


TANGGUNGJAWAB AMALAN KESELAMATAN PERANAN SEMUA PIHAK Semua pihak dikehendaki bekerjasama bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terutama keselamatan ketika berada di bengkel kerja PERANAN MAJIKAN Perlu memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja berada pada tahap yang baik untuk sepanjang masa Pastikan pekerja tidak terdedah dengan bahaya seperti jenis bahan pencemaran berisiko serta sebarang jenis penyakit berjangkit yang boleh memberi kesan terhadap tahap keselamatan dan kesihatan diri perkerja Keadaan persekitaran tempat kerja perlu dipastikan selamat dan sihat untuk pekerja dalam melaksanakan sebarang jenis aktiviti kerja PERANAN PEKERJA Memastikan keselamatan diri sendiri dan orang awam yang lain Bekerjasama dengan pihak majikan berkaitan keselamatan & kesihatan Patuh etika pakaian dan alatan yang betul mengikut prosedur Mematuhi segala peraturan dan arahan berkaitan keselamatan & kesihatan 31


SENARAI GLOSARI 32


Bahaya Pendedahan relatif kepada hazard Hazard Punca atau situasi atau keadaan yang berpotensi untuk memudaratkan kepada manusia sama ada kecederaan mahupun penyakit, kemusnahan harta benda, kemusnahan kepada alam sekitar atau gabungan kesemuanya Kemalangan Kemalangan merupakan suatu rentetan kejadian yang tidak diingini yang boleh memberi kesan seperti kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda Majikan Merujuk Akta Kerja 1955, majikan adalah seseorang yang telah memasuki kontrak perkhidmatan untuk menggaji orang lain sebagai pekerja. Pekerja Pekerja adalah seseorang yang diambil kerja dengan diberi ganjaran atau pembayaran gaji dibawah kontrak perkhidmatan (yang dipersetujui) berkaitan dengan kerja suatu di industri. GLOSARI 33


SENARAI RUJUKAN 34


Abd. Azis Samat, Subri Abu Kassim & Mohd Sukri Yasin. 2015. Teknologi Binaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2015. ISBN: 978-983-62-8672-7. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514).1994. Undang-Undang Malaysia, Akta 514 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Produced By Lawnet, Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Azizi Ahmad. 2007. Keselamatan Dan Kesihatan Industri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja. 2008. Unit Kesihatan Pekerjaan. Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya. Cetakan Ketiga 2008. ISBN: 983-42556-0-8. Garis Panduan Bagi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994. 2006. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia Malaysia. ISBN: 983-2014-55-7. Mohamad Khan Jamal Khan. 2005. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Organisasi. Petaling Jaya: Pearson-Prentice Hall. Mustazar Mansur & Ho Shu Peng. 2009. Keberkesanan Latihan Keselamatan Dan Kesihatan Dalam Mengurangkan Kemalangan Di Tempat Kerja. PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) 293-324 ISSN: 2231-962X. Norhazizi Lebai Long, Jasni Abdullah & Shairul Shamsudin. 2015. Kerja Paip Domestik. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2015. ISBN: 978-983-62-8501-0. Nurul Arina Binti Abdull Razak & Atiqah Nadhirah Binti Mohd Yusof. 2017. Amalan Keselamatan Di Bengkel Elektrik. KKBD THINKBIGV1 Ekspresi Minda Warga TVET. Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Kementerian Pendidikan Tinggi. Perpustakaan Negara Malaysia. ISBN: 978-983-44024-7-1. RUJUKAN 35


PENULIS BIODATA 36


BIODATA P E N U L I S TS. MUHAMMAD SHAMIR BIN HASSAN BASRI TS. RABEAH BINTI MD ZIN Merupakan graduan Universiti Malaya dalam Sarjana Pengurusan Fasiliti & Penyelenggaraan. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan selama 10 tahun NORHAMIZAH BINTI RUSLI Merupakan graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan selama 20 tahun Merupakan graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Pengurusan Fasiliti dan mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan selama 5 tahun. Beliau juga mempunyai Sijil Kompetensi Pegawai Keselamatan & Kesihatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 37


PENULISAN JAWATANKUASA 38


39 PENAUNG : YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti PENASIHAT 1 : En. Mohd Noor bin Shahudin Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti PENASIHAT 2 : Dr. Norhayati binti Zakaria Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti PENGERUSI : Ts. Dr. Zamsalwani binti Zamri Timbalan Pengarah Unit Kejuruteraan Awam dan Alam Bina Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti EDITOR : Ts. Zulkurnain bin Hassan Politeknik Port Dickson Pn. Nur Angriani binti Nujrja Politeknik Kota Kinabalu PENULIS : Ts. Muhammad Shamir bin Hassan Basri Kolej Komuniti Kota Marudu Ts. Rabeah binti Md Zin Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Pn. Norhamizah binti Rusli Kolej Komuniti Segamat Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta semua pihak yang telah bekerjasama dalam penghasilan buku "Langkah Selamat di Bengkel Kerja" SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version