STS 20083 TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA
Topik 4: PEMBINAAN LANTAI DAN TANGGA HPK HPP DT CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PEMBERATAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (%) JPP (jam) Ujian 1 Ujian 2 Pembentang CADANGANTOPIK an 1 Pembentang an 2 Tugasan 1 Tugasan 2 (1) 20% (1) 20% (1) 10% (1) 10% (1) 20% (1) 20% HPK1 : Menyatakan proses dan fungsi komponendalam pembinaan bangunan 1 C2 Kuliah interaktif ● 48 T1 - T3 Kuliah interaktif ● T4 - T5 HPK2 : Melakar semula lukisan komponendalam pembinaan bangunan 3 C3 Kuliah interaktif ● 52 T2 Kuliah interaktif ● T3 HPK3 : Membentangkan jenisjenis dan komponen dalam pembinaan bangunan 4 A2 Gallery walk ● 20 T4 Gallery walk ● T5 Nota: JUMLAH JPP 120
Input Topik 4: PEMBINAAN LANTAI DAN TANGGA •Pensyarah mengadakan Kuliah (Teori/Ujian/Tugasan) (2 minggu) ❖PEMBINAAN LANTAI DAN TANGGA ◦ Menerangkan fungsi lantai ◦ Menerangkan jenis-jenis pembinaan lantai ◦ Lantai tingkat atas ◦ Lantai tingkat bawah ◦ Menerangkan fungsi tangga ◦ Menerangkan jenis – jenis pembinaan tangga ◦ Tangga larian lurus ◦ Tangga suku pusingan (L shape) ◦ Tangga separuh pusingan (U shape) ◦ Tangga geometri
Input Topik 4: PEMBINAAN LANTAI DAN TANGGA •Kuliah interaktif menggunakan slaid powerpoint atau seumpamanya. Slaid mempunyai kuiz interaktif (kahoot @quizlet) dan link video atau qrcode untuk ke pautan yang dikehendaki. •(Ujian 2- minggu ke -13) •Menyediakan soalan ujian (objektif dan subjektif) a. Soalan ujian 2 berkaitan topik 4.1 dan 4.4 (gabung bersama topik 4 dan 5) b. Soalan disediakan pada dua platform berbeza iaitu secara fizikal dan secara atas talian. c. 3 set bank soalan dan skema untuk tujuan pengiliran semester.
PEMBINAAN LANTAI Topik 4 Program Sijil Teknologi Senibina Kolej Komuniti
DEFINISI LANTAI Lantai boleh dikategorikan kepada dua iaitu: 1) Lantai Tingkat Bawah – lantai yang dibina kurang 600mm daripada aras tanah. a. Lantai Padu b. Lantai Papan Aras Bawah c. Lantai Bawah Berongga 2) Lantai Tingkat Atas – lantai yang dibina di aras atas. Lantai merupakan bahagian permukaan rata yang menerima segala beban hidup dan beban mati yang dikenakan ke atasnya. Lantai meliputi keluasan ruang bangunan.
LANTAI BAWAH PADU Lantai yang biasa dibina di Malaysia. Ianya terus dibina di atas tanah.
Lapisan Asas -Tanah tapak bangunan diratakan. -Dilapis dengan batu sederhana kasar setebal 100 – 300mm. -Kebiasaannya menggunakan batu kerikil. -Tujuan lapisan asas bagi mengelak mendapan lantai bangunan di kemudian hari. LANTAI BAWAH PADU
Lapisan Kedap -Lapisan kedap merupakan lapisan pasir yang diratakan di atas lapisan asas. -Pasir digunakan untuk menutup celahan batuan asas. -Lapisan pasir ini akan diratakan bagi memudahkan kerja konkrit seterusnya. LANTAI BAWAH PADU
Lapisan Konkrit -Dituang selepas asas dirata dan dimampatkan. -Ketebalan lapisan konkrit tidak kurang drp 100mm LANTAI BAWAH PADU
Lapisan Kalis Lembap -Tujuan adalah untuk menghalang air bumi naik ke permukaan lantai. -LKL sekurang-kurangnya berada150mm tinggi drp aras tanah. -Bahan yang biasa digunakan sbg LKL adalah kertas binaan, bitumen, kepingan aspal dan kepingan polithin. LANTAI BAWAH PADU
Lapisan Kalis Lembap LANTAI BAWAH PADU Setelah lapisan kalis lembap dipasang, konkrit akan dituang di atasnya. Contoh lapisan kalis lembap di ruang bawah tanah.
Lapisan Lepa Lantai -Tidak kurang daripada 25mm tebal. -Diturap atas lapisan konkrit. -Untuk dapat permukaan yang rata dan bersih bagi memudahkan pemasangan kemasan. -Bagi membina permukaan menurun (fall) cth di apron dan lantai bilik air. -Memudahkan kerja pemasangan pendawaian elektrik dan paip sesalur. -Sebagai tebatan haba. LANTAI BAWAH PADU
Lapisan Kemasan 1. Kemasan digunakan bagi menampakkan permukaan lantai yang lebih menarik. 2. Pemilihan kemasan perlulah sesuai dengan penggunaan ruang tersebut. Contoh : parquet di bilik tidur, seramik kesat digunakan di bilik mandi, heavy duty ceramic di porch, vynil di wad hospital, dll). 3. Contoh kemasan adalah seramik, marmar, parquet, vynil, karpet dll. LANTAI BAWAH PADU Marble Ceramic Stone Parquet Vinyl
Pemasangan Kemasan Lantai LANTAI BAWAH PADU Bancuhan simen digunakan bagi pemasangan jubin lantai seramik. Kepingan kayu disusun dan dipaku/gam bagi mendapatkan corak yang menarik.
Bolehkah karpet digunakan sebagai kemasan lantai bilik mandi? LANTAI BAWAH PADU
1. Kayu beroti digunakan dan disusun atas papak konkrit. 2. Kayu beroti diklipkan kepada konkrit. 3. Papan kayu dipakukan secara melintang atas kayu beroti. LANTAI PAPAN ARAS BAWAH Kayu beroti Papan kayu Papak konkrit
Kedudukan lantai ditinggikan sedikit dari aras tanah. Ruang di bawah disediakan dengan pengudaraan semulajadi. LANTAI BAWAH BERONGGA
Raised Floor -Lantai ditinggikan bagi mendapatkan ruang kosong di bawah. -Ruang di bawah biasanya bagi kegunaan pendawaian elektrik dan kabel sistem komputer. -Banyak dipraktikkan di bilik komputer/server. LANTAI BAWAH BERONGGA
1. Pembinaan lantai atas RC memerlukan penyediaan acuan (formwork). 2. Reinforcement bar disusun dan dituangkan konkrit. 3. Sesudah konkrit keras, formwork ditanggalkan. LANTAI ATAS
Formwork dan reinforcement bar telah siap dipasang. Seterusnya, konkrit akan dituang. LANTAI ATAS
Kemasan lantai boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan rekabentuk yang dikehendaki CONTOH LANTAI
Lantai stadium tertutup kebiasaannya berongga di bahagian bawah. Ini bagi membenarkan penyerapan kesan gegaran yang terhasil oleh aktiviti melompat, berlari atau jatuhan atlit sukan. Ini juga bagi mengurangkan risiko atlit sukan daripada tercedera. CONTOH LANTAI
Lantai berongga juga boleh direkabentuk bagi menghasilkan satu persembahan yang menarik dengan kombinasi lampu berwarnawarni. CONTOH LANTAI
Lantai kaca digunakan di muzium bagi memberikan kesan khas terhadap bahan pameran. CONTOH LANTAI
Lantai kaca digunakan di menara tinjau bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman berada di tempat tinggi dan sudut penglihatan yang lebih luas. CONTOH LANTAI
Penggunaan lantai kaca mula mendapat tempat di kalangan pemilik rumah mewah. CONTOH LANTAI
Grand Canyon Skywalk CONTOH LANTAI
Grand Canyon Skywalk di bina di Taman Negara Amerika Syarikat bagi memberi pengalaman kepada pengunjung berada di gaung curam. Skywalk ini telah berjaya menarik ribuan pengunjung mencubanya. CONTOH LANTAI
RUMUSAN Secara keseluruhannya, selepas mempelajari topik ini, pelajar mampu untuk mengetahui dan memahami pembinaan struktur lantai bangunan. Selain itu memahami bahagian-bahagian lantai dan menghasilkan lukisan keratan lantai.
Sekian, terima kasih. Hati-hati memijak lantai...
RUJUKAN 1) Tan Boon Tong. (2007). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2) Jahiman Badron. (2011). Teknologi Binaan Bangunan. Petaling Jaya : Ibs Buku. 3) Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.
PEMBINAAN TANGGA Program Sijil Teknologi Senibina Kolej Komuniti Topik 4
Definisi Tangga TANGGA Tangga adalah satu binaan yang menghubungkan aras lantai rendah ke aras lantai yang lebih tinggi. Komponen utama tangga: • Anak tangga • Pelantar • Susur tangan
TANGGA Larian Tangga Mengandungi satu siri anak tangga yang berterusan di antara i. lantai bawah dengan tingkat atas ii. Lantai bawah dengan pelantar iii. Pelantar dengan pelantar
Anak Tangga TANGGA Terdiri daripada jejak (tread) dan penaik (riser) • Lebar minimum jejak adalah 255mm. • Tinggi maksimum penaik adalah 180mm. • Saiz anak tangga mestilah uniform di sepanjang larian. • Maksimum jumlah penaik pada satu larian adalah16.
TANGGA Pelantar Tangga (landing) Pelantar perlu disediakan sekiranya jumlah riser melebihi 16 unit. Lebar pelantar sekurang-kurangnya sama dengan lebar tangga. Sekiranya ada pintu, ruang bukaan daun pintu tidak boleh memasuki kawasan lebar laluan tangga. landing
TANGGA Susur tangan (handrail) • Perlu sediakan susur tangan sekiranya jumlah penaik (riser) melebihi empat. • Tinggi susur tangan adalah antara 900 – 1000mm • Sekiranya lebar tangga melebihi 2225mm, satu susur tangan di tengah perlu di tambah.
Ukuran bahagian utama tangga TANGGA Curam tangga maksimum 42° Clear height minima 2000mm Tinggi minima susur tangan 900mm Lebar minima tangga 900mm Tinggi maksima penaik 180mm Lebar minima jejak 255mm
Jenis-jenis Tangga TANGGA Terdapat empat jenis tangga yang biasa digunakan: 1) Tangga Larian Lurus 2) Tangga Suku Pusingan 3) Tangga Separuh Pusingan 4) Tangga Geometri
Jenis-jenis Tangga TANGGA Tangga Larian Lurus • Satu arah sahaja. • Sekiranya jumlah riser melebihi 16 unit, landing perlu disediakan.
Jenis-jenis Tangga TANGGA Tangga Suku Pusingan • 2 arah larian bersudut tepat • Antara dua arah terdapat landing.
Jenis-jenis Tangga TANGGA Tangga Separuh Pusingan • 2 arah bertentangan. • Antara 2 arah, ada landing • Biasa digunakan di bangunan bertingkat
Jenis-jenis Tangga TANGGA Tangga Geometri • Berbentuk melengkung • Biasa digunakan di lobi atau rumah banglo • Memerlukan ruang luas
Jenis-jenis Tangga TANGGA Tangga Pusar (Spiral) • Dibenarkan sebagai tangga ke-2 • Ianya bukan sebagai memenuhi keperluan laluan keluar (ketika kecemasan)
Pembinaan Tangga Konkrit TANGGA 1. Membuat kotak bentuk (acuan). 2. Memasang tetulang 3. Menuang konkrit dan biarkan keras 4. Membuka kotak bentuk
Bahan Binaan Tangga TANGGA Konkrit Bertetulang Kayu
Bahan Binaan Tangga TANGGA Keluli Glass
Precast Concrete Stair TANGGA Tangga pasang-siap (precast concrete)
Pembinaan Tangga Kayu TANGGA