K e s e l a m a t a n K e b a k a r a n Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Di akhir modul ini pelajar akan dapat: 1. Mengenalpasti aspek keselamatan di tempat kerja. 2. Mengenalpsti punca-punca kebakaran
KESELAMATAN KEBAKARAN Bahaya kebakaran ialah berdasarkan produk kebakaran iaitu haba dan asap. Keselamatan kebakaran menitik berat kepada meminimakan risiko dari produk ini. Langkah-langkah tepat yang diambil untuk mencapai objektif melalui taktik tertentu boleh dianggap sebagai komponen keselamatan kebakaran.
OBJEKTIF KESELAMATAN KEBAKARAN O Keselamatan kebakaran – keselamatan orang dan harta benda iaitu dalam bangunan dan kawasan persekitaran. O Objektif keselamatan kebakaran meliputi dua perkara iaitu keselamatan nyawa dan perlindungan harta benda. O Produk utama kebakaran berkaitan dengan kedua-dua objektif ➢ keselamatan nyawa melindungi orang dari asap, ➢ perlindungan harta mengelakkan haba dari bangunan.
TAKTIK KESELAMATAN KEBAKARAN 5 taktik untuk memenuhi objektif keselamatan nyawa dan perlindungan harta benda; i. Pencegahan – memastikan kebakaran tidak bermula dengan mengawal punca pencucuhan dan bahan api. ii. Perhubungan – memastikan jika nyalaan berlaku, penghuni dimaklum dan sistem aktif bertindak.
TAKTIK KESELAMATAN KEBAKARAN iii. Jalan keluar – memastikan penghuni bangunan atau sekitarnya boleh keluar ke tempat selamat iv. Containment – memastikan kebakaran terbendung dalam kawasan sekecil mungkin, dapat menghadkan jumlah harta yang mungkin dirosakkan dan ancaman kepada keselamatan nyawa v. Pemadaman – memastikan kebakaran dapat dipadamkan dengan cepat dan meminimakan kerosakan.
1. PENCEGAHAN O Daripada konsep segitiga kebakaran, api akan terjadi dengan kehadiran haba, bahan api dan oksigen. O Untuk tujuan kawalan perhatian perlu diberi antara dua daripada elemen-elemen iaitu sumber nyalaan dan menghadkan bahan api.
Penyingkiran Sumber Nyalaan O Dua perkara perlu dilaksanakan diperingkat awal iaitu; i. Meramalkan hazard atau sumber nyalaan. ii. Keupayaan premis dalam menguruskan risiko nyalaan iaitu menghapuskan.
Ada empat kelas utama nyalaan: O Fenomena semulajadi cth; kilat O Kecuaian manusia cth; puntung rokok, mancis, memasak O Kegagalan teknologi cth; pendawaian elektrik dan kerosakan peralatan elektrik O Kebakaran dengan sengaja cth; vandalism, arson
i. Fenomena Semulajadi O Kilat O Gempa bumi - kemusnahan yang terjadi boleh menghasilkan gas dan arus elektrik yang menjadi punca haba. O Kebakaran hutan - memberi kesan terhadap bangunan yang berhampiran atau disekitarnya. O Letusan gunung berapi - ancaman kepada bangunan disekitarnya.
i. Fenomena Semulajadi O Di Malaysia cuma kilat merupakan punca utama. O Purata cahaya kilat biasanya dipancarkan kurang dari seribu sesaat. O Pancaran kilat akan berulang pada tempat yang sama, dua atau tiga kali dalam beberapa saat. O Kilat menyebabkan kerosakan pada bangunan, dengan cara, bahan bangunan dibekalkan dengan tenaga haba yang tinggi menyebabkan kandungan air dalam bahan tersebut menghasilkan gas yang panas akhirnya akan menyebabkan nyalaan berlaku.
i. Fenomena Semulajadi Bangunan yang berada di kawasan yang tinggi atau di atas bukit merupakan yang berisiko tinggi. Perlu memastikan bangunan dipasang dengan sistem penebat kilat bagi membolehkan kejutan dialirkan terus kebumi. Puncak penebat kilat ini hendaklah dipasang pada kedudukan yang tertinggi di bangunan dan disambung ke bumi menggunakan kepingan tembaga dan disambung ke terminal pembumian terdiri daripada rod tembaga yang ditanam dalam tanah lebih kurang 3 meter.
ii. Kecuaian Manusia O Kebiasaan kebakaran terjadi disebabkan oleh puntung rokok atau mancis, di mana ia merupakan salah satu punca utama kejadian kebakaran rumah. O Begitu juga kejadian kebakaran yang tinggi, disebabkan oleh akitivi memasak dan dapur yang berpunca daripada kecuaian manusia.
ii. Kecuaian Manusia O Bagi premis yang bukan menjadi tempat tinggal, perhatian perlu diberi terhadap ‘housekeeping’. Contoh keadaan ‘housekeeping’ yang tidak sesuai - menyimpan barang-barang di dalam koridor, laluan keselamatan atau dapur.
ii. Kecuaian manusia O Kegagalan mengawal bahan mudah terbakar boleh menyebabkan kebakaran. Contoh minyak atau gris yang banyak disimpan dalam bekas yang terbuka. Lama kelamaan akan menjadi panas dan kadang-kadang nyalaan akan berlaku melalui proses pembakaran spontan.
ii. Kecuaian manusia Rokok juga merupakan sumber nyalaan yang tinggi dalm kejadian kebakaran. Perhatian perlu diberi bagi menentukan sesuatu kawasan yang sesuai bagi kakitangan boleh merokok, atau tempat yang dilarang merokok.
iii. Kegagalan Teknologi O Merupakan tanggungjawab pereka bentuk bangunan. O Perhatian perlu diberi diperingkat proses perancangan pembangunan. O Perhatian mesti diambil bagi kawasan-kawasan yang tinggi hazardnya yang boleh menyebabkan kegagalan teknologi dan meminimakan ia dari punca nyalaan.
iii. Kegagalan Teknologi O Kawasan-kawasan seperti kilang, makmal, bilik dandang dan dapur yang besar perlu dibina di mana kesan kebakarannya adalah minima. O Pengasingan antara bangunan iaitu sesuatu kawasan yang meningkatkan ancaman dan risiko kepada nyawa atau harta adalah penting. O Contoh: kilang yang besar kawasan mengecat mesti dijarakkan daripada setor utama.
iii. Kegagalan Teknologi O Perkhidmatan bangunan merupakan sumber nyalaan utama, perlu diatasi secara jangka masa pendek atau jangka masa panjang. O Jangka masa pendek - memastikan perkhidmatan dan pemasangan direkabentuk dengan betul, setelah dibina - diperiksa dan diluluskan. O Jangka masa panjang - memastikan manual penyelenggaraan bersesuaian dengan pemeriksaan dan tempoh masa gantian untuk pemasangan, piawaian keselamatan dapat dikekalkan.
iii. Kegagalan Teknologi Manual penyelenggaraan merupakan dokumen keselamatan kebakaran yang khusus untuk menentukan semua perkhidmatan di selenggara mengikut piawaian yang tertentu. Ianya hendaklah meluputi semua perkhidmatan (seperti kuasa elektrik, gas, perhubungan dan air), lif dan sistem kelengkapan menentang kebakaran aktif dan pasif.
iv. Kebakaran Dengan Sengaja O Sukar untuk mengesahkan kejadiaan kebakaran itu disengajakan. O Kebakaran dengan sengaja dikategori dengan berikut: masalah kewangan, penganas, vandalism, perbuatan kianat/dengki. O Keadaan ini sukar untuk diatasi.
Menghadkan Bahan Api O Menghadkan bahan api serupa mencegah nyalaan. O Menghadkan jumlah bahan api akan menolong kepada pengurangan bahaya kebakaran dalam dua cara. i. Mengawal jumlah bahan yang boleh terbakar dan mengeluarkan haba yang membantu pengembangan kebakaran - dihuraikan sebagai beban api. ii. Mengawal jumlah asap yang akan dihasilkan - dihuraikan sebagai beban asap
Menghadkan Bahan Api O Mungkin berbeza dengan beban api, ianya bergantung ke atas ciri-ciri penghasilan asap bagi bahan yang terlibat. O Terdapat bahan api yang mempunyai beban asap yang rendah dan beban api yang tinggi. O Dua jenis bahan api yang perlu diberi perhatian iaitu bahan binaan dan kandungan bangunan.
Bahan Binaan O Sukar menentukan sesuatu bahan, selamat atau tidak selamat - perlu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syarat yang ia adalah selamat bila kebakaran. O Memastikan pengeluar mengemukakan sijil kelulusan bomba.
Bahan Binaan O Ciri-ciri penting bahan-bahan binaan yang boleh diukur seperti di bawah; i. Kebolehcucuhan (ignitability) - cara yang mudah bagi bahan boleh dinyalakan apabila terdedah kepada api. ii. Mudah terbakar (combustibility) - boleh atau tidak bahan akan terbakar apabila terdedah kepada haba dari api yang sudah sedia ada.
Bahan Binaan iii. Penyebaran kebakaran (fire propagation) - sejauh mana bahan itu akan menyumbang kepada penyebaran kebakaran melalui pembebasan haba apabila ia dipanaskan. iv. Penyebaran permukaan api (surface spread of flame) - sama ada bahan akan membantu penyebaran api di seluruh permukaan.
Bahan Binaan iv. Potential for smoke obscuration - sejauh mana bahan itu apabila terbakar akan menghasilkan asap yang menyebabkan jarak penglihatan berkurangan. v. Rintangan api (fire resistance) – komponen atau pemasangan komponen, menghadapi kebakaran akan mengekalkan keupayaan untuk tanggung beban, intergriti dan insulasi.
Kandungan Bangunan Sebahagian besar daripada kebakaran bermula oleh penyalaan kandungan bangunan. Hazard yang terhasil dari pembakaran perabot dan kelengkapannya bergantung kepada cara pembinaannya dan jenis kemasan yang digunakan. Perabot dan kandungan bangunan yang bersebelahan boleh menambah beban bahan api, terutamanya barang-barang yang disimpan di dalam bangunan yang bersambungan.
Pengurusan Keselamatan Kebakaran Pengurusan keselamatan kebakaran juga diambil kira dalam strategi kebakaran. Strategi keselamatan kebakaran ❑ prosedur keselamatan dan ❑ tindakan semasa kebakaran.
Pengurusan Keselamatan Kebakaran Prosedur keselamatan ✓ jadual penyelenggaran, ✓ audit keselamatan kebakaran, ✓ latihan kepada kakitangan,
Pengurusan Keselamatan Kebakaran Apabila berlaku kebakaran ✓ tanggungjawab dan tugas setiap kakitangan ✓ taktik yang harus cuba dalam apa kemungkinan yang akan berlaku (perlindungan atau jalan keluar, memadam kebakaran atau pembendungan kebakaran)
PENGENALAN Kebakaran berlaku setiap hari dimana-mana sahaja, siang atau malam, mengakibatkan kematian dan kecederaan dan juga kerugian harta benda yang tinggi. Bilangannya bertambah dari tahun ketahun OLEH ITU Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama bagi mencegah dari berlakunya KEBAKARAN
Apakah kebakaran? Satu definisi standard kebakaran yang sering diberikan ialah: "Satu proses pembakaran bercirikan pelepasan haba yang disertai oleh asap atau api"
PEPEJAL CECAIR GAS API
Hapuskan salah satu bahan, api AKAN TERPADAM Kebakaran Bahan Bakar Haba Tindak balas Oksigen •Gas •Diesel •Kayu •Haba yang cukup mendorong kenaikan suhu bahan tersebut ke paras suhu pencucuhannya •Oksigen yang mencukupi untuk menyebabkan pembakaran •Tindakbalas luahaba (eksotermik) bahanbahan tersebut
Setiap bahan atau benda yang boleh terbakar sama ada organik atau tak organik (pepejal, cecair dan gas) APA ITU BAHAN API?
PEPEJAL KASAR HALUS Kayu Gula Kertas Gandum Kain Plastik Arang Kapas Kulit BAHAN API ( FUEL )
BAHAN API
➢ Haba ditakrifkan sebagai sejenis tenaga. APA ITU HABA? ➢ Haba diperolehi daripada proses tindakbalas pengoksidaan radikal bebas.
PUNCA HABA Untuk mencapai IGNITION TEMPERATURE: • Api Terdedah: cahaya matahari, colok, lilin • Percikan Api • Geseran, Tindak balas Kimia • Tekanan Gas
Udara biasa Oksigen 21% Nitrogen 79% APA ITU OKSIGEN
OKSIGEN, O2 ✓ Sekurang kurangnya 16 % udara biasa mengandungi 21 % kandungan Oksigen diperlukan untuk membantu proses pembakaran ✓ Ada bahan semulajadi mempunyai kandungan Oksigen yang mencukupi untuk membantu pembakaran
Kelas A: Kebakaran melibatkan bahan api mudah terbakar jenis pepejal dan mengandungi unsurunsur karbon seperti kayu dan kertas sampah. Kelas B: Kebakaran melibatkan bahan cecair seperti petrol, diesel, tar, vernish dan cat. KELAS-KELAS API
Kelas C: Kebakaran melibatkan bahan api jenis gas seperti hidrogen, acyethlane, propanan dan butana. Kelas D: Kebakaran melibatkan bahan api jenis logam seperti potasium, sodium, natrium dan kalsium. KELAS-KELAS API