The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PROGRAM TEKNOLOGI SENIBINA, KOLEJ KOMUNITI ARAU, 2023-08-08 05:09:36

STS10033 | Topik 1 : Pengenalan Kepada Komputer dan CADD

Keywords: STS10033

STS 10033 ASAS LUKISAN BERBANTU KOMPUTER DISEDIAKAN OLEH : NORBAIZURA BINTI ROSLAN


HASIL PEMBELAJARAN TOPIK 1 : Di akhir topik ini pelajar akan dapat : 1. Menyatakan komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer dan CADD. 2. Menyatakan langkah-langkah pengendalian fail.


STS 10033 ASAS LUKISAN BERBANTU KOMPUTER


1.1 MENYATAKAN KOMPONEN DALAM KOMPUTER DAN CADD 1.1.1 Teknologi Komputer dalam CADD i. Lukisan berbantukan Komputer atau Computer Aided Drafting and Drawing (CADD) telah diperkenalkan pada awal tahun 1940. ii. Lukisan Berbantu Komputer (CAD). Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan. iii. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan,manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer. iv. Dr. Ivan Sutherland dari institute Teknologi ‘Massachusetts’ merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD pada tahun 1963 dan dipasarkan pada tahun 1964. v. Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia menjimatkan kos. vi. Di samping itu,perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk. Dr. Ivan Sutherland


1.1 MENYATAKAN KOMPONEN DALAM KOMPUTER DAN CADD (samb.) Komponen-komponen dalam komputer


1.1.2 Lukisan berbantu komputer dalam senibina i. Reka bentuk berbantu komputer (computer-aided design, CAD) ialah penggunaan teknologi komputer bagi membantu mereka bentuk, mengolah, mengoptimumkan dan terutamanya membuat lakaran lukisan teknikal dan lukisan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan. ii. Ia merupakan cara perhubungan yang berasaskan kedua-dua tampak atau lukisan dan lambang, lazim kepada bidang teknikal tertentu. iii. CAD barangkalinya boleh digunakan untuk mereka bentuk lekukan dan bentuk ruang dua dimensi (2D) mahupun dalam ruang tiga dimensi (3D) iv. Selain itu perisian tersebut boleh digunakan untuk membuat reka bentuk bangunan dan lukisan seni bina. AutoCAD ialah perisian reka bentuk komputer yang paling dikenali. 1.1 MENYATAKAN KOMPONEN DALAM KOMPUTER DAN CADD (samb.)


1.1.3 Pengunaaan AutoCad dalam lukisan 2D dan lukisan kerja senibina i. Lukisan yang dihasilkan mempunyai kualiti jauh lebih baik dibanding dengan hasil tangan atau secara manual kerana lukisan kelihatan lebih kemas dan tepat. ii. Lukisan yang dihasilkan dapat menjimatkan kos dan masa terutama dalam bidang perbuatan dan pembinaan. iii. Mudah dan Efisyen kerana dapat terus dicetak apabila lukisan telah siap. Namun perlu mempunyai kemahiran yang sepatutnya bagi memastikan segala kerja-kerja membuat lukisan lebih cepat dan tiada kesalahan. iv. Bidang lukisan untuk kerja AutoCAD tidak terbatas sehingga boleh digunakan untuk membuat lukisan dengan ukuran yang berskala besar dan kompleks, tetapi dalam pencetakannya dapat dipilih bahagian tertentu saja yang ingin dicetak mengikut kesesuaian saiz kertas. v. Skala Lukisan yang dihasilkan adalah fleksibel karana dapat mencetak lukisan yang dihasilkan dengan jenis skala yang sangat variatif dan boleh ditentukan dengan unit tertentu. vi. Lukisan yang dihasilkan menggunakan Autocad mudah disimpan dan boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membuat lukisan 3d perspektif. 1.1 MENYATAKAN KOMPONEN DALAM KOMPUTER DAN CADD (samb.)


Kelebihan penggunaan CAD dalam senibina i. Merupakan alat lukisan yang sangat efisyen kerana dapat menyediakan sesuatu lukisan dan berupaya menyediakan model sesuatu objek untuk diuji secara virtual sama ada dari aspek rupa bentuk mahupun aspek kefungsian teknikalnya. ii. Menggunakan arahan-arahan yang ringkas dan mudah untuk menghasilkan lukisan iii. Lukisan dapat disunting dan diubahsuia dengan mudah dalam masa yang singka iv. Boleh meng ”import” dan mengekspot data -data dan model-model menggunakan format yang sesuai. v. Nilai ketepatan yang lebih tinggi. vi. Terdapat pelbagai perisian tambahan yang dapat digunakan untuk memenuhi keperluan khusus pengguna. 1.1 MENYATAKAN KOMPONEN DALAM KOMPUTER DAN CADD (samb.)


Jenis-jenis perisian CADD di pasaran 1.1 MENYATAKAN KOMPONEN DALAM KOMPUTER DAN CADD (samb.)


STS 10033 ASAS LUKISAN BERBANTU KOMPUTER


1.2.1 Open new file Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuka fail baru iaitu : Kaedah pertama Kaedah ke dua “double click” pada icon shortcut yang dipaparkan di desktop komputer Menggunakan carian perisian di bahagian “start” yang ada di paparan desktop komputer . Langkah 1


Langkah 2 – paparan Autocad setelah dibuka Langkah 3 Klik pada icon A dan pilih new Langkah 4 Pilih “acad” Kemudian klik“open” Perisian Autocad sudah boleh digunakan!!!!! 1.2.1 Open new file (samb.)


1.2.2 Save new file Langkah 1 1) Klik pada icon A 2) Pilih “save” Langkah 2 1) Tetapkan lokasi Fail anda disimpan 2) Namakan fail lukisan anda 3) Klik “save”


1.2.3 Save as 1) Klik pada icon A 2) Pilih “save” Kaedah untuk “save as” adalah sama dengan kaedah “save” seperti yang ditunjukkan sebelum ini. “Save as” digunakan adalah bagi tujuan menyimpan lukisan menggunakan format selain daripada Autocad (.dwg) Format lain adalah seperti : 1) Drawing to Autocad Mobile&web 2) Drawing Template (.dwt) 3) Drawing Standard (.dws) 4) Other format


Anda juga boleh menyimpan/menukar versi format lukisan anda dengan memilih format versi autocad yang bersesuaian dengan klik pada bahagian “files of type” seperti paparan diatas. Kebiasaaannya, fungsi ini akan digunakan apabila anda mempunyai versi perisian Autocad yang berbeza antara 2 komputer yang anda gunakan semasa proses penyimpanan fail lukisan anda. aaaa


1.2.4 Exit AutoCad Kaedah 1 : 1) Klik pada A 2) Pilih “close” Kaedah 2 : 1) Klik pada A 2) Klik pada “Exit Autodesk Autocad 2019 Kaedah 3 : 1) Klik pada x pada bahagian bucu atas sebelah kanan Paparan ini akan kelihatan sekiranya perisian AutoCad anda sedang membuka lebih dari 1 fail. Anda diberi pilihan samada untuk menutup hanya fail yang sedang dipaparkan/kesemua fail yang sedang dibuka.


Click to View FlipBook Version