The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PROGRAM TEKNOLOGI SENIBINA, KOLEJ KOMUNITI ARAU, 2023-08-08 05:09:45

STS10033 | Topik 3 : Lukisan 2D Geometri, Ortografik & Isometri

Keywords: STS10033

TOPIK 3 : LUKISAN 2D GEOMETRI, ORTOGRAFIK & ISOMETRI STS 10033 ASAS LUKISAN BERBANTU KOMPUTER DISEDIAKAN OLEH : NORBAIZURA BINTI ROSLAN


Hasil pembelajaran : Di akhir topik ini pelajar akan dapat : 1) Menentukan unit pengukuran yang dikehendaki serta menetapkan skala bagi sesebuah lukisan teknikal bangunan 2) Menyatakan fungsi-fungsi arahan format dan label dalam lukisan berbantu komputer. 3) Menghasilkan semula lukisan 2D geometri menggunakan perisian AutoCad 4) Menghasilkan semula lukisan ortografik sudut pertama dan ketiga menggunakan perisian AutoCad 5) Menghasilkan semula lukisan isometri menggunakan perisian AutoCad


3.1 MENENTUKAN UNIT PENGUKURAN YANG DIKEHENDAKI SERTA MENETAPKAN SKALA BAGI SESEBUAH LUKISAN TEKNIKAL BANGUNAN


3.1 MENENTUKAN UNIT PENGUKURAN YANG DIKEHENDAKI SERTA MENETAPKAN SKALA BAGI SESEBUAH LUKISAN TEKNIKAL BANGUNAN PENGENALAN Ukuran merupakan perkara penting dan perlu difahamkan dalam lukisan. Jika boleh sesuatu objek itu dilukis mengikut saiz asalnya ternyatalah lukisan itu dalam saiz penuh atau dinyatakan dengan skala 1:1. Jadi skala dalam lukisan digunakan untuk menterjemahkan sesuatu bentuk asal pada halaman lain yg boleh dilihat secara menyeluruh. CARA PENGIRAAN SKALA : Biasanya terdapat skala dalam lukisan. Contoh skala adalah 1 : 100. 1 centimeter dlm lukisan = 100 centimeter jarak di luar. Jadi 1cm dalam plot adalah bersamaan 1 meter panjangnya di tapak bina. Sama juga dengan 1 : 200 atau lain2 nya.


3.1 MENENTUKAN UNIT PENGUKURAN YANG DIKEHENDAKI SERTA MENETAPKAN SKALA BAGI SESEBUAH LUKISAN TEKNIKAL BANGUNAN (samb.) PENERANGAN Pengecilan dan Pembesaran Sekiranya perlu menyediakan lukisan mengikut skala supaya dapat dimuatkan ke dalam keras lukisan adalah perlu mengetahui penggunaan skala untuk pembesaran dan pengecilan. Bagi objek – objek yang besar dilukis dengan skala mengecil ( Pengecilan ). Contoh :- Gambarajah pengecilan skala 1:2 bermaksud nisbah lukisan dengan objek sebenar adalah 1 mm dalam lukisan 2 mm objek sebenar. Lukisan menunjukkan ½ saiz objek. Jika skala 1:10 bermaksud 1 mm dalam lukisan 10 mm objek sebenar. Bagi bahagian yang kecil dan rumit perlulah menggunakan skala pembesaran. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pada objek yang rumit. Jika pembesaran dibuat dua kali ganda skala dinyatakan 2:1 yang bermaksud 2 mm dalam lukisan 1 mm objek sebenar. Kesimpulan pada skala yang digunakan 1:2 (1 dikiri meunjukkan lukisan dan 2 di kanan adalah objek). Sekiranya pembesaran 3:1 sama dengan 3 lukisan dan 1 adalah objek.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER. 3.2.1 LAYERS PROPERTIES DEFINISI DAN FUNGSI LAYERS PROPERTIES Secara bahasa “Layer” bererti lapisan. Begitu juga dalam AutoCAD, layer berfungsi untuk membuat atau memisahkan gambar ke dalam lapisan-lapisan yang berbeza. Contohnya saat melukis sesebuah bahagian bangunan, anda bisa melukis dinding, lantai, pintu dan tingkap di dalam layer yang berbeza antara satu sama lain. Dengan adanya layer, anda boleh menyembunyikan atau menampakkan layer bagi objek-objek tertentu. Ini akan memudahkan proses mengubahsuai objek dan juga membolehkan anda untuk mencetak objekobjek tertentu dalam lukisan tanpa memadam objek lainnya. Layer juga boleh digunakan untuk memisahkan pengaturan-pengaturan seperti Line Style, Line Color dan lain sebagainya.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER.(samb) 3.2.1 LAYERS PROPERTIES 1. CARA MEMBUAT LAYER BARU PADA AUTOCAD Langkah 1 –membuat Layer adalah membuka kotak dialog Layer Properties Manager atau anda boleh menaip LI_klik enter Langkah 2 –Setelah itu akan muncul kotak dialog Layer Properties Manager seperti gambar di bawah ini. Langkah 3- adalah klik menu New Layer yang ada di dalam kotak dialog Layer Properties Manager. Lihat bahagian yang diberi tanda kotak kuning pada gambar diatas.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.1 LAYERS PROPERTIES 1. CARA MEMBUAT LAYER BARU PADA AUTOCAD Langkah 4 – Setelah klik New Layer, maka akan muncul layer baru pada list layer. Ubah nama layer dengan nama yang diinginkan. Anda boleh mengubah nama layer tersebut akan menggunakan nama-nama tertentu yang bersesuaian. Selain itu anda juga boleh mengatur Layer Color, Line Type, Line Weight dan Transparency mengikut kriteriakriteria yang anda ingini.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.1 LAYERS PROPERTIES 2. CARA MENGGUNAKAN LAYER PADA AUTOCAD a) Mengakatifkan Layer Setiap kali melukis sesuatu objek , secara automatic objek tersebut akan menggunakan Layer yang sedang aktif pada waktu itu. Sebagai contoh , jika objek yang dilukis adalah “wall”, maka anda perlu mengaktifkan layer “wall” tesebut terlebih dahulu. Untuk mengaktifkan layer, buka Layer Properties Manager kemudian klik 2x pada layer yang ingin kita aktifkan. Atau cara lainnya, klik layer yang diingini, lalu klik menu Set Current. Layer yang aktif terpapar pada ruang seperti gambar di sebelah.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.1 LAYERS PROPERTIES 2. CARA MENGGUNAKAN LAYER PADA AUTOCAD b) Menyembunyikan Layer tertentu Untuk menyembunyikan atau menampakkan salah satu atau beberapa layer, caranya buka kotak dialog Layer Properties Manager, lalu klik Layer yang kita inginkan. Setelah itu klik OFF (icon lampu). Jika icon lampu sudah berubah menjadi warna dari putih menjadi biru bererti layer sudah OFF. Atau kita juga boleh meng-hidden layer dengan klik icon Freeze. Secara ringkasnya kedua-dua pilihan ini berfungsi untuk menhilangkan layer daripada pandangan dari drawing area.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.1 LAYERS PROPERTIES 2. CARA MENGGUNAKAN LAYER PADA AUTOCAD c) Mengunci Layer tertentu Untuk mengunci layer, buka Layer Properties Manager lalu klik layer yang akan kita kunci. Setelah itu klik Lock (simbol kunci). Jika icon kunci tertutup bererti layer sudah terkunci, jika icon kunci terbuka bererti layer tidak terkunci. Fungsi ini bermaksud semua objek di dalamnya tidak boleh dihapus, digerakkan dan diubahsuai.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.1 LAYERS PROPERTIES 2. CARA MENGGUNAKAN LAYER PADA AUTOCAD d) Cara meghapuskan layer Untuk menghapus layer, buka kotak dialog Layer Properties Manager, right klik pada layer yang akan dihapus. Kemudian klik delete layer. Kaedah kedua adalah dengan menekan “delete” pada papan kekunci (keyboard).


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb)


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb)


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb)


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON Dalam penghasilan sesuatu set lukisan kerja menggunakan Autocad , ukuran dan juga text merupakan salah satu elemen yang sangat penting terutamanya dalam menyampaikan maklumat berkenaan dengan ukuran-ukura, spesifikasi – spesifikasi yang terlibat untuk rujukan semua pihak. Mengatur teks annotative juga penting untuk setting dimensi agar skala teks pada dimensi dapat disusun atur mengikut skala di dalam layout semasa proses pencetakkan.


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad – klik pada kotak standard kemudian klik pada Manage Dimension Style atau taip D pada command bar lalu tekan Enter. – setelah muncul Dimension Style Manager, kita pilih Standard dan klik Modify maka akan muncul Modify Dimension Style seperti pada gambar di sebelah. Langkah 1 Langkah 2


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad 1- klik pada Lines bar 2- Baseline Spacing, Adalah jarak diantara beberapa Dimensi yang bertumpuk. yang diambil dengan referensi satu titik. Biasanya disetting 1.5x lipat dari Text Size supaya mudah membacanya. Pada contoh diatas, ada 3 Dimensi bertumpuk, jarak antara ketiganya itulah yang dinamakan Baseline Spacing. 1 2 Langkah 3


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad 3- Extend Beyond Dim Lines, Adalah Garis terusan dari Extension Lines. disini kita bisa mengatur panjang garis yang menerus setelah Dimension Line. Besarnya biasanya disetting separuh dari Text Height. jadi kalau Tinggi text 3mm, Maka Extend Beyond Dim Lines kita setting 1.5 mm. 4- Offset From Origin, adalah jarak antara Extension Lines dengan Object gambar. Biasanya disetting sepertiga atau seperempat dari Text Height. Jadi kalau Text Height 3mm, maka Offset From Origin kita setting 1mm. 3 4 Langkah 3


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad 1 – klik pada tab Symbols and Arrows 2- biasanya kita akan mengubah jenis arrow seperti yang diingini dan juga saiz arrow tersebut. Biasanya saiz arrow adalah separuh daripada saiz Text Height. Misalnya Text tingginya 3mm, maka Arrow size adalah1.5mm 1 2 Langkah 4


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad 1- klik pada tab Text 2- klik pada Text Style, mengubah Jenis Font dan juga tinggi text. 3- anda juga boleh terus klik pada Text Height untuk mengubah saiz text dan jenis font adalah Arial (default setting) 1 2 3 Langkah 5


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad 4- Text Placement digunakan untuk mengatur posisi Text terhadap Garis Dimensi. Ubahlah menjadi Centered supaya posisi Text tepat ditengah garis Dimensi. 5- Offset from Dim line, digunakan untuk mengatur Jarak Text terhadap Garis Dimensi, biasanya diatur sepertiga dari Text Height. 6- Biarkan Text Alignment pada settingan aligned with dimension line untuk mengatur perkataan Text searah dengan Garis Dimensi. 4 5 6 Langkah 5


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad 1- Pada tab ini pastikan unit yang digunakan adalah Decimal 2 – Pastikan precision adalah 0 . Ini akan memastikan dimensi bebas dari titik perpuluhan. 3- Pada tab Measurement Scale > Scale factor, settingan ini untuk merubah skala dimensi. Fungsinya untuk memberikan dimensi pada lukisan detail. 4- setelah selesai mengubah setting mengikut kesesuaian , anda boleh klik pada tab ok untuk menamatkan proses setting. 1 2 3 4 Langkah 6


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.2 ANNOTATE RIBBON 1) Setting Dimensi dalam Autocad 1- klik pada tab Set Current 2- kemudian Close. Anda sudah boleh menggunakan dimesion style yang telah anda setting. Langkah 7 1 2


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.3 PERINTAH - PERINTAH UNTUK PEMILIHAN ENTITY Kaedah 1 – pemilihan dari Kiri ke kanan - Pemilihan ini akan menampakkan bahagian yang dipilih berwarna biru - Bagi kaedah ini hanya objek yang kesemua bahagian dipilih akan aktif selesai proses pemilihan - Objek yang tidak kesemua bahagian di pilih tidak akan aktfi. Kaedah 2 – pemilihan dari kanan ke kiri - Pemilihan ini akan menampakkan bahagian yang dipilih berwarna hijau - Bagi kaedah ini kesemua bahagian objek yang ada dalam ruangan hijau tersebut akan aktif selesai proses pemilihan


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.4 PERINTAH-PERINTAH DISPLAY 1- Taip OP pada command bar untuk aktifkan dialog box bagi Option.Klik pada tab Display untuk setting paparan AutoCad. 2- Tab colors ini pula untuk mengubah warna latar pada mode model space / mode layout/paper space. 3- tab Crosshair size adalah untuk mengecilkan atau membesarkan saiz Crosshair anda. 1 2 3


3.2 MENYATAKAN FUNGSI-FUNGSI ARAHAN FORMAT DAN LABEL DALAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER .(samb) 3.2.4 PERINTAH-PERINTAH DISPLAY 1- Klik pada tab Selection untuk setting paparan AutoCad. 2- Tab pickbox size boleh di kecilkan/dibesarkan mengikut kesesuaian 3- Tab grip size di kecilkan/dibesarkan mengikut kesesuaian. Warna juga boleh diubah. 1 2 3


3.3 MENGHASILKAN SEMULA LUKISAN 2D GEOMETRI MENGGUNAKAN PERISIAN AUTOCAD


3.3 Menghasilkan semula lukisan 2D geometri menggunakan perisian AutoCad Pelajar diminta untuk mewujudkan layers properties seperti dalam arahan dan lukis semula gambar yang diberikan. AMALI 1 ⚫Pensyarah kursus digalakkan untuk membuat soalan amali yang pelbagai mengikut kesusaian dalam meningkatkan pemahaman pelajar.


3.4 MENGHASILKAN SEMULA LUKISAN ORTOGRAFIK SUDUT PERTAMA DAN KETIGA MENGGUNAKAN PERISIAN AUTOCAD


3.4 Menghasilkan semula lukisan ortografik sudut pertama dan ketiga menggunakan perisian AutoCad AMALI 2 Pensyarah kursus digalakkan untuk membuat soalan amali yang pelbagai mengikut kesusaian dalam meningkatkan pemahaman pelajar. Pelajar diminta untuk mewujudkan layers properties seperti dalam arahan dan lukis semula gambar yang diberikan.


3.5 MENGHASILKAN SEMULA LUKISAN ISOMETRI MENGGUNAKAN PERISIAN AUTOCAD


3.5 Menghasilkan semula lukisan isometri menggunakan perisian AutoCad AMALI 3 Pensyarah kursus digalakkan untuk membuat soalan amali yang pelbagai mengikut kesusaian dalam meningkatkan pemahaman pelajar. Pelajar diminta untuk mewujudkan layers properties seperti dalam arahan dan lukis semula gambar yang diberikan.


Click to View FlipBook Version