4.0 BAHAYA ELEKTRIK DAN MEKANIKAL (BAHAGIAN 1) DISEDIAKAN OLEH : PN. SUHANA BINTI SETU PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA VERSI 2021 STS 20092 - KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
4.1 ASPEK KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA Dalam era ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen yang berasingan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Tempat kerja yang kurang selamat meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan yang pastinya menjejaskan kesihatan.
Keselamatan di tempat kerja boleh di kenalpasti dari segi keselamatan elektrik dan keselamatan mekanikal.
4.1.1 ELEKTRIK Arus elektrik boleh mencederakan dan membunuh. Ini boleh terjadi akibat daripada: Sentuhan dengan bahan atau pendawaian elektrik yang hidup mengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran.
Pendawaian dan peralatan elektrik yang rosak dan boleh juga mengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran.
Bahan atau dawai elektrik menjadi sumber nyalaan di persekitaran mudah terbakar atau mudah meletup. Akibatnya berlakunya kebakaran atau letupan.
Risiko kemalangan akibat daripada hazard elektrik bergantung kepada bagaimana dan di mana bahan atau wayar elektrik itu digunakan. Contohnya di kawasan yang basah dan kawasan yang sesak adalah lebih berisiko untuk terjadinya kemalangan. *Hazard(
Akta Berkaitan: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994; Akta Kilang dan Jentera 1967 (Dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) Akta Bekalan Elektrik1990 (Dikuatkuasakan oleh Jabatan Bekalan Elektrik).
4.1.2 MEKANIKAL Hazard mekanikal melibatkan dedahan anggota badan kepada bahagian mesin dan jentera yang bergerak. (Cth: hazard ini termasuk hempapan, himpitan, terpotong, tikaman, tusukan dan lain-lain).
Perundangan yang boleh diguna pakai untuk mencegah risiko hazard mekanikal adalah Akta Kilang Dan Jentera 1967 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya.
Risiko kemalangan dari hazard mekanikal akan mengakibatkan cedera ringan (seperti calar dan terseliuh) atau kesan yang lebih dahsyat (seperti hilang anggota dan maut).
4.2 PUNCA –PUNCA KEMALANGAN
4.2.1 ELEKTRIK Mengenal punca utama kebakaran akibat elektrik Litar pintas berpunca daripada kerosakan penebat kabel. Lebihan beban akibat kuasa elektrik dalam litar pemasangan setempat pada terminal disebabkan oleh sambungan longgar. Pemasangan yang salah seperti penggunaan pendawaian saiz wayar yang tidak sesuai atau penyambungan pemdawaian yang tidak bermutu. Kebocoran arus elektrik yang disebabkan kerosakan kabel atau penebat. Beban litar elektrik yang sedia ada melebihi tahap keselamatan.
Bahaya Renjatan Elektrik. Renjatan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh sentuhan langsung atau sentuhan tak langsung. Sentuhan langsung bermaksud pekerja atau pengguna mendapat renjatan elektrik dengan menyentuh konduktor atau kabel hidup secara langsung.
Sentuhan tidak langsung ialah renjatan elektrik yang berlaku disebabkan sentuhan sesuatu yang bersambung dengan pepasangan elektrik tetapi bukan sentuhan secara langsung dengan kabel atau konduktor hidup, mungkin disebabkan oleh kerosakan peralatan atau penebat yang menyebabkan kebocoran arus.
Punca Berlaku Renjatan 1. Cara Kerja atau Tindakan Tidak Selamat Membuat Kerja-kerja Elektrik Tanpa Mengasingkan Bekalan. Kerja-kerja senggaraan atau pengujian litar tanpa mengasingkan bekalan berkemungkinan besar boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik. Tidak Mematuhi Prosedur Kerja Selamat. Setiap pekerja hendaklah sentiasa mematuhi prosedur kerja selamat yang telah ditetapkan oleh peraturan dan standard bagi mengelakkan daripada berlakunya renjatan elektrik.
2. Kecacatan Pada Sistem Elektrik Arus Bocor. Arus bocor atau arus bocor ke bumi akan menyebabkan bingkai logam menjadi hidup dan bertenaga. Ini boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik kepada pekerja, pengguna atau orang awam jika terpegang atau bersentuh bingkai logam tersebut. Konduktor Terdedah Atau Kabel Terputus. Konduktor yang terdedah atau kabel yang terputus dan hidup (bertenaga) akan menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh. Hendaklah dengan segera mematikan atau mengasingkan dari punca bekalan dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
4.2.2 MEKANIKAL Pengurusan mekanikal melibatkan semua aktiviti yang melibatkan pengunaan mesin dan jentera yang tertakluk dalam akta kilang dan jentera dan akta/peraturan yang berkaitan dengan mesin dan jentera.
Peralatan dan Mesin Susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja-keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan lagi. Keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan baik.
Penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah. Penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak teratur. Pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.
4.2.3 KAWASAN KERJA Persekitaran Kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak dibersihkan, licin, berselerak dan pencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi.
Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran.
Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda dan tumpuan individu. Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran.
4.3 MEMATUHI KEPERLUAN AKTA BEKALAN ELEKTRIK
PERANTI-PERANTI PERLINDUNGAN ELEKTRIK. Setiap litar elektrik mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan litar bagi memutuskan litar jika berlaku kerosakan. Terdapat 2 kerosakan yang mesti dilindungi : a) Arus lebih (over current) b) Arus bocor ke bumi (Earth Leakage)
a) Arus lebih (over current). Berpunca dari 2 kerosakan : i) Beban yang berlebihan / beban lampau (overload ) Beban Lampau adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada yang dibenarkan atau salah mengira faktor kepelbagaian. Sekiranya arus yang dibawa lebih daripada had kabel, pengalir akan menjadi panas.
Beban lampau yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkat permulaan motor elektrik (starting current). Starting current berlaku dalam jangka masa yang singkat dan arusnya tidak terlalu tinggi.
ii. Litar Pintas ( short circuit ) Litar Pintas adalah sentuhan antara pengalir fasa dengan neutral tanpa beban atau antara fasa dengan fasa yang berlainan. Arus litar pintas adalah terlalu tinggi, sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, pengalir kabel akan menjadi panas dan terbakar.
b) Arus Bocor ke Bumi (Earth Leakage). Disebabkan oleh pengalir fasa atau neutral bersentuhan dengan pengalir bumi atau dengan bingkai logam yang di bumikan.
Peraturan yang berkaitan dengan perlindungan beban lampau; Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan sebarang arus beban lampau yang mengalir dalam pengalir litar sebelum ia mengakibatkan suhu tinggi pada penebat, sambungan tamatan atau sekeliling kabel.
Alat perlindungan mestilah mempunyai ciri-ciri berikut : a) Arus nominal mestilah tidak kurang daripada arus litar. b) Arus nominal mestilah tidak melebihi kapasiti membawa arus yang terkecil sekali bagi pengalir atau kabel dalam litar. c) Arus berkesan yang mengendalikan alat perlindungan mestilah tidak melebihi 1.45 kali daripada kapasiti membawa arus kabel bagi fius BS 88 atau BS 1361 dan pemutus litar BS 3871.
Jenis-jenis peranti perlindungan yang biasa digunakan didalam pemasangan elektrik ialah: i) Fius ii) Pemutus litar iii) Pengubah Pengasing iv)Pemencil
FIUS Alat perlindungan yang paling murah dan baik. Mempunyai elemen fius yang akan putus apabila arus yang melebihi kadarannya. Fius tidak mempunyai ciri lewat masa, oleh itu apabila nilai arus melebihi nilai kadarnya, elemen fius akan terbakar.
Istilah-istilah berkaitan dengan fius : i) Elemen fius – pengalir pelbagai saiz yang akan cair apabila arus berlebihan mengalir melaluinya. ii) Arus nominal – arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa tidak terhad tanpa memanaskan kabel atau mencairkan elemen fius. iii) Arus fiusan – arus minima yang boleh mencairkan elemen fius. iv) Faktor fius – nisbah arus fiusan dengan kadaran arus fius.
Jenis-jenis fius mengikut Piawaian British : 1. Fius dawai semula ( BS 3036 ) 2. Fius kartrij ( BS 1362 ) 3. Fius kapasiti pemutus tinggi ( HRC/HBC )
Fius Dawai Semula ( BS 3036 ) Fius yang boleh ditukar semula elemen fius, biasanya digunakan di pemasangan domestik atau untuk arus beban rendah perindustrian.
Ciri-cirinya 1. Terdiri daripada dawai elemen yang disambung dalam satu penhubung fius yang boleh dikeluarkan daripada tapak fius. 2. Dawai elemen fius diperbuat daripada aloi campuran timah dengan plumbum atau kuprum tulen. 3. Arus nominal bergantung pada saiz dawai elemen fius. 4. Faktor fiusan adalah dalam kelas R iaitu antara 1.75 hingga 2.5 kali.
Kebaikan Dawai elemen fius yang murah jika dibandingkan dengan pemutus litar yang lain. Senang ditukar ganti. Keburukan Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi. Mungkin ditukar dengan saiz elemen fius yang salah. Kapasiti pemutusan rendah dan akan merosot.
Fius Kartrij ( BS 1362 ) Biasanya digunakan dalam palam ( plug top ) 13A bagi pekakas elektrik.
Ciri-cirinya : 1. Terdiri daripada satu tiub yang diperbuat daripada kaca atau seramik / tembikar. 2. Arus nominal fius ialah 0.15A,0.25A,0.5A,0.75A,1A,2A,3A,5A dan 13A. 3. Faktor fiusan dalam kelas Q1 dan Q2 . Q1 antara 1.25 hingga 1.5 kali dan Q2 antara 1.4 hingga 1.75 kali.
Kebaikan Kadar arus nominal diketahui dengan tepat. Kapasiti pemutusan tidak merosot. Dapat mengelakkan arka dan bunyi. Keburukan Elemen fius putus,keseluruhan kartrij tidak boleh digunakan. Pemegang fius hanya sesuai untuk kadaran saiz kartrij yang tertentu.
Fius kapasiti pemutus tinggi (HRC/HBC) Fius yang paling baik sebab kadaran kA tinggi sehingga 100 kA Elemen fius terdapat melting point Elemen fius didalam quenching powder untuk menyerap arka Binaan luar dari bahan ceramic (porcelain) yang kukuh dan terdapat end cap logam di kedua-dua hujungnya Tidak meninggalkan kesan karbon hitam apabila terbakar
FIUS HRC/HBC
FIUS HRC CENTRE TAG
FIUS HRC ROUND CAP
FIUS HRC OFF TAG
PEMUTUS LITAR 1. PEMUTUS LITAR KENIT (MINIATURE CIRCUIT BREAKER – MCB) 2. PEMUTUS LITAR TERACU (MOULDED CASE CIRCUIT BREAKER – MCCB) 3. PEMUTUS LITAR UDARA (AIR CIRCUIT BREAKER - ACB) 4. PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (RESIDUAL CURRENT CIRCUIT BREAKER – RCCB)
PRINSIP OPERASI Haba (fius) – perlahan, untuk lebih beban Magnetik (MCB, MCCB, RCCB) – pantas, untuk litar pintas Haba dan Magnetik (kombinasi keduaduanya)
MINIATURE CIRCUIT BREAKER (MCB) Menggunakan prinsip magnetik Menggantikan penggunaan fius (sehingga 32A) Tidak perlu diganti bila berlaku litar pintas atau beban lebih Tidak perlu simpan alat ganti Mengelakkan penyalahgunaan dengan menggantikannya dengan kadaran yang tidak sesuai Mudah mengendalikannya Bekalan dapat dipulihkan dengan cepat
Sistem Bekalan Elektrik MINIATURE CIRCUIT BREAKER (MCB)