KONSEP KEMALANGAN DAN PENCEGAHAN STS 20092 KURIKULUM VERSI 2021
Objektif am : Di akhir unit ini, para pelajar dapat menerangkan :- 3.1 Takrif Konsep Kemalangan 3.2 Punca Kemalangan 3.3 Jenis-Jenis Bahaya 3.4 Risiko Kemalangan 3.5 Program Pencegahan Kemalangan 3.6 Penyiasatan Kemalangan Objektif am
Takrif Kemalangan
3.1 Takrif Konsep Kemalangan : “ Kemalangan merupakan suatu peristiwa yang tidak dirancang dengan keputusan yang tidak boleh diterima ”. Takrif Konsep Kemalangan
3.1 Takrif Konsep Kemalangan : Kemalangan banyak mengundang risiko berlakunya kecederaan, kematian, kemusnahan atau sebagainya. Sebagai individu yang normal kemalangan merupakan suatu perkara yang sebolehnya ingin dielak dan dijauhi. Pekerja seperti anda adalah sebagai suatu komuniti tersendiri yang memiliki berbagai risiko mahupun bahaya pada pekerjaan dan lingkungan kerjanya. Takrif Konsep Kemalangan
Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - Anda yang terlibat secara langsung dalam bidang kejuruteraan elektrik lebih terdedah kepada kemalangan yang disebabkan oleh arus elektrik. Oleh sebab itu anda seharusnya mempunyai pengetahuan asas tentang penjagaan keselamatan diri sendiri, alat dan perkakas elektrik. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - Kemalangan dapat dibendung dengan mematuhi peraturan keselamatan dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan di samping mempunyai sikap bertanggungjawab. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - i. Punca daripada renjatan elektrik Kerosakan perkakasan/peralatan elektrik contohnya kecatatan kabel. Kerosakan alat/peranti keselamatan seperti ELCB, pemutus litar automatik, fius dan sebagainya. Kesilapan dalam pengubahsuaian/ penyambungan yang dilakukan oleh mereka yang tidak mahir. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - ii. Punca daripada Kebakaran Elektrik Penggunaan kabel yang tidak sesuai dengan arus yang dibawanya. Penggunaan fius yang salah kadarannya. Kilat. Kegagalan peranti pelindung untuk berfungsi seperti penggunaan kadar fius yang melebihi had, beban yang berlebihan dan sebagainya Berlakunya litar pintas disebabkan oleh kerosakan kabel penebatan. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - iii. Lain-lain punca Wayar overhead – keadaan di mana wayar mengalami beban lampau. Kabel bawah tanah – disebabkan oleh kerja penggalian dalam pembinaan Kimpalan arka – pengunaan penebat yang tidak sesuai Bilik bateri & generator bergerak. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - iv. Kesan kemalangan yang disebabkan oleh lecuran. Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa dan ianya terbahagi kepada tiga tahap. Tahap pertama akan menyebabkan terhasilnya tanda kemerahmerahan pada kulit. Apabila berlaku lecur yang menyebabkan kulit mengelembung dan mengandungi cecair ianya dikenali sebagai lecur tahap kedua. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - iv. Kesan kemalangan yang disebabkan oleh lecuran. Manakala lecur tahap ketiga berlaku bila keadaan lecur tersebut tembus ke bahagian dalam tubuh yang menyebabkan kegagalan otot berfungsi. Lecur pada tahap ini merupakan tahap lecur yang paling teruk dan memerlukan rawatan pakar untuk memulihkan mangsa. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - v. Kesan kemalangan yang disebabkan oleh kebakaran. Kebakaran merupakan tragedi yang berpunca daripada pelbagai sebab antaranya termasuklah akibat pengaliran arus elektrik yang berlebihan. Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik turut digolongkan dalam pelbagai kelas bergantung kepada di mana pendawaian atau pemasangan elektrik dibuat atau jenis bahan yang digunakan. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - v. Kesan kemalangan yang disebabkan oleh kebakaran. Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik boleh disebabkan oleh:- kerosakan penebatan kabel yang boleh menyebabkan litar pintas. Kerosakan sistem pembumian. Kegagalan peranti pelindung untuk berfungsi seperti penggunaan kadar fius yang melebihi had, beban yang berlebihan dan sebagainya. Percikan bunga api. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - vi. Kecuaian pekerja i. Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul. ii. Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan. iii. Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau-senda. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - vi. Kecuaian pekerja iv. Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran. v. Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang perhiasan dan sebagainya. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - vii. Keadaan peralatan/perkakasan i. Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak digunakan. ii. Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada. iii. Sebelum menggunakan mesin pengendali mestilah seorang yang tahu dan faham cara mengguna dab memberhenti mesin dengan cara yang betul. . Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - viii. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja. i. Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat disekeliling. ii. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar. . Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - viii. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja. iii. Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar. iv. Bagi pengendalian mekanikal seperti mengangkat beban dengan menggunakan kren, alat hela (hoist) dan trak forklift hendaklah benar-benar kukuh kerana jika beban tergelincir atau jatuh kecederaan boleh berlaku. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - ix. Mengguna peralatan tangan Peralatan tangan yang salah dan dalam keadaan yang bahaya adalah apabila alat seperti kepala tukul dan aci hilang, mata pahat tumpul dan kepalanya bercendawan. Rahang sepana retak atau merekah, putting kikir tidak dilindungi dengan betul dan kikir digunakan sebagai bahan pengalas. Punca Kemalangan
3.2 Punca Kemalangan : - x. Penggunaan mesin dan jentera Menyelenggara mesin dalam keadaan bergerak atau tiada penghadang keselamatan. Pengendali tidak mempunyai pengetahuan yang sempurna bagaimana cara untuk mengendali bahaya yang berkaitan dengan mesin tersebut. Pengendali tidak memberhentikan operasi mesin sehingga ia dibaiki oleh orang yang berkelayakan. Punca Kemalangan
Jenis-Jenis Bahaya
3.3 Jenis - Jenis Bahaya Semburan api,air panas, wap atau gas Debu berbahaya Pencemaran dalam kawasan lingkungan, termasuk asap atau gas berbahaya Kebakaran Jenis-Jenis Bahaya
3.3 Jenis - Jenis Bahaya Letupan Tumpahan bahan kimia Kerosakan mesin, peralatan, bahan dan bangunan Gangguan kesihatan Jenis-Jenis Bahaya
Risiko Kemalangan
3.4 Risiko Kemalangan i) Pengurusan Risiko Hazard Kimia ii) Risiko Hazard Fizikal iii) Risiko Hazard Elektrik iv) Risiko Suhu Tinggi v) Risiko Suhu Rendah Keterlaluan vi) Risiko Sinaran Risiko Kemalangan
3.4 Risiko Kemalangan vii) Risiko Hazard Mekanikal viii) Risiko Hazard Kekemasan (Housekeeping) Tempat Kerja ix) Risiko Hazard Bunyi Bising x) Risiko Hazard Biologi xi) Risiko Hazard Trafik Di Tempat Kerja xii) Risiko Kebakaran Di Tempat Kerja Risiko Kemalangan
Program Pencegahan Kemalangan
3.5 Program Pencegahan Kemalangan Membina tabiat kerja yang selamat Mematuhi peraturan dan akta Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat Bermatlamatkan konsep ‘beringat sebelum kena’ Ianya adalah untuk semua kawasan atau lingkungan perkerjaan (tidak terhad di kawasan tertentu sahaja). Program Pencegahan Kemalangan
3.5 Program Pencegahan Kemalangan Menyiasat potensi hazard keadaan kerja yang diminta oleh pekerja atau majikan. Menilai hazard di tempat kerja, bahan kimia hingga kelengkapan mesin. Membentuk dan melaksanakan kaedahkaedah untuk mencegah kecederaan, penyakit dan kecatatan. Program Pencegahan Kemalangan
3.5 Program Pencegahan Kemalangan Mengelola penyelidikan dan menghasilkan cadangan yang sah untuk melindungi pekerja. Menyediakan pendidikan dan latihan kepada individu dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Program Pencegahan Kemalangan
Penyiasatan Kemalangan
Penyiasatan Kemalangan
Sekian, terima kasih
Oleh: Mohd Hisbul Hadi Bin Mat Hassan, Pensyarah Elektrik Kolej Komuniti Kuantan