The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PROGRAM TEKNOLOGI SENIBINA, KOLEJ KOMUNITI ARAU, 2023-08-02 04:15:51

Tips Amali Ukur Aras

T I P S A M A L I U K U R A R A S AFIDAH | NOORULHUDA | ZAIMAH


30 Tips Amali Ukur Aras Afidah binti Alias Noorulhuda binti Muda Zaimah binti Ismail


30 Tips Amali Ukur Aras Hak Cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dalam penerbitan ini dibenarkan ditiru, diterbitkan semula, atau disimpan dalam bentuk yang boleh dipergunakan lagi atau dipindah dałam mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin bertulis daripada Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. e ISBN 978-629-97861-3-9 Diterbitkan oleh Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Aras 4, Galeria PJH Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya Tel : 03 8891 9000 Faks : 03 8891 9056


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berjaya menyempurnakan buku nota ringkas Tips Amali Ukur Aras. Buku ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi pelajar serta pensyarah dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan mengandungi empat (4) bab dalam menerangkan teknik serta tips ketika menjalankan amali ukur aras. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang sama-sama terlibat dalam penerbitan buku ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan kemahiran dalam pembelajaran di samping menjadi pendorong untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan holistik, selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan menjadikan kurikulum JPPKK mesra industri. Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 . 30 PRAKATA


1 ALAT ARAS 2 3 4 KAEDAH SIRI 5 KAEDAH KERATAN MEMANJANG DAN MELINTANG 6 KAEDAH GRID RUJUKAN KANDUNGAN GLOSARI 1 - 6 7 - 17 18 - 29 30 - 39 40 41 - 42


c.j.k ALAT ARAS 1


1. Halakan teleskop selari dengan mana-mana dua skru kaki (2 & 3). Pusing kedua-dua skru kaki serentak pada arah berlawanan sehingga gelembung aras berada di tengahtengah seperti rajah di sebelah. 2. Pusing teleskop 90° atau selari dengan skru kaki no. 1. Pusingkan skru kaki pelaras no. 1 (Jangan pusing skru 2 & 3) sehingga gelembung aras berada ditengahtengah seperti dalam rajah sebelah. 3. Pusing teleskop 90° atau selari dengan skru kaki (2 & 3) seperti langkah 1 rajah sebelah. Pusing kedua-dua skru kaki serentak pada arah berlawanan sehingga gelembung aras berada di tengahtengah. 1.1 CARA-CARA MENGARAS ALAT ARAS Menurut Shaary et al. (2016), cara-cara mengaras alat aras adalah seperti langkah di bawah: Rajah 1.1 Rajah 1.3 Rajah 1.2 2


4. Pusing teleskop 90 atau selari dengan skru kaki no.1 Seperti langkah 2. Pusingkan skru kaki pelaras no. 1 sehingga gelembung aras berada di tengah-tengah. Jangan pusing skru 2 & 3 (lihat rajah sebelah). 5. Ulangi langkah 1 hingga 4 supaya gelembung aras berada di tengahtengah. 6. Rajah menunjukkan kedudukan gelembung udara sebelum dan selepas pelarasan alat aras. Rajah 1.1 - 1.6 menunjukkkan cara-cara mengaras alat aras Sumber: Asas Ukur Kejuruteraan Rajah 1.4 Rajah 1.5 Rajah 1.6 3


1 Teropong dihalakan ke satu objek yang cerah. 2 Pusingkan kanta mata sehingga ulir jelas kelihatan. 3 4 Pusingkan skru pemfokus sehingga staf jelas kelihatan 5 Skru gerak perlahan dipusingkan supaya ulir silang berada di tengahtengah staf Laraskan kanta semula jika terdapat beza lihat antara imej staf dan ulir silang 1.2 MEMFOKUS ALAT ARAS Memfokus alat aras amat penting bagi menghilangkan bezalihat sebelum cerapan dilakukan dengan mendapatkan imej ulir silang yang terang dan objek yang jelas. 4


Cerapan boleh dilakukan setelah kerja-kerja pelarasan sementara terhadap alat selesai dibuat dengan mengambil bacaan pada staf aras. Staf aras ialah alat yang bersenggat yang dipegang tegak dan dilihat melalui teleskop alat aras. Senggatan pada staf ialah pada setiap 0.01m dan panjang staf adalah 3-4m dalam bentuk bersambung. Staf hendaklah dipegang secara pugak untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Bacaan pada staf diambil daripada angka yang ditunjukkan oleh ulir silang tengah. 1.3 BACAAN STAF Rajah 1.7: Setaff 5


Rajah dibawah menunjukkan gambaran staf yang dilihat melalui teleskop alat aras. Bacaan staf yang diambil ialah 1.250 m. Rajah menunjukkan contoh-contoh bacaan staf iaitu 1.950m, 1.975m, 2.000m dan 2.050m. Rajah 1.8: Contoh bacaan Rajah 1.9: Contoh bacaan pada senggatan 6


c.j.k KAEDAH SIRI 7


1 3 2 4 ALAT ARAS KAKI TIGA SETAF PITA UKUR 2.1 PERALATAN DAN MESIN 8


2 1 3 4 BORANG PEMBUKUAN UKUR ARAS PAKU SPRAY/ CAT PIKET 2.2 BAHAN 9


1. Anda dikehendaki mendapatkan satu nilai ketinggian (Aras Laras) bagi satu titik yang ditetapkan oleh pensyarah. 2. Jarak antara staf ke staf bagi setiap pandangan mestilah melebihi 6 Meter. 3. Jarak antara kedudukan alat dengan pandangan belakang dan pandangan hadapan hendaklah jarak yang hampir sama. 4. Titik pindah mestilah melebihi tiga (3) kali. 5. Bilangan pandangan antara bagi satu kedudukan alat mestilah sekurangnya satu atau dua pandangan. 6. Rujuk Rajah 1 contoh kerja ukur dan contoh pembukuan dalam jadual. 2.3 ARAHAN AM 10


Lakukan pelarasan alat aras dengan memutar skru kaki pelaras. Dirikan kaki tiga alat aras pada kawasan yang bersesuai dengan stabil mengikut ketinggian yang sesuai dengan plat atas berada dalam keadaan mendatar. Pasangkan alat aras di atas plat kaki tiga dan ketatkan dengan skru pengapit. Tekan kaki tiga ke dalam tanah. 2.4 LANGKAH-LANGKAH KERJA Fokuskan alat aras dengan memutar gegelung pada kanta mata. 11


2.5 KERJA PENGUKURAN DAN PENCERAPAN Lakukan kerja menanda stesen dan mendirisiapkan kedudukan alat aras di antara staf. Buat kerja pengukuran jarak antara kedudukan alat aras dengan staf. Ambil bacaan pandangan belakang, pandangan antara dan pandangan hadapan dengan betul dan tepat. 2.6 PEMBUKUAN Catatkan bacaan cerapan dan jarak yang diperolehi pada borang pembukuan kerja ukur aras dengan betul (rujuk rajah 2). Lakukan kerja-kerja pengiraan selepas amali dilakukan. 12


c.j.k Draf stesen yang hendak dicerap di atas kertas. (rujuk Rajah 2.1) Tandakan stesen yang hendak dicerap. Ambil bacaan Pandangan Belakang 1 (PB1) dahulu. Ketinggian bacaan staf akan direkod pada buku kerja luar. Seterusnya Bacaan pandangan Hadapan (PH1) akan diambil iaitu bacaan terakhir sebelum alat aras dipindahkan. Staf pada pandangan hadapan tadi dikekalkan sehingga bacaan baru diambil dan dijadikan pandangan belakang 2 (PB2). Kemudian, ambil bacaan Pandangan Hadapan 2 (PB2). Ulangi langkah ini sehingga selesai. Sekiranya pencerap mencerap item lain pada stesen tersebut (cth pokok, pondok, pagar dan sebagainya), pandangan ini dijadikan sebagai Pandangan Antara (PA). PH2 merupakan titik terakhir dicerap sebelum stesen dipindahkan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 2.7 TATACARA KERJA PENGUKURAN DAN PENCERAPAN 13


2.8 PENANDAAN KERJA UKUR Rajah 2.1: Penandaan Kerja Ukur 14


V O L U M E | 1 2 O R G A NIC.C O M M A Y 2 0 1 6 2.9 PEMBUKUAN KAEDAH SIRI Jadual 2.1: Pembukuan Kaedah Siri 15


2.10 ANALISA DATA Jadual 2.2: Analisis data Kaedah Turun Naik Pengiraan Kaedah Naik Turun 1. 16


2. Semakan Aritmetik 3. Had Tikaian 17


c.j.k KAEDAH KERATAN MEMANJANG & MELINTANG 18


Pengukuran aras muka keratan dilakukan adalah untuk menentukan pemotongan dan penambakkan yang perlu dibuat bagi memperolehi aras formasi yang sesuai dengan kerja pembinaan yang akan dilakukan. Biasanya kerja pembinaan yang memerlukan pengukuran aras keratan ialah seperti kerja-kerja jalan raya, landasan keretapi, laluan-laluan paip, longkang dan sebagainya. Pengukuran aras muka keratan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu aras muka keratan memanjang dan aras muka keratan melintang. 3.1 KERATAN KERJA UKUR ARAS 19


Pengukuran aras keratan memanjang atau membujur dilakukan di sepanjang garis di mana tempat cadangan kerja pembinaan. Oleh kerana pengukuran ini memerlukan banyak pandangan, maka pembukuan Kaedah Tinggi Garis Kolimatan lebih sesuai digunakan berbanding dengan kaedah naik dan turun . Pengukuran ini dilakukan dengan cara pengukuran bersiri dari satu titik yang telah diketahui aras larasnya seperti BM atau TBM ke kawasan pembinaan. Beberapa titik pindah dan bacaan pandangan antara diambil. Pengukuran ini boleh disemak dengan membuat Aras Lompat (Flying Level) dari titik akhir ke titik mula. Muka keratan memanjang ialah gambaran keratan garisan tengah jalanraya yang menunjukkan ketinggian muka bumi sepanjang garisan tersebut. 3.2 KERATAN MEMANJANG KERJA UKUR ARAS 20


Menentukan aras bentukkan (aras dan kecerunan) yang paling sesuai dan ekonomi. 1 Maklumat mengenai jumlah pemotongan dan penambakkan pada sebarang titik. 2 3 Mengenalpasti tempat yang tidak memerlukan kerja pemotongan dan penambakkan. 3.3 DATA KERATAN MEMANJANG Rajah 3.1: Keratan Memanjang 21


Pembinaan projek seperti jalan raya dan jalan kereta api memerlukan maklumat aras permukaan tanah di kiri dan kanan garis tengah laluan. Keratan memanjang hanya menyediakan maklumat di sepanjang garis tengah cadangan projek sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, maklumat keratan-keratan melintang perlu diambil. Muka keratan melintang merupakan gambaran permukaan bumi yang merentasi laluan seperti jalan raya atau jalan keretapi dari tepi ke tepi. Keratan melintang diambil secara bersudut tepat dengan garis tengah laluan, dengan itu maklumat di seluruh lebar cadangan pembinaan diperolehi. 3.4 KERATAN MELINTANG KERJA UKUR ARAS 22


3.5 DATA KERATAN MELINTANG Maklumat mengenai isipadu tanah yang terlibat dengan galian atau tambakan dapat dihitung di antara satu rantaian ke satu rantaian yang lain. Maklumat mengenai isipadu tanah yang terlibat dengan galian atau tambakan dapat dihitung di antara satu rantaian ke satu rantaian yang lain. 1 2 Rajah 3.2: Keratan Melintang 23


Rajah 3.3: Contoh pelan kerja ukur, keratan memanjang dan keratan melintang bagi sebatang jalan raya 24


Rajah 3.4: Contoh pelan kerja ukur, keratan memanjang dan keratan melintang bagi sebatang jalan raya 25


Tentukan skala pugak dan skala ufuk yang sesuai (skala pugak 1:10 dan skala ufuk 1:1000). Lukiskan satu garisan dasar pada bahagian bawah kertas. Sediakan dua lagi garisan di bawah garisan dasar ini supaya ada ruangan untuk mencatatkan nilai aras laras dan rantaian. Tuliskan Aras Laras dan Rantaian pada ruangan kosong di bahagian tepi kiri. Rantaian daripada kerja ukur ditandakan di atas garisan dasar tadi mengikut skala ufuk yang ditetapkan. Lukiskan garisan tegak dari setiap tanda rantaian itu. Tuliskan nilai rantaian dan aras laras pada setiap garisan tegak yang dilukis itu. 3.6 PROSEDUR KERJA PEMPLOTAN 26


Rajah 3.5: Penandaan Kerja Ukur Keratan Memanjang Tentukan datum dan tuliskan nilai datum itu di atas garisan dasar. Berpandukan datum, tandakan ketinggian aras laras setiap titik mengikut skala pugak yang telah ditetapkan Sambungkan titik aras laras yang ditandakan itu. 27


16 | ORGAN IC LIFESTYLE ORGAN IC.COM 3.7 PEMBUKUAN KAEDAH MEMANJANG Apabila semakan ketepatan kerja ukur dilakukan dan ralat sebenar yang diperoleh tidak lebih daripada ralat yang dibenarkan, plotan bolehlah dibuat bagi menggambarkan muka keratan kerja ukur di sepanjang garisan ukur. Jadual 3.1: Pembukuan Kaedah Memanjang 28


3.8 HASIL PEMPLOTAN Rajah 3.6: Aras formasi dan pemotongan dan penambakan 29


c.j.k KAEDAH GRID 30


Kontur ialah garis-garis yang dilukis di atas peta yang menyambungkan titik-titik yang sama ketinggiannya di atas permukaan bumi. Garisan-garisan kontur ini digunakan untuk memberikan gambaran tepat tentang rupa bumi atau profil tanah di sesuatu kawasan. Dengan adanya peta kontur ini, pelbagai projek pembinaan seperti pembinaan jalanraya dan landasan keretapi dapat dijalankan dengan mudah. 4.1 KONTUR 31


Pilih satu kawasan dan bahagikan kawasan tersebut kepada beberapa segiempat sama. Contohnya 10m x 10m. Tandakan piket di setiap persilangan yang membentuk segiempat sama. Titik-titik garis yang sehala di tandakan dengan titik A,B,C,D, dan seterusnya. Manakala, titiktitik garis hala lain (iaitu garisan yang menghala 90º dari garisan titik-titik A,B,C,D dan seterusnya ditandakan dengan titik 1,2,3 dan seterusnya. 1. 2. 3. 4.2 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN GRID DI ATAS PERMUKAAN BUMI 32


Diri siapkan alat aras di satu pepenjuru supaya semua tanda piket dapat dilihat. Dapatkan pandangan belakang daripada satu titik yang mana aras larasnya diketahui contohnya titik batu aras sementara. Ambil cerapan di semua titik dari A-A, A-1, A-2, A-3, . . . . , B-B, B-1, B-2, . . . , C-C, C-1, C-2, . . . dan F-5 sebagai A-A pandangan belakang, F-5 sebagai pandangan hadapan dan lain-lain titik sebagai pandangan antara. Pembukuan dilakukan dengan menggunakan kaedah tinggi garis kolimantan kerana keseluruhan bacaan yang dicerap merupakan pandangan antara. Jika kawasan terlalu luas pindahkan alat aras ke stesen seterusnya. Jadikan titik akhir cerapan sebagai titik pindah. Aras laras dihitungkan untuk setiap titik persilangan grid. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 4.3 LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN ARAS LARAS GRID 33


Rajah 4.1: Penandaan Kerja Ukur Kontur 4.4 PENANDAAN KERJA UKUR KONTUR 34


16 | ORGAN IC LIFESTYLE ORGAN IC MAGAZI N E ORGAN IC.COM 4.5 PEMBUKUAN KONTUR MENGGUNAKAN KAEDAH TINGGI GARIS KOLIMATAN Jadual 4.1: Pembukuan Kaedah Tinggi Garis Kolimatan Rajah 4.2: Plotan Bacaan Aras Laras Pada Grid 35


4.6 PENGIRAAN MEMPLOT KONTUR Pengiraan untuk membuat tentuantara boleh dibuat berpandukan kepada rajah dibawah dan rumus berikut. RUMUS PENGIRAAN KONTUR CONTOH PENGIRAAN Berdasarkan contoh pengiraan di sebelah, titik yang mempunyai aras laras 10.000 berada di atas garisan AB pada jarak 5.65m dari A. pengiraan ini dilakukan terhadap semua grid. Seterusnya bila semua titik tentuantara diperolehi garisan kontur dapat dilukis. 36


4.7 PENGIRAAN BAGI MENDAPATKAN TENTUANTARA 1. Menentuantara Garisan kontur ketinggian 10m 2. Menentuantara Garisan kontur ketinggian 11m 37


3. Menentuantara Garisan kontur ketinggian 12m 38


4.8 PEMPLOTAN KONTUR HASIL DARIPADA PENGIRAAN TENTUANTARA BAGI GRID Rajah 4.3: Plotan Kontur 39


Adli Redzuan Shaary, Jasmee Jaafar, Mohd Nasri Md Rani, Redzwan Misran, Roslina Idris, (2016). Asas Ukur Kejuruteraan. UiTM Abd Hamid Mohamed, (2000). Asas Ukur Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia. Kamaruzaman Abd. Rashid, Anuar Ahmad dan Shahidah Mohd Ariff,( 1993). Ilmu Ukur Untuk Jurutera. Universiti Teknologi Malaysia RUJUKAN 40


Alat aras Alat yang digunakan untuk menjalankan ukur aras Gelembung aras Gelembung udara yang digunakan untuk memastikan setaf didirikan betul-betul tegak Setaf Alat untuk mengukur jarak menegak di atas atau di bawah garis kolimatan. Piket Diperbuat daripada kayu dengan panjang lebih kurang 20 cm untuk tujuan penandaan stesen terabas kompas Pandangan Belakang Cerapan yang pertama diambil selepas alat aras didirisiapkan pada satusatu kedudukan atau bacaan setaf pertama yang diambil di atas satu titik yang diketahui ukuran tingginya Pandangan Hadapan Cerapan terakhir sebelum alat aras dipindahkan kepada kedudukan titik yang lain atau bacaan setaf yang diambil di atas satu titik di mana ukuran tingginya hendak ditentukan GLOSARI 41


Pandangan Antara Cerapan yang diambil di antara pandangan belakang dan pandangan hadapan Garisan Aras Garisan mendatar yang selari dengan permukaan ufuk bumi Aras Laras Jarak tegak titik di atas atau di bawah datum Had Tikaian Perbezaan nilai aras laras di antara aras laras yang dihitung dengan aras laras yang diketahui nilainya pada sesuatu titik Keratan memanjang Gambaran menunjukkan ketinggian permukaan bumi sepanjang garis tengah jalanraya, sungai dan sebagainya Keratan melintang Gambaran keratan daripada tanah dalam bentuk melintang dari kerja-kerja pengukuran Kaedah Grid Kaedah ukur aras yang digunakan untuk menghasilkan garisan kontur pada peta suatu kawasan Titik Pindah Titik kedudukan setaf di mana dua bacaan dibuat iaitu pandangan belakang dan pandangan hadapan diambil 42


PENULIS AFIDAH BINTI ALIAS PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU NOORULHUDA BINTI MUDA PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU ZAIMAH BINTI ISMAIL PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU


JAWATANKUASA PENULISAN PENAUNG : Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti PENASIHAT 1 : En. Mohd Noor bin Shahudin Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti PENASIHAT 2 : Dr. Norhayati binti Zakaria Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK PENGERUSI : Ts. Dr. Zamsalwani binti Zamri Timbalan Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK EDITOR DAN PENYELARAS : Ts. Rabeah binti Md Zin Cik Nurunnajahatun binti Zamzam Unit Kejuruteraan Awam dan Alam Bina Bahagian Kurikulum, JPPKK PENULIS : Pn. Afidah binti Alias Pn. Noorulhuda binti Muda Pn. Zaimah binti Ismail Kolej Komuniti Kuala Terengganu Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta semua pihak yang telah bekerjasama dalam penghasilan buku "TIPS AMALI UKUR ARAS" SEKALUNG PENGHARGAAN


AFIDAH | NOORULHUDA | ZAIMAH T I P S A M A L I U K U R A R A S


Click to View FlipBook Version