The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marlinahku, 2018-05-02 06:24:31

KARANGAN JENIS DIALOG

BAHASA MELAYU TAHUN 4

Keywords: 2211

KARANGAN JENIS DIALOG
TAJUK : RAHSIA MURID CEMERLANG

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU MARLINAH BTE BADONG
- BLOG CIKGU X-

Format Karangan Jenis Dialog
· Terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan

perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang

lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )
· seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu

panjang. Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu
ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah
tersebut.
· Format karangan ini

nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari

contoh :
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :

· Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
· anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan

“Encik”, “Tuan”, ataupun
“Makcik”
· pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.
· boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
· soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya,
memberi pendapat atau
pandangan.
· Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
· elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
· soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
· kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
· tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan
tanda tanya. ( ? )
· mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
· soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
· Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

Rahsia Menjadi Murid Cemerlang

Nur Iilya Maisarah sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.Pada suatu hari saya berpeluang menemuinya untuk
mengetahui tentang rahsia kecemerlangan dalam pelajaran.

Irfan : Apa khabar Iilya? sibuk nampaknya.
Iilya : Khabar baik. n Oh, saya sedang menyiapkan latihan yang cikgu Noraini suruh.
Irfan : Awak saya lihat selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Ingin tahu juga rahsia kejayaan awak.
Iilya : Di dalam kelas, ketika guru mengajar saya akan memberi sepenuh perhatian . Saya mengelak diri daripada berbual-bual

dengan rakan. Jika saya tidak faham, saya segera bertanya kepada guru.
Irfan : Apakah yang awak lakukan ketika di rumah?
Iilya : Di rumah saya akan membaca nota yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya membuat nota kecil untuk memudahkan

membaca di mana-mana sahaja.
Irfan : Bagaimana dengan buku-buku ulangkaji?
Iilya : Buku-buku ulangkaji sentiasa ayah saya beli. Saya akan membuat latihan apabila ada waktu terluang. Biasanya pada hari

minggu saya akan membuat ulangkaji di rumah.
Irfan : Awak ada mengikuti kelas tambahan di sekolah kah?
Iilya : Ya, saya ada mengikuti kelas tambahan dari jam 1.30 petang hingga jam 2.30 petang. Kelas tambahan dapat memberikan

kita banyak manfaat untuk membantu kita hadapi soalan-soalan dalam peperiksaan nanti.
Irfan : Oh begitu, saya akan buat seperti awak nanti Iilya. saya juga ingin cemerlang seperti awak.
Iilya : Terima kasih Irfan, kerana awak sudi berbual-bual dengan saya. Saya pasti awak juga akan cemerlang seperti saya jika

awak berusaha untuk mahu buat seperti saya.


Click to View FlipBook Version