The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE - 48 TAHUN 2022
SK HAJI WAN YAHYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norassikinzainal, 2022-05-10 00:58:27

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE- 48 2022 SK HAJI WAN YAHYA

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE - 48 TAHUN 2022
SK HAJI WAN YAHYA

1

Isi Kandungan

Bil Perkara

1. Sekapur sirih
2. Seulas pinang
3. Atur cara majlis
4. AJK PIBG 2020 /2021
5. Agenda Mesyuarat Agung.
6. Jawatankuasa Pengelola
7. Penghargaan / Catatan

2

1. SEKAPUR SIRIH

YANG DIPERTUA PIBG SK HAJI WAN YAHYA

Assalamualaikum w.t.b.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan
keizinan-Nya, kita dapat lagi bertemu di Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-48/2022. Sesungguhnya usia
persada PIBG sekolah kita telahpun menjangkau usia 48 tahun. Begitulah juga usia kematangan,
jatuh bangunnya sekolah kita dari dulu sehingga kini, ianya terletak di atas usaha, inisiatif dan
keterlibatan kita di dalam memberi segala sumbangan spiritual, moral dan kepercayaan kepada
organisasi sekolah. Segala-galanya biarlah lahir daripada ketulusan niat di hati serta komitmen yang
jitu demi untuk kepentingan masa depan anak-anak kita.

Di ruangan yang terhad ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PIBG sekolah ini yang telah sebegitu banyak
bersama-sama menyumbang bakti demi kepentingan sekolah dan anak-anak yang kita sayangi.
Sememangnya PIBG merupakan sebahagian ejen pelengkap kumuniti pendidikan ke arah mencapai
matlamat Pendidikan Negara. Ini terbukti melalui sumbangan dan kerjasama yang diberi setiap masa
bersama mengembeling usha keperluan demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan murid-murid
baik bidang kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Usha berterusan ini telah terbukti dengan
pencapaian murid kita mengekal dan mempertingkatkan pencapaian mereka yang cemerlang saban
tahun baik di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Semoga kejayaan ini akan dapat
kita pertahan dan teruskan sehingga mendapat pencapaian yang lebih baik lagi untuk tahun 2022
ini.

Kita adalah ejen pelengkap warga sekolah, bersama menampung menokok tambah yang
lemah, agar menjadi kukuh dan utuh. bukan perosak dan pemusnah. Segala isu dan cerita sekolah
adalah kebaikan dan kelemahan kita. Marilah kita sama-sama membaiki memperelokkannya. Oleh
itu, kita sebagai ibu bapa perlu lebih dan berperanan secara langsung menjadi pemangkin ke arah
pembinaan insan untuk generasi yang akan datang agar lebih berjaya lagi. Saya amat optimis dengan
adanya perpaduan, permuafakatan serta keprihatinan kita dalam persatuan ini bersama pihak
sekolah dan guru-guru sehingga mampu menjulang martabat anak-anak dan generasi kita ke arah
yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Berkat sokongan berterusan daripada semua pihak, saya percaya adalah tidak mustahil di
suatu masa nanti sekolah kita ini akan muncul sebagai salah sebuah sekolah yang berjaya setanding
dengan sekolah-sekolah yang ternama di negara ini.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita semua dipelihara Allah dari sebarang gejala
penyakit seperti covid -19 dan sebagainya. Saya mengucapkan salam muafakat bertoleran bersama
demi kejayaan SKHWY dan selamat bermesyuarat. Semoga segala usaha dan niat baik kita akan
diberkati oleh Allah s.w.t.

Sekian, wassalaamualaikum w.t.b.

……………………..…………….
(EN. ADNAN BIN AROB)
YDP PIBG
SK Haji Wan Yahya

3

2. SEULAS PINANG
PENASIHAT
PIBG SK HAJI WAN YAHYA

Assalamualaikum w.t.b.

Syukur alhamdulillah kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya, maka dapat juga kita berkumpul
bersua untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Haji Wan Yahya Kali ke-48 tahun 2022 dalam
suasana norma baharu walaupun masalah belenggu covid -19 masih berluasa, namun kita hendaklah
sentiasa mematuhi SOP dan langkah berjaga-jaga demi mengelak sebarang kemungkinan yng tidak
diingini. Saya berharap kita semua akan terus berusaha bersama-sama meningkatkan martabat PIBG yang
kita sayangi ini. “Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”. Semoga pepatah
ini dapat direalisasikan dalam persatuan kita dan sekolah khususnya dalam usaha kita ke arah
kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya ingin nyatakan bahawa sememangnya sokongan padu ibu bapalah merupakan penjana utama
kecemerlangan dan kejayaan anak-anak seperti tahun-tahun lepas dan diharapkan kerjasama ini kekal
berpanjangan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sementara itu pula, kecapaian dan kecemerlangan anak-anak kita dalam bidang ko-kurikulum juga

amat membanggakan baik peringkat sekolah, PKG dan Daerah Kubang Pasu. Pada tahun ini kita telah
mengikuti kejohanan olahraga peringkat PKG Kodiang, kita telah mendapat Johan Keseluruhan dengan
memperolehi 4 pingat emas , mendapat anugerah Olahragawan PKG dan Olehragawati PKG. Manakala
dalam sukan Sofbol peringkat daerah, kita juga telah berjaya mendapat Johan bagi Perempuan dan Naib
Johan bagi Lelaki.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Kajayaan kita bermulanya dari dalam. Oleh itu kita perlu wujudkan plan pembangunan insan demi
kecapaian kecemerlangan sekolah kita baik dalam Ujian UPSR, sukan, malah sahsiah dan peradabatinsan
perlu kita capaikan. Di samping itu, bagi mempertingkatkan lagi kejayaan murid, kita hendaklah
mempertingkatkan prestasi dan peratus kehadiran murid yang agak merosot. Hal ini akan mencalarkan
imejs sekolah. Pihak sekolah telahpun berusaha demi mengalakkan murid hadir ke sekolah terutamanya
melaui kempen ziarah caknai iaitu mengunjung ke rumah pelajar demi mendekatkan murid, keluarga dan
sekolah. Harapan kita agar kita dapat menyelesai dan engurangkan peratus ponteng sekolah ini.

Akhir kata, semoga Allah s.w.t. merahmati perjumpaan kita dan memberikan petunjuk dan hidayah
agar kita dapat sama-sama bertukar pandangan, menyusun strategi dan langkah terbaik untuk melahirkan
buah fikiran dan pendapat bernas demi kebaikan persatuan kita. Harapan semoga mesyuarat kali ini akan
memperolehi impak yang terbaik untuk kita semua. Semoga sedikit yang kita memberi, sebesar impak
diperolehi. Sesungguhnya, ibu bapa dan sekolah ibarat satu binaan, maka, marilah kita sama-sama
mengorak langkah seiring bagi mengukuhkan persatuan kita, ibarat dikata;
“ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “.

Selamat bermesyuarat.

Sekian, terima kasih.

……………………..........................
( EN. NORDIN BIN BAHARUM )
Guru Besar
SK Haji Wan Yahya

4

3. ATUR CARA MAJLIS

MASA ACARA

2.30 ptg Pendaftaran Ibu bapa

2.45 ptg Ketibaan Perasmi
3.00 ptg
3.30 Ptg - Nyanyian lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan Guru Besar
- Ucapan Perasmian

- Mesyuarat Agung PIBG

- Pemilihan AJK PIBG sesi 2022 / 23

4.30 ptg - Cabutan bertuah

5.00 Ptg - Bersurai

5

4. AJK PIBG 2020 / 2021

PENASIHAT : En. Nordin bin Baharom
YDP : En. Adnan bin Arob
NYDP : En. Fadrul bin Hashim
Setiausaha : En. Mohd. Zamri bin Abdul Razak
Naib S/u : Pn. Nor Assikin bt. Zainal
Bendahari : Pn. Norfazlin bt. Hassan

Wakil Ibu Bapa :
1. En. Mohamad Amran bin Azizan
2. En. Omar bin Mahamud
3. En. M. Nor Affendy M Desa
4. Pn. Khalijah bt. Nordin
5. Pn. Rosazlina bt. Salleh
6. Pn. Fairuz Hanim bt. Hasan

Wakil Guru :
1. En. Jamil bin Md Yusoh
2. En. Mohd. Zahir bin Abdullah
3. Utz. Mohd. Afif bin Roslan ( KAFA )
4. Pn. Maznah bt. Jaafar
5. Pn. Aida Shuhaila bt. Md Zain

6

5. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 / 2022

AGENDA 1. Ucapan Pengerusi.
AGENDA 2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Ke-

47/2021 yang lalu.
AGENDA 3. Perkara Berbangkit.
AGENDA 4. Membentangkan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir

pada 31 Disember 2021.
AGENDA 5. Laporan PIBG 2021
AGENDA 6. Membentang dan membahaskan usul-usul 2022 :

- Usul Ibu Bapa
- Usul AJK PIBG / Guru
- Usul Tergempar
AGENDA 7. Pemilihan AJK PIBG sesi 2022 / 23 dan
Juru audit.
AGENDA 8. Hal-hal lain.

-

AGENDA 9. Ucapan penangguhan.

7

Persatuan Ibubapa dan Guru 04.7946794
Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya
Batu 6, Jalan Sanglang, “ KEDAH GEMILANG”
06100 Kodiang,
Kedah Darul Aman.

Assalaamualaikum w.t.b.

Semua Ibu Bapa/ Waris /Penjaga 22 MAC 2022
SK Haji. Wan Yahya

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48 / 2022 SK HAJI WAN YAHYA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48/2022 SK Haji Wan Yahya akan diadakan seperti
ketetapan berikut;

Tarikh : 12 MEI 2022
Hari / Masa : KHAMIS : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Millenium SKHWY
Perasmian Oleh : En. Adnan Bin Arob, YDP PIBG,
SK Haji Wan Yahya,
3. Agenda mesyuarat :
Bt. 6, Jalan Sanglang,
06100 Kodiang,
Kedah.

3.1 Ucapan YDP.
3.2 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
3.3 Membentangkan dan menerima penyata kewangan yang berakhir 31.12.2021.
3.4 Membahaskan Usul-usul.
3.5 Pemilihan AJK PIBG sesi 2022 / 23
3.6 Memilih 2 orang Juruaudit.
3.7 Ucapan Penangguhan.
3.8 Lain-lain Hal.

4. Oleh itu, sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung hendaklah dihantar kepada Setiausaha selewat-lewatnya
pada hari Selasa 10 Mei 2022. Sila gunakan Borang Cadangan Usul yang dikembarkan bersama ini.

5. Tuan / Puan dijemput hadir mengikut SOP yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu,setiap keluarga hanya diwakili
seorang sahaja dan anak-anak kecil kecil tidak dibenarkan dibawa bersama. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi
menyempurna dan menyerikan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT BERBAKTI DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………….……..
(MOHD. ZAMRI ABDUL RAZAK)
Setiausaha PIBG SK.Haji Wan Yahya

......................................................................................................................................................

Nama Pembawa usul :…………………………………………………………………………..

Usul : …………………………….……………………………………………………….…………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

Nama anak di sekolah ini :……………………………………………………………………...

Tahap / tahun anak sekarang :......................................................
p/s: Sebarang usul hendaklah diserahkan kepada setiausaha PIBG selewat-lewatnya 210 Mei 2022 / Selasa.

8

AGENDA 2 :
LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 / 2021

SK HAJI WAN YAHYA

AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi.

1. En. Adnan bin Arob selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Agung
PIBG Kali – 47 2021 kali ini. Syukur di atas Rahmat dan RahimNya dapat juga melaksanakan program yang
dirancangkan walaupun disaat akhir diarahkan pihak berwajib untuk dilaksanakan di luar sekolah. Lantaran itu, kita
mengambil langkah selamat dan terbaik memilih masjid al Falah Bt. 6 sebagai tempat bermesyuarat kita kali ini
disamping harapan semoga semua ahli yang terlibat mematuhi sarranan menjaga dan mematuhi SOP disepanjang
perjalanan mesyuarat kali ini. Doa dan harapan semoga mesyuarat kita akan berjalan dengan lancar dan baik dan
dipelihara Allah dari segala musibah dan bahaya penyakit wabak yang melanda ini. Beliau juga merakamkan setinggi-
tinggi tahniah dan syabas kepada semua ahli di atas kometman dan kebertanggungjawaban semua ahli berkerja
keras sama-sama bergabung tenaga dengan pihak sekolah.

Makluman : semua AJK.

AGENDA 2 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.

2. En. Mohd. Zamri bin Abdul Razak selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG
Ke-47 pada 26 MAC 2021 yang lalu.

Disahkan oleh : En. Abdul Rahim bin Hashim Makluman : Semua AJK
Disokong oleh : En. Nazri bin Zainal. Tindakan: Setiausaha

AGENDA 3 : Perkara Berbangkit.

3. Tuan Penasihat mohon rujuk perkara 6.2.3. Menyatakan bahawa Sumbangan Tahunan PIBG boleh
dijelaskan setiap awal tahun persekolahan mulai bulan Januari setelah dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat
yang lalu.

Makluman : semua

AGENDA 4 : Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan 2021.

4. Pn. Norfazlin binti Hassan membentangkan Laporan kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Rujuk lampiran A.

Disahkan oleh : En. Nazri bin Zainal. Makluman : Semua ahli
Disokong oleh : En. Sofi bin Mahmud Tindakan : Bendahari

AGENDA 5 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2021

5. En. Adnan bin Arob membentang laporan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021. Rujuk
lampiran A.

Disahkan oleh : En. Nazri bin Zainal. Makluman : Semua ahli
Disokong oleh : En. Sofi bin Mahmud Tindakan : YDP

9

AGENDA 6 : Membentang dan membahaskan Usul 2021.

6. Usul waris:
Tiada.berkenaan.

7. Usul Guru dan AJK PIBG :
8. YDP mengusulkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menyumbangkan Teblet kepada
semua murid-murid sekolah bagi memenuhi keperluan pengajian mereka dengan baik bagi memajukan
pendidikan anak bangsa dan Negara kita.

9. AJK PIBG juga mengusulkan jumlah kutipan Sumbangan Tahunan PIBG akan dikekalkan sebanyak RM
60.00 ke atas seorang murid dalam satu keluarga dan RM15.00 kepada setiap murid seterusnya.
Contoh : Jika seorang anak sahaja bersekolah RM 60.00, dua orang RM 75.00, tiga orang
RM90.00.
Untuk makluman ahli, mulai tahun 2021 sebarang bayaran sumbangan PIBG hendaklah berurusan di
pejabat sekolah pada waktu pejabat.

10. PIBG menyatakan bahawa yuran sumbangan PIBG boleh dibayar bila-bila masa sepanjang tahun
pengajiaan sepertimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat agung tahun lalu. Notis penetapan kutipan
Sumbangan Tahunan PIBG SK.Haji Wan Yahya akan disenaraikan bersama di dalam notis jualan buku
yang diedarkan kepada murid di akhir tahun persekolahan untuk pembayaran sesi pembelajaran tahun
hadapan.

11. Panitia Pendidikan Islam mencadangkan untuk mewujudkan Wakaf keceriaan dan pengimarahan
surau Ar-Rahman untuk mencari dana kewangan bagi menambah baik segala prasarana keperluan surau
sekolah. Harapan panitia Pendidikan islam agar suatu hari nanti surau Ar-Rahman ini akan tercatat sebagai
surau cemerlang 5 bintang hendaknya.

12. AJK juga mengusulkan agar memohon sumbangan atau peruntukan bagi membaik pulihkan jalan
masuk ke kelas PPKI yang agak berlubang, serta becak jika musim hujan yang menyebabkan laluan utama
murid-murid yang hadir ke sekolah masuk melalui jalan ini agak sukar dan membahayakan.

13. Usul tergempar :
Tiada.

10

AGENDA 7 : Hal-hal lain.

14. Tuan Penasihat En.Nordin bin Baharum bersyukur kepada Allah kerana majlis Mesyuarat Agung
PIBG kali ini berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang walaupun mesyuarat kali ini berlangsung
di luar kawasan sekolah. Beliau juga bersyukur kerana segala program yang dirancang berjalan dengan
lancar dan baik. mendapat kepercayaan, keperihatinan dan sokongan yang penuh dari ibu bapa
terhadapnya bagi memimpin sekolah ini kemercu kejayaan dan kecemerlangan. Harapan beliau SKHWY
akan dapat meneruskan kecemerlangan baik kurikulum mahupun ko-kurikulum sekolah.

15. Pengerusi mencadangkan agar waris-waris yang ada kebolehan mengukir membuat ukiran arca
papan tanda „I Love SKHWY„ diletakkan di hadapan sekolah. Kos menempah di kedai agak tinggi
memandangkan kos keceriaan dan melengkapkan prasarana sekolah bukan dari sekolah, ianya dari
sumbangan pihak luar kepada kita.

16. En. Nazri bin Zainol mencadangkan agar alat pengimbas suhu digital digunakan menggantikan yang
biasa. YDP menerima cadangan namun perlu melihat bajet kewangan PIBG terlebih dahulu.

17. En. Hasrin bin Hasim mencadangkan agar tapak parking kereta dihadapan sekolah diperluaskan
dengan menambak batu di bahu jalan memandangkan kesesakan akan berlaku terutama waktu kemuncak
semasa waris menghantar dan mengambil anak-anak sekolah, berlaku kesesakan dan gangguan jalan raya
yang amat sangat.

Selain itu beliau juga mengharapkan agar waris-waris yang berkereta meletakkan kereta agak jauh sedikit
dari pintu pagar sekolah bagi memberikan ruang kepada motorsikal dan kenderaan guru untuk masuk ke
sekolah.

18. Pn. Zanorwati bt. Drahman selaku PK KO memaklumkan tentang perjumpaan aktiviti kokorikulum
atas talian (online) memandangkan perjumpaan bersemuka tidak digalakkan. Mohon waris isi kehadiran
anak-anak sebaiknya bagi memenuhi target sekolah mencapai A dan B prestasi terbaik 15 kali untuk
kputusan yang baik.

19. Pn. Raihana bt. Abdul Radzi PK HEM mengharapkan agar waris-waris menghubungi pihak sekolah
jika anak tidak hadir ke sekolah berserta sebab-sebab tidak hadir, jika tidak dianggap ponteng. Waris perlu
menghubungi sekolah sebelum jam 9.00 pagi kerana guru perlu mengisi kehadiran murid di dalam APDM.

20. En. Nazri bin Zainol mencadangkan agar pihak sekolah meminta pihak berkuasa (JKR) membina
bonggol jalan di depan sekolah kerana kenderaan yang lalu lalang agak laju. Selain itu kedapatan sikap
segelintir waris yang menghantar anak ke sekolah agar lebih berhati-hati dan berdisiplin semasa memandu
kenderaan dihadapan sekolah demi keselamatan bersama.

21. En. Amran bin Man mencadangkan diberikan sedikit saguhati kepada para petugas sukarela Guard
yang berkhidmat secara sukarela kepada sekolah dan kepentingan waris serta murid-murid.

22. Pn. Kholijah bt Nordin mencadangkan agar pihak sekolah memohon kepada pihak berkuasa (JKR)
memasang lampu jalan di hadapan sekolah yang agak kabur dan gelap serta membahayakan murid-murid
terutama semasa awal pagi datang ke sekolah.

11

Agenda 8: Ucapan Penangguhan.

23. YDP PIBG, En. Adnan bin Arob merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan
semua ahli, malah barisan kepimpinan PIBG mengalu-alukan sebarang cadangan dan saranan dari waris
bagi perkongsian bersama demi membina maju kecemerlangan sekolah ini. harapan beliau juga agar lebih
ramai sukarelawan waris hadir bersama membantu komuniti sekolah menganjurkan aktiviti bersama
sekolah.Terima kasih juga kepada tuan Imam dan ajk Masjid al-Falah, Batu 6, di atas kesudian
membenarkan mesyuarat Agung PIBG kali 47 tahun ini diadakan di sini.

24. Penasihat juga turut merakamkan rasa berbesar hati di atas kesudian para ibubapa meluangkan
masa menghadirkan diri ke mesyuarat Agung PIBG kali ini, juga kepada tuan imam Masjid al-Falah Batu 6
dan AJK di atas kerjasama yang diberikan demi menjayakan majlis ini. Sesungguhnya amat besar jasa dan
sumbangan pihak waris dan masjid ini demi menjayakan program yang kita rancangkan ini berjalan dengan
lancar dan jayanya. Mohon maaf jika sekiranya ada kekurangan dan kesilapan bagi pihak sekolah
disepanjang perjalanan mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 ini. Semoga dilain kesempatan kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.

Makluman : Semua ahli.

Majlis diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifa’rah dan surah al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Minit telah dicatat oleh :

1: Pn. Norfazlin bt. Hassan.
2: Pn. Hasniza bt. Harun

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………….…………. ……………………………
MOHD. ZAMRI BIN ABDUL RAZAK ) ( EN. ADNAN BIN AROB )
Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG

SK Haji Wan Yahya SK Haji Wan Yahya

Disahkan oleh :

………………………………
( NORDIN BIN BAHARUM )
GURU BESAR
SK Haji Wan Yahya

12

Lampiran A

Agenda 4 : Laporan Kewangan PIBG

PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK HAJI WAN YAHYA 2021

TARIKH PENYATA JUMLAH TARIKH PENYATA PERBELANJAAN JUMLAH
31/12/2021 PENDAPATAN (RM) 09/02/2021 (RM)
30/03/2021 SIMPANAN 22/03/2021 COP RASMI PIBG, SETIAUSAHA 24.00
08/10/2021 BIASA 12,869.94 22/03/2021 DAN BENDAHARI
BAKI 4,173.00 22/03/2021 KUDAPAN MESYUARAT AJK KALI 90.00
DITANGAN 2,831.00 PERTAMA
CENDERAMATA YDP MESY 50.00
SUMBANGAN AGUNG 100.00
125.00
SAGUHATI MASJID 600.00
457.00
24/03/2021 BANNER MESYUARAT AGUNG
450.00
30/03/2021 BELIAN PRINTER PSS 350.00
04/04/2021 2,246.00
06/05/2021 BAYARAN KANTIN MESYUARAT
29/09/2021 AGUNG

SUMBANGAN MURID
CEMERLANG KOKU (sofbal)

PROGRAM MAWAR

PERBELANJAAN

BAKI TERKINI 17,627.94

19,873.94 19,873.94

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
.............................................. ...................................... ...............................
(NORFAZLIN BIN HASSAN) (HASHIM BIN HASSAN) (ZAMRI BIN DESA)
Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-kira I Pemeriksa Kira-kira II

13

Lampiran B

AGENDA 5. Laporan Tahunan PIBG :

5.1. Aktiviti Tahunan PIBG 2021:
Berikutan berlakunya wabak covid -19 dunia telah menjejaskan proses
pembelajaran murid secara berdepan bagi seluruh negara, lantaran itu banyak
program dan aktiviti PIBG yang PIBG rancang tidak dapat dilaksanakan seperti
tahun yang lalu. Namun, PIBG tetap berdiri kukuh bersama warga sekolah bagi
berkerjsama menghadapi wabak ini demi kepentingan bersama.

5.2. Kemudahan / Aset PIBG:
i. 200 kerusi dan 10 biji meja.
ii. Set PA Sistem. - 1 set 2 spiker besar.
iii. Tong Ais minuman - 2 biji.
iv. Blender Panasonik – 2 biji
v. Cerek Elektrik Nasional – 1 biji
vi. Tikar Plastik biru – 4 keping (10x15=2, 18x20=2).

vii. Gelas Plastik - 60 biji.
viii. Kerusi plastik biru - 40 biji.
ix. Meja plastik - 10 biji.
x. Khemah 20 x 20 - 3 biji.

14

AGENDA 6. Membentang dan membahaskan usul-usul 2022

6.1. Usul waris:
Tiada.berkenaan.

6.2. Usul Guru dan AJK PIBG :
6.2.1. Tiada.

6.3. Usul tergempar :

AGENDA 7. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2022 / 2023

PENASIHAT : …………………………………………

YDP : ................................................................
NYDP : ………………………………………….
Setiausaha : ……………………………………….…
Naib S/U : ……………………………………….…
Bendahari : ……………………………………….…

AJK Wakil Ibu Bapa :
1. …………………………………………
2. …………………………………………
3. …………………………………………
4. …………………………………………
5. …………………………………………
6. …………………………………………

15

AJK Wakil Guru :
1. …………………………………………
2. …………………………………………
3. …………………………………………
4. …………………………………………
5. …………………………………………

Juru Audit :

i: Dalaman : En. Zamri bin Desa.
ii: Waris : En. Hashim bin Hassan.

AGENDA 8: Hal-hal lain.
AGENDA 9 : Ucapan penangguhan .

16

TARIKH 6. JAWATANKUASA PENGELOLA
MASA
TEMPAT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2022
PENASIHAT
PENGERUSI : 12 MEI 2022 ( KHAMIS )
TIMBALAN PENGERUSI : 2..30 Petang
NAIB PENGERUSI 1 : DEWAN MILLENIUM SK HAJI WAN YAHYA
NAIB PENGERUSI 2 : En Nordin bin Baharum (Guru Besar)
SETIAUSAHA : En Adnan bin Arob (YDP PIBG)
NAIB SETIAUSAHA : En Fadrul bin Hashim (NYDP)
BENDAHARI : Pn Zanorwati binti Drahman
: Pn Raihana binti Abd Radzi
: En Mohd Zamri bin Abd Razak (PIBG)
: Pn Nor Assikin binti Zainal
: Pn Norfazlin binti Hassan

PENYAMBUT TETAMU JAWATANKUASA
1. Barisan Pentadbir
CENDERAMATA
PROTOKOL DAN SAMBUTAN 1. Pn Norchakina bt. Mohd Noh
1. Pn. Masitoh Bt. Ismail 2. Pn. Aida Suhaila bt. Md Zain
2. Pn Fatimah Sham binti Ishak
JEMPUTAN WARIS
1. En Mohd Zamri bin Abdul Razak
2. Pn Ku Nor Aisyah binti Ku Chin

PENDAFTARAN JAMUAN
1. Cik Siti Nursyiqah binti Rozali 1. Pn Hanitunlizah binti Hassan
2. Pn Nor Azliza binti Ismail 2. Pn Nor Sobah binti Che Man
3. Pn Sopiah binti Abdul Wahab 3. Pn Azizah binti Abd Mokhtar
4. Guru KAFA 4. Pn Aida Suhaila binti Md Zain
5. Pn Fauziah binti A.Rahman
6. Pn Munirah binti Halim

PENGACARA MAJLIS SERANTA / BANNER
1. Pn Ku Nor Aisyah binti Ku Chin Cik 1. En Mohd Isa Bin Mt Arob
2. Cik Sh Nurulhidayah binti Syed Hassan 2. Pengawal Keselamatan

PERSIAPAN DEWAN PENCATAT MINIT
1. En Jamil bin Md Yusoh 1. Pn Roshila binti Hashim
2. En. Mohd Fahmi bin Fisol 2. Cik Ummul Hani binti Mohd Shakir
3. En Mohamad Zahir bin Abdullah
4. En Zamri bin Desa
5. Pekerja Kebersihan

PERSIAPAN PENTAS DOKUMENTASI
1. Pn. Munira binti Mustafa 1. Pn Maznah binti Jaafar
2. Cik Nor Sharkila binti Saad
3. Pn Rohana binti Hashim FOTOGRAFI
2. En Mohd Isa bin Mt Arob
BUKU PROGRAM
1. Pn Nor Assikin binti Zainal JEMPUTAN WARIS
2. En Mohd Zamri bin Abdul Razak 1. En Mohd Zamri bin Abdul Razak
2. Pn Ku Nor Aisyah binti Ku Chin
BACAAN DOA
En Mohd Zamri bin Abdul Razak KEBERSIHAN
Pekerja Kebersihan dan Semua Guru

17

SEKALUNG BUDI
TINTA EMAS DI TEMPA

Semua warga
SK Haji Wan Yahya dan
AJK Mesyuarat Agung PIBG
merakamkan jutaan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada;
Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman
Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

Para Tetamu dan Jemputan Khas
Guru-guru SK Haji Wan Yahya

Pengusaha Kantin Sekolah
Para Dermawan
Serta

Semua Yang Terlibat Secara langsung atau Tidak Langsung
Dalam Menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun 2022

Jasa anda semua tidak mungkin kami lupakan…
Terima Kasih…

18

CATATAN :

19

20


Click to View FlipBook Version