The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiqah Izzati, 2024-03-18 22:45:36

Tarian Tradisional

Tarian Tradisional

Tarian Tradisional AKTIVITI 3


Tarian Tradisional Melayu Zapin Tarian zapin yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut pukulan merupakan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang dikenali sejak kurun lamanya. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara. Pada awalnya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum wanita juga turut serta bagi menjadi pemanis dalam tarian tersebut.


Makyung Mak Yong sebenarnya adalah tarian sambil berlakon. Mak Yong merupakan tarian Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya. Pelakonnya terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau ' peran '. Lahirnya keadaan begini kerana Mak Yong merupakan hiburan bagi permaisuri-permaisuri dan puteri-puteri raja. Oleh kerana bimbang mereka ini akan jatuh hati kepada pelakon-pelakon Mak Yong semasa raja atau pembesar-pembesar meninggalkan istana untuk menjaga keselamatan negeri dan lain-Iain tugas di luar istana, maka pelakonnya terdiri daripada perempuan belaka.


Tarian Tradisional Cina Bagi masyarakat Cina, Naga merupakan satu simbol dan menjadi unsur penting dalam budayanya. Hal ini kerana 'Naga Cina ' melambangkan kebijaksanaan, kekuasaan, kekayaan dan dipercayai membawa tuah. Menurut kepercayaan Cina, hujan tidak turun dalam tempoh yang lama pada suatu ketika dahulu sehingga masyarakat mempersembahkan tarian naga agar turunnya hujan. Bukan sahaja bagi memohon hujan turun malah ia juga merupakan salah satu cara untuk berdoa agar mengelakkan serangan serangga pada tanaman. Tarian Naga


Tarian Tradisional India Kathakali memaparkan solekan dan persalinan yang berwarna-warni tetapi sangat rumit yang memakan masa berjamjam. Solekan penari menggunakan pes tepung beras dan pewarna diperah dari sayur-mayur[ untuk mengenal pasti jenis watak yang dipersembahkan. Kathakali


Click to View FlipBook Version