PENGENALAN Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah khalifah yang meneruskan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai ketua dan pemerintah negara serta mengatur semua urusan berkaitan pentadbiran negara selepas kewafatan Rasulullah SAW. Saidina Uthman bin Affan merupakan khalifah ketiga setelah Umar bin Khattab meninggal dunia. Khalifah Umar yang telah ditikam sempat memilih 6 orang sahabatnya iaitu Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Ali Bin Abu Talib, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Abu Waqqas sebagai calon khalifah melalui proses musyawarah. Abdurrahman bin Auf selaku ketua dewan syura, melakukan musyawarah dengan anggota yang lain untuk memilih dua orang calon khalifah. Akhirnya pemilihan tersebut tertumpu kepada Uthman Bin Affan dan Ali sahaja setelah calon yang lain menarik diri. Dengan kebijaksanaannya sebagai pengerusi pemilian, Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan tinjauan dari kalangan sahabat dan umat Islam dan mendapati bahawa Uthman lebih popular disebabkan ciri dan sifat Uthman sebagai pemimpin yang lembut, bertoleransi, pemaaf, mudah berbicara dan mendapat sokongan penuh dari kalangan keluarganya iaitu Bani Umayyah. Dengan itu, beliau telah dilantik sebagai khalifah umat Islam yang ketiga. Pada zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lainlain lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam. Saiyidina Uthman Bin Affan R.A telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan setelah kewafatannya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula
meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi wahai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu”. BIODATA SAIDINA UTHMAN Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai. Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummaiyah. Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma. Sayidina Uthman bin Affan r.a adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke Madinah." Beliau digelarkan sebagai “Zin nurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah SAW telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak 7 kali lagi selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha.
Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra yang ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a. SUMBANGAN DAN SEJARAH PENTADBIRAN Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam yang mana berlaku pada 6 tahun pertama, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-Kubra” iaitu zaman huru hara yang berlaku 6 tahun berikutnya. ZAMAN KEAMANAN DAN KEAGUNGAN ISLAM Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan memperkembangkan Islam antaranya ialah : 1) PENULISAN AL-QURAN Pada masa pemerintahan beliau, Islam telah berkembang dengan meluas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain kawasan seperti Armenia dan Khurasan. Umat Islam di wilayah wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut cara bacaan para sahabat yang masyhur seperti kaedah bacaan Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan lainlain. Oleh sebab itu, berlaku perbalahan yang hebat telah berlaku pada tahun 25 hijrah mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan Al-Quran. Justeru itu, Saidina Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Ketika ahli-ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas, beliau memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan Al-Quran hendaklah berdasarkan bacaan Qurra’. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang Quraisy kerana AlQuran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Sebuah mushaf untuk beliau dinamakan “Mushaf-al Imam” dan mushaf yang lain dikirimkan yang lain ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Seorang imam(qari) yang adil dan mutqin di dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Selepas itu, beliau memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis sebelum ini dibakar dan dilupuskan. 2) PERLUASAN WILAYAH ISLAM
Kegemilangan pemerintahan Khalifah Uthman bermula dengan pembukaan wilayahwilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah-wilayah lain yang berjaya ditawan ialah Cyprus, Afghanistan, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut. Wilayah Libya, Algeria, Tunisia dan Maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Kawasan dan wilayah Islam yang luas ini telah mengangkat empayar Islam sebagai sebuah empayar dan kuasa baru yang lebih besar dibandingkan dengan empayar empayar Byzentine dan Parsi. Dalam pentadbiran wilayahnya, beliau mengekalkan bentuk pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar dengan melantik gabenor dan pegawai untuk menguruskan pentadbiran di wilayah-wilayah Islam. 3) BIDANG KETENTERAAN Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini. 4. Menyebarkan Dakwah Islam Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.
AL-FITNAH AL-KUBRA (ZAMAN FITNAH) Kebanyakan fitnah pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Tsaba’ iaitu seorang Yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam menentang Islam dari dalam di mana dia telah memainkan peranan dalam mencari pengaruh dengan cuba menguasai dan menghasut penduduk di tiga buah negeri utama iaitu Basrah dan Kufah di Iraq serta penduduk Mesir. Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah Saidina Uthman ra hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhantuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rejab. Saidina Ali bin Abi Thalib bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka, "Uthman telah membakar mushaf-mushaf, solat tidak diqasar sewaktu di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pejabat dari kalangan generasi muda. Dia juga mengutamakan segala kemudahan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain." Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, "Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku." Saidina Ali ra menjawab, "Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun solat yang tidak diqasar sewaktu di Makkah, adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu solatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternak unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat kakitangan dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga."
Setelah mendengar penjelasan Ali ra, umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan perancangan jahat mereka. Di antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu dari pada sababat termuka yang memburuk-burukkan Saidina Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh. Fitnah kejipun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, sebelumnya Saidina Uthman terkepung selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan "Al-Fitnah al- Kubra" yang pertama, sehingga memecah belahkan persatuan umat Islam. Saidina Uthman ra telah mati dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya pada tahun 35 Hijrah, bersamaan dengan tahun 656 Masihi. Pemerintahannya mengambil masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. HADIS BERKAITAN PERPECAHAN UMAT َرةَ قَا َل َرْي ِبي هُ َ َحِ د ُث َع ْن أ ِبي يُ َ ِن َع ْجََل َن قَا َل َسِم ْع ُت أ َنا َي ْحَيى َع ِن اْب َََّدثَ َج ْه ُل ْ ْظ َهَر ال َوَي ُم ْ ِعل ْ َب َض ال َحتَّى يُقْ ََل تَقُو ُم ال َّسا َعةُ َ م َّ ْي ِه َو َسل َّى ََّّللاُ َعلَ َصل قَا َل قَ ْت ُل َر ُسو ُل ََّّللاِ ْ َهْر ُج قَا َل ال ْ َهْر ُج قِي َل َو َما ال ْ َر ال َوَي ْكثُ Maksudnya : “Telah menceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu 'Ajlan aku mendengar bapakku menceritakan dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga ilmu dicabut, kebodohan merajalela dan banyak bermunculan al harj, " para sahabat bertanya, "Apa itu al harj?" Beliau bersabda, "Pembunuhan." Hadis ini menjelaskan maksud al-Harj yang merujuk kepada pembunuhan yang berlaku pada masa tertentu dan di antara sebabnya adalah tersebarnya kebodohan serta hilangnya ilmu. Gambaran pertama hadis ini merujuk kepada kejahilan yang jelas berlaku bermula pada penghujung pemerintahan kerajaan Uthmaniyah iaitu apabila hampir tiada yang mampu membaca dan menulis sehingga mencapai kemuncak kepada kejahilan manusia. Pada ketika itu hanya sedikit yang mendirikan solat dan hampir tiada yang boleh membaca al-Quran, sebelum umat Islam mula bangkit kembali serta ajaran Islam mula berkembang. Gambaran pembunuhan pula merujuk kepada banyaknya pembunuhan sehingga seseorang itu akan membunuh seseorang yang lain tanpa mengetahui sebab dia membunuh dan bagi yang dibunuh juga tidak mengetahui kenapa dia dibunuh. Perkara ini merujuk kepada
pembunuhan tanpa niat yang kukuh. Dalam situasi ini berkemungkinan pembunuh juga hanya berperanan sebagai tukang bunuh yang diupah dengan nilai tertentu. Hadis ini juga dapat dikaitkan dengan peristiwa kewafatan Uthman yang mana beliau dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang jahil disebabkan mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah yang dilontarkan terhadap Saidina Uthman yang mana Mereka telah mengepung rumah Uthman yang berpunca daripada fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ untuk memecah belahkan umat Islam. PENUTUP Khalifah Uthman bin Affan sememangnya seorang khalifah yang sangat bertanggungjawab dalam menunaikan tanggungjawab sewaktu pemerintahannya. Pemerintahannya selama 12 tahun itu boleh dikatakan penuh dengan sumbangan yang diberinya terutamanya di dalam agama Islam dan wilayah yang diperintahnya. Beliau banyak menderma untuk Islam sebelum beliau menjadi khalifah. Tidak hairanlah mengapa beliau digelar seorang yang dermawan walaupun beliau sememangnya lahir dalam golongan yang kaya raya namun beliau tidak kedekut dan berkira dalam menderma. Seterusnya Khalifah Uthman sememangnya seorang khalifah dan pemmpin yang mementingkan rakyatnya. Beliau sentiasa bertanya khabar, memberi kemudahan dalam mengerjakan haji dan membina hubungan yang baik dengan pemimpin di bawah jajahan Islam. Ini membuktikan walaupun Saidina Uthman seorang yang mempunyai jawatan yang tinggi, namun beliau tetap merendah diri di khalayak ramai. Sikap rendah diri Saidina Uthman inilah yang harus kita ambil contoh supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disukai rakyat mahupun orang luar. Terdapat kata-kata yang diucapkan oleh Saidina Uthman sewaktu beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata ini diucapkan pada khalayak ramai tentang peringatan kita terhadap duniawi dan akhirat. Saidina Uthman berkata:"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kehidupan kamu di dunia ini hanya sementara. Akhirat juga yang kekal abadi. Oleh itu hendaklah kamu merebut peluang semasa hidup ini dengan membuat kebajikan. Ketahuilah yang dunia ini penuh dengan tipu daya. Oleh itu jangan kamu tertipu dengan kemewahan dan kenikmatan hidup. Contohi orang yang terdahulu daripada kamu. " Melalui kata-kata Saidina Uthman ini dapat disimpulkan bahawa Saidina Uthman tidak lupa akan tanggungjawabnya untuk memperingati umat Islam. Kata-kata ini juga boleh dijadikan peringatan untuk kita
sebagai golongan akhir zaman yang kini ramai mengejar harta di dunia sahaja malah sering mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Walaupun Saidina Uthman dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri, beliau masih beribadat kepada Allah SWT. Ini menunjukkan Saidina Uthman tidak gentar dengan halangan yang dihadapinya walaupun melibatkan nyawanya sendiri. Beliau bersolat serta berzikir kepada Allah SWT. Sifat inilah yang harus dicontohi oleh setiap umat Islam supaya kita menjadi seorang yang dicintai Allah. Oleh itu Saidina Uthman merupakan seorang khalifah yang boleh dijadikan contoh di dalam kehidupan seharian kita kerana beliau banyak berakhlak mulia dalam hidupnya sepanjang hayat walaupun di saat-saat kewafatannya.
RUJUKAN 1) Khalid Muhammad Khalid. Dr. (2009). 133 Wira Terbilang di Zaman Rasulullah SAW, terjemahan. Batu Caves:Al-Hidayah Publications. 2) Mahmud Syakir. (2004). Biografi Gemilang Uthman bin Affan, terjemahan:Jasmine Enterprise. 3) Abdul Latip Talib. (2010). Khalifah-khalifah yang Benar. Batu Caves:PTS LITERA Sdn. Bhd. 4) Al Khalili, S. (2016). Nilai-nilai pendidikan islam dalam kepemimpinan Khalifah'Uthman Ibn'Affan (Doctoral dissertation, STAIN Ponorogo). 5) Hanapi, M. S. KAEDAH PENGURUSAN PERPECAHAN BERTERASKAN ISLAM: ANALISIS PERPECAHAN PASCA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN. PROSIDING, 100.