SISTEM POLITIK DALAM ISLAM SISTEM POLITIK DALAM ISLAM TUGASAN 1 MPU 3092 PENDIDIKAN ISLAM ROBIATUL ADAWIYAH BINTI SAIDIN PISMP JUN 2021 (BM1) ROBIATUL ADAWIYAH BINTI SAIDIN PISMP JUN 2021 (BM1)
SENARAI KANDUNGAN 1 Penghargaan 2 Syarat Perlantikan Ahlul 3 Halli Wal Aqdi Syura dalam Pentadbiran 4 Rasulullah dan Sahabat 5 Kesimpulan Konsep Kepimpinan Dalam Islam
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Segala puji ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyempurnakan penulisan buku digital Sistem Politik Dalam Islam bagi subjek Pendidikan Islam (MPU3092). Rasa syukur dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah bimbingan iaitu Dr. Ismaliza Binti Ismail yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar yang sepatutnya kepada saya. Oleh yang demikian, saya telah mendapat bimbingan yang baik berkaitan teknik penulisan buku digital yang berkualiti. Beliau juga telah memberi pendedahan kepada saya tentang cara untuk mencari maklumat yang sahih dan jelas. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu saya sekiranya terdapar perkara yang tidak saya fahami dan keliru. Mereka juga menjadi pembakar semangat kepada saya untuk menyempurnakan tugasan penulisan buku digital ini dengan mewujudkan suasana daya saing yang sihat. Akhir sekali, saya amat berterima kasih juga kepada keluarga dan pihak IPG Kampus Kota Bharu yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberi dorongan dari aspek kemudahan dan motivasi. Disebabkan kerjasama semua pihak, maka terimalah hasil karya dan penulisan digital 'Sistem Politik Dalam Islam'.
KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM 2 PERKARA
2.1 Definisi Kepimpinan dalam Islam Berpandukan Dalil Islam merupakan agama yang tidak merangkumi ibadah khusus, tetapi juga merangkumi satu sistem hidup yang melibatkan ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. (Az Zuhaili dan Wahbah, 1996) erdasarkan kenyataan tersebut, kepimpinan Islam melibatkan susun atur organisasi yang lengkap dan sempurna. Disebabkan itu, Al Quran banyak membicarakan berkaitan perlantikan khalifah, ketua dan organisasi kepimpinan Islam. Perkara ini dapat dibuktikan melalui dalil firman Allah S.W.T dalam surah Al Furqan dan An Nisa'. 'Dan jadikanlah kami sebagai imam (pemimpin) bagi orang-orang bertaqwa.' (Al Furqan, 25:74) 'Taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul dan para ulul amri diantara kalian.' (An Nisa' 4:59) Dalil tersebut telah menunjukkan bahawa Islam amat mengangkat kedudukan pemimpin dan mementingkan peranan seorang pemimpin dalam sesebuah struktur organisasi. Oleh itu, pemimpin juga memiliki istilah khusus dalam Al Quran dan hadis seperti khalifah, al amir, imamah dan ulul amri. B
2.2 Definisi Kepimpinan dalam Islam Berpandukan Pandangan Ahli ara Mujtahid membincangkan bersama berkaitan kepentingan perlantikan pemimpin dari sudut agama Islam. Beberapa perbincangan telah dicatat daam bentuk penulisan. 'Kesepakatan ulama' berpendapat bahawa wajib adanya umat Islam memiliki seorang imam (khalifah) yang akan mengangkat syiar dan dakwah Islam serta membantu golongan lemah yang tertindas.' (Syaikh Abdurrahman Al Jaziri, 1990) Kesepakatan ulama' ini menunjukkan bahawa perlantikan khalifah merupakan keperluan dalam memastikan pembentukan masyarakat Islam yang sejahtera. Oleh itu, ahli pemikir Islam Al Mawardiy menetapkan beberapa kriteria pemimpin Islam yang berteladan bagi memastikan keperluan perlantikan khalifah dapat dilaksanakan dengan baik. 'Al Mawardiy telah memberi pandangan bahawa pemerintah mestilah mentadbir dan mengurus negara berdasarkan petunjuk-petunjuk Al Quran dan As Sunnah. Antara sifat pemimpin yang ditekankan dalam kitab beliau ialah adil, bertanggungjawab, berilmu, sihat jasmani dan emosi, cerdas dan berani.' (Ahmed Abdul Malik, 2020) Oleh yang demikian, kepimpinan dalam Islam menurut para ahli adalah penting dengan berpandukan kriteria yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin merangkumi perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi dan Amalan Syura. P
SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN AHLULHALLI WAL AQDI MENURUT SARJANA ISLAM 3 PERKARA
hlul Halli Wal Aqdi boleh digelarkan sebagai orang memiliki hak dan kuasa seperti seorang ketua dan pemimpin. Oleh sebab itu, khalifah dan ulul amri menjadi gelaran yang sinonim dengan Ahlul Halli Wal Aqdi. Ahlul Halli Wal Aqdi ini merupakan golongan yang berkecimpung dengan rakyat dan politik setelah diberi kepercayaan untuk mengetuai pemilihan khalifah. Mereka sering menerima pendapat wakilnya dengan melihat kepada rasional, konsekuensi, adil dan taqwa. (Abdul Karim Zaidan, 2000) Pernyataan di atas membuktikan keududukan Ahlul Halli Wal Aqdi dalam pemerintahan Islam iaitu orang yang berpengaruh demi kepentingan rakyat dengan mengangkat suara rakyat dalam perjuangan hak dan kebajikan terutama dalam pemilihan ketua negara. Disebabkan itu, organisasi Ahlul Halli Wal Aqdi perlu memiliki beberapa kriteria yang ditetapkan berdasarkan pandangan sarjana Islam bagi memastikan sistem politik Islam lebih mencapai kestabilan dan berstruktur dengan penekanan syarat perlantikan bagi peranan tersebut. A amai sarjana Islam yang memberikan pendapat serta pandangan mereka berkaitan syarat perlantikan Ahlul Hall Wal Aqdi melihat kepada peranan besar mereka dalam sistem politik Islam. Antaranya ialah Ahli A'rif Islam iaitu Imam Al Mawardi dan Al Allamah Dr. Rawwas Qal'ah Ji. Imam Al Mawardi telah menetapkan syarat khusus perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi iaitu berpandukan 3 kriteria. R 1 2 3 Adil Berpengetahuan Arif yarat khusus perlantikan yang pertama iaitu adil. Jika melihat kepada peranan Ahlul Halli Wal Aqdi ini, sikap adil perlu wujud dalam seorang khalifah terutama sebagai individu hadapan yang bergerak dalam pemilihan pemerintah negara kerana banyak perkara yang perlu ditimbang tara terutamanya dalam membuat keputusan. S
Oleh sebab salah satu cara pemilihan ketua negara adalah melalui Ahlul Walli Wal Aqdi, maka ahli penasihat ini mestilah memiliki sikap yang adil dan sentiasa rasional dalam memberi kata putus dan pilihan. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi mengelakkan berlaku masalah seperti deskriminasi, korupsi, penindasan dan banyak lagi semasa proses pemilihan ketua negara yang akhirnya mampu menggugat kestabilan politik Islam. 'Kekuasaan politik bersumberkan kepada rakyat dan secara eksekutifnya melalui penyerahan kuasa perlantikan pemerintah kepada individu mahupun pihak tertentu (H.Kaedenun, 2019) Pernyataan ini menunjukkan bahawa anggota Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah memiliki sifat adil kerana boleh berlaku penyerahan kuasa pemilihan pemerintah kepada mereka. yarat khusus yang kedua ialah berilmu pengetahuan. Perkara ini merujuk kepada golongan yang berkuasa dalam sesebuah struktur pemerintahan mestilah individu yang celik ilmu dan mengetahui banyak perkara terutama dalam bidang politik. Sebagai penasihat politik golongan Ahlul Halli Wal Aqdi ini perlu memiliki kriteria berpengetahuan luas. Masyarakat yang diketuai oleh mereka yang cetek ilmu akan sentiasa bangga dalam kebatilan S
Ahlul Halli Wal Aqdi juga terdiri daripada golongan tabi'in, cendekiawan, agamawan dan ahlul fikr. Maka golongan ini dipercayai oleh masyarakat memiliki pengetahuan yang luas berkaitan agama dan politik. Seseungguhnya ilmu merupakan tunggak dalam cara hidup politik yang baik. Golongan yang berpengetahuan juga akan menggerakkan politik berpandukan Al Quran dan As Sunnah serta mampu menjadi penasihat politik yang berpendidikan dalam proses pemilihan ketua pemimpin kelak. 'Apakah hukum Jahilliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada hukum Allag bagi mereka yang yakin (Al Maidah :50) Ayat Al Quran tersebut menerangkan bahawa manusia mudah terpengaruh dengan pemikirannya. Maka untuk mengelakkan politik berada dalam kejahilan yang nyata, Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah memiliki ciri berpengetahuan dalam bidang politik dan agama serta bidang yang lain. yarat khusus menurut Imam Al Mawardi yang terakhir ialah arif. Kearifan ini dituntut bagi anggota Ahlul Halli Wal Aqdi adalah kerana arif dalam mengendalikan situasi dan masalah sejagat. Hal ini dikatakan demikian kerana dunia politik tidak akan terlepas dari sebarang konflik atau masalah terutama dalam pemilihan pemimpin. Oleh itu, Ahlul Halli Wal Aqdi perlu arif dalam mengemukakan pendapat dan bertindak bagi memastikan kemaslahatan terpelihara sepanjang tempoh pelaksanaan pemilihan pemimpin negara. Sabda Rasulullah S.A.W : Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah masa kehancurannya. (Hadi riwayat Muslim) Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa Ahlul Halli Wal Aqdi perlu memiliki kriteria arif agar dapat mengendalikan masalah umat sesuai dengan peranannya. S
Al Allamah Dr. Rawwas Qal'ah Ji pula berpendapat bahawa syarat perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi ialah empat iaitu : Islam Berilmu Berpengaruh Taqwa yarat Islam ini sudah menjadi satu kewajipan bagi sesebuah negara Islam yang menginginkan negara diperintahkan di bawah corak kepimpinan Islam. Disebabkan itu, Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah beragama Islam. Allah S.W.T berfirman : 'Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu menjadikan mereka yang kafir sebagai pemimpin selain daripada orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah(untuk menghukummu).' (Surah An Nisa' : 144) Disebabkan itu, Ahlul Halli Wal Aqdi perlu beragama Islam agar pemimpin yang bakal dipilih dan mengetuai politik juga merupakan orang Islam. erilmu merupakan syarat perlantikan kedua Ahlul Halli Wal Aqdi. Sama seperti syarat yang dibahaskan oleh Imam Al Mawardi, Dr. Rawwas juga berpendapat ilmu pengetahuan penting bagi kriteria Ahlul Halli Wal Aqdi. S B
yarat berpengaruh adalah disebabkan oleh masyarakat perlu menerima segala tindakan dan keputusan Ahlul Halli Wal Aqdi berkaitan pemilihan pemimpin. Oleh itu, mereka perlulah lahir daripada golongan yang berpengaruh dan dipercayai oleh rakyat dengan jumlah pengikut yang ramai. Perkara ini dapat mengelakkan daripada ketidakpuasan hati, pemberontakan, protes dan sebagainya. Kesejahteraan juga dapat dipelihara secara langsung. Sabda Rasulullah S.A.W : Sebaik-baiknya pemimpin ialah mereka yang kamu cintai dan mencintai kamu. Kamu berdoa untuk mereka dan mereka berdoa untuk kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu. Kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu. (Hadis Riwayat Muslim) Pernyataan hadis ini menunjukkan bahawa pemimpin perlu dipilih dengan mengambil kira penerimaan rakyat terhadap mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana kekuatan sesebuah kerajaan itu bergantung kepada hubungan rakyat dan pemimpin serta sokongan rakyat terhadap pemimpin. Pemimpin yang baik ialah mereka yang sentiasa disenangi oleh rakyat. Oleh sebab itu, Ahlul Halli Wal Aqdi perlu memenuhi syarat berpengaruh kerana mereka golongan yang akan mendengar dan mengangkat suara rakyat dalam segala aspek. S
yarat pelantikan Ahlul Halli Wal Aqdi yang ketiga berdasarkan pendapat Dr. Rawwas ialah taqwa. Ketaqwaan membuktikan ketaatan seseorang kepada Allah S.W.T dan syariat Islam. Oleh yang demikian, kepimpinan berlandaskan ketaqwaan akan membawa kepada rahmat dan kesejahteraan. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem politik Islam bersifat sejagat yang sesuai dengan semua golongan masyarakat meskipun selain umat Islam. Perkara ini digelar sebagai ta'awun al ihsan iaitu keseimbangan dalam hak kepada semua manusia atas dasar ihsan. Pemerintahan di bawah pemimpin yang bertaqwa akan membawa kepada hak dan keadilan. Rasulullah S.A.W bersabda : Imam (pemimpin) itu pengurus rakyat dan akan dimintai pertanggungjawaban atas rakyat yang dia urus. (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Ahmad) Maka jelaslah bahawa pemimpin berperanan penting sebagai tunggak kepimpinan. Oleh itu, sikap ketaqwaan amat dituntut daripada seorang pemimpin kerana akan disoal perihal rakyatnya. Sikap ketaqwaan akan melindungi pemimpin daripada melaksanakan kerosakan. S
PERKARA 4 AMALANSYURA DALAM PENTADBIRANRASULULLAH DANSAHABAT
ajlis Syura ialah perjumpaan atau himpunan golongan cerdik pandai dan celik ilmu dalam pelbagai bidang. Majlis Syura ini ditubuhkan berperanan sebagai badan penasihat utama kepimpinan. Allah S.W.T berfirman : '........... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal dunia) itu. Apabila kau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Surah Al Imran 3 : 159) Ayat Al Quran ini membuktikan keperluan Majlis Syura dilaksanakan dalam struktur kepimpinan Islam yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana perbincangan dan penelitian berkaitan isu-isu ummah yang berbangkit adalah satu kewajaran bagi memastikan pemerintah yang menyeluruh. 'Peranan utama Majlis Syura adalah untuk menguji dan menganalisis sesuatu untuk mengetahui hal keadaan yang sebenar serta menilai dan memilih pendapat yang tepat sesuai dengan syara' (Abd Rahman Al Duriy, 1974) Selain daripada pemilihan ketua negara berdasarkan Ahlul Halli Wal Aqdi, Majlis Syura juga merupakan salah satu alternatif pemilihan ketua negara dalam sistem politik Islam. M
Disebabkan itu, Majlis Syura menjadi Majlis Penasihat dan Perundingan Tertinggi dalam struktur kepimpinan Islam. Selepas turunnya wahyu berkaitan keperluan Syura dalam kepimpinan, maka berpandukan Al Quran dan As Sunnah, Majlis Syura telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Rasulullah dan menjadi ikutan serta diteruskan oleh para sahabat. elaksanaan Syura Pada Zaman Rasulullah dan Sahabat. iada kaedah pelaksanaan yang khusus berkaitan dengan Majlis Syura. Musyawwarah ini dilaksanakan dengan mengambil kira situasi, keperluan dan kesepakatan tanpa melihat kepada kaedah pelaksanaan yang khusus melainkan dengan syarat perbincangan lebih daripada dua orang dan dipengerusikan oleh seorang ketua. Apabila satu keputusan telah dibuat dalam perbincangan Majlis Syura, maka tiada penolakan daripada segala perkara melainkan sekiranya bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah. P T Situasi ini bertepatan dengan hadis berikut. Rasulullah S.AW bersabda : Sekiranya kalian berdua sepakat dalam suatu keputusan mesyuarat, maka aku tidak akan menyanggahinya. (Hadis Riwayat Ahmad) Oleh itu, jelaslah bahawa keputusan daripada Majlis Syura merupakan keputusan yang konkrit dan mutlak dalam persetujuan majoriti melainkan berlaku pertentangan dari sudut syariat Islam. Peranan Majlis Syura dapat dibuktikan melalui kisah perancangan strategi umat Islam ketika perang Khandaq. Nabi telah mengumpulkan golongan cerdik pandai dan wakil tentera.
Perbincangan berkaitan strategi peperangan Khandaq menemukan beberapa pandangan daripada para sahabat. Namun, selepas membuat pertimbangan dalam musyawwarah dengan melihat kepada baik dan buruk sesuatu perkara, maka seorang sahabat iaitu Salman Al Farisi juga telah mengemukakan ideanya untuk menggali parit yang besar bagi menghalang pasukan Al Ahzab masuk ke kota Madinah. Pandangan tersebut telah dipersetujui oleh ahli Syura yang lain. Selain itu, Rasullulah juga telah meminta pendapat dan persetujuan daripada Sa'ad Bin Muaz dan Sa'ad Bin Ubadah untuk membuat perjanjian perdamaian dengan dua oran pemimpin Kaun Ghaftan semasa perang Khandaq. Namun, kedua-dua sahabat baginda telah menolak cadangan baginda itu kerana meyakini tiada keperluan untuk berbaik dengan musuh dan perkara tersebut bukanlah wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kedua-dua contoh ini jelas membuktikan bahawa pelaksanaan Majlis Syura ini tidak tertakluk kepada satu kaedah sahaja. Namun boeh dilaksanakan mengikut keadaan dan keperluan tertentu. Perkara ini bertepatan dengan ayat Al Quran bahawa Allah tidak akan menyukarkan hambanya dalam sesuatu urusan. Allah S.W.T berfirman : 'Dan Allah tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam agama' (Surah Al Haj : 78) Contoh peristiwa pelaksanaan Syura semasa zaman para sahabat adalah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Perbincangan dan musyawwarah telah dilaksanakan di Saqifah Bani Sa'idah. Pertemuan tersebut mendapat banyak pencalonan dan perbincangan. Namun, setelah berlaku penolakan dan penerimaan pencalonan sebagai khalifah. Akhirnya, Abu Bakar telah dipersetujui untuk dipilih sebagai khalifah dengan pungutan suara majoriti.
Meskipun akan terdapat banyak khilaf, penolakan dan penerimaan idea, namun Syura adalah jalan terbaik untuk membuat satu keputusan yang bersifat sejagat. Hal ini dikatakan demikian kerana keputusan yang dibuat berdasarkan perspektif perseorangan tidak akan membawa kepada manfaat. Perkara ini boleh dinilai melalui hadis di bawah. Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya syaitan akan lebih dengan mereka yang berseorang dan lebih jauh dengan mereka yang berduaan. (Hadis riwayat Tarmizi) Disebabkan itu, keputusan ijmak lebih rasional tanpa unsur emosi atau kepentingan sendiri. Majlis Syura ini juga turut dilaksanakan oleh Umar Al Khatab semasa menjadi khalifah berkaitan pegumpulan semula Al Quran dan perkara itu telah dipersetujui bersama ahli dan digerakkan bersama. Kini, kaedah Syura turut dilaksanakan dalam sistem politik moden. Misalnya, perbincangan dalam Parlimen dan Dewan Rakyat mahupun mesyuarat di peringkat institusi yang lebih kecil.
RUMUSAN 5 PERKARA
leh yang demikian jelaslah bahawa Ahlul Halli Wal Aqdi dan Majlis Syura memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelicinan dan kestabilan sisitem politik yang berpandukan kepada syariat Islam. Meskipun sistem Ahlul Halli Wal Aqdi tidak dilaksanakan sehingga zaman kini. Namun konsep dan peranan tersebut tetap diguna pakai dan distrukturkan semula menjadi Ahli Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat. Mereka ini juga berfungsi untuk menjadi pemimpin kepada rakyat dan mengangkat suara rakyat dalam pemerintahan di Malaysia. Sistem Majlis Syura tetap dilaksanakan dalam pelbagai sudut dari sebesarbesar institusi kerajaan kepada sekecilkecil insitusi seperti mesyuarata sekolah dan sebagainya. Situasi ini berlaku melihat kepada manfaat dan fungsi Syura dalam kepimpinan dan pengurusan. Kesimpulannya, sistem politik yang berlandaskan syariat Islam adalah sistem yang terbaik bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan masalah dengan ketetapan hukum tertentu serta pelaksanaan dan pengurusan politik yang lebih efisien kepada rakyat. O
Abdul Karim Zaidan (2000), Individu dan Negara Menurut Pandangan Islam, 0p.ct Abdul Rahman Al Duriy (1974), Al Syura Bayna Al Nuzuriyyah Wa Al Tatbiq, Baghdad Ahmed Abdul Malik, (2020) The Concept Of Islamic Leadership, Jurnal Pendidikan Islam, USIM Az Zuhaili dan Wahbah (1996), Al Fiqh Al Wa Adillatahu, Damaskus : Darul Fikri H.Kaedenun (2019), Kedudukan Ahlul Halli Wal Aqdi Dalam Pemerintahan Islam, Jurnal Qalamuna Syaikh Abdurrahman Al Jaziri, (1990) Al Fiqh Ala Mazahib Al Arba'ah, Dar Al Kutub Al Ilmiyyah https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/02/nasihat-rasulullah-saw-kepada-rajadan-pemimpin/ https://www.uin-suska.ac.id/2016/04/18/islam-dan-kepemimpinan-sebuah-catatanuntuk-pemimpin-dan-calon-pemimpin-muslim-akhmad-mu https://anyflip.com/gzyep/gjei/basic https://muis.org.my/2017/11/sistem-syura-hukum-dan-kaedah-pelaksanaannya-siri-2/ https://zulkiflialbakri.com/syura-sebagai-solusi-masalah/ RUJUKAN