FOODMAGZ
HELLO
BAHULU
5Ways to
start diet
TRHAeaDltIhTyIOanNdADLeliFciOouOsD
AHLI
KUMPULAN
MUHAMMAD IF'FAN ASYRAFF BIN AZHAR
284996
ALOYSIA KOO KAY SHEARN
292469
MUHAMMAD ALIFF AQREEM BIN AHMADI
293352
KAVINAASRII A/P NAGARAJAN
291547
NUR IZZATI BINTI MOHD SAID
291896
NOR AISYAH RAIHANA BINTI ABD.KHALID
292137
AMNI FARHANA BINTI ROSLI
292370
AISHA NABILA BINTI MOHAMAD KHAIRI
292585
NORAIN SUHADAHA BINTI ABDULLAH
294132
ISI KANDUNGAN AHLI KUMPULAN(2)
ISI KANDUNGAN (3)
PENGENALAN (4)
ASAL USUL (5)
JENIS-JENIS BAHULU (6)
RESEPI & CARA PEMBUATAN (7)
CABARAN (8)
CADANGAN UNTUK MENGATASI (9)
KESIMPULAN (10)
RUMUSAN (11)
RUJUKAN (12)
Bahulu of the Month
www.traditional.com SUNDAY, 18 DEC 2022
Kuih tradisional merupakan cerminan
identiti masyarakat di Malaysia.
Walaupun kuih tradisional melepasi
pelbagai arus peredaran zaman,
namun ia tetap menjadi kegemaran
rakyat Malaysia. Kebanyakan kuih
tradisional dikukus, dibakar atau
digoreng secara tradisional dan rasa
kuih tradisional selalunya lemak serta
manis. Pelbagai jenis kuih yang popular
yang disukai oleh masyarakat pada
hari ini seperti kuih bahulu, kuih kapit
dan kuih pulut wajik. Namun, kuih
bahulu merupakan sejenis kuih
tradisional yang popular bukan sahaja
di negara kita bahkan diiktiraf oleh
dunia. Penyediaan kuih bahulu
mempunyai cara yang tersendiri.
SELALUNYA..
cara tradisional pembuatan bahulu adalah dibakar
menggunakan bara sabut kelapa yang diletakkan
di bahagian atas dan juga di bahagian bawah
acuan. Pembuatannya agak rumit dimana
tepungnya juga dijemur sehingga menjadi ringan,
telur pula dipukul bersama gula sehingga
kembang menggunakan tangan. Proses
membakar pula agak berbeza berbanding kuih
tradisional yang lain kerana kuih bahulu dibakar
menggunakan dulang yang berbentuk bunga
cermai dan diletakkan bara kayu diatas
penutupnya untuk meratakan haba untuk
mendapatkan rasa yang sedap. Perniagaan
menjual bahulu mendapat permintaan yang tinggi
terutamanya pada hari raya dan hari keramaian
seperti kenduri, pertunangan, perkahwinan dan
hari lahir.
BOOK REVIEW 18 DEC 2022
KEDAH, MALAYSIA
FOOD MAGAZINE 2022
This story is about Bahulu Disebabkan orang melayu terkenal dengan
Kuih Bahulu merupakan salah satu kuih ketinggian budi, mesra, sangat
tradisional yang terdapat di Malaysia dan
amat terkenal dalam kalangan orang menghormati jiran tetangga dan saudara
Melayu. Mengikut sejarah orang-orang
dahulu, perkatan “bahulu” adalah frasa mara, maka mereka menjadikan kuih bahulu
yang datang daripada “buah tangan dari
hulu”. Dalam hal ini, orang-orang yang sebagi buah tangan seterusnya menjadi
berada di hulu sungai dikatakan orang
pertama yang mencipta kuih bahulu ini. Hal medium pengerat hubungan sesama
ini demikian kerana, Pengangkutan air
merupakan jalan utama bagi masyarakat mereka. Orang-orang pada masa itu
dahulu
menyebut kuih ini sebagai buah tangan dari
Pada asalnya, kuih bahulu hanya berbentuk
bulat leper kerana dibakar di atas tudung hulu. Lama kelamaan sebutannya
periuk. Namun pada hari ini, terdapat
pelbagai jenis bentuk kuih bahulu yang diringkaskan menjadi bahulu. Kuih ini
boleh didapati ekoran daripada inovasi
teknologi semasa. Kuih bahulu juga mampu bertahan lama dan sangat sesuai
mempunyai beberapa nama yang berbeza
mengikut tempat tinggal sesebuah dibawa untuk perjalanan yang jauh kerana
masyarakat.
saiznya yang kecil serta ringan..
Di Brunei, kuih ini dipanggil Kuih Buah Ulu,
ada juga yang memanggilnya dengan nama
Baulu atau Buah ulu. Selain itu, kuih bahulu
disenaraikan diantara 100 Makanan Malaysia.
Jelas ternyata bahawa kuih bahulu
merupakan kuih tradisional yang popular
mendapat perhatian luar negara.
JENIS-JENIS
BAHULU
Secara amnya kuih bahulu terdiri Bahulu Ikan
daripada dua jenis iaitu bahulu cermai
dan bahulu ikan. Namun dengan
adanya inovasi dan idea yang kreatif
maka terhasilnya pelbagai variasi
bahulu dari segi bentuk, warna dan
rasa. Jadi dalam segmen ini, anda
dibawakan beberapa jenis bahulu yang
terdapat di Malaysia.
Bahulu Double Bahulu Belimbing
Chocolate Chip Bersantan
Bahulu Kismis
Bahulu Oreo
RESEPI DAN CARA
PEMBUATAN BAHULU
Resepi dan cara pembuatan bahulu sangatlah mudah,
dimana ia boleh dilakukan di rumah sahaja. Sesuai untuk
ibu-ibu yang ingin mengisi masa lapang dengan
mencuba membuat bahulu secara 'homemade'.
BAHAN-BAHAN YANG
DIPERLUKAN IALAH:
4 biji telur
1 1/4 cawan gula
1 tbs esen ros
1 3/4 cawan tepung gandum
CARA-CARA MEMASAK:
Pukul manja 4 biji telur gred A.
Kemudian, masukkan gula di dalam adunan dan pukul
sehingga kembang.
Masukkan esen ros dan pukul sehingga menjadi putih.
Seterusnya, ayak tepung gandum dan masukkan
secara berperingkat sedikit demi sedikit ke dalam
adunan telur dan kacau sehingga sebati
menggunakan spatula.
Bakar adunan menggunakan suhu 200C selama 10
hingga 12 minit api atas bawah.
Lanserkan acuan dengan minyak dan panaskan acuan
terlebih dahulu lebih kurang 10 minit di dalam oven.
CABARAN
DALAM
MENGEKALKAN
KUIH
TRADISIONAL
Dalam menjalankan tugas ini kami mendapati
terdapat beberapa cabaran dalam mengekalkan
tradisi makanan tradisional. Oleh itu , cabaran-
cabaran tersebut ialah:
Generasi muda hilang minat terhadap
makanan tradisional
Kebanyakan golongan muda pada hari ini banyak
didedahkan dengan makanan ala-ala barat iaitu kek
krim keju dan tiramisu yang dianggap lebih mewah
daripada makanan orang kita iaitu kuih tradisional.
Mereka banyak dipengaruhi oleh perspektif yang
menganggap bahawa kuih tradisional ini ketinggalan
zaman. Hal ini boleh membawa ancaman kepupusan
kuih tradisional dalam kalangan masyarakat kita.
Citarasa masyarakat yang berubah.
Seiring dengan peredaran zaman, citarasa masyarakat
beralih kepada makanan luar seperti makanan korea
dan makanan barat. Selain itu, trend pada masa kini
menyebakan masyarakat berbangga dengan makanan
tradisional di negara kita.
Pelbagai variasi makanan yang wujud
Terdapat pelbagai variasi makanan yang telah
diinovasikan seperti corndog, churos dan coklat kek
larva yang memberikan impak terhadap masyarakat
yang semakin lupa dengan tradisi makanan kita.
MEMBERIKAN
PENDEDAHAN
TENTANG MAKANAN
TRADISIONAL
TERHADAP GENERASI
MUDA
MEMBUAT PROGRAM
MENGENAI MAKANAN
TRADISI DALAM
MASYARAKAT.
MEMPERKASAKAN
TRADISI KUIH
TRADISIONAL DALAM
SUBJEK BAHSA
MELAYU.
MENJADIKAN SEKTOR
PERNIAGAAN KUIH
TRASIONAL SEBAGAI
SEKTOR YANG
PENTING.
CADANGAN
UNTUK MENGATASI CABARAN
WWW.BAHULU.COM VOL.40
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kuih bahulu merupakan
makanan tradisional yang sering
mendapat tempat di hati kebanyakan
masyarakat di Malaysia. Kelebihan kuih
bahulu sebagai makanan tradisional yang
unik menunjukkan bahawa makanan
tradisional tidak hilang ditelan zaman,
malahan ramai yang membuat inovasi
terhadap kuih ini. Dalam konteks ini,
walaupun kuih bahulu ini merupakan kuih
tradisional, namun ia mampu memberikan
keuntungan yang besar kepada
perniagaan yang menjual kuih bahulu.
Berdasarkan apa yang kita dapat lihat,
makanan tradisional Malaysia telah
berkembang secara meluas di serata
Malaysia mahupun dunia. Keunikan yang
dimiliki oleh makanan tradisional
Malaysia turut menarik perhatian
masyarakat di luar negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa untuk memperkenalkan
makanan tradisional ini kepada orang
luar mempunyai pelbagai cabaran yang
jelasnya memerlukan usaha yang
berganda untuk mencapai hasrat yang
diinginkan. Oleh hal yang demikian, tidak
pelik sekiranya makanan tradisional
negara Malaysia semakin terkenal
malahan dapat membawa imej dan nama
baik negara Malaysia.
RUMUSAN
Secara ringkasnya, kuih bahulu telah
memperketengahkan makanan tradisional asli
Malaysia yang membuktikan kuih bahulu
tersebut tidak hilang ditelan zaman. Kuih
tradisional ini jelasnya sesuai dengan pelbagai
peringkat umur dan juga zaman.Hal ini telah
menunjukkan betapa uniknya kuih tradisional
ini yang sentiasa mekar meskipun terdapat
pelbagai kuih-muih moden yang lain.Dalam
konteks ini,kuih bahulu ini tidak pernah kalah
dan luput walaupun zaman sudah berubah.
Dec. 2022
Rujukan
https://pdfcoffee.com/makan
an-tradisional-bahulu-
popular-sepanjang-zaman-
pdf-free.html
https://dewanbudaya.jen
deladbp.my/2021/05/10/2
32/
http://mts3042nikmoham
adizani.blogspot.com/2013
/11/kuih-bahulu.html?m=1
http://www.myresipi.com
/top/detail/6819
https://www.rasa.my/gun
a-4-bahan-je-ini-resipi-
bahulu-homemade-paling-
mudah/
Bon Appetit
Food and Healthy Lifestyle Magazine
by Samie G.