The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HT-012-2:2012 [MCU-1-13]C08/P(2/5)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danemasyati, 2023-07-23 23:50:42

C08 DESSERT PRODUCTION

HT-012-2:2012 [MCU-1-13]C08/P(2/5)

Keywords: C08/P(2/5)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET ) KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME HT-012-2:2012[MCU-1-13] ASAS PENYEDIAAN MAKANAN TAHAP / LEVEL LEVEL 2 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE C08 DESSERT PRODUCTION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 2.1 Obtain dessert production menu requirement 2.2 Select dessert production standard recipes 2.3 Select suitable dessert production utensil and equipment’s 2.4 Select dessert production ingredients. 2.5 Carry out dessert production NO. KOD / CODE NUM. HT-012-2:2012 [MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka : 1 Drp : 12 TAJUK/ TITLE: RESEPI STANDART HIDANGAN PENCUCI MULUT TUJUAN/ PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan tentang hidangan pencuci mulut dan pelatih dapat menghasilkan hidangan dengan cekap mengikut resepi standard yang betul sesuai dengan Prosedur Operasi Piawai (SOP) selaras dengan peraturan dan terma polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak industri.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : 1.0 RESEPI PENCUCI MULUT TEMPATAN DAN ANTARABANGSA 1.1 PENCUCI MULUT TEMPATAN Contoh 1 : Resipi pencuci mulut panas Bubur Cha Cha NAMA BAHAN KUANTITI Cha cha Gula pasir Gula melaka Air Daun pandan Santan Garam 1 cawan 1 cawan 1 ketul 1 cawan 1 helai 1 1/2 cawan Secukupnya CARA PENYEDIAAN: 1. Rebus cha cha hingga lembut. Toskan dan bilas dengan air. 2. Masukkan air, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak gula hingga larut. 3. Masukkan santan dan garam. Jika pekat tambahkan air kerana apabila bubur sejuk, ia akan menjadi likat. 4. Masukkan cha cha yang telah direbus tadi. 5. Kacau sebati. Apabila kuah mula mendidih, tutup api. 6. Sedia untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2: Resepi pencuci mulut panas Bubur Butir Nangka NAMA BAHAN KUANTITI Tepung beras pulut Air Kapur makan Pewarna hijau (Kuah butir nangka) Santan Gula Halba Garam Daun pandan 2 cawan 3/4 cawan Secubit Secukupnya 250 g 1/2 cawan 1 tsp Secukupnya 1 helai CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan sedikit air dalam bekas dan campurkan bersama kapur dan secubit garam dan pewarna. 2. Adun tepung bersama air dan campurkan dengan pewarna tadi. 3. Uli menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan. 4. Bentukkan doh menjadi bulat kecil. 5. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh bulat kecil tadi. Doh yang masak akan timbul di permukaan. 6. Setelah masak, tapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air. 7. Masukkan semua bahan kuah butir nangka ke dalam periuk. 8. Masak sehingga mendidih dan masukkan butir nangka bersama kuah tadi. 9. Hidangkan.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 1 : Resipi pencuci mulut sejuk Lai Chi Kang NAMA BAHAN KUANTITI Cincau Buah pala kering Kacang merah tin Kurma merah kering Biji selasih Barli Buah kundur kering Kacang tanah tanpa kulit Laici Longan kering putih Daun pandan Kembang semangkuk Gula Melaka Air Ais kiub 1 tbsp ½ tbsp. 1 tbsp 1 tbsp ½ tbsp. ½ tbsp. 1 tbsp 1 tsp 3 biji 4 biji 1 helai 1 tbsp 1 keping 100 ml Secukupnya CARA PENYEDIAAN: 1. Rebuskan longan kering putih, daun pandan, kurma merah cina kering bersamasama gula Melaka. 2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan masukkan air rebusan tadi. 3. Kacau sekata. 4. Masukkan kiub ais. Hidangkan.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi pencuci mulut sejuk Sagu gula Melaka NAMA BAHAN KUANTITI (Biji sagu) Biji sagu Air Pewarna merah (Air gula) Gula melaka Gula pasir Air Daun pandan (Kuah sagu gula melaka) Santan Garam Daun pandan 250 gram 4 cawan Secukupnya 80 gram 4 tbsp 1/2 cawan 1 helai 300 ml Secukupnya 1 helai CARA PENYEDIAAN: 1. Rendam biji sagu selama satu jam. Kemudian didihkan 4 cawan air dan masukkan biji sagu yang telah direndam. 2. Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu. 3. Kemudian masukkan ke dalam acuan. Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental. (Air gula) 1. Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut dan pekat. 2. Sejukkan air gula. (Kuah sagu gula melaka) 1. Masukkan santan, daun pandan dan garam ke dalam periuk. 2. Masak seketika di atas api sederhana. 3. Apabila sudah mendidih, hidang bersama biji sagu dan air gula melaka.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 1 : Resipi fried dessert CEK MEK MOLEK NAMA BAHAN KUANTITI Ubi keledek Tepung gandum Gula Garam 2 ketul 1/2 cawan 1/2 cawan 1 tsp CARA PENYEDIAAN 1. Rebus ubi keledek bersama garam sehingga empuk. Lenyek ubi hingga halus. 2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh tidak melekat di tangan. 3. Ambil sedikit doh bentukkan menjadi bulat dan leperkan. Masukkan gula dan bentukkan menjadi bentuk cek mek molek. 4. Panaskan minyak dan goreng cek mek molek hingga kuning keemasan. 5. Siap untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi fried dessert Kuih Keria NAMA BAHAN KUANTITI Ubi keledek Tepung gandum Tepung ubi Garam (Sira gula) Gula Air 1 biji 1/2 cawan 1/2 tsp Secukupnya 100 gram 60 ml CARA PENYEDIAAN 1. Rebus ubi keledek sehingga empuk. Kemudian lenyek ubi keledek sehingga lumat. 2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan juga masukkan tepung ubi dan garam. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut. 3. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan buat lubang kecil ditengahnya. 4. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga masak. (Sira gula) 1. Masukkan air dan gula ke dalam pan. Masak menggunakan api yang sedikit kuat. Masak sehingga pekat. 2. Setelah pekat, tutup api dan kacau selama 10 saat. 3. Masukkan kuih keria yang telah siap digoreng dan gaul kuih keria bersama-sama gula sehingga gula menjadi keras dan rangup.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 1 : Resipi steamed dessert SERI MUKA NAMA BAHAN KUANTITI (Lapisan bawah) Beras pulut Santan Air Garam Minyak (Lapisan atas) Tepung gandum Tepung jagung Gula pasir Telur Santan Air pandan Garam Pewarna hijau Esen vanila 1 1/2 cawan 1/2 cawan 1 cawan 1 tsp 1 tbsp 1/2 cawan 1 tbsp 1 cawan 2 biji 1/2 cawan 1 cawan (blend daun pandan dan air) 1/2 tsp Secukupnya 1 tsp CARA PENYEDIAAN: (Lapisan bawah) 1. Rendam beras pulut selama 45 minit. Kemudian tos air dan masukkan beras pulut ke dalam loyang. Masukkan santan, air, garam dan minyak ke dalam loyang berisi beras pulut tadi. Kacau rata. 2. Kukus beras pulut selama 25-30 minit atau sehingga masak. (Lapisan atas) 1. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan atas ke dalam mangkuk adunan. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Masak seketika di atas api sederhana sehingga terdapat wap. 2. Kemudian masukkan ke dalam loyang berisi beras pulut yang telah di kukus tadi. Kukus sekali lagi selama 25-30 minit atau sehingga masa. Siap untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi steamed dessert KUIH LAPIS NAMA BAHAN KUANTITI Tepung beras Tepung gandum Tepung jagung Gula pasir Santan Garam Air Pewarna merah 2 cawan 1/2 cawan 1/2 cawan 1 cawan 1 cawan 1 tsp 3 cawan Secukupnya CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Masak seketika sehingga santan menjadi suam dan tutup api. 2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk adunan. Tuangkan santan tadi dan gaul rata sehingga tidak berbintil. 3. Tapis dan bahagikan kepada dua bahagian sama rata. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dengan meletakkan sedikit pewarna merah. 4. Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam periuk kukus. Tuang 3/4 cawan adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. Setelah lapisan pertama masak, tuang 3/4 cawan adunan merah di atas lapisan pertama tadi. Kukus selama 5 minit. 5. Ulang sehingga adunan habis. Sejukkan seketika dan siap untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 1 : Resipi boiled dessert AGAR-AGAR SANTAN NAMA BAHAN KUANTITI Agar-agar tali Air Gula batu Gula pasir Santan Telur Garam Daun pandan Perisa pandan Pewarna hijau 8 gram 650 ml 1 biji 1/2 cawan 1/3 cawan 1 biji 1/2 tsp 1 helai 1/2 tsp 1/2 tsp CARA PENYEDIAAN: 1. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan agar-agar tali. Masak sehingga larut. 2. Masukkan gula batu, gula pasir, daun pandan, perisa pandan dan pewarna hihau. Masak sehingga sebati. 3. Dalam mangkuk adunan lain, kacau telur, santan dan garam sehingga sebati. 4. Tuang ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 5. Tutup api, keluatkan daun pandan dan tuang ke dalam acuan. 6. Sejukkan dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi boiled dessert Onde-onde/Kuih buah melaka NAMA BAHAN KUANTITI Daun pandan Air Tepung pulut Gula melaka Pewarna hijau Kelapa parut Garam 5 helai 70 ml 4 tbsp 30 gram Secukupnya 50 gram Secukupnya CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan daun pandan dan air ke dalam pengisar. Kisar daun pandan sehingga lumat. Kemudian tapis air daun pandan. 2. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk adunan. Adun tepung pulut menggunakan air daun pandan yang telah siap ditapis. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 3. Kemudian, ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan leperkan di bahagian tengah. Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam doh tadi. Kemudian bentukkan doh menjadi bulat semula. 4. Rebus doh yang telah dibentukkan di dalam periuk. Sekiranya doh timbul, boleh angkat. 5. Bagi kelapa parut, letakkan sedikit garam dan gaul rata. Kemudian golekkan doh yang telah siap diangkat tadi ke atas kelapa parut. Siap untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : 1.2 PENCUCI MULUT ANTARABANGSA Contoh 1 : Resipi pencuci mulut panas Hot Chocolate Espresso Souffle NAMA BAHAN KUANTITI Mentega Coklat Serbuk kopi Air Kuning telur Putih telur Gula aising Gula kastor 2 tbsp 1/2 cawan 1 tsp 1 tbsp 1 biji 1 biji 1 tbsp 2 tbsp CARA PENYEDIAAN: 1. Sediakan remekin untuk membakar dengan menyapukan lapisan nipis mentega di dalamnya. Taburkan serbuk koko. 2. Cairkan mentega dan coklat bersama-sama dengan menggunakan kaedah double-boiler. Kemudian, pindahkan ke dalam mangkuk adunan. 3. Masukkan serbuk kopi dan air. Kacau rata. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati. Masukkan pula gula aising dan kacau lagi sehingga sebati. 4. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul putih telur dengan menggunakan whisk sehingga menjadi meringue. Semasa memukul putih telur, masuk sedikit demi sedikit gula kastor tanpa memberhentikan whisk. Pukul putih telur sehingga terjadinya soft peaks. 5. Masukkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan berisi coklat tadi. Kaup balik adunan sehingga sebati. 6. Setelah sebati, masukkan segera adunan ke dalam ramekin. 7. Bakar menggunakan suhu 200 °c selama 15 minit. Setelah masak, hidangkan segera sebelum sejuk.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi pencuci mulut panas Apple Crumble Cake NAMA BAHAN KUANTITI Vanilla cake batter Tepung serbaguna Baking powder Garam Unsalted butter Gula kastor Gula perang Esen vanila Susu UHT Inti epal Epal hijau Jus lemon Serbuk kayu manis Serbuk cengkih Serbuk buah pala Topping crumble Unsalted butter Gula perang Garam Tepung serbaguna Rolled oat 94 gram ½ tsp 1/8 tsp 40 gm 25 gm 50 gm 1 tsp 63 ml 2 biji ½ tbsp ¼ tsp ½ cubit ½ cubit 40 gm 35 gm 1/8 tsp 20 gm 22 gm CARA PENYEDIAAN: 1. Panaskan oven 1750c. Sediakan acuan 6 inci dan lapiskan dengan kertas kek. 2. Ayak tepung serbaguna, baking powder dan garam. 3. Dalam mesin pengadun, putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur, putar sebati.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : 4. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli hingga selesai. 5. Tuang adunan ke dalam acuan. 6. Untuk inti epal, gaulkan epal yang dihiris bersama jus lemon dan serbuk kayu manis, cengkih dan buah pala. 7. Susun epal tadi di atas bater kek. 8. Untuk crumble, gunakan pemukul beater untuk putar mentega bersama gula dan garam sehingga berkrim. 9. Masukkan tepung dan oat ke dalam adunan dan putar lagi sehingga menjadi doh. 10.Gunakan jari untuk memecahkan doh tadi dan taburkan di atas epal. Pastikan ia menutupi kek. 11.Bakar kek selama 1 jam 25 minit atau sehingga masak.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 1 : Resipi pencuci mulut sejuk Peanut Butter Cheese Cake NAMA BAHAN KUANTITI Crust: Biskut digestive Mentega (dicairkan) Filling: Cream cheese Gula aising Peanut butter Esen vanila Cream Topping: Dark chocolate Cream 135 gm 50 gm 250 gm 90 gm 125 g ½ tsp 60 ml 62 gm 80 ml CARA PENYEDIAAN: Crust: 1. Hancurkan biskut digestive di dalam processor. Masukkan mentega yang telah dicairkan. Kemudian masukkan ke dalam 6 inci springform pan dan tekan sehingga rata. Sejukkan di dalam chiller. Filling: 1. Putar cream cheese bersama gula aising sehingga lembut. 2. Masukkan peanut butter dan esen vanila. Putar sehingga sebati. 3. Kemudian, masukkan cream dan putar selama 2 minit. 4. Tuangkan adunan kedalam bekas berisi crust tadi. Ratakan permukaan atas dan masukkan ke dalam frezzer. Topping: 1. Panaskan cream. Tutup api dan masukkan dark chocolate. Gaul sehingga sebati. 2. Sejukkan dan tuang di atas adunan tadi.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi pencuci mulut sejuk Mocha Chocolate mousse NAMA BAHAN KUANTITI Coklat masakan Air Kopi segera Serbuk koko Putih telur Gula Heavy cream 3 cawan 1/2 cawan 4 tbsp 2 tbsp 5 biji 2 tbsp 3/4 cawan CARA PENYEDIAAN: 1. Cairkan coklat, air, kopi segera dan serbuk koko dengan menggunakan kaedah double-boiler . Gaul sehingga halus dan ketepikan. 2. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul putih telur dengan menggunakan whisk sehingga menjadi meringue. Semasa memukul putih telur, masuk sedikit demi sedikit gula. Pukul putih telur sehingga kembang dan kental. 3. Di dalam mangkuk adunan lain pula, pukul heavy cream sehingga kembang dan kental. Ketepikan. 4. Kemudian, masukkan cairan coklat tadi ke dalam mangkuk adunan yang berisi meringue. Kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Masukkan pula heavy cream yang telah dipukul ke dalam mangkuk adunan yang berisi cairan coklat dan meringue. Kacau sehingga sebati. 6. Masukkan ke dalam gelas dan sejukkan dahulu sebelum dihidang.


Contoh 1 : Resipi basic custard NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Portugese Egg Tart NAMA BAHAN KUANTITI Puff Shell: Tepung serbaguna Mentega Air sejuk Pastri majerin Custard Filling: Susu UHT Whiping cream Kuning telur Tepung jagung Gula Esen vanila 100 g 25 g 63 ml 75 g 125 ml 25 ml 1 biji ½ tbsp 25 g ½ tsp CARA PENYEDIAAN: Doh shell: 1. Sediakan acuan tart dan sapukan dengan mentega. 2. Bentukkan pastri majerin kepada empat segi panjang dan nipis kemudian sejukkan. 3. Gaul ramas unsalted butter, tepung dan garam hingga sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut. Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. 4. Uli doh pastri yang disejukkan dan leperkan sehingga muat untuk balut pastri majerin. Balut pastri majerin dengan doh pastri dan simpan dalam peti sejuk 30 minit. 5. Giling doh dan lipatkan kepada 4 bahagian seperti buku. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Ulang proses sebanyak 3 ke 4 kali. 6. Giling doh pastri dan gulungkan, lalu potong kepada 14 bahagian. Leperkan 1 per


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : 1 doh yang dipotong, dan masukkan ke dalam acuan tart. 7. Cucuk kulit pai dengan garfu. Custard Filling: 1. Satukan kesemua bahan filling ke dalam sauce pan, dan masak dengan api perlahan sehingga adunan pekat. 1. Tuangkan filling dan bakar 150°C selama 25 minit. Sedia dihidang.


Contoh 2 : Resipi basic custard NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Cream puff custard filling NAMA BAHAN KUANTITI (Cream puff) Tepung Air Mentega Gula Telur (Inti kastard) Tepung kastard Gula Esen vanila Susu sejat Whipping cream 1 cawan 1 cawan 100 g 1 tsp 3 biji 1 cawan 3 tbsp 1 tsp 1 1/2 cawan 100 ml CARA PENYEDIAAN: (Cream puff) 1. Masukkan air, mentega dan gula ke dalam periuk. Kacau rata sehingga mentega cair dan gula larut sebati. Guna api sederhana. Kemudian, masukkan tepung. Kacau sebati sehingga menjadi seperti doh. 2. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk. Biarkan seketika selama 5 minit. Kemudian masukkan telur. Masukkan telur satu demi satu. Apabila adunan sebati, baru masukkan telur seterusnya. 3. Pindahkan doh ke dalam beg piping. Kemudian bentukkan doh tersebut seperti cream puff. Ratakan doh menggunakan jari yang basah. Bakar pada suhu 150°c selama 35 minit. (Inti kastard) 1. Masukkan susu sejat, gula, tepung kastard dan esen vanila ke dalam periuk. Kacau menggunakan api sederhana. Kacau sehingga menjadi pekat. 2. Di dalam mangkuk lain, pukul whipping cream sehingga menjadi kental.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : (Penyediaan cream puff) 1. Belah sedikit di bahagian tengah cream puff yang telah siap dibakar tadi. 2. Piping inti kastard dan juga whipping cream di bahagian tengah cream puff. 3. Tutup cream puff dan siap untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 1 : Resipi basic cream Cream Cheese Bavarian NAMA BAHAN KUANTITI Cream cheese Gula kastor Garam Lemon zest Orange zest Esen vanila Jus lemon Gelatin Air Whipping cream 125 gm ½ cawan ¼ tsp Secukupnya Secukupnya ½ tsp 1 tbsp 1/3 tbsp ¼ cawan 2 cawan CARA PENYEDIAAN: 1. Pukul cream cheese, gula, garam,esen vanila, jus lemon, orange zest dan lemon zest hingga lembut. 2. Rendam gelatin dalam air dan panaskan di dalam pan sehingga gelatin cair. 3. Pukul whipping cream sehingga kental. 4. Gaul gelatin bersama adunan cream cheese sebati. 5. Kaup balik whipped cream bersama adunan cream cheese. 6. Sedia untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi basic cream Chocolate Cake with Buttercream Frosting NAMA BAHAN KUANTITI (Kek) Unsalted butter Brown sugar Telur Serbuk koko Tepung serbaguna Baking powder Garam Esen vanila Susu (Chocolate buttercream) Unsalted butter Gula aising Serbuk koko Susu Esen vanila (Chocolate ganache) Dark chocolate Warm fresh cream 200 g 200 g 4 biji 8 tbsp 200 g 1 tbsp 1/4 tsp 1/2 tsp 4 tbsp 300 g 480 g 6 tbsp 6 tbsp 1 tsp 100 g 100 g CARA PENYEDIAAN: (Kek) 1. Pukul unsalted butter dan brown sugar. Masukkan susu dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan telur. Masuk telur satu per satu. Masuk dahulu sebiji telur, kemudian pukul hingga sebati dan masukkan pula telur seterusnya. 2. Ayak tepung serbaguna, serbuk koko, baking powder dan garam. Kemudian


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati. 3. Sediakan loyang bulat bersaiz 7 inci. Lapikkan dengan parchment paper. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam loyang untuk sedia dibakar. 4. Bakar pada suhu 180°c selama 18 minit. (Chocolate buttercream) 1. Pukul unsalted butter sehingga menjadi kembang. Kemudian masukkan gula aising dan pukul. 2. Masukkan pula serbuk koko dan juga esen vanila. Gaul rata. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga menjadi tekstur krim dan kembang. Masukkan sebahagian buttercream ke dalam piping bag. (Chocolate ganache) 1. Campurkan dark chocolate dan warm fresh cream di dalam mangkuk. Kacau sebati sehingga coklat menjadi cair. (Penyediaan kek) 1. Kek yang siap dibakar dan disejukkan tadi di potong kepada 3 bahagian. Kemudian, ambil satu bahagian paling bawah dan letakkan chocolate buttercream di atasnya. Sapu rata menggunakan spatula. Lapikkan dengan bahagian kek yang kedua dan sapu buttercream di atasnya. Letakkan pula bahagian kek yang ketiga di atas. 2. Sapu keseluruhan kek dengan lebihan chocolate buttercream sehingga menutupi keseluruhan kek tersebut. 3. Hiaskan dengan chocolate ganache mengikut kreativiti. 4. Siap untuk dihidang.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 1 : Resipi Puding Bread Butter Pudding with custard sauce NAMA BAHAN KUANTITI (Puding roti) Roti putih (Gardenia) Susu sejat Gula Mentega Telur Garam Esen vanila (Sos kastard) Susu segar Gula pasir Esen vanila Tepung kastard 8-10 keping 3 cawan 1/2 cawan 2 tbsp 1 biji Secubit 1 tsp 2 cawan 3 tbsp 1 tsp 2 tbsp CARA PENYEDIAAN: (Puding roti) 1. Carikkan roti dan susun dalam dulang pembakar. 2. Campur semua bahan lain sekata dan tuangkan atas roti tadi. 3. Kemudian bakar dalam bekas yang sudah digris dengan mentega pada suhu 150°c selama 25 minit. (Sos kastard) 1. Masukkan susu segar, tepung kastard, gula pasir, esen vanila ke dalam periuk. Panaskan di atas api sederhana. 2. Kacau sos kastard tersebut sehingga menjadi pekat. Sentiasa kacau dan pastikan tidak berketul. 3. Selepas sos menjadi pekat tutup api. Sedia dihidang bersama puding roti.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Contoh 2 : Resipi Puding Puding karamel NAMA BAHAN KUANTITI (Karamel) Telur Kuning telur Susu Gula Esen vanila (Gula hangus) Gula Air 2 biji 1 biji 350 ml 2 tbsp 1 tsp 50 g 1 tbsp CARA PENYEDIAAN: (Gula hangus) 1. Masukkan gula ke dalam pan. Cairkan gula dengan menggunakan api perlahan. Apabila gula sudah cair, masukkan air dan kacau. Tutup api. Masukkan gula yang telah cair ke dalam acuan. (Karamel) 1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu sekejap hingga menjadi suam dengan api perlahan. Tutup api sebelum susu mendidih. Pindahkan susu ke dalam bekas lain. 2. Di dalam bekas lain, pukul telur dan kuning telur bersama esen vanila sehingga sebati. Kemudian campurkan susu tadi ke dalam bekas yang berisi telur. Kacau sehingga sebati. Tapis bancuhan sebelum masukkan ke dalam acuan yang berisi gula hangus. 3. Tutup acuan menggunakan aluminium foil. Kukus selama 30 minit.


NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012[MCU-1-13]C08/P(2/5) Muka Surat / Page: Drp / Of : Soalan: 1. Berikan dua (2) contoh menu basic custard. 2. Terangkan langkah-langkah penyediaan sagu gula melaka. 3. Nyatakan 5 bahan yang digunakan untuk menyediakan bubur cha-cha. 4. Terangkan langkah-langkah penyediaan cream cheese bavarian. 5. Nyatakan 3 bahan utama yang digunakan untuk menyediakan bread butter pudding.


NO KOD / CODE NO HT-012-2:2012/C08/PA(2/2) Muka: 27 Drp : 5 REFERENCES 1. Aishah Hamzah dan Che Zainab Omar(1992). Teknologi Dan Perkhidmatan Katering; Dewan Bahasa dan Pustaka, KementerianPendidikan Malaysia. 2. Arno Schmidt, Inja Nam (1996). The Book of Hors’ D-oeuvre and Canapes; John Wiley & Son Inc. 3. H.L Cracknell & R.J Kaufman-3 rd (1992). Practical Professional Cookery; London, Macmillan Press. 4. P.M Abbey and G.M Macdonald-1 st (1979). Masakan Peringkat Menengah; Eastern Book Service Sdn. Bhd. 5. Philip Dowell & Adrian Bailey (1980). The Book Of Ingredients Introduction; Mermaid Book. 6. Rubiah Ahmad, Hasanah Dato’ Mohd Shah dan Narimah Ismail 1st(2002). Pengurusan Makanan Tingkatan 4; Bahagian Buku Teks Jabatan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Sarah R. Labensky-2 nd (1999). On Cooking Techniques from Expert Chefs; New Jersey, Prentice Hall. 8. Wayne Gisslen-4 th (1999). Professional Cooking; John Wiley & Son Inc. 9. Jeni Wright & Eric Treuille (1996). Le Cordon Bleu cooking Techniques;Cassell. 10. Unit Seni Kulinari (1990). Resipi Citarasa. Koej Vokasional ERT Setapak.


Click to View FlipBook Version