The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104
ELISYA ISABEL BMSK6
MANIFESTASI KARYA SASTERA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isabellols, 2022-03-31 11:53:30

BMMB1104

BMMB1104
ELISYA ISABEL BMSK6
MANIFESTASI KARYA SASTERA

MANIFESTASI AKAL
BUDI DALAM PUISI

TRADISIONAL

ELISYA ISABEL

BMMB1104



TAKRIF
KESUSASTERAAN

Takrif kesusasteraan melayu

Kesusasteraan Melayu merupakan penyampaian hasil seni secara lisan atau tulisan
dalam bahasa Melayu. Buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP)
kesusasteraan Melayu berkait rapat dengan penggunaan kehalusan bahasa,
kekreatifan dan keindahan penggunaan bahasa menjadi pemangkin dalam
menghasilkan kesusasteraan manakala hasil seni atau karya sastera dikategorikan
dalam dua bentuk iaitu prosa atau puisi. Namun kajian ini saya hanya
mengfokuskan kepada puisi tradisional yang terbahagi kepada empat jenis.
Menurut Mohd Rosli Saludin (2007) jenis yang terdapat dalam puisi tradisional
adalah syair, seloka, gurindam, dan pantun. Sementara itu, puisi tradisional ini
merupakan hasil seni tangan pencipta atau penyair yang melibatkan emosi,
imaginasi dan budi yang terinspirasi oleh berbagai aspek sosio budaya kehidupan
masyarakat. ( Mohd Rosli Saludin) 2013.

CIRI- CIRI PUISI
TRADISIONAL

Kajian ini berfokuskan kepada puisi tradisional yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu. Ciri-ciri yang ketara dalam jenis puisi tradisional
adalah dari segi bentuk naratif dan bukan naratif. Bagi jenis yang pertama
iaitu syair merupakan bentuk naratif dan lebih terikat. Jika dilihat dari aspek
strukturnya, susunan terikat yang dimaksudnya hanya empat baris bagi
setiap rangkap dan keempat-empat baris tersebut adalah kesatuan idea
yang tidak dapat berdiri sendiri. Tambahan pula, setiap hujung baris syair
mempunyai satu rima hujungnya iaitu a-a-a-a. Selain itu, seloka merupakan
bukan naratif yang mempunyai ciri seperti terbahagi kepada unit
pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat). Menurut
Harun Mat Piah (2000) dalam kajiannya menyatakan seloka merupakan
karangan yang berangkap yang menggunakan rima hujung berbentuk
bebas.

Seterusnya, bagi gurindam pula yang merupakan bukan naratif namun Ada


kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair.

Tambahan pula,Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris
dan jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap (Jumlah rangkap
dalam gurindam tidak ditentukan). Sementara itu, pantun yang bukan naratif
serta terdiri daripada struktur rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terdiri
daripada baris-baris yang sejajar serta berpasangan seperti dua, empat, enam,
hingga enam belas. Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang
(sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran
alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia. Dengan itu, setiap
rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.

Setiap penghasilan karya sastera yang kreatif dihasilkan dengan bertujuan untuk
mengetengahkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi kepada pendengar atau
pembaca. Antara fungsi kesusasteraan Melayu terbahagi kepada empat aspek
iaitu hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.

Aspek yang pertama iaitu hiburan yang menyajikan keseronokan yang indah kepada pembaca atau
pendengar. Hiburan tersebut terhasil dari unsur-unsur kelucuan yang dapat membelai emosi pembaca
atau pendengar melalui irama, rentak serta bentuk penyampaiannya untuk menghiburkan orang.
Misalnya, karya sastera Cerita Pak Kaduk yang berkisahkan tentang kebodohan atau kedunguan
manusia. Dalam cerita itu, Pak Kaduk yang merupakan watak utama yang digunakan sebagai bahan olok-
olokan, parodi dan tertawaan. Pak Kaduk digambarkan sebagai seorang rakyat marhaen yang penuh
kejujuran serta taat kepada Raja telah terpengaruh serta tertipu dengan tindakan tipu daya Rajanya. Pak
Kaduk yang bersifat lurus bendul telah bertukar ayam dengan rajanya justeru telah kalah dan hilang
pertaruhan iaitu kampungnya. Perwatakan lucu Pak Kaduk yang bersorak sakan kerana ayamnya
menang sehinggakan baju dan seluar kertasnya terkoyak rabak dan yang hanya tinggal Pak Kadok
bertelanjang bulat.Tindakannya tersebut telah membuatkan Sultan dan para penonton telah mengetawa
dan mengejek Pak Kadok atas keadaannya ketika itu, ternyata Pak Kaduk lupa bahawa ayam itu telah
menjadi milik raja. Oleh itu, penyampaian karya sastera melalui hiburan ini merupakan salah satu
kaedah yang digunakan berkomunikasi dengan pembaca atau pendengar tentang kebenaran yang
berlaku.

Selain itu, karya sastera ini turut berfungsi sebagai pendidikan atau memberi
pengajaran. Setiap hasil karya kesusasteraan akan menyingkap tentang nilai-nilai

murni dan pengajaran hidup kepada masyarakat secara langsung atau
kiasan.Contohnya, antara karya yang menjadi rujukan buat masyarakat untuk
dijadikan pengajaran ialah cerita “Si Tanggang” karya Abdul Samad Ahmad 1955
yang bersifat didaktif iaitu anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua-
dua orang tua. Cerita ini juga menjadi pengajaran yang selaras dengan ajaran
agama di mana menghormati kedudukan ibu bapa dan tidak mengingkar agar

selamat di dunia dan akhirat.Oleh itu, penyampaian karya sastera melalui
pendidikan atau pengajaran ini merupakan salah satu untuk memberi tunjuk
ajar kepada semua masyarakat agar tidak melakukan perkara yang tidak baik

Seterusnya, aspek dakwah sebagai landasan penyampaian pesanan
suci tuhan kepada manusia melalui karya sastera dalam pelbagai
aneka bentuk, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada
dalam kehidupan kita. Misalnya dalam Gurindam 12 yang
mengandungi 12 fasal karya Raja Ali Haji. Karya sastera ini
dikategorikan sebagai didaktif kerana berisikan nasihat dan petunjuk
hidup yang diredhai oleh Allah. Dalam fasal ketiga yang bertemakan
nasihat untuk memelihara diri . Gurindam ini berkait rapat agar kita
sentiasa menjaga nafsu diri dengan menjaga penglihatan kita agar
tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik, memelihara
pendengaran agar tidak mendengar cerita yang tidak benar dan
menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidak
bermanfaat. Oleh itu, karya sastera ini dijadikan sebagai dakwah
menyampaikan teguran yang selaras dengan ajaran agama Islam dan
agama lain yang menyeru umatnya berkelakuan baik, mengawal diri
serta berbudi pekerti.

Akhir sekali, karya sastera juga berfungsi sebagai platform untuk kritikan sosial atau
sindiran kepada orang bangsawan atau raja. (Burhan Nurgiyantoro, 2005) menjelaskan
bahawa sesebuah karya sastera dihasilkan melalui keadaan sebenar yang berlaku dalam
kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Kritikan sosial yang dilontarkan melalui karya
sastera adalah berdasarkan kepada kehidupan manusia. Misalnya melalui karya Lebai
Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak haloba, kedekut, gila
kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah
semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri. Oleh itu, ini merupakan
fenomena yang terjadi di sekeliling kita bahawa rakyat marhaen diperguna oleh golongan
elit maka ini merupakan kritikan serta sindirin yang digunakan oleh masyarakat untuk
menyedarkan golongan tersebut.

Akal budi masyarakat Melayu dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Akal budi Melayu
adalah satu konsep yang sentiasa subur dalam ruang lingkup sosio budaya Melayu.‘Akal’
merujuk kepada kemampuan berfikir yang melengkapkan manusia dengan ilmu manakala
Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan kebijaksanaan yang dilakukan oleh
individu atau kumpulan terhadap masyarakat Oleh itu, takrif ‘akal’ dan ‘budi’ dalam
konteks Melayu merupakan konsep yang terjelma daripada kearifan cara bangsa Melayu
berfikir. ( Shamsudin Othman et., 2015).

MANIFESTASI
AKAL BUDI

Manifestasi akal budi dalam syair Syair Dagang daripada Hamzah Fansuri
ini merupakan nasihat yang berlandaskan
Syair Dagang agama dimana diambil dari Al-Quran dan
hadis. Akal budi yang terdapat dalam syair
Hai sekalian kita yang kurang Dagang ini dapat dilihat apa yang ingin
nafsumu itu lawan berperang disampaikan oleh penyair seperti pada
jangan hendak lebih baiklah kurang baris 14 hingga 16 iaitu ‘Nafsumu itu
janganlah sama dengan orang lawan berperanan, Jauhkan tamak
Amati-amati membuang diri baiklah kurang, Jaga dirimu jatuh ke
menjadi dagang segenap diri jurang’. Pada ketiga-tiga ayat ini, penyair
baik-baik engkau fikiri menyeru agar kita menjaga hawa nafsu
supaya dapat emas sendiri diri daripada segala tamak haloba yang
ada di dunia dari segi tamak kekayaan,
~Hamzah Fansuri jawatan harta dan sebagainya agar tidak
jatuh ke jurang dimana menjadi manusia
yang berhati busuk tidak dapat melihat
kelebihan orang lain.

Manifestasi akal budi dalam Seloka Anak dipijak dagang dijinjing,
( Pak Pandir) Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Kita sedia maklum bahawa seloka merupakan Mendengar gelagak dagang,
landasan untuk alat kawalan sosial dalam kehidupan
seharian, dakwah dan juga medium protes dan kritik Tak sedar bertelanjang,
sosial. Dengan itu, seloka Pak Pandir ini ialah sindiran Mendengar guruh di langit,
terhadap manusia yang mengutamakan orang lain Air di tempayan dicurahkan,
atau melakukan sesuatu yang akan merugikan diri Mulut kena suap pisang,
sendiri Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.

Dengan itu, manifestasi akal budi dalam seloka Pak Pandir ialah sindiran terhadap
sikap sesetengah manusia yang mudah mempercayai orang lain. Pak Pandir yang
berperwatakan lurus bendul dikatakan mewakili sesetengah sikap masyarakat Melayu
pada zaman dahulu yang mempunyai personalitas negatif dalam diri mereka. Maka
Manifestasi akal budi dalam seloka ini ialah berkenaan sindiran terhadap individu yang

mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu dielakkan kerana perkara ini
membawa kerugian kepada diri dan juga ahli keluarga. Sepatutnya seseorang individu

itu perlu mementingkan diri atau keluarga terlebih dahulu bukannya orang luar yang
hanya memikirkan dirinya sendiri. Sebagai bukti untuk menyokong pandangan ini, Pak

Pandir mengabaikan anaknya sendiri dan menyakitinya sebagaimana dalam frasa
'anak dipijak'. Tambahan lagi, dia telah mementingkan pihak yang tiada talian darah
dengan dirinya dengan memberi layanan yang baik seperti frasa 'dagang dijinjing'.

Tambahan pula, dalam seloka ini juga telah menunjukkan
bahawa Pak Pandir tidak cekap mengedali hartanya
seperti baris ‘ hartanya habis tergadai’ . Seterusnya,

pada baris ‘ tak sedar bertelanjang’ merupakan sindiran
halus terhadap Pak Pandir yang sudah terlanjur malu atas

perbuatannya, namun tidak mampu untuk memperbaiki
semula kelemahannya.

Manifestasi akal budi dalam Gurindam Contoh
(Gurindam 12 Fasal ketiga ).



Apabila terpelihara mata,
Sebagaimana kita sedia tahu bahawa, Sedikitlah cita-cita.
Gurindam 12 yang terbahagi kepada 12
fasal, namun kajian ini hanya berfokuskan Apabila terpelihara kuping,
kepada gurindam fasal ketiga. Gurindam Khabar yang jahat tiadalah damping.
ini merupakan nasihat untuk memelihara
Apabila terpelihara lidah,
anggota diri. Gurindam ini memberi Nescaya dapat daripadanya faedah.
nasihat supaya memelihara anggota diri
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
dan berbudi pekerti. Daripada segala berat dan ringan.


Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Manifestasi akal budi yang dapat kita Tambahan pula, rangkap ke tiga iaitu ‘Apabila
lihat dalam gurindam 12 ini misalnya terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah’.
pada rangkap kedua iaitu ‘apabila Pada rangkap ini, menjelaskan bahawa seseorang
terpelihara kuping,Khabar yang jahat yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak
tiadalah damping’ ini membawa manfaatnya. Di sini bermaksud kita hendaklah
maksud telinga perlu dijauhkan dari menjaga tutur kata daripada mengeluarkan kata-kata
mendengar segala hasutan dan kejian. tidak senonoh, kata-kata kesat dan menyakitkan hati
Jika dilihat secara terperinci, kuping orang lain, maka dengan itu, diseru masyarakat agar
dijadikan sebagai pembayang iaitu menjaga tutur kata dengan hanya berkata-kata perkara
merupakan organ telinga yang berfungsi yang membawa faedah atau kebaikan seperti
untuk mendengar maka dikehendaki berselawat, memberi nasihat dan hormat kepada
untuk hanya mendengar perkara- orang lain .
perkara yang baik agar tiada kejahatan
yang mendekati.

MANIFESTASI AKAL BUDI CONTOHNYA:


DALAM PANTUN
‘PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,

‘MASAK SEBIJI DI ATAS PETI’

Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran ‘HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR’
sebagai bahan jenaka atau nasihat dan perasaan isi hati ‘HUTANG BUDI DIBAWA MATI’.
yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu sebagai
penghubung komunikasi dengan saling berbalas pantun.
Tambahan pula, pantun sangat sesuai dengan jiwa
masyarakat Melayu. Berikut merupakan contoh pantun
yang menampakkan falsafah akal budi masyarakat
Melayu pada pembayang pantun yang dilafazkan.

Manifestasi akal budi pantun yang terdapat di atas menceritakan situasi
sekeliling masyarakat pada zaman dahulu. Pantun ini menggunakan
kiasan buah pisang dalam rangkap pertama, “Pisang emas dibawa
belayar”. Buah pisang ni seperti yang kita tahu, adalah salah satu
makanan ruji yang krusial masyarakat Melayu pada zaman dulu.
Selain daripada mudah didapati, khasiat pisang juga lebih baik
berbanding buah tempatan yang lain. Keistimewaan buah pisang ini
petua zaman dahulu amat berguna bagi pelayar kerana dapat
menghilangkan mabuk laut kerana rasa yang masam dan kelat serta
pisang emas ini juga lambat masak dan tahan lama berbanding pisang
lain. Dengan itu, pembayang tersebut menunjukkan gaya hidup
masyarakat zaman dahulu. Di samping itu, konteks bagi maksud
pembayang iaitu ‘Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati’.

Bagi orang yang hidup senang pasti mudah saja
emas dibayar. Namun jika dilihat hutang budi pula,

bagi orang yang benar-benar ikhlas berbudi dan
berjasa, tentunya tidak mengharapkan balasan,
walaupun si penerima budi bermati-matian ingin
membalasnya. Si pemberi budi itu betul-betul tidak
mahu menerimanya, sehinggalah beliau mati atau
meninggal dunia. Jadi si penerima budi tadi akan
terus mengenang budi orang sehingga ke mati.
Maka dengan itu budi seseorang itu merupakan
kebaikan yang disanjung kerana orang lihat kepada

budi dan bukannya harta .

SEKIAN TERIMA
KASIH

Rujukan

Burhan, Nurgiyantoro. 2005. Teori Pengkajian Fiksi. Gajah Mada
University Press.

Harun Mat Piah et al,. (2000). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Rosli Saludin. (2007). Puisi Melayu tradisional. Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban
Melayu.

Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13. Retrieved from
https://doi.org.ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227

Dewan Bahasa dan Pustaka. https://doi.org.prpm.dbp.gov.my/


Click to View FlipBook Version