The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Johor Bahru, 2022-02-16 18:59:14

Buku Profil ISMA Johor

PENGENALAN
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

Keywords: Isma Johor,Johor,Isma,Isma Johor Bahru,Kenali isma,islam,NGO

IKATAN

MUSLIMIN

MALAYSIA

NEGERI JOHOR

Menggenggam Masa Hadapan

ISI KANDUNGAN MUKADIMMAH | muka surat 2

1 Kalam Ketua Perhubungan Negeri Isma Johor

PENGENALAN ISMA | muka surat 3
ARAH TUJU ISMA | muka surat 4

Visi & Misi

BARISAN KEPIMPINAN | muka surat 5 - 6

Negeri Johor

PETA LOKASI | muka surat 7

Cawangan & Lokaliti Program Isma

PAKEJ PROGRAM

Dewasa & Dakwah Umum | muka surat 9 - 14
K e w a n i t a a n | muka surat 15 - 20
Keluarga & Anak-anak | muka surat 21 - 24
Pemuda, Mahasiswa & Remaja | muka surat 25 - 29
Khidmat Masyarakat & Pusat Komuniti | muka surat 30 - 34

TESTIMONI AHLI | muka surat 35 - 38

8 SERUAN ISMA | muka surat 39
AGENSI & RAKAN STRATEGIK | muka surat 40
HUBUNGI KAMI

MUKADDIMAH

Bismillahirrahmanirrahim

Isma Johor akan terus memainkan peranan
penting memperkasa agenda dakwah masyarakat
akar umbi dan menawarkan solusi-solusi
pendidikan, pembentukan sahsiah, kemenjadian
institusi kekeluargaan serta menyantuni
masyarakat yang memerlukan bantuan. Semoga
dengan wujudnya buku profil ini menjadikan
masyarakat lebih mengenali dan dapat berjuang
bersama-sama dengan Isma. Insya-Allah.

Tn. Hj. Mohd Tahir Bin Hamdan
Ketua Perhubungan Isma Negeri Johor

2

PENGENALAN ISMA

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan
yang sudah bertapak di Malaysia mulai tahun 1997. Isma kini sudah memiliki lebih 40 cawangan di Malaysia
dan 11 cawangan lagi di luar negara. 3 buah cawangan Isma di negeri Johor adalah Isma Johor Bahru,
Isma Iskandar Puteri & Isma Batu Pahat.

Isma adalah:
1.Gerakan Islam yang dinamik, sederhana & progresif
2.Pendokong dan penyebar kefahaman Islam yang sahih dari al-Quran dan as-Sunnah
3.Penganjur program yang bersifat menyeluruh iaitu kebajikan sosial, pembangunan sumber manusia, dakwah,
kewanitaan, bimbingan remaja, pengupayaan belia & pemerkasaan ekonomi
4.Pengukuh kepimpinan umat Islam di Malaysia
5.Pertubuhan yang membuka keahlian kepada umat Islam dari pelbagai latar belakang dalam menjayakan misi
pembangunan masyarakat yang menyeluruh

3

ARAH TUJU ISMA

VISI

Membangun kekuatan tamadun Islam
di Malaysia berasaskan keadilan bersama

MISI

Membina keperibadian berpaksikan Islam
serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan
sihat, berperancangan & teknologi

4

BARISAN
KEPIMPINAN

Negeri Johor

5

Dr. Omar Bin Abdul Aziz Pn. Zainatullukma Binti Idris Ts. Dr. Syazwani Itri Binti Amran Tn. Muzhaffar Bin Mohd Zaki
YDP Isma Iskandar Puteri Ketua Wanita Isma Batu Pahat Ketua Wanita Isma Iskandar Puteri YDP Isma Johor Bahru

Tn. Yuslizar Bin Kamaruddin Tn. Hj. Mohd Tahir Bin Hamdan Dr. Izzah Kamilah Binti Mohd Tahir 6
YDP Isma Batu Pahat Ketua Perhubungan Isma Negeri Johor Ketua Wanita Isma Johor Bahru

LOKASI

Cawangan & Lokaliti Program Isma

Komuniti Isma Pagoh Komuniti Isma Mersing
Komuniti Isma Kulaijaya
Isma Cawangan Batu Pahat
Komuniti Isma Kota Tinggi
Komuniti Isma Pontian Komuniti Isma Pengerang

Isma Cawangan Iskandar Puteri Komuniti Isma Pasir Gudang
Isma Cawangan Johor Bahru

7

PAKEJ PROGRAM

8

Dakwah Umum

Isma sangat komited dalam mendidik masyarakat agar memahami Islam di
dalam kerangka berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, biro
dakwah Isma berperanan dalam menganjurkan pelbagai program dakwah
umum seperti:

1.Kempen Selamatkan Ummah
2.Ceramah peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah umat Islam
3.Kuliah pengajian Hadis
4.Kelas-kelas Bahasa Arab
5.Penganjuran korban perdana sempena hari Aidiladha
6.Pembukaan reruai Klinik Al-Fatihah dan tahsin bacaan al-Quran

9

Di peringkat nasional, Isma berusaha gigih memelihara keluhuran Islam di
Malaysia. Sebagai contoh, Isma membangunkan kesedaran masyarakat
berkenaan hasrat organisasi liberal Comango yang berkempen memberi
pengiktirafan hak kebebasan bagi pengamal seks songsang. Kejayaan
kesedaran masyarakat ini dicapai menerusi kutipan hampir sejuta
tandatangan petisyen orang ramai yang akhirnya telah menghalang
keinginan Comango tersebut.

Di peringkat lokal, Isma sentiasa mencari peluang kerjasama strategik
dengan pelbagai pihak dalam menjayakan program dakwah di peringkat
komuniti. Isma turut bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan
penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk kesatuan masyarakat
Islam setempat.

10

11

12

13

14

Kewanitaan

Isma membuka ruang seluas-luasnya untuk golongan wanita berbakti
kepada masyarakat menerusi Wanita Isma.

Wanita Isma komited dalam memberi penerangan tentang hakikat Islam
yang sebenar melalui usrah wanita, siri-siri ceramah mengenai kesihatan
dan fiqh wanita, Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS), kempen “Say No
To Valentine”, “Hidup Sihat Tanpa Zina” dan lain-lain.

Wanita Isma juga aktif dalam menerajui perjuangan menolak agenda
feminisme yang merosakkan jatidiri muslimah melalui pelbagai wasilah
seperti ceramah umum, penulisan dan lain-lain.

15

Wanita Isma bukan sahaja aktif mengangkat isu di dalam negara, bahkan
telah melebarkan sayapnya ke negara serantau iaitu Brunei, Indonesia
dan Singapura.




Usahasama ini diwujudkan menerusi sebuah persidangan iaitu Persidangan
Wanita Islam Antarabangsa (PERWANIS) anjuran Wanita Isma. Persidangan
ini bertujuan membincangkan isu-isu wanita Islam dari setiap negara
yang terlibat.

16

17

18

19

20

Keluarga & Anak-anak

Isma memberi tumpuan kepada pembangunan keluarga yang bertakwa dan
berilmu, sebagai penyelesaian yang paling ampuh dan terbaik dalam
mendepani permasalahan masyarakat masa kini.

Sehubungan itu, Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) telah melancarkan
Modul Usrah Keluarga sebagai rujukan kepada ibu bapa membangunkan
keluarga mereka berasaskan ajaran Islam.

Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) adalah salah satu produk terbaik BKM yang
mempunyai aktiviti pembangunan anak-anak yang seimbang dan menarik
seperti Hufaz Cilik, Karnival Nazim dan sebagainya.

21

Selain daripada itu, seminar berkaitan kemahiran keibubapaan seperti
Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC), turut dianjurkan dari
semasa ke semasa sebagai panduan kepada ibu bapa berhubungkait
pendidikan anak-anak.

Tidak dilupakan Isma juga sangat menitikberatkan soal menjaga
keharmonian institusi kekeluargaan. Sehubungan itu, Isma turut
menganjurkan program buat pasangan suami isteri melalui seminar seperti
'Kerana Aku Isteri Dia' dan sebagainya.

22

23

24

Pemuda, Mahasiswa &
Remaja

Perubahan masa depan bergantung kepada perubahan yang dilakukan ke
atas sistem nilai, sikap dan tingkah laku generasi muda. Sehubungan itu,
Isma mengambil inisiatif menyantuni generasi muda melalui Kelab Remaja
ISMA (KRIM) untuk remaja sekolah menengah, Persatuan Belia Islam
Nasional (Pembina) untuk golongan mahasiswa, serta Pemuda Isma.

Pembina yang merupakan pemenang Anugerah Perdana Belia Negara
2016 peringkat daerah Johor Bahru berserta Pemuda Isma dan KRIM
kerap menganjurkan program-program pembangunan jatidiri golongan
remaja dan belia.

25

Sebahagian daripada program yang dijalankan termasuk slot Geng Ngaji,
aktiviti sukan dan rekreasi, kelas seni pertahanan diri, bengkel kemahiran
serta berbagai-bagai aktiviti menarik untuk golongan muda.

Antara lain, Isma juga menubuhkan Kelab Bola Sepak, mengelola Pusat
Renang Hang Nadim dan mewujudkan Pusat Berkuda Al-Heyzum serta
beberapa kelab lain. Antara pencapaian kelab yang ditubuhkan adalah Isma
JDT Football Club kendalian Akademi Isma DT telah berjaya
merangkul Naib Johan dalam Kejohanan Educity Junior 2021.

Isma komited dalam melahirkan anak muda yang berkeyakinan tinggi,
berdaya saing serta bersedia untuk berkhidmat dalam masyarakat.

26

27

28

29

Khidmat Masyarakat &
Pusat Komuniti

Menyedari rasa tanggungjawab dan kepentingan memberi sumbangan
kepada orang ramai, Isma meluaskan aktiviti yang dijalankan merangkumi
khidmat komuniti dan program menyantuni kumpulan masyarakat yang
memerlukan.

Bagi tujuan ini, Isma melalui sayap Pemuda dan Wanita telah menubuhkan
Relawan Muda dan Kelab Iffah bagi menghimpunkan sukarelawan aktivis
Isma mahupun sahabat-sahabat Isma dari kalangan orang awam pelbagai
peringkat usia untuk menggembleng kerjasama dalam kerja-kerja amal.

30

Melalui kerjasama dengan pelbagai pihak, program – program yang pernah
dijalankan Isma termasuk penyampaian sumbangan Tabung Kasih Ummah
kepada keluarga berpendapatan kecil, penyampaian bekalan makanan dan
kit kebersihan kepada penduduk kawasan ditimpa bencana, melaksanakan
gotong-royong pembersihan kawasan umum dan persendirian yang dilanda
banjir serta memberi makan kepada golongan gelandangan.

Isma Johor juga mendekati masyarakat dengan lebih berfokus melalui
projek Anjung Takzim dalam pembangunan pusat komuniti bagi
menjalankan aktiviti yang dapat menyumbang kepada penyelesaian
permasalahan sosial dengan berkesan dan tuntas.

31

32

33

Pusat Komuniti

34

TESTIMONI
AHLI ISMA

Satu Pencapaian

35

Isma berbeza dari yang lain.
Dalam Isma saya mendapat
pendedahan kepada ufuk dakwah
yang lebih luas dan sentiasa melihat
ke hadapan, semakin jelas agenda
perjuangan, fokus menuju kepada
cita-cita yang diidam-idamkan
walaupun ianya satu perjalanan
yang masih jauh.

Hj. Bariman Bin Yasimin
Penerima Anugerah Ibu Bapa Mithali, Sambutan Ma’al Hijrah
peringkat Daerah Kota Tinggi 2015

36

Kurniaan Anugerah Ikon Siswa Johor
2021 Kesukarelawan adalah merupakan
suntikan semangat dan tunjuk ajar dari
Isma itu sendiri, jiwa sukarelawan
memang perlu ada pada setiap individu.
Terima kasih Isma kerana menyediakan
pelbagai program yang telah saya sertai.
Saya yakin siapa yang sertai isma pasti
akan menerima banyak manfaat.

Saudara Muhammad Farihin Hazriq Bin Abdul Saha Alam
Penerima Anugerah Ikon Siswa Johor 2021

37

Saya mendapat peluang dan
dorongan pertama mencungkil
bakat dalam pengucapan awam
daripada program Isma melalui
program Bijak Bicara pada usia 7
tahun. Sejak itu saya terus
berkeyakinan bertutur di
khayalak ramai.

Saudari Saidatul 'Atiqah Husna Binti Zulkefli
Johan Syarahan Ihtifal Ilmi Sekolah - sekolah Agama Negeri Johor 2021

38

8SERUANISMA

Mempertahankan teras Perlembagaan 05 MEMASTIKAN
Persekutuan iaitu Islam, Melayu dan institusi
Kekuasaan politik umat Islam tidak terancam
Raja yang semakin terancam

02 BERSEPAKAT 06 MENENTANG

Untuk melaksanakan Islam dalam sistem Sebarang bentuk perancangan musuh untuk
pemerintahan bersesuaian dengan menghancurkan jati diri umat Islam, yang
bertopeng di sebalik seruan kebebasan,
peruntukan Perlembagaan Persekutuan kesamarataan dan hak asasi manusia
yang mengiktiraf Islam sebagai
Agama Negara 07 MENOLAK

03 MEMPERKASAKAN Pertelingkahan politik kepartian sempit yang
membawa kepada perpecahan sehingga
Keperibadian Islam dan bangkit berusaha bangsa Melayu kini menjadi mangsa
menjadi umat yang kuat untuk memimpin percaturan musuh yang mengakibatkan
kepentingan umat tergadai
perjuangan Islam
08 MEMPERTAHANKAN
04 MEMELIHARA
Kesatuan Malaysia dan menolak usaha-usaha
Identiti kebangsaan Malaysia yang pemisahan mana-mana yang didalangi oleh
berteraskan kepada Islam, bahasa Melayu pihak-pihak luar.

dan adat Melayu.

39

AGENSI ISMA

ISMA
JDT FC

Biro
Kebudayaan

RAKAN STRATEGIK

BKM: Biro Keluarga & Masyarakat I-Medik: Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim KOPRESS: Koperasi Profesional Muslimin Malaysia Berhad
BKOM: Biro Komunikasi, Korporat & Multimedia Malaysia PEACE: Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam PEACE
KRIM: Kelab Remaja Isma ISMA JDT FC: Isma Johor Darul Takzim Football Club
NAZIM: Kelab Anak Hebat Isma PACU: Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah KOMTECH: Komuniti Teknikal Islam Malaysia
MUIS: Majlis Ulama Isma Usman: Persatuan Usahawan Muslim Nasional IRIS INSTITUTE: Interdisciplinary Research & International
WAFIQ: The International Women's Alliance for Family Institution
Strategy Institute
& Quality Education
i-GURU: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia

40

41

42

HUBUNGI KAMI

Isma Johor Bahru ismajohor.org.my

30-01, Jalan Setia Tropika 1/29, @ismajohorbahru
Taman Setia Tropika, @ismaiskandarputeri
81200 Johor Bahru, Johor
011-5760 4037 @ismabatupahat
07-2447506 (Fax)
Imbas sekarang
[email protected] Daftar ahli Isma

Isma Iskandar Puteri

37A, Jalan Pulai Perdana 11,
Taman Sri Pulai Perdana,
81110 Skudai, Johor
011-69855815

[email protected]

Isma Batu Pahat

No. 20A, Jalan Universiti 4, Taman
Universiti, Parit Raja, 86400 Batu
Pahat, Johor
011-32396170
[email protected]


Click to View FlipBook Version