PEMBENTANGAN BAHASA MELAYU
Tema : Keselamatan & Kebudayaan, Kesenian dan
Estetika
Tajuk : Modus Operasi Sindiket Penipuan Dan Langkah
Untuk Mengatasinya & Kain Telepuk
Disediakan oleh:-
Nurul Iman binti Hafizan
SC224018
4 AL KHAWARIZMI
Tema: Keselamatan
Tajuk: Modus Operandi Penipuan Sindiket Dan Langkah Untuk
Mengatasinya
• Modus Operandi Penipuan Sindiket merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh penjenayah digital untuk
mendapatkan sesuatu daripada mangsa secara haram. Selaras dengan kecanggihan teknologi pada masa kini,
modu operandi para penjenayah siber semakin berleluasa hanya dengan menggunakan telefon bimbit sebagai
saluran utama.
• Saya memilih tajuk ini kerana saya berpendapat bahawa modus operandi penipuan sindiket ini perlulah diketahui
oleh semua pihak untuk mengelakkan daripada terjebak dengan perkara ini.
Tema: Keselamatan
Tajuk: Modus Operandi Penipuan Sindiket Dan Langkah Untuk
Mengatasinya
MODUS OPERANDI
Kes Pesona Cinta Siber
• Penjenayah mengunakan kata – kata dan janji manis untuk menambat hati mangsa.
• Penjenayah mencipta masalah palsu untuk menipu mangsa supaya berkorban harta atau wang.
• Penipuan biasanya lambat disedari, iaitu hanya selepas mangsa mengalami kerugian yang besar.
• Kebiasaannya mangsa yang ditipu melalui kaedah ini ialah mangsa yang lurus,pendiam dan pendek akal.
Kes Penipuan Macau
• Penjenayah menyamar sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah, pegawai bank, atau pegawai kastam.
• Penjenayah menelefon mangsa dan membawa khabar buruk palsu tentang keterlibatan mangsa dalam masalah
perundangan atau kewangan.
• Menyebabkan mangsa berasa gundah-gulana, cemas, kebingungan, dan ketakutan lantas benar-benar percaya bahawa
mereka terlibat tanpa berfikir panjang
• Penjenayah kemudian akan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah dan meminta bayaran daripada
mangsa.
Tema: Keselamatan
Tajuk: Modus Operandi Penipuan Sindiket Dan Langkah Untuk
Mengatasinya
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI
PANGGILAN PALSU
• Katakan anda tidak boleh bercakap panjang sekiranya menerima panggilan daripada pihak berkuasa atau bank.
• Minta dan semak butiran yang diberikan terlebih dahulu sebelum membuat semula panggilan untuk maklumat lanjut.
• Putuskan panggilan, biarkan telefon berdering atau alihkaaun ke mel peti suara and sekiranya mendapat panggilan
daripada nombor telefon luar negara atau nombor yang tidak dikenali
• Jangan memberikan butiran atau maklumat sulit peribadi kepada pihak yang tidak berkenaan sewenang – wenangnya.
• Jangan muat turun aplikasi sekiranya disuruh berbuat demikian kerana dikhuatiri aplikasi itu mengandungi perisian yang
dapat mendedahkan butiran peribadi anda.
• Hubungi penyedia perkhidmatan telefon jika mendapat pangillan daripada orang yang tidak dikenali berulang – ulang
kali.
PENIPUAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)
• Hubungi pihak agensi atau bank yang diperoleh daripada laman sesawang yang sah sekiranya menerima SMS untuk
pengesahan.
• Abaikan SMS yang mempunyai kesalahan perkataan, ayat atau tatabahasa dalam teks tersebut.
• Hubungi penyedia perkhidmatan telefon untuk menyekat nombor SMS yang diterima.
Tema: Keselamatan
Tajuk: Modus Operandi Penipuan Sindiket Dan Langkah Untuk
Mengatasinya
PERIBAHASA
• Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga
Maksud: Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya.
• Sediakan payung sebelum hujan
Maksud: Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.
KESIMPULAN
Konklusinya, jenayah dan penipuan siber ini perlulah dititikberatkan oleh masyarakat untuk mengelakkan perkara buruk ini
berlaku pada generasi yang akan datang. Hal ini kerana, selain daripada mengalami kerugian besar, mangsa juga boleh
menghadapi stress dan masalah mental yang serius.Maka di sini jelaslah bahawa, kita perlulah bersama – sama berganding
bahu untuk mengelakkan penipuan sindiket ini berleluasa di negara kita
Tema: Kebudayaan, Kesenian Dan Estetika
Tajuk:Kain Telepuk
• Kain Telepuk merupakan seni hiasan kain melalui proses menekap corak menggunakan perada emas dan perak
lambang kebangsawanan keluarga diraja Selangor.Telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang dibuat daripada
emas. Dahulu, seni telepuk ini berkembang di kawasan Pahang dan Johor. Seni Telepuk ini juga kebiasaannya
menghiasi kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala.
• Saya memilih tajuk ini kerana kesenian tekstil tradisi di negara kita yang semakin pudar selaras dengan trend
terkini yang banyak mengunakan tekstil moden.
Tema: Kebudayaan, Kesenian Dan Estetika
Tajuk:Kain Telepuk
ALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENELEPUK MOTIF KAIN TELEPUK
• Sudip • Motif bunga pecah lapan dilengkapkan dengan dua helai
• Gam Arab
• Acuan dan penerap daun dan putik.
• Berus • Motif bunga cengkih disusun dalam bentuk bunga pecah
empat.
• Motif bunga pecah empat yang berkembang menjadi bunga
pecah lapan.
PROSES MENELEPUK
1. Menyapu gam pada lengan dengan sudip.
2. Menekap acuan pada lengan yang telah bergam.
3. Menekap acuan yang telah dilekatkan gam pada kain.
PROSES MENGGERUS
1. Menggunakan siput gerus, bertujuan untuk menggilap dan melicinkan kain. Proses ini dilakukan sebelum proses
menelepuK.
2. Melekatkan kepingan perada emas pada kain yang telah bergam.
3. Menanggalkan bahagian perada emas yang tidak bergam.
Tema: Kebudayaan, Kesenian Dan Estetika
Tajuk:Kain Telepuk
PERIBAHASA
• Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman
Maksud:Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh.
• Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang
Maksud:Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa.
Tema: Kebudayaan, Kesenian Dan Estetika
Tajuk:Kain Telepuk
KESIMPULAN
Konklusinya, tradisi kain telepuk merupakan satu warisan dan budaya bangsa yang perlu dipelihara dan dijaga
supaya tidak dtanggelam dalam zaman moden terutamanya dengan kehadiran teknologi pada masa kini. Oleh sebab
itu, semua pihak perlulah bertanggungjawab dan mengambil peranan masing – masing dalam usaha menghidupkan
semula warisan ini. Maka di sini jelaslah bahawa, Janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan
asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita disebaliknya berusaha untuk
mengelakkan kesenian kain telepuk ditelan arus kemajuan kini.
-TAMAT-