The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuramirazainudin30, 2022-02-14 10:03:22

KRMJ BUDAYA SALAM PDF

KRMJ BUDAYA SALAM PDF

KARAKTER MURID JOHOR
AMALAN BUDAYA SALAM

PENDAHULUAN

Amalan budaya salam adalah salah satu elemen penting yang perlu diambil berat oleh setiap individu
khususnya murid-murid sekolah. Budaya mengucapkan salam haruslah dipupuk dan diamalkan dari awal

supaya murid dapat membiasakan diri dengan budaya yang indah ini. Budaya salam ini bukan sahaja
dapat mendidik murid dalam membentuk peribadi diri malahan dapat mewujudkan hubungan saling
hormat menghormati, sifat kasih sayang serta menjadikan suasana sekolah yang kondusif dan harmoni

Amalan ini perlu dipraktikkan pada setiap masa apabila bertemu rakan, guru, staf sokongan, ibu bapa
dan juga tetamu yang hadir ke sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif

dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang

OBJEKTIF

Membentuk budaya Membentuk hubungan Membentuk sifat
positif dalam kalangan yang teraputik dan hormat menghormati
dan kasih saying dala,
murid Johor suasana yang kondusif kalangan murid Johor
di sekolah

Mewujudkan
keseronokan untuk
datang ke sekolah

KUMPULAN SASARAN

SEMUA WARGA SEKOLAH

• Pihak pengurusan
• Guru
• Murid

• Kakitangan sekolah
• Pengawal keselamatan
• Tetamu dan pelawat yang hadir ke sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

1) Amalan budaya salam akan dilaksanakan mengikut norma baharu iaitu amalan salam tanpa
sentuhan.

2) Murid akan meletakkan tangan di dada kiri sebagai tanda hormat dengan ucapan salam
seperti;
i) Assalamualaikum cikgu
ii) Selamat pagi cikgu
iii) Apa khabar cikgu

3) Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya dimana guru terlebih dahulu memberikan salam

CARA BUDAYA SALAM
NORMA BAHARU KRMJ

PENUTUP

Usaha menmbudayakan amalan salam norma baharu ini adalah
tanggungjawab semua individu disekolah. Pihak pengurusan dan
guru-guru harus sentiasa mengingatkan murid tentang pentingnya
budaya menberi salam kepada semua warga sekolah baik dengan
guru, staf sokongan, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan
juga dengan rakan mereka sendiri supaya kita dapat melahirkan

murid Johor yang beridentiti


Click to View FlipBook Version