The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 2019 EDITTED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiscity03, 2019-05-20 20:12:21

MESYUARAT GURU BIL1/2019

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 2019 EDITTED

Keywords: MESYUARAT GURU

MINIT MESYUARAT GURU BIL.1/2019 Catatan
SMK SAINT PATRICK, MUKAH Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran
Tarikh:28 Disember 2018 Penolong Kanan HEM
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Saint Patrick Penolong Kanan Kokurikulum
MASA : 0800 pagi hingga 1200 tengah hari Ketua Bidang Kemanusiaan
Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
KEHADIRAN : Ketua Bidang Bahasa
Guru Interim
Bil. Nama Guru Interim
1 Encik Anthony Poon Teck Huat GAB
2 Encik Silvester Alan William GAB
3 Encik Cyril Germanus Bin Aloysius Akup Guru Interim
4 Encik Abang Djohan Bin Abang Isa Guru Interim
5 Cik Nipah @ Hanipah Binti Lias GBK
6 Puan Melly Binti Zainorin GAB
7 Puan Ong Mei Yen GAB
8 Cik Annatashia Qacuelyna Binti Raubi GAB
9 Cik Caroline Binti Mami GAB
10 Cik Ho Ling Fei GAB
11 Cik Jeanefa Umat Binti Dick GAB
12 Cik Nor Afida Binti Osman GAB
13 Cik Norin ak Inda GAB
14 Cik Siti Aishah Binti Imam Muslim Guru Interim
15 Cik Siti Fatimah Binti Norddin GAB
16 Cik Syazwani Binti Subpei @ Shafei GAB
17 Cik Tan Chia Shin GAB
18 Cik Zuriah Binti Hamdie GAB
19 Encik Boosyn Bin Budiew GAB
20 Encik Dennis Anak Bun GAB
21 Encik Ismandi bin Dillah GAB
22 Encik Jackson Anak Lajen GAB
23 Encik Joseph Kalong Anak Mathiew Runa GAB
24 Encik Joy Bin Salunting GAB
25 Encik Luqman Hakim Abdullah GAB
25 Encik Mansor Bin Mohamad GAB
27 Encik Michecel Bin Sares GAB
28 Encik Muhamad Fadhli Bin Muhamad
29 Encik Omar Bin Dris
30 Encik Pau Anak Chaong
31 Encik Ramli Bin Hang Tuah
32 Encik Zulkarnain Bin Norshen
33 Puan Flora Lomboting
34 Puan Kamisah Binti Galau
35 Puan Norziah Binti Mohamad Kadir
36 Puan Nur Azieanna Binti Mamat Amin

1

37 Puan Pendi Seli GAB
38 Puan Rafidah Binti Osman GAB
39 Puan Sandy Tubak GAB
40 Puan Siti Ana Binti Hamdan GAB
41 Puan Tang Peh Ling GAB
42 Puan Wong Ping Hong GAB
43 Puan Yusniwati Binti Yusoff GBK
44 Puan Zaidatul Akmal Binti Zainal Abidin GAB

Tidak Hadir Bersebab: Catatan

Bil. Nama Tidak Hadir Bersebab
1. Puan Sim Mee Hwa Tidak Hadir Bersebab (Menghadiri
2. Encik Johnny Poon Teck Choi mesyuarat selepas pukul 11:00 pagi
Tidak Hadir Bersebab
3. Puan Lee Yip Ching

1.0 Kata-kata aluan Pengerusi.
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru.
1.2 Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Penolong Kanan, guru

(koperasi dan SPBT) dan semua AKP yang telah bertungkus lumus dalam kerja-kerja
persiapan untuk pembukaan sesi persekolahan 2019.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada PK Pentadbiran dan PK Hem
kerana mendapat kenaikan pangkat ke Gred DG52.
1.4 Bagi kuota guru tahun 2019 SMK Saint Patrick masih kekurangan 4 orang guru untuk
melengkapkan kuota 51 orang guru, ini termasuklah guru-guru bagi mata pelajaran
Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam , dan Sejarah.
1.5 Kuota AKP bagi tahun 2019 ialah 10 orang tetapi masih ada lebih 3 orang kerana
jumlah yang adalah 13 orang.
1.6 Enrolmen pelajar bagi tahun 2019 ialah 642 orang berbanding 594 orang pada tahun
2018.
1.7 Bagi pencapaian PT3 2018, Pengerusi memaklumkan GPS ialah 4.13 dengan lulus
semua mata pelajaran sebanyak 18.40% berbanding 4.26(GPS) dan 25.41%(lulus
semua mata pelajaran) pada tahun sebelumnya.
1.8 Visi dan misi sekolah adalah seiring dengan visi dan visi KPM. Misi sekolah ialah
menjadi Sekolah Cemerlang pada tahun 2021.Rujuk School Road Map(Buku Panduan
Staf 2019)
1.9 Hala tuju pendidikan 2018-2023 dan 12 inisiatif terbaharu Peringkat Sekolah KPM;
Perlu susun semula perancangan bagi mencapai sasaran akademik.
1.10 Fokus sekolah pada tahun 2019 ialah kejayaan Program TS25 khususnya Projek Based
Learning(PBL), Pembangunan Kapasiti Guru dan AKP(Budaya kajian tindakan, lesson
study, CPD/LDP, inovasi guru, 25% guru mencapai markah cemerlang dalam standard
4 SKPMg2.
1.11 Perancangan dan persiapan untuk Program/aktiviti penting sepanjang tahun 2019:
1.11.1 Takwim Sekolah Tahun 2019
1.11.2 Program Sekolah Transformasi-Pelaksanaan Projek Based Learning(PBL)-

Persiapan pertandingan PBL negeri.

2

1.11.3 Program/Aktiviti Sekolah Capacity Building yang berkaitan dengan
pemantapan PdPc(PAK21 edisi3),Budaya kajian tindakan, inovasi PdPc(1
panitia 1 inovasi) dan EKSA.

1.11.4 Program HIPERS - Pelaksanaan program-program seperti dalam Pelan
Tindakan HIPERS 2019.

1.11.5 Sekolah Inspirasi SKPMg2- Pengurusan dokumentasi dan evidens yang kemas
kini dan lengkap untuk auditan nazir.

1.11.6 Pelaksanaan KBAT/HEBAT dan amalan penggunaan tools iTHINK serta lain-
lain bahan penggalak kemahiran berfikir dalam PdPc dan aktiviti
kokurikulum. Peruntukan khas (Hadiah dari KPM)

1.11.7 Penyediaan kertas kerja untuk permohonan peruntukan dan surat jemputan
penceramah.

1.12 Saranan untuk terus memacu kejayaan sekolah melalui Budaya Kerja Cemerlang.
1.12.1 Amalan 4C - Commitment(memberi komitmen), Contribution(memberi
sumbangan),Communication(berkomunikasi), dan cooperation(bekerjasama)
1.12.2 Pemantapan ASK (A-Attitude (sikap), S-Skill (kemahiran) dan K-Knowledge
(pengetahuan)melalui Capacity Building/LDP, kajian tindakan dan inovasi.
1.12.3 Mengamalkan Budaya Kerja ”betulkan yang biasa dan biasakan yang betul”,
contohnya pematuhan SOP kerja.
1.12.4 Always focus more on effective system on how to do your work efficiently
and quality output. (Fokus kepada keberkesanan sistem dan penghasilan
kerja yang berkualiti daripada asal siap sahaja).
1.12.5 “Effeciency is doing thing right, effectiveness is doing the right things”
(kecekapan ialah melakukan kerja dengan betul;keberkesanan ialah
melakukan perkara yang betul) –Peter F.Drucker.

1.13 Dasar Pengurusan Pentadbiran.
1.13.1 Mematuhi Akta Pendidikan 1996. Perintah Am Pegawai Awam dan prosedur
kerja sebagai penjawat awam, Peraturan-peraturan Pendidikan(Kurikulum
kebangsaan 1997 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999: Penyediaan rekod
Pengajaran dan Pemudahcaraan-semua wajib membaca dan mematuhi surat
pekeliling yang diturunkan oleh pihak atasan).
1.13.2 Peraturan dan arahan tetap SMK St.Patrick-sila rujuk buku Panduan Staf
2019.
1.13.3 Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah sejajar
dengan Aku Janji dan slogan “Saya yang menjalankan amanah”
1.13.4 Proaktif dalam menjalankan tugas hakiki dan tugas-tugas lain sebagai AJK.
1.13.5 Elak kontroversi dan aduan daripada ibu bapa dan pihak awam.
1.13.6 Berinisiatif dan bertanggungjawab dalam mengemas kini maklumat peribadi
dalam sistem “online”(HRMIS,eOPERASI, dan ePangkat).
1.13.7 Perlu teliti dan berhati-hati dalam penggunaan media
sosial(facebook,twitter,whatsaap,telegram, dan lain-lain)
1.13.8 Perhubungan dengan pelajar- Layanan baik dan mesra terhadap pelajar :Love
your students as you love your children. Hukuman fizikal terhadap pelajar
hendaklah dielakkan.
1.13.9 Pengurusan buku teks, kerusi, dan meja- Budaya menjaga kebersihan dan
menghargai kemudahan sekolah perlu diterapkan dalam diri pelajar.
1.13.10 Perhiasan kelas – Sila urus dalam minggu pertama pada bulan Januari 2019
termasuk langsir. Elak mengotorkan dinding dan dilarang menggunakan
“double sided tape” pada dinding kelas. Kalau ingin mengecat kelas
hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Sila rancang tarikh
dan kerjasama dengan pihak PIBG.
1.13.11 Sudut mata pelajaran dan sudut Parking lot wajib diwujudkan di dalam kelas.
1.13.12 Permohonan Cuti Rehat Khas(CRK)-sila patuhi peraturan dan syarat.

3

1.13.13 Dasar Melindungi Masa Instruksional(MMI)-Pemimpin Instruksional,guru
mengajar dan murid belajar. Guru CRK, berkursus, dan yang terlibat dalam
aktiviti luar wajib menyediakan bahan-bahan PdPc atau mengadakan kelas
gantian untuk kelas atau waktu yang ditinggalkan.

1.13.14 myPorfolio – pengemaskinian myPorfolio mengikut senarai tugas dan AJK
guru.

1.13.15 Surat rasmi KPM – Sijil ISO9001:2008 tamat pada 14 September 2018 dan
pihak BPSH, KPM tidak memohon pensijilan bagi tahun seterusnya. Maka
logo ISO tidak digunakan lagi dalam surat rasmi KPM/JPNS/PPD/Sekolah.

1.13.16 Kebenaran keluar negara- wajib mematuhi prosedur dan kelulusan ketua
Jabatan. Peraturan Am Bilangan 3 Tahun 2012-Borang permohonan perlu
dikemukakan 3 bulan lebih awal.

1.14 Pengurusan kewangan.
1.14.1 Prosedur dan peraturan kewangan terkini perlu dipatuhi.
1.14.2 Perancangan dan perbelanjaan PCG mengikut enrolmen pelajar. Rancang
awal dan tentukan jenis aktiviti, bincang dalam mesyuarat panitia dan
diminitkan.
1.14.3 Wajib ada kertas kerja dan SOP pengurusan pelajar dipatuhi dalam
perlaksanaan aktiviti.
1.14.4 Penggunaan PCG mesti ada nilai tambah dan fokus dalam pembelian bahan-
bahan untuk pemantapan PAK21, amalan KBAT/HEBAT dan PBL.
1.14.5 Baki yang tidak mengikut enrolmen perlu dikembalikan.
1.14.6 Teguran audit KPM perlu dipatuhi dan pastikan tidak berulang.
1.14.7 Permohonan aset alih sumbangan PIBG yang dijadikan aset alih kerajaan
perlu diurus segera.
1.14.8 Urusan migrasi maklumat aset alih ke sistem baharu pengurusan maklumat
aset alih perlu diuruskan dengan segera.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 4/2018.
Minit mesyuarat Bil.4/2018 dicadangkan untuk disahkan oleh Cikgu Melly binti
Zainorin dan disokong oleh Cikgu Hanipah binti Lias.

3.0 Perkara-perkara berbangkit
Tiada usul yang dibangkitkan dalam minit mesyuarat guru bil. 4/2018

4.0 Pengurusan kurikulum (PK Pentadbiran)
4.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Penolong-Penolong Kanan, Guru Bimbingan

dan Kaunseling dan AKP dalam menyiapkan Buku Panduan Staf 2019 termasuklah Tuan
Pengetua atas nasihat beliau bagi memperbaiki penghasilan buku ini. Hala tuju Buku
Panduan staf 2019 ini lebih kepada SKPMG2 Standard 4 bagi pencerapan 2019.

Tindakan dan makluman : Semua Guru
4.2 Beliau memaklumkan bahawa jadual waktu pada hari Jumaat bagi sesi pagi berubah bagi

menyeimbangkan keperluan jadual semasa bagi waktu berkembar.
Tindakan dan makluman : Semua Guru

4.3 Beliau juga mengingatkan semua guru bahawa maklumat tentang Dialog Prestasi bagi
tahun 2019 perlu dirujuk dalam Buku panduan Staf 2019. Pengerusi pula mamaklumkan
bahawa bagi senarai semak pengurusan RPH 2019 hendaklah dirujuk melalui whatsapp
sekolah.
Tindakan dan makluman : Semua Guru

4.4 Dalam Mesyuarat Panitia pula, Ketua Panitia perlu menetapkan standard latihan kepada
pelajar bagi meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
Tindakan dan makluman : Semua Guru

4.5 Beliau mengingatkan bahawa ujian diagnostik tingkatan 4 perlu dilaksanakan.

4

4.6 Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Melly binti Zainorin atas
kenaikan gred ke DG 48.

4.7 Beliau mengingatkan juga tentang pengesahan guru baharu dalam SGM.
4.8 Rumusan Pengerusi.

4.8.1 Senarai semak penyediaan RPH perlu diwujudkan oleh semua guru.
4.8.2 Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 - Pertandingan Video Terbaik PAK21

Guru Hero.
4.8.3 Perancangan Pelaksanaan “Project Based Learning”(PBL). Hantar Borang

Cadangan PBL Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 pada atau sebelum 31/1/2019.
4.8.4 Perancangan dan pengurusan PdPc secara berkesan perlu mengetengahkan

amalan KBAT,HEBAT, dan PAK21.
4.8.5 Fail Rancangan Persediaan Pengajaran sebagai sebahagian daripada dokumen

SKT dan Keberhasilan.
4.8.6 Standard kualiti dan kualiti pemberian latihan kepada pelajar perlu ditetapkan

oleh Ketua Panitia Mata Pelajaran dalam mesyuarat panitia pertama.(Saranan
Jemaah Nazir)

5.0 Pengurusan Hal ehwal murid. (PK Hem)
5.1 Beliau mengucapkan Selamat Hari Natal kepada guru-guru yang meraikan.
5.2 Bagi tahun 2019 pengurusan lebih berfokus kepada SKPMg2 Standard 3.3 iaitu perihal

pengurusan murid. (muka surat 66-77 dalam buku panduan staf 2019)
5.3 Buku kehadiran murid hendaklah sentiasa dikemas kini. Contohnya resit-resit bayaran

pelajar hendaklah ditulis pada ruangan yang telah disediakan.
5.4 Pendaftaran murid bukan warganegara hendaklah disemak melalui Sijil Lahir pelajar

tersebut.
5.5 Beliau memaklumkan juga bahawa fail peribadi murid perlulah dikemas kini. Setiap

maklumat terutamanya urusan surat-menyurat hendaklah disimpan dalam fail pelajar
berkenaan.
5.6 Pendaftaran pelajar
5.6.1 Pelajar yang tiada nama dalam pendaftaran dirujuk kepada Cikgu Cyril
5.6.2 Pelajar yang menerima buku teks diingatkan untuk membalut buku teks mereka

dengan kertas lut sinar. Bagi tingkatan 3, buku teks yang dibekalkan masih tidak
mencukupi.
5.6.3 Bagi kes pertukaran atau perpindahan pelajar perlu berurusan dengan PK Hem.
Pengerusi menambah maklumat bahawa setiap dokumen perlu lengkap
termasuklah rekod disiplin pelajar berkenaan.
5.7 Pengurusan disiplin murid.
5.7.1 keseluruhan kehadiran pelajar pada tahun 2018 ialah 93%.
5.7.2 Bagi setiap ketidakhadiran pelajar, ibu bapa hendaklah dihubungi untuk
makluman dan memudahkan pihak PK Hem mengeluarkan surat amaran jika
telah berada dalam zon berkenaan.
5.7.3 Ketidakhadiran pelajar 10 hari berkala perlu direkod dalam SSDM dan surat
amaran akan dikeluarkan.
5.8 Buku kawalan keluar kelas
5.8.1 Buku kawalan kelas perlu dikembalikan di rak kelas dalam bilik guru selepas
PdPc tamat.
5.8.2 Guru terakhir perlu semak kebersihan kelas untuk mengelakkan tuduhan yang
tidak berasas.
5.8.3 Pelajar yang keluar ke tandas perlu direkod nama dalam buku harian pelajar.
5.8.4 Penggunaan pas keluar hendaklah digunakan dengan lebih efisien untuk
mengawal pergerakan pelajar.
5.8.5 Guru KDT perlu prihatin terhadap kehadiran pelajar sebelum PdPc bermula.

5

5.9 Pengurusan Perhimpunan
5.9.1 Sesi perhimpunan sekolah bagi tahun 2019 akan diadakan pada hari selasa
secara giliran untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

5.10 Dasar keselamatan sekolah
5.10.1 Pada tahun ini Program Pengungsian Bangunan akan diadakan untuk sesi pagi.
5.10.2 Aktiviti-aktiviti yang dilakukan perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan
semua pihak.

5.11 Bagi maklumat tentang Takwim PK Hem boleh merujuk terus kepada beliau.
5.12 Pendaftaran pelajar.

5.12.1 Kedudukan untuk kelas Tingkatan 1, Tingkatan 4, dan Tingkatan 5 adalah di
dalam kelas masing-masing

5.12.2 Bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 pula akan berada di dalam Dewan Stella Duce.
5.12.3 Guru-guru disaran menggunakan pakaian kerja pada hari berkenaan.
5.12.4 Rumusan Pengerusi.

5.12.4.1 Pelajar yang tercicir nama semasa pendaftaran perlu dirujuk kepada
PK Hem. Sasaran penurunan kepada 0.27% murid tercicir pada tahun
2019 merupakan KPI pihak KPM yang perlu dicapai.

5.12.4.2 Surat Pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Bil.JPNSW.SPS.100-2/12 Jld.2(38) bertarikh 26 Disember 2019 adalah
tentang pemakaian kasut hitam.

5.12.4.3 Pemakaian kasut hitam yang sepenuhnya adalah pada tahun 2021.
Maka bagi tahun 2019 dan tahun 2020 merupakan tahun peralihan.

5.12.4.4 Elemen KBAT juga perlu diselitkan dalam pengurusan Hem.
5.12.4.5 Etika pemakaian ibu bapa ke sekolah semasa pendaftaran akan

diposkan dalam whatsapp PIBG sekolah.

6.0 Pengurusan Kokurikulum.(PK Kokurikulum)
6.1 PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas

kecemerlangan yang dicapai pada tahun 2018.
6.2 Slogan “Road To Gold” akan diguna pakai pada tahun 2019 bagi memantapkan slogan

sedia ada.
6.3 Setiap perubahan AJK Kokurikulum terkini perlu dirujuk dalam Buku Panduan Staf 2019.
6.4 Bagi mendapatkan Takwim Umum perlu rujuk Pk Kokurikulum.
6.5 Sesi perjumpaan untuk sukan dan permainan akan diadakan seawal bulan Januari dan

Februari selari dengan aktiviti sukan pada awal tahun.
6.6 Sesi perjumpaan untuk kelab dan unit beruniform pula adalah pada bulan Mac hingga

Oktober.
6.7 Aktiviti Rentas Desa Peringkat Bahagian akan diadakan pada 26 Januari 2019 dengan

menjadikan gelanggang serbaguna sekolah sebagai tempat permulaan dan petamat.
6.8 Rumusan Pengerusi

6.8.1 Guru PJK perlu memastikan rutin senaman dilakukan sebelum menjalankan
aktiviti sukan atau permainan.

6.8.2 Kenal pasti pelajar yang ada masalah kesihatan bagi mengelakkan perkara yang
tidak diingini berlaku.

6.8.3 Persiapan awal hendaklah dilakukan sebagai penetapan sasaran kokurikulum
tahun 2019 seperti Rentas Desa, Bola Tampar, Olahraga, Taekwando, Wushu,
Robotik dan Pals.

6.8.4 Elemen KBAT/HEBAT wajib diselitkan dalam setiap aktiviti.

7.0 Hal-hal lain.
7.1 Cikgu Ho LF memaklumkan kepada guru KDT/Penolong KDT supaya melengkapkan

borang Koperasi dan menyerahkan buku resit kepada pihak koperasi. Bagi pelajar yang
berpindah boleh mengambil saham daripada beliau dan tidak perlu membayar saham

6

koperasi sesi 2019 serta pelajar berkenaan tidak perlu membeli pakej penuh bagi buku
latihan di koperasi.
7.2 Cikgu Jeanefa mengingatkan guru KDT tingkatan 1 dan tingkatan 2 untuk menyerahkan
salinan kad pengenalan kepada beliau untuk memudahkan urusan biasiswa.
7.3 Cikgu Johnny memaklumkan kesilapan pada email beliau iaitu kepada gmail @com.

8.0 Penutup.
8.1 Pengerusi memaklumkan lantikan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak baharu Negeri

Sarawak iaitu Dr. Azahar Ahmad.
8.2 Seterusnya Pengerusi memohon komitmen guru dalam menjayakan segala program bagi

tahun 2019. Segala tugas perlu digalas dengan cemerlang dan penuh kerjasama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:00 tengah hari.

Disediakan oleh, ...........................................................
(MICHECEL BIN SARES)
................................................. Pencatat minit 2
(JOHNNY POON TECK CHOI)
Pencatat minit 1 Disahkan oleh,

................................................ ...........................................................
(JACKSON ANAK LAJEN) (ANTHONY POON TECK HUAT)
Pencatat minit 3 Pengetua
SMK St. Patrick, Mukah
Disemak oleh,

................................................
(SILVESTER ALAN WILLIAM)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK St.Patrick, Mukah

7


Click to View FlipBook Version