SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN U3
JALAN SP2/10 SUBANG PERDANA
40150 SHAH ALAM
GARIS PANDUAN
PENGURUSAN PEMBUKAAN
SEMULA SEKOLAH DENGAN
NORMA BAHARU
2021
1
PRAKATA
Terima kasih kepada semua warga sekolah dan ibu bapa yang sentiasa mengikuti perkembangan
berkaitan pembukaan semula sesi persekolahan ekoran pandemik Covid 19.
Buku panduan ini diterbitkan oleh pihak sekolah atas rasa tanggungjawab pihak sekolah untuk
menyebarkan garis panduan yang akan digunapakai oleh warga sekolah bagi memulakan sesi
persekolahan. Diharapkan buku panduan ini dapat menjelaskan segala persoalan yang bermain di
fikiran ibu bapa berkenaan keselamatan anak-anak sepanjang tempoh berada di sekolah.
Merujuk surat yang dikeluarkan oleh KPM bilangan 100-1/3/3 Jilid 3 iaitu berhubung dengan
pemakluman tersebut terdapat 3 perincian model yang dicadangkan iaitu Model 1, Model 2 dan Model 3.
Hasil mesyuarat bersama pentadbir sekolah dan PPD, Sekolah Kebangsaan Jalan U3 telah memilih
Model 2 untuk dilaksanakan. Model 2 ini digunakan bagi sekolah yang beroperasi secara 2 sesi dan
tidak mempunyai ruang dan peralatan yang mencukupi untuk menempatkan semua murid dalam satu
sesi.
Besarlah harapan kami agar warga sekolah dan ibu bapa dapat membaca, memahami dan menerima
segala usaha dan tindak susul yang telah diputuskan atas nasihat daripada Pegawai PPD Petaling
Perdana.
Semoga segala kerja buat kita dipermudahkan oleh Allah SWT dengan berpegang kepada slogan
sekolah “Kerjasama dan Kerja bersama-sama.”
Sekian, Wassalam
MOHD ROZALI BIN SENIK
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN U3.
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN/PRAKATA 2
1.0 MAKLUMAN 5-7
2.0 PRASARANA SEKOLAH 8-9
3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPc) 9-10
4.3 KESELAMATAN MURID GURU DAN WARGA SEKOLAH 11-13
5.0 CARTA ALIR PERGERAKAN MURID DATANG 13-21
DAN BALIK SEKOLAH 22-25
6.0 PENERANGAN LALUAN (PELAN LANTAI) 27-30
7.0 PERSIAPAN KESIAGAAN SEKOLAH MENGIKUT
31-39
KETETAPAN SOP 40
8.0 SOALAN LAZIM (FAQ)
PENGHARGAAN
3
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN U3
JALAN SP 2/10,SUBANG PERDANA, SHAH ALAM
# 1– MAKLUMAN
# 2– PRASARANA SEKOLAH
# 3– PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPc)
4
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DENGAN NORMA BAHARU 2.0
PENDAHULUAN
Buku Panduan ini disediakan oleh pihak sekolah sebagai rujukan kepada guru, Anggota Kumpulan
Pentadbir (AKP), ibu bapa / penjaga dan murid-murid tentang pengurusan sekolah dengan mengambil
kira langkah-langkah bagi mengekang penularan jangkitan Covid 19 berpandukan garis panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian
Pendidkan Malaysia. Diharapkan buku panduan ini dapat menjelaskan tentang Standard Operating
Procedures (SOP) yang disediakan dan akan dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan Jalan U3.
1.0 MAKLUMAN
1.1 Seiring dengan pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan
pembukaan semula sekolah dan kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2021 adalah
seperti berikut:
1.1.1 Secara bersemuka di sekolah mulai 1 Mac 2021:
(a) Semua murid sekolah rendah termasuk murid prasekolah & PPKI
(b) 1 Mac 2021 (Isnin) - Pembukaan Pra-sekolah. Tahun 1, Tahun 2 dan PPKI
(c) 8 Mac 2021 (Isnin) - Pembukaan Sesi persekolahan bagi murid Tahun 3
hingga Tahun 6.
1.1.2 Makluman Umum
a) Bergejala bermaksud simptom awal jangkitan Covid 19 iaitu suhu badan melebihi
37.5 darjah, demam, selesema, sakit tekak, batuk dan sesak nafas.
b) Warga sekolah perlu mengamalkan penjagaan kesihatan dan penjarakan fizikal
bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid 19.
c) Penjarakan fizikal bermaksud jarak antara satu individu dengan individu yang lain
adalah 1 meter atau bahu ke bahu dalam semua aktiviti termasuk kedudukan di
dalam kelas, bilik guru dan bilik-bilik khas yang lain.
5
d) Pihak sekolah akan sentiasa memberi penerangan dan pendidikan secara
berterusan kepada warga sekolah mengenai penularan jangkitan Covid 19 dengan
memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan
menggunakan sabun dan pensanitasi tangan, penggunaan pelitup muka apabila
perlu dan kepentingan penjarakan fizikal.
e) Waktu persekolahan akan dilaksanakan seperti biasa, tiada perubahan jadual waktu,
masa dan mata pelajaran.
f) Bilik darjah akan sentiasa disanitasi sebelum dan selepas kelas digunakan. Murid
akan menggunakan tisu basah yang dibekalkan oleh pihak PIBG bagi tujuan
membersihkan meja dan tempat duduk masing-masing dengan pemantauan guru.
g) Fokus utama pembersihan adalah permukaan yang sering disentuh dan digunakan
oleh murid seperti meja, kerusi, tombol pintu, pemegang tangga, paip dan pengepam
tandas.
h) Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali atas sebab-
sebab tertentu yang difikirkan perlu dengan kebenaran pihak sekolah. Jika diberi
kebenaran ibu bapa / penjaga mesti mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak
sekolah seperti memakai pelitup muka, melakukan imbasan suhu badan dan
mensanitasi tangan.
i) Ibu bapa perlu memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum
membenarkan mereka ke sekolah.
1.2 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Murid DIGALAKKAN memakai pakaian seragam sekolah. Bagi murid yang belum mempunyai
pakaian seragam, dibenarkan memakai pakaian pendidikan jasmani dan baju sukan atau pakaian
yang sesuai dan kemas serta sopan (seluar jeans tidak dibenarkan) untuk hadir kesekoilah
sehingga 26 Mac 2021.
1.3 PINTU PAGAR
a) Pintu pagar A akan dibuka untuk kehadiran masuk murid pada jam 7.00 pagi bagi murid
PPKI dan 7.15 pagi bagi murid prasekolah.
b) Pintu pagar B akan dibuka untuk kehadiran masuk murid pada jam 7.00 pagi bagi sesi
pagi dan 12.30 tengahari bagi sesi petang.
6
1.4 KEADAAN KESIHATAN MURID
a) Suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala seperti batuk, selesema, sakit tekak tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
b) Jika murid yang didapati bergejala semasa berada di sekolah mereka akan diasingkan
di dalam bilik isolasi dan pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa penjaga.
1.5 KANTIN
a) Murid digalakkan membawa bekalan air dan makanan sendiri.
b) Pihak kantin menyediakan pakej makan dengan membuat pesanan melalui guru kelas.
c) Pakej makanan mengikut jadual dan menu yang berbeza setiap hari dalam seminggu
dengan kadar maksimum RM3.00
d) Murid makan di dalam kelas dan makanan akan dihantar ke kelas masing-masing.
e) Murid digalakkan membawa sudu dan garfu sendiri.
1.6 SOLAT
Telekung (perempuan) dan sejadah perlu dibawa oleh murid untuk solat
1.7 KOKURIKULUM
Semua aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan ditangguhkan sehingga diberitahu
1.8 IBU BAPA/PENJAGA
a) Memastikan anak pergi ke sekolah bagi agar tidak berlaku keciciran dalam pelajaran.
b) Murid Pra Sekolah tidak perlu membawa beg sekolah dan bekalan makanan makanan.
Semua kelengkapan tersebut akan disediakan.
c) Ibu bapa penjaga tidak di benarkan memasuki kawasan sekolah semasa sesi
persekolahan tanpa urusan penting
d) Mengingatkan anak, agar mengamalkan penjarakan sosial dan tidak dibenarkan
menyentuh, bersalam atau bersembang dengan kawan secara dekat.
e) Dapat mematuhi Pelan Laluan masuk dan balik sekolah seperti dalam lampiran.
f) Patuhi masa menghantar dan mengambil anak mengikut waktu yang ditetapkan bagi
mengelakkan masa menunggu yang lama di dalam kawasan sekolah.
g) Memastikan anak/anak jagaan sentiasa memakai pelitup separuh muka.dan digalakkan
untuk membawa ‘hand sanitizer’ / tisu basah untuk kegunaan sendiri
7
2.0 PRASARANA SEKOLAH
2.1 Bilangan kelas sedia ada dikekalkan iaitu sebanyak 22 kelas aliran perdana, 3 kelas prasekolah
dan 8 kelas PPKI. Bilangan keseluruhan murid SK Jalan U3 ialah 1897 orang.
2.2 Sekolah mempunyai kemudahan dewan tertutup dan dewan terbuka. Dewan ini akan digunakan
untuk murid tahap 1 berkumpul sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula dengan
kawalan guru dan penjagaan penjarakan fizikal yang telah ditetapkan.
2.3 Meja dan kerusi dalam bilik darjah disusun dengan penjarakan 1 meter atau dari bahu ke bahu
antara satu meja ke satu meja.
2.4 Pengoperasian kantin diberhentikan sementara kepada semua warga. Tiada penjualan langsung
kepada murid. Pesanan makanan akan dibuat oleh guru waktu pertama setiap hari. Menu
makanan akan ditetapkan oleh pihak kantin.
2.5 Bagi memastikan kesihatan murid sentiasa terjaga murid digalakkan membawa makanan dan
minuman sendiri dari rumah. Murid sesi pagi juga digalakkan bersarapan di rumah masing-
masing manakala murid sesi petang digalakkan makan tengah hari di rumah masing-masing
terlebih dahulu. Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar makanan kepada anak-anak sepanjang
tempoh pembelajaran anak-anak di sekolah.
2.6 Sepanjang tempoh PKP, penggunaan kantin tidak dibenarkan. Murid hanya dibenarkan makan
di kelas / tempat duduk masing-masing bersama guru. Pemakluman berkaitan penggunaan
kantin akan dimaklumkan kelak setelah mendapat kebenaran daripada KKM, MKN dan KPM.
2.7 Penggunaan tandas :
i. Hanya 2 orang murid dibenarkan keluar ke tandas pada satu-satu masa dengan
menggunakan kad kebenaran keluar kelas daripada guru.
ii. Hanya 4 orang murid sahaja yang dibenarkan berada dalam tandas pada satu-
satu masa.
iii. Tanda penjarakan akan diletakkan di luar tandas. Murid mesti mematuhi
penjarakan yang telah ditetapkan.
8
2.8 Penggunaan surau
i. Seorang murid atau beberapa orang sahaja (tidak melebihi 5 orang) yang
dibenarkan solat di dalam surau pada satu-satu masa.
ii. Murid digalakkan membawa sejadah dan telekung sendiri.
2.9 Penggunaan Bilik Isolasi : disediakan bagi menempatkan murid-murid yang bergejala sebelum
murid dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga.
j) Kedai buku beroperasi seperti biasa dengan mengamalkan penjarakan fizikal mengikut
SOP yang telah ditetapkan.
k) Murid-murid yang berjalan kaki dan berbasikal akan diimbas suhu badan sebanyak 3 kali
bagi memastikan murid tersebut benar-benar sihat.
3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDPc)
3.1 Guru merancang mengadakan aktiviti PDPc yang mematuhi keperluan penjarakan fizikal
iaitu:
(a) Kelengkapan dan peralatan PDPc
Semua kelengkapan dan peralatan telah disanitasi sebelum aktiviti PDPc
dilaksanakan.
(b) Pelaksanaan Aktiviti PDPc
Aktiviti PDPc berlangsung mengikut jadual pembelajaran seperti biasa, tiada
pengurangan waktu bagi sesi pagi dan sesi petang.
(c) Sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan. Aktiviti PDPc dihadkan dalam bilik
darjah sahaja.
(d) Murid dibenarkan memakai pakaian Pendidikan Jasmani semasa waktu Pendidikan
Jasmani walaupun tiada aktiviti (PJ) luar bilik darjah.
(e) Perhimpunan rasmi dan kegiatan kokurikulum tidak akan dilaksanakan sehingga
arahan selanjutnya dikeluarkan oleh KPM.
9
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN U3
JALAN SP 2/10,SUBANG PERDANA, SHAH ALAM
# 4 – PELAKSANAAN KESELAMATAN MURID
# 5 – CARTA ALIRAN PERGERAKAN MURID DATANG DAN BALIK SEKOLAH
# 6 – PELAN LANTAI SEKOLAH (LALUAN MASUK & LALUAN KELUAR)
10
4.3 KESELAMATAN MURID, GURU DAN WARGA SEKOLAH
Pentadbir bertanggungjawab:
4.3.1. Merujuk Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan
Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM pada 13 Mac
2020;
4.3.2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk
hadir ke sekolah. Pemakluman awal perlu diberikan kepada mereka sebelum
sekolah dibuka semula.
4.3.3. Memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan
sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari
4.3.4. di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Jika mempunyai
4.3.5. suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah. Pentadbir sekolah dibenarkan untuk melaksanakan saringan
ini di dalam kawasan sekolah berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan
masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan jalan utama. Hal ini adalah
bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakpatuhan kepada penjarakan fizikal.
Memastikan masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan suhu badan murid
yang berjalan kaki / berbasikal ke sekolah;
Melantik guru bertugas untuk:
a. Mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah semasa tiba
dan pulang;
b. Memeriksa suhu badan murid menggunakan alat pengimbas suhu badan;
dan
c. Mengawal pergerakan murid semasa rehat.
4.3.6. Memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi penjarakan fizikal
pada setiap masa dengan pengawasan guru;
11
4.3.7. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat
melalui siar raya pada waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi
persekolahan setiap hari. Peringatan secara berterusan dilaksanakan semasa
PdPc
4.3.8. Memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci tangan dengan
4.3.9. menggunakan air dan sabun. Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan
4.3.10. (hand sanitizer) boleh digunakan;
Memastikan guru atau pembantu pengurusan murid membantu MBK yang perlu
memegang bahan bantu belajar (guna sama) seperti gambar rajah timbul dan
peralatan khas, mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan
(hand sanitizer);
Memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan selang satu tempat duduk
apabila mereka menaiki kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster;
4.3.11. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan
4.3.12. yang disediakan.
Membekalkan pelitup muka kepada murid yang bergejala dan mereka diasingkan
di bilik Isolasi sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa mereka pulang.
4.3.13. Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang
4.3.14. rendah sentiasa memakai pelitup muka.
Memastikan guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan Ujian Minda
Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma
baharu di sekolah.
4.3.15. Memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor pembersihan, pengusaha
kantin dan pembekal perkhidmatan makanan bermasak di asrama serta
membuat penegasan supaya sentiasa mengingatkan pekerja mereka mengenai
perkara berikut:
a. Mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum memulakan tugas;
b. Tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah jika bergejala;
12
c. Mematuhi arahan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan prosedur
keselamatan yang lain; dan
d. Mengamalkan hand hygiene (memadai mencuci tangan dengan air bersih
dan sabun).
4.3.16. Memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat kes positif COVID-19
dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah yang disahkan oleh PKD:
a. Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi membantu
PKD;
b. Memberikan kerjasama kepada anggota PKD; dan
c. Mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan melaksanakan
pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti.
5.0 CARTA ALIR PERGERAKAN MURID DATANG DAN BALIK SEKOLAH
DOKUMEN TAJUK MUKA SURAT 5
AKTIVITI PENGURUSAN PERGERAKAN TARIKH DISEDIAKAN : 22/02/2021
MURID
SUB
AKTIVITI PENGURUSAN PERGERAKAN MURID DATANG DAN BALIK
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN U3, SUBANG PERDANA, SHAH ALAM
13
6.0 PELAN LANTAI SEKOLAH
14
PELAN LALUAN MURID PRASEKOLAH
15
PELAN LALUAN MURID PPKI
16
PELAN LALUAN MURID TAHUN 1
PELAN LALUAN MURID TAHUN 2 (d terbuka)
* Untuk Minggu Pertama sahaja : Murid Tahun 1 masuk melalui pagar besar menuju ke Dewan Baiduri
17
PELAN LALUAN MURID TAHUN 2
18
PELAN LALUAN MURID TAHUN 3
19
PELAN LALUAN MURID TAHUN 4
20
PELAN LALUAN MURID TAHUN 5
21
PELAN LALUAN MURID TAHUN 6
PELAN LALUAN MURID TAHUN 6
22
PENERANGAN LALUAN MURID
(LALUAN MASUK DAN LALUAN KELUAR)
LALUAN PRASEKOLAH
1.LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar besar
- Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu dan jika sihat murid akan terus melalui
gelanggang bola keranjang dan memasuki bangunan prasekolah.
2.LALUAN KELUAR
- Murid-murid prasekolah akan melalui gelanggang bola keranjang dan terus keluar melalui pagar besar.
LALUAN PPKI
1.LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar besar, terus ke ruang lobi (foyer)
- Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu dan jika sihat murid akan terus masuk ke
kelas pendidikan khas
2.LALUAN KELUAR
Murid PPKI akan melalui ruang lobi (foyer) dan terus ke pagar besar.
LALUAN TAHUN 1
1.LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar kecil, melalui tempat letak basikal dan berkumpul di dewan
baiduri
- Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu dan jika sihat murid akan ke laluan tempat
letak basikal untuk “thumbprint” kehadiran.
-Murid akan belok ke kanan dan masuk ke kelas masing -masing di tingkat bawah sekali bagi murid kelas
1 K, 1I dan 1G. Murid -murid lain akan menaiki tangga Blok B ke tingkat satu untuk menuju ke kelas 1A,
1B, 1C, 1D dan 1 E.
23
2.LALUAN KELUAR
- Murid-murid tahun 1 yang di tingkat 1 akan menuruni tangga Blok B dan berjalan di hadapan kelas 1K,
1I dan 1G untuk pulang.
- Semua murid akan menuju ke belakang kelas 1 Genius seterusnya berjalan ke arah kantin dan keluar
melalui pintu pagar kecil.
LALUAN TAHUN 2
1.LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar kecil, seterusnya, murid akan berjalan melalui belakang Dewan
Baiduri dan berjalan ke arah laluan “Gambate”, dan melalui kawasan foyer menuju prasekolah
- Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu dan jika sihat murid akan ke laluan tempat
letak basikal untuk “thumbprint” kehadiran.
-Murid akan belok ke kanan dan dan menuju ke arah tangga Blok C untuk naik ke kelas masing-masing
di tingkat 2 dan 3.
2.LALUAN KELUAR
- Murid-murid tahun 2 yang di tingkat 2 dan 3 akan menuruni tangga Blok C. Seterusnya mereka akan
belok ke kiri menuju kearah jalan raya yang di belakang Dewan Terbuka. Murid akan berjalan di belakang
kantin dan terus keluar melalui pintu pagar kecil.
LALUAN TAHUN 3
1.LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar kecil, seterusnya, murid akan berjalan melalui belakang Dewan
Baiduri dan berjalan ke arah laluan “Gambate” dan menuju ke dewan terbuka
- Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu dan jika sihat murid akan ke laluan tempat
letak basikal untuk “thumbprint” kehadiran.
-Murid akan merentasi Tapak Perhimpunan dan berjalan ke arah tangga Blok D. Murid-murid akan
menaiki tangga Bok D untuk naik ke kelas masing-masing.
2.LALUAN KELUAR
24
- Murid-murid tahun 3 yang di tingkat 2 dan 3 akan menuruni tangga Blok D. Seterusnya mereka akan
berjalan di hadapan Bilik KOKO dan Stor Sukan dan menuju ke arah Dewan Terbuka.Murid akan berjalan
ke arah jalan raya di belakang kantin dan terus keluar melalui pintu pagar kecil.
LALUAN TAHUN 4
LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar kecil, seterusnya, murid akan berjalan melalui belakang Dewan
Baiduri dan berjalan ke arah laluan “Gambate”
- Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu
-Murid akan belok ke kanan dan masuk ke kelas masing -masing di tingkat bawah sekali bagi murid kelas
4 K, 4I dan 4G. Murid -murid lain akan menaiki tangga Blok B ke tingkat satu untuk menuju ke kelas 4A,
4B, 4C, 4D dan 4E.
LALUAN KELUAR
- Murid-murid tahun 4 yang di tingkat 1 akan menuruni tangga Blok B dan belok ke kanan menuju ke arah
Bilik Persalinan.
- Semua murid Tahun 4 akan melalui hadapan Bilik Persalinan dan menuju ke arah belakang Bilik
Pekerja seterusnya berjalan kearah tempat letak kereta guru dan berjalan terus ke arah pintu keluar
utama untuk pulang.
LALUAN TAHUN 5
LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar kecil, seterusnya, murid akan berjalan melalui kantin dan
bergerak ke arah dewan terbuka.
-Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu
- Murid akan merentasi Tapak Perhimpunan dan berjalan ke arah tangga Blok D. Murid-murid akan
menaiki tangga Blok D untuk naik ke kelas masing-masing.
LALUAN KELUAR
- Murid-murid tahun 5 yang di tingkat 2 dan 3 akan menuruni tangga Blok D. Seterusnya mereka akan
belok ke kiri melalui di hadapan kelas PPKI Blok C. Seterusnya mereka melalui belakang Kelas PPKI
Blok A dan berjalan terus melalui laluan tempat letak kereta guru dan berjalan terus keluar melalui Pintu
Pagar Utama.
25
LALUAN TAHUN 6
LALUAN MASUK
-Murid akan masuk melalui pintu pagar kecil, seterusnya, murid akan berjalan melalui kantin dan
bergerak ke arah dewan terbuka.
-Kemudian guru bertugas akan mengambil suhu, catat suhu
- Murid akan belok ke kanan dan dan menuju ke arah tangga Blok C untuk naik ke kelas masing-masing
di tingkat 2 dan 3.
LALUAN KELUAR
- Murid-murid tahun 6 yang di tingkat 2 dan 3 akan menuruni tangga Blok C. Seterusnya mereka akan
belok ke kiri menuju ke arah Bilik Stor Sukan dan Bilik KOKO di Blok D. Murid akan berjalan terus
sepanjang tingkat bawah Blok D dan melalui belakang Kelas PPKI di BLOK A dan berjalan melalui
tempat letak kereta guru menuju ke Pintu Pagar Utama untuk keluar.
26
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN U3
JALAN SP 2/10,SUBANG PERDANA, SHAH ALAM
# 7 - PERSIAPAN KESIAGAAN SEKOLAH MENGIKUT KETETAPAN SOP
27
7.0 PERSIAPAN KESIAGAAN SEKOLAH MENGIKUT KETETAPAN SOP
A. PRA SEKOLAH
28
B. PERSIAPAN KELAS
29
C. PERSIAPAN BILIK-BILIK KHAS
BILIK DATA
BILIK KAUNSELING
BILIK ISOLASI BILIK ISOLASI
30
D. PEMBERIAN BUKU TEKS
31
8.0 SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
1. Bilakah sekolah akan dibuka semula?
Sekolah akan dibuka pada 1 Mac 2021 bagi Pra-Sekolah, Tahun 1 dan 2
manakala Tahun 3 hingga 6 akan dibuka pada 8 Mac 2021.
Bilakah murid lain di sekolah rendah dan sekolah menengah akan mula
bersekolah?
Pemakluman berkaitan perkara ini akan dikeluarkan secara rasmi oleh KPM
berdasarkan pandangan dan nasihat KKM serta MKN.
B. GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
2. Adakah terdapat garis panduan yang boleh dijadikan rujukan?
Ya. KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula
Sekolah yang mesti dirujuk oleh pihak sekolah, ibu bapa dan semua pihak yang
berkepentingan. Garis panduan ini telah diedarkan kepada semua sekolah
pada 4 Jun 2020 dan boleh dimuat turun daripada portal rasmi KPM melalui
pautan https://www.moe.gov.my/ .
3. Adakah garis panduan ini telah mendapat pengesahan daripada KKM dan
MKN?
Ya, garis panduan ini telah mendapat pengesahan daripada KKM dan MKN
selepas sesi libat urus bersama-sama agensi berkepentingan serta pemegang
taruh.
4. Adakah Pengetua/Guru Besar boleh memanggil guru bermesyuarat dengan
kehadiran melebihi 20 orang? Boleh. Bergantung kepada kapasiti ruang dan
mengambil kira penjarakan sosial.
32
C. PERSEDIAAN SEBELUM MURID KE SEKOLAH
6. Apakah langkah yang perlu diambil oleh Pengetua/Guru Besar bagi
memastikan murid, guru, warga sekolah dan ibu bapa/penjaga berada dalam
keadaan sihat sebelum datang ke sekolah?
Pemakluman awal mesti diberikan kepada mereka bagi memastikan mereka
berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah.
7. Adakah ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak/anak jagaan mereka sihat
sebelum hadir ke sekolah?
Ya.
8. Adakah bangunan dan kawasan sekolah perlu disanitasi sebelum sekolah
dibuka semula?
Tidak perlu.
9. Adakah murid perlu memakai pelitup muka sebelum masuk ke dalam
kawasan sekolah?
Tidak perlu. Hanya murid yang mempunyai imuniti badan yang rendah mesti
sentiasa memakai pelitup muka sebelum masuk ke kawasan sekolah dan
sepanjang waktu persekolahan.
10. Siapakah murid yang dikategorikan sebagai mempunyai imuniti badan yang
rendah?
Mereka ialah murid yang mempunyai antibodi yang lemah untuk melawan
jangkitan pelbagai penyakit seperti yang berikut:
a. Penyakit paru-paru yang kronik;
b. Penyakit asma yang sederhana teruk dan teruk;
c. Penyakit jantung yang serius;
d. Penyakit kencing manis;
e. Penyakit buah pinggang yang menjalani dialisis;
f. Penyakit hati;
g. Kekurangan zat makanan serius; dan
33
h. Sistem imun badan yang kurang berfungsi dengan baik akibat penyakit
atau rawatan sedia ada (immunocompromised), iaitu:
i. murid yang sedang menerima rawatan steroid; ii. murid yang
mempunyai kanser dan sedang dalam rawatan kanser; iii. murid yang
menjalani pemindahan organ; dan iv. murid yang mengambil rawatan
ubat-ubatan yang boleh menyebabkan imuniti badan yang rendah
seperti penyakit SLE, imunosupression bagi rawatan kanser dan
pemindahan organ.
11. Adakah pihak sekolah menyediakan pelitup muka kepada semua murid?
Tidak. Pihak sekolah hanya menyediakan pelitup muka untuk murid yang
dikesan bergejala semasa berada di sekolah.
12. Adakah murid boleh membawa pensanitasi tangan ke sekolah?
Ya.
D. PENGANGKUTAN MURID PERGI DAN BALIK DARI SEKOLAH
13. Adakah garis panduan berkaitan dengan perkhidmatan bas sekolah
disediakan?
Ya. Boleh layari laman sesawang Kementerian Pengangkutan Malaysia di
http://cccovid19.mot.gov.my/.
14. Adakah murid yang menaiki bas sekolah perlu memakai pelitup muka?
Ya. Pelitup muka dipakai sebelum keluar dari kawasan sekolah, di dalam bas dan
ketika turun dari bas.
15. Adakah ibu bapa digalakkan menghantar anak ke sekolah?
Ya.
16. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar untuk
mengurangkan kesesakan sewaktu tiba atau pulang dari sekolah?
Pengetua/Guru Besar boleh:
a. Menyusun jadual datang dan pulang murid secara berperingkat;
b. Menyediakan pelan laluan masuk dan keluar;
34
c. Menghebahkan pelan laluan kepada murid, guru dan warga sekolah
melalui pelbagai medium;
d. Memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi semua arahan
dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbir sekolah; dan
e. Mendapatkan kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
E. KETIBAAN DI PINTU MASUK SEKOLAH
17. Adakah pemeriksaan suhu badan akan dilaksanakan setiap hari?
Ya.
18. Di manakah pemeriksaan suhu badan akan dijalankan? Pemeriksaan suhu
badan akan dijalankan di pintu masuk sekolah atau dalam kawasan sekolah
berhampiran dengan pintu masuk utama.
19. Adakah bacaan suhu badan murid perlu direkodkan setiap hari? Ya. Bagi
tujuan pengesanan dan rekod perkembangan kesihatan murid.
20. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah sekiranya suhu
badan murid 37.5 darjah celcius dan ke atas? Pengetua/Guru Besar mesti
mengambil tindakan seperti yang berikut:
a. Murid diminta untuk berehat di tempat yang disediakan dan suhu
badan akan diambil semula;
b. Sekiranya suhu masih 37.5 darjah celcius dan ke atas, murid akan
dibawa ke bilik isolasi untuk diasingkan dan diberikan pelitup muka;
c. Murid ini akan dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga dengan kadar
segera; dan
d. Jika terdapat tanda gelaja yang ketara, sekolah perlu menghubungi
Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan lanjut.
21. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah sekiranya suhu
badan guru dan warga sekolah 37.5 darjah celcius dan ke atas?
35
Suhu badan guru dan warga sekolah akan diambil semula dan sekiranya suhu
masih kekal 37.5 darjah celcius dan ke atas, hendaklah diarahkan pulang.
Walau bagaimanapun, jika terdapat tanda gelaja yang ketara, sekolah perlu
menghubungi PKD untuk tindakan lanjut.
22. Adakah ibu bapa/penjaga perlu berada bersama-sama dengan anak/anak
jagaan ketika suhu badan murid diambil?
Tidak, kecuali bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan murid prasekolah yang
memerlukan sokongan ibu bapa/penjaga.
F. PERGERAKAN MURID
23. Adakah murid perlu beratur di luar kelas ketika hadir atau pulang dari
sekolah?
Tidak perlu.
24. Apakah langkah-langkah pencegahan penularan yang boleh diambil oleh
murid ketika di sekolah?
Murid perlu sentiasa mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa. Elakkan
3C, iaitu tempat sesak (crowded), tempat tertutup (confined spaces) dan
bercakap jarak dekat (close conversation) dan amalkan 3W, iaitu basuh tangan
selalu (wash), pakai pelitup muka (wear) dan tidak bersalaman atau
bersentuhan (warn).
G. PENGOPERASIAN KANTIN
25. Bagaimanakah cara mengelakkan kesesakan murid di kantin pada waktu
rehat
Pihak sekolah boleh mengambil tindakan mengikut kesesuaian seperti yang
berikut:
a. Waktu rehat boleh dibuat secara berperingkat;
b. Pengusaha kantin sekolah perlu menyediakan lebih banyak kaunter
jualan makanan dan minuman;
c. Makanan dan minuman dijual di kaunter yang sama; dan
36
d. Kaedah tempahan makanan dan minuman seperti tempahan awal
(pre-order) atau tempahan “combo” (makanan dan minuman) yang
dihantar ke bilik PdP.
26. Adakah murid boleh membawa makanan sendiri dari rumah?
Ya. Murid digalakkan membawa makanan sendiri dari rumah.
27. Adakah murid boleh membawa sudu dan garfu sendiri?
Ya. Murid digalakkan membawa sudu dan garfu mereka sendiri.
28. Apakah tindakan Pengetua/Guru Besar jika terdapat permintaan daripada
ibu bapa/penjaga untuk menghantar makanan semasa waktu rehat kepada
anak/anak jagaan mereka?
Tidak dibenarkan.
29. Apakah tindakan Pengetua/Guru Besar jika terdapat
pengusaha kantin yang menaikkan harga makanan bagi menampung kos
pembungkusan makanan?
Pengetua/Guru Besar hendaklah berbincang dengan pengusaha kantin
sekolah bagi mencari penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak
dengan merujuk Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah.
H. PENGOPERASIAN BILIK GURU, SURAU DAN TANDAS
30. Apakah yang perlu dilakukan jika kapasiti bilik guru tidak dapat menampung
bilangan guru selepas penjarakan sosial dibuat?
Guru boleh ditempatkan di bilik-bilik khas yang lain yang terdapat di sekolah.
31. Adakah surau di sekolah boleh digunakan untuk menunaikan solat?
Boleh, dengan mematuhi sepenuhnya penjarakan sosial. Murid digalakkan
menggunakan sejadah sendiri untuk solat.
32. Berapakah kekerapan tandas perlu dibersihkan dalam sehari?
Tandas perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari, iaitu
sebelum dan selepas waktu persekolahan.
37
I. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
33. Adakah guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi
pelaksanaan PdP dalam talian?
Ya. Penyediaan RPH yang mengandungi tajuk, objektif, aktiviti dan refleksi
dalam bentuk yang ringkas.
34. Adakah guru yang mengajar kelas bukan peperiksaan boleh dilibatkan untuk
mengajar kelas peperiksaan?
Ya. Pengetua/Guru Besar perlu mengadakan perbincangan dalam
menentukan agihan tugas yang bersesuaian, memberikan bimbingan dan
sokongan kepada guru terlibat.
35. Bolehkah PdP dilaksanakan di dalam dewan?
Ya, jika bilik PdP telah digunakan sepenuhnya dengan mengambil kira
penjarakan fizikal dan mengutamakan keselamatan murid serta guru.
36. Adakah murid dibenarkan mengikuti PdP di bilik PdP lain yang berhawa
dingin?
Ya, jika semua bilik darjah telah digunakan sepenuhnya dengan mengambil
kira penjarakan fizikal.
37. Bolehkah PdP dilaksanakan di bilik-bilik lain seperti makmal sains, makmal
komputer dan bengkel?
Boleh, dengan mengambil kira penjarakan fizikal dan mengutamakan
keselamatan murid serta guru.
38. Adakah aktiviti di luar bilik PdP bagi mata pelajaran Pertanian dan
Rekabentuk Teknologi serta mata pelajaran elektif ikhtisas boleh
dilaksanakan?
Tidak. Guru disaran menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi membantu
kefahaman murid tentang pelaksanaan amali mata pelajaran tersebut.
39. Adakah pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pertengahan tahun bagi
semua murid perlu dilaksanakan?
38
Ya. Bagi murid yang tidak mengikuti sebarang aktiviti PdP sejak bermulanya
Perintah Kawalan Pergerakan, guru boleh menggunakan data pentaksiran
sehingga 13 Mac 2020.
40. Bagaimanakah cara guru mengumpulkan hasil kerja murid di bilik PdP?
Menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira penjarakan
fizikal dan mengutamakan keselamatan murid serta guru.
41. Adakah guru perlu melengkapkan data keahlian Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)? Ya. Guru perlu melengkapkan data
keahlian PAJSK yang dibuka sehingga 31 Julai 2020.
42. Bagaimanakah PAJSK dilaksanakan bagi tahun 2021? Pemakluman akan
dibuat secara rasmi kepada semua sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dari semasa ke semasa.
43. Adakah murid dibenarkan membawa peranti ke sekolah?
Ya, kecuali telefon bimbit dan telefon pintar.
44. Adakah Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) oleh PIBK masih boleh
dilaksanakan?
Ya. Sukarelawan yang bertugas mestilah sihat dan sentiasa mengamalkan
penjarakan fizikal.
J. AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM
45. Adakah aktiviti sukan dan kokurikulum boleh dilaksanakan seperti biasa
apabila sekolah dibuka semula?
Tidak. Hanya aktiviti sukan dan kokurikulum secara dalam talian sahaja
dibenarkan sehingga pemakluman baharu dikeluarkan secara rasmi oleh KPM.
47. Adakah padang atau premis sekolah boleh digunakan oleh pihak
luar/agensi/persatuan sukan/kelab untuk aktiviti sukan dan kokurikulum?
Tidak boleh sehingga pemakluman baharu dikeluarkan secara rasmi oleh KPM.
39
48. Adakah murid yang terlibat dengan persediaan pasukan bawah persatuan/
Majlis Sukan Negeri dibenarkan menjalani latihan?
Ya, hanya murid yang terlibat dengan latihan persediaan pasukan kebangsaan
sahaja yang dibenarkan menjalani latihan dengan kelulusan daripada KPM
mengikut prosedur sedia ada.
49. Adakah murid dibenarkan menjalani latihan sukan bawah program
pembangunan anjuran pihak luar/agensi/persatuan sukan/kelab?
Tidak boleh sehingga pemakluman baharu dikeluarkan secara rasmi oleh KPM.
50. Adakah pertandingan sukan dan kokurikulum boleh dilaksanakan?
Tidak boleh kecuali bagi pertandingan sukan dan kokurikulum yang
dilaksanakan secara dalam talian.
PENGURUSAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
51. Adakah pihak sekolah perlu menyediakan laluan khas untuk imbasan suhu
badan bagi MBK semasa ketibaan di sekolah?
Ya.
52. Adakah guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) yang terlibat dengan
MBK dibolehkan untuk tidak memakai pelitup muka?
Boleh, bagi memastikan keberkesanan komunikasi terutama untuk MBK
Kurang Upaya Pendengaran dan Penglihatan.
40
PENGHARGAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
PPD DAERAH PETALING PERDANA
PENTADBIR SK JALAN U3
GURU-GURU SK JALAN U3
KAKITANGAN SK JALAN U3
PIBG SK JALAN U3
41