The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sglimau, 2022-01-15 06:39:56

cubaan pertama

Cerita dari Sekolah

INSTRUCTIONAL LEADERSHIP

CERITA DARI SEKOLAH

MOHD ROKANI BIN ABDUL
RAHMAN

RAHUDA BINTI RAHMAT

PRAKATA

Alhamdulillah dengan izin dan rahmat dari Allah maka terhasillah e-book yang
mengumpulkan koleksi cerita-cerita guru sekolah mengenai kepimpinan instruktional guru besar
di sekolah mereka bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam subjek EDM7033
Instructional Leadership.

Setinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Aziah Ismail yang tekal tanpa jemu serta
bertoleransi dalam memberikan bimbingan dan motivasi, saranan dan padangan serta teguran dan
nasihat agar tugasan ini dapat disempurnakan dengan cemerlang. Subjek Kepimpinan
Instruktional ini sangat membantu membuka mata peranan guru besar sebagai pemimpin
instruktional yang memimpin sekolah dengan betul. Segala ilmu yang dicurahkan kepada kami
sepanjang mengikuti subjek ini sehinggalah terhasilnya e-book ini amatlah besar dan hanya
Allah yang mampu membalas segala pengorbanan beliau.

Setinggi penghargaan juga kepada semua rakan-rakan yang sudi berkongsi suka dan duka
mereka menjalankan amanah sebagai guru kepada murid-murid selain perlu patuh kepada
pemimpin di sekolah.

PENGENALAN

Pemimpin merupakan individu yang sangat penting dalam Islam kerana pemimpin merupakan
individu yang akan menentukan hala tuju dan berperanan membuat keputusan dalam sesebuah
kumpulan atau organisasi. Memilih pemimpin satu perkara yang perlu dilakukan walaupun
hanya 3 orang dalam kumpulan seperti sabda Nabi s.a.w :

Maksudnya : “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang daripada
mereka dilantik sebagai ketua.”

Riwayat Abu Daud (2708)
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2367-bayan-linnas-siri-ke-129-mengundi-calon-
bukan-muslim-dalam-pilihanraya
Corak atau bentuk kepimpinan adalah berbeza mengikut organisasi dan masyarakat yang
dipimpin sesuai dengan sifatnya yang kompleks (Zabidah, Azlin & Mohd Zabil, 2019).
Setiap pemimpin juga mempunyai corak kepimpinan yang berbeza seperti ungkapan Peter
Drucker jika ada seribu orang pengurus, maka akan terdapat seribu cara pengurusan yang
dilakukan (Sabda S, 2008). Seorang pemimpin perlu bijaksana dalam menguruskan organisasi
dibawah pengurusannya kerana jika pemimpin itu dapat memimpin dengan cemerlang,
organisasi itu juga turut akan cemerlang dan organisasi akan kecundang apabila dipimpin oleh
pemimpin yang kusam.

KONSEP KEPIMPINAN

Organisasi yang berjaya seringkali dikaitkan dengan pemimpin yang cemerlang. Pemimpin
sesebuah organisasi berperanan sebagai pendorong, pengarah, penyelaras dan mampu untuk
mempengaruhi serta menjalinkan hubungan interpersonal dengan pelbagai pihak.


Click to View FlipBook Version