The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrizzatifarhana, 2023-01-04 12:05:50

LAPORAN HOMEROOM CIKGU NOR AKMAL (1)

LAPORAN HOMEROOM CIKGU NOR AKMAL (1)

LAPORAN
HOMEROOM
CIKGU NOR AKMAL

Selamat Kembali
BerPDPR

TARIKH : 21 Mac 2022
TEMPAT : Kediaman Masing-masing
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 1

Pada 21 Mac 2022, perjumpaan hari ini merupakan perjumpaan
pertama yang diadakan bagi sesi 2022. Kami berada bersama secara
atas talian. Kami salaing bertanya khabar apabila sudah kian lama
tidak berinteraksi.Hari ini juga merupakan hari pertama kami
memulakan sesi PDPR bagi tahun ini. Cikgu penasihat kami memberi
kata-kata semangat dan nasihat agar dapat meneruskan sesi
pembelajaran. Kami diberi tugasan untuk membuat Mind Mapping
berkenaan kepentingan yang diperolehi daripada kelas PDPR. Setiap
anak homeroom dapat membuat Mind Mapping dengan kreativiti
masing-masing. Perjumpaan selesai

Pelantikan AJK Homeroom &
Perancangan

TARIKH : 28 Mac 2022
TEMPAT : Kediaman masing-masing
KEHADIRAN : 13/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 2

Pada 28 Mac 2022, perjumpaan diadakan secara atas talian. Objektif
pertemuan pada hari ini adalah pelantikan AJK Homeroom dan
membina perancangan. Seperti yang dikatakan, pelantikan AJK
Homeroom adalah keperluan homeroom bagi melaksanakan tugas
juga komitmen sepanjang tahun. Manakala perancangan adalah
agenda aktiviti di dalam homeroom bagi memperkasakan homeroom
secara langsung. Dalam proses pelantikan, masing-masing memberi
pendapat atas siapa yang layak memegang jawatan tersebut. Guru
penasihat kami telah membuat satu Google Form untuk pengundian
AJK Homeroom bagi memudahkan proses pelantikan. Perjumpaan
selesai.

Menyemak Kehadiran Anak
Homeroom & Bertanya Khabar

TARIKH : 5 April 2022
TEMPAT : Surau
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 3

Pada 5 April 2022, sudah sekian lama bertemu secara atas talian,
perjumpaan hari ini dapat diadakan secara bersemuka. Anak-anak
homeroom saling berinteraksi dan bertanya khabar. Masing-masing
dapat bercerita pengalaman menarik mereka sepanjang di rumah.
Objektif pertemuan hari ini adalah untuk meraikan kedatangan secara
bersemuka, mengeratkan ukhwah juga mengharmonikan ikatan
antara homeroom. Objektif ini dapat dicapai atas kerjesama ahli-ahli
homeroom sendiri. Pertemuan selesai

Video & Kad Ucapan Digital Hari
Raya Serta Poster Ihya' Ramadhan

TARIKH : 18 April 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 4

Pada 18 April 2022, bersempena bulan Ramadhan ini, setiap
homeroom diberi tugasan untuk menyiapkan dua perkara iaitu Video &
Kad Ucapan Hari Raya serta Poster Ihya' Ramadhan. Bagi Ucapan Hari
Raya, kami perlu menghasilkan video ucapan hari raya & kad ucapan
digital hari raya. Manakala bagi Poster Ihya' Ramadhan pula
memerlukan penyertaan untuk semua pelajar. Objektif aktiviti-aktiviti
tersebut adalah untuk mengiramahkan Bulan Ramadhan disamping
mengeratkan ukhwah juga mengharmonikan ikatan homeroom.
Perjumpaan selesai

Adab Beraya
Sesama Kita

TARIKH : 27 April 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 5

Pada 27 April 2022, setelah menunggu kehadiran setiap ahli-ahli
homeroom, pertemuan bermula. Penasihat homeroom bertanya
khabar anak-anak homeroom bagaimana rasanya berpuasa sepanjang
Bulan Ramadhan ini. Hari Raya semakin hari semakin hampir, khusus
pertemuan hari ini adalah Adab Beraya sesama kita. Lanjutnya adab
beraya di rumah atau bertandang ke rumah orang lain. Contohnya,
adab bersalaman, adab dimeja tamu, adab berpakaian dan adab ziarah
menziarahi. Objektif pertemuan hari ini adalah sebagai satu peringatan
sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersesuaian
tatasusila kita sebagai muslim sejati. Pertemuan selesai



Kesediaan Emosi
'EXAM'

TARIKH : 9 May 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 6

Pada 9 May 2022, setelah pulang kembali dari cuti Raya Aidilfitri,
penasihat homeroom bertanya tentang pengalaman menarik yang
dilalui ketika cuti Hari Raya Aidilfitri. Bermacam-macam kisah yang
diceritakan. Di samping itu, guru penasihat homeroom kami juga
mengingatkan kami tentang Ujian Selaras yang akan bermula pada
minggu hadapan. Penasihat membantu dalam kesediaan emosi
anak-anak homeroom untuk lebih bersedia menghadapi ujian
tersebut. Objektifnya, pertemuan ini adalah sebagai satu pendekatan
membimbing pelajar ke arah kecemerlangan yang baik dari sudur
akademik. Pertemuan selesai

Persediaan Kolokium Homeroom
MRSM Se-Malaysia

TARIKH : 23 May 2022
TEMPAT : Kelas 1 Creative
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 7

Pada 23 May 2022, untuk pertemuan kali ini, kami dimaklum untuk
menyertai Program Kolokium Homeroom MRSM Se-Malaysia pada 18
Julai 2022 bertempat di MRSM Gerik. Kami diminta untuk membuat
persediaan yang sepatutnya. Bagi Homeroom Tingkatan 3, kami
diminta untuk menyediakan satu video bertemakan 'A Person To
Remember'. Kami memilih salah satu daripada ahli homeroom kami
untuk menjadi 'a person to remember' tersebut. Objektif aktiviti hari ini
adalah menyokong program homeroom agar dapat memperlihatkan
perkembangan pelajar secara holistik melalui input-input terkini.
Pertemuan selesai.

Penyediaan Video Kolokium
Homeroom MRSM Se-Malaysia

TARIKH : 30 May 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 8

Pada 30 May 2022, pertemuan hari ini adalah penyediaan video
homeroom bagi Program Kolokium Homeroom MRSM Se-Malaysia
pada 18 Julai 2022 bertempat di MRSM Gerik. Tarikh akhir
penghantaran video adalah pada 2 Jun 2022. Objektif modul ini adalah
menyokong program homeroom agar dapat memperlihatkan
perkembangan pelajar secara holistik melalui input-input terkini.
Pertemuan selesai

Final Touch-Up Video Kolokium
Homeroom MRSM Se-Malaysia

TARIKH : 13 Jun 2022
TEMPAT : Kelas 1 Creative
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 9

Pada 13 Jun 2022, homeroom Kami diadakan di Kelas. Cikgu penasihat
Kami iaitu Cikgu Nor Akmal bertanya khabar Kami Dan meneruskan
sesi perjumpaan homeroom dengan bertanya tentang video Kolokium
Yang Perlu dihantar tidak lama lagi. Homeroom Kami membuat video
tentang seorang Yang sentiasa diingati di Dalam homeroom. Di Dalam
video tersebut, Kami memasukkan antara kebaikan seorang kawan di
Dalam kelas. Proses penyediaan video itu sangat menyeronokkan.
Melalui Aktiviti penyediaan video tersebut, hubungan antara
homeroom dapat dieratkan

Sihat Ceria
Bersama

TARIKH : 27 Jun 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 11

Pada 27 Jun 2022, sesi perjumpaan homeroom Kami telah dijalankan
di dalam kelas. Guru penasihat homeroom Kami iaitu Cikgu Nor Akmal
bertanya khabar. Kes Covid-19 Yang melanda sekarang telah merebak
akibat ramai orang tidak mematuhi peraturan SOP iaitu tidak memakai
pelitup muka. Ini Salah satu penyebab kes covid-19 semakin
meningkat. Tujuan sesi perjumpaan homeroom ini dijalankan adalah
untuk memastikan semua ahli homeroom termasuk guru penasihat di
Dalam keadaan Yang Sihat sejahtera. Ini membolehkan suasana di
Dalam maktab menjadi lebih Sihat tanpa virus Yang boleh merebak di
mana-mana sahaja Dan pada bila-bila sahaja. Sebelum sesi
perjumpaan homeroom tamat, Cikgu Nor Akmal telah menasihatkan
Kami agar sentiasa memakai pelitup muka Dan menggunakan hand
sanitizer

Smart Phone,
Smarter Students

TARIKH : 18 Julai 2022
TEMPAT : Dewam Mahligai 7
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 13

Pada 18 Julai 2022, semua pelajar bagi Tingkatan 1, 2 Dan 3 Perlu
berada di dalam Dewan Mahligai 7 bagi mendengar maklumat
daripada Puan Arifah tentang program Smart Phone, Smarter
Students. Terdapat pelbagai maklumat menarik Yang Kami perolehi
daripada taklimat tersebut. Antaranya ialah kebaikan Dan keburukan
penggunaan Telefon di sekolah. Program ini telah dijalankan kerana
terdapat banyak masalah Yang berlaku melibatkan penggunaan
Telefon. Contohnya, pelajar mudah terdedah kepada video lucah Yang
boleh diakses di Internet Dan juga di mana-mana laman sosial.
Harapan Puan Arifah semasa program ini dijalankan ialah semua
pelajar dapat memberi penuh tumpuan kepada pelajaran semasa di
Dalam kelas

Let's Call Mum & Dad dan Pelan
Nak Berniaga "Happy Tummy"

TARIKH : 25 Julai 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 13/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 14

Pada 25 Julai 2022, semua homeroom bagi Tingkatan 1, 2 Dan 3 Perlu
berada di kelas masing-masing untuk berbincang tentang strategi
jualan Yang akan dijalankan pada 3/8/2022. Kami juga Perlu belajar
tentang cara-cara mengguna Telegram di dekstop kelas dengan Cara
berhemah. Perkara ini dilaksanakan kerana Kami Perlu menjalani
program Smartphone, smartest student. Pelan jualan Yang Kami akan
adakan ialah menjual Nasi berlauk dengan harga RM4 Dan juga
spaghetti Bolognese dengan harga RM5. Dengan melalui program
Happy Tummy, Kami akan mendapat pengalaman menjual secara
homeroom Yang tak akan diperolehi di sekolah lain



Jom
Skor A

TARIKH : 8 Ogos 2022
TEMPAT : Dewam Mahligai 7
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 15

Pada 8 Ogos 2022, semua homeroom bagi Tingkatan 1 hingg
Tingkatan 3 perlu berada di Dewan Mahligai 7 bagi menjalankan sesi
homeroom bersama penasihat homeroom masing-masing. Pada
mulanya, Cikgu penasihat kami iaitu Cikgu Nor Akmal bertanya tentang
duit jualan Kami pada Yang telah dijalankan semasa Minggu Aktiviti.
Homeroom Kami berjaya mengumpul sebanyak RM70 ke atas. Selepas
selesai berbincang tentang duit jualan, madam principle menyambung
sesi homeroom dengan bermain permainan Family Hunting di luar
dewan. Lokasi bagi Tingkatan 3 ialah di kawasan bermain bola jaring
iaitu pada belah kanan Dewan. Permainan tersebut agak mudah untuk
dimainkan kerana Kami diberi masa selama 2 minit untuk berpusing di
Dalam bulatan. Selepas 2 minit, Cikgu penasihat homeroom Perli
mencari anak-anak homeroom masing-masing. Melalui permainan ini,
hubungan antara anak homeroom dan penasihat homeroom akan
menjadi lebih rapat.

Perbincangan Keputusan
Peperiksaan Semester 1

TARIKH : 26 September 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 18

Pada 26 September 2022, homeroom kami mengadakan perjumpaan
di kelas. Selepas peperiksaan semester berlangsung dan keputusan
peperiksaan telah diterima, modul pertemuan homeroom pada hari ini
adalah perbincangan keputusan peperiksaan tersebut. Objektif modul
ini adalah untuk mengenalpasti anak-anak homeroom yang hebat dan
yang lemah. Banyak lagi improvement dapat diperbuat bagi anak-anak
homeroom untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Perjumpaan
selesai

Video
Selawat Homeroom

TARIKH : 3 Oktober 2022
TEMPAT : Pantai Genting
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 19

Pada 3 Oktober 2022, homeroom kami berkumpul bersama di Pantai
Genting. Walaupun kami menerima modul homeroom pada hari
bersempena Maulidur Rasul, kami diminta untuk menghasilkan video
selawat homeroom. Kami mempunyai rancangan lain dalam fikiran,
homeroom kami dan beberapa homeroom lain telah meluangkan
masa bersama di Pantai Genting. Menikmati tiupan angin laut,
minuman kelapa yang menyegarkan dan meluangkan masa
merehatkan minda di pantai. Kami berseronok bersama-sama.
Perjumpaan tamat



Standing In The Eyes
Of The World

TARIKH : 10 Oktober 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 20

Pada 10 Oktober 2022, perjumpaan homeroom kami diadakan di kelas
seperti biasa. Bersama dengan penasihat homeroom, pertemuan hari
ini adalah bersempena Ujian Selaras minggu ini. Anak-anak homeroom
perlu mencipta target untuk cemerlang bukan di maktab sahaja malah
di mata dunia juga. Kami bercerita tentang impian-impian yang
tertanam yang ingin dicapai oleh setiap individu. Tidak mustahil untuk
seorang pelajar berimpian tinggi dan tidak mustahil untuknya
mencapai impian tersebut. Sudah tentu dengan usaha yang betul,
setiap impian itu dapat menjadi kenyataan

Do &
Understand…

TARIKH : 7 November 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 23

Pada 7 November 2022, perjumpaan homeroom kami diadakan di
kelas seperti biasa. Pertemuan hari ini adalah mengenai
perkara-perkara yang perlu dilaksanakan. Perkara tersebut adalah
SOP Pulang Bermalam, Jadual gerak kerja pensijilan MQS dan Rubrik
penilaian audit MQS yang perlu difahami. Penasihat homeroom
membincangkan tentang apa yang patut difahamkan mengenai
perkara-perkara ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan
modul ini adalah untuk memastikan tanggungjawab bersama
memelihara keharmonian & memelihara keselesaan persekitaran
maktab. Ia bukan sahaja pada pendidikan semata-mata malah pelajar
juga sebahagiannya. Perjumpaan selesai

Perbincangan Majlis
Apresiasi Homeroom

TARIKH : 5 Disember 2022
TEMPAT : Kelas 3 Trustworthy
KEHADIRAN : 15/15
MASA : 3.30 pm - 4.30 pm
KALI KE : 24

Pada 5 Disember 2022, perjumpaan homeroom kami diadakan di kelas
bersama penasihat homeroom. Pertemuan hari ini adalah untuk
membincangkan perkara untuk pelaksanaan Majlis Apresiasi
Homeroom pada 8 Januari 2023 yang bertemakan 'My Ambition'.
Dengan lampiran yang diterima, setiap ahli homeroom patut
memberikan kerjasama untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
Kami membincangkannya secara menyeluruh. Perjumpaan selesai


Click to View FlipBook Version