The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SOO QIAN RU IPG-Pelajar, 2024-03-08 12:35:38

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM - BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PC2 SOO QIAN RU MPU3451 TUGASAN 1

PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT STRUKTUR CARTA ORGANISASI PENAUNG PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI JAWATANKUASA / KETUA BIRO


PENASIHAT Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir badan beruniform. PENGERUSI Mengurus BSMM badan beruniform mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/ Mesyuarat Agong. Mempengerusi mesyuarat yang diadakan. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti badan beruniform. Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semster dan tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat. Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi badan beruniform. PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT


NAIB PENGERUSI Membantu pengers mengurus dan mentadbir badan beruniform. Mempengerusi mesyuarat jika pengerusi tidak hadir. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan. SETIAUSAHA Mengumpul dan menyimpan pendaftaran ahli dan maklumat ahli badan beruniform. Membuat urusan surat- menyurat dengan pihak luar pentadbir institusi pendidikan atau ahli badan beruniform Menjemput dan mengedarkan surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada ahli. Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh guru penasihat. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT


BENDAHARI Mengutip yuran ahli daripada ahli. Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan. Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat. Memastikan akaun sentiasa dikemaskini. AHLI JAWATANKUASA Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro atau bahagian. Membantu pengersi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan. PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT


PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Dua cara pelantikan jawatankuasa: 1) MESYUARAT AGUNG Semua ahli berhak untuk sukarela, membuat pencalonan dan memilih sesiapa sahaja di kalangan ahli unit untuk memegang jawatan Ahli Jawatankuasa. Pemilihan akan dibuat melalui persetujuan ramai, iaitu dengan melakukan undian. Ahli-ahli dengan sokongan majoriti akan menjadi Ahli Jawatankuasa. 2) PELANTIKAN OLEH PENASIHAT Pelantikan yang dibuat melalui perbincangan bersama penasihat atau mengadakan ujian. Ahli-ahli dengan kebolehan tertinggi akan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa.


CHAPTER Daerah PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG IBU PEJABAT KEBANGSAAN Kuala Lumpur CAWANGAN Negeri Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan Kanak-kanak Pasukan Bantuan Sukarelawan Belia


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG STRUKTUR ORGANISASI: Tetapkan struktur organisasi yang jelas dan hierarki yang membantu dalam pengambilan keputusan dan pelaksanaan tugas. Tentukan tugas dan tanggungjawab setiap unit atau jabatan dalam badan beruniform. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: Rekrut anggota dengan kriteria yang sesuai dengan misi dan nilai-nilai BSM. Sediakan latihan dan pembangunan bagi anggota untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Tetapkan prosedur pengurusan prestasi untuk menilai dan memberi ganjaran kepada anggota yang berprestasi.


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG PEMBIAYAAN DAN KEWANGAN: Rancang bajet tahunan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti badan. Pantau dan laporan kewangan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana yang berkesan. KOMUNIKASI DAN KOORDINASI: Tetapkan saluran komunikasi yang efektif di antara semua peringkat dalam organisasi. Adakan mesyuarat berkala untuk membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi masa depan.


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG LOGISTIK DAN PENGURUSAN STOK: Pastikan persediaan peralatan dan bekalan mencukupi untuk menyokong aktiviti-aktiviti kecemasan atau bantuan kemanusiaan. Rancang sistem pengurusan stok yang efisien untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PRESTASI: Pantau pelaksanaan program dan projek secara berkala. Lakukan penilaian prestasi badan beruniform untuk menilai keberkesanan dan mencadangkan perbaikan.


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG KERJASAMA DENGAN PIHAK LUAR: Bangunkan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan, masyarakat awam, dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan. PENGURUSAN RISIKO: Kenal pasti dan nilai risiko yang mungkin dihadapi oleh badan beruniform. Rancang strategi untuk mengurangkan dan mengurus risiko tersebut. TEKNOLOGI DAN SISTEM MAKLUMAT: Gunakan teknologi dan sistem makumat untuk menyokong pengurusan di pemantauan aktiviti, dan pelaporan.


Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah seorang ahli perniagaan dan berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang lemah lembut dan kuat beragama Jean banyak mengikut tingkah laku ibunya (Sufian, t.t.). SEJARAH SEJARAH PENGASAS Semasa dalam perjalanannya untuk urusan perniagaan, beliau sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali utara pada 24 Jun 1859. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawanyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan.


Beliau mencatatkan segala peristiwa peperangan tersebut dan dikenali sebagai Kenangan di Solferino atau 'A Memory of Solferino'. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Buku ini juga telah menjadi inspirasi pertubuhan International Committee of the Red Cross (ICRC) pada 1863 dan Persidangan Geneva 1864 diasaskan atas idea beliau. SEJARAH SEJARAH PENGASAS “A Memory of Solferino” mengandungi beberapa perkara antaranya berkaitan pembentukan organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan serta perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.


Pada Jun 1859, Henry Dunant telah menyaksikan peperangan tiga segi antara pasukan Perancis, Pierontese dan Austria di Solferino. Beliau mendapati ramai askar cedera parah yang dibiarkan tapa diberi bantuan perubatan. Dengan segera, beliau bertindak memberikan bantuan perubatan di medan perang. Beliau telah merakamkan pengalamannya ke dalam sebuah buku yang bertajuk "A Memory of Solferino". Buku inilah yang menjadi titik permulaan tercetusnya idea oleh Henry Dunant untuk menubuhkan pergerakan palang merah atau Bulan Sabit Merah di seluruh dunia. Terdapat dua cadangan yang diutarakan oleh Henry Dunant iaitu setiap negara harus menubuhkan Jawatankuasa Sukarela agar bersedia untuk bertugas dan memberi pertolongan kecemasan di medan perang dan pihak kerajaan sepatutnya bermuafakat atas dasar sejagat untuk memberi perlindungan keselamatan kepada para petugas perubatan di medan perang (Januari, 1863). SEJARAH SEJARAH PENUBUHAN


Pada bulan Februari 1863, sebuah jawatankuasa ditubuhkan atas saranan Dunant dan diketuai oleh General G.H. Dufour sebagai pengerusi dan Dunant merupakan setiausahanya. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima iaitu jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Bulan Oktober 1863 pula, cadangan penggunaan palang merah di Persidangan Geneva bersama 16 buah negara dan empat institusi telah diisukan. Hal in secara tidak langsung membawa kepada perasmian penubuhan Palang Merah. Lambang Palang Merah juga telah disahkan dan diseragamkan. Pada tahun 1876, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Bantuan kepada Orang Cedera menukar nama kepada International Committee of the Red Cross (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) atau juga dikenali sebagai ICRC. Turki juga telah mula menggunakan lambang Bulan Sabit Merah ketika perperangannya dengan Rusia. Langkah ini kemudiannya diikuti oleh kebanyakan negara-negara Islam. SEJARAH SEJARAH PENUBUHAN


Akhirnya, pada tahun 1919, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah (IFRC) dan Bulan Sabit Merah (RCS) telah ditubuhkan setelah Perang Dunia I. SEJARAH SEJARAH PENUBUHAN


1948 British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak. SEJARAH SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA 1950 British membuka cawangan di Pulau Pinang. 1952 Kemudian di Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang. 1957 Cawangan di semenanjung dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society dan diperbadankan mengikut Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962.


4 Julai 1963 Federation of Malaya Red Cross Society diiktiraf sebagai penubuhan nasional yang bebas oleh ICRC. SEJARAH SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA 24 Ogos 1963 Kemudian diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Cresent Societies. 1965 Akta menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia diluluskan melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47).


21 Ogos 1975 Akta Malaysian Society 1975 mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong. SEJARAH SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA 4 September 1975 Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). 25 Mac 2007 Pertukaran nama PBSMM kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).


27 Jun 2007 Surat Pekeliling dikeluarkan bagi memaklumkan pertukaran nama tersebut. SEJARAH SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA


PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah menggariskan 7 prinsip asas bagi Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk diterima pakai. Prinsip ini diterima secara rasmi pada Persidangan Antarabangsa ke - 20 Di Vienna, Itali dalam tahun 1965. 7 prinsip asas tersebut adalah: Kemanusiaan: BSMM membantu untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan yang dihadapi manusia. Selain itu, ianya berfungsi untuk memupuk sikap hormat-menghormati, kerjasama dan kedamaian sesama manusia. Kesaksamaan: Bantuan yang diberi oleh BSMM bersifat saksama dengan tidak mempunyai unsur-unsur membezakan agama, kaum, bangsa, mahupun darjat. Berkecuali: BSMM tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada politik perkauman atau agama supaya kepercayaan terhadap persatuan ini dapat dikekalkan.


Kebebasan: BSMM mempunyai kuasa untuk bertindak secara bebas walaupun ianya masih tertakluk kepada undang-undang. Khidmat Sukarela: Persatuan ini tidak mempunyai tujuan untuk mencari keuntungan. Bersatu: Terdapat hanya satu Persatuan Kebangsaan yang mewakili sesebuah negara. Individu yang hendak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti BSMM haruslah mendaftarkan diri sebagai ahli. Kesejagatan: BSMM merupakan satu pergerakan antarabangsa yang meliputi seluruh negara. PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH


Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu: STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC). Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (ICRC). Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan.


Pengenalan Ditubuhkan pada Tahun 1863 oleh 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yang cedera tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan. Peranan Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara / rusuhan. Memberi bekalan kepada mangsa peperangan seperti makanan, ubatan, pakaian, buku. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA Pengenalan Ditubuhkan pada Tahun 1919. Merupakan Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Bebas daripada pengaruh kerajaan. Peranan Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Satu Organisasi Pusat mengandungi Senat PBSM, Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan, jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan, cawangan cawangan dan jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa kecil masing-masing di setiap negeri dan wilayah persekutuan Malaysia. la juga mengandungi unit-unit kecil & jawatankuasa masing-masing. Struktur unit terdiri daripada Kanak-kanak (Link) dan Belia (Youth) iaitu pasukan Bantuan Sukarela. Gabungan ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing. Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. Bagi Unit Kanak-kanak pula ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) CARTA ORGANISASI


UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ialah satu set peraturan yang bertujuan untuk mengehadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek awam. UUKA juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undangundang konflik bersenjata. UUKA melindungi manusia dalam kategori-kategori tertentu dan mengehadkan kaedah dan cara berperang. Mesej-mesej utama UUKA adalah Dilarang menyerang orang yang tidak terlibat atau sudah tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata. Dilarang menggunakan senjata-senjata yang tidak boleh membezakan antara orang awam dan kombatan atau senjata yang mengakibatkan penderitaan dan kerosakan yang tidak munasabah. UUKA melindungi orang yang tidak terlibat atau yang sudah tidak lagi terlibat dalam pertempuran .


UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA seperti orang awam, golongan yang tercedera, mereka yang sakit, tawanan perang, tahanan-tahanan lain, mangsa kapal karam dan anggota-anggota tentera perkhidmatan perubatan dan keagamaan. Nyawa mereka hendaklah dihormati dan pihak-pihak kepada konflik mesti memberi mereka bantuan dan layanan berperikemanusiaan tanpa diskriminasi. Contohnya, orang awam tidak boleh menjadi sasaran serangan, mereka yang tercedera dan sakit mesti dikumpul dan dijaga, tawanan dan tahanan mesti dilayan dengan perikemanusiaan dan mendapat jaminan kehakiman. UUKA melindungi objek-objek awam seperti hospital, ambulans dan harta kebudayaan yang penting, termasuk rumah ibadat, karya seni dan monumen bersejarah. UUKA juga melarang pemusnahan infrastruktur yang diperlukan demi kelangsungan kehidupan orang awam (seperti sumber dan bekalan air bersih dan selamat) dan yang bersifat berbahaya (seperti stesen-stesen jana kuasa nuklear).


UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA UUKA mengehadkan jenis senjata dan taktik ketenteraan yang boleh digunakan dalam konflik bersenjata. Senjata dan kaedah peperangan yang tidak membezakan antara mereka yang mengambil bahagian dalam pertempuran (kombatan) dan mereka yang tidak mengambil bahagian (orang awam serta harta benda awam), adalah dilarang di bawah UUKA. UUKA juga mengharamkan penggunaan senjata yang mengakibatkan kecederaan atau penderitaan yang tidak munasabah. Taktik-taktik yang mengakibatkan kerosakan dan pencemaran teruk atau berpanjangan terhadap alam sekitar juga adalah dilarang. UUKA hanya terpakai ketika konflik bersenjata, antarabangsa (iaitu antara dua atau lebih negara) dan konflik bersenjata bukan antarabangsa (iaitu yang berlaku di dalam wilayah sesebuah negara). Apabila sesuatu konflik bermula, UUKA berkuat kuasa secara sama rata ke atas semua pihak tanpa mengambil kira punca-punca berlakunya konflik tersebut atau siapa .


UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA yang memulakannya. UUKA adalah suatu bidang undang-undang yang hakikatnya adalah praktikal dan mengimbangi secara cermat matlamat kemanusiaan dengan kehendak ketenteraan. UUKA terkandung dalam triti, konvensyen dan undang-undang adat antarabangsa (iaitu peraturanperaturan yang berkembang mengikut masa berlandaskan amalan negara-negara yang konsisten, dengan kepercayaan bahawa amalan tersebut mengikat secara sah di sisi undang-undang). Elemenelemen utama UUKA terkandung dalam keempatempat Konvensyen Geneva 1949 dan ketiga-tiga Protokol Tambahannya; selain triti antarabangsa lain yang relevan, seperti yang berkaitan dengan kawalan senjata tertentu dan pendakwaan penjenayah perang.


MELINDUNGI MEREKA YANG TIDAK TERLIBAT DALAM PEPERANGAN DI DARATAN. Dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek lain. Tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal. Menerima rawatan yang mencukupi. Dilindung daripada dirompak dan jangkitan penyakit. PEMBANGUNAN KONVENSYEN – KONVENSYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA PERTAMA 1864


MELINDUNGI ASKAR-ASKAR YANG CEDERA DAN SAKIT KETIKA DI ATAS KAPAL ATAU DI LAUT. Mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut. Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi. Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. la tidak boleh diserang atau ditahan. Pengangkutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram. Tidak boleh ditangkap selagi kekal berkecuali. PEMBANGUNAN KONVENSYEN – KONVENSYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA KEDUA 1907


TAHANAN PERANG MESTI DILAYAN DENGAN BAIK, DISEDIAKAN TEMPAT KEDIAMAN YANG SEMPURNA DAN MENERIMA BEKALAN PAKAIAN YANG MENCUKUPI SERTA RAWATAN YANG MEMADAI. PEMBANGUNAN KONVENSYEN – KONVENSYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA KETIGA 1929


MELINDUNGI ORANG AWAM YANG BERADA DALAM LINGKUNGAN KONFLIK BERSENJATA DAN PENGGANAS. Keselamatan, penghormatan, hak-hak keluarga, kelaziman agama, gaya hidup dan adat resam orang awam mesti dihormati. Orang awam tidak boleh dibuang negeri atau dikurung - kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mereka. PEMBANGUNAN KONVENSYEN – KONVENSYEN GENEVA KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT 1949


MELUNASKAN PERLINDUNGAN KEPADA PENDUDUK AWAM, ASKAR-ASKAR DAN PEKERJA-PEKERJA PERUBATAN AWAM DALAM KONFLIK BERSENJATA ANTARABANGSA PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN I - 1977 Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuklear, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanakkanak dan pegawai perubatan awam dan had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau dan penderitaan yang tidak perlu serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. Penggunaan salah satu emblem (lambang) yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah perang.


MENGHURAIKAN PERLINDUNGAN DIBERIKAN KEPADA MANGSA YANG TERTANGKAP DALAM KONFLIK BERSENJATA DALAMAN YANG BERISIKO TINGGI SEPERTI PERANG SAUDARA - TIDAK TERMASUK RUSUHAN, DEMONSTRASI ATAU KEGANASAN. PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN II - 1977 Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva. Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol Il melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ke tempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya. Serangan tidak boleh dibuat atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman sistem pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang.


PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN III - 2005 MEWUJUDKAN LAMBANG TAMBAHAN, KRISTAL MERAH YANG SAMA TARAF DENGAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH. Protokol ini memungkinkan untuk penggunaan lambang tambahan – Kristal Merah – oleh perhimpunan nasional dalam Gerakan.


Mengekalkan satu organisasi yang tetap dan aktif untuk melegakan kesakitan, penderitaan atau tekanan terutama mangsa konflik bersenjata, bencana, atau lain-lain kecemasan tanpa mengira warganegara, bangsa, kelas, jantina, keturunan atau pendapat politik, organisasi sebagaimana disebut mampu untuk memobilisasi dan berkembang dengan efektif untuk memenuhi keperluan konflik bersenjata, bencana dan lain-lain kecemasan. Menggalakkan penubuhan Cawangan, Cabang dan Unit Subsidiari dan melaksanakan kawalan umum terhadap kerja-kerja mereka termasuk mendapatkan ahli yang menyumbang dan mengawal perkembangan, latihan dan menyelenggara badan-badan tersebut untuk melaksanakan pelbagai aktiviti Persatuan. Menggalakkan dan mengekalkan kepentingan awam dalam kerja-kerja Persatuan dan melaksanakan kutipan derma dan dana. TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA


Bekerjasama dengan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dan organisasi sukarela lain yang terlibat dalam kerja-kerja yang sama dengan Persatuan laksanakan dengan Persatuan mengekalkan kuasa pentadbiran terhadap dananya sendiri, kakitangan dan 'material'nya, dan tidak berkongsi nama dan lambang Bulan Sabit Merah untuk rayuan dana dan tujuan lain. Bergantung bagi menjalankan pentadbirannya bilamana yang mungkin kepada sumbangan dan derma sukarela sebanyak yang boleh bagi memberi khidmatnya secara percuma di mana Persatuan boleh mendapatkan pendapatan daripada harta hak milik Persatuan atau pelaburan yang disediakan dan juga geran bantuan boleh diterima daripada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan organisasi persendirian bagi memenuhi perbelanjaan manamana khidmat Persatuan yang khusus dilaksanakan oleh Persatuan. TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA


Menerima tugas menurut prinsip-prinsip yang disebutkan (7 Prinsip Asas) dan fungsi tertentu untuk melindungi alam sekitar dan untuk membekalkan kursus-kursus latihan bagi subjeksubjek di atas yang mana boleh dibuka kepada awam. Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah penggunaan yang tidak sah dan pencabulan terhadap lambang Palang Merah/Bulan Sabit Merah atau penggunaan nama Persatuan, uniform, medal dan lencana yang tidak diberi kebenaran. Mempertimbangkan dan meluluskan dalam kes-kes yang sesuai bagi pencalonan untuk penganugerahan pangkat kecemerlangan, pingat dan lencana Persatuan. TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA


Menggalakkan dan mempromosikan Ahli Belia, dengan sasarannya iaitu untuk mendidik pembentukan tabiat kehidupan yang sihat, kepentingan berkhidmat kepada orang lain, membangunkan rasa tanggungjawab sosial, dan menguatkan ikatan persahabatan antarabangsa yang wujud di antara ahli belia Palang Merah / Bulan Sabit Merah di seluruh dunia. Mempromosikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan. TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA


OBJEKTIF Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa. Perlindungan kepada objek-objek bakai seni dan tugu peringatan. Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata. Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa. KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE


KONVENSYEN HAGUE 1899 & 1907 Undang-undang peperangan. Memberi hak dan menerangkan cara tugas pihak yang berperang dalam menjalankan operasi ketenteraan. Berkenaan tentang hak perlindungan kemanusiaan bagi mereka yang terbabit dalam peperangan. Sebanyak 50 buah negara telah menyertai mesyuarat keamanan ini di Hague, Netherlands pada tahun 1899 dan 1907. Mesyuarat tersebut telah berlancar dari 18 Mei dan ditandatangani pada 29 Julai 1899. Perjanjian tersebut berkuatkuasa dari 4 September 1900. KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE


PERSIDANGAN KEAMANAN PERTAMA 1899 Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandangani. PERSIDANGAN KEDUA MENGENAI PEPERANGAN LAUT DAN DARAT PADA 1907 Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907. KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE


HAGUE I Pacific Settlement of International Disputes. Ditandangani pada 29 Julai 1899. Dikuatkuasa pada 4 September 1900. Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara. Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata. Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa bertindak sebagai badan pengaman perlu dirujuk jika sesuatu konflik tidak diselesaikan secara diplomasi. KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE


HAGUE II Ditandangani pada 29 Julai 1899. Dikuatkuasa pada 4 September 1900. Diihamkan semasa persidangan Brussels 1874. Pihak yang bertelagah perlu menghormati undangundang dan caracara peperangan darat. Undang-undang, hak dan tugas peperangan perlu dipathi oleh semua pihak. Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang. KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE


HAGUE III Undang-undang peperangan adalah peperangan maritim. Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut. KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat HAGUE IV Antara persetujuan-persetujuan adalah


Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orangorang Cedera semasa Perang sewaktu mesyuarat pertamanya mengemukakan cadangan supaya satu lambang digunakan oleh sukarelawan, ambulans dan hospital yang mana dihormati oleh semua pihak terlibat dalam konflik. 17 FEBRUARI 1863 LAMBANG / EMBLEM


Cadangan penggunaan lambang Palang Merah dikemukakan semasa Persidangan Antarabangsa Geneva 1863. Lambang ini secara khususnya ialah lambang palang berwarna merah yang diletakkan di atas permukaan berwarna putih. Lambang ini merupakan bendera Switzerland yang diterbaikkan warnanya yang merupakan penghormatan kepada negara tersebut. 26-29 OKTOBER 1863 LAMBANG / EMBLEM


Perang Russia - Turki (The Russo-Turkish War) meletus. Walaupun telah menandatangi Konvensyen Geneva I, Turki mengisytiharkan akan menggunakan lambang Bulan Sabit Merah tetapi pada masa sama mash menghormati penggunaan lambang Palang Merah oleh pihak lawan. ICRC memberikan persetujuan sementara kepada Turki untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sewaktu konflik ini. Sejak itu, negara Islam menggunakan lambang bulan sabit. Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. 13 APRIL 1877 - 13 JANUARI 1878 LAMBANG / EMBLEM


Click to View FlipBook Version