SEKOLAH KEBANGSAAN
MUHAMMAD SAMAN
PASIR PANJANG LAUT , 32040 SERI MANJUNG,
PERAK
HIDUP SIHAT
CEGAH COVID
31 JANUARI 2022 – 6 FEBRUARI 2022
KEDIAMAN MASING-MASING
TENTATENNGTAKNAGMIKAMI TENTATIF
PENDAHULUAN
Larian merupakan satu aktiviti fizikal atau riadah yang amat popular di negara
kita Malaysia pada baru-baru ini. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat turut
menular dikalangan anggota-anggota kesihatan. Melalui aktiviti larian ini juga
kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan anggota kita sendiri disamping
meningkatkan tahap kecergasan masing-masing. Virtual run (larian maya) adalah
acara lain yang boleh dilakukan oleh peserta di mana- mana lokasi pilihan.
Ini bermaksud peserta tidak perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta bebas
memilih mana-mana lokasi sama ada perkarangan taman sendiri, kawasan
kerja atau taman rekreasi berdekatan untuk acara ini.
Peserta juga boleh melakukan acara ini dengan berjalan, menggunakan
treadmill, melakukan larian di tempat awam atau menyertai pertandingan
marathon lain semasa acara ini dijalankan. Peserta kini boleh berlari mengikut
rentak larian sendiri di mana sahaja di dunia ini. Virtual run adalah acara yang
menarik untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tahun, mendapatkan
motivasi ketika melakukan larian dan menerima penghargaan melalui pingat
dengan design tersendiri yang sangat kreatif untuk penyertaan pelajar. Justeru,
unit Kokurikulum SK Muhammad Saman (SEKEMAS) telah mengambil satu inisiatif
untuk menganjurkan satu larian “Virtual Run” bagi mengamalkan aktiviti
kecergasan dalam kalangan warga sekolah dan pada masa yang sama
mempromosikan aktiviti larian ini kepada masyarakat Pasir Panjang
khususnya ibu bapa dan barisan PIBG SEKEMAS.
TENTATENNGTAKNAGMIKAMI TENTATIF
RASIONAL
Penganjuran aktiviti larian secara maya ini adalah untuk
mempromosikan aktiviti larian dan pada masa yang sama meningkatkan
tahap kecergasan warga sekolah dan masyarakat Pasir Panjang. Selain itu,
ia juga bertujuan untuk mendidik murid-murid, barisan guru dan staf
sekolah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif
dalam aktiviti fizikal. Disamping itu juga, secara tidak langsung aktiviti ini
diharapkan dapat menjadi hiburan sihat dan dapat mengurangkan tekanan
yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
OBJEKTIF
Melahirkan murid-murid yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
Membina kesedaran dalam kalangan warga SK Muhammad Saman
khususnya murid-murid mengenai kepentingan aktiviti fizikal terhadap
tubuh badan dan kesihatan diri.
Memupuk semangat berdaya saing secara sihat disamping meningkatkan
kekuatan fizikal dan jati diri murid-murid.
Memberi peluang kepada semua murid, guru dan staf serta masyarakat
setempat untuk menyertai pertandingan larian secara maya walaupun
berada di rumah dan semasa cuti sekolah.
TENTATENNGTAKNAGMIKAMI TENTATIF
KATEGORI
PERTANDINGAN
KATEGORI MURID KATEGORI GURU/STAF/ IBU BAPA
/ PIBG
10 000 langkah (6.5km) 20 000 langkah (13.0km)
HADIAH KEPADA PESERTA : HADIAH KEPADA PESERTA :
10 peserta terawal tamat larian akan 10 peserta terawal tamat larian akan memperolehi
memperolehi sijil dan medal “Finisher” sijil dan medal “Finisher”.
Mengikut kelas. Mengikut kategori Guru/Staf
dan Ibu bapa/PIBG.
TERMA DAN
SYARAT
PERTANDINGAN
PENYERTAAN
√ Terbuka kepada semua murid, guru dan staf, ibu bapa dan PIBG SEKEMAS.
√ Peserta boleh memulakan larian/berjalan sepanjang tempoh larian tanpa
mengira jarak
larian sehari mengikut kategori pertandingan iaitu murid (6.5km/10 000
langkah),
manakala guru/staf/ibu bapa/PIBG (13.0km/20 000 langkah).
√ Peserta tidak perlu melengkapkan larian dalam tempoh satu hari dan boleh
melengkapkan
larian pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir
larian.
√ Peserta harus mengambil gambar selfie sebelum memulakan larian/berjalan.
√ Peserta harus melengkapkan jarak larian dan buktikan melalui screenshot
jarak
larian/berjalan menggunakan apps larian berikut :
TENTATENNGTAKNAGMIKTAEMRMI A DAN TENTATIF
SYARAT
PERTANDINGAN
√ Peserta perlu melengkap butiran peribadi (nama, kategori, nombor telefon, kelas (murid
sahaja) dan memuatnaik screenshot rekod jarak larian/berjalan beserta gambar selfie
dipautan Google Form yang akan diberikan oleh penganjur.
√ Larian/berjalan hendaklah dilakukan secara sendiri di tempat masing-masing (pastikan
tempat selamat) mengikut tempoh masa pertandingan yang telah ditetapkan.
√ Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan semasa larian
berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kecuaian para peserta sendiri.
PEMENANG
√ Peserta dengan penyertaan terpantas dengan jarak larian/bilangan langkah mencukupi syarat.
√ Keputusan juri adalah muktamad.
CARA MEREKOD LARIAN / LANGKAH MENGGUNAKAN GOOGLE FIT
JAWATANKUASA
PROGRAM
Pengerusi : PnHajah Rohadza binti Abd.Hamid(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Mohamad Hasanun Arif bin Massuti (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Nor Asikin binti Ramli ( PK Kurikulum)
Setiausaha Sukan Pn. Rosnah binti Hanapi ( PK HEM)
Bendahari : Pn. Shaheera Ilyani binti Nor Mazlan
: Pn.Nuru Husna bt Mohd Zaini
Buku Program Jurugambar
Pn. Rohaila binti Kamaruddin (K) En.Mohd Naim bin Marzuki
Pn. Asiah binti Hamat Hebahan / Poster
Hadiah Cik Siti Hazalliana binti Halim
Pn. Norlelawati binti Abdullah (K) Pn. Nor Izaty Hanani bt Mohd Tahir
Pn. Nurulaini Muhaniz binti Ahmad Jaiz Juruteknikal / Montaj
Penyelia Peserta Tahap 1 En. Mohd Yuslan bin Yusof (Pemarkahan)
Pn. Pn. Hjh. Rohani binti Abdul Majid (1 Sina) En. Ahmad Sapri bin Ishak
Pn. Noor Hayati binti Hamzah (1 Majah) Pn. Rafidah Ailyan binti Abdul Razak
Pn. Sumathi a/p Shanmugan (2 Sina) Juruacara / Sijil
Pn. Zarina binti Mahmud (2 Majah) Pn. Siti Faizah binti Yusoff
Pn. Nurul Aizzah binti Dzulkfli (3 Sina) Pn. Thanalechime a/p Munian
Pn. Nur Fadzrina binti Ahmad Fadzil (3 Majah)
Penyelia Peserta Tahap 2
En. Kamaruzaman bin Ahmad (4 Sina)
Tn. Hj. Mohamad Zahari bin Hamza (4 Majah)
Pn. Noor Iza binti Yacop (5 Sina)
En. Jerimi bin Fairus Loo (5 Majah)
En. Nurul Ikhwan bin Jamaluddin (6 Sina)
Pn. Nurul Huda binti Ali (6 Majah)
Penyelia Guru dan Staff
Pn. Tilaha a/p Muniandy
Penyelia Ibu bapa dan PIBG
Pn. Rohaida binti Mohamad
PENGHARGAAN
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan
Muhammad Saman
ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak
yang terlibat
secara langsung
atau tidak langsung
dalam menjayakan
Larian Virtual 2022
“ HIDUP SIHAT CEGAH COVID ”