MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA (MPU3332) Tajuk: KESAN NEGATIF SEKULARISM & KAEDAH MENANGANINYA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM Disediakan oleh: Bil. Nama Id Program 1 AHMAD AZAMUDDIN BIN RASID 54220122203 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN 2 MOHAMAD FAHMI BIN AZMI 54220122204 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN 3 PUTERI NUR SYAMIRA BINTI YUSOF 54220122133 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN 4 NURUL ‘ALYAA’ BINTI SAFIE 54220222098 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN 5 NADHIRAH AININ BINTI EZANI 54220222097 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN 6 A’IN MUNIRAH BINTI MOHD BAHARUDDIN 54220122091 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN Nama Pensyarah: EN. ABD RASHID
2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 3 2.0 Sekularism 5 3.0 Kesan Negatif Ideologi Sekularisme 3.1 Aspek Pemikiran 7 3.2 Aspek Sosial 7 3.3 Aspek Politik 8 3.4 Aspek Ekonomi 8 3.5 Aspek Pendidikan 9 3.6 Aspek Perundangan 9 4.0 Cara Menangani Isu Sekularism 4.1 Dari Segi Politik 10 4.2 Dari Segi Pihak Berkuasa 10 4.3 Dari Segi Ilmu Pengetahuan 11 5.0 Kesimpulan 12 RUJUKAN 13
3 1.0 PENDAHULUAN Islam adalah agama yang mengutamakan semua bidang kehidupan dan memberi ruang kepada manusia untuk mengikut peraturan yang ditetapkan untuk hidup aman dan bahagia. Berdasarkan prinsip tauhid yang suci, ia merangkumi perkara-perkara mengenai hubungan harmoni antara manusia (makhluk) dengan Tuhan. Konsep sekularisme telah diterima pakai oleh kebanyakan kerajaan dan ulama di negara Islam malah cuba menerapkannya dalam pelbagai aspek kehidupan. Semua ini memberi kesan negatif kepada tamadun Islam. Kesemua pengaruh ini dapat dilihat dalam dimensi sosial, ekonomi dan politik yang berjaya membentuk insan yang tidak berjiwa khususnya dari segi akhlak, jati diri dan agama. Penjelasan tentang sains sekular adalah penting supaya kita tidak dituduh menentang kemajuan sains, menentang sains, dan menentang penggunaan akal. Oleh itu, idea dalam Islam adalah penting seperti gabungan akal, iman dan wahyu. Dalam membincangkan kesan sekularisme, penulis memfokuskan kepada kemelut mental yang menimpa umat Islam. Sejak pertengahan abad ke-18, hampir semua dunia Islam telah menjadi sasaran utama Barat, mempengaruhi idea pemikiran yang berbeza termasuk budaya, pengetahuan, seni, bahasa, dan lain-lain, yang menyebabkan keadaan mental umat Islam hampir sepenuhnya dibaratkan. Ini menjejaskan watak mereka yang menerima tamadun moden secara sembarangan dan tidak terkawal. Malah, umat Islam seolah-olah hilang kepercayaan terhadap pemikiran Islam dan warisan budayanya, tersiksa secara mental akibat kekalahan jiwa mereka, dan bersedia menerima tanpa syarat sebarang alternatif yang datang dari Barat. Umat Islam begitu mudah terpengaruh dengan gagasan pembaratan yang dikatakan sebagai jalan terbaik untuk mencapai matlamat kebahagiaan hidup. Malah, kerana kecuaian kita, kita lupa ajaran agama dan berfikiran duniawi. Perkembangan kefahaman sekular merebak ke seluruh benua Eropah dan seterusnya melalui penjajahan ke negara lain termasuk negara Islam. Proses yang berlaku pada zaman penjajahan ini berterusan walaupun negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, dengan meyakini bahawa model pembangunan dan cara pemikirannya harus terus mengelak kemunduran dan kemiskinan manusia.
4 Sekularisasi juga dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi yang bertujuan untuk kemajuan sosial dan negara, mewujudkan nilai material dan muncul selepas penerimaan sistem ekonomi. Akibatnya, pemikiran umat Islam dipengaruhi oleh idea bahawa kita perlu meniru Barat untuk maju dalam kehidupan. Malah, idea ini diamalkan melalui penyesuaian pelbagai aliran pemikiran Barat, seperti rasionalisme, positivisme, naturalisme dan materialisme.
5 2.0 SEKULARISM Sekularisme berasal daripada perkataan Latin "Saeculum", yang bermaksud "zaman". Ideologi ini muncul pada akhir Zaman Pertengahan (Hänninen, 2002). Menurut AlAtas, Saeculum bermaksud masa kini, dan proses sekularisasi dipanggil sekularisasi, yang menandakan pembebasan manusia daripada ikatan rohani dan metafizik. Sekularisme merupakan fahaman yang ditakuti oleh penganut agama kerana politik sekularisme membawa kepada proses menghapuskan pegangan dan kepercayaan agama. Dr Safar bin Abdurrahman Al-Hawali memperoleh pengertian Irmaniyah daripada perkataan Arab iaitu terjemahan literal perkataan sekularisme. Beliau menganalisis struktur perkataan yang dimaksudkan, daripada perkataan ‘ilm’, yang bermaksud ilmu dan sains, kepada sains, kumpulan yang menyokong mazhab Al-Ilm. Penggunaan perkataan sekularisme berbeza mengikut masa dan keadaan. Ia merujuk kepada era itu dan pergolakan yang wujud pada masa itu, dan kebanyakan penggunaan perkataan "sekular" menunjukkan perbezaan antara teokrasi dan pembebasan daripada penguasaan kerajaan. Walau bagaimanapun, makna sekular pada zaman moden merujuk kepada kebangkitan sains dan teknologi. Selain itu, sekularisasi merujuk kepada proses membebaskan negara, perniagaan, dan pendidikan daripada bidang kuasa agama dan agama. Sekularisme juga muncul daripada falsafah agama moden dengan misi neutral dan universal, serta konsep ini juga disokong di Barat. Tindakan sekular memisahkan agama daripada pentadbiran sekular berpunca daripada ketamakan dan fanatik Gereja terhadap revolusi sains di Barat. Tetapi kemodenan sekular cenderung untuk menyokong kemuncak sains dan teknologi dan bertentangan dengan etika agama yang menghalang perkembangan tersebut. Namun, negara pasca-sekular, menunjukkan agama bukan lagi penghalang kepada perkembangan ilmu, sebaliknya merupakan transformasi agama ke arah penyesuaian yang lebih terbuka kepada zaman moden. Tetapi unsur-unsur sekular masih menjejaskan identiti agama dan kepercayaan.
6 Ideologi sekular bermula dengan idea pemodenan. Sekularisme ini menjadi prinsip pemodenan bagi Barat dan mula diterima pakai oleh negara-negara Timur, di mana kepercayaan rohani dan agama jauh dari kehidupan normal masyarakat. Ia kemudiannya menekankan ideologi itu sebagai ungkapan rasa tidak puas hati terhadap agama, yang cuba dijauhinya. Konsep yang dikaitkan dengan sekularisme ialah menghimpunkan negara, masyarakat, atau individu yang berbeza kepercayaan untuk membincangkan isu-isu kepentingan awam yang lebih umum dan tidak berat sebelah oleh mana-mana pihak.
7 3.0 KESAN NEGATIF IDEOLOGI SEKULARISME Ideologi sekularisme ini secara amnya mempunyai banyak kesan buruk berbanding baik kepada masyarakat Islam, terutamanya dalam bidang pemikiran dan akidah. Kelihatan seperti ideologi ini telah melanda semua orang Islam, serta dunia secara keseluruhan. Dalam bukunya yang bertajuk The Religion in Contemporary Debate, Alan Richardson memberikan penjelasan ‘bahawa dunia yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan peradaban mereka’. Berikut merupakan kesan sekularisasi umat Kristian dan peradaban secara umum yang membawa kepada dunia yang kita lihat hari ini iaitu dari segi pemikiran, sosial, politik, ekonomi, pendidikan dan juga perundangan. 3.1 Aspek Pemikiran Kesan sekularisme terhadap pemikiran, ini dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kebesaran dan keagungan Allah S.WT. Keimanan umat Islam semakin rapuh dan keliru dengan pendapat dari aliran Barat kerana keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran, serta pembalasan Qadha dan Qadar. Masyarakat Islam mula mempertikaikan perkara agama, terutamanya yang mempunyai kesan metafizik dan tidak logik kepada mereka. Ini termasuk perkara seperti kewajipan menutup aurat dan perkara yang berkaitan dengan solat. 3.2 Aspek Sosial Kesan sekularisme terhadap sosial ini dapat dilihat daripada perubahan perwatakan individu sama ada dalam berfikir, bertindak mahupun menjalani gaya hidup mereka. Pengasingan diri daripada kepentingan agama menyebabkan kekosongan dalam diri dan jiwa, serta pembangunan yang tidak seimbang. Akibatnya, keruntuhan moral dan akhlak meningkat, dan gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, homoseksual dan bohsia juga semakin meningkat.
8 3.3 Aspek Politik Kesan sekularisme terhadap politik secara asasnya, politik Islam melihat jawatan itu sebagai amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah, dan matlamat untuk memperoleh pengaruh, pangkat dan kuasa bertentangan dengan politik ini. Begitu juga, apabila mereka berkuasa, mereka harus menggunakan kuasa mereka untuk melaksanakan amanah, tanggungjawab dan kebajikan masyarakat. Namun setelah kehadiran fahaman ideologi kapitalisme, sosialisme dan nasionalisme yang antara lain merupakan sebahagian daripada aliran politik Barat yang berakar umbi telah membuatkan sedikit demi sedikit pemimpin islam kini hanya berebut mahukan jawatan semata-mata kerana kebendaan dan kekayaan material serta tidak lagi mahu melaksanakan tanggungjawab diberikan dengan tulus, ikhlas, adil dan saksama. 3.4 Aspek Ekonomi Kesan sekularisme terhadap ekonomi dapat dilihat apabila sifat-sifat murni sistem ekonomi islam semakin dipinggirkan terutamanya apabila ditadbir oleh pentadbir yang mempunyai pemikiran sekular. Sebagai contohnya, konsep keadilan ekonomi sejagat, ketulusan, tanggungjawap, hukum halal haram, keadilan, etika cara kerja, akhlak mulia dan sebagainya tidak diutamakan lagi. Terdapat dua jenis sistem ekonomi sekular iaitu kapitalis dan juga sosialis. Ekonomi kapitalis mengamalkan sistem pasaran bebas (laissez-fairez) dan peranan kerajaan adalah amat terhad. Kapitalis menuntut kebebasan individu memiliki harta, kekuasaan penuh terhadap institusi kewangan, perwarisan harta, persaingan yang sihat dan sebagainya. Sistem ekonomi kapitalis ini telah diamalkan di negara islam dan didapati mempunyai nilai yang bercanggah dengan syariat seperti tiada konsep ekonomi untuk dunia dan juga akhirat. Sistem ekonomi sosialis pula merupakan ciptaan Karl Marx seorang tokoh Barat adalah sistem yang berasaskan kepada hak milik pemerintah secara mutlak. Akibat daripada pelaksanaan sistem ini, telah menjadikan hilang kepercayaan terhadap adanya Allah SWT, selain meruntuhkan institusi keluarga dengan memperjuangkan gerakan pembebasan wanita dengan anggapan bahawa semua manusia adalah sama walaupun sebenarnya masing-masing mempunyai kelebihan yang berbeza. Sistem ekonomi sekular juga gagal meletakkan ‘Hablumminallah’ dan ‘Hablumminannas’ dalam perspektif perekonomian yang sebetulnya. Hal ini juga merupakan punca kepada krisis ekonomi di negara-negara islam akibat sekularisasi seperti yang dinyatakan oleh pensyarah UUM iaitu Abdul Razak B. Chik antaranya merangkumi kegawatan ekonomi, kemiskinan, peruntukan sumber, keutamaan keperuan, nilai
9 keuntungan dan kerugian, sifat tamak dan pembaziran serta ketidaktelusan, rasuah, tidak amanah dan tidak bertanggungjawap. 3.5 Aspek Pendidikan Kesan sekularisme terhadap pendidikan telah mencorakkan sistem pendidikan yang lebih mengutamakan aspek dunia tanpa mengambil kira keperluan iman dan jiwa untuk membentuk akhlak dan moral. Kesan daripada pelaksanaan sistem pendidikan yang berfahaman sekular ini telah sedikit sebanyak membentuk generasi yang lemah akidah dan kurangnya penghayatan islam. Sistem dualisme telah menjadikan akademik dan kerohanian dalam dua aliran berbeza yang terbentuk akibat daripada sekularisme. Sistem pendidikan dualisme telah dilaksanakan di seluruh dunia, termasuk di negara-negara Islam. Pemikiran masyarakat juga berubah apabila mereka bangga jika anak-anak mereka menuntut di sekolah atau institusi pengajian tinggi yang berfahaman sekular dan juga ternama. Malah bidang pekerjaan yang yang bercorak professional lebih banyak mendapat perhatian kerana gaji yang ditawarkan agak lumayan serta dianggap bertaraf tinggi. Namun berlainan pula kisah bagi bidang yang beraliran agama dan kemanusiaan apabila dipandang rendah taraf pekerjaannya kerana gaji yang ditawarkan biasanya bermula agak rendah berbanding bidang professional dan tidak mencabar keupayaan diri bagi sesetengah pihak. 3.6 Aspek Perundangan Kesan sekularisme terhadap sistem perundangan dapat dilihat apabila berlakunya perubahan undang undang islam kepada sistem perundangan Barat. Perubahan sistem perundangan ini telah membuatkan orang Islam tanpa segan silu mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan mereka yang melaksanakannya. Sebagai contoh, kerajaan Mesir telah menghapuskan mahkamah syariah dan mengintegrasikan fungsinya ke dalam sistem mahkamah sivil negara.
10 4.0 CARA MENANGANI ISU SEKULARISM Berdasarkan kesan-kesan sekularisme yang berlaku di negara Malaysia, sebagai umat Islam kita perlu menangani dan menolak sekularisme ataupun suatu fahaman dan kelakuan yang memisahkan antara urusan keagamaan dengan urusan keduniaan. Umat Islam tidak sewajarnya melakukan tindakan dan perlakuan mengikut akal fikiran semata-mata tanpa berpandukan kepada agama. Terdapat beberapa kaedah dan juga peranan untuk menangani sekularisme daripada terus berleluasa di negara kita khususnya masyarakat Malaysia. 4.1 Dari Segi Politik Antara cara menangani sekularisme adalah dari segi politik kerana fahaman politik tentang sekularisme adalah kehidupan yang menolak dan menentang penghayatan Islam sebagai satu peraturan hidup atas peredaran waktu dan zaman. Ahli politik di Malaysia harus benar-benar memahami dan menghayati peraturan, suruhan dan larangan dalam agama berkaitan pengelolaan dan pentadbiran sesebuah negara. Mereka harus sedar bahawa setiap ajaran Islam tidak berubah mengikut peredaran zaman, isi ajaran Islam tetap sama dan paling sempurna yang tidak perlu diubah oleh mana-mana pihak. Hal ini wajar kerana agama persekutuan di Malaysia adalah agama Islam yang telah dipersetujui sejak negara ini dimerdekakan oleh pihak penjajah. Walaupun pemerintah menganut agama yang berbeza, namun beliau harus akur dan melakukan yang sewajarnya berdasarkan tuntutan agama Islam. 4.2 Dari Segi Pihak Berkuasa Pihak berkuasa juga perlu mengambil peranan dalam menangani sekularisme. Penyebaran sekularisme haruslah diharamkan dan mana-mana pihak yang cuba melawan harus diambil tindakan yang tegas dan sewajarnya. JAKIM misalnya haruslah berganding bahu dengan para ulama mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan berusaha memberi gambaran sebenar kepada umat Islam dalam pelbagai cara seperti ceramah, penulisan ilmiah, poster dan sebagainya tentang bahayanya sekularisme serta mengajar mereka tentang ilmu-ilmu agama agar mereka tidak jahil tentang agama islam. Para ulama islam mestilah menghidupkan sunnah dalam kehidupan dan menzahirkan keunggulan Islam kepada umum, selain bersatu hati menolak fahaman sekular supaya tidak menular dalam fikiran umat islam.
11 4.3 Dari Segi Ilmu Pengetahuan Hanya ilmu pengetahuan dapat memelihara manusia dari kesesatan dan menimbulkan perasaan takut kita sebagai makhluk kepada pencipta iaitu Allah swt. Ilmu pengetahuan yang kita perolehi ini dapat menimbulkan ketaatan dan menunjukkan kita jalan yang betul sebagai umat dengan melakukan segala amalan yang diperintah oleh pencipta. Ilmu pengetahuan yang diperolehi ini akan meningkatkan kesedaran dan kebangkitan umat Islam, hal ini dapat menghancurkan pengaruh ideologi sesat di dalam masyarakat umat Islam di zaman ini. Jadi, pendidikan yang sewajarnya tentang sekularisme harus diberikan kepada masyarakat. Pembelajaran di peringkat awal bermula di bangku persekolahan, sewajarnya para pendidik menekankan kepada pelajar tentang kesan buruk sekularisme ini kepada masyarakat dan juga negara. Hal ini kerana, pemahaman dan pendidikan yang betul akan membawa kepada kemakmuran dan juga keharmonian tanpa pergaduhan melibatkan isu sekularisme.
12 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, fahaman sekularisme adalah agenda barat bagi menghancurkan umat dan kekuatan Islam. Oleh itu keperluan kembali kepada Islam yang syumul, dengan berpegang teguh pada tali Allah yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Apabila menjadikan Islam “deenul hayah“ sepanjang zaman, maka seluruh umat Islam akan bersatu padu sepenuh tenaga untuk berjuang segalanya untuk Islam. Umat Islam adalah umat yang terpilih seperti yang telah diberitahu oleh Saidina Umar kepada umat islam dahulu, “Dulu kita ialah kaum yang hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Jika cari kemuliaan dengan sesuatu yang lain, nescaya Allah akan menghina kita.” Oleh itu, jangan biarkan masyarakat Islam terus disekularkan oleh Barat kerana kesenangan yang dikatakan itu hanyalah keseronokan yang sementara. Hakikatnya syurga adalah kesenangan yang hakiki dan segala usaha dan penyelesaian yang dilakukan dapat memberi impak yang positif buat Islam dan perjuangan Islam akan mencapai kegemilangannya yang bersesuaian dengan tujuan maqasid al syariah dalam menjaga agama.
13 RUJUKAN Oxford University Press Abu Ridho (2001), Gerakan Keagamaan dan Pemikiran. Jakarta. al-Islahy Press Ahmadi al-Aziz (2002), Bapa Pembangunan Turki Moden, Mustafa Kamal Atatuk. Kuala Lumpur. Usnie Sdn Bhd Ahmad bin Khairuddin & Nur Amalina bt Mohd Azman.Penyelenggara(2014), Akal Siapa Tuhan Kamu? Semenyih. Humaira Publications Ahmad Yumni Abu Bakar & Mohd Fairuz Jamaluddin (2014), Menjawab Islam Liberal. Batu Caves. PTS Islamika Sdn Bhd. Che Yusoff bin Che Mama (1988), Perkembangan dalam Masyarakat Muslim. Kuala Lumpur. KLAlam Raya Enterprise. Dr Basem Khafaji (2010), Strategi Barat Mengekang Islam.KL. PTS Publications & Distriburors Sdn. Bhd. Dr Yusof al Qardhawi (2015). Fiqh Keutamaan.Terj. Dr Juanda Haji Jaya. Bangi. Syabab Book Link. Fathi Yakan (2010), Apa Erti Saya Menganut Islam.Batu Caves. Pustaka Salam Sdn Bhd. Ghazali Darussalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Moden. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.