KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
2021
TAJUK
ATLET KEBANGSAAN
KEBANGGAANKU
DISEDIAKAN OLEH
AHMAD LUTFI BIN MOHD SALLEHUDIN
6 GAMMA
090724060589
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
1. Pendahuluan. 1
2. Lima Sukan Kebanggaan Negara 2
3. Datuk Lee Chong Wei 3
4. Datuk Nicol Ann David 4
5. Datuk Azizulhasni Awang 5
6. Ziyad Zolkefli 6
7. Pandelela Rinong anak Pamng 7
8. Atlet Pilihan - Lee Zia Jie 8
9. Lima Kepentingan Penglibatan 9
Pelbagai Kaum Mengharumkan 10
Nama Negara Dalam Bidang Sukan 11
10. Kesimpulan. 12
11. Rujukan.
12. Lampiran.
1
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana
dengan izinNya telah dapat saya siapkan Kajian Kes Sejarah Tahun 6 bertajuk
Atlet Kebangsaan Kebanggaanku.
Atlet ialah orang yang terlibat dalam bidang sukan. Pencapaian atlet negara
dalam bidang sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah terukir
sejak era sebelum kemerdekaan. Contohnya dalam sukan bola sepak pasukan
Malaysia pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich(1972) dan
Moscow(1980) serta memenangi Piala Suzuki 2010. Antara lagenda atlet bola
sepak negara ialah Dato' Mokhtar Dahari, R Arumugam, Datuk Santokh Sigh,
dan ramai lagi.
Kini, ramai atlet dalam pelbagai sukan telah mengharumkan nama
Malaysia di persada dunia. Contohnya Datuk Azizulhasni Awang dalam sukan
lumba basikal, Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Datuk Nicol Ann
David dalam sukan squash, Pandelela Rinong anak Pamg dalam sukan terjun
papan anjal dan lain-lain.
Selain daripada sukan untuk atlet normal, ada juga sukan bagi golongan
Orang Kurang Upaya(OKU) yang telah mengharumkan nama Malaysia seperti
Ziyad Zolkefli dan Ridzuan Puzi dalam sukan olahraga.
2
PANDELELA DATUK LEE DATUK
RINONG ANAK CHONG WEI NICOL ANN
Badminton
PAMG DAVID
LIMA SUKAN
Terjun papan ANTARABANGSA Squash
anjal
YANG
MENGHARUMKAN
NAMA MALAYSIA
ZIYADH DATUK
ZOLKEFLI AZIZULHASNI
Olahraga AWANG
Lumba basikal
3
Datuk Lee Chong Wei
Dilahirkan pada 21 Oktober 1982
Dilahirkan di Pulau Pinang
Berasal dari Bagan Serai, Perak
Berkahwim
Pendidikan - Jit Sin Primary dan sekolah Menengah Sungai Way
Anugerah / pencapaian
Memenangi emas sebanyak enam kali berturut-turut Kejohanan Terbuka
Malaysia bermula 2005
Memenangi emas Kejohanan Siri Super Terbuka Korea Selatan 2010
Pemain nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan
Olahragawan Kebangsaan 2005
4
Datuk Nicol Ann David
dilahirkan pada 26.8.1983, di Pulau Pinang
meminati permainan skuasy semasa beliau masih kecil ketika berusia 5
tahun.Apabila beliau berumur 8 tahun barulah beliau bermain, berlatih serta
menyertai pertandingan skuasy.
Anugerah / pencapaian
Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002,
2004, 2006, 2008 dan 2010)
Terbuka Dunia lima kali
Juara Terbuka British tiga kali, Terbuka Hong Kong lima kali dan Qatar
Classic empat kali
Datuk Azizulhasni Awang
5
Datuk Azizulhasni Awang
Nama sebenarnya ialah Mohd Azizulhasni Awang
Nama gelarannya The Pocket Rocketman
5 Januari 1988 berasal dari Dungun Terengganu
Pendidikan - Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda
Perdagangan (Pengkhususan dalam Pengurusan Sukan) di Universiti Deakin,
Australia
Bekas Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil
Anugerah / Pencapaian
Memenangi pingat perak acara kierin Sukan Olimpik Tokyo 2020
Olahragawan Kebangsaan 2010
Memenangi pingat gangsa acara kierin Sukan Olimpik Rio 2016
Memenangi pingat emas acara kierin dan pecut 200km di Kejohahan
Trek Asia 2008
6
Ziyad Zolkefli
Nama sebenarnya Muhammad Ziyad Zolkefli
Dilahirkan pada 15 Mac 1990 di Selangor
Atlet paralimpik acara lontar peluru F20(masalah pembelajaran)
Pendidikan - Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Kehidupan sebagai peniaga char kuey teow di Jalan Tunku Abdul
Rahman memotivasi beliau agar berusaha keras dan sentiasa gigih tanpa kenal
erti lelah demi mencapai impian menjadi atlet Paralimpik bertaraf dunia
Anugerah / Pencapaian
Atlet Paralympian Kebangsaan 2013
Pemegang rekod dunia acara lontor peluru di Kejohanan Paralimpik
Rio 2016
Pemenang pingat emas di Kejohanan Dunia dan Sukan Para Asia pada
2013 dan 2014
Pemenang pingat gangsa di Sukan Paralimpik Musim Panas 2012
London.
7
Pandelela Rinong anak Pamg
Dilahirkan pada 2 Mac 1993
Berasal dari Kupuo Jugan, sebuah perkampungan Bidayuh di Bau, Sarawak
Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan
menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Beliau
kini mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya, jurusan Pengurusan
Sukan.
Anugerah / Pencapaian
Memenangi empat pingat emas pada tahun 2007 di Kejohanan Remaja
Akuatik Asia
Kejohanan Akuatik Dunia 2009 beliau memenangi pingat gangsa dalam
acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Ye
Pada 2010 di New Delhi, India, beliau memenangi pingat emas pertama
Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara
terjunan 10 meter.
Memenangi pingat pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter platform
Wanita, Olimpik 2012 di London
Meraih pingat gangsa dalam platform 10 m individu di Kazan dan layak ke
Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil.
Pada Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Jepun pula, beliau
memenangi pingat emas dalam 10 m platform individu
8
ATLET PILIHAN
Lee Zii Jia
Lee Zii Jia dilahirkan pada 29 Mac 1998 merupakan anak kepada Lee
Chee Hin dan Leow Siet Peng seorang guru dan bekas pemain bola kerangjang
antarabangsa. Zii Jia mula berminat bermain badminton seawal usia 5 tahun.
Beliau aktif menyertai kejohanan badminton pada usia 12 tahun ketika
bersekolah di SJKC Keat Hwa Alor Setar, Kedah. Kejayaan beliau telah
membolehkan beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Kejayaan Zii Jia bermula pada tahun 2015 iaitu memenangi Kejohanan
Badminton Terbuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Seterusnya, pada
tahun 2016, beliau memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja
acara perseorangan lelaki. Pada 2017, Zii Jia menjuarai Kejohanan Badminton
pertama di Polish International. Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Zii Jia.
Pada tahun 2019 , memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki
badminton di temasya Sukan Asia Tenggara dan juga memungut pingat perak
acara lelaki berpasukan. Selanjutnya, pada bulan Februari 2020, beliau
mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di
Kejohanan Badminton Asia Berpasukan. Kemuncak kejayaannya Lee Zii Jia,
pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia ini ialah menjuarai Kejohanan
Badminton Terbuka England 202.
Lee Zii Jia menjadi atlet pilihan saya kerana beliau bakal menggantikan
pemain badminton nombor satu Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang
telah bersara. Dalam usia yang masih muda, beliau boleh mengekalkan
kejuaraan demi kejuaraan dengan bimbingan dan latihan daripada jurulatihnya.
Lee Zii Jia juga mempunyai sikap yang tenang ketika bermain sama seperti
Datuk Lee Chong Wei. Saya berharap beliau akan dapat sentiasa dapat
memenangi pertandingan badminton yang disertainya.
9
LIMA KEPENTINGAN
PENGLIBATAN PELBAGAI KAUM
MENGHARUMKAN NAMA NEGARA
DALAM BIDANG SUKAN.
Penglibatan pelbagai kaum mengharumkan negara dalam bidang sukan dapat
memupuk dan menyemarakkan semanagat perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan
fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang
bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau
Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus
agar kemenangan dapat dicapai.
Selain itu, sukan yang disertai oleh pelbagai kaum dapat mengeratkan hubungan
silaturahim atau persahabatan kerana semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sama ada
sebagai pemain, jurulatih mahupun pengurus. Seterusnya, kepelbagaian kaum dalam sukan
juga dapat menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Mereka bukan sahaja
bekerjasama malah bersatu hati untuk mengharumkan nama negara di persada dunia tanpa
mengira kaum dan agama. Contohnya, dalam pasukan bola sepak negara kita. Jurulatihnya
berbangsa Cina (Tan Cheng Hoe) dan pemain-pemain kebanyakannya terdiri daripada orang
Melayu. Selanjutnya, penglibatan pelbagai kaum dalam bidang sukan juga memupuk
semangat patriotik antara kaum.
Akhir sekali, wujudlah masyarakat yang harmoni , dapat meningkatkan tahap kesihatan
dan kecergasan serta kualiti kehidupan bukan sahaja dalam kalangan atlet sukan malah
penyokong dan peminat sukan untuk memastikan nama Malaysia tetap gah dalam pelbagai
bidang sukan antarabangsa.
10
KESIMPULAN
Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan
masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton,
hoki, dan sebagainya yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Kejayaan para atlet Malaysia dalam pelbagai acara di peringkat antarabangsa
membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat mengutamakan kesihatan, kebolehan dan
kepakaran dalam bidang sukan. Kerjasama daripada kerajaan untuk memastikan
kecemerlangan bidang sukan amat memberangsangkan. Contohnya kerjasama Kementerian
Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan yang menggilap bakat atlet sukan dari sekolah
rendah hingga ke menara gading, turut membantu melahirkan atlet negara yang
berpendidikan.
Badan Cergas Otak Cerdas. Majulah Sukan Untuk Negara. Malaysia Boleh. Inilah
antara slogan dan sorakan yang amat sinonim dengan pencapaian sukan di Malaysia.
11
RUJUKAN
1. Buku teks Sejarah Tahun 6.
2.https://www.jobstore.com/careers- blog/2019/08/06/10-atlet-kebangsaan-
mengharumkan-nama-malaysia-di-persada- dunia/
3.https://anyflip.com/oopxp/kcle/basic
4.https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Zii_Jia
5. https://aarettu.blogspot.com/2021/05/contoh-mengharumkan-nama-negara.html
12
LAMPIRAN
Soalan temubual.
1. Pada pendapat ibu, siapakah lima atlet kebanggaan negara?
2. Siapakah atlet negara yang menjadi pilihan abang?
3. Mengapakah abang memilih Lee Zii Jia?
4. Ayah, apakah kepentingan penglibatan pelbagai kaum dalam bidang sukan?