Dirasmikan Oleh:
TUAN HAJI OMAR BIN MOHD SALLEH
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
(PEMBANGUNAN MURID)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
Kata Alu-Aluan
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) kerana telah memberi
kepercayaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Mersing untuk mengelolakan kejohanan sukan di
peringkat Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) pada tahun 2022 khasnya bagi Pertandingan
Sukan Memanah dan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor secara bersemuka tahun 2022.
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) adalah wadah kepada pembangunan dan
kecemerlangan sukan di sekolah. Kejohanan yang dilaksanakan pada setiap tahun telah membantu
melahirkan atlet sukan negara yang telah menyumbang kepada kejayaan negara di pentas
antarabangsa. Kejayaan ini membuktikan kepentingan Majlis Sulan Sekolah Negeri Johor (MSSJ)
dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyumbang kepada pembangunan sukan
negara
Pelaksanaan sukan bermula di peringkat sekolahrendah lagi telah menjadi asas kepada
kemenjadian murid dalam bidang sukan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Sukan Negara. Justeru itu, aktiviti sukan adalah pemangkin dalam memacu transformasi
pendidikan holistik ke arah Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan dalam
semua bidang sukan yang dipertandingkan.
Selain itu semangat kesukanan dalam kalangan diri murid-murid telah menyumbang kepada
aspirasi pendidikan negara serta berkeupayaan untuk mengukuhkan integrasi kaum ke arah
pembentukan sebuah negara yang majmuk. Melalui kejohanan MSSJ juga, bakat dan potensi murid
dapat dikenal pasti bermula di peringkat rendah hingga lah ke peringkat yang lebih tinggi. Ini secara
tidak langsung dapat membantu melahirkan generasi pelapis sukan negara di masa akan datang.
Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan usaha bagi menjayakan pertandingan ini.
Akhir kata, saya mengharapkan dengan pertandingan ini, ia dapat melahirkan atlet yang berkualiti,
berwawasan dan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekolah daerah Mersing dan Pejabat Pendidikan Daerah
Mersing selaku pengelola serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan pertandingan pada tahun ini.
Sekian. Terima kasih,
(SAIFUL BIN ATAN)
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
PENDAHULUAN
Kejohanan permainan adalah aktiviti luar bilik darjah yang merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti riadah. Keperluan aktiviti ini
juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya
sebagai pengembang dan pelengkap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
selain membentuk individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah (sosial).
Memandangkan kepentingan aktiviti ini kepada pelajar kejohanan ini
telah diwujudkan bagi menyemarakkan aktiviti sukan di kalangan pelajar sekolah.
Dengan adanya kejohanan seumpama ini diharapkan memberi impak yang besar
kepada perkembangan gaya hidup sihat yang secara langsung mempengaruhi
pencapaian akademik.
OBJEKTIF
Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi Jasmani , Emosi, Rohani,
Intelek dan Sosial (JERIS).
Menggalakkan pelajar bersukan. “ BADAN CERGAS, MINDA CERDAS”.
Mencungkil bakat serta mencari wakil negeri Johor ke peringkat kebangsaan.
Memastikan potensi murid dapat dioptimumkan dan seterusnya meningkatkan
lagi keberhasilan dalam bidang sukan.
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : Tn Hj Saiful Bin Atan
(Pegawai Pendidikan Daerah Mersing)
Timbalan Pengerusi I : En Norazmi bin Mohd Nor
(TPPD Pembangunan Murid)
Timbalan Pengerusi 2 : En Wan Nadzri bin Wan Mohamed
(TPPD Perancangan)
Naib Pengerusi I : En Azman Achutan bin Abdullah
(TPPD Pembelajaran)
Naib Pengerusi 2 : En Azmani bin Ghazali
(TPPD Pengurusan Sekolah)
Setiausaha : En Azizan bin Kamarudin
(Pen. PPD Pembangunan Murid)
Pen. Setiausaha 1 : En Mohd Hafiz Bin Raya
(Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Memanah)
Pen. Setiausaha 2 : En Zulkifli Bin Mohd Aspan
(Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Ping Pong)
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
AHLI JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
AJK Pengelola Memanah
Pengetua SMS Sultan Iskandar
AJK Pengelola Ping Pong
Pengetua SMA Al-Khairiah
AJK Urus Setia Pertandingan dan Pendaftaran
Pengetua SMK Anjung Batu
AJK Buku Program dan Jemputan
Guru Besar SK Mersing Kanan
AJK Majlis Penutupan Rasmi
Pengetua , SMK Sri Mersing
AJK Peralatan Am, Khemah dan PA Sistem
Pengetua SMK Mersing
AJK Penginapan
Guru Besar SK Seri Pantai
AJK Pertolongan Cemas
Pengetua SMK Pai Chee/ JPAM /PBSM
AJK Sijil , Hadiah dan Cenderamata
Guru Besar SK Sawah Dato
AJK Makan dan Minum Pegawai/ Pembantu
Guru Besar SK Sri Mersing
AJK Dokumentasi dan Seranta
Guru Besar SRAB Mersing
AJK Kebersihan dan Keceriaan
Guru Besar SK Bandar Mersing
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
KRONOLOGI KEJOHANAN MEMANAH
TARIKH MASA PERKARA TINDAKAN
10.30 pagi – 4.00 Semua Peserta melaporkan diri di MRSM Pengurus Pasukan
petang
15/08/2022 3.00 petang Taklimat Hakim Pengerusi Teknik MSSJ dan
ISNIN COJ
Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan Jawatankuasa
8.30 malam Kategori Lelaki 18, 15, 12 Pengurus Pasukan
Equipment Inspection PT MSSD
Latihan Rasmi/Sighter PT MSSJ
8.00 pagi
8.30 pagi QUALIFICATION ROUNDS
Sesi 1 (L18 - 70m / L15 - 60m / L12 - 30m)
10:30 pagi
16/08/2022 Sesi 2 (L18 - 70m / L15 - 60m / L12 - 30m) Pengurus Pasukan
Kategori Perempuan 18, 15, 12 COJ
SELASA Equipment Inspection DOS
2.00 petang Latihan Rasmi/Sighter TD
2.30 petang QUALIFICATION ROUNDS
Sesi 1 (L18 - 70m / L15 - 60m / L12 - 30m)
4:30 petang Sesi 2 (L18 - 70m / L15 - 60m / L12 - 30m)
INDIVIDUAL MATCHES
17/08/2022 9.00 pagi 1/16 Lelaki Pengurus Pasukan
RABU 1/16 Perempuan COJ
Majlis Penyampaian Hadiah Sesi 1 DOS
8.00 pagi TEAM MATCHES TD
1/8 Lelaki Pengurus Pasukan
18/08/2022 9.00 pagi 1/8 Perempuan Jawatankuasa
KHAMIS 2.00 petang Majlis Penutupan dan Penyampaian Pengurus Pasukan
Hadiah COJ
DOS
TD
Pengurus Pasukan
Jawatankuasa
5.00 petang Kontijen dijangka balik ke daerah masing- Pengurus Pasukan
masing PT MSSD
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
KRONOLOGI KEJOHANAN PING PONG
TARIKH MASA PERKARA TEMPAT TINDAKAN
16/8/2022 2:30 – 5:30 Persiapan Gelanggang SMS Sultan Pengelola
SELASA Iskandar
petang Persiapan Tempat Pengelola
SMS Sultan
8:00 – 5:30 Persiapan Gelanggang Iskandar Pengelola dan
pengurus pasukan
petang Persiapan Tempat SMS Sultan
Iskandar Pengurus Pasukan
8.00 pg - Lapor Diri Kontinjen Pengelola,
10.00 pg SMS Sultan Pengerusi
Iskandar
9.00 pg – Sesi Penyesuaian Gelanggang Teknik dan
1.00 ptg SMS Sultan Pengurus Pasukan
Iskandar
10.00 pg - Taklimat Pengurus Pasukan Pengelola,
11.00 pg SMS Sultan Pengerusi Teknik
Iskandar
11.00 pg - Taklimat Pengadil dan Pengadil
12.00 tgh SMS Sultan
Kejohanan - Sesi 1 Iskandar Pegawai Kejohanan
2.00 ptg - (Acara Beregu - Peringkat
7.00 ptg Awal hingga Akhir) SMS Sultan Pegawai Kejohanan
Iskandar
8.00 pg - Kejohanan - Sesi 2
17/8/2022 1.00 ptg (Acara Perseorangan – SMS Sultan Pegawai Kejohanan
RABU Peringkat Awal) Iskandar
2.30 ptg - Kejohanan - Sesi 3
18/8/2022 7.00 ptg (Acara Perseorangan – SMS Sultan Pegawai Kejohanan
KHAMIS Peringkat Awal hingga Iskandar
8.00 pg – Suku Akhir) Pengelola &
1.00 ptg SMS Sultan Pengurus Pasukan
Kejohanan - Sesi 4 Iskandar
2.00 ptg - (Acara Perseorangan – Pengurus Pasukan
3.00 ptg Peringkat Separuh Akhir SMS Sultan
hingga Akhir) Iskandar
3.00 ptg
Upacara Penyampaian Hadiah
Kontinjen balik ke daerah
masing-masing
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
TENTATIF MAJLIS PENUTUP
Tarikh Masa Perkara
Khamis 3.00 ptg Semua Kontigen bersedia untuk upacara penutup
18 Ogos 2022 Bacaan Doa
Nyanyian lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Negaraku
Persembahan pelajar
Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Ucapan Timbalan Pengarah Pembangunan Murid
Upacara Penyampaian Hadiah
1. Memanah
- Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun
- Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun
- Kategori Perempuan Bawah 15 tahun
- Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun
- Kategori Perempuan Bawah 18 tahun
- Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun
2. Ping Pong
- Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun
- Kategori Lelaki 12 Tahun
- Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun
- Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun
Bersurai
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
PENGHARGAAN
Jawatankuasa pengelola kejohanan
memanah dan ping pong
Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ)
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Pejabat Pendidikan Mersing
AJK Pengelola ping pong dan memanah
Semua pengetua dan guru besar
Sekolah-sekolah daerah Mersing
Pengerusi teknik ping pong dan memanah
Pegawai-pegawai kejohanan
Pengurus-pengurus pasukan
Para peserta kejohanan
NGO dan komuniti yang terlibat
serta semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.
TERIMA KASIH
KEJOHANAN
MEMANAH & PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2022
CATATAN