The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amytbu513, 2021-05-30 10:54:33

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJAH SABARIAH

PENGETUA SMK KIJAL

Atur cara Majlis

10.00 PAGI
 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
 Bacaan Doa
 Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Kijal
 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kijal
 Ucapan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman
 Bacaan Biodata yang Dirai
 Ucapan yang Dirai - Cikgu Hajah Sabariah bt Ibrahim

(Pengetua SMK Kijal)
 Tayangan Montaj
 Sesi Penyampaian Hadiah
 Sesi Punch Out
 Ucapan penutup Pengerusi Majlis
 Bersurai

JawatankuasaMajlis

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT 1 : CIKGU HAJAH SABARIAH BT IBRAHIM (PENGETUA)
CIKGU HAJAH ROSLINDA BINTI SALLEH (PK PENTADBIRAN)
PENASIHAT 2 USTAZAH NORAINI BINTI MUSTAFA (PK HEM)
PENGERUSI CIKGU CHE KAMARUDIN BIN YA (PK KOKO)
N. PENGERUSI : CIKGU RABI’AH BINTI MOHD (KETUA BIDANG BAHASA)
SETIAUSAHA : CIKGU SAHIRAN BIN IBRAHIM
N. SETIAUSAHA : CIKGU HASMIDA BINTI HASSAN
BENDAHARI : CIKGU MAZIANA BT A. BAKAR
N. BENDAHARI : CIKGU ANISAH BINTI YAHYA
: CIKGU NORIHAN BT AWANG
: CIKGU NUR AIN AKMAL BINTI CHE KAMALUDIN

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengacara Majlis Fotografi & Dokumentasi
CIKGU MAZIANA BINTI A. BAKAR EN HASMADI BIN AB HALIM
CIKGU HASMIDA BINTI HASSAN
Bacaan Doa
USTAZ ABD AZIZ BIN HASHIM Kad Digital / Buku Program & Poster/
Banner
Tayangan Montaj Dan Link Google Meet CIKGU AMY ROSYIDA BINTI MAHMOOD
CIKGU WAN SURYANI BT WAN MOHD@WAN CIKGU MARINA BINTI MOHD
MOKHTAR
CIKGU FAIZAL BIN MAMAT

Montaj Pengetua Profil Guru Bersara
CIKGU NUR AIN AKMAL BINTI CHE KAMALUDIN CIKGU MAZIANA BT A. BAKAR
USTAZAH RAMATUL ASHIAH BINTI MOHAMAD
Hadiah
Video Ucapan CIKGU SAHIRAN BIN IBRAHIM
MOHD SANUSI BIN DERAMAN – WAKIL PPD CIKGU NORIHAN BT AWANG
CIKGU SAFFEZAN BINTI MOHD SAFFINI
– WAKIL PIBG
CIKGU ROZETA BT BAKAR @ LALAR
-WAKIL PELAJAR

Jemputan
CIKGU ANISAH BINTI YAHYA
CIKGU RABI’AH BINTI MOHD

Biodata Yang Dirai

Sabariah binti Ibrahim dilahirkan di Kampung Kuala Ibai Kuala Terengganu

pada tanggal 3 Jun 1966 pada jam 8.30 malam. Merupakan anak ke empat daripada
lapan adik-beradik. Bapa beliau bernama Ibrahim bin Mamat manakala ibu beliau
bernama Siti Binti Abu Bakar. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan membina
mahligai bahagia bersama Tn. Hj Wan Anuar bin Wan Ismail pada tanggal 27 Mei 1992
atas pilihan keluarga. Hasil perkahwinan, beliau dikurniakan dengan 3 orang puteri dan
seorang putera yang kini sedang meningkat dewasa.

PENDIDIKAN

Beliau mendapat Pendidikan awal di SK Kuala Ibai Kuala
Terengganu daripada darjah 1 sehingga Darjah 6 . Selepas itu

menyambung Pendidikan di sekolah menengah daripada
Tingkatan 1 sehingga 5 di SMK Seri Budiman Kuala Terengganu
dan mengambil STPM di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.
Setelah tamat pengajian pra universiti, beliau telah
menyambung ijazah Sarjana Muda : Universiti Malaya dalam
bidang Sains Sosial (Geografi/ Sejarah) dan Diploma Pendidikan
di Universiti yang sama. Pada tahun 2016 beliau telah
mengikuti pengajian Diploma Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan (NPQEL) di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting
Highland. Pada tahun 2019, beliau telah lulus Kursus Induksi
Personel Pentauliahan PP-PPD-PPB (PVMA).

BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN SELAMA 31 TAHUN

Memulakan karier sebagai seorang pendidik di
SMK Padang Pulut Dungun pada tahun 1990 sehingga
1992. Selepas itu berkhidmat pula di Daerah Kemaman
iaitu di SMK Chukai pada tahun 1993 sehingga 1998 dan
dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa di SMK
Sultan Ismail 2 pada tahun 1999 sehingga 2014.

Atas komitmen yang sangat tinggi dan jiwa mendidik yang
begitu mendalam beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Kijal pada tahun 2014 sehingga 2017 dan pada
tahun 2017 beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SMK Kijal pada tahun 2017 sehingga penghujung 2017. Alhamdulillah pada
tanggal 26 Disember 2017 beliau telah dilantik secara rasminya sebagai Pengetua
di SMK Bukit Mentok sehingga 21 April 2018. Bagai sireh pulang ke gagang Cikgu
Sabariah telah dilantik menjadi pengetua di satu-satunya Sekolah Menengah di
daerah Kemaman Sekolah Amanah Malaysia SMK Kijal sehingga kini. Alhamdulillah

PENGANUGERAHAN & PENGHARGAAN

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah

menerima beberapa anugerah. Beliau telah

mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

(APC) Kebangsaan pada tahun 2002 dan

2013, Anugerah Straight As PMR (10%)

peringkat negeri pada tahun 2012 dan

Anugerah GPK Cemerlang Peringkat Daerah

pada tahun 2014.

Pencapaian Sepanjang di KTS

Ketika memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan
Kokurikulum di SMK Kijal bermula Mei 2014 sehingga Mac 2017 , beliau
telah banyak menyumbang jasa dalam aktiviti kokurikulum terutamanya dalam
penganjuran aktiviti- aktiviti berskala besar. Antaranya ialah:

 menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform (2014)

 menganjurkan Mega Camp (2015) dan dinobatkan sebagai Naib Johan dalam

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah
 menganjurkan Fiesta Jubli Perak (2016)
 pembentangan Amalan Terbaik Kokurikulum Daerah Dan Negeri
 menganjurkan Spring Camp (2017)

 terlibat aktif sebagai urusetia dan ahli jawatankuasa dalam pertandingan

peringkat daerah dan negeri seperti Pertandingan Robotics Peringkat Negeri
Anjuran TATIUC

Ketokohan beliau ketika menjawat jawatan sebagai Pengetua di SMK Kijal
terus terserlah apabila beliau terus menyumbang bakti dalam menaikkan imej
sekolah bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri malahan juga berjaya
mencipta nama di peringkat kebangsaan. Antara pencapaian beliau ialah:

 menganjurkan KTS Challenge peringkat Daerah pada tahun 2018
 menganjurkan pertandingan e-Model Bandar Teknologi Hijau Peringkat

Kebangsaan pada tahun 2019 & 2021 -Naib Johan
 mewakili Pengetua Sekolah Amanah seluruh Malaysia untuk pembentangan

PSA pada 21 April 2021
 mewakili Pengetua Program Sekolah Amanah (PSA) Malaysia untuk ucapan

ulang tahun ke 10 Yayasan Amir
 menjayakan Program sekolah Amanah dengan pencapaian keseluruhan 95%

dan seterusnya layak mendapat Tamat Tempoh Matang Intervensi Program
(TTMIP) dan menjadi Model Sekolah Amanah.
 mewakili Kemaman untuk Anugerah Kepimpinan (Menengah) Sempena Hari
Guru Peringkat Negeri 2021

 dilantik sebagai Penasihat Kolej Komuniti Malaysia cawangan Kemaman

(2019-2021)

Ucapan Yang Dirai

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w. .

Salam MPG, Salam Kemaman Unggul dan Salam KTS “Sepakat Pasti Sukses”.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, maka Majlis Lambaian Kasih Junjungan Bakti telah diadakan pada 31 Mei 2021 kerana pada tanggal 1 Jun
2021, tamatlah perkhidmatan saya sebagai seorang pendidik dan penjawat awam atas pilihan sendiri.

Saya telah berkhidmat selama 31 tahun dan memulakan karier sebagai seorang pendidik pada tanggal 3.6.1990 di
SMK Padan Pulut,Dungun sebagai Guru Penolong. Pada 26.12.2017, saya telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Bukit
Mentok, tetapi jodoh saya tak panjang di BMEXS kerana 22 April 2018, saya telah ditukarkan semula sebagai Pengetua
di KTS atau Kijal Trust School. Saya telah diamanahkan untuk menjayakan transformasi pendidikan negara di bawah
program Sekolah Amanah bermula 2016-2020. Memandangkan kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada
keberkesanan kepimpinan Pengetua atau orang nombor 1, maka saya telah berusaha sedaya upaya untuk
membangunkan sumber tenaga guru , staf dan semua warga sekolah demi memastikan sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid secara holistik dapat ditingkatkan.

Alhamdulillah ,selama 7 tahun di KTS , banyak kenangan suka duka dan pahit manis dalam melaksana dan
menjayakan program-program di sekolah. Komitmen dan kerjasam semua warga sekolah sama ada SLT, MLAT, Ketua
Panitia, guru penolong dan anggota pelaksana sangat penting dan sangat-sangat saya hargai kerana kesepakatan ini
telah menghasilkan pelbagai kejayaan di KTS sama ada dalam bidang akademi, hal ehwal murid mahu pun dalam bidang
kokurikulum .Saya juga mengharapkan semua warga KTS mengambil cakna dan prihatin tentang semua aspek yang
berlaku dalam zon inklusif KTS. Motto “Sepakat Pasti Sukses” dan Etos Sekolah “Cakna dan Prihatin” perlu dihayati
dengan bersunguh-sungguh oleh semua warga KTS dalam usaha meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid
serta menjayakan transformasi pendidikan demi melahirkan generasi murid yang seimbang dan harmonis.Justeru, saya
menyeru kepada semua warga KTS untuk melakukan transformasi minda dan transformasi kerja yang lebih berfokus dan
sistematik .

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada warga KTS kerana anda semua telah menjadi
sebahagian daripada cerita dan warna-warni dalam kehidupan saya sehingga meninggalkan satu memori yang sangat
manis. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada JPNT, PPD Kemaman PIBG, PIBK dan ibu bapa yang telah
menyumbang tenaga dan idea serta memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan KTS dalam menjayakan semua
program sehingga KTS Berjaya menjadi sebuah sekolah yang boleh’ berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan
sekolah-sekolah hebat yang lain. Akhir kata, saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua pihak, andai
sepanjang bersama-sama dengan saya, terdapat kekasaran bahasa dan terguris perasaan semasa melakukan gerak
kerja di KTS. Saya doakan semua warga KTS dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan dan melestarikan
Program Sekolah Amanah di KTS.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Hjh Sabariah bt Ibrahim (Pengetua SMK Kijal)



S - Smart
A - Ambitious
B - Brave
A - Active
R - Rational
I - Imaginative
A - Approachable
H - Hard-working

Sekalung Penghargaan

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
Pengetua-pengetua SMK Daerah Kemaman
Guru Besar Sekolah Amanah Daerah Kemaman

PIBG SMK Kijal
PIBK SMK Kijal
Yayasan Amir
LeapEd Services Sdn.Bhd
Alumni SMK Kijal
AJK Kelab Mawaddah SMK Kijal
Semua Warga SMK Kijal

dan
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version